Anda di halaman 1dari 2

Ruj Kami

Tarikh

: SMIAA/TAR/1.8/15 ( )/14
: 14 Julai 2014/ 15 Ramadhan 1435H

Kepada:
TUAN HAJI ZAKARIAH B. ISA
Imam Besar,
Masjid Wilayah,
Jalan Duta, 50400 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan.
Assalamualaikum wrt,
Tuan yang dimuliakan,
MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN BILIK SEMINAR MASJID WILAYAH
JALAN DUTA.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Untuk makluman tuan, Sek Men Islam Al-Amin, Gombak akan mengadakan Program Iktikaf
di Masjid Wilayah. Objektif utama program adalah mendedahkan pelajar dengan budaya itikaf
yang sebenar dan memberi kefahaman kepada pelajar bahawa pergaulan dengan masyarakat
sekitar adalah penting.
3.

Butir-butir mengenai program adalah seperti berikut:


Tarikh dan Masa
Peserta
Fasilitator
Guru Pengiring

: 18hb Julai 2014(Jumaat)


: 80 orang
: 10 orang
: 10 orang

3.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan agar dapat memberikan
kebenaran untuk menggunakan kemudahan bilik seminar yang terdapat di sana untuk kegunaan Slot
1 hingga Slot 4 (rujuk lampiran). Tentatif program dilampirkan bersama-sama surat ini.
4.
Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak
tuan. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
(PUAN NORMA MOHAMAD)
Pengetua,
Sek Men Islam Al-Amin,
Gombak.

LAMPIRAN TENTATIF
18hb Julai 2014 (Jumaat)
7.30 pagi

: Pendaftaran di Surau Jumuah Amin SMIAAG.

8.00 pagi

: Taklimat dan persiapan berangkat.

8.45 pagi

: Bertolak ke Masjid Wilayah.

9.30 pagi

: Berkumpul di Masjid Wilayah.

9.40 pagi

: Slot 1 Sejarah dan Kelebihan Itikaf.

10.40 pagi

: Tilawah fardi dan Solat Dhuha.

11.00 pagi

: Slot 2 Malam 1000 Bulan.

12.00 tengah hari

: Tilawah jamaie dan qailullah.

1.00 tengah hari

: Persiapan Zohor.

2.00 petang

: Tilawah berkumpulan.

4.30 petang

: Persiapan Asar.

5.00 petang

: Tilawah jamaie.

6.00 petang

: Slot 3 Puasa di Bawah Lembayung Sunnah.

7.00 petang

: Persiapan iftar.

8.00 malam

: Persiapan Maghrib.

8.45 malam

: Persiapan Isyak dan Tarawih.

10.45 malam

: Slot 4 Selamat Tinggal Desa Iman.

11.45 malam

: Persiapan tidur.

4.00 pagi

: Qiam Jamaie.

5.15 pagi

: Persiapan sahur.

5.45 pagi

: Persiapan Subuh.

6.15 pagi

: Zikir makthurat.

6.45 pagi

: Kendiri.

Anda mungkin juga menyukai