Anda di halaman 1dari 23

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS

BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI


(MASALAH PENDENGARAN)

TAHUN SATU

2010

DRAF
Kementerian Pelajaran Malaysia

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH


PENDIDIKAN KHAS

[ Masalah Pendengaran ]

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pelajaran Malaysia
2010

Cetakan Pertama 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Kandungan

iii

Rukun Negara

iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK)

vi

Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK

viii

Kurikulum Modular Berasaskan Standard

ix

Pendahuluan KSSRPK Bahasa Malaysia

Standard Kandungan Dan Standard Pembelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi


Tahun Satu
1.

Kemahiran Pra Psikomotor

2.

Kemahiran Isyarat Visual

iii

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang
erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya
yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iv

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN


Pendahuluan
Struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Masalah Pendengaran dibina selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara
menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan sama untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.
KSSRPK Masalah Pendengaran bersifat holistik, dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang
dapat menangani cabaran semasa dan masa depan selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu, KSSRPK Masalah Pendengaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan
Akta Pendidikan 1996, Bab 8 Pendidikan Khas, Seksyen 41, Subseksyen (1) (B) Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan: Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh
mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran
dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.
KSSRPK Masalah Pendengaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum supaya semua murid
menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Matlamat
Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak
mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi
tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

vi

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang


Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Elemen-elemen dalam setiap tunjang
dijelmakan melalui disiplin ilmu tertentu iaitu:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Sains dan Teknologi
5. Perkembangan Fizikal dan Estetika
6. Keterampilan Diri

vii

Reka Bentuk Kurikulum


Komunikasi
Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan
sains, kemahiran dan sikap
saintifik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan
dan kemahiran berasaskan
teknologi

Penggabungjalinan
kemahiran berbahasa
semasa berinteraksi dalam
bahasa Malaysia, bahasa
Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil

Insan
seimbang

Perkembangan Fizikal &


Estetika
Perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk
kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi

Keterampilan Diri

Kerohanian, Sikap &


Nilai
Penghayatan amalan
agama, kepercayaan,
sikap dan nilai

Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan
amalan tentang
kemasyarakatan dan alam
sekitar setempat, negara
dan global
Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan

Pemupukan kepimpinan
dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan
kokurikulum

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSSRPK


viii

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD


Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai.

Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi
setiap standard kandungan.
Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk
bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Kandungan kurikulum disampaikan dalam
bentuk bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri daripada Modul Teras
Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif.

ix

KSSRPK BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI


PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi digubal dengan
memberi penekanan kepada satandard kandungan dan standard
pembelajaran. Semua kemahiran yang digarap, patut diketahui
dan boleh dilakukan oleh murid bermasalah pendengaran.
Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan
pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam Tunjang
pembelajaran komunikasi. Mata pelajaran Bahasa Isyarat
Komunikasi digubal dengan memberi penekanan kepada
penguasaan berkomunikasi murid bermasalah pendengaran yang
merangkumi aspek-aspek kemahiran praisyarat, kemahiran visual
dan kemahiran bahasa isyarat kreatif.
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran (KSSRPKMP) bagi mata pelajaran Bahasa Isyarat
Komunikasi (BIK) bertujuan melengkapkan murid bermasalah
pendengaran menguasai kemahiran bahasa, bagi keperluan diri
untuk berkomunikasi, mempelajari dan memperoleh ilmu serta
maklumat baru. Kurikulum Standard Bahasa Isyarat ini akan
dijadikan wahana utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sebagai mod komunikasi bagi semua mata
pelajaran.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi menyediakan
peluang kepada murid bermasalah pendengaran di peringkat
sekolah rendah untuk mencapai objektif dalam aspek kemahiran
berkomunikasi seperti berikut :

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.

melihat dan mengecam apa yang dilihat;


membezakan apa yang dilihat dan dirancang;
meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru
atau rakan;
membentuk isyarat dan kod dengan tepat;
melakukan apa yang diisyarat;
memperluaskan perbendaharaan kata secara
umum;
membentuk frasa asas Bahasa Malaysia dengan
isyarat atau kod;
memperkembangkan kemahiran membentuk frasa
dan klausa;
kemahiran dalam membentuk pola ayat bagi
meningkatkan pemerolehan Bahasa Malaysia;
berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat-ayat
mudah dan betul;
menguasai kemahiran membina ayat kompleks
dengan tepat;
bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara
isyarat atau lisan;
bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks
secara lisan atau bahasa isyarat, dan
bercerita bebas secara isyarat atau lisan.

