Anda di halaman 1dari 5

Toleransi

1. Pengertian Toleransi
Toleransi berasal dari bahasa Latin; tolerare artinya menahan diri, bersikap sabar
membiarkan orang berpendapat lain, dan berhati lapang terhadap orang-orang yang emiliki
pendapat berbeda. sikap toleran tidak berarti membenarkan pandangan yang dibiarkan itu,
tetapi mengakui kebebasan serta hak-hak asasi para penganutnya.
Toleran mengandung pengertian bersikap mendiamkan, adapun toleransi adalah suatu
sikap tenggang rasa kepada sesamanya. Bangsa Indonesia terdiri dari bermacam macam suku
yang mempunyai kebudayaan sendiri sendiri, memeluk agama dan menganut kepercayaan
yang berbeda beda akan tetapi mereka tetap satu bangsa memiliki satu tanah air dan memiliki
bahasa persatuan. Semboyan kita yakni Bhineka Tunggal Ika.
Sifat dasar bangsa Indonesia yang amat menonjol adalah sifat sifat kekeluargaan,
musyawarah, percaya dan taat beribadah kepada tuhan, sifat ramah tamah, gotong royong,
suka menolong, dan toleransi adalah sifat yang harus kita miliki.
2. Menuju toleran yang hakiki

Toleran dalam kehidupan beragama menjadi sangat mutlak adanya dengan eksisnya berbagai
agama dalam kehidupan manusia sebagaimana firman Allah dalam surat Ali Imron ayat 103:
Kebahagiaan dalam kehidupan manusia akan tercapai apabila didasarkan atas keselarasan
dan keseimbangan. Dalam kehidupan masyarakat Indonesia sikap hormat menghjormati antar
pemeluk agama perlu dikembangkan sehingga kerukunan antar umat beragama dapat terjalin
dengan baik.
3. Toleransi dalam pluralisme beragama
Agama merupakan suatu anugrah dari tuhan yang maha esa, diperuntukkan bagi
kemaslahatan, kebaikan, dan kesejahteraan umat beragama. Pluralitas adalah kenyataan yang
diciptakan oleh tuhan. Namun demikian umat manusia harus menyadari dan menerima
kenyataan ini untuk saling melengkapi dan memperkaya pengalaman kehidupan bagi umat
manusia. Oleh karna itu hidup rukun adalah tidak bertengkar namun saling menghormati.
Suasana seperti ini sangat kita butuhkan dalam masyarakat dan menghindari sikap menang
sendiri.

4. Toleransi dalam pluralisme budaya


Kebudayaan menunjuk kepada sederetan system pengetahuan yang dimiliki bersama,
kebiasaan, nilai nilai, peraturan, dan symbol yang berkaitan dengan tujuan seluruh anggota
masyarakat yang berinteraksi dengan lingkungan sosial dan lingkungan fisik. Interaksi antara
seni dan agama sudah lama menjadi kenyataan. Agama merupakan sumber etika dan
moralitas, seni adalah salah satu wahana yang paling tepat untuk mempromosikan kehidupan
beragama.
5. Toleransi dalam pluralisme suku
Pluralisme dapat dikatakan merupakan pengejewantahan moto Bhineka Tunggal Ika.
Mengembangkan pluralisme terbantahkan bahwabangsa Indonesia terdiri dari banyak suku,
banyak pula subsuku pedalaman. Pluralisme akan tumbuh subur dan mewarnai kehidupan
bangsa Indonesia jika kedepannya prinsip prinsip toleransi, persamaan di muka hukum dan
lain lain ditetapkan seksama tanpa perduli asal dan warna terutama solidaritas terhadap
mereka yang lemah.
6. Mayoritas melindungi minoritas
Masyarakat kita sejak dulu biasa hidup dalam alam yang memiliki aneka ragam
kepercayaan. Sejak awal perkembangan peradapannya sudah tumbuh kepercayaan kepada
tuhan, secara berturut turut datanglah agama agama yang sekarang banyak kita kenal.
Kedatangan agama tersebut tidak berarti kepercayaan dan agama yang sudah ada sebelumnya
hilang, tapi masih terus hidup dan berkembang. Semua agama dan kepercayaan mengajarkan
kebaikan supaya mereka saling menghormati dan mencintai.
7. Manusia dalam hidup bermasyarakat
Manusia hanya akan mempunyai arti apabila bersama sama dengan manusia lainnya di
dalam masyarakat. Tidak dapat dibayangkan jika manusia hidup sendiri tanpa orang lain.
Secara kodrati manusia disamping mempunyai kekuatan juga dilengkapi dengan kelemahan
manusia juga memiliki sifat yang baik dan kurang baik. Demi kelangsungan dan
kesejahteraan hidupnya manusia perlu mendapat bantuan atau kerjasama dengan orang lain.
Oleh sebab itu manusia perlu hidup bermasyarakat.
8.

Toleransi dalam kaitannya dengan kerukunan di antara umat beragama, suku budaya, dan
golongan.

Norma agama mengajarkan kepada manusia untuk berbuat kebajikan kepada sesama.
karena manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang memiliki harkat dan martabat sama serta
memiliki akal dan budi yang mulia. Dengan akal dan budinya, manusia wajib menjalin
hubungan baik dengan lingkungan hidupnya, dengan sikap saling menghormati dan saling
mengasihi. Setiap manusia dikaruniai hak-hak asasi yang harus dihormati olehorang lain.
Manusia yang percaya dan takwa terhadap Tuhan Yang Maha Esa akan selalu berbuat baik
dan bersikap toleran terhadap manusia lain.

