Anda di halaman 1dari 2

Program : Sinar Pagi (Program 15 Minit)

1.0 Pengenalan
Program Sinar Pagi adalah satu program persediaan murid sebelum memulakan kelas
secara rasmi. Program ini meliputi empat matapelajaran utama iaitu B. Melayu, B.
Inggeris, Matematik dan Sains.
Dengan adanya program ini, diharapkan dapat memberi suatu impak yang boleh
mengubah tingkah laku murid menjadi ke arah yang lebih positif, berdaya saing, berjiwa
yakin dan sentiasa bersedia. Ini kerana, Program Sinar Pagi sentiasa mengasah minda
murid menghadapi situasi secara serta merta seperti membuat persembahan individu atau
berkumpulan berdasarkan matapelajaran yang ditetapkan.
2.0 Matlamat Program
2.1 Memberi maklumat dan pengetahuan secara umum kepada murid tentang
matapelajaran yang telah dipelajari di dalam kelas.
2.2 Menyegarkan ingatan murid tentang kemahiran yang dipraktiskan di dalam
kelas.
2.3 Mempelbagaikan teknik dalam menjawab soalan dengan cara individu
ataupun berkumpulan.
3.0 Objektif Program
3.1 Menyiapkan murid agar sentiasa bersedia menghadapi situasi secara sertamerta kerana tugasan yang diberi secara on the spot.
3.2 Menyelitkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan secara lisan.
3.3 Meningkatkan keyakinan murid menghadapi peperiksaan
4.0 Visi dan Misi
Visi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
5.0 Sasaran
Semua murid SK Pendas Laut terutama Tahun 6
6.0 Penilaian dan Pemantauan
Guru besar dan semua Guru Penolong Kanan

7.0 Tarikh dan Masa


Sepanjang tahun
Bil
1

Hari
Isnin

Selasa

Masa

7.15 -7.30
3
4
5

Rabu
Khamis
Jumaat

Subjek
B.
Melayu
Pemahaman
B.
Melayu
Penulisan
B. Inggeris
Matematik
Sains

Tindakan
En. Maidin
Pn. Rashidah
En. Afham
En. Abdullah
En. Nik Farihan

8.0 Penutup
Diharapkan program sinar pagi ini akan memberi impak yang positif kepada murid untuk
menghadapi peperiksaan UPSR dengan gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh,

(NIK AHMAD FARIHAN BIN NIK LAH)

Penyelaras Motivasi
SK Pendas Laut

Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai