Anda di halaman 1dari 14

Konsep Falsafah Islam

Menurut Al-Kindi, ahli falsafah Islam, falsafah Islam mempunyai tiga aspek ;
Ilmu Fizik berasaskan benda.
Ilmu Matematik ilmu hitung dan astronomi.
Ilmu Ketuhanan tidak berkaitan dengan benda sama sekali.
Menurut Al-Farabi pula falsafah Islam boleh dilihat dari dua sudut, iaitu;
Falsafah teori mengetahui sesuatu yang ada.
Cth: ilmu matematik, ilmu fizik, metafizik, dll.
Falsafah amalan mengetahui sesuatu yang seharusnya diwujudkan dalam
perbuatan.
Cth : ilmu akhlak (etika) dan falsafah politik.
Ibnu Sina berpendapat bahawa falsafah dikategorikan kepada :
Ilmu wahyu termasuk makhluk-makhluk rohani yang membawa wahyu dan
cara bagaimana wahyu disampaikan
Ilmu akhirat badan manusia tidak dihidupkan lagi, maka rohnya yang
abadi itu akan mengalami seksa dan kesenangan.

Konsep Pendidikan
Dalam agama islam, pendidikan amat dititikberatkan sejak dahulu.
Di dalam wahyu yang disampaikan kepada nabi Muhammad S.A.W juga
mengandungi suruhan belajar mengenali Allah S.W.T disamping memahami
fenomena alam serta mengenali diri yang merangkumi :
Prinsip Aqidah.
Prinsip Ilmu.
Prinsip amal.
Dalam agama Islam, pendidikan bermaksud:
satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semulajadi manusia
dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke
arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.

Pengertian Pendidikan Islam


Pendidikan islam ialah proses mendidik dan melatih akal,
jasmani,rohani dan emosi manusia berasaskan wahyu, AlQuran dan As-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah
yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri,
masyarakat, alam sekitar, dan negara ke arah mencapai
kebaikan di dunia dan akhirat.

Terdapat juga beberapa tokoh mempunyai pandangan terhadap pendidikan

islam, iaitu:
Abdul Halim El-Muhammady, 1993:
Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani

dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan as-Sunnah.


Proses ini bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk
memikul tanggungjawab khalifah yang ditugaskan oleh Allah S.W.T kepada
manusia untuk mengimarahka alam ini untuk kebahagian didunia dan
akhirat.
Abd Halim Hj.Mat Diah, 1989 :

Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan

bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai


tujuan membentuk manusia Muslim berdasarka ajaran Islam.

Tujuan Pendidikan Islam

Mendidik murid supaya berakhlak mulia


Mendidik roh supaya halus dan sempurna
Mengasuh murid melakukan yang baik, terhormat dan mulia.
Membiasakan diri murid dengan adab-adab mulia
Membiasakan diri murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan
yang mulia.

Pandangan Ahli-ahli Falsafah Islam


Ibnu Rushd (5290 595 Hijrah)
Ibnu Rushd telah ditugaskan untuk mengkaji dan menyaringkan hasil

pemikiran Aristotle, ahli falsafah Yunani Tua.


Pembicaraan beliau lebih tertumpu kepada persoalan-persoalan
berhubung dengan metafizik (ketuhanan).
Ibnu Rushd mengemukakan idea-idea yang bernas dan baru bukan saja
dalam bidang falsafah malahan juga dalam bidang perubatan dan
perundangan Islam.
Al-Ghazali (1058-1111)

Tahafut al-Falasia ( The Incoherence of the Philosophers ) menolak

sepenuhnya pandangan ahli-ahli falsafah barat sepeti Plato dan Aristotle


Ihya al-Ulum al-Din or Ihyaul Ulumuddin merangkumi bidang sains
Islam yang luas: fiqh, kalam (teologi) dan ilmu sufi.
Maqasid al-falasifa membentangkan teori-teori asas falsafah
Miyar al-Ilm fi fan al-Mantiq (Touchstone of Reasoning in Logic)
Al-qistas al-mustaqim (The Correct Balance)

Ibnu Khaldun (1332-1406)


Pandangan Ibnu Khaldun terhadap falsafah sama dengan Al-Ghazali dimana beliau juga

berfokuskan kepada ilmu mystic dan teologi.


