Anda di halaman 1dari 63

Perinol

ALAMTOLOGI

PERINOL

18.1. Pengenalan Perinol

BAB

18

ALAMTOLOGI PERINOL 18.1. Pengenalan Perinol BAB 18 Perinol di dalam ilmu alamtologi adalah satu istilah yang

Perinol di dalam ilmu alamtologi adalah satu istilah yang diguna pakai untuk menjelaskan mengenai konsep pemikiran rasional. Di dalam ilmu konvensional pemikiran rasional adalah diterjemahkan sebagai pemikiran atau tindakan normal yang akan dilakukan berdasarkan perjumlahan. Sekiranya pemikiran tersebut diterima pakai oleh majoriti ia akan diklasifikasikan sebagai rasional. Asas pemikiran rasional di dalam ilmu konvensional lebih kepada logik dan bukannya pada fakta yang jelas.

Terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan mengenai maksud pemikiran rasional. Di antara definisi umum pemikiran rasional yang diberikan oleh konvensional adalah logik yang dikenali sebagai “berfikir” atau “pemahaman” iaitu logik rasional yang tidak memiliki pengetahuan (pengalaman) tentang realiti. Contoh yang diberikan ialah intuisi membuatkan seekor rusa mengenalpasti manusia sebagai pemangsa kerana kebanyakkan manusia berperilaku sebagai pemangsa.

Selain itu menurut Dewey (1993), beliau mentakrifkan pemikiran sebagai perilaku dalam menyelesaikan masalah, sementara Bochenski (1990 : 59) menyatakan bahawa berfikir adalah setiap perkembangan idea-idea dan konsep yang difikirkan minda. Mohd Micheal Abdullah (1995) mentafsirkan pemikiran sebagai membuat keputusan. Sementara itu, Som Haji Nor dan Mohd Dahlan menyatakan pemikiran adalah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai kepelbagaian kemungkinan, idea, dan membuat pertimbangan yang wajar, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta membuat refleksi dan meta kognitif terhadap proses yang dialami. Sementara itu, Pusat Perkembangan Ko-kurikulum, Kementerian Pendidikan mendefinisikan pemikiran sebagai proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang.

Daripada tafsiran yang diberikan di atas pemikiran rasional dari sudut konvensional lebih mengaitkan kepada logik akal dan bukan berpandukan pada fakta yang jelas. Maka pemikiran rasional di dalam konvensional tidak mempunyai faktor yang tetap (konsten factor) untuk dirujuk.

Rasional dalam dunia hari ini adalah lebih kepada memberikan alasan atau rasional disebalik pemikiran atau idea seseorang itu. Rasional juga sering berkait dengan perasaan dan pendapat peribadi seseorang. Rasional pada dirinya tidak semestinya rasional pada orang lain. Faktor yang tidak mempunyai ketetapan di dalam rasional konvensional mengundang pelbagai masalah yang masih menjadi perdebatan di antara ahli sains dan ahli pemikir pada hari ini.

Maka dengan pelbagai definasi yang diberikan dimanakah rasionalnya dalam memberi tafsiran yang tepat mengenai pemikiran rasional ini. Pemikiran adalah sesuatu kuasa yang amat hebat yang ada pada setiap manusia. Ianya penting untuk manusia mendalami alam keseluruhannya dari semua aspek sama ada aspek fizikal, sosial atau spiritual.

1

|

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Selain itu melalui pemikiran membolehkan manusia menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka dan dapat mencetuskan kemajuan. Pemikiran adalah merupakan alat yang utama yang menyumbang kepada tranformasi budaya, persekitaran dan tindakan masyarakat yang telah menyebabkan dunia bertukar wajah daripada keadaan primitif kepada yang lebih moden seperti yang dilihat hari ini. Kemodenan yang ada pada hari ini adakah ia benar-benar boleh ditafsirkan sebagai moden. Oleh kerana apa yang ada sekarang dikatakan adalah kemodenan oleh majoriti masyarakat yang ada maka ia diterima pakai perlaksanaan kehidupan yang ada pada hari ini adalah moden.

Tetapi sekiranya dilihat dari fakta yang nyata, apa yang dikecapi pada hari ini bukanlah satu kemodenan dalam erti kata yang sebenar tetapi hanya berlandaskan pada satu sangkaan semata- mata. Konsep pemikiran inilah yang akan dijelaskan di dalam bab perinol ini. Kita akan mula melihat dari konsep berfikir di luar kotak berdasarkan pada fakta tanpa melibatkan sangkaan, penerimaan majoriti, emosi dan sebagainya yang berdasarkan persepsi yang tidak jelas.

Penjelasan mengenai bab perinol dalam buku ini hanya akan menyentuk topik yang ada secara umum sahaja untuk memberi kefahaman asas dahulu kepada pembaca bagaimana konsep pemikiran rasional di dalam ilmu alamtologi ini.

18.1.1. Perinol (Pemikiran Rasional) - Alamtologi

Seringkali kita dengar untuk membuat sesuatu keputusan dan tindakan memerlukan tindakan dan pemikiran yang rasional. Namum pernahkah kita kaji apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan Pemikiran Rasional?

Berdasarkan konsep konvensional yang sedia ada, pemikiran rasional adalah merujuk kepada setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada logik akal sebagai kaedah utama yang digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul melalui pemerhatian sistematik. Ianya bertepatan dengan maksud rasional itu sendiri. Dimana, rasional adalah kata yang diambil daripada bahasa inggeris “rational”. Rational bermaksud dapat diterima oleh akal dan fikiran yang bersesuai dengan kemampuan otak. Dengan kata lain, rasional adalah satu tindakan yang masuk akal dan dapat diterima oleh masyarakat dan ianya menjadi norma-norma yang sebati dan biasa oleh masyarakat.

Dalam konsep pemikiran rasional hari ini, setiap tindakan dianggap rasional jika setiap tindakan yang dilakukan di anggap optima dan mencapai tujuan. Setiap tujuan dan matlamat yang diletakkan adalah berdasarkan kepada kepentingan masing-masing. Dimana, memilih tindakan yang akan memaksimumkan prestasi yang diharapkan dengan berlandaskan kepada semua pengetahuan yang dimiliki. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa pemikiran rasional dalam konteks konvensional adalah lebih menjurus kepada pemikiran logik akal yang berlandaskan kepada kepentingan.

Berbeza dengan konsep Pemikiran Rasional dari sudut Alamtologi. Iaitu teori pemikiran yang logik berdasarkan kepada pembuktian yang disokong oleh fakta dan membenarkan setiap perkara yang disertakan dengan tindakan. Pemikiran harus dilaraskan berdasarkan kapasiti kita sendiri. Setiap sesuatu itu mesti mempunyai bukti bukan berdasarkan kepada kepercayaan.

| 2

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Konsep Pemikiran Rasional dalam Alamtologi dikenali dengan “Teori Perinol”.

Rational Thought
Rational
Thought
Pemikiran Rasional
Pemikiran
Rasional
Teori Perinol
Teori
Perinol

Gambar rajah 18.1 : Sejarah Penghasilan Istilah Perinol

Sejarah awal penghasilan istilah ini adalah berdasarkan kepada perkataan “Rational Thought” yang bermaksud Pemikiran Rasional. Bagi memberikan satu penjelasan yang lebih terperinci dan tepat untuk penghuraian Pemikiran Rasional maka tercetuslah “Teori Perinol”. Teori Perinol merupakan satu hasil yang akan mewujudkan proses yang seterusnya.

Teori Perinol menyatakan bahawa setiap perkara yang dilaksanakan perlu mempunyai fakta, bertindak atas proses arahan, menerima dan melakukan dengan praktikal, serta membenarkan setiap perkara yang diterima dalam bentuk graf kapasiti bagi individu masing-masing.

Dari konteks Alamtologi, Teori ini bergerak berdasarkan arahan yang mengikut aturannya yang tersendiri. Kebenaran di dalam teori perinol ini juga tidak akan dipengaruhi oleh penjumlahan seperti yang diguna pakai di dalam teori-teori pemikiran rasional konvensional.

Perjumlahan yang dimaksudkan perbandingan di antara teori perinol dengan pemikiran rasional konvensional ialah contohnya di dalam teori konvensional sekiranya 99% individu mengatakan benar dan 1% individu mengatakan tidak benar maka rasionalnya adalah berdasarkan kepada majoroti tetapi dalam teori perinol walaupun hanya 1% yang mengatakan tidak benar tetapi penyataan itu berserta dengan fakta dan bukti yang nyata maka rasional yang 1% itulah yang akan digunakan pakai berbanding dengan jumlah majoriti.

Teori perinol ini merupakan satu peringkat yang teratas di dalam teori pemikiran kerana ia yang mengawal dan bukan yang dikawal. Selagi melibatkan logik dan perasaan di dalam sesuatu tindakan, seseorang itu belum lagi mencapai tahap pemikiran perinol.Teori ini membentuk dan menyediakan setiap individu menjadi seorang pemikir dan ketua. Ini kerana dalam teori perinol setiap individu mempunyai faktor untuk membenarkan dan mendapat kebenaran berdasarkan fakta dan bukti yang jelas.

Contohnya sekiranya di dalam medan peperangan sekiranya semua pejuang mempunyai pemikiran perinol maka yang pergi berjuang itu adalah semuanya merupakan panglima. Sekiranya panglima yang mengetuai peperangan itu kecundang maka mana-mana yang ada boleh menggantikan tempatnya sebagai ketua untuk mengetuai peperangan tersebut tanpa perlu menyerah.Tetapi dalam amalan biasa sekiranya panglima yang mengetuai peperangan kecundang maka semua tenteranya juga akan turut kecundang. Keadaan sebegini tidak berlaku di dalam teori perinol.

Konsep yang diketengahkan oleh teori perinol ini juga adalah sama iaitu menyiapkan seseorang individu itu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi apa juga keadaan dengan rasional yang berlandaskan fakta.Keputusan dan tindakan yang dibuat bukan atas

|

3

|

Perinol

ALAMTOLOGI

arahan yang diterima tetapi atas kebenaran yang dibenarkan oleh diri penerima maklumat itu sendiri. Seseorang individu mempunyai keupayaan untuk mencari kebenaran di atas apa juga arahan yang diterima dan bukan hanya mengikut dan melaksanakan arahan tanpa mengetahui mengapa perlu melakukan perkara tersebut.

Teori perinol ini membuat kita untuk berfikir di luar kotak (think out of the box) untuk kita menilai sesuatu perkara dengan lebih tepat tanpa melibatkan langsung elemen perasaan.

Penjelasan kepada Teori Perinol merupakan peringkat ilmu yang begitu tinggi. Sebelum dapat mempelajari dengan lebih mendalam mengenai teori ini, maka setiap individu yang memasuki Alamtologi perlu mempelajari terlebih dahulu kursus-kursus latihan Alamtologi. Penjelasan kepada Teori Perinol ini adalah jauh berbeza dengan penjelasan konvensional mengenai pemikiran rasional itu sendiri. Ia juga merupakan satu lagi teori baru yang belum pernah dikemukakan oleh mana-mana ahli pemikir.

18.1.2. Bentuk Perinol

Setiap sesuatu perkara yang dipelajari dalam Alamtologi mempunyai bentuknya yang tersendiri. Teori Perinol ini juga tidak terkecuali mempunyai bentuk. Bentuk Teori Perinol akan ditunjukkan dalam Gambar rajah 18.2 berikut.

A

PENERIMAAN (PL)
PENERIMAAN
(PL)
PERLAKSANAAN (PG) B
PERLAKSANAAN
(PG)
B

Gambar rajah 18.2 : Bentuk atau Pola Perinol

Bentuk bagi Teori Perinol ini adalah aplikasi daripada bentuk Konsep Molekul bagi peringkat paling asas (pertama), iaitu peringkat Zarah (K24za).

Terdapat dua bahagian yang utama iaitu bahagian Penerimaan dan bahagian Perlaksanaan. Bahagian penerimaan adalah Proses Lerai, manakala bahagian perlaksanaan adalah Proses Gabung.

| 4

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Konsep penting yang perlu ada pada peringkat penerimaan adalah membenarkan. Iaitu setiap apa yang diterima adalah benar. Membenarkan setiap perkara haruslah berdasarkan kepada fakta. Bagi mencari fakta perlukan satu proses perleraian yang teratur. Iaitu pada peringkat perlaksanaan adalah dengan melaksanakan perkara yang diterima berdasarkan aturan yang tetap.

Setiap individu adalah berbeza peringkat Perinol. Sebagai contoh, manusia adalah sebagai pengawal, manakala haiwan adalah sebagai dikawal. Oleh itu, bentuk setiap peringkat Perinol adalah berbeza. Aplikasi bentuk peringkat perinol adalah berdasarkan bentuk bagi peringkat dalam Konsep Molekul.

Peringkat Du Peringkat Ga • Berdasarkan bentuk K24 ji • Berdasarkan bentuk K24ml • Mempunyai
Peringkat Du
Peringkat Ga
• Berdasarkan bentuk K24 ji
• Berdasarkan bentuk K24ml
• Mempunyai 9 picu
• Mempunyai 16 picu
Peringkat Pa
Peringkat Ma
• Berdasarkan bentuk K24si
• Berdasarkan kepada bentuk K24ob
• Mempunyai 25 picu
• Mempunyai 36 picu
Peringkat Na
Peringkat Tu
• Berdasarkan kepada bentuk K24ak
• Berdasarkan kepada bentuk K24md
• Mempunyai 49 picu
• Mempunyai 65 picu

Gambar rajah 18.3 : Peringkat Perinol Mengikut Konsep Molekul

|

5

|

Perinol

ALAMTOLOGI

18.1.3. Hukum Perinol

Teori perinol mempunyai hukum dan disiplin yang jelas iaitu benar, berdasarkan kepada fakta, mempunyai aturan, tidak dipengaruhi oleh faktor tarikan.

mempunyai aturan, tidak dipengaruhi oleh faktor tarikan. Gambar rajah 18.4 : Hukum Teori Perinol Berdasarkan kepada

Gambar rajah 18.4 : Hukum Teori Perinol

Berdasarkan kepada ciri benar bermaksud apabila menerima sesuatu perkara memerlukan proses benar dahulu. Ini kerana Perinol bagi setiap tindakan adalah memerlukan faktor terima dan bukan faktor penolakan. Apabila kita terima ianya benar maka kita akan mencari fakta untuk membenarkan apa yang telah sedia benar. Maka akan hasil satu kebenaran yang berdasarkan kepada fakta. Setiap tindakan yang dilakukan ataupun jawapan yang diberikan adalah tidak melibatkan soal keinginan dan pengaruh perasaan tetapi berdasarkan kepada fakta yang dijelaskan melalui aturan dan rumus. Keputusan atau jawapan yang rasional adalah mengambil kira perjumlahan kepada kualiti dan bukan kuantiti.

Tiga hukum utama di dalam teori perinol inilah yang menjadi asas utama dalam membentuk pemikiran rasional dalam ilmu alamtologi dan diikuti dengan 3 disiplinnya iaitu benar, membenarkan dan kebenaran.

18.1.4. Ciri-Ciri Perinol

Teori perinol ini juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Terdapat 7 ciri yang menjadi landasan ataupun aturan kepada perlaksanaannya. Gambar rajah 18.5 berikut menunjukkan ciri-ciri teori perinol.

| 6

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Perinol ALAMTOLOGI Gambar rajah 18.5 : Ciri-ciri Teori Perinol Wujudnya ciri-ciri ini adalah berdasarkan konsep

Gambar rajah 18.5 : Ciri-ciri Teori Perinol

Wujudnya ciri-ciri ini adalah berdasarkan konsep pemikiran yang diketengahkan yang menolak logik sama sekali seiring juga dengan asas ilmu alamtologi ini yang tidak menggunakan logik dalam perlaksanaan ilmunya. Kembali kepada asas di mana alam ini adalah bergerak atas dasar hukum dan bukannya logik. Segalanya yang berada dalam lingkungan alam ini mempunyai proses semulajadinya yang tersendiri termasuk manusia. Maka konsep perinol ini diketengahkan dengan mengikut proses semulajadi manusia itu sendiri, konsep pemikiran yang bergerak secara harmoni dan seimbang tanpa melibatkan pengaruh emosi dan perasaan.

