Anda di halaman 1dari 23

The erikson approach

MODEL KURIKULUM PRASEKOLAH


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU
PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN
PENGALAMAN YANG BERMAKNA
PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

KECEKAPAN BERBAHASA DAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN BERFIKIR

BERAKHLAK MULIA DAN BERETIKA

BERKEYAKINAN DAN BERDISIPLIN

SIHAT DAN CERGAS

KREATIF, IMAGINATIF DAN EKSPRESIF

BERSEDIA

KE SEKOLAH

MODEL KURIKULUM

THE ERIKSONIAN APPROACH


Psikososial stage; oral, anal, lokomotor
Melalui penggunaan sensori-deria
Belajar melalui aktiviti bermain

Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran
berbahasa semasa berinteraksi
secara verbal dan non verbal
dalam bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil

Sains & Teknologi


Penguasaan pengetahuan sains,
kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan
kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai


Penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai

Insan
seimbang
Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang
kemasyarakatan dan alam sekitar
setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme
dan perpaduan

Fizikal & Estetika


Perkembangan jasmani dan kesihatan
untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti,
bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti
kurikulum dan kokurikulum

PERSPEKTIF ISLAM
TEORI KECERDASAN
PELBAGAI

TEORI INTERAKSI

TEORI TINGKAH LAKU

IDEA & PEMIKIRAN


PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK

TEORI SOSIOBUDAYA

TEORI KEMATANGAN

TEORI KECERDASAN
EMOSI
TEORI HUMANISTIK

Teori Perkembangan Emosi Erikson


Teori Erikson terbina berdasarkan 5 prinsip utama : Manusia mempunyai persamaan terhadap keperluan asas
Perkembangan manusia adalah dipengaruhi oleh tindak balas
terhadap keperluan-keperluan asas
Perkembangan manusia mempunyai tahap-tahap tertentu
Setiap tahap mempunyai konflik tersendiri dan konflik ini
perlu ditangani sebelum individu tersebut beralih ke tahap
berikut dengan jayanya
Kegagalan menangani konflik pada sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap seterusnya

Menurut Erikson, kanak-kanak akan melalui 8


tahap perkembangan sepanjang kehidupan
mereka. Bagi mencapai tahap kesempurnaan
psikososial yang positif, setiap tahap perlu
ditangani oleh individu tersebut dengan
jayanya. Seandainya krisis yang berlaku pada
tahap tertentu tidak dapat ditangani,
individu tersebut akan berhadapan dengan
kegagalan sepanjang hayatnya.

Tahap Pertama Percaya Lawan Tidak Percaya


(0 18 Bulan)

Pada tahap ini perasaan percaya lawan tidak percaya


mula terbentuk dalam diri bayi. Perasaan percaya
terhadap orang lain dan persekitaran akan terbentuk
jika bayi tersebut memperoleh penjagaan yang berkualiti
daripada pengasuhnya, terutama ibunya sendiri. Andai
penjagaan yang tidak sempurna kepada bayi, maka
akan terbina perasaan tidak percaya kepada orang lain.
Sikap kepercayaan yang terbentuk akan memudahkan
individu menangani masalah yang dihadapinya. Maka,
kaedah penjagaan bayi yang berkualiti dalam keluarga
mempunyai pengaruh yang besar terhadap emosi dan
perasaan percaya dalam diri bayi.

Tahap Kedua Autonomi Lawan Rasa


Sangsi/Malu (18 Bulan-3 Tahun)
Kanak-kanak mula bergerak dan bertindak secara
sendiri. Segala aktiviti asas kehidupannya seperti
mandi, makan, berpakaian dan ke tandas telah mula
dapat dilakukan oleh mereka sendiri. Tahap ini, kanakkanak mula ingin melakukan sesuatu aktiviti secara
bebas tanpa gangguan orang lain.
Keadaan ini merupakan detik permulaan bagi kanakkanak membentuk rasa keyakinan diri. Keluarga perlu
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar bagi membantu
kanak-kanak menyelesaikan konflik yang mereka hadapi.

Tahap 3 Inisiatif Lawan Rasa Bersalah


(3 6 Tahun)
Kanak-kanak lebih terdedah kepada cabaran kerana mereka
mula berinteraksi dengan persekitaran yang lebih terbuka.
Mereka bertindak dan meneroka bagi memenuhi keperluan
intrinsik mereka yang sentiasa inginkan kelainan, baru dan
mencabar. Mereka sering melakukan aktiviti di luar batas
kemampuan seperti cuba membantu ibu membasuh pakaian
dan memasak.
Pada tahap ini, perkembangan kognitif kanak-kanak telah
mula meningkat. Kritikan negatif, hukuman dan dendaan
menyebabkan timbul rasa bersalah dalam diri kanak-kanak
dan tidak bermotivasi untuk meluaskan potensi dan bakat
mereka. Ini akan mencetuskan masalah seperti suka
bersendirian, tidak bersemangat dan takut untuk mencuba.

