Anda di halaman 1dari 12

MENINGKATKAN KEBOLEHAN MEMBINA AYAT MAJMUK

TENTANG SESUATU TOPIK DENGAN TEKNIK S-R 8W1H

Oleh:
Cik Masni Binti Mohamad Saidi
Cik Suen Sau Chun
SJK(C) Ave Maria Convent
Jalan Chung Thye Phin
30250 Ipoh
Perak

ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan untuk meningkatkan kemahiran
membina ayat majmuk dalam penulisan tentang satu topik dengan Teknik
Soalan-Respons 8W1H. Kajian tindakan ini dijalankan di kalangan
sekumpulan pelajr Tahun 3B di SJK(C) Ave Maria Convent,Ipoh.
Pelbagai bentuk latihan membina ayat majmuk dalam penulisan tentang
satu topik telah dberi, antaranya termasuk membina ayat berdasarkan
gambar bersiri, membina ayat berdasarkan gambar komposisi, membina
ayat berdasarkan situasi atau topik, di mana kata hubung untuk membina
ayat majmuk diberi dan tidak diberi. Pemerhatian dan refleksi setiap
pelaksanaan tindakan dicatat. Analisis data secara kualitatif dan kuantittif
diadakan. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran membina ayat majmuk
dalam penulisan tentang satu topik meningkat.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah memberikan tumpuan pada pelajar untuk
menguasai hasil pembelajarasn bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, dan kemahiran menulis. Antara kemahiran-kemahiran ini, kemahiran
menulis adalah dianggap paling sukar untuk dikuasai.

Pada Tahap Satu, latihan-latihan seperti melengkapkan ayat, menyusun semula


perkataan untuk menjadi ayat betul, menyusun urutan ayat, dan membina ayat
mengikut tahap keupayaan dan kebolehan pelajar diberi sebagai aktiviti-aktiviti bagi
meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan.

Semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran menulis, didapati pelajar


menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau
rangkai kata tidak disertakan. Amalan memberikan pelajar gambar dan perbendaharaan
kata semasa membina ayat dapat memudahkan proses P&P di dalam bilik darjah.
Malangnya, amalan sedemikian bukan sahaja mematikan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK) bahkan juga tidak dapat meningkatkan kemahiran membina
ayat dalam penulisan, khasnya membina ayat tentang satu topik.

Oleh itu satu teknik untuk membina ayat dalam penulisan tentang satu topik telah
dicuba. Teknik Soalan-Respons 8W1H merupakan penerapan dari Teori Behaviorisme
yang dipelopori Skinner dalam pembelajaran tingkah laku bahasa, dan metodologi
analisis Dulay, Burt, dan Krashen dalam strategi pemerolehan bahasa kedua (second
language acquisition)

Mengikut Skinner, tingkah laku bahasa dapat dilakukan dengan penguatan. Penguatan
terjadi melalui proses stimuli-respons. Stimuli-respons yang berulang-ulang akan
menjadi kebiasaan. Kebiasaan yang terbentuk akan menjadi sesuatu yang automatik.

Semasa mempelajari tingkah laku kanak-kanak belajar bahasa kedua, Heidi Dulay,
Marina Burt, dan Stephen Krashen mengemukakan Strategi Belajar yang mencakupi
penyederhanaan (simplification) kaedah-kaedah untuk memudahkan pembelajaran, dan
pengajaran secara latih-tubi dan menghafal (drills and rote memorization) supaya satu
pendekatan memproses informasi (information-processing approach) ke arah
pembelajaran terbentuk pada diri kanak-kanak.

Setelah lebih kurang 15 tahun mengajar Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan,
Teknik Soalan-Respons 8W1H diaplikasikan untuk membimbing pelajar mencari
maklumat serta membina ayat dalam penulisan tentang sesuatu topik. Teknik ini
memerlukan pelajar menggunakan urutan soalan sebagai stimulus atau rangsangan
untuk mendapat idea tentang satu topik, kemudian memberi respons atau jawapan
tentang topik itu dalam bentuk penulisan. Pelajar digalakkan untuk menggunakan
urutan soalan berbentuk ‘wh’ (wh-questions) sebagai stimulus (lihat Carta A).
Soalan-soalan Topik /Situasi Penulisan
‘wh-questions’
- who Memproses
- whom isi-isi dan
- whose Stimulus smembina Respons
Ayat majmuk
- which ayat dgn tentang topik
- what kata hububg
- where
- why
- how
-

Carta A: Teknik Soalan-Respons 8W1H untuk meningkatkan kemahiran


membina ayat majmuk dalam penulisan tentang satu topik.

2.0 FOKUS KAJIAN


Masalah pelajar membina ayat majmuk tentang sesuatu topik semakin menonjol dalam
kelas karangan. Melalui pemeriksaan buku latihan dan lampiran kerja pelajar, didapati
pelajar kerap ketandusan idea dan tidak boleh membina ayat-ayat majmuk yang
berkaitan dan bersesuaian tentang topik yang diberi. Isu ini perlu ditangani supaya
tindakan yang sewajarnya boleh diambil untuk membantu pelajar menjadi lebih arif dan
bijak dalam penulisan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif Am:
Meningkatkan kemahiran membina dan menulis ayat majmuk dalam penulisan tentang
sesuatu topik.

Objektif Khusus:
i Membimbing pelajar belajar menggunakan teknik soalan- respons (S-R) semasa
membina ayat tentang sesuatu topik.
ii Melatih pelajar peka menggunakan kemahiran belajar cara belajar.
iii Meningkatkan kemahiran pembelajaran konstruktivism.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Sekumpulan 15 orang pelajar Tahun 3B difokus untuk kajian ini. Kumpulan pelajar
ini tergolong dalam kumpulan sederhana atau kumpulan lulus dalam Program
Headcount. Setelah berbincang dengan guru, hanya 11 orang diambil untuk kajian ini
manakala.empat orang pelajar yang prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dianggap
‘lebih baik’ dikecualikan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Tinjauan Masalah
Kegagalan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan satu topik dalam
penulisan. Untuk meninjau dengan lebih terperinci agar dapat membantu guru
menentukan aktiviti-aktiviti P&P yang sesuai dan tepat, masalah ini dilihat dari
aspek-aspek berikut:
a) kebolehan membina ayat majmuk dengan isi-isi yang berkaitan.
b) kebolehan membina ayat majmuk tanpa rangkai kata diberi.
c) kebolehan menggunakan kata hubung yang sesuai semasa membina
ayat majmuk.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Semasa tinjauan masalah dilakukan , pelajar didapati:-
a} sukar membina dan membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk.
b) pembinaan ayat majmuk terhad kepada kata hubung yang mudah difahami
oleh murid, contohnya ‘dan’.
c) tidak tahu membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang
sesuai.
d) membina ayat majmuk dengan isi-isi yang tidak berkaitan tentang topik
diberi.

5.3 Tindakan Yang Dijalankan


Setelah berbincang dan bertemubual dengan guru Bahasa Melayu Tahun 3,
kelas 3B telah dipilih untuk menjalankan kajian tindakan ini. Pelbagai aktiviti
dengan tahap kesukaran yang berlainan akan disediakan untuk pelajar. Refleksi
sebelum, semasa, dan selepas setiap aktiviti akan diadakan untuk memperbaiki
kemahiran pelajar (rujuk Carta B).
Kelas 3B

Membuat rujukan pada fail Program Headcount.


Menjalankan pemilihan kumpulan sasaran.

Kumpulan Sasaran
Latihan 1 -
Pelaksanaan tindakan – Latihan 1.
Membina ayat majmuk
berdasarkan gambar bersiri

Pemerhatian dan refleksi.


Pelaksanaan tindakan – Latihan 2.
mberdmamuk de
Latihan 2 –
Membina ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal
Pemerhatian dan refleksi.
Pelaksanaan tindakan – Latihan 3.

Latihan 3 –
Membina ayat majmuk
berdasarkan satu topik dengan
kata hubung diberi
Pemerhatian dan refleksi.
Pelaksanaan tindakan – Latihan 4.

Latihan 4–
Membina ayat majmuk
berdasarkan satu topik dengan
kata hubung tidak diberi
Pemerhatian dan refleksi.
Membuat analisa data.

Hasil Kajian

Carta B: Aktiviti yang telah dijalankan untuk meningkatkan


kemahiran pelajar dalam membuat ayat majmuk tentang
sesuatu topik.
5.4 Pelaksanaan Tindakan
5.4.1 Pelaksanaan Latihan 1
Latihan ini memerlukan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan
gambar bersiri yang diberi. Berlainan dengan apa yang pelajar biasa
menghadapi, para pelajar tidak diberi perbendaharaan yang berkaitan
tetapi pelajar perlu menggunakan teknik S-R untuk membantu mereka
mencari idea atau mengembangkan isi yang terkandung dalam gambar,
kemudian membina ayat majmuk yang bersesuaian.

i. Pemerhatian
Matlamat gambar bersiri diberi ialah untuk memudahkan pelajar pada
peringkat ini. Gambar bersiri membolehkan pelajar mendapat lebih
informasi dan urutan cerita dapat dikawal. Gambar bersiri
memperluaskan skop pemikiran pelajar. Dari hasil penulisan, boleh
dikatakan pelajar dapat menghuraikan isi dengan lancar (Jadual A).

Jadual A: Bilangan dan bentuk ayat (ayat tunggal dan ayat majmuk)
yang terdapat dalam kertas jawapan Latihan 1

Bil. Ayat Bil. Ayat Jumlah ayat majmuk /


Pelajar
Tunggal Majmuk Jumlah ayat

1 3 3 50 %
2 8 1 10 %
3 7 0 0 %
4 0 7 100 %
5 7 1 13 %
6 5 5 50 %
7 5 3 38 %
8 5 3 38 %
9 6 0 0%
10 6 2 25 %
11 4 1 20 %

Jadual A : Bilangan
Walaupun tanpa bantuan perbendaharaan kata atau rangkai kata, para
pelajar boleh membina ayat-ayat bersesuaian dalam penulisan tentang
satu topik.

Dari segi kemahiran membina ayat majmuk, pelajar masih lemah.


Kebanyakan membina ayat tunggal , hanya seorang sahaja dalam
kumpulan sasaran yang dapat membina semua ayat (100%) dalam
bentuk ayat majmuk.

ii. Refleksi
Guru berbincang dan mendapati para pelajar dapat memberi maklumat
tentang topik dengan tepat tanpa sebarang bantuan guru. Walau
bagaimana pun kelemahan yang jelas dapat dilihat dari segi tatabahasa.
Pengajaran dan latihan dalam membentuk ayat akan diberi penekanan
sebelum Latihan 2 diberi.

Aktiviti Latihan 1 berjaya menunjukkan tahap kemahiran pelajar


membina ayat majmuk dalam penulisan tentang sesuatu topik dengan
teknik S-R . Aktiviti lanjutan akan digubah dengan menggantikan
gambar bersiri kepada gambar komposisi..

5.4.2 Pelaksanaan Latihan 2


Aktiviti Latihan 2 memerlukan pelajar membina 5 ayat majmuk
berdasarkan gambar tunggal. Bilangan ayat dihadkan. Gambar tunggal
diberi, guru berharap ini dapat menguji kemahiran berfikir para pelajar ke
tahap yang lebih tinggi.