Setiap keputusan dan tindakan yang dibuat bukan kerana keinginan atau kehendak tetapi ia adalah keperluan untuk dia bertindak begitu berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Gambar rajah 18.6 di bawah menunjukkan perbandingan diantara ciri-ciri teori perinol dengan ciri-ciri pemikiran rasional di dalam konvensional.

dengan ciri-ciri pemikiran rasional di dalam konvensional. Gambar rajah 18.6 : Perbandingan Ciri-Ciri Perinol dan

Gambar rajah 18.6 : Perbandingan Ciri-Ciri Perinol dan Ciri-ciri Rasional Konvensional

| 7

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Terdapat dua peringkat utama dalam peringkat proses pelaksanaan bagi Teori Perinol ini. Dua peringkat tersebut akan ditunjukkan dengan lebih jelas dalam gambar rajah 18.7 berikut.

dengan lebih jelas dalam gambar rajah 18.7 berikut. Gambar rajah 18.7 : Peringkat Proses Pelaksanaan Teori

Gambar rajah 18.7 : Peringkat Proses Pelaksanaan Teori Perinol

Merujuk kepada Peringkat 1, iaitu proses terima dan buat, satu persoalan telah dikemukakan semasa sesi pembelajaran ini berlangsung. Persoalan tersebut ialah jika sebuah kiub kayu dilepaskan, maka ia akan menuju ke atas. Boleh atau tidak boleh? Jawapannya ialah boleh. Bagaimana ia boleh berlaku? Penjelasan kepada jawapan boleh itu sebenarnya adalah pelaksanaan awal yang dilakukan terlebih dahulu sebelum jawapan ‘tidak’ diberikan. Maksudnya di sini bahawa dalam Teori Perinol tidak boleh meletakkan andaian kepada suatu perkara yang belum dilakukan. Proses terima ialah membenarkan apa yang diterima dan proses buat ialah melakukan apa yang diterima tersebut. Dengan adanya proses amali tersebut, maka fakta bagi sesuatu perkara yang dilaksanakan itu dapat diperoleh, bukan sekadar andaian semata-mata.

Berikutnya, merujuk kepada Peringkat 2 pula, iaitu proses terima dan sah atau lulus adalah berbalik kepada persoalan kiub kayu itu tadi. Setelah proses terima dilakukan, maka jawapan sebenar akan dapat disahkan atau diluluskan. Oleh itu, jawapan awal kepada pelaksanaan sesuatu perkara itu adalah boleh, dan kemudiannya proses amali dijalankan bagi mengesahkan jawapan awal tersebut sama ada boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan.

Bagi menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai proses terima dan buat tersebut, maka individu yang terlibat dan berperanan perlu bermula pada asas yang kosong. Kemudian, asas yang kosong itu perlu digerakkan dengan meletakkan pengisian di dalamnya. Pengisian tersebut merujuk kepada sesuatu arahan atau perkara yang telah diterima. Seterusnya, proses buat dijalankan sambil berfikir bagi mewujudkan hasil yang diperoleh berbentuk sumbangan.

Dalam memahami Teori Perinol ini, faktor atau jawapan terdahulu kepada persoalan kiub kayu yang sama itu tidak boleh diambil kira sebagai jawapan untuk masa sekarang. Ini bermaksud, proses terima dan buat ini tidak boleh bergantung pada proses yang sedia ada sahaja kerana ia melibatkan faktor tenaga. Tenaga merupakan satu proses yang aktif dan sentiasa berubah bentuk pada peringkat-peringkat yang berbeza. Oleh itu, proses menerima sesuatu arahan atau perkara dalam Teori Perinol, tidak boleh hanya diterima tetapi tidak dilaksanakan.

|

8

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Sehubungan dengan apa yang telah dijelaskan dia atas, penjelasan yang seterusnya akan diberikan berdasarkan beberapa contoh situasi yang akan menjelaskan lagi bagaimana cara perinol menyelesaikan masalah yang diberikan dengan menggunakan ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas. Gambar rajah di bawah adalah contoh situasi yang diberikan.

di atas. Gambar rajah di bawah adalah contoh situasi yang diberikan. Gambar rajah 18.8 : Situasi

Gambar rajah 18.8 : Situasi Masalah 1

| 9

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Perinol ALAMTOLOGI Gambar rajah 18.9 : Situasi Masalah 2 18.1.5. Perkaitan Teori Perinol dengan Pemikiran Logik

Gambar rajah 18.9 : Situasi Masalah 2

18.1.5. Perkaitan Teori Perinol dengan Pemikiran Logik dan Pemikiran Praktikal

Kupasan mengenai penjelasan berhubung pemikiran logik dan pemikiran praktikal adalah berkait rapat dengan kupasan Teori Perinol (pemikiran rasional). Bagi maksud pemikiran logik dari sudut konvensional, ia merupakan suatu proses yang menggunakan sebab secara konsisten apabila ia merujuk kepada rumusan (kesimpulan). Situasi atau masalah yang melibatkan pemikiran logik adalah merujuk kepada proses struktur, iaitu hubungan dengan fakta dan hubungan dengan sebab ‘masuk akal’. Seterusnya, pemikiran praktikal ialah konsep pemikiran yang melibatkan proses pelaksanaan dalam mencari jawapan kepada persoalan yang diperoleh.

Berdasarkan kupasan dari sudut Alamtologi, terdapat perbezaan yang jelas antara ketiga-tiga jenis pemikiran yang dinyatakan tersebut, iaitu pemikiran logik, pemikiran praktikal, dan pemikiran rasional. Pemikiran logik lebih menjurus kepada persoalan ‘ya’ atau ‘tidak’. Namun demikian, bagi menentukan jawapan sama ada ‘ya’ atau ‘tidak’ tersebut adalah bergantung kepada logik bagi seseorang individu itu yang melibatkan perasaan sebagai faktor pemberatnya dalam soal membuat keputusan.

Berikutnya, pemikiran praktikal pula merupakan proses pelaksanaan atas suatu perkara atau arahan yang diterima dan bertindak sebagai proses agen. Ia memerlukan proses dominan bagi menjadi proses awal untuk menggerakkan proses pelaksanaan praktikal tersebut. Proses

| 10

|

Perinol

ALAMTOLOGI

dominan yang dimaksudkan itu ialah pemikiran rasional atau dikenali sebagai Teori Perinol dalam istilah Alamtologi. Pemikiran rasional ini adalah kupasan dari sudut Alamtologi, iaitu ia adalah proses yang tetap dan tidak berubah walau dalam pelbagai situasi. Di samping itu, ia adalah proses yang mengikut kepada kapasiti individu dan mempunyai kewarasan dalam setiap jua perkara yang dilakukan. Fakta adalah intipati utama dalam pemikiran rasional (Teori Perinol) ini.

Terdapat perkaitan antara konsep praktikal dan rasional tersebut, iaitu praktikal merupakan proses pelaksanaan (umpama biji yang berada di dalam buah) manakala rasional pula merupakan proses pemikiran (umpama isi bagi buah). Gabungan antara praktikal dan rasional ini ialah kedudukan praktikal adalah di dalam rasional. Praktikal sebagai proses agen (dibawa) dan rasional sebagai proses dominan (pembawa).

Sebagai contoh kepada pelaksanaan praktikal, seorang pelajar membuat salinan nota dalam dua perkara yang berbeza, iaitu membuat rakaman video dan dalam masa yang sama menulis apa yang sedang disampaikan oleh guru. Adakah proses tersebut praktikal atau tidak praktikal? Jawapannya, tindakan tersebut adalah tidak praktikal. Ini kerana pelajar tersebut telah melakukan dua perkara yang sama dalam satu masa. Walaupun jika dilihat, jenis salinan yang dilakukan adalah berbeza namun pada asasnya, perkara yang sama telah dibuat pengulangan. Ini telah melibatkan pembaziran dari segi faktor tenaga (untuk memegang alat perakam video dan memegang pensel) dan faktor masa (kelajuan / kepantasan untuk mencatat adalah berkurangan).

Namun demikian, kaedah sebenar dan betul kepada pelaksanaan praktikal itu ialah dengan mendengar dan memahami apa yang disampaikan. Setelah selesai sesi kelas yang dijalankan itu, maka individu yang terlibat perlu mengaplikasikan semula apa yang telah difahami dan membuat penjelasannya dalam bentuk penulisan. Apa jua yang mampu dijelaskan ketika proses tersebut adalah kapasiti sebenar tahap daya ingatan dan kefahaman individu itu.

18.1.6. Proses Perlaksanaan Perinol

Untuk melaksanakan Teori Perinol ini, maka ia perlu melalui proses terima sesuatu perkara atau arahan dengan proses benar terlebih dahulu. Apabila proses benar diterima, kemudian pelaku kepada proses tersebut akan membenarkan perkara atau arahan yang diterimanya dan akhirnya akan memberi kebenaran kepada jawapannya.

dan akhirnya akan memberi kebenaran kepada jawapannya. Gambar rajah 18.10 : Proses Perlaksanaan Perinol | 11

Gambar rajah 18.10 : Proses Perlaksanaan Perinol

| 11

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Teori Perinol tidak mengamalkan konsep demokrasi dan juga kebarangkalian. Jawapan atau hasil bagi sesuatu perkara tidak merujuk kepada penjumlahan sama ada majoriti atau minoriti tetapi ia berdasarkan kepada fakta semata-mata. Ini bermaksud, setiap perkara akan dinilai dan diambil kira satu persatu tanpa meninggalkan walau satu bahagian sekalipun. Proses ini amat jelas bertentangan dengan konsep demokrasi. Konsep purata tidak diguna pakai dan ia tidak melibatkan sama sekali soal keinginan mahupun perasaan dalam proses pelaksanaan Teori Perinol ini.

Konsep asas dalam Teori Perinol ini ialah siap siaga. Sebagai contoh, jika satu proses tiada, maka proses yang lain boleh dilaksanakan atau diteruskan juga. Di sini faktor masa amat penting dalam pelaksanaan Teori Perinol. Apabila faktor masa diambil kira, maka Perinol bertindak sebagai proses agen (dibawa) manakala masa pula bertindak sebagai proses dominan (pembawa). Setiap pelaksanaan yang dibuat perlu mempunyai jadual perancangan dan juga faktor masa yang terlibat, mula (M) dan tamat (T).

dan juga faktor masa yang terlibat, mula (M) dan tamat (T). Gambar rajah 18.11 : Konsep

Gambar rajah 18.11 : Konsep Perinol

Pada peringkat Teori Perinol ini, ia adalah peringkat yang memberi sumbangan bukan hanya sekadar melaksanakan tanggungjawab sedia ada semata-mata. Maksud sumbangan di sini ialah memberi hasil yang belum pernah dilakukan atau hasil yang bernas dan berharga sebagai aset. Peringkat Teori Perinol ini adalah berbeza bagi setiap individu kerana ia bergantung kepada kapasiti masing-masing.

Sasaran utama Teori Perinol ini adalah kepada manusia itu sendiri. Ini kerana manusia adalah pengawal kepada proses yang dibangunkan. Oleh itu, ia perlu bertindak mengikut arahan dan bergerak dengan adanya sebab. Dalam konteks bertindak mengikut arahan, ia bukan hanyalah sekadar mengikut arahan sahaja tetapi perlu memberi sumbangan dalam apa juga perkara yang dilakukan. Setiap arahan yang diterima, perlu bijak untuk mentafsirkannya dengan cara yang paling bijak.

Teori Perinol jelas membuktikan bahawa segala proses pelaksanaan yang dilakukan perlu mempunyai fakta. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pelaksanaan yang hanya mengikut kehendak atau keinginan perasaan semata-mata. Faktor masa adalah perkara utama dalam setiap proses pelaksanaan bagi menjadikan matlamat atau sasaran tersebut dapat dicapai. Dalam mencapai kejayaan dalam proses pelaksanaan yang dilakukan, terdapat empat rumus yang boleh difahami dengan jelas. Ia ditunjukkan dalam gambar rajah 18.9 berikut.

| 12

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Perinol ALAMTOLOGI Gambar rajah 18.12 : Rumusan Perlaksanaan Daripada empat rumus di atas, hanya satu proses

Gambar rajah 18.12 : Rumusan Perlaksanaan

Daripada empat rumus di atas, hanya satu proses kejayaan dapat diperoleh, iaitu apabila arahan atau perkara yang diterima telah difahami, kemudian disertai dengan proses pelaksanaan (buat), maka hasilnya akan berjaya disiapkan. Jika salah satu proses tidak dilakukan, maka hasilnya akan menjadi gagal (tidak dapat disiapkan). Melalui teori perinol ini, maka konsep cara berfikir dapat distrukturkan semula supaya lebih praktikal dan rasional.

18.2. Graf Kapasiti

Proses perlaksanaan dalam Teori Perinol yang telah dijelaskan di atas adalah berkait rapat dengan graf kapasiti dan ia adalah berlandaskan kepada satu aturan iaitu terima dan laksana. Setiap perlaksanaan yang dilakukan perlu berdasarkan kepada graf kapasiti agar ianya tidak dipengaruhi oleh keinginan.

y

4 Nilai kapasiti yang ada = 1 3 Y = 4 X = 3 2
4
Nilai kapasiti yang ada = 1
3
Y
= 4
X
= 3
2
Nilai neutral dalam 4,3
1
x
1 2
3
4 5

Nilai kapasiti adalah 1 bagi graf 4,3.

Graf 18.1 : Contoh Proses Dominan Dalam Graf Kapasiti | 13

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Telah dijelaskan bahawa setiap individu mempunyai peringkat Perinol yang berbeza. Peringkat ini dapat dijelaskan berdasarkan graf kapasiti. Graf kapasiti adalah graf keupayaan sebagai garis panduan dalam proses perlaksanaan. Bagi proses penilaian kapasiti perlu berdasarkan kepada dua keadaan iaitu pada keadaan menegak (tinggi) dan mendatar (lebar). Keadaan mendatar adalah mewakili faktor x (paksi x bagi graf), manakala keadaan menegak mewakili faktor y (paksi y bagi graf). Terdapat enam peringkat di mana setiap peringkat mesti membawa kapasiti tujuh. Kapasiti tujuh diambil kerana jumlah yang lengkap dalam hitungan angka asas Alamtologi.

Peringkat

1

2

3

4

5

6

Faktor x

1

2

3

4

5

6

Faktor y

6

5

4

3

2

1

Jadual 18.1 : Jadual Peringkat Graf Kapasiti

Nilai bagi faktor x dan faktor y bagi setiap peringkat adalah tidak sama bagi menwujudkan proses dominan. Contohnya apabila y adalah tinggi maka x mesti rendah. Apabila nilai y dan nilai x adalah sama maka ianya adalah neutral dengan maksud lain ianya pasif. Apabila suatu adalah pasif maka ianya tidak akan bergerak. Oleh itu, tidak akan berlaku perkembangan. Perbezaan bagi faktor x dan faktor y adalah perlu bagi mewujudkan nisbah yang minimum dalam setiap proses.

Bentuk yang paling stabil adalah (x3,y4) dan (y4,x3). Bila 4 dan 3 maka nilai 3 dan 3 adalah nilai yang kekal maka 1 adalah nilai yang disumbangkan. Maka kapasiti yang disumbangkan adalah perkadaran 1 dalam satu tempoh masa bagi setiap peringkat proses.

y

6 Peringkat ( x1 , y6) 5 Peringkat (x2, y5) 4 Peringkat (x3, y4) P
6
Peringkat ( x1 , y6)
5
Peringkat (x2, y5)
4
Peringkat (x3, y4)
P
3
Peringkat (x4, 3y)
2
Peringkat (5x, 2y)
1
Peringkat (6x, 1y)
x
1
2
3
4
5
6
PROSES

Perkadaran Masa

Graf 18.2 : Graf Kapasiti

| 14

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Dalam Teori Perinol juga mengambil kira faktor masa. Faktor masa adalah sebagai pembawa dan Perinol sebagai dibawa. Dalam graf kapasiti untuk proses perlaksanaan adalah mengambil faktor masa sebagai pemberat. Berdasarkan kepada graf kapasiti yang telah dibentuk faktor x adalah sebagai masa yang diambil untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Manakala faktor y adalah tenaga yang diperlukan bagi menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Berbalik kepada rumus alamtologi iaitu x = m/t. Di mana, x adalah mewakili proses yang ingin dilaksanakan, m mewakili masa dan t mewakili tenaga. Dalam proses menetapkan kapasiti untuk melakukan sesuatu tugasan perlu mengambil kira dua elemen yang penting iaitu masa dan tenaga. Ini kerana dalam disiplin Alamtologi menekankan bahawa setiap sesuatu itu mempunyai proses mula dan proses tamat. Maka masa adalah kayu pengukur untuk menentukan proses mula dan proses tamat sesuatu perkara. Manakala tenaga adalah faktor penggerak kepada proses perlaksanaan.

Sebagai contoh, pada peringkat (x1,y6) dapat dijelaskan bahawa dalam satu tempoh masa iaitu x1 dapat menyelesaikan enam tugasan yang memerlukan perkadaran tenaga adalah 1. Apabila proses diperincikan maka kita dapat mengenalpasti kelemahan dan kekurangan. Maka langkah seperti menambahkan kemahiran perlu dilakukan bagi mencapai matlamat iaitu menyiapkan tugasan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan.

Berdasarkan graf kapasiti yang telah dibentuk maka penilaian tahap kapasiti individu dapat dinilai dengan lebih tepat dan bukannya berdasarkan kepada proses andaian yang dipengaruhi oleh keinginan.

