Anda di halaman 1dari 7

AMARAN : BACAAN UNTUK LELAKI DEWASA SEJATI SAHAJA.

Uhukkssuhukkss..
Assalamualaikum cu.
Hari tu Kasyah ada tanyakan Tok pasal senaman untuk mereka yang dah berumah tangga
ni sebab musim-musim cuti sekolah ni ramai benor yang bakal menjadi raja sehari.
Ni biar la Tok nak cerita sikit salah satu senaman orang-orang Melayu dulu-dulu.
Namanya Senaman Harimau. Haaatapi untuk jantan-jantan saja ye.

Ni nape klik sini?


Orang perempuan jangan nak mengada-ngada nak baca. ;P
Senaman ini sesuai bagi mereka yang lemah tenaga batin, ada masalah itumasalah
ini.Uhukkssuhukkksss.
Kalau yang muda pun boleh cuba buat, memang terjamin berkesan, Insya-Allah. Jangan
tanya Kasyah, dia tu bawah umur lagi.
Tok ada sekip-sekip 2-3 langkah. Sebelum cucu-cucu teruskan membaca, Tok nak
ingatkan bahawa kena azam yang tinggi untuk buat ni. Jangan hangat-hangat tahi ayam
ye.

Meh kita start.


Padi Bukit

Gerakan ini dilakukan di kala subuh bagi mengeluarkan segala udara kotor yang
terperangkap ketika tidur apabila nafas disedut dan dihembus separuh penuh.
Ia berfungsi memasukkan udara baru yang bersih dan segar bagi menyihatkan paru-paru
dan serta segala urat saraf dengan menyerapkan udara baru hingga ke urat biji ranting
(avioli) yang berada di hujung urat paru-paru. Ia melatih paru-paru agar mengembang ke
peringkat optima.
Gerakan ini dapat membangkitkan kekuatan otot belakang, terutamanya di bahagian
tengah belakang dan ia menguatkan stamina jima.
Langkah gerakan.
Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang.
Tangan diletakkan di lutut.
Bahu harus terbuka lebar.
Kemudian nafas ditarik sedalam-dalamnya sehingga terasa udara penuh di dalam paruparu.
Tarik nafas dengan perlahan.
Biarkan udara berada dalam paru-paru selama 7 detik.
Kemudian hembuskan perlahan-lahan udara itu hingga terasa kosong udara dalam paruparu.
Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan dan tumpukan tenaga ke arah
dada.
Ulangi gerakan sebanyak 3 kali.
Nafas Pertapa

Gerakan ini menolong melatih otot kendalian zakar (levator ani) supaya dapat menarik
zakar menuju ketegangan seimbang. Ia dapat menambah kemampuan kendalian urat
peha. Ia juga dapat menguatkan dada, membesarkan zakar, mengeluarkan biji zakar dan
membesarkan kepala zakar serta mengurangkan rasa ngilu pangkal zakar.
Langkah gerakan.
Duduk dengan keadaan tumit tapak kaki bertemu dan bawakan hampir dengan kemaluan.
Tegakkan belakang, tarik nafas hingga penuh paru-paru, tariklah dengan tempo yang
perlahan.
Semasa menarik nafas, sila tekan kedua-dua lutut dengan kedua tapak tangan agar keduadua lutut itu dapat mencecah lantai.
Jika tidak boleh, buat setakat mampu dulu.
Kedua-dua lengan patut diluruskan bagi mencapai piawai gerakan.
Bahu sepatutnya tegak seimbang.
Pada masa yang sama, kemutkan otot zakar anda agar kepala zakar kembang.
Tahankan nafas 7 detik.
Hembuskan nafas dengan perlahan.
Ulangi gerakan sebanyak 3 kali.
Rentak Urutan

Gerakan ini bertujuan untuk mengurut urat yang mengalirkan darah ke zakar dan
membangunkan urat-urat yang mengalir dan menetap dengan baik di situ. Ia juga
membesarkan kembali zakar yang kecil. Disarankan agar urutan menggunakan minyak
urut.
Dari posisi sebelumnya, tarik nafas semula dengan perlahan.
Dengan perut kedua-dua jari tangan, cari urat peha di bahagian dalam peha dan urut
menggunakan perut ibu jari dari hujung peha ke pangkal peha dan akhirnya gerakan itu
melalui tepi batang zakar dan akan berakhir di hujung batang zakar.
Urutan dilepaskan bila mahu mencecah kepala zakar.
Kemudian lepaskan zakar.
Tarik Sepadan