Tahap 4 Industri Lawan Rendah Diri


(6 -12 Tahun)
Kanak-kanak berada di alam persekolahan. Guru dan rakan
sebaya mempunyai peranan dan pengaruh besar terhadap
perkembangan mereka kerana sebahagian besar masa akan
dihabiskan di sekolah. Pemikiran kanak-kanak pada tahap ini
mula mencapai peringkat operasi konkrit , mampu membuat
transformasi dan membentuk pertalian antara dua situasi
melalui pemikiran logik.
Kanak-kanak pada tahap ini berminat kepada aktiviti jika
bersesuaian dengan potensi dan kecenderungan mereka.
Guru/ibu bapa berperanan membentuk dan membimbing
kanak-kanak secara positif. Jika kritikan, kemarahan dan
hukuman diberi tanpa penghargaan terhadap hasil kerja yang
ditunjukkan, akan mengakibatkan timbul rasa rendah diri dan
kurang yakin kepada kemampuan yang mereka miliki.

Tahap 5 Indentiti Lawan Kekeliruan Peranan


(12 - 20 tahun)

Tahap ini melibatkan remaja yang akan berusaha untuk


mencari identiti dan persepsi diri mereka sendiri bagi
memenuhi keperluan naluri mereka. Erikson berpandangan
bahawa remaja akan sentiasa berusaha mencari dan
mengenali diri mereka sendiri termasuk mencari
kemungkinan teman hidup, peranan dalam keluarga dan
masyarakat.
Konflik mencari dan mengenal diri sendiri akan menjadi
kompleks bila remaja akan berhadapan dengan pelbagai
pilihan yang akan menjadikan mereka lebih sukar untuk
memilih. Kegagalan membuat pilihan, akan menganggu
persepsi mereka terhadap peranan dan sumbangan yang
boleh dimainkan dalam masyarakat.

Tahap 6 Tahap Intimasi/Kemesraan


Lawan Pengasingan Diri
(20 - 40 tahun)

Tahap ini individu mula membentuk hubungan yang


akrab terutama dengan rakan berlainan jantina,
mula memikir teman hidup, percintaan dan
perkahwinan.
Jika mereka gagal dalam membina hubungan yang
akrab, gagal dalam percintaan atau perkahwinan,
akan mula mengasingkan diri dan hidup dalam
kesunyian.

Tahap 7 - Generativiti Lawan Pemusatan


Kendiri (40 - 60 tahun)
Tahap ini, individu mula memikirkan isu-isu yang
berhubung dengan kekeluargaan, mula memberi
perhatian dan komitmen terhadap individu lain dan
mula memberi sumbangan kepada masyarakat dan masa
hadapan.
Individu yang berjaya mengatasi konflik pada tahap
keakraban lawan pengasingan diri akan berusaha
mencapai tahap generativiti, mempunyai pandangan
positif dan berazam untuk berjaya secara optimum.
Kehidupan akan menjadi lebih bermakna jika berjaya
membentuk anak-anak menjadi orang berguna yang
dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan
masyarakat.

Tahap 8 - Kesepaduan Lawan Rasa Putus Asa


(60 tahun ke atas)
Tahap ini adalah pengakhiran tahap dewasa. Individu pada
tahap ini, mula membuat refleksi apa yang telah berlaku
dalam kehidupan yang dilaluinya selama ini. Jika individu
tersebut berjaya menangani konflik, pada tahap-tahap
sebelumya, individu itu akan membentuk rasa kesepaduan
dan kepuasan dalam dirinya.
Jika sebaliknya, kehidupannya dipenuhi dengan kekecewaan
dan kegagalan pahit. Ini akan mewujudkan situasi rasa putus
harapan dan penyesalan dalam diri individu tersebut.

Menekankan kepentingan hubungan sosial


dengan individu-individu di persekitaran
kanak-kanak
personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk
hasil daripada perkembangan psikososial ini
Erikson memperkenalkan lapan peringkat
perkembangan psikososial

Teori Perkembangan Sosial


Erik Erikson
Teori Perkembangan Psikososial Erikson
Menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai
satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan
peringkat dan setiap peringkat mengandungi
kecenderungan atau keinginan yang berkonflik
Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan
tertentu dalam menghadapi setiap peringkat
perkembangan ini

PERINGKAT PERKEMBANGAN
SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUT
TEORI PERKEMBANGAN
PSIKOSOSIAL ERIKSON

Autonomi lawan keraguan


(1 hingga 3 tahun)
Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti
fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa
contohnya ingin cuba makan dan minum dengan
sendiri, membuang air, memakai kasut dan
sebagainya.
Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk
meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa
mempunyai keyakinan diri atau autonomi
manakala yang tidak diberi peluang akan
merasa ragu-ragu kepada dirinya.

Inisiatif lawan rasa berasa bersalah


(4 hingga 6 tahun)
Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka
persekitaran dan kemahiran baru. Mereka
suka bertanya dan mahu penjelasan untuk
situasi yang berlaku.
Sokongan yang diberi akan menggalakkan
inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak
yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah
kepada dirinya.

Berdaya Tindak lwn Rasa Bersalah


( 2 atau 3 tahun-6 tahun)

-Pembentukan kesedaran kendiri melalui


identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran
tentang tanggungjawab atas tindakan
sendiri.
-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan
-Identifikasi

- Kecekapan yang diperlukan ialah


pembentukan kesedaran tentang daya
usaha dan daya tinda.
- Namun demikian,masih wujud keinginan
untuk mengekalkan keselesaan dan
keselamatan yang diperoleh dengan
menerima kawalan dan tanggungjawab
daripada orang dewasa.

Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)


-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui
interaksi dengan rakan sebaya.
Sekolah dan guru
-Pendidikan dan pembelajaran
-Galakan
Perkembangan yang dinyatakan di sini hanya
merangkumi kanak-kanak pertengahan &
kanak-kanak akhir.

Anda mungkin juga menyukai