18.2.1. Contoh Aplikasi Graf Kapasiti

Graf kapasiti ialah graf yang merujuk kepada perkara dan tempoh masa bagi menyiapkannya bergantung kepada kapasiti atau kemampuan seseorang individu itu. Peranan graf kapasiti ini dalam Teori Perinol ialah untuk menzahirkan proses perancangan tugasan dan juga proses pelaksanaannya dengan adanya fakta. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut bagaimana graf kapasiti tersebut digunakan, Graf 18.1 berikut boleh dirujuk.

| 15

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Bahagian Penulisan

6

5

4

3

2

1

y

Bahagian Penulisan 6 5 4 3 2 1 y 1 1 hari – Produk Siap &

1

1 hari – Produk Siap & Pengesahan

2 hari – Pencetakan & Penjilidan

3 hari – Semakan & Kemaskini

4

4 hari – Penyusunan & Persembahan

5 hari – Rangka Penulisan

5

6 hari – Isi Penulisan x
6 hari – Isi Penulisan
x

6

2

3

Proses Perlaksanaan

Graf 18.3 : Contoh Graf Kapasiti Proses Penulisan

Paksi x

1

2

3

4

5

6

Jumlah

Paksi y

6

5

4

3

2

1

Hari

Bilangan

6

5

4

3

1

2

21

Hari

Jadual 18.2 : Penerangan Kepada Graf Kapasiti

Berdasarkan kepada graf kapasiti tersebut, ia adalah berkaitan dengan proses penulisan bagi sebuah buku Alamtologi. Tempoh penghasilan bagi sebuah buku tersebut (lengkap) adalah selama 21 hari. Kiraan tempoh penghasilan buku tersebut adalah berdasarkan kepada 6 bahagian penulisan. Kesemua 6 bahagian tersebut adalah merangkumi penghasilan buku dari peringkat awal (sumber asal) hingga ke peringkat akhir (produk siap). Kadar penghasilan penulisan adalah berdasarkan kepada kapasiti dua orang penulis. Oleh itu, dengan adanya graf kapasiti ini, maka proses perlaksanaan dapat disusun atur selari dengan kemampuan individu yang terlibat dan penjelasan fakta dapat dibuktikan secara lebih jelas.

18.2.2. Pengawalan Masa (pf m ) Graf Kapasiti

Pengawalan Masa atau dikenali sebagai singkatan pf m merupakan pengawalan bagi faktor masa dalam graf kapasiti. Pengawalan masa ini adalah berkait rapat dengan tahap kapasiti yang telah dijelaskan sebelum ini. Ia mempunyai dua arah yang berbeza, iaitu arah melintang (pada paksi x) dan arah menegak (pada paksi y). Faktor masa dalam draf kapasiti merupakan proses | 16

|

Perinol

ALAMTOLOGI

dominan dan bertindak sebagai ‘pembawa’ manakala faktor tenaga yang bergerak dalam faktor masa sebagai proses agen dan bertindak sebagai ‘dibawa’. Dalam pf m ini juga terdapat bentuknya yang tersendiri. Gambar rajah 18.13 berikut menunjukkan bentuk umum bagi pf m .

C

A B
A
B

D

Gambar rajah 18.13 : Bentuk Umum pf m

Pengawalan masa tersebut adalah satu proses untuk menjadikan bentuk. Ia mempunyai kaitan dengan paksi x dan paksi y. Asas kepada penghasilan sesuatu bentuk bermula dengan adanya paksi x dan kemudian paksi x tersebut akan bergerak untuk menjadi paksi y.

Berdasarkan gambar rajah 18.13, A kepada B adalah merupakan faktor jarak manakala C kepada D adalah merupakan proses bagaimana masa itu dikawal. Kawasan segiempat yang wujud di dalam gambar rajah 18.13 hasil gerakan A kepada B dan C kepada D adalah merupakan kemampuan atau kapasiti yang wujud berdasarkan kepada bentuk yang lengkap.

Pengawalan masa di dalam graf kapasiti ini menjelaskan bahawa ia akan mengguna pakai dan memaksimumkan apa yang ada disekelilingnya untuk melaksanakan arahan yang diterima. Perinolnya ia akan bergerak melaksanakan arahan apabila ia mempunyai sebab dan sudah mempunyai jawapan tetapi bagaimana ia hendak mencapainya adalah berdasarkan kapasiti individu itu sendiri.

Dalam faktor masa ini, perlu mempunyai 2 subjek atau lebih untuk proses pergerakan dan proses dominan bagi membenarkan sesuatu perkara tersebut. Gambar rajah di bawah menunjuk apabila berlaku proses pergerakan bentuk umum pf m akan membentuk seperti gambar rajah 18.14 di bawah.

C

A B Pengawalan Masa D
A
B
Pengawalan Masa
D

Gambar rajah 18.14 : Faktor Masa Perlukan 2 Subjek dan Lebih

| 17

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Bagi menjelaskan lagi apa yang telah diterangkan di atas, disertakan di sini beberapa contoh situasi yang berkaitan dengan graf kapasiti dan faktor masa ini.

a) Situasi 1

Seorang ayah harus sediakan sup 20 mangkuk kepada anak-anaknya setiap hari, proses ini adalah tidak perinol kerana faktor masa. Semakin hari usia ayah akan semakin meningkat dan

keupayaannya juga akan semakin berkurang. Walaupun kemampuan si ayah semakin berkurang tetapi ia akan menjadi perinol atau seimbang apabila yang kurang itu ditampung oleh anak-anak yang sudah boleh berdikari.

Contoh : Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

- 20 mangkuk sup - 15 mangkuk sup (5 orang anak perlu berdikari) - 10 mangkuk sup (10 orang anak perlu berdikari)

b) Situasi 2

Bagaimanakah faktor satu jam masa dari Kulai ke Kuala Lumpur menggunakan pengawalan masa yang sama? Jelaskan.

Lumpur menggunakan pengawalan masa yang sama? Jelaskan. Gambar rajah 18.15 : Faktor Masa Kulai ke Kuala

Gambar rajah 18.15 : Faktor Masa Kulai ke Kuala Lumpur

Penyelesaian :

1. Berdasarkan persoalan beberapa perkara perlu dikenal pasti terlebih dahulu.

2. Disiplin pertama Teori Perinol adalah membenarkan, maka berdasarkan faktor masa satu jam pergerakan dari Kulai ke Kuala Lumpur boleh berlaku.

3. Langkah yang kedua adalah membenarkan berdasarkan kepada fakta.

Kenal pasti rumus :

x

= m/t (x mewakili jarak, m mewakili masa dan t mewakili tenaga)

x

= 360km ; masa = 1 jam (60 minit)

oleh itu kapasiti yang diperlukan adalah :-

t = 60 minit / 360 km = 1/6 km minit -1

Setiap peringkat mempunyai t yang sama. Iaitu 1/6km minit -1

Pembuktian adalah berdasarkan kepada graf kapasiti di bawah

| 18

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Jadual Kapasiti :

Peringkat

 

1

2

3

4

5

6

Faktor x (Jarak)/ km

 

60

120

180

240

300

360

Faktor

y

(Masa)

/

10

20

30

40

50

60

Minit

 
/ 10 20 30 40 50 60 Minit   Graf 18.4 : Graf Kapasiti Perkadaran Masa

Graf 18.4 : Graf Kapasiti Perkadaran Masa dan Jarak

Berdasarkan kepada graf kapasiti tersebut. Berdasarkan kepada kelajuan 1/6 km minit -1 . 10 minit yang pertama jarak yang perlu dilalui adalah 60 km. Pernisbah antara masa dan jarak adalah 1:6. Dimana dalam satu tempoh masa akan ada enam perkara. Iaitu dalam masa 1 minit, jarak yang perlu dilalui adalah 1/6 km. Pada 30 minit yang berikutnya jarak yang sepatutnya dilalui adalah 180 km. Seterusnya bagi 240 km berikutnya pada sela masa 40 minit. 10 minit berikutnya iaitu minit ke 50 pada jarak 300 km. Bagi melengkapkan perjalanan iaitu 360km masa yang diperlukan adalah 60minit.

Pada tahap yang pertama iaitu pada jarak 60 km. Lebihan kapasiti adalah 5 km minit -1 pada setiap selang masa berkadaran dengan jarak. Pada selang masa yang pertama iaitu 60 km. Perkadaran kapasiti adalah sama kerana kapasiti yang diperlukan juga adalah sama. 5 km minit -1 diperolehi adalah berdasarkan kepada pengiraan berikut (1/6 adalah kapasiti, maka 1-1/6 = 5). Berdasarkan penyelesaian pemecahan serentak.

| 19

|

Perinol

ALAMTOLOGI

1 2 3 4 5 6 A B
1
2
3
4
5
6
A
B

Gambar rajah 18.16 : Bentuk pf m dari Kulai ke Kuala Lumpur

Gambar rajah 18.16 menunjukkan bentuk pf m dari Kulai ke Kuala Lumpur (A ke B) dalam jarak 360km (tempoh 1 jam). Pembentukan gambar rajah tersebut adalah berdasarkan jadual kapasiti yang telah diterangkan sebelum ini. Kawasan yang berlorek di dalam gambar rajah merujuk kepada pergerakan pf m .

18.3. Tahap Kapasiti

Tahap kapasiti adalah untuk mengukur tahap keupayaan seseorang dalam melaksanakan sesuatu. Ia tidak tertakluk pada umur, saiz badan, ketinggian atau faktor fizikal sahaja tetapi ia berdasarkan pada latihan yang dilakukan oleh seseorang untuk menggilap keupayaan tersebut. Tahap kapasiti ini adalah berkadaran dengan masa, setiap perkara yang kita lakukan tidak akan dapat dipisahkan daripada faktor masa yang menjadi kayu pengukur pada tahap kapasiti seseorang individu.

Tahap kapasiti ini terbahagi kepada 6 peringkat iaitu berbalik pada bentuk asas ilmu alamtologi itu sendiri iaitu kiub. Setiap peringkat ini adalah tertakluk pada faktor masa (fm) dan ia mewakili tahap kapasiti seseorang individu di dalam perlaksanaannya. Gambar rajah 18.17 mununjukkan peringkat tahap kapasiti.

sa du ga pa ma
sa
du
ga
pa
ma

Peringkat Kapasiti terbahagi kepada 6 sahaja.

sa du ga pa ma Peringkat Kapasiti terbahagi kepada 6 sahaja. na Gambar rajah 18.17 :

na

Gambar rajah 18.17 : Peringkat Tahap Kapasiti

| 20 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Gambar rajah 18.17 adalah menerangkan setiap peringkat tersebut adalah tetap bersamaan dengan satu pada peringkatnya tetapi berbeza pada kapasiti yang ada pada peringkat tersebut. Contohnya pada peringkat sa ia adalah satu pada peringkat dan juga satu pada kapasitinya manakala pada peringkat du pula ia adalah tetap satu pada peringkatnya tetapi kapasitinya adalah dua. Maka jika seseorang individu yang berada pada peringkat sa adalah mempunyai kurang tahap kapasitinya berbanding dengan individu yang berada pada peringkat du. Begitu juga sehingga ke peringkat na. Individu yang berada pada peringkat yang keenam adalah telah mencapai tahap kapasitinya yang maksimum.

Contoh situasi yang dapat lebih menjelaskan penerangan dia atas adalah 2 orang individu yang mempunyai kebolehan yang sama iaitu memasak tetapi mereka mempunyai pengetahuan tentang masakan yang berbeza. Individu A tahu memasak 3 jenis masakan manakala individu B mempunyai pengetahuan untuk memasak sebanyak 5 jenis masakan. Maka tahap kapasiti individu B adalah lebih berbanding individu A kerana individu B dapat memasak sebanyak 5 jenis masakan berbanding 3 jenis masakan oleh individu A dalam satu masa yang sama.

Penilaian tahap kapasiti seseorang boleh dikenal pasti dengan melihat kepada pencapaiannya dalam setiap peringkat. Bagi mengetahui tahap kapasiti seseorang individu mestilah mempunyai ujian untuk menentukannya. Contoh ujian yang boleh dilakukan, budak darjah 5 yang mengambil peperiksaan mendapat markah 100% adalah merupakan tahap maksimum pada pencapaian tetapi ia adalah tahap minimum pada umur tersebut.

Seringkali tahap keupayaan ini diukur dengan melihat pada keadaan fizikal seseorang. Sekiranya benar tahap keupayaan seseorang adalah bergantung pada keadaan fizikal mengapa ada juga perkara yang mana orang kurang upaya mampu melakukankannya dengan lebih baik berbanding dengan individu yang normal. Sepatutnya dengan keadaan fizikal yang sempurna kita boleh melakukan apa juga perkara dengan baik dan sempurna. Maka kerana itu dalam perinol ini keupayaan atau tahap kapasiti ini hanya akan dicapai melalui latihan.

Mengukur tahap kapasiti seseorang individu ini bukanlah bertujuan untuk memisahkan atau membezakan darjat seseorang tetapi ianya adalah untuk membuat penilaian pada tahap kapasiti tertentu yang ada pada seseorang untuk dimaksimumkan sebagai seorang penyumbang. Jika seseorang itu tahu akan tahap kapasitinya maka setiap orang di atas muka bumi ini adalah penyumbang.

18.4. Perlaksanaan Perinol

Perlaksanaan perinol ini adalah merupakan peringkat membuat keputusan. Biarpun perkara tersebut tidak baik tetapi di dalam perinol kita tetap perlu membenarkan perkara tersebut tidak baik, kita tidak boleh menidakkannya tetapi membenarkannya terlebih dahulu kemudian baru beralaih pada tindakan seterusnya untuk membetulkan perkara tersebut. Perlaksanaan perinol ini juga berkait rapat dengan faktor masa. Dalam apa juga situasi perlaksanaan perinol ini akan dinilai berdasarkan faktor masa. Gambar rajah 18.18 di bawah akan menunjukkan hubung kait bagaimana perlaksanaan perinol ini berlaku.

| 21

|

Perinol

ALAMTOLOGI

A (Berubah) B Perlaksanaan (Tetap)
A
(Berubah)
B
Perlaksanaan
(Tetap)

Jarak tangga yang berbeza adalah contohnya nilai tambah

Gambar rajah 18.18 : Perlaksanaan Perinol

Gambar rajah 18.18 mununjukkan individu A yang mewakili faktor tetap manakala B adalah perlaksanaannya yang mana ia mewakili faktor berubah. Situasi dalam gambar rajah diatas bagimana perlaksanaan A yang ingin bergerak untuk sampai ke atas. Proses pergerakkan individu A ke atas, perlaksanaan itu wujud pada proses yang menggerakkan di bahagian B. Perlaksanaan untuk sampai ke atas perlu ada mediumnya yang tersendiri untuk memastikan individu A mendapat hasilnya iaitu sampai di atas. Maka tangga itu adalah medium pada perlaksanaan tersebut untuk individu A sampai ke atas. Perlaksanaan perinol ini mempunyai 4 hukum yang utama iaitu :-

perinol ini mempunyai 4 hukum yang utama iaitu :- Gambar rajah 18.19 : Hukum Perlaksanaan Perinol

Gambar rajah 18.19 : Hukum Perlaksanaan Perinol

Perlaksanaan yang diwakili oleh B dalam gambar rajah 18.18 mempunyai 4 hukum seperti yang dinyatakan dalam gambar rajah 18.19. Hukum yang pertama adalah subjek yang berubah iaitu ia boleh jadi apa juga yang relevan untuk mencapai tujuan perlaksanaan individu A. Dalam gambar rajah yang diberi subjeknya adalah tangga sebagai medium untuk sampai ke atas, selain itu mungkin juga ia boleh menjadi sebagai tali untuk individu A gunakan untuk juga sampai ke atas. Tetapi pemilihan subjek yang akan menjadi medium perlaksanaan itu haruslah dapat memberikan hasil yang paling maksimum pada masa itu.

| 22 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Hukum perlaksanaan yang kedua adalah ia mempunyai kapasiti yang terhad. Sebagaimana yang telah dijelaskan pada tajuk tahap kapasiti iaitu ia mempunyai 6 peringkat begitu juga dengan hukum perlaksanaan ini. Contohnya, tangga yang dibina mempunyai had ketinggiannya yang tersendiri, kalau terlalu tinggi jarak di antara setiap anak tangga tidak akan ada orang yang boleh mendaki tangga tersebut. Maka anak tangga itu perlu mempunyai had ketinggian yang tertentu bagi membolehkan anak tangga tersebut boleh didaki tanpa memberikan bebanan.

Hukum yang ketiga adalah perlaksanaan ini bertindak sebagai medium. Medium ini boleh jadi apa juga subjek yang boleh diguna pakai untuk proses perlaksanaan tersebut. Contohnya jika seseorang itu hendak berkebun, maka dia perlukan medium seperti cangkul untuk perlaksanaan proses berkebun tersebut. Tanpa medium proses perlaksanaan untuk mendapatkan hasil tidak dapat dilaksanakan atau ia menjadi satu proses yang sukar untuk dilaksanakan. Medium ini tidak hanya tertakluk kepada dalam bentuk fizikal sahaja tetapi medium ini boleh juga dalam bentuk aturan dan kaedah.

Hukum yang terakhir adalah ia mestilah mempunyai nilai tambah iaitu pada subjek yang berubah yang di wakili oleh B dalam gambar rajah 18.18. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai tambah ini? Contohnya, jika kita mahu orang suka pada kita, hasil suka itu pada kita tapi untuk mendapat hasil suka itu kita perlukan medium untuk melaksanakannya. Pakaian, kebersihan, perlakuan adalah medium kepada kita sebagai perlaksanaan untuk mendapat hasil suka daripada orang lain pada kita. Caranya dengan berpakaian kemas, menjaga kebersihan dan perlakuan kita pada orang. Nilai tambah bagi medium ini adalah dengan mengenakan pakaian yang berbagai fesyen agar sentiasa kelihatan menarik dan tidak hanya mengenakan pakaian yang sama sahaja setiap masa. Fesyen itu adalah merupakan nilai tambah pada medium tersebut. Manakala medium dari segi kelakuan pula nilai tambahnya adalah dengan berkelakuan bertambah baik setiap hari. Maka 4 hukum ini akan menjadi landasan bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Mengapa perlaksanaan perinol ini adalah tertakluk pada faktor masa. Ianya kerana keupayaan melaksanakan itu adalah bergantung juga dengan tahap kapasiti yang ada pada masa itu. Contohnya, pada hari ini sekiranya kita hendak makan ayam goreng, kita boleh melaksanakannya dengan hanya pergi ke Restoran KFC dan membuat pesanan di kaunter. Tetapi sekiranya pada 1000 tahun yang lalu mustahil ia berlaku. Proses untuk makan ayam goreng pada ketika itu adalah lebih komplek berbanding dengan hari ini. Mungkin manusia yang hidup pada zaman itu perlu keluar memburu ayam di hutan, perlu memasang jerat dan macam-macam proses lain lagi sebelum dapat menikmati ayam tersebut. Maka kerana itu perlaksanaan perinol ini adalah berkait rapat dengan faktor masa.

Perinol adalah perlaksanaan selepas membenarkan apa yang diperolehi, kalau ianya baik maka akan ditambah nilai baik tersebut tetapi sekiranya salah perlaksanaannya ianya perlulah dihindarkan. Setiap sesuatu itu bergantung pada niat dan keupayaan yang ada serta apakah matlamat yang hendak dicapai. Contohnya, kita berbalik pada kisah manusia yang hidup 1000 tahun dahulu, untuk dia mendapat kemudahan sebagaimana yang kita ada pada hari ini adalah tetap perinol cuma ia tertakluk pada masa untuk dia mendapat pengetahuan tersebut. Untuk mendapat kemudahan seperti yang ada pada hari ini dia perlukan masa selama 1000 tahun untuk mendapat pengetahuan tersebut maka pada perlaksanaannya mengapa dia perlu untuk buat perkara diluar kemampuan dia pada waktu tersebut. Sebaliknya dia hanya perlu

| 23 |

Perinol

ALAMTOLOGI

laksanakan berdasarkan apa yang ada pada lingkungan dan kemampuan dia pada ketika itu. Perinol tetap perinol kerana perinol itu sendiri adalah membenarkan semua perkara, kemudahan itu akan dapat diperolehi cumanya bukan pada masa dia tapi akan sampai pada generasi yang seterusnya selepas dia.

Seterusnya adalah berkaitan perlaksanaan perinol ini dalam membuat keputusan. Ia diterjemahkan di dalam bentuk yang ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.20 di bawah.

?

yang ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.20 di bawah. ? Boleh buat 2 perkara serentak Gambar

Boleh buat 2 perkara serentak

Gambar rajah 18.20 : Kedudukan Perinol Dalam Membuat Keputusan

Gambar rajah 18.20 di atas adalah melambangkan 2 keadaan yang berada pada kedudukan perinol atau berapa pada lingkungan membuat keputusan. Ia tidak boleh berapa pada kedudukan yang sama, walau apa juga keputusan yang akan diambil sama ada kiri atau kanan. Gambar rajah yang ditunjukkan juga adalah merupakan konsep imej yang terbentuk di dalam otak manusia dalam keadaan membuat sesuatu keputusan. Konsep perlaksanaan keputusan juga mempunyai pasangannya. Otak tidak boleh membuat 2 perkara dalam masa yang sama tetapi ia boleh melakukan 2 perkara yang berbeza pada kedudukan yang berbeza dalam masa yang sama.

Contohnya, perlaksanaan untuk makan, bila seseorang itu melaksanakan proses makan dia tidak boleh berfikir mengenai makan lagi. Pasangan dengan makan tadi hendaklan satu perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan makan lagi seperti duduk. Perlaksanaannya adalah makan sambil duduk. Apabila kita makan kita perlu duduk, dalam kedua-dua perlaksanaan ini terdapat unsur aktif dan pasif. Makan adalah perbuatan yang aktif manakala duduk adalah perbuatan pasif. Maka pasangan bagi perlaksanaan tersebut mestilah bertepatan agar keputusan ke atas perlaksanaan yang dibuat adalah dalam keadaan yang harmoni dan sempurna mengikut aturannya.

18.5. Wajar Perinol

Wajar perinol ini adalah merupakan kesinambungan apa yang telah dijelaskan di dalam topik- topik sebelum ini. Ia adalah merupakan satu proses di dalam perinol ini yang mana ia akan bereaksi secara seadanya atau secara jujur tanpa dibuat-buat. Reaksi yang dikeluarkan adalah berdasarkan norma-norma yang semulajadi terhadap keadaan yang dihadapi. Wajar perinol mempunyai 5 ciri-cirinya yang tersendiri yang menjadi landasan perlaksanaannya. Gambar rajah 18.21 menyenaraikan ciri-cirinya seperti berikut.

| 24 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Perinol ALAMTOLOGI Gambar rajah 18.21 : Ciri-ciri Wajar Perinol Ciri-ciri di atas menjadi garis panduan dalam

Gambar rajah 18.21 : Ciri-ciri Wajar Perinol

Ciri-ciri di atas menjadi garis panduan dalam mengenal pasti wajar perinol ini. Ciri yang pertama iaitu mempunyai medium. Medium yang dimaksudkan dalam wajar perinol ini adalah apa juga komunikasi dan interaksi yang berlaku termasuk peralatan yang menjadi medium perantara. Medium ini boleh menjadi sesuatu benda, perkataan atau apa juga yang digunakan sebagai perantara untuk menyampaikan sesuatu maksud.

Ciri yang kedua adalah ia melibatkan 2 subjek. Wajar perinol ini tidak akan berlaku sekiranya hanya dengan 1 subjek. Ciri pertama iaitu medium ini yang menjadi perantara yang menghubungkan antara 2 subjek ini bagi mendapatkan hasil.

Seterusnya ciri yang ketiga adalah hasil yang diperolehi boleh dinilai. Contohnya daripada hasil yang dapat dilihat itu kita boleh membuat penilaian sama ada ia adalah baik ataupun buruk tanpa perlu kita bertanya dengan lebih lanjut. Pada pandangan pertama kita melihat hasil itu, penilaian terhadap hasil tersebut telah dapat memberi jawapan kepada kita tentang apa yang sedang berlaku.

Ciri yang keempat ia menjadi kebiasaan atau normal, maksudnya hasil yang kita lihat itu adalah terjadi daripada proses kebiasaan atau normal pada perkara tersebut. Contohnya, apabila seorang ayah memukul anaknya, hasil yang diperolehi anaknya akan menangis. Maka hasil menangis itu adalah proses kebiasaan atau normal pada kanak-kanak apabila dia dipukul dia akan menangis.

Akhir sekali adalah wajar perinol ini tidak boleh diubah kerana ia adalah semulajadi dan sudah berlaku. Mengapa ia dikatakan tidak boleh diubah kerana ia adalah merupakan satu reaksi spontan yang berlandaskan kepada hukum semulajadinya untuk bereaksi seperti itu tanpa mampu dikawal. Contohnya, apabila tangan kita terkena api, kita akan secara spontan menarik tangan kita daripada api tersebut kerana hasil yang kita perolehi iaitu rasa panas dan sakit.

| 25 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Reaksi tersebut adalah semulajadi yang telah ada di dalam otak kita untuk ia bertindak balas tanpa sempat dikawal oleh fikiran.

Wajar perinol ini adalah untuk menjelaskan bahawa kita mampu untuk mengeluarkan potensi diri kita yang sebenar sekiranya kita jujur dan bertindak seadanya tanpa kita cuba untuk menyembunyikan kelemahan yang ada pada diri kita. Contohnya, sekiranya kita tidak tahu untuk melakukan sesuatu perkara kita perlu berterus terang dan bukannya cuba untuk melakukannya juga. Praktikal yang ada pada waktu sekarang kebanyakkannya akan cuba melindungi kebodohan diri dengan berlagak pandai. Maka apa yang bakal dihasilkan tidak akan

dapat mencapai standad yang sepatutnya kerana dia hanya melaksanakan tugas tersebut setakat yang dia tahu sahaja. Sedangkan dia tidak cuba untuk mencari pengetahuan pada bahagian yang

dia tidak tahu untuk melengkapkan proses tersebut. Potensi yang ada pada dirinya tidak digilap

dan digunakan pada tahap yang maksimum.

Proses dalam wajar perinol ini kita perlu mengeluarkan kebodohan yang ada pada diri kita untuk kita mengeluarkan potensi yang tersembunyi di sebalik kebodohan tersebut. Terdapat banyak perkara yang kita tidak tahu tetapi tidak kita keluarkan untuk mendapatkan pengetahuan tersebut. Contoh perlaksanaan wajar perinol ini ditunjukkan dalam situasi pada dambar rajah 18.22 di bawah.

ditunjukkan dalam situasi pada dambar rajah 18.22 di bawah. Gambar rajah 18.22 : Situasi 1 Wajar

Gambar rajah 18.22 : Situasi 1 Wajar Perinol

Di dalam gambar rajah di atas menggambarkan situasi di mana individu A bercakap sesuatu

kepada individu B. Individu B adalah merupakan hasilnya. Wajar perinol daripada reaksi dan riak wajah individu B kita dapat menilai bahawa individu A telah bercakap sesuatu yang tidak baik kepada individu B tanpa perlu kita pergi bertanya kepada individu B secara langsung. Semua ciri-ciri wajar perinol yang dijelaskan di atas telah diterjemahkan di dalam situasi dalam gambar rajah 18.22. Perkataan yang dikeluarkan oleh individu A serta telinga individu B yang mendengar adalah sebagai medium yang menghubungkan antara 2 subjek iaitu individu A dan

| 26 |

Perinol

ALAMTOLOGI

individu B. Hasil yang dapat dinilai adalah daripada reaksi dan riak wajah individu B yang mana ia menjadi tindak balas kebiasaan atau normal apabila dimarah.

Wajar perinol ini hasilnya mesti berlaku dahulu baru ia sah sebagai wajar perinol. Sekiranya matlamat yang hendak dicapai itu tidak berlaku hanya pada rasa kita sahaja bahawa ia boleh berlaku ia belum lagi wajar perinol. Hasil yang telah berlaku selepas perlaksanan dan ia telah berlalu yang mana ia tidak boleh diubah lagi kerana masa itu telah lepas. Dalam wajar perinol ini juga nilai hasil yang dikeluarkan tidak boleh disembunyikan. Contohnya bila kita melihat seseorang itu menangis, kita boleh menilai sama ada nilai air mata yang dikeluarkan itu adalah benar atau palsu untuk meraih simpati. Ia mempunyai kriteria dan had tertentu untuk diklasifikasikan sebagai wajar perinol.

Faktor untuk mencapai matlamat atau hasil ini, ia mempunyai tahap atau hadnya yang tertentu. Contohnya jika matlamat kita hendak membuatkan seseorang itu menangis kerana sakit, kita boleh memukul atau melakukan apa cara sekalipun tetapi pelakuan itu mempunyai tahap atau had yang mana boleh membuatkan dia menangis. Kalau tahap pukulan yang dibuat tidak mencapai had yang boleh membuatkan dia menangis, maka matlamat tersebut tidak akan tercapai. Bagi mencapai matlamat kita boleh melakukan berbagai cara tetapi di dalam wajar perinol ini cara untuk mencapai hasil adalah berada di dalam paten atau polanya yang tersendiri. Maka tidak terjadilah istilah yang digunakan sekarang iaitu matlamat menghalalkan cara di mana tiada panduan sehingga kita menggunakan cara yang terlarang.

Kesimpulannya, untuk mencapai tahap wajar perinol ini bukanlah mudah kerana kita perlu keluar daripada keadaan selesa yang sudah menjadi amalan yang sebati dengan diri kita dalam melakukan sesuatu tindakan. Perlaksanaannya adalah sebagaimana alam bergerak dan bertindak mengikut fitrahnya bukan sebagaimana manusia yang seringkali bertindak mengikut kehendak dan bukan keperluan.

18.5. Tahap Kematangan Proses Perinol

Tahap kematangan proses perinol ini adalah tahap matang pada rasional itu sendiri. Apabila seseorang telah perinol ia akan menempuh proses kematangan perinol itu secara berperingkat. Setiap peringkat perinol mempunyai perlaksanaan yang berbeza. Ia bukan hanya berlaku secara fizikal tetapi apabila sampai pada tahap kematangan ini ia berlaku dari dalam diri individu itu sendiri. Terdapat 7 peringkat tahap kematangan proses perinol ini. Peringkat-peringkat tersebut ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.23.

| 27 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Perinol ALAMTOLOGI Gambar rajah 18.23 : Tahap Kematangan Proses Perinol Tahap kematangan proses perinol yang pertama

Gambar rajah 18.23 : Tahap Kematangan Proses Perinol

Tahap kematangan proses perinol yang pertama adalah peringkat radikal. Seseorang akan mencapai tahap kematangan radikal ini apabila tahap kapasitinya telah mencapai peringkat yang keenam. Pada peringkat ini pelaksanaannya adalah agak keras atau dalam kata lain taksub. Taksub bukan beerti taksub sebagaimana yang dimaksudkan di dalam konvensional tetapi taksub pada perlaksanaannya yang mengikut aturan perinol. Taksub yang dimaksudkan adalah pada tahap ini tiada lagi persoalan atas apa juga yang diterima, yang ada hanyalah proses sentiasa membenarkan tanpa berjiwa atau di bawah pengaruh emosi. Setiap keputusan atau apa yang diterima akan terus dibenarkan dan tidak boleh diubah. Tetapi radikal perlaksanaannya itu bukanlah dengan cara membuta tuli tetapi radikal yang tertakluk pada perinol. Contohnya, apabila diberi tugasan dia akan membenarkan dan buat tanpa persoalan dan serah. Prosesnya hanya buat dan serah tanpa persoalan.

Setelah melepasi tahap radikal, kematangan proses perinol yang kedua adalah tahap penyerahan. Pada tahap ini perlaksanaannya adalah lebih lembut dan berjiwa dalam erti kata lain adalah tawakal. Contohnya penyerahan ini adalah dalam perhubungan antara suami dan isteri iaitu berlaku penyerahan dan penerimaam terhadap satu sama lain di dalam perhubungan tersebut. Sekiranya dilihat daripada segi tugasan, apabila diberi tugasan dia akan ambil, laksanakan dengan melakukan penambahbaikan dan juga mencantikan tugasan tersebut sebelum diserahkan. Berbeza dengan radikal di mana dia hanya akan ambil dan buat tanpa ada penambahbaikan seperti di tahap penyerahan.

Seterusnya adalah tahap kematangan yang ketiga iaitu tahap gabungan. Tahap gabungan ini perlaksanaannya bukan lagi hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi ia menggabungkan tahap radikal dan tahap penyerahan dan yang ada disekeliling untuk disumbangkan. Pada tahap ini radikal dan penyerahan telah digabungkan menjadi satu. Sebelum melakukan sesuatu tindakan atau membuat sesuatu keputusan ia akan mengambil kira dan memikirkan semua yang ada disekelilingnya. Adakah perlaksanaannya itu akan memberi manfaat pada semua yang ada disekelilingnya. Dia akan berusaha agar semua yang ada disekelilingnya dapat digabungkan untuk semua turut merasakan sumbangan yang diberikan.

| 28 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Keempat adalah merupakan tahap kekuasaan, apabila dia mampu menggabungkan semua perkara yang ada disekelilingnya dan memastikan semua yang ada dapat menikmati sumbangan yang diberikan maka dia telah menaikan tahap dirinya untuk menjadi seorang ketua. Nilai untuk menjadi seorang ketua adalah apabila dia mampu untuk memberi sumbangan kepada semua orang yang berada di bawahnya maka dia akan mendapat kekuasaan untuk menguasai majoriti tersebut. Proses ini bukanlah satu proses yang boleh dibuat-buat atau dipaksa, setiap tahap kematangan ini akan bergerak secara fitrahnya atau mengikut hukumnya di dalam diri seseorang individu yang berada di dalam perinol ini. Maka apa bila dia menjadi ketua bukan kerana dia berkehendak untuk menjadi ketua tetapi kerana dia memang layak untuk menjadi ketua dan memberikan sumbangan untuk manfaat kepada semua.

Apabila tahap kekuasaan itu telah berjaya dikuasai maka sebagai ketua dia perlu gabungkan kekuasaan yang dimiliki untuk mendapatkan tahap kekuatan dan mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Contohnya, seorang panglima perang sememangnya mempunyai kekuasaan atas pangkat yang disandangnya tetapi dia juga perlukan bala tenteranya yang akan menyokong kekuasaannya dengan kekuatan mereka untuk mengalahkan musuh. Kalau hanya dengan kekuasaan panglima perang itu sahaja seorang diri dia tak akan mampu untuk berbuat apa-apa sebaliknya dia perlukan gabungan keseluruhannya untuk menjadi satu kekuatan baginya dan juga majoriti itu keseluruhannya.

Tahap kematangan keenam adalah tahap koma. Sekiranya dilihat pada istilah koma itu sendiri adalah dia berada pada dunia dia sahaja tanpa melibatkan orang lain lagi. Dalam konvensional koma ini adalah tidak sedarkan diri tetapi dalam perinol koma ini adalah dia tiada kepentingan lagi atau dalam erti kata lain adalah zuhud. Zuhud yang dimaksudkan bukanlah zuhud pada sangkaannya sahaja tetapi zuhud dengan perlaksanaan proses perinol yang lengkap keseluruhannya. Pada tahap ini dia tidak perlukan kekuasaan dan kekuatan lagi kerana dia telah mencapai tahap tersebut dan sudah memilikinya dan dia tidak perlukannya lagi. Contohnya, sekiranya kita ingin memiliki sesuatu dan kita telah berjaya memilikinya dan ia telah menjadi milik kita sepenuhnya untuk apa kita berusaha untuk memilikinya lagi. Begitu juga situasinya bagi yang telah mencapai tahap koma ini, dia telah berikan semua sumbangan yang ada dan telah melengkapkan prosesnya.

Akhir sekali adalah tahap pasrah. Tahap ini adalah merupakan tahap yang tertinggi di dalam tahap kematangan proses perinol ini. Pada tahap ini apa yang dilakukan tidak ada tujuan yang lain melainkan atas faktor sumbangan sahaja atau dalam erti kata lain adalah syukur. Tiada lagi untuk kepentingan dirinya sendiri. Dia telah memiliki segalanya, contohnya umpama dia telah menjumpai sumber mata air yang sentiasa mengalir. Maka dia tidak perlukan apa-apa lagi melainkan hanya memberikan sumbangan tanpa perlu berfikir yang lain lagi kerana dia mempunyai sumber yang tak berhenti mengalir. Sekiranya seorang pemimpin mampu mencapai sehingga ke tahap pasrah ini dia akan menjadi seorang ketua dan pemimpin yang mempunyai kualiti yang cukup baik dan sempurna.

| 29 |

Perinol

ALAMTOLOGI

(Sumbangan) y 7 Tahap Pasrah 6 Tahap Koma 5 Tahap Kekuatan Garis Condong = Perlaksanaan
(Sumbangan)
y
7
Tahap Pasrah
6
Tahap Koma
5
Tahap Kekuatan
Garis Condong = Perlaksanaan
4
Tahap Kekuasaan
3
Tahap Gabungan
2
Tahap Penyerahan
1
Tahap Radikal
x (Masa)
1
2
3
4
5
6
7

Graf 18.5 : Graf Kematangan Proses Perinol

Daripada penjelasan yang telah diberikan di atas, perlaksaaan kematangan proses perinol ini di terjemahkan di dalam graf 18.5. Graf tersebut menunjukkan bahawa setiap peringkat memberikan sumbangan tetapi ia adalah berkadaran dengan masa. Contohnya pada tahap kematangan radikal, sumbangan yang mampu diberikan adalah sedikit tetapi untuk mencapai pada tahap boleh memberikan sumbangan itu dia perlukan masa yang lama. Tetapi semakin meningkat tahap kematangan maka semakin banyak sumbangan yang dapat diberikan dalam jangka masa yang semakin pendek kerana kemampuannya untuk menyumbang semakin besar. Apabila ia mencapai pada tahap kematangan yang paling tinggi iaitu pasrah ia dapat memberikan sumbangan secara maksimum dalam jangka masa yang pendek kerana pada tahap ini dia telah memiliki segalanya di mana kemampuannya untuk menyumbang cukup besar.

Pada topik yang akan dibincangkan seterusnya adalah topik yang berkaitan dengan tahap kematangan proses perinol pada tahap radikal sahaja. Bagi mendalami bab perinol ini ia mempunyai subjek dan silibusnya yang khusus.

18.6. Kematangan Tahap Radikal

Kematangan tahap radikal mempunyai pemecahan topiknya yang tersendiri bagi menjelaskan proses yang terlibat pada tahap kematangan ini. Pada tahap radikal ini juga mempunyai peringkatnya yang tertentu. Ia mempunyai 6 sudut dalam perbandingan masa dan sumbangan yang akan menentukan arah proses yang dilakukan. Tujuan sudut ini adalah untuk menentukan arah lantunan yang terdapat di dalam tahap kematangan radikal ini. Sekirannya lantunan yang sama pada sudut yang berbeza maka hasil lantunan tersebut akan terarah pada arah yang

| 30 |

Perinol

ALAMTOLOGI

berbeza juga. Peringkat radikal ini bergantung pada sudut yang digunakan. Bagaimana proses lantunan tersebut berlaku ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.24 di bawah.

y

x

Gambar rajah 18.24 : Proses Lantunan

Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas bahawa ia mempunyai 6 sudut lantunan. Sudut lantunan tersebut adalah 15 o , 30 o , 45 o , 60 o , 75 o dan 90 o . Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan lantunan ini sebenarnya, ia adalah merupakan satu proses. Contohnya cara seorang ayah yang bertanya kepada anaknya yang pulang lewat ke rumah “Tadi ke mana?” dengan nada suara yang normal yang mungkin boleh diklasifikasikan lantunan suara itu pada sudut 15 o . Walaupun pada nada normal tetapi lantunan suara pada pertanyaan yang sampai kepada si anak tadi membawa satu nilai yang telah diletakkan oleh si ayah. Maka secara tidak langsung maksud pertanyaan si ayah tadi sudah dapat difahami oleh si anak bahawa ada sesuatu pada pertanyaan tersebut. Sekiranya si ayah ingin memberikan impak yang lebih keras kepada si anak dia boleh menggunakan lantunan yang lebih kuat contohnya pada sudut 45 o dan impak yang akan sampai pada si anak akan lebih keras.

Contoh seterusnya daripada situasi yang lain pula adalah, seorang ketua yang memberikan arahan kepada pekerjanya untuk membuat sesuatu tugasan, kali pertama diberitahu perkerja tersebut tidak faham, perlu diberitahu kali kedua, juga masih tidak faham, ulangi lagi untuk kali ketiga baru pekerja tersebut faham, maksudnya terdapat 3 kali pemberitahuan dalam satu proses baru maksud yang hendak disampaikan difahami. Jika dilihat dari sudut lantunan ketua tersebut perlu melakukan tiga lantunan sebelum ia sampai ke destinasi yang dikehendaki.

Proses ini juga mempunyai hadnya iaitu sehingga 6 peringkat, dan contohnya seorang ketua itu perlu melakukan proses tersebut sehingga peringkat yang keenam itu barulah beliau boleh membuat keputusan sekiranya pekerja tersebut masih juga tidak dapat memahami tugasan yang diberikan kepadanya. Ketua tersebut kena terima dan membenarkan bahawa beliau telah salah memilih pekerja untuk melakukan tugasan tersebut dan pekerja tersebut juga perlu menerima bahawa dia memang tidak mampu untuk melakukan tugasan tersebut. Keputusan bergantung kepada ketua tersebut sama ada perlu menukarkan pekerja tersebut ke bahagian lain atau hanya memberhentikannya kerana gagal melaksanakan tugasannya.

| 31

|

Perinol

ALAMTOLOGI

18.6.1. Pemberat Wajar

Pemberat wajar adalah proses penentuan untuk mendapatkan keputusan ataupun hasil. Dalam pemberat wajar ini terdapat dua kategori laras iaitu laras yang pasif dan laras yang aktif. Laras yang pasif adalah laras utama kerana ianya kekal. Manakala laras yang aktif adalah laras pembawa kerana ianya berubah-berubah. Laras utama adalah merujuk kepada matlamat utama yang ingin dicapai. Matlamat adalah bertindak sebagai faktor pemberat. Laras pembawa adalah medium untuk mencapai matlamat. Contoh laras pembawa adalah muzik, warna, gerakan atau apa juga yang menjadi pemberat untuk seseorang mencapai matlamatnya pada tahap yang paling maksimum. Ianya boleh berada dalam keadaan yang positif dan negatif. Gambar rajah 18.25 di bawah adalah merupakan bentuk bagi pemberat logik.

PEMBERAT WAJAR

LARAS UTAMA (KEKAL)

(-) (+) LARAS PEMBAWA LARAS PEMBAWA (BERUBAH-UBAH) (BERUBAH-UBAH) A B
(-)
(+)
LARAS PEMBAWA
LARAS PEMBAWA
(BERUBAH-UBAH)
(BERUBAH-UBAH)
A
B

Gambar rajah 18.25 : Pemberat Wajar

Pemberat wajar ini adalah apa yang kita lakukan atas diri kita sendiri dan tidak melibatkan orang lain. Ianya bukan satu proses mementingkan diri sendiri tetapi sekiranya kita sebagai pembuat keputusan maka pemberat wajar ini adalah satu proses agar kita dapat membuat keputusan yang sebaiknya untuk kepentingan semua yang berada di dalam lingkungan keputusan kita itu. Ini kerana semakin tinggi kedudukan kita maka semakin berat nilai keputusan yang bakal dibuat kerana kesannya pada keseluruhan yang berada di dalam lingkungan kuputusan yang kita buat.

Keputusan yang telah dibuat tidak boleh diubah kerana ia berkait dengan faktor masa yang mana bila ia telah berlalu ia tidak akan kembali lagi. Dalam proses pemberat wajar ini sekiranya keputusan yang dibuat adalah salah, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana ketusan yang kita buat itu adalah atas faktor pemberat wajar pada diri kita sendiri. Maka kita perlu hidup dengan keputusan yang telah kita ambil. Tujuan pemberat wajar ini adalah untuk mencapai proses kematangan yang paling tinggi dengan hasil yang paling baik.

| 32 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Contoh perlaksanaan pemberat wajar ini adalah adakah minda kita boleh memberikan impak yang paling maksimum walaupun dengan gangguan yang ada di sekeliling. Faktor yang ada di sekelililing kita boleh menjadi faktor positif ataupun faktor negatif. Ia juga boleh terdiri daripada gabungan unsur yang pelbagai. Ia bergantung kepada apa matlamat yang hendak dicapai, sekiranya muzik itu dapat membantu dia untuk mencapai matlamat dengan lebih cepat dan tepat maka muzik itu adalah pemberat wajar pada dia. Sekiranya muzik itu adalah faktor negatif pada yang lain, orang di sekelilingnya perlu terima dan membenarkannya barulah proses itu perinol.

18.6.2. Jarak Masa Kematangan

Faktor masa memainkan peranan yang penting dalam proses penentuan tahap kematangan yang berkait rapat dengan sumbangan. Jarak masa kematangan merujuk kepada perkadaran tempoh masa dan jumlah sumbangan. Berdasarkan perkadaran masa maka jumlah hasil atau sumbangan yang maksimum dapat ditentukan. Kapasiti sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza bergantung kepada jarak masa kematangan. Oleh itu, faktor sumbangan hanya berlaku apabila tahap kematangan telah dicapai. Bermula pada yang maksimum (nilai sumbangan).

Contoh 1 :

Kalau dalam pengeluaran produk, seorang pekerja bekerja dalam masa 1 jam dengan kualiti yang 100% tetapi makin lama dia bekerja kualiti makin menurun kerana faktor kapasiti. Masa untuk naik ke nilai kapasiti yang maksimum lebih lama berbanding masa untuk dia menyumbang.

Contoh 2 :

Perlaksanaan dalam bidang ekonomi, contoh bayaran gaji apabila peningkatan gaji telah sampai ke tahap maksimum di mana kapasiti juga di tahap maksimum kemudian kapasiti dia akan menurun dan begitu juga dengan gaji.

Setiap perkara ada hadnya.

Perkadaran penurunan.

1.

Disiplin

Bagi jarak masa kematangan juga mempunyai disiplin sebagai garis panduan. Iaitu benar, penilaian dan tindakan / perlaksanaan. Benar bermaksud menerima apa jua perkara yang disampaikan adalah benar bagi pihak yang memberi maklumat. Apabila kita terima ianya benar maka kita akan mencari fakta untuk membuat penilaian. Ini kerana maklumat yang diterima perlukan satu penilaian untuk menentukan sama ada ianya benar atau tidak bagi pihak kita yang menerima. Berdasarkan kepada penilaian maka tindakan atau perlaksanaan dapat dilakukan. Pada keadaan ini setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan adalah tanggungjawab sendiri. Setiap suatu itu mesti bermula daripada satu dan kembali kembali kepada satu semula. Di mana setiap permulaan perlu ada penamat. Tanpa penamat ianya dikategorikan sebagai infiniti iaitu berterusan.

| 33 |

Perinol

ALAMTOLOGI

2. Bentuk / Graf

Bentuk graf jarak masa kematangan adalah berdasarkan graf pergerakan faktor x kepada faktor y. Bentuk graf adalah berkecerunan negatif. Contohnya, tiada pekerjaan adalah langkah yang pertama untuk dia bergerak mendapatkan kerja. Keadaan yang pertama adalah tidak memiliki pekerjaan. Apabila bekerja peringkat demi peringkat akan berlaku kenaikan pangkat sehingga mencapai pada satu tahap kematangan. Perubahan dari satu peringkat kepada satu peringkat adalah berkadaran dengan masa.

kepada satu peringkat adalah berkadaran dengan masa. Graf 18.6 : Jarak Masa Kematangan Berdasarkan kepada graf

Graf 18.6 : Jarak Masa Kematangan

Berdasarkan kepada graf tersebut di mana, pada jangka masa yang pertama jumlah sumbangan adalah yang paling maksima. Jumlah sumbangan akan semakin berkurangan berdasarkan kepada perkadaran masa. Pada masa yang pertama, jumlah sumbangan adalah pada tahap 6. Pada jangka masa yang kedua jumlah sumbangan adalah semakin berkurangan iaitu kepada tahap 5. Pada masa yang ketiga jumlah sumbangan adalah pada tahap 4. Pada jangka masa yang keempat jumlah sumbangan adalah pada tahap 3. Bagi masa yang kelima jumlah sumbangan adalah pada tahap 2. Pada masa yang paling matang iaitu masa yang keenam, jumlah sumbangan adalah pada tahap yang paling minima iaitu pada tahap 1. Jumlah sumbangan yang semakin berkurangan adalah berkadaran dengan faktor tenaga.

| 34 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Pengiraan Jumlah Sumbangan :-

 

Jumlah Sumbangan = Luas Bulatan

 
 

Jejari

Diameter

 

Luas

 

X

Y

X

Y

Segiempat

Bulatan

Beza

S1

3

3

1

6

36

28.28571429

7.7142857

S2

2.5

2.5

2

5

25

19.64285714

5.3571429

S3

2

2

3

4

16

12.57142857

3.4285714

S4

1.5

1.5

4

3

9

7.071428571

1.9285714

S5

1

1

5

2

4

3.142857143

0.8571429

S6

0.5

0.5

6

1

1

0.785714286

0.2142857

Jadual 18.3 : Luas Bulatan (Sumbangan)

Petunjuk :-

1. Kawasan yang berbentuk segiempat adalah kawasan yang pasif.

2. Kawasan bulatan adalah kawasan yang aktif iaitu mewakili sumbangan.

Setiap bentuk segi empat sama adalah 100% bagi tahap masing-masing. Oleh itu, luas segi empat adalah berkadaran dengan 7 pada perkadaran Alamtologi. Dengan menggunakan kaedah pengiraan sub sektor, beza antara luas segi empat sama dengan luas bulatan bersamaan 1[4] iaitu bermaksud 1.5. Manakala 5[4] bermaksud 5.5 bagi keluasan bulatan sahaja. Luas bulatan mewakili sumbangan yang mampu dilakukan.

 

Perkadaran

 

Kapasiti

Sumbang

Tidak Sumbang

7

5

[4]

1 [4]

6

5

[4]

1 [4]

5

5

[4]

1 [4]

4

5

[4]

1 [4]

3

5

[4]

1 [4]

2

5

[4]

1 [4]

1

5

[4]

1 [4]

Jadual 18.4 : Perkadaran Sumbangan

| 35 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Berdasarkan penetapan bahawa pada masa yang pertama iaitu pada sumbangan S1 adalah sumbangan 100% maka peratusan perbezaan sumbangan dapat dikira. Jadual 1.3 menunjukkan peratusan perbezaan sumbangan.

 

Peratus (%)

S1

6

x 6

100

Beza

S2

5

x 5

69.44

30.56

S3

4

x 4

44.44

25.00

S4

3

x 3

25.00

19.44

S5

2

x 2

11.11

13.89

S6

1

x 1

2.77

8.34

Jadual 18.5 : Peratusan Sumbangan

Bagi paparan yang lebih jelas dapat dilihat berdasarkan Graf 18.7.

100.00% 30.56% 69.44% 25.00% 44.44% 19.44% 25.00% 13.89% 11.11% 8.34% 2.77% S1 S2 S3 S4
100.00%
30.56%
69.44%
25.00%
44.44%
19.44%
25.00%
13.89%
11.11%
8.34%
2.77%
S1
S2
S3
S4
S5
S6

Graf 18.7 : Graf Peratus Sumbangan

3.

Rumusan

Dalam tahap kapasiti bagi setiap individu, ia mempunyai proses mula (M) dan juga proses tamat (T). Jarak masa kematangan ini diukur berdasarkan tahap kapasiti bagi setiap individu dan ia berbeza antara individu masing-masing. Bagi proses mula (M) bagi jarak masa kematangannya adalah paling minima dan masih memerlukan sokongan daripada pihak / sumber lain untuk meningkatkan tahap kapasiti masing-masing ke suatu tahap paling maksima. Apabila tahap kapasiti berada pada tahap paling maksima, iaitu bagi jarak masa kematangan yang paling maksima juga, maka proses tersebut adalah paling lengkap. Ia tidak lagi memerlukan sokongan daripada pihak / sumber lain tetapi dapat bergerak atas faktor sendiri. Jarak masa kematangan

| 36 |

Perinol

ALAMTOLOGI

tersebut akan makin berkurangan apabila tahap kapasiti makin berkurangan. Faktor masa juga akan turut berkurangan berkadaran dengan tahap kapasiti dan juga jarak masa kematangan. Proses ini berbalik kepada hukum dalam Alamtologi, iaitu ia bermula (M) pada paling minima (1) dan berakhir (T) dengan nilai paling minima (1) juga.

18.6.3.

Kesamarataan

Tajuk kesamarataan ini tujuannya adalah untuk mencari perbezaan dan perbezaan tersebut harus dibenarkan untuk diterima perbezaan itu seadanya mengikut kapasiti seseorang. Kesamarataan dan keseimbangan adalah dua perkara yang berbeza walaupun ia kelihatan sama. Kesamarataan tidak tertakluk kepada garis lurus sebagai pengukurnya tetapi keseimbangan tertakluk kepada garis lurus. Ia mengambil kira banyak faktor dan melibatkan pelbagai subjek sebagai kayu pengukurnya. Mengapa perbezaan yang dicari adalah kerana perbezaan inilah yang perlukan penyelesaiannya untuk mendapatkan kesamarataan. Ia akan meletakkan posisi kemampuan seseorang itu pada tempat yang sepatutnya. Ciri-ciri kesamarataan ini ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.26 di bawah.

ini ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.26 di bawah. Gambar rajah 18.26 : Ciri-ciri Kesamarataan Gambar

Gambar rajah 18.26 : Ciri-ciri Kesamarataan

Gambar rajah di atas menunjukkan ciri-ciri yang terdapat di dalam proses perlaksanaan kesamarataan. Apa yang cuba diterjemah di dalam gambar rajah di atas adalah seperti berikut :-

1)

Bermula pada titik yang sama.

2)

P – Titik Permulaan.

3)

A – Titik Impak.

4)

B – Perbezaan yang wujud daripada hasil (Aktif).

5)

C – Persamaan yang wujud daripada hasil (Pasif).

Proses sama rata ini adalah dengan membuang perkara yang sama tetapi melihat pada perbezaan yang ada untuk dibuat pengiraan dan penilaian. Faktor-faktor ini dilihat pada hasil yang diperolehi daripada satu tindakan yang dibuat. Membuang faktor persamaan dan mencari

| 37 |

Perinol

ALAMTOLOGI

dan mengambil kira faktor perbezaan ini adalah merupakan hukum yang utama di dalam kesamarataan ini.

Contoh Situasi 1 :

Kapasiti seorang isteri untuk membuat kek hanya 10% sahaja dan itulah tahap 100% yang ada pada dirinya, maka dia perlu membenarkan dan terima tahap keupayaannya itu begitu juga dengan suaminya. Ini bermakna isteri tersebut mempunyai kekurangan sebanyak 90% lagi untuk melengkapkan proses tersebut yang mana perbezaan tersebut perlu ditampung oleh orang lain. Selagi tidak lengkap proses tersebut pada kadar 100% ia tidak boleh sampai ke tahap menyumbang. Maka dia perlu terima bahawa perlu ada orang lain untuk menampung kekurangannya itu untuk dia sampai ke tahap boleh menyumbang. Isteri tersebut boleh untuk berusaha meningkatkan keupayaannya itu tetapi dia tetap tidak akan dapat bersaing dengan orang yang telah mencapai tahap 100% kerana ia berkadaran dengan faktor masa. Bila dia meningkatkan keupayaannya pada 20% dalam masa yang sama orang lain yang mempunyai keupayaan 100% juga turut meningkatkan keupayaan mereka pada 110%.

Kesimpulannya kesamarataan ini adalah untuk mendapatkan proses penerimaan pada kekurangan yang ada. Sama ada penerimaan pada diri sendiri dan juga orang lain serta membenarkannya. Apabila proses penerimaan dan membenarkan ini berlaku maka kekurangan yang ada pada sesuatu proses itu dapat dipenuhi dengan keadaan yang sempurna.

18.6.4. Pemetaan Rasional Radikal

Pemetaan rasional ini adalah proses penentuan atau mengenal pasti tahap kemampuan atau keupayaan dalam merealisasikan fantasi. Fantasi adalah pengetahuan yang ada dalam diri masing-masing. Perkataan fantasi yang sering kali kita dengar ditafsirkan sebagai satu khayalan atau alam khayalan yang tidak mampu di buat di dalam dunia realiti. Tetapi fantasi di dalam pengertian perinol ini adalah realiti yang sebenar. Dalam perinol fantasi ini adalah satu realiti yang mampu untuk dicapai. Fantasi akal fikiran adalah merupakan asas kepada perlaksanaan realiti. Selagi akal kita mampu untuk berfantasikan sesuatu perkara walaupun pada ketika itu ia seakan tidak logik atau tidak akan mampu untuk direalisasikan tetapi sebenarnya itulah keupayaan yang ada pada kita untuk ia dilaksanakan.

Fantasi ini adalah satu ruang keupayaan minda yang amat luas yang mana ia mengatasi keupayaan semasa yang ada pada manusia maka kerana itu fantasi dilihat sebagai satu alam khayalan sahaja. Jumlah saraf yang ada di dalam otak manusia sama dengan keseluruhan galaksi yang ada di dalam alam ini. Maka kerana itu manusia mampu untuk berimaginasi melangkaui batasan dunia yang ada.

Contohnya fantasi untuk manusia terbang tinggi di awan biru pada satu ketika dahulu hanyalah satu khayalan semata-mata tetapi sekarang ia bukan lagi satu fantasi tetapi ia telah menjadi satu realiti. Keupayaan untuk merealisasikan fantasi adalah berkadaran dengan masa, realiti dan fantasi tidak akan dapat bergandingan dalam satu masa untuk direalisasikan. Apa yang difantasikan pada hari mungkin hanya akan dapat direalisasikan pada 50 tahun yang akan datang kerana keupayaan itu akan diperolehi melalui peningkatan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat dikumpul dari masa ke semasa sehinggalah ia cukup matang untuk merealisasikan apa yang difantasikan.

| 38 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Terdapat lima disiplin yang digariskan di dalam pemetaan perinol ini. Ia merupakan garis panduan yang digunakan untuk menjelaskan bagaimana proses di dalam pemetaan perinol ini

di lakarkan. Gambar rajah 18.27 di bawah menyenaraikan disiplin yang terdapat di dalam

pemetaan perinol ini.

disiplin yang terdapat di dalam pemetaan perinol ini. Gambar rajah 18.27 : Disiplin Pemetaan Perinol Sebagaimana

Gambar rajah 18.27 : Disiplin Pemetaan Perinol

Sebagaimana yang telah dijelaskan di awal tajuk ini, disiplin yang pertama ia bergerak peringkat demi peringkat kerana fantasi tidak akan dapat berada seiring dengan realiti dalam satu masa yang sama. Keupayaan untuk merealisasikan fantasi akan datang peringkat demi peringkat sehinggalah lengkap prosesnya barulah perkara yang difantasikan tersebut dapat dilaksanakan.

Disiplin yang kedua melibatkan bentuk yang melakarkan pemetaan ini. Ia melibatkan bentuk aktif dan bentuk pasif. Bentuk aktif adalah mewakili keupayaan minda untuk berfantasi yang mana ia juga bertindak sebagai pembawa. Manakala bentuk pasif adalah mewakili keupayaan fizikal dan mental untuk merealisasikan fantasi minda yang mana ia bertindak sebagai yang dibawa. Bentuk aktif yang akan sentiasa bergerak akan meninggalkan plot atau picu-picu pada titik gabungan di antara bentuk pasif dan bentuk aktif. Plot dan picu-picu tersebut dapat dilihat

di dalam bentuk pemetaan perinol pada gambar rajah 18.28.

Seterusnya, kedua-dua bentuk ini bergerak di dalam lingkaran yang sama. Di dalam lingkaran tersebut akan berlaku titik-titik gabungan di antara bentuk pasif dan aktif yang juga mewakili fantasi dan realiti. Pada titik gabungan ini adalah merupakan perkadaran masa untuk melengkapkan proses perlaksanaan pada sesuatu fantasi tersebut.

Disiplin keempat adalah pergerakan kedua-dua bentuk ini dikawal oleh faktor masa. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas di dalam pemetaan ini ia amat berkait rapat dengan masa. Masa boleh diibaratkan sebagai tulang belakang yang menggerakan kedua-dua bentuk di dalam pemetaan perinol ini.

| 39 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Akhir sekali iaitu disiplin yang kelima adalah hanya berlaku satu perkara dalam satu masa. Ia bermaksud bila satu perkara aktif satu perkara lagi akan menjadi pasif. Contohnya kalau bila berjalan bila kaki kanan melangkah kaki kiri akan statik dan begitu juga sebaliknya. Tetapi pergerakkan tetap berlaku, cuma pergerakkan tersebut perlu berlaku secara silih berganti dan ia tidak boleh bergerak serentak pada satu masa yang sama.

ia tidak boleh bergerak serentak pada satu masa yang sama. 1. Picu Luar Kawalan (P ℓ

1. Picu Luar Kawalan (Pk )

2. Picu Gabungan Perinol (PD P )

a) Gabungan Pasif dan Aktif

b) Keseimbangan

c) Pusingan lengkap bagi setiap pemutaran.

d) Kawalan tersendiri

Gambar rajah 18.28 : Bentuk Pemetaan Rasional Radikal

Berdasarkan kepada gambar rajah 18.28, bentuk pemetaan perinol adalah berdasarkan kepada gabungan dua bentuk iaitu bentuk yang aktif dan bentuk yang pasif. Di dalam pemetaan dalam gambar rajah di atas hanya kotak aktif yang akan bergerak manakala kotak pasif tidak boleh bergerak kerana ia tiada paksi. Perkara yang sentiasa berjalan atau bergerak adalah fantasi kerana ia tidak dapat dikawal.

Bentuk aktif adalah diwakili dengan A manakala bentuk yang pasif adalah diwakili dengan B. Bentuk yang aktif terdiri daripada picu A1, A2, A3 dan A4. Bagi bentuk pasif diwakili dengan picu B1, B2, B3, B4. Terdapat dua ketegori picu iaitu picu luar kawalan dan picu gabungan. Picu luar kawalan adalah picu bagi setiap bentuk aktif dan pasif yang berada diluar lingkaran pergerakan. Bagi picu yang berada pada satu lingkaran yang sama adalah picu gabungan. Picu gabungan adalah gabungan bagi picu bentuk aktif dan bentuk pasif. ianya terdiri daripada A1B1, B1A2, A2B2, B2A3, A3B3, B3A4, A4B4 dan B4A4. Bagi picu luar kawalan adalah berperanan pada bentukya sahaja. Bagi picu gabungan berperanan untuk kedua –dua bentuk. Picu gabungan juga boleh dikatakan sebagai titik keseimbangan. Pada A1 adalah pada masa yang pertama pergerakan yang seterusnya Pada picu A1B1, A1 adalah aktif dan B1 adalah pasif. Sebagai contoh A1 sedang berkata-kata dan B1 adalah dalam keadaan diam. Ia boleh juga dikaitkan dengan pergerakan suatu.

Bagi melengkapkan proses ini menjadi realiti ia perlukan gabungan keenam-enam dimensi yang ada. Bagaimana untuk menyatukan atau menggabungkan dimensi-dimensi ini adalah seperti yang disenaraikan di dalam gambar rajah 18.28 dibawah.

| 40 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Perinol ALAMTOLOGI Gambar rajah 18.28 : Proses Penggabungan Atau Penyatuan Apa yang ingin disampaikan oleh gambar

Gambar rajah 18.28 : Proses Penggabungan Atau Penyatuan

Apa yang ingin disampaikan oleh gambar rajah di atas adalah bagaimana untuk mencapai kesempurnaan dalam perlaksanaan sesuatu fantasi itu menjadi realiti. Apa yang mampu dilihat oleh mata kasar tidak lagi menggabung keenam-enam dimensi yang ada untuk menjadikannya sempurna. Apa yang kita mampu lihat hanyalah pada satu arah sahaja dalam satu masa. Apakah yang dimaksudkan dengan enam dimensi ini sebenarnya.

Contoh 1 :

dimaksudkan dengan enam dimensi ini sebenarnya. Contoh 1 : Gambar rajah 18.29 : Sudut Pandangan Dua

Gambar rajah 18.29 : Sudut Pandangan Dua Arah

Empat biji gelas disusun dalam satu barisan. Sekiranya kita melihat dari sudut hadapan ia hanya akan kelihatan satu gelas sahaja. Manakala bila dilihat dari bahagian tepi baru akan kelihatan 4 biji gelas. Maka sudut pandangan itu amat penting sebelum kita membuat sesuatu keputusan. Apa yang mampu dilihat oleh mata kasar kita sahaja kita katakan ia adalah realiti dan apa yang

| 41 |

Perinol

ALAMTOLOGI

tidak dapat dilihat oleh mata kita, ia dikatakan sebagai fantasi sedangkan keempat-empat gelas tersebut adalah realiti dan ia wujud.

Contoh 2 :

gelas tersebut adalah realiti dan ia wujud. Contoh 2 : Gambar rajah 18.30 : Sudut Pandangan

Gambar rajah 18.30 : Sudut Pandangan Tiga Arah

Contoh yang kedua ini juga cuba menjelaskan mengenai pentingnya sudut padangan. Dalam realiti pandangan mata kasar kita, kita tidak mempunyai kemampuan untuk melihat keenam- enam sudut dalam satu masa. Contoh diatas empat biji gelas disusun dalam bentuk empat segi. Kebiasaan kita hanya akan melihat dari pandangan hadapan dan disekeliling objek sahaja. Maka dalam gambar rajah di atas kita hanya akan mampu melihat jumlah gelas dari pandangan hadapan dua biji dan jika dilihat disekeliling kita hanya mampu melihat 2 dan 3 biji gelas sahaja. Maka jumlah sebenar gelas tersebut tidak akan kelihatan dengan hanya melihat dari satu sudut pandangan sahaja.

Maka kerana itu amat penting untuk kita melihat dari keenam-enam dimensi iaitu depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah untuk mendapat kesempurnaan dalam perlaksanaan kita. Kita sememangnya tidak mampu untuk melihat 6 dimensi dalam satu masa, disebabkan itu ia berkaitan dengan faktor masa. Sebelum sesuatu keputusan atau perlaksanaan itu dibuat, proses tersebut perlu dilihat satu persatu berkadaran dengan masa yang ada.

18.6.5. Pembahagian Teras

Pembahagian teras ini adalah satu proses agar apa yang hendak kita lakukan itu tidak membebankan orang lain. Dalam proses ini kita hendak memastikan bahawa apa yang kita lakukan itu adalah untuk menyumbang bukan untuk membebankan. Perinol menegaskan bahawa rasionalnya kita dalam melaksanakan sesuatu hendaklah dalam keadaan sempurna atau menghampiri kesempurnaan. Gambar rajah 18.31 menunjukkan bagaimana pembahagian teras dilakukan.

| 42 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Perinol ALAMTOLOGI Gambar rajah 18.31 : Pembahagian Teras Gambar rajah 18.31 di atas menerangkan bahawa keupayaan

Gambar rajah 18.31 : Pembahagian Teras

Gambar rajah 18.31 di atas menerangkan bahawa keupayaan untuk melaksanakan sesuatu adalah bersamaan dengan satu manakala proses perlaksanaannya dibahagikan mengikut peringkat iaitu ¼ bagi setiap bahagian. Apa yang dimaksudkan dengan ¼ ini adalah merupakan had perkadaran perinol untuk tidak membebankan atau mengganggu pihak yang lain. Rasional kerana setiap pencarian perlu ada hadnya dan hanya berada di dalam lingkungan polanya yang tersendiri.

Walaupun kita mempunyai keupayaan 100% tetapi kita tidak boleh menggunakan keseluruhan 100% tersebut kerana ia melibatkan satu proses yang cukup komplek. ¼ daripada 100% tersebut adalah merupakan nilai maksimum yang boleh disumbangkan oleh seseorang untuk melaksanakan sesuatu pekara. Manakala ¾ lagi adalah untuk proses-proses lain yang diperlukan oleh diri seseorang yang mana ia bertindak sebagai enjin pergerak untuk melaksanakan proses ¼ tersebut. Sesuatu yang dilakukan di luar lingkaran nisbah perinol pasti akan memberikan kesan negatif. Ia seringkali dikatakan tindakan luar biasa atau dikategorikan sebagai gila dan tidak normal. Bagi lebih menjelaskan topik pembahagian teras ini, disertakan beberapa contoh di bawah untuk menjelaskan bagaimana situasi tersebut berlaku.

Contoh 1 :

Dalam proses ketawa, kita mempunyai kemampuan untuk ketawa sehingga 100% tetapi had ketawa yang rasional yang tidak memudaratkan diri kita sendiri dan tidak mengganggu orang lain adalah ¼ sahaja. Bayangkan sekirannya kita menggunakan keseluruhan kemampuan kita untuk melaksanakan proses ketawa tersebut, kita mungkin akan sesak nafas atau mati kerana tidak cukup oksigen dan juga akan mengganggu orang yang berada di sekeliling dengan bunyi ketawa kita yang kuat. Maka proses tersebut tidak perinol.

| 43 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Contoh 2 :

Golongan yang menghadapi masalah mental, golongan ini telah membina dunianya yang tersendiri di luar daripada pola normal, apa yang mereka lakukan adalah melebihi had yang sepatutnya dan tiada pola khusus yang membentuk perlakuan mereka. Oleh yang demikian, golongan pesakit mental ini akan bertindak di luar kawalan kerana mereka tidak mempunyai had perlaksanaan normal. Tindakan mereka seringkali boleh membahayakan dan mencederakan orang di sekeliling mereka.

Contoh 3 :

Seorang pelajar yang ingin mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, usaha yang paling maksimum yang boleh seorang pelajar berikan adalah ¼ daripada keseluruhan keupayaan yang dia ada. Sekiranya ¼ itu digunakan dengan sebaiknya dan semaksimum yang mungkin ia adalah menyamai 100% keupayaan yang ada pada diri seseorang. Jika pelajar tersebut menggunakan tenaganya melebihi daripada nisbah perinol ini dia akan menghadapi masalah kerana tenaga lebihan yang digunakan akan membebankan dirinya sendiri dan secara tidak langsung akan mendatangkan masalah-masalah lain seperti kesihatan, perhubungan dengan keluarga dan sebagainya. Ini kerana bahagian ¼ yang kedua dan seterusnya adalah untuk proses yang lain yang mana prosesnya tidak boleh diganggu.

Kesimpulannya nilai ¼ ini adalah merupakan nisbah perinol yang paling minimum tetapi menghasilkan impak yang peling maksimum. Nilai yang di bawa ini adalah nilai yang tidak disedari tetapi mampu untuk mencapai matlamat yang dikehendaki tanpa mengganggu dan membebankan proses lain disekelilingnya.

18.6.6. Penggabungan Teras

Penggabungan teras adalah gabungan unsur yang akan menghasilkan suatu unsur yang baru. Nilai gabungan teras adalah berdasarkan kepada hasil yang diperolehi daripada proses gabungan unsur. Gabungan unsur untuk penghasilan gabungan teras hanya boleh berlaku pada tahap yang tertentu. Iaitu bilangan unsur yang paling minima boleh bergabung adalah dua dan bilangan yang paling maksimum adalah enam. Minima dua kerana apabila hanya satu unsur sahaja maka tidak akan menghasilkan proses gabungan.

Sebagai contoh, apabila tepuk tangan, hanya sebelah sahaja tidak akan menghasilkan bunyi. Apabila dua belah tangan ditepuk maka akan hasilkan bunyi. Begitu juga sekiranya tangan ditepuk pada objek yang lain tetap akan menghasilkan bunyi. Bunyi yang terhasil tersebut yang dikenali gabungan teras. Maksimum unsur yang boleh bergabung adalah enam kerana hanya terdapat enam arah sahaja yang boleh bergabung, iaitu atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang. Contoh penggabungan teras enam arah adalah seperti di dalam gambar rajah 18.32 di bawah. Ia menunjukkan bagaimana unsur-unsur yang berlainan bergabung dari enam arah yang berbeza untuk menghasilkan sebutir berlian.

| 44 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Perinol ALAMTOLOGI Gambar rajah 18.32 : Gabungan Teras Maksimum Manakala contoh gabungan teras yang berlaku di

Gambar rajah 18.32 : Gabungan Teras Maksimum

Manakala contoh gabungan teras yang berlaku di dalam unsur kimia iaitu oksigen adalah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.33 di bawah.

seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.33 di bawah. Gambar rajah 18.33 : Gabungan Teras

Gambar rajah 18.33 : Gabungan Teras Unsur Kimia

| 45 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Bentuk bagaimana penggabungan teras ini berlaku adalah apabila teras A dan teras B bergabung pada satu bahagian masing-masing iaitu pada penisbahan ¼ bagi setiap bahagian. Hasil penggabungan teras A dan B ini maka wujudlah satu lagi unsur baru iaitu C. Nilai yang dibawa oleh C adalah 1. Contoh bentuk penggabungan teras ini ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.34 di bawah.

teras ini ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.34 di bawah. Gambar rajah 18.34 : Bentuk Penggabungan

Gambar rajah 18.34 : Bentuk Penggabungan Teras

Penggabungan adalah untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Tetapi jika pertembungan yang hanya bersentuhan dan tidak berlaku penggabungan ia tidak mempunyai nilai. Contoh bentuk pertembungan yang tidak berlaku penggabungan ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.35 di bawah.

ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.35 di bawah. Gambar rajah 18.35 : Pertembungan Tanpa Penggabungan |

Gambar rajah 18.35 : Pertembungan Tanpa Penggabungan

| 46 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Penggabungan teras ini juga mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Terdapat empat ciri-ciri utama yang digunakan sebagai garis panduan penggabungan teras ini. Gambar rajah 18.36 di bawah menyenaraikan ciri-ciri tersebut.

rajah 18.36 di bawah menyenaraikan ciri-ciri tersebut. Gambar rajah 18.36 : Ciri-ciri Penggabungan Teras

Gambar rajah 18.36 : Ciri-ciri Penggabungan Teras

Penggabungan teras ini adalah untuk mewujudkan satu ruang yang mana ia membentuk satu struktur yang menghasilkan perbezaan. Prosesnya tidak boleh diambil pada perkara yang sama. Wujudnya mestilah dalam keadaan unsur A ditambah dengan unsur B dan ianya mestilah tidak pada nilai yang sama. Ia disebabkan tujuan utama penggabungan teras ini adalah untuk mencari perbezaan hasil daripada penggabungan 2 unsur induknya. Penggabungan teras ini mestilah mempunyai bentuk yang boleh dikenal. Hasil daripada penggabungan akan mewujudkan dua picu iaitu picu yang bergabung dan picu di luar kawalan. Contohnya, manusia juga adalah hasil daripada gabungan-gabungan unsur yang berbeza dan akhirnya hasil daripada dabungan tersebut menjadikan manusia itu sempurna. Setiap perkara akan terus berkembang mengikut masa begitu juga dengan manusia.

| 47 |

Perinol

ALAMTOLOGI

18.6.7. Ruas Teras

Perinol ALAMTOLOGI 18.6.7. Ruas Teras Gambar rajah 18.37 : Ruas Teras Hasil penggabungan teras boleh lebih

Gambar rajah 18.37 : Ruas Teras

Hasil penggabungan teras boleh lebih daripada satu. Sebagai contoh bila kiub dijatuhkan maka hasilnya adalah bunyi dan lekuk yang akan terhasil. Maka bagi medium telinga hasil adalah bunyi dan bagi medium mata adalah lekuk. Ianya boleh wujudkan hasil lebih daripada satu tetapi tidak pada masa yang sama. Contohnya bunyi dahulu baru bagi kesan lekuk. Ruas teras adalah hasil daripada percantuman atau gabungan daripada teras. Apabila satu tidak akan berlaku proses gabungan. Di mana ianya tidak akan mempunyai persamaan dengan teras yang utama. Teras adalah induk yang utama. Ruas adalah hasil gabungan teras. Teras lebih mampat dan nisbahnya adalah 6/4 kerana mempunyai 6 bahagian.

lebih mampat dan nisbahnya adalah 6/4 kerana mempunyai 6 bahagian. Gambar rajah 18.38 : Pembahagian Ruas

Gambar rajah 18.38 : Pembahagian Ruas Teras

| 48 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Ruas hanya akan terhasil daripada gabungan dua hingga enam teras sahaja. Kawasan ruas adalah kawasan yang lebih kuat. Ruas boleh menjadi teras kepada proses yang seterusnya. Perkadaran bagi mewujudkan ruas adalah berdasarkan ¼ daripada teras. Contohnya gabungan hidrogen dan oksigen. Dua keadaan gabungan empat teras mewujudkan 1 ruas. Dan gabungan enam mewujudkan 1 ruas. Ruas adalah lebih kukuh kerana gabungan empat unsur tersebut. Ruas adalah faktor gabungan kepada satu proses pergerakan.

Kenapa perlu ada ruas. Ini kerana teras mesti menyumbang. Di mana setiap teras akan menyumbang ¼. Tengah-tengah (ruas) adalah mewakili 6/4 manakala teras adalah 1(4/4). Enam merujuk kepada atas dan bawah. Perlunya atas dan bawah sebagai faktor untuk memegang. Perkaitan dengan perinol sebab setiap proses mempunyai sukatan dan kaedah yang tertentu. Perlu ada ruang yang jelas untuk proses pergerakan. Pemikiran juga perlu ada ruang.

Perkaitan kapasiti dan sumbangan dengan ruas. Ruas adalah nisbah yang akan digabungkan pada satu tempat atau ruang dan setiap teras menyumbang ¼. Menjelaskan terdapat empat ruang yang boleh digunakan untuk wujudkan ruas. Contoh cara berbeza tapi matlamat adalah sama. Teras adalah cara maka ruas adalah matlamat. Setiap teras menyumbang berdasarkan kepada kapasiti masing-masing. Contohnya ada empat individu yang berbeza menyumbang pada orang yang sama, seorang sumbang beras, seorang sumbang gula dan seterusnya. Maka yang terima sumbangan akan dapat lebih banyak.

Apakah peranan ruas teras? Ia berperanan menilai struktur bagaimanakah proses dapat dominasikan dalam faktor teras itu sendiri. Contoh bila nak baik maka letakkan ¾ sebagai baik dan yang buruk tetap buruk tetapi dilindungi oleh perkara yang baik. Contoh buat silap. Maka perlu gandakan ¾ usaha utk baiki kesilapan. Tetapi yang silap tetap silap dan perlu terima kesilapan tersebut beserta dengan langkah untuk atasi masalah tersebut. Selagi tidak dapat faktor sumbangan dari enam teras yg berbeza maka boleh berlku lagi penambahan sehingga sampai kepada enam maka apabila datang lagi maka ianya sudah tidak releven.

Bergerak atas dua faktor iaitu positif dan negatif ianya sentiasa mempunyai sifat yang berlawanan. Ruas teras juga boleh dikaitkan dengan kesan. Maka kesan juga boleh menjadi permulaan untuk proses yang seterusnya. Penekanan setiap sesuatu pasti ada permulaan dan terima dan benarkan apa yang telah berlaku. Contohnya bila dah silap, maka perlu gandakan 3 kali kebaikan. Kesalahan tidak akan ada ruang untuk baiki cuma boleh penambahbaikan sahaja.

Gandaan adalah ¾ dan ia berdasarkan kepada perkadaran tempoh masa. Namun apabila ianya tidak mampu ditampung kerana faktor kapasiti iaitu kapasiti yang maksimum hanya ¾ sahaja. Maka daripada proses ini kita dapat buktikan bahawa benarlah bahawa demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian. Oleh itu bagaimana untuk mengatasi masalah kapasiti yang tidak mencukupi tersebut? :- Maka perinolnya kita perlunya faktor sumbangan daripada yang lain untuk membantu. Proses pembahagian akan membawa kepada satu.

Ruas ¼ (-) maka baki ¾ (+). Maka ianya tetap positif (+). Perkaitan proses sebelum dengan yang selepas. Perlunya negatif untuk bergerak. Iaitu negatif adalah proses aktif. Contohnya bunga, ruas boleh menjadi sumber untuk proses yang seterusnya iaitu biji benih. Contohnya kepak belalang semakin hujung adalah semakin halus. Di tengah lebih berat dan padat. Ini

| 49 |

Perinol

ALAMTOLOGI

disebabkan semakin ia berkembang pada nisbah yang sama maka semakin hujung adalah semakin ringan. Perkadaran pergerakan bagi satu saat adalah satu juta getaran. Getaran adalah berkadaran semakin kecil. Permulaan pergerakan adalah satu juta dan semakin berkurangan. Ruas teras maka faktor bergerak adalah x dan jarak adalah y. Berkembang adalah berdasarkan kepada bentuk garis lurus sahaja. Contohnya semakin ia kembang maka satu nisbah pengiraan kepada tujuh peringkat sahaja. Satu bahagian ada satu sumber kapasiti yang boleh pergi. Tahap kapasiti adalah berbeza berdasarkan kepada perkadaran masa. Iaitu pada masa yang pertama tahap kapasiti adalah lebih besar daripada kapasiti bagi tahap yang seterusnya.

Daripada penjelasan yang diberikan di atas, berikut adalah beberapa contoh yang menjelaskan bagaimana perlaksanaan ruas teras ini di dalam beberapa situasi.

Contoh 1 :

Apabila kita membuat kesilapan, kita perlu terima kesilapan itu dan perinolnya keluar dengan penyelesaiannya. Proses selepas perlaksanaan adalah kesan dan kesan boleh menjadi proses untuk perlaksanaan yang seterusnya samaada untuk selesaikan atau tidak tetapi ia akan meningkat mengikut masa.

Contoh 2 :

Apabila kita melakukan kesilapan, benarkan kesilapan itu dan gandakan 3 kali kebaikan untuk seimbangkan semula kesilapan itu. Menambahbaikan kesilapan itu sehingga kesilapan kelihatan kecil. Kesilapan tidak boleh diperbaiki tetapi hanya boleh melakukan penambahbaikan.

Contoh 3 :

Sekiranya kita sudah berumur 30 tahun dan kita membuat kesilapan maka perlu diperbaiki 3 kali ganda iaitu 90 tahun untuk seimbangkan kesalahan itu. Dari segi kemampuan, kita tidak akan mampu maka dengan itu perlukan sumbangan dari orang lain untuk melengkap ia kepada 1. Minda perlukan renjatan untuk ia bergerak. ¾ boleh mewakili kelajuan, keberatan, masa dan sebagainya mengikut keadaan.

18.6.9. Pencerun Faktor

1. Pengenalan

Pencerun faktor berperanan untuk mewujudkan dua proses dalam masa yang sama. Aplikasi pencerun faktor penting dalam proses untuk gandaan daripada satu kepada dua bahagian. Ia juga melibatkan proses sumbangan daripada satu kepada dua individu.

| 50 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Bentuk

a) Pasif

A B
A
B

2. Hukum

b)

Aktif A B
Aktif
A
B
ALAMTOLOGI • Bentuk a) Pasif A B 2. Hukum b) Aktif A B c) Atas dan
c) Atas dan bawah A
c) Atas dan bawah
A
B
B

Di dalam pencerun faktor ini telah digariskan 5 hukum dalam perlaksanaannya. Gambar rajah 18.39 adalah senarai hukum yang terlibat.

Gambar rajah 18.39 adalah senarai hukum yang terlibat. Gambar rajah 18.39 : Hukum Pencerun Faktor 3.

Gambar rajah 18.39 : Hukum Pencerun Faktor

3. Pergerakan

Pembahagian berlaku berdasarkan kepada proses gerakan di mana ¼ dari bahagian kiri dan ¼ dari bahagian kanan. Terdapat dua proses pergerakan :-

| 51

|

Perinol

ALAMTOLOGI

Empat Gerakan – Setiap gerakan adalah berdasarkan kepada 90 0

Gerakan – Setiap gerakan adalah berdasarkan kepada 90 0 Gambar rajah 18.40 : Proses Empat Gerakan

Gambar rajah 18.40 : Proses Empat Gerakan

Enam Gerakan – Setiap gerakan adalah berdasarkan kepada 45 0

Gerakan – Setiap gerakan adalah berdasarkan kepada 45 0 Gambar rajah 18.41 : Proses Asas dan

Gambar rajah 18.41 : Proses Asas dan Gerakan Pertama

| 52 |

Perinol

ALAMTOLOGI

B A B A B B B A A A B A B Gerakan Kedua
B
A
B
A
B
B
B
A
A
A
B
A
B
Gerakan Kedua
Gerakan Ketiga
A

Gambar rajah 18.42 : Gerakan Kedua dan Gerakan Ketiga

A Gambar rajah 18.42 : Gerakan Kedua dan Gerakan Ketiga Gambar rajah 18.41 : Gerakan Keempat

Gambar rajah 18.41 : Gerakan Keempat dan Gerakan Kelima

Gambar rajah 18.41 : Gerakan Keempat dan Gerakan Kelima Gambar rajah 18.41 : Gerakan Keenam Penerangan

Gambar rajah 18.41 : Gerakan Keenam

Penerangan empat gerakan bagi sudut 45 o melibatkan enam gerakan utama bermula dari 0 o hingga 270 o . Pergerakannya bermula dari kedudukan pasif dan bergerak kepada kedudukan

| 53 |

Perinol

ALAMTOLOGI

aktif sehingga pergerakan tamat. Namun demikian, jika dilihat pergerakan pada proses gerakan pertama hingga keenam, wujud proses gerakan bermula pada sudut 45 o , 90 o , 135 o , 180 o , 225 o , dan 270 o tetapi pada proses asas (0 o ), belum bermula proses gerakan. Oleh itu, pada gerakan setiap sudut 45 o tersebut mengandungi enam gerakan aktif.