Rujukan :
http://onal-artikel.blogspot.com/2011/02/blog-post.html

ARKIB : 20/12/2011

Malaysia contoh terbaik toleransi kaum


PULAU PINANG 19 Dis. - Malaysia dianggap contoh terbaik kepada negara asing dalam
mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang harmoni.
Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd. Radzi Abdul Rahman berkata, ini kerana
Malaysia berjaya membangunkan negara menerusi rakyat berbilang kaum yang hidup dalam
persefahaman dan toleransi.
"Malaysia dapat memperkukuhkan perpaduan semua kaum dan mereka hidup dalam keadaan
aman damai kerana kerajaan menjalankan sistem perkongsian kuasa.
"Bagaimanapun, rakyat di negara ini perlu sentiasa mengamalkan sikap bertoleransi yang
tinggi kerana ia adalah unsur penting untuk memastikan masyarakat majmuk boleh terus
hidup dengan baik," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Muda Polisi
Luar Negeri di sini hari ini.
Seramai 25 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai seminar
berkenaan.
Dalam pada itu, Mohd. Radzi menjelaskan, pihaknya bimbang dengan trend ekstremisme dan
ketaksuban yang semakin serius apabila banyak usaha dilaksanakan untuk mempromosikan
keamanan dan persefahaman antarabangsa.
Katanya, suara dan tindakan daripada pelampau serta fanatik telah membayangi pandangan
majoriti sehingga merampas agenda keamanan dunia sebenarnya.
Tegas beliau, tindakan golongan pelampau itu tidak sepatutnya menyebabkan orang ramai
terpaksa menjalani kehidupan dalam ketakutan.

"Oleh itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mempromosikan Pergerakan
Global Secara Sederhana.
"Maka kita boleh menggunakan agenda ini untuk keamanan dan pragmatik," ujarnya.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1220&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm#
ixzz2LXlNvfLq
Utusan Melayu (M) Bhd

Malaysia contoh terbaik masyarakat majmuk


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Disember 2011
GEORGETOWN - Malaysia merupakan sebuah negara contoh terbaik kepada dunia bagi
melihat bagaimana kehidupan masyarakat majmuk yang harmoni, kata Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman.

Katanya, Malaysia telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa sebuah masyarakat
berbilang kaum dapat hidup bertoleransi dan membangunkan negara secara bersama.
Negara asing yang mempunyai masyarakat majmuk boleh menjadikan Malaysia sebagai
model kerana kita telah berjaya menyatukan semua kaum melalui perkongsian kuasa dan
hidup aman damai.
Bagaimanapun rakyat di negara ini juga perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi yang
tinggi kerana ia adalah unsur sangat penting untuk memastikan masyarakat majmuk Malaysia
boleh terus hidup dengan baik, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Belia
Polisi Luar Negara di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu Pro Canselor USM, Tan Sri Razali Ismail dan Naib Canselornya,
Prof Datuk Omar Osman.
Seramai 25 peserta institusi pengajian tinggi telah dipilih menyertai seminar yang akan
membincangkan isu-isu yang berhubung kait dengan hal ehwal luar negara, termasuk yang
menyentuh aspek diplomasi, tadbir urus dan demokrasi.
ARKIB : 06/02/2012
More Sharing Services 0

Rakyat patut berbangga dengan sikap toleransi kaum - TPM


06/02/2012 6:57pm

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Rakyat Malaysia patut berbangga dengan sikap toleransi yang
menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini yang amat istimewa dan
tidak akan mampu dinikmati di negara lain.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tanpa toleransi tentunya
Malaysia tidak akan berdiri megah seperti sekarang ini.
"Justeru untuk memastikan apa yang kita nikmati pada masa ini dapat terus dinikmati pada
masa akan datang, maka adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk terus
saling hormat menghormati di atas platform toleransi," katanya dalam mesej sempena
sambutan Thaipusam esok.
Muhyiddin berkata, jangan sesekali memandang remeh kepentingan toleransi sesama kaum
kerana ikatan perpaduan yang lemah akan menjadi punca timbulnya sikap permusuhan sekali
gus memusnahkan usaha merapatkan kaum-kaum di negara ini yang dimulakan sejak negara
mencapai kemerdekaan.
"Sehubungan itu, adalah menjadi harapan saya agar setiap nilai positif yang menyumbang
kepada kesejahteraan dan keharmonian hidup antara kaum di negara ini akan terus menjadi
keutamaan setiap rakyat Malaysia.
"Hayati dan laksanakan apa juga langkah yang boleh menguatkan lagi ikatan perpaduan di
antara penduduk pelbagai kaum di negara ini," katanya.
Muhyiddin berkata, satu lagi keunikan masyarakat Malaysia terserlah apabila kaum India
beragama Hindu meraikan sambutan Hari Thaipusam - satu lagi tradisi yang dapat
dilangsungkan hasil toleransi kaum yang dinikmati rakyat negara ini sejak dahulu lagi.
"Semua rakyat Malaysia maklum bahawa perayaan Thaipusam yang bermatlamatkan
penyucian jiwa daripada segala dosa telah menjadi salah satu tarikan pelancongan di negara
kita.
"Betapa uniknya apabila perayaan bersifat agama untuk kaum India ini berjaya menggamit
minat orang luar untuk datang ke negara ini melihat sendiri sambutan yang diadakan secara
besar-besaran.
"Saya pasti kedatangan pelancong untuk menyaksikan perarakan sempena Hari Thaipusam
didorong oleh rasa kagum mereka betapa Malaysia yang agama rasminya Islam dan majoriti
penduduknya juga beragama Islam tidak menghalang penganut agama lain meraikan perayaan
keagamaan mereka dengan begitu meriah sekali," katanya. - BERNAMA

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2LX
oLLWzQ
Utusan Melayu (M) Bhd