i. Pemerhatian
Para pelajar berjaya membina bilangan ayat majmuk yang ditetapkan.
Pelajar boleh mengguna S-R untuk mengembangkan makna
terkandung dalam gambar komposisi. Mereka berkebolehan
menjelaskan idea dan isi dalam gambar tunggal atau gambar
komposisi. Peratus skor menunjukkan kemahiran membina ayat
majmuk dalam penulisn tentang satu topik meningkat (Jadual B).
Jadual B: Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina dan peratus
skor oleh setiap pelajar dalam Latihan 2
Pelajar Bil Ayat Majmuk Peratus Skor (%)
1 5 100
2 4 80
3 5 100
4 5 100
5 5 100
6 5 100
7 0 0
8 5 100
9 5 100
10 2 40
11 1 20

ii. Refleksi.
Kekurangan yang perlu diatasi ialah penggunaan kata hubung dalam
kemahiran membina ayat majmuk. Dari segi penggunaan kata hubung,
pelajar banyak menggunakan kata hubung ‘dan’ dan kata sendi
‘untuk’ sahaja. Kemahiran membina ayat majmuk meningkat, tetapi
kesalahan ejaan dan perbendaharaan kata bertambah.. Kelemahan ini
akan diatasi dan dberi penekanan dalam pengajaran sebelum Latihan
3 diberi.

Aktiviti lanjutan akan digubah dengan memberi satu situasi tanpa


gambar diberi. Perbendaharaan kata yang berkaitan tidak akan diberi
tetapi pelbagai kata hubung akan diberi untuk menggalak pelajar
menggunakannya.

5.4.3 Pelaksanaan Latihan 3


Latihan 3 memerlukan pelajar membina 5 ayat majmuk berdasarkan satu
situasi atau keadaan yang diberi. Guru menyenaraikan beberapa kata
hubung, pelajar digalak menggunakan kata hubung yang berlainan dalam
kelima-lima ayat itu. Latihan ini bertujuan membimbing pelajar membina
ayat majmuk dalam penulisan tentang satu topik, dan diharap pelajar dapat
menggunakan pelbagai kata hubung yang bersesuaian .
i. Pemerhatian
Senarai kata hubung yang diberi oleh guru tidak dapat membantu
murid dalam kemahiran membina ayat majmuk tentang satu situasi
(Jadual C). Ini merupakan satu ‘outcome’ di luar jangkaan. Ramai
yang belum menguasai penggunaan kata hubung yang diberi oleh
guru, contohnya kata hubung ‘manakala’ dan ‘sambil’. Akibatnya,
senarai kata hubung yang diberi telah menjadi pengganggu kepada
pelajar.

Jadual C : Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina dan peratus


skor oleh setiap pelajar dalam aktiviti Latihan 3
Pelajar Bil Ayat Majmuk Peratus Skor (%)
1 3 60
2 1 20
3 4 80
4 5 100
5 4 80
6 4 80
7 5 100
8 5 100
9 4 80
10 TH --
11 2 40

ii. Refleksi
Guru berbincang dan menyediakan satu latihan tambahan untuk
pelajar. Satu situasi yang bersesuaian dengan pengalaman pelajar
diberi, tetapi senarai kata hubung tidak diberi kepada pelajar. Guru
berharap pelajar dapat membina ayat-ayat majmuk dengan pelbagai
kata hubung .
5.4.4 Pelaksanaan Latihan 4
Latihan 4 memerlukan pelajar membina lima ayat majmuk dalam
penulisan tentang satu topik dengan kata hubung tidak diberi. Diharap
kemahiran membina ayat majmuk.

i. Pemerhatian
Kemahiran membina ayat majmuk bertambah baik. Pelajar bukan
sahaja dapat memberikan isi-isi yang berkaitan tentang topik bahkan
dapat menggunakan pelbagai kata hubung yang sesuai. Semua pelajar
sekurang-kurangnya berjaya membina lebih daripada tiga ayat
majmuk yang betul (Jadual D).

Jadual D: Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina oleh setiap


pelajar dalam Latihan 4.

Pelajar Bil Ayat Majmuk Peratus Skor (%)


1 5 100
2 3 60
3 5 100
4 5 100
5 4 80
6 4 80
7 5 100
8 3 60
9 4 80
10 TH --
11 4 80

ii. Refleksi:
Walaupun kemahiran pelajar membina ayat majmuk dalam penulisan
tentang satu topik meningkat, aktiviti-aktiviti pengukuhan dan
pengayaan perlu disusuli supaya pelajar peka terhadap teknik
pembelajaran ini.