Sumbangan utama beliau adalah dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat)
Beliau telah berusaha menulis mengenai sejarah dunia dimana mengandungi analisis
peristiwa-peristiwa sejarah.
Penulisan itu mengenalpasti unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang
menyumbangkan kepada tamadun kita serta sejarah.
Beliau juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan
kepentingan al-Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta
meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat.

Al-Farabi (870-950)
Lebih kepada bidang falsafah, logik dan sosiologi.
Merupakan seorang Neoplatonist yang telah banyak menggabungkan pemkiran Plato dan

Aristotle dengan teologi.


Beliau telah membahagikan pengajian logik kepada dua kategori, iaitu Takhayyul (idea) dan
Thubut (bukti)

PRINSIP FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR


Kehidupan manusia akan menjadi lebih baik jika mereka sanggup
berubah. Perubahan ini berlaku akibat kontek dengan seorang nabi, sifu
atau tok guru.
Sikap seseorang terhadap kehidupan merupakan faktor penentu
pencapaian kebahagiaan. Sebagai contoh, bagi ajaran Buddha, jika kita
hidup sekadar untuk kejar kebendaan saja, mustahil kita bahagia.
Manusia belajar melalui pemerhatian alam semulajadi. Muhasabah diri
yang dilakukan hasil pemerhatian akan menimbulkan rasa syukur kepada
Tuhan.

Setiap manusia ingin memperoleh kebijaksanaan dan mencapai Nirvana.


Apabila kita sudah bijak, kita dapat elak dari buat jahat.

Ada dua orang ahli falsafah Timur yang terkenal iaitu Confucius dan
Rabindranath Tagore.

CONFUCIUS (551-479 SM)


Confucius atau nama sebenarnya Kung Fu Tze, salah seorang ahli pemikir dan
tokoh pendidik negara Cina yang amat terkenal.
FALSAFAH PENDIDIKAN CONFUCIUS
1. Konsep pendidikan Pendidikan adalah untuk semua, tanpa mengira status
sosio-ekonomi atau kedudukan sosial.
2. Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang berkebolehan (ziancai)
dan bermoral tinggi.

3 . Kurikulum Berfokuskan kepada mata pelajaran seperti:


Pendidikan moral Nilai-nilai yang ditekankan adalah seperti
hormat kepada ibu bapa (xiou), hormat kepada orang yang lebih
tua (ti), ketekunan (min), kesetiaan (zhong), jimat cermat (jian),
tolak ansur (rang), kebijaksanaan (zhi), dan keberanian (yong).
Buku Confucius yang merangkumi bidang falsafah, politik,
ekonomi, dan kebudayaan:
- Muzik
- Puisi
- Kesusasteraan
- Sejarah
- Kod dan tatacara kelakuan yang baik.
4. Peranan guru Sebagai fasilitator dan penyampai ilmu yang
mahir.

RABINDRANATH TAGORE (1861-1941)


Rabindranath Tagore adalah anak bumi India yang terkenal sebagai seorang
penulis, pengarang sandiwara, penggubal lagu, penyair, ahli falsafah dan
pendidik.
FALSAFAH PENDIDIKAN RABINDRANATH TAGORE
1. Konsep pendidikan Merupakan satu proses yang menyediakan setiap
individu untuk menyara hidup masing-masing kelak.
2. Matlamat pendidikan Menghasilkan individu yang menyeluruh melalui
interaksi dan integrasi dengan persekitaran.

3. Kurikulum Menekankan komponen ilmu dan aktiviti fizikal. Antara


matapelajaran yang disyorkan termasuk:
- Muzik
- Seni
- Kesusasteraan
- Drama dan tarian
- Sejarah
- Pendidikan alam sekitar.
4.

Paranan guru Sebagai fasilitator serta pemangkin bagi


menggerakkan perbincangan murid.

Anda mungkin juga menyukai