Anda di halaman 1dari 13

ADAB DENGAN

AL-QURAN

MAKNA AL-QURAN
Ulama Usul Fiqh dan Bahasa:

Kalamullah bermukjizat

Diturunkan kpd Nabi Muhammad saw,

Ditulis dalam beberapa naskhah mashaf

Dipindahkan dari baginda saw dengan riwayat


mutawatir

Bacanya ibadah

Hubungan al-Quran dan sunnah

As-sunnah merangkumi keperibadian, perkataan,


perbuatan dan pengakuan Rasulullah saw

Huraikan secara terperinci hukum-hukum alQuran bersifat kulli (umum)

Al-Imam al-Auzai, dr Hasan Ibnu Atiyah,

Ketika wahyu turun kpd Rasulullah saw,


Jibril bawa as-sunnah utk tafsirkan wahyu
tersebut. Semua daripada Rasulullah saw
berasal wahyu Allah swt

Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut


hawa nafsunya melainkan apa yang telah
diwahyukan kepadanya (an-Najm:3-4)

KEWAJIPAN TERHADAP AL-QURAN


1. BERIMAN SEPENUH DGN AL-QURAN
Hanya Al-Quran dapat menyelamatkan
hidup manusia
Sistem hidup dibina atas selain Al-Quran
bermula gagal, berakhir hina
2. BERTEMAN DENGAN AL-QURAN
Al-Quran sbg teman karib (haarith), kawan
bersembang (samir), sentiasa bersama AlQuran, guru (mualliman)

Berkisarlah kamu disekitar kitab Allah di


mana sahaja kamu berada (Hadis)

3. PERJUANGKAN AL-QURAN

Wajib sampaikan Al-Quran hingga


terlaksana hukum-hukumnya
Hukum Al-Quran terbahagi dua:
Al-Ahkam Al-Fardhiah berkait
individu spt solah, puasa, zakat,
haji, taubat, akhlak tiap orang
mampu laksanakannya
Al-Ahkam Al-Mujtama berkait
kemasyarakatan, semua hukum
diperingkat daulah, spt hudud wajib laksana, kalau tidak semua
bert/jawab dihadapan Allah swt

4. ADAB TILAWAH AL-QURAN

i.

ii.

Tujuan
a.

Bermanafaat

b.

Efektif tadabbur dan istiqamah

c.

Baca sebagaimana Rasulullah saw baca

Adab-adab Tilawah

Wahai manusia sesungguhnya telah datang


kepadamu pengajaran dari Tuhanmu, ubat
bagi apa yang ada di dalam dada,
pimpinan serta rahmat untuk orang-orang
beriman. (Q.S.Yunus:57)

Bukanlah mata yang buta, tetapi yang buta


adalah hati berada dalam dada. (Al-Haj, 22:46

d. Sebaiknya suci dan berwudhu, tanpa


keduanya boleh baca untuk ibadah, hafal,
belajar dan mengajar. Ulamak berfatwa
wanita haid boleh ketika mengajar dan
belajar kerana darurat
e. Sucikan pancaindera tilawah digunakan
untuk interaksi dgn al-Quran dari berbagai
maksiat, dosa dan mungkar
f.

Hadirkan niat, ikhlas untuk Allah, bebas dari


tujuan dunaiwi

g. Bernaung, berlindung dan menghadapkan


kepada Allah
h. Baca istiazah dan basmalah

Apabila kamu membaca Al Qur'an, hendaklah


kamu meminta perlindungan kepada Allah
dari syaitan yang terkutuk. (an-Nahlu:98)

i.
j.

Istiazah mohon perlindunga, basmalah adalah tabarruk

(mohon barakah)
Kosongkan jiwa dari perkara ganggu tumpuan lapar, haus,
rungsing , gelisah, TV, dll
Konsentrasi dan bebas fikiran dari gangguan dunia luar

k.

Hadirkan kekhusyukan, berusaha hati terkesan


dan terpengaruh dgn bacaannya
l. Menangis ketika baca ayat azab dan gambaran
hari akhirat
m. Agungkan Allah, rasai kemurahan, nikmat dan
anugerahNya.
n. Terpengaruh dan terbawa emosi sesuai dengan
tema ayat; gembira bagi ayat bawa khabar
gembira, sedih dan menangis ayat ancaman
dan siksaan, buka hati utk terima dan
laksanakan ayat perintah
o. Merasa dirinya diajak bicara oleh ayat Allah,
hanya dirinya kewajipan laksanakan ayat
perintah. Berhenti dan renung ayat dimulai dgn

Wahai orang-orang beriman.Wahai manusia,


buka jendela talaqqi (terima pesan Allah swt),
emosi dan respon.

p.
q.

Tinggalkan faktor penghalang pemahaman dan


tadabbur, halang cahaya dan hidayah
Menyimak, tadabbur dan resapi mesej bila
mendengar ayat-ayat al-Quran dibaca

Inilah Kitab, Kami turunkan kepada engkau, penuh


keberkatan supaya mereka perhatikan ayatayatnya dan supaya orang mengerti dapat
fikirkannya (Shaad:29)

Umar Ibn Khattab, ronda malam


terdengar dari rumah orang membaca ayat
surah At-Thur sampai ayat 7-8,

Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap

berlaku, tidak ada siapa pun dapat


menolaknya

Umar berkata kpd dirinya: Ini satu sumpah


benar, Demi Allah ia pun jatuh pengsan.

KESIMPULAN
1. Al-Quran diturunkan sebagai sumber
tarbiah untuk membentuk individu,
keluarga, masyarakat dan generasi
2. Keberkesanan pendekatan kepada Al-Quran
sebagai sumber tarbiah bergantung kepada
kaedah-kaedah berinteraksi dengannya
3. Generasi pertama mendekati Al-Quran
untuk memperolehi arahan daripada Allah
swt untuk mereka laksanakan dalam
kehidupan seperti askar di medan
peperangan menerima arahan daripada
ketuanya

Anda mungkin juga menyukai