5.5 Refleksi Kajian


Kajian ini telah dijalankan secara berperingkat, iaitu dari peringkat yang mudah
ke peringkat yang sederhana, kemudian ke peringkat yang susah . Pemerhatian
terhadap hasil tindakan setiap peringkat dicatat. Seramai 11 orang pelajar dari
kelas 3B telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Oleh sebab faktor masa
dan kajian ini merupakan kajian permulaan, pemilihan kumpulan sasaran adalah
berasaskan temu bual dengan guru BM kelas 3B.

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid


Dapatan untuk kajian ini dikumpul melalui:
a Latihan 1 hingga Latihan 4 yang diberi kepada semua pelajar.
b Pemerhatian dan analisa data yang dibuat secara kuantitatif dan
kualitatif.
5.5.2 Analisis Data Secara Kuantitatif

Jadual E : Kiraan min dan sukatan serakan dalam Latihan 1 hingga


Latihan 4.
Pelajar (x) Peratus skor bilangan ayat majmuk (y)
Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Latihan 4
X y1 y2 y3 y4
1 50 40 60 100
2 10 100 20 60
3 0 100 80 100
4 100 100 100 100
5 13 100 80 80
6 50 100 80 80
7 38 0 100 100
8 38 100 100 60
9 0 100 80 80
10 25 40 ** **
11 20 20 40 80

=∑ 2 =∑ 3 =∑ 4
y1 = y y y
y2 y3 y4
Min ∑y1 10 10 10
10 = 80% = 74% = 84%
= 32%

Sukatan 100-0 100-0 100-20 100-60


serakan
=100 =100 =80 =40
** Pelajar ini jatuh sakit dan tercicir dari kajian .
Rumusan
Ukuran purata yang bertambah baik bersama-sama dengan sukatan
serakan yang lebih kecil (rujuk Jadual E) menujukkan pencapaian
keseluruhan pelajar stabil. Secara kuantitatif, prestasi pelajar dalam
kemahiran membina ayat majmuk meningkat.

5.5.3 Analisis Data Secara Kualitatif

Jadual F : Kemajuan pelajar dalam kemahiran membina ayat majmuk


dalam Latihan 1 hingga Latihan 4.
**y ≤ 3 ayat
*y ≥ 3 ayat

Penggunaan
Latihan Pemerhatian
kata hubung
1 Bina ayat majmuk
kerana bentuk ayat
berdasarkan gambar 3 7
lemah
bersiri.

2 Bina ayat majmuk. penggunaan kata


dan, kerana
Berdasarkan gambar 8 2 hubung yang
tunggal. sama
lalu, sambil, kata hubung
3 Bina ayat majmuk
untuk,manakala, diberi telah
berdasarkan topik – 8 2
tetapi menjadi
kata hubung diberi
penggangu
dapat bina ayat
4 Bina ayat majmuk
dan, kerana, tetapi, majmuk dengan
berdasarkan topik –
10 0 untuk, manakala, pelbagai kata
kata hubung tidak
atau,sambil hubung.
diberi.
*y - bil. pelajar yang dapat membina lebih daripada tiga ayat majmuk tentang
satu topik.
**y – bil. pelajar yang dapat membina kurang daripada tiga ayat majmuk tentang
satu topik.

5.6 Rumusan
Semasa menyemak kertas jawapan Latihan 1, didapati hanya 3 orang pelajar
dalam kumpulan sasaran yang dapat membina lebih daripada 3 ayat majmuk
yang betul. Keadaan ini berubah, setelah melaksanakan beberapa latihan, semua
pelajar dapat membina ayat majmuk tentang satu topik dalam penulisan.
Pelajar juga dapat menguasai penggunaan pelbagai kata hubung yang sesuai
semasa membina ayat majmuk (Jadual F).
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Kajian tindakan ini harus dijalankan dalam satu tempoh masa yang lebih panjang untuk
mendapat hasil pembelajaran yang lebih baik. Seterusnya, kajian juga boleh dijalankan
berdasarkan beberapa pendekatan yang lain atau dengan menggabungjalinkan pelbagai
kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.