Anda di halaman 1dari 14

PENGACARAAN

MAJLIS

- Kesantunan bahasa (sopan, bearadab)


- Pengacaraan Majlis (kekuatan penguasaan BM)
- Budi bahasa (tutur cakap, tingkah laku yg baik)
- Kesantunan Pengacara (bhs lancar yg diguna)
- Pembuka Bicara (pantun, puisi)

- Strategi Pengacara Majlis (pandai bermain


dengan perkataan)

Tugas Utama Pengacara


a) Mengawal Majlis
b) Membuat Pengumuman
c) Memberi Panduan

Struktur
- Skrip perlu mempunyai struktur yang dirancang mengikut
agenda atau atur cara majlis.

Struktur Pengacaraan
Tiga bahagian permulaan, pertengahan dan penutupan.

Permulaan
Menyampaikan kata alu-aluan, membuat

pengenalan ringkas tentang upacara


Menjemput pembaca doa

PRAWACANA SAPAAN PROTOKOL


Bagi pengacara bukan Islam prawacana ini boleh digunakan:

Selamat pagi dan selamat sejahtera.


Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang


Hadir tuan disambut mesra.

SAPAAN PROTOKOL
Yang Berbahagia
Untuk tetamu kehormat selain TYT, YAB, YB

Yang Berusaha
Untuk tuan rumah / pengerusi majlis

Yang Berbahagia
Untuk tetamu kehormat yang lain / pengetua/ pegawai pendidikan/ GB/

penolong kanan HEM

Yang Mulia/Dihormati
Jika ketua masyarakat/agama hadir.

CONTOH SAPAAN PROTOKOL


Yang Berbahagia, Datu Abdillah Adam, Pengarah

Pelajaran Negeri Sarawak


Yang Berusaha. Awang Hambali, Pengarah Institut

Perguruan Batu Lintang


Encik Abdul Halim Ahmad, Wakil Pengarah Bahagian

Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MUKADIMAH PENGACARA
Biasanya, perenggan mukadimah seseorang pengacara

tidak melebihi TIGA ayat. Mukadimah haruslah ditulis


dengan cara yang ringkas dan padat seperti yang berikut:
Ucapan alu-aluan + tujuan majlis
Pantun atau bahasa berirama + ucapan alu-aluan +

tujuan majlis
Kata-kata hikmat atau mutiara hadis + alu-aluan ke majlis

+ tujuan majlis

CONTOH MUKADIMAH
Selamat datang ke majlis penyampaian sijil dan

hadiah SK Petra Jaya, Kuching.

Sesungguhnya majlis ini diadakan bagi


mengucapkan selamat jalan kepada murid-

murid yang telah berjaya mengharungi


pendidikan sekolah rendah dan akan

melangkah kaki ke sekolah menengah.

WACANA SILAAN UCAPAN


Ikan sepat ikan haruan
Sungguh enak dimasak kari
Dijemput untuk ucapan alu-aluan
Pengerusi pengelola bijak bestari

Untuk itu, majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan

Tuan Haji Ali bin Rahmat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan

Petra Jaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan


segala hormatnya dipersilakan

KALIMAT SANTUN
Majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan
Dengan segala hormatnya dipersilakan

Dengan hormatnya dipersilakan


Majlis dengan segala hormatnya menjemput
Majlis dengan takzimnya mempersilakan.

WACANA SELEPAS UCAPAN


Tetamu Utama
Demikianlah ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah
Abdulah. Majlis merakamkan ucapan setinggi tinggi penghargaan dan
jutaan terima.

Tuan rumah atau Pengerusi Pengelola

Demikianlah ucapan alu-aluan oleh Encik Ali bin Saddam, Guru Besar SK
Petra Jaya. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

WACANA PENUTUP
Dengan upacara penyampaian sijil dan

hadiah tadi maka berakhirlah majlis kita


pada hari ini. Sekali lagi majlis ingin

merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang Berhormat Menteri, tetamu jemputan

dan hadirin kerana sudi hadir di majlis ini.

PANTUN PENUTUP
Kalau ada sumur di lading
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Lain ketika berjumpa lagi
atau
Burung nuri burung tempua
Jinak-jinak burung merpati
Insya-Allah jika dipanjangkan usia
Lain ketika berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai