Anda di halaman 1dari 9

KAJIAN KES 1

1.0

SUBJEK

Nama

: Amirul Akmal (bukan nama sebenar)

Jantina

: Lelaki

Asal

: Puchong, Selangor

Umur

: 17 tahun

Bangsa

: Melayu

Agama

: Islam

Bilangan adik- beradik

: Anak sulung dari 5 beradik

Pekerjaan bapa

: Pemandu lori

Tinggal bersama

: Ayah dan ibu

Pencapaian akademik

: lemah

2.0

KES

Nama Kes
Masalah Disiplin
Perihal Kes
Masalah disiplin yang berlaku di sekolah dalam kalangan remaja merupakan
masalah utama dan kerap berlaku di kalangan para pelajar sekolah. Masalah disiplin ini
tergolong dalam pelbagai tingkah laku yang boleh di kategorikan sebagai tingkah laku
delikuen kerana ia tingkah laku yang menyalahi norma masyarakat ataupun peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan.
Kajian Kes
Amirul Akmal (bukan nama sebenar) merupakan anak sulong sebuah keluarga
yang sederhana. Ibu Amirul merupakan suri rumah sepenuh masa manakala ayahnya
merupakan seorang pemandu lori. Amirul hidup dalam serba sederhana. Namun Amirul
diberikan dan dibekalkan keperluan yang cukup untuknya ke sekolah. Amirul pergi ke

sekolah dengan membonceng motorsikal rakan nya yang juga merupakan jiran yang
hampir dengan rumah nya.
Amirul mempunyai masalah di mana Amirul selalu ponteng kelas apabila berada
di sekolah tidak mengira waktu apa pun. Tingkah laku ini memang telah menjadi
kelaziman kepada Amirul sejak dari tingkatan 2 lagi. Amirul memang akan
menghilangkan diri dari kelas bila dia mahukan nya. Selain daripada itu Amirul sendiri
sering bersikap biadap dengan guru-guru di sekolah. Keadaan ini disokong lagi dengan
tindakan daripada bapa Amirul sendiri yang sering merendah-rendahkan malah mengeji
peribadi Amirul. Amirul sendiri berkawan dengan rakan-rakan kaki motor dan kutu rayap
pada waktu malam malah Ibu dan ayah tidak kisah jika Amirul tidak pulang ke rumah.
Alasan Amirul untuk terjebak dengan masalah disiplin ini adalah kerana Amirul
tidak berasa ibu bapa nya berlaku adil dengan nya. Malah sering di pukul oleh bapa tanpa
pembelaan dari ibu. Keadaan ini menyebabkan Malik berasa putus asa dan berdendam
dengan kedua ibu bapa nya dan di menisfitasikan dalam tindak tanduk nya di sekolah dan
di rumah untuk mencari perhatian perhatian yang sewajarnya untuk diri nya sendiri.
3.0

ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih


Teori Rational Emotive Behavior Therapy (REBT)
Rasional Teori Dipilih
Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan kepada tiga aspek
utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Teori ini juga memberi penekanan kepada
pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini
juga bercorak didaktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran
daripada kepercayaan yang tidak rasional itu. Terapi ini yakin tentang kewujudan sistem
kepercayaan yang tidak rasional di dalam diri setiap individu. Kepercayaan yang tidak
rasional itu perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem

kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini, ia merupakan satu sistem
pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat sistem kepercayaan yang
menjadikannya sengsara dan digantikannya dengan satu set kepercayaan yang membawa
kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang
yang signifikan dengannya.
Terapi ini telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang
tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya
individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti:

Rasa malu yang teramat (Awfulizing)

Terlalu menuntut (Demandingness)

Merendah diri yang teramat (Self-devaluation)

Daya toleransi yang rendah

Lemah semangat

Menyalahkan (damnation)

Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Amirul seperti Amirul mudah menyalahkan
sebelum memahami keadaan sekeliling nya.
Corey (1996) telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan kepada
andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional
dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir,
menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain,
berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk
merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhkan membuat sesuatu,
mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan
semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan
pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini

meyakinkan bahawa terapi ini dapat

membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan
kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.
Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori

Seperti di dalam kajian kes ini, Amirul sering menyalahkan orang lain yakni ibu
bapa dan guru-guru nya di sekolah atas apa yang berlaku walaupun pada hakikatnya
Amirul sendiri yang mempunyai masalah disiplin malah memang bersikap biadab.
Amirul melontarkan rasa marah dan tidak puas hati nya kepada ibu bapa nya dengan
membuat guru-guru di sekolah turut membenci nya. Amirul beranggapan tidak wajar diri
nya di layan dengan sedemikian rupa tetapi tindakkan nya menzahirkan untuk dirinya di
layan sebegitu.
Di dalam kes ini, Amirul telah membina sebuah pemikiran yang tidak rasional
bahawa dia sahaja yang betul dan melihat orang lain salah pada mata nya. Dalam REBT,
manusia bermasalah adalah bukan akibat daripada sesuatu perkara atau peristiwa tetapi
adalah disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri terhadap sesuatu
peristiwa yang berlaku. Bagi REBT juga, seseorang akan menghadapi neurosis atau
psikosis bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana idea-idea dan
kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik. Implikasi
daripada pemikiran yang karut dan songsang ini akan menimbulkan gangguan emosi dan
tingkah laku yang bersifat selalu betul.
Corey (1996) menjelaskan prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian
besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil
daripada pemikiran ini menyebabkab seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu
dengan perkataan sepatutnya, seharusnya dan semestinya. Perkataan ini pernah
diulang oleh Amirul apabila dia menyatakan Saya mesti di marah punya, tak kisah lah
buat baik ke tidak. Ini adalah sebahagian ayat yang digunakan oleh Amirul dan ini
menunjukkan Amirul seakan tak kisah dengan apa yang telah dan bakal di buat.
Matlamat Terapi
Matlamat Teori REBT adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa
verbalisasi mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan
tingkah laku yang dialami oleh klien.

REBT berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan isealogi berpandukan
kepada andaian atau asumsi bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah
berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri. Oleh itu tujuan asas REBT ialah
bukan sahaja untuk menghapuskan gejala atau masalah klien tetapi ke arah
mendorongkan klien agar dapat menguji secara kritis nilai-nilai dalam dirinya. Sekiranya
masalah yang dihadapi klien seperti ketakutan atau kegagalan dalam sesuatu perkara
maka sasaran terapis bukan hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga untuk
menangani perasaan kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses
teraputik REBT ialah untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada masalahmasalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis.
Proses teraputik REBT merupakan suntikan penyembuhan pemikiran yang tidak
rasional kepada pemikiran yang lebih rasional. REBT membuat andaian bahawa manusia
merupakan makhluk yang rasional dan gangguan emosi adalah disebabkan oleh
pemikiran yang tidak rasional yang wujud dalam hidup seseorang yang telah dipelajari
daripada ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat amnya. Seseorang individu itu boleh
memperolehi kebahagiaan sekiranya ia mempelajari cara berfikiran rasional dan
membuang pemikiran yang tidak rasional.
Teknik Yang Digunakan

Imageri Rasional-Emotif
Klien akan membuat imaginasi kepada sesuatu oerkara yang sangat buruk yang
boleh berlaku ke atas dirinya seperti membayangkan perasaan kemurungan, ngeri,
ketakutan dan kemarahan. Selepas itu klien akan berusaha untuk merasai
kekecewaan, kesedihan dan kehampaan secara tepat.
Seperti di dalam kes ini, saya cuba membawa Amirul untuk berfikir jika
dia berterusan dengan sikap nya, hitung kerugian yang akan ditanggung apabila
awak nak ambil SPM nanti. Dengan keadaan macam ni awak nak jadi apa?
Adakah awak teringin di buang keluarga? Di buang masyarakat? Apabila besar
nanti awak tidak teringinkah memakai kereta besar bersama dengan kawan-kawan

awak yang lain? Ke mana awak boleh pergi tanpa kelulusan yang bagus dan
dengan sikap awak yang sebegini? Adakah awak tak mahu mengubah kehidupan
keluarga awak sekarang?

4.0

TINDAKAN KAUNSELOR
Saya telah meneroka Amirul sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar

Amirul yang menyebabkannya dia melakukan masalah disiplin. Masalah Amirul ini
berpunca daripada persekitaran dan suasana dengan keluarga di rumah dan sikapnya
sendiri. Selain itu akibat daripada pengukuhan yang telah diterima daripada keluarga
menyebabkan Amirul rasa tidak bersalah untuk melakukan kesalahan malah pada Amirul
tiadak ada sesiapa kisah pun tentang diri nya. Amirul juga sering berputus asa tanpa
mencuba sesuatu dan ini Amirul dianggap tidak mahu berusaha. Sikap ini seharusnya
dibuang dalam diri Amirul.
Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam
menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup,
dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar,
memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang
mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk
harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan
menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien.
komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang
bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih
banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan
adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti
tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak
nampak selesa dan apabila luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang

dilakukannya. Melalui pemerhatian ini saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu
telus dari Amirul sendiri.

5.0

IMPLIKASI
Selepas beberapa sesi, Amirul telah menunjukkan perubahan dan bermotivasi

untuk berubah malah Amirul juga berusaha untuk mengurangkan markah dimerit yang di
peroleh dari unit disiplin sekolah yang boleh mengakibatkan Amirul di buang sekolah. Ini
terpulang kepada Amirul kerana Amirul seharusnya memikirkan masa depannya dan
jangan sentiasa berharap sesuatu yang baik jika tidak disusuli dengan usaha.
Walaubagaimana pun pada sesi terakhir, saya lihat proses pembaikan itu telah rosak
kerana Amirul telah di hukum gantung sekolah dan hal ini telah mengnyah-motivasikan
diri Amirul yang sedang berubah. Hukuman yang di terima dari pihak sekolah dan di
rumah yang di berikan oleh keluarga nya menyebabkan perubahan Amirul terbantut. saya
berjaya membawa kesedaran kepada Amirul walaubagaimana pun kerana pengukuhan
keluarga yang kuat mempengaruhi cara Amirul. Ini menyukarkan Amirul untuk berubah.

6.0

REFLEKSI

Kekuatan
Terapi REBT lebih berkesan dan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang
tidak lama. Dengan menggunakan teori REBT, saya akan mencabar dan mematahkan
sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri klien. saya juga tidak perlu
berjumpa dan berbincang dengan klien dalam jangka waktu yang lama atau menunggu
klien sehingga celik akal mengenai masalahnya. Saya hanya perlu mengetahui apa cara
untuk membantu klien dan tidak perlu untuk membuang masa yang lama sehingga klien
menderita dan merana. Sewajarnya klien yang datang dapat menikmati hidup yang
bahagia lebih awal. Dengan menggunakan teori REBT saya merasakan ianya lebih
mudah, cepat dan lebih praktikal dalam membantu klien.

Hubungan emosi dan pemikiran yang berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan.
Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan
pengaruh budaya dan pembelajaran. Manusia juga sangat suka mengamalkan pemikiran
yang tidak rasional dengan menyebut-nyebut dan bertindak secara tidak rasional. Adalah
menjadi tanggunggjawab saya mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui
menyusun semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik tertentu
agar klien tidak mempunyai fikiran tidak rasional.
Kelemahan
Pendekatan ini sangat didaktik iaitu bertujuan untuk mengajar dan memberi
contoh teladan yang baik. Pengamalan teori ini juga sukar untuk dipraktikkan kepada
individu yang sukar meninggalkan kelakuan atau tabiat mereka kerana sudah biasa
dengan hidupnya. Penggunaan teori ini juga lebih sesuai digunakan kepada orang yang
betul-betul mahir. Ianya kurang sesuai untuk diterapkan kepada klien yang terlalu tidak
fleksibel dan juga kurang berkesan kepada orang yang mindanya rendah atau tidak
geliga.
REBT lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada perasaan
dan emosi. Memandangkan teori ini banyak menggunakan konfrantasi dan arahan, klien
akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan daripada kaunselor sahaja.
Sekiranya seorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha untuk
menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran, ia
berkemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan mengganggu proses penerokaan.
Bukan mudah untuk menentukan seseorang klien itu benar-benar belajar menyesuaikan
diri dan tingkah laku serta perasaan melalui kata dan bisikan dalaman dirinya sendiri
melalui teori ini. Kadang kala sukar bagi klien untuk menentukan apakah dia mengalami
keraguan, ketakutan dan cemas. Keadaan ini boleh menyebabkan klien susah untuk
menjadi rasional.

7.0

CADANGAN
Saya mencadangkan supaya supaya pihak institusi lebih bertolaransi dengan

individu yang sedang berada dalam proses perubahan supaya proses intervansi yang di
beri tidak menjadi sia-sia.

8.0

PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan lebih berkesan jika
ada kerjasama dari pihak sekolah, keluarga dan kaunselor sendiri malah sama-sama
bekerjasama untuk membaiki keadaan. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan
baik sekali pun tidak akan berjaya membantu seandainya keadaan sekeliling dalam proses
intervansi itu memburukkan keadaan.

Tandatangan,
.............................................................
(MUHAMAD RIZZAL BIN BADARUDDIN)
KJC1160304

Anda mungkin juga menyukai