Keseimbangan otot peha serta lutut adalah amat perlu dalam kes-kes lemah syahwat.
Otot-otot ini pul berhubung secara langsung dengan urat-urat di kaki. Otot-otot di
belakang sepatutnya menjadi kuat. Pada tulang belakang, iaitu di bahagian pinggang,
terletak urat-urat yang menegangkan zakar apabila mendapat rangsangan otak atau
rangsangan sentuhan. Gerakan ini dapat membantu kea rah meningkatkan kemampuan
bahagian-bahagian tersebut.
Langkah gerakan.
Duduk bersila engan kedua tapak kaki ditemukan.
Kedua tangan memegang ibu kaki kanan dan kiri.
Tarik nafas perlahan dan dalam-dalam sambil menarik ibu jari kaki itu hampir kepada
kemaluan.
Tapak kaki sedapat-dapatnya ditemukan.
Lutut seboleh-bolehnya mau mencecah lantai.
Jika zakar tegang, maka seharusnya tarikan itu mencecah lantas mencelahkan kepala
zakar di antara dua telapak kaki di bahagian yang melengkung di tapak kaki itu.
Semasa tarikan berlaku, tumpuan tenaga akan tertumpu ke otot belakang, dan akan terasa
bahawa ia diuruti.
Kemudian baru lepaskan nafas, secara perlahan sambil letakkan kaki ke posisi asal tadi.
Ulangilah gerakan ini sebanyak 3 kali.
Rentak Lentang

Dari posisi sebelum ini, tarik kedua-dua jari kaki agar tumit terbuka kea rah depan, tetapi
tumit tetap ditemukan.
Tarik nafas dengan perlahan-lahan dan dalam.
Dengan perlahan-lahan maka rebahkan badan ke depan dengan keadaan tangan masih
memegang ibu jari kaki.
Jejakkan kepala ke lantai.
Jika tidak boleh dijejakkan usahlah dipaksa, buat sekadar termampu.

Balik ke posisi asal dan hembuskan nafas.


Gerakan ini dapat menseimbangkan otot peha, belakang dan baik untuk pinggang.
Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.
Tepis Jengking

Langkah Gerakan.
Duduk bersila, belakang ditegakkan.
Tarik nafas dan depangkan tangan kanan separas bahu ke kanan dengan perlahan.
Bawa tangan itu separas bahu lurus ke arah depan sambil menarik nafas.
Kemudian cuba lagi dengan tangan itu untuk ke kiri lagi, lengan lurus.
Akan dirasa otot dada akan menghalang gerakan tersebut.
Ulangi gerakan tersebut sebanyak 3 kali.
Setelah itu barulah anda hembuskan nafas.
Ulangilah perkara yang juga untuk tangan kiri.
Perlu diingat bahawa bahu perlu tegak dan tidak disengetkan semasa pergerakan.
Matahari Naik

Gerakan ini membantu mengurut otot-otot bahagian pinggang serta rusuk, tenkuk dan
leher dan dalam masa yang sama merangsang pengaliran darah yang lebih lancar.
Langkah Gerakan.
Duduk bersila dan tegakkan belakang.
Dengan perut tangan, sila tekan otot pinggang dari arah belakang sambil menarik nafas
perlahan.
Dengan perlahan juga, urut otot pinggang itu membawa ke rusuk dan dada.
Lakukan itu sambil menahan nafas.
Bawa tangan itu ke depan dan ke atas hingga dapat dilepaskan tangan itu lurus ke atas
kepala, barulah nafas dihembuskan perlahan-lahan.

Lenjang Gajah

Gerakan ini berguna sebagai senaman memulihkan tenaga batin. Tenaga akan tertumpu
kepada urat bahu, leher serta urat peha dan betis ketiak gerakan ini dilakukan. Lutut bagi
kaki yang diluruskan tidak wajar dibengkokkan ketika henjutan, juga kedua tangan.
Langkah Gerakan
Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri.
Belakang ditegakkan.
Tarik nafas dengan perlahan dan dalam.
Letakkan tangan kanan ke lutut kiri.
Cuba capai ibu jari telunjuk tangan kiri.
Henjutkan badan dengan perlahan serta lembut bagi mencapai ibu kaki.
Ulangi 7 kali.
Lepaskan nafas.
Cakar Harimau

Gerakan ini berguna sebagai senaman memulihkan tenaga batin.


Tenaga juga tertumpu kepada urat bahu, leher serta urat peha dan betis ketika gerakan ini
dilakukan.
Tangan dan kaki lurus ketika gerakan.
Langkah Gerakan
Tarik nafas perlahan, dengan perlahan juga cuba pusingkan badan kea rah kiri dan
jangkau tangan kanan itu sejauh yang mungkin ke kiri.
Jari-jari kanan itu harus mencecah lantai.
Gerakan pusingan ini diulang 7 kali.

Hembus nafas.
Sila ulangi gerakan untuk sebelah kanan pula.
Tok rasa cukuplah setakat ini dulu petua dari Tok. Kasyah bilang tangannya sudah lenguh
menaip.Tulah, Tok suruh buat senaman harimau dia buat tarian berak. Tulah cepat
lenguh tu. Cucu-cucu kalau nak kuat dan sihat macam Tok, cubalah amalkan Senaman
Harimau ni.
Tok, Break Dance la .
Yela Kasyah, sibuk je budak ni.
Tak payah la nak telan Viagra ke, sapu minyak ke, nak besar itu nak besar ini. Petua
orang lama juga yang bagus tanpa kesan sampingan.
Nanti Insya-Allah orang rumah kata, Super..Power!!!! macam iklan kopi kat tv tu.
Nota: Kasyah dalam dilema untuk misi penting hari i