4. Pandangan Atas dan Sisi Pencerun Faktor

Terdapat dua jenis pandangan atas dan juga pandangan sisi bagi pencerun faktor yang melibatkan satu kiub dan dua kiub. Pandangan ini dilukis bagi menunjukkan keadaan sebenar bagi bentuk pasif dan bentuk aktif yang terdapat pada kiub tersebut dari sudut pandangan tiga dimensi. Dalam bentuk fizikal kiub (segi empat sama) yang pasif tersebut, mengandungi bentuk aktif (bentuk berlian). Rajah berikut menunjukkan bentuk pasif dan bentuk aktif bagi kiub tersebut.

bentuk pasif dan bentuk aktif bagi kiub tersebut. Gambar rajah 18.42 : Pandangan Atas dan Sisi

Gambar rajah 18.42 : Pandangan Atas dan Sisi Pencerun Faktor

| 54 |

Perinol

ALAMTOLOGI

5. Rumusan

Berdasarkan dua jenis pergerakan, empat gerakan (90 o ) dan enam gerakan (45 o ) yang telah dihuraikan tersebut, maka proses gerakan pada sudut 45 o adalah lengkap (enam gerakan) berbanding sudut 90 o yang hanya mengandungi tiga gerakan sahaja. Walaupun pada dasarnya, kedua-dua jenis gerakan tersebut dapat mencapai matlamat pergerakan dari kedudukan pasif kepada kedudukan aktif, namun hanya pergerakan yang lengkap sahaja diambil kira. Selain itu, pencerun faktor juga dapat membuktikan bahawa dalam bentuk yang pasif mengandungi bentuk yang aktif pada satu kiub yang sama.

18.6.10. Sisipan Radikal

aktif pada satu kiub yang sama. 18.6.10. Sisipan Radikal Gambar rajah 18.43 : Sisispan Radikal Sisipan

Gambar rajah 18.43 : Sisispan Radikal

Sisipan radikal ini adalah merupakan proses dalam membuat keputusan atau apa-apa juga tindakan dalam kehidupan. Sisipan radikal ini terbahagi kepada dua proses seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.44 di bawah.

Gambar rajah 18.44 : Proses Sisipan Radikal
Gambar rajah 18.44 : Proses Sisipan Radikal

Berdasarkan proses di atas, proses pertama adalah proses penyurihan iaitu merupakan proses pembahagian nilai daripada nilai yang pertama. Setiap pembahagian adalah berkadaran ¾ bagi setiap sisipan dan hanya diambil ¼ sahaja daripada nilai ¾ bagi setiap sisipan tersebut. Bagi

| 55 |

Perinol

ALAMTOLOGI

melaksanakan proses penyurihan ini cukup hanya dengan nilai yang ada dan nilai tersebut akan dibahagikan mengikut jumlah yang diperlukan sehingga nilai yang sekecil yang mungkin. Setiap bahagian yang dibahagikan tersebut dikenali sebagai lembar. Proses yang kedua adalah proses ambakan iaitu proses ini memerlukan gandaan nilai daripada nilai yang pertama. Bagi melaksanakan proses ambakan ini ia memerlukan kapasiti yang lebih atau ia memerlukan sumbangan untuk memastikan jumlah gandaan yang diperlukan mencukupi. Kesimpulannya adalah proses penyurihan ini adalah merupakan proses lerai manakala proses ambakan pula adalah merupakan proses gabung. Contoh dibawah akan menjelaskan lagi bagaimana proses ini berlaku.

Contoh 1 :

Proses tembakan, ia mempunyai lingkungan atau jarak yang tertentu untuk memastikan ia mengenai sasaran. Bagi proses penyurihan sekiranya kita berada di luar daripada lingkungan atau jarak sasaran maka kita tidak akan mengalami kecederaan. Maksudnya jarak lembar pada kedudukan kita itu jauh daripada sasaran tembakan atau ruasnya. Tetapi untuk proses ambakan kita akan berada di dalam lingkungan sasaran atau lebih dekat kepada ruasnya yang mana ia akan menggandakan impak hasil daripada tembakan tersebut. Pada satu jarak kita mungkin akan cedera sahaja dan semakin hampir impaknya mungkin kita akan mati hasil daripada tembakan tersebut.

Contoh 2 :

Kejadian manusia iaitu gabungan lelaki dan wanita yang akan membentuk janin. Pembentukan asas adalah jantung, maka jantung adalah sebagai ruas teras. Kemudian akan berlaku pengembangan bagi anggota lain. Pengembangan anggota lain itu dikenali sebagai lembar. Kaitan otak dengan lembar yang paling akhir sekali. Pada lembar yang hujung adalah paling besar dari segi kapasiti tetapi ianya adalah yang paling kecil. Ianya bersamaan dengan konsep pengwujudan otak manusia itu sendiri. Pengembangan manusia daripada janin sehingga ia matang adalah merupakan proses ambakan manakala apabila manusia itu semakin tua dan semakin kurang keupayaan ia telah memasuki proses penyurihan.

Perkaitan ruas teras dan sisipan – gabungan teras akan membentuk ruas. Manakala sisipan adalah bahagian dalaman bagi ruas yang akan membentuk teras yang baru. Contohnya dari segi kejadian manusia, lelaki dan wanita adalah dua teras yang berbeza. Percantuman kedua-dua teras ini akan membentuk ruas. Di mana daripada ruas (iaitu seketul daging) kemudian akan membentuk lembar-lembar yang seterusnya yang merangkumi angggota lain. Bahagian yang paling akhir adalah otak yang menyamai lembar yang terakhir. Apabila lengkap maka akan lengkaplah teras (C) yang seterusnya. Maka akan terus berlaku penggabungan. Teras C akan memiliki 1/4 daripada ciri Teras A dan 1/4 daripada ciri teras C.

| 56 |

Perinol

ALAMTOLOGI

18.6.11. Rintangan

Perinol ALAMTOLOGI 18.6.11. Rintangan Gambar rajah 18.45 : Graf Rintangan Faktor rintangan di dalam perinol

Gambar rajah 18.45 : Graf Rintangan

Faktor rintangan di dalam perinol ditunjukkan di dalam gambar rajah 18.45. Rintangan berperanan sebagai rasional rasional untuk membuat tindakan. Apa juga tindakan yang dilakukan yang tidak dapat dicapai adalah kerana wujudnya rintangan. Saiz setiap rintangan pada setiap peringkat mempunyai pengiraan dan perkadarannnya yang tersendiri. Rintangan pertama di dalam gambar rajah 18.45 adalah pada r1, manakala rintangan yang kedua adalah pada r2. Rintangan daripada r1 kepada r2 hanya dikira bermula pada titik maksimum r1 iaitu a. Rintangan pada r2 hanya bermula dari titik maksimum a sehingga ke titk maksimum r2 iaitu b. Formula yang digunakan untuk mengira jumlah rintangan ini adalah r=t/j iaitu (r) adalah rintangan, (t) adalah tenaga dan (j) adalah jarak. Dalam perinol ini berlaku proses pengekalan nisbah rintangan pada setiap peringkat. Betuk rintangan di dalam perinol ini terbahagi kepada 2 iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah di bawah.

kepada 2 iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam gambar rajah di bawah. Gambar rajah 18.46 :

Gambar rajah 18.46 : Bentuk Rintangan

| 57 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Bentuk rintangan yang pertama adalah rintangan asas. Bentuk rintangan ini tidak mempunyai faktor pengawalan. Ia merupakan faktor rintangan yang diluar jangkaan kita. Contoh rintangan asas adalah kita dalam perjalanan ke sesuatu tempat tetapi tiba-tiba hujun turun dengan lebatnya yang membuatkan perjalanan kita menjadi tergendala. Maka rintangan tersebut diluar kawalan kita maka kita perlu membuat persediaan awal contohnya dengan membawa payung dan sebagainya. Manakala bentuk rintangan yang kedua adalah merupakan rintangan terbina iaitu ia mempunyai faktor pengawalan. Contoh rintangan terbina adalah seperti makanan, makanan adalah merupakan sumber tenaga tetapi kalau kita terlebih makan atau tidak cukup makan maka ia akan menjadi faktor rintangan kepada kita. Kalau terlebih makan kita mungkin akan mengalami sakit perut dan ia akan menjadi rintangan kepada urusan yang hendak kita laksanakan. Maka cara pemakanan itu adalah di dalam kawalan kita.

Setiap kali kita dapat melepasi satu rintangan maka tahap kapasiti kita akan meningkat kepada skala yang lebih tinggi. Berdasarkan kepada graf rintangan di adalam gambar rajah 18.45 peekadaran rintangan dapat dinilai dan dikira. Perkadaran sudut bagi bentuk graf rintangan adalah berdasarkan kepada pemecahan AIDIL. AIDIL adalah merupakan salah satu cara kira di dalam ilmu alamtologi. Untuk melihat faktor rintangan perlu melihat kepada faktor x dan faktor y pada aras yang sama.

18.6.12. Titik Persamaan

Titik persamaan adalah kaedah atau cara untuk mendapatkan kesamarataan. Titik persamaan hanya tertakluk kepada garis lurus. Proses ukuran bukan pada perjumlahan tetapi pada nilai. Pengukuran juga mengambil kira faktor masa untuk proses penentuan pelarasan. Untuk mencari titik persamaan bukan hanya tertakluk kepada dua subjek sahaja. Ianya boleh melebihi daripada dua. Keadilan dan keseimbangan itu bukan terletak pada nombor tetapi perlu dinilai dari semua sudut maka perlu cari perbezaan dalam setiap perkara yang mana dari situ baru dicari persamaan. Nisbah hanya kepada 2 subjek – 1 kepada 1 dan x adalah titik persamaan. Persamaan adalah perlaksanaan bagi mencari keseimbangan. Ianya bergantung kepada kapasiti seseorang untuk dijadikan persamaan.

Subjek

Subjek

A B
A
B
Subjek Subjek A B X Titik Persamaan
X
X
Subjek Subjek A B X Titik Persamaan

Titik Persamaan

Gambar rajah 18.47 : Titik Persamaan

| 58 |

Perinol

ALAMTOLOGI

a)

Kaedah

Kaedah yang digunakan untuk mencapai titik persamaan adalah dinamakan kaedah pelarasan. Ianya terdiri daripada beberapa kategori iaitu perubahan pelaras (pada titik persamaan), pelarasan satu subjek dan pelarasan serentak. Kaedah perubahan pelaras adalah perubahan yang berlaku pada titik persamaan (pelaras) dan subjek adalah kekal. Bagi kaedah perubahan subjek pula adalah perubahan yang berlaku pada subjek dan titik persamaan adalah kekal. Terdapat dua cara untuk kaedah perubahan subjek iaitu kaedah pelarasan satu subjek dan kaedah pelarasan serentak. Kaedah pelarasan satu subjek merujuk kepada perubahan yang berlaku pada satu sabjek sahaja manakala titik persamaan dan subjek yang lain adalah kekal. Kaedah pelarasan serentak adalah perubahan bagi subjek secara serentak dan titik persamaan adalah kekal.

subjek secara serentak dan titik persamaan adalah kekal. Gambar rajah 18.48 : Kaedah Titik Persamaan b)

Gambar rajah 18.48 : Kaedah Titik Persamaan

b)

Situasi

Kaedah mendapatkan kesamarataan bagi Subjek A dan B.

Subjek Subjek B A X
Subjek
Subjek
B
A
X

Titik Persamaan

Gambar rajah 18.49 : Titik Persamaan Bagi Subjek A dan Subjek B

Berdasarkan kepada diagram, titik persamaan(pelaras) adalah diwakili oleh X, A dan B mewakili subjek masing-masing.

| 59 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Kaedah Pelarasan

i.

Kaedah Perubahan Pelaras

Perubahan pada titik persamaan (pelaras). Bagi kaedah ini titik persamaan perlu diselaraskan antara Subjek A dan Subjek B bagi mendapatkan kesamarataan. Pelarasan ini akan menyebabkan perubahan bagi titik persamaan (pelaras).

Perubahan dapat dijelaskan seperti gambar rajah 18.50. B A Sebelum Selepas Pelarasan Pelarasan X X
Perubahan dapat dijelaskan seperti gambar rajah 18.50.
B
A
Sebelum
Selepas
Pelarasan
Pelarasan
X X
18.50. B A Sebelum Selepas Pelarasan Pelarasan X X Gambar rajah 18.50 : Kaedah Perubahan Pelaras

Gambar rajah 18.50 : Kaedah Perubahan Pelaras

ii.

Kaedah Perubahan Subjek

Iaitu perubahan bagi subjek untuk mendapatkan kesamarataan.

a) Pelarasan Satu Subjek

Pelarasan Bagi Subjek B

Pada keadaan ini Subjek B perlu dilaraskan bagi menyamai dengan Subjek A berdasarkan kepada titik persamaan (pelaras) yang tetap.

 Ini akan menyebabkan perubahan bagi Subjek B. Perubahan ini digambarkan seperti gambar rajah 18.51.
 Ini akan menyebabkan perubahan bagi Subjek B. Perubahan ini
digambarkan seperti gambar rajah 18.51.
A
B
B
Sebelum
Selepas
Pelarasan
Pelarasan
X
18.51. A B B Sebelum Selepas Pelarasan Pelarasan X Gambar rajah 18.51 : Kaedah Pelarasan Satu

Gambar rajah 18.51 : Kaedah Pelarasan Satu Subjek – Pelarasan Subjek B

Pelarasan Bagi Subjek A

Pada keadaan ini Subjek A perlu dilaraskan bagi menyamai dengan Subejk B berdasarkan kepada titik persamaan (pelaras) yang tetap.

| 60 |

Perinol

ALAMTOLOGI

Ini akan menyebabkan perubahan bagi Subjek A. Perubahan ini digambarkan seperti gambar rajah 18.52.

A
A
A
A
B
B
A A B X Sebelum Selepas Pelarasan Pelarasan
X
X

Sebelum

Selepas

Pelarasan

Pelarasan

Gambar rajah 18.52 : Kaedah Pelarasan Satu Subjek – Pelarasan Subjek A

b) Pelarasan Serentak

Pada keadaan ini Subjek A dan B perlu dilaraskan agar kedua-duanya samarata berdasarkan kepada titik persamaan (pelaras) yang tetap.

Ini akan menyebabkan perubahan bagi Subjek B dan Subjek A. Perubahan ini digambarkan seperti gambar rajah 18.53.

A A B B Selepas Sebelum Sebelum Selepas Pelarasan Pelarasan Pelarasan Pelarasan X
A
A
B
B
Selepas
Sebelum
Sebelum
Selepas
Pelarasan
Pelarasan
Pelarasan
Pelarasan
X

Gambar rajah 18.53 : Kaedah Pelarasan Serentak

| 61

|

Perinol

ALAMTOLOGI

18.6.12 . Ruang Bias Tiada r Ruang Bias a1 a2 Asas Ada r
18.6.12 . Ruang Bias
Tiada r
Ruang Bias
a1
a2
Asas
Ada r
. Ruang Bias Tiada r Ruang Bias a1 a2 Asas Ada r Gambar rajah 18.54 :

Gambar rajah 18.54 : Ruang Bias

Ruang bias mempunyai fungsi yang sama seperti pencerun faktor tetapi mempunyai sudut yang berbeza. Terdapat faktor pembias yang memberi keseimbangan kepada bentuknya. Faktor ruang bias adalah di sebelah bawah. Ianya berfungsi sebagai faktor keupayaan. Melalui ruang bias ini ia dapat memberi sumbangan kepada lingkungan yang lebih besar. Nilai biasan mesti melebihi ¼ dan kenaikan daripada asas sumbangan ¼ sebagai keupayaan.

¼ dan kenaikan daripada asas sumbangan ¼ sebagai keupayaan. Gambar rajah 18.55 : Nisbah Pembahagian Ruang

Gambar rajah 18.55 : Nisbah Pembahagian Ruang Bias

| 62 |

Perinol

ALAMTOLOGI

| 63 |