FOKUS
Kurikulum Standard Bahasa Isyarat Komunikasi berfokus
kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran
dari aspek pemerolehan dan penguasaan Bahasa Malaysia
yang tepat dan berstruktur melalui penggunaan bahasa
isyarat dan mod komunikasi seluruh yang standard.

ORGANISASI KANDUNGAN
Kemahiran Praisyarat
Kemahiran ini memberi penekanan dari aspek melihat dan
mengecam apa yang dilihat, membezakan apa yang dilihat dan
dirangsang, meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru
dan rakan, dan Membentuk isyarat / kod dengan tepat.
Kemahiran Visual
Kemahiran ini memberi penekanan kepada aktiviti menyatakan dan
melakukan apa yang diisyaratkan, memperluaskan perbendaharaan
kata secara umum, membentuk frasa asas Bahasa Malaysia
daripada isyarat dan kod, memperkembangkan kemahiran
membentuk frasa dan klausa, kemahiran membentuk pola ayat bagi
meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Malaysia, dan
menguasai kemahiran membina ayat-ayat mudah dan kompleks.

PENILAIAN
Penilaian adalah penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk melihat penguasaan murid terhadap
pengajaran guru. Proses penilaian kurikulum termasuk
penilaian secara formatif dan sumatif dan kaedah penilaian
secara lisan dan penulisan.

Kemahiran Bahasa Isyarat Kreatif


Kemahiran ini memberi penekanan terhadap kemahiran berbahasa
isyarat sebagai mod utama di dalam proses penyampaian,
penerimaan dan mengakses pemerolehan bahasa yang efektif
dalam kalangan murid bermasalah pendengaran.
Kandungannya merangkumi :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

berkomunikasi
dengan
menggunakan
pola
ayat
yang mudah dan betul;
mengisyarat/ mengekod secara kreatif;
bercerita dengan menggunakan ayat-ayat mudah secara
isyarat atau lisan;
bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara
isyarat atau lisan dan
bercerita melalui pengalaman, buku, gambar dan situasi.

Dokumen Standard Bahasa Isyarat Komunikasi


Tahun Satu

BIDANG 1 - KEMAHIRAN PRA PSIKOMOTOR


STANDARD KANDUNGAN

MOTOR KASAR
1.1 Koordinasi Mata
- Meniru pergerakan guru
- Meniru pergerakan rakan

STANDARD PEMBELAJARAN
.
1.1.1
1.1.2
1.1.3
1.1.4
1.1.5

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membezakan apa yang dilihat atau diransang
Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.

1.2
-

Aktiviti kelembutan.
membentuk menggunakan doh
membentuk menggunakan plastisin
memerah span (kering/basah)

1.2.1
1.2.2
1.2.3
1.2.4
1.2.5

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membezakan apa yang dilihat atau diransang
Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.

1.3
-

Aktiviti bebas
bermain dengan pasir
bermain dengan air/ sabun
melakar di udara

1.3.1
1.3.2
1.3.3
1.3.4
1.3.5

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membezakan apa yang dilihat atau diransang
Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu

STANDARD KANDUNGAN
MOTOR HALUS

STANDARD PEMBELAJARAN

1.4 Koordinasi Mata Tangan.

1.4.1
1.4.2
1.4.3
1.4.4
1.4.5

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membezakan apa yang dilihat atau diransang
Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.

1.5 Aktiviti kelembutan.


- Membentuk doh/ plastesin mengikut
corak dan bentuk
- Masukkan air ke dalam botol dengan
menggunakan span

1.5.1
1.5.2
1.5.3
1.5.4
1.5.5

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membezakan apa yang dilihat atau diransang
Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.

