Anda di halaman 1dari 12

The errikson approach

pengenalan
Perkembangan sosial bermula sejak dari lahir
dan sentiasa berkembang mengikut peringkat
umur.
Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang
secara sihat dan positif, mereka dapat belajar
mengawal emosi, pemikiran dan tindakan
supaya dapat menyesuaikan diri dalam
kehidupan bermasyarakat.
Teori erikson menekankan aspek sosial dalam
perkembangan kanak-kanak.
[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]

Teori sosial erikson


menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu-individu di persekitaran
kanak-kanak.
Menurut Erikson, personaliti seseorang kanakkanak dibentuk hasil daripada perkembangan
psikososial ini.
Erikson memperkenalkan lapan peringkat
perkembangan psikososial. Setiap peringkat
saling berkait rapat antara satu sama lain.

Erikson mencadangkan individu perlu


berhadapan dengan krisis perkembangan di
dalam setiap peringkat yang mana pada setiap
peringkat mempunyai matlamat untuk
dicapai.
Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat
atau menyelesaikan krisis perkembangan akan
membawa akibat kepada imej kendiri
seseorang individu.

8 Tahap Perkembangan
Tahap 1
Percaya vs tidak
percaya

Tahap 6

Tahap 7

Intimasi/
kemesraan vs
pengasingan diri

Generativiti vs
pemusatan kendiri
( 35-65 tahun )

( 0-1 Tahun )

( 18-35 tahun )

Tahap 2

Tahap 5

Tahap 8

Autonomi vs
sangsi/ malu

Identiti vs
kekeliruan peranan

Kesepaduan vs rasa
putus asa

( 1-3 tahun )

( 12-18 tahun )

( 65 tahun ke atas )

Tahap 3

Tahap 4

Inisiatif vs rasa
bersalah

Industri vs rendah
diri

(4-5 tahun )

( 6-11 tahun )

Perkembangan sosial kanak-kanak


Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanakkanak yang berusia 2 - 6 tahun ialah:
Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)
Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga
6 tahun)

Autonomi lawan keraguan


(1 hingga 3 tahun)
Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal
tanpa memerlukan bantuan orang dewasa.
contoh : ingin cuba lakukan segala perkara
dengan sendiri. Makan dan minum, pakai kasut,
buang air dll.
Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk
meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa
mempunyai keyakinan diri atau autonomi
manakala yang tidak diberi peluang akan merasa
ragu-ragu kepada dirinya.

Inisiatif lawan rasa berasa bersalah


(4 hingga 6 tahun)
Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka
persekitaran dan kemahiran baru.
Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan
untuk situasi yang berlaku.
Sokongan yang diberi akan menggalakkan
inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak
yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah
kepada dirinya.

Belajar melalui bermain


Pendekatan yang digunakan berasaskan teori
erikson.
Brock et. al (2009) - bermain telah diakui penting
untuk pembelajaran dan perkembangan kanakkanak.
bermain dapat menyediakan peluang kepada
kanak-kanak melalui proses penyusunan semula,
penemuan baru, proses pengayaan, pembinaan
pengalaman dan pengetahuan serta penemuan
konsep-konsep baru.

belajar melalui bermain penting untuk


diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada peringkat prasekolah.
Ramai pakar telah membina kurikulum
prasekolah yang menggunakan pendekatan
bermain untuk meningkatkan perkembangan
kognitif perkembangan sosial dan
pembelajaran kanak-kanak (Brand, 2006).

Implikasi teori erikson dalam PdP


Guru harus menguasai kemahiran psikosial untuk
memahami kanak-kanak yang bermasalah.
Personaliti guru harus menjadi contoh yang baik
kepada kanak-kanak.
peneguhan positif dan negatif kepada kanakkanak. ( pujian,hadiah, sentuhan,senyuman )
Kaedah mengajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran perlu dipelbagaikan dilaksanakan
untuk menarik minat kanak-kanak.

kesimpulan
Pendekatan perkembangan sosial sejak dari
kanak-kanak yang ditekankan oleh erikson
merupakan asas kepada peribadi individu
yang menyeluruh.
Ini bertepatan dengan falsafah pendidikan
kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

Anda mungkin juga menyukai