1.6 Aktiviti bebas

1.6.1
1.6.2
1.6.3
1.6.4
1.6.5

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membezakan apa yang dilihat atau diransang
Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.

BIDANG 2 - KEMAHIRAN ISYARAT VISUAL


STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN MENGENAL HURUF DAN


ANGKA
2.1
-

Huruf
Vokal
Konsonan
Turutan abjad a z

2.1.1
2.1.2
2.1.3
2.1.4

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membentuk isyarat dan kod yang tepat.
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod.

2.2
-

Angka
Mengenal angka 1 hingga 50

2.2.1
2.2.2
2.2.3
2.2.4

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membentuk isyarat dan kod yang tepat.
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod.

2.3
-

Kata Tanya
Apa , Bagaimana, Berapa, Bila,
Mana, Mengapa, Siapa

2.3.1
2.3.2
2.3.3
2.3.4

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Meniru pergerakan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan.
Membentuk isyarat dan kod yang tepat.
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat

2.4.1
2.4.2
2.4.3
2.4.4
2.4.5

Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan


Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

2.4 Ucapan bertatasusila


Selamat petang/ malam
Selamat datang

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.5 Keluarga (asas, kembangan)


- bapa/ ayah, emak / ibu, abang,
adik,kakak
- datuk, nenek

2.5.1
2.5.2
2.5.3
2.5.4
2.5.5
2.5.6

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod
Mengisyarat/ mengkod secara kreatif
Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

2.6 Ganti nama


- Saya Awak, Dia, Kami Kita Mereka
Sendiri

2.6.1
2.6.2
2.6.3
2.6.4
2.6.5

Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod

2.7 Pekerjaan
- Kerani, Jururawat, Polis, Askar,
Doktor, Peniaga
- Nelayan, Petani, Penoreh

2.7.1
2.7.2
2.7.3
2.7.4
2.7.5

Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan

2.8 Persekitaran sekolah


- Bakul sampah, Bilik darjah, Bilik
guru, Kantin,Kertas
- Kipas, Lampu, Murid, Padang,
Sekolah, Tingkap
- Ponteng

2.8.1
2.8.2
2.8.3
2.8.4
2.8.5

Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan


Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan

STANDARD KANDUNGAN
2.9 Persekitaran rumah
Katil, Bantal, Almari, Televisyen,
Cawan, Gelas, Pinggan, Sudu, Garfu
-

Langsir, Selimut, Video (VCD), Radio,


Mangkuk, Senduk, Piring

2.10 Persekitaran Lain


Bandar, Kampung, Kedai, Kuil, Pasar,
Pejabat, Rumah, Surau
-

Balai bomba, Balai polis, Gerai, Klinik,


Masjid, Pawagam, Pejabat pos,
Rumah pangsa

STANDARD PEMBELAJARAN

2.9.1
2.9.2
2.9.3
2.9.4
2.9.5
2.9.6

Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan

2.10.1 Melihat dan mengecam apa yang dilihat


2.10.2 Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
2.10.3 Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
2.10.4 Membentuk isyarat dan kod yang tepat
2.10.5 Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
2.10.6 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.

2.11 Kata kerja


2.11.1 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Baca, Berlari, Curi, Guna, Kejar, Lupa, 2.11.2 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Padam, Salam, Tipu
2.11.3 Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
2.11.4 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
2.11.5 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

2.12 Makanan dan miniman


Biskut, Kopi, Mee, Kuih, Nasi, Roti,
Susu, Teh
Aiskrim, Burger, Kek, Keropok, Nasi
lemak, Roti canai, Sambal, Sate,
Sirap, Telur

2.12.1 Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
2.12.2 Membentuk isyarat dan kod yang tepat
2.12.3 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
2.12.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.12.5 Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
2.12.6 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.
2.12.7 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.13 Warna
Kuning, Biru, Merah, Hitam, Putih
Warna
Hijau, Perang, Kelabu, Jingga, Ungu

2.13.1
2.13.2
2.13.3
2.13.4
2.13.5
2.13.6

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.
Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

2.14 Ukuran
Banyak, Besar, Kecil, Panjang,
Pendek, Sedikit
Digit, Duit, Nombor, Puluh, Ringgit,
Sen

2.14.1
2.14.2
2.14.3
2.14.4
2.14.5
2.14.6

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa

2.15 Bahagian tubuh


Dada, Kaki, Kepala, Leher, Muka,
Punggung, Tangan
Bibir, Dahi, Gigi, Hidung, Kening,
Mata, Mulut, Rambut, Telinga

2.15.1
2.15.2
2.15.3
2.15.4
2.15.5
2.15.6
2.15.7

Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Mengisyarat/ mengkod secara kreatif
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan
Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau
kompleks

2.16 Pakaian
Baju, Baju T, Baju kurung, Kasut
Pakaian, Seluar, Singlet, Stoking,
Tali pinggang
Kain, Sarung kaki, Baju Melayu,
Kemeja, Sikat, Sapu tangan, Seluar
dalam, Tudung

2.16.1
2.16.2
2.16.3
2.16.4
2.16.5
2.16.6
2.16.7

Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang


Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Mengisyarat/ mengkod secara kreatif
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan
Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau
kompleks

STANDARD KANDUNGAN
2.17 Kata Adjektif
Baik, Betul, Garang, Kecil, Lambat,
Maju, Masin, Pandai, Sejuk, Tegap

STANDARD PEMBELAJARAN

2.17.1
2.17.2
2.17.3
2.17.4
2.17.5
2.17.6

Membezakan apa yang dilihat atau diransang


Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.
Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.
Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.

2.18 Bentuk
Segi empat, bulat, segi tiga, bujur

2.18.1
2.18.2
2.18.3
2.18.4
2.18.5

Melihat dan mengecam apa yang dilihat


Membezakan apa yang dilihat atau dirangsang
Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Mengisyarat/ mengkod secara kreatif

2.19 Kaum, Negeri dan Agama


Cina, Iban,India, Kadazan, Melayu,
Orang Asli, Serani,
Johor , Sabah, Kedah, Sarawak,
Kelantan, Perlis, Labuan , Perak,
Malaysia, Pahang, Melaka, Selangor,
Negeri Sembilan, Pulau Pinang,
Terengganu, Wilayah Persekutuan

2.19.1
2.19.2
2.19.3
2.19.4
2.19.5

Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat


Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.

2.20 Perayaan
Hari Raya , Tahun Baru Cina,
Deepavali., - Krismas dan lain-lain
mengikut kaum/kepercayaan
Hari Gawai, Hari Vesak

2.20.1
2.20.2
2.20.3
2.20.4
2.20.5

Berani, Bodoh, Gelap, Kemas,


Lemah, Malas Nipis, Penuh, Senang,
Tinggi

Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.


Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.
Mengisyarat/ mengkod secara kreatif
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan
Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau
kompleks
2.20.6 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.
9

STANDARD KANDUNGAN

2.21 Haiwan
- Ayam, Kucing, Lembu,Kambing, Ikan,
Udang, Sotong.
-

Tikus, Nyamuk, Anjing, Babi,Ketam,


Lalat, Monyet ,Gajah,Kerang ,Ular

STANDARD PEMBELAJARAN

2.21.1
2.21.2
2.21.3
2.21.4
2.21.5

Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat


Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.

2.22 Buah-buahan / sayur-sayuran


Betik ,Buah-buahan, Ciku,
Epal,Jambu, Limau,Oren,
Pisang,Tembikai,
Sawi, lobak, cili,
Anggur, Durian, Kelapa, Mangga
Manggis, Rambutan.

2.22.1
2.22.2
2.22.3
2.22.4
2.22.5

2.23 Tumbuh-tumbuhan
Daun, Pokok, Bunga, Akar, Batang,
Buah, Rumput, Kuntum ,Ranting,
Dahan,

2.23.1 Membentuk frasa asas bahasa melayu dari isyarat atau kod
2.23.2 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
2.23.3 Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.
2.23.4 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.
2.23.5 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.
2.23.6 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif

2.24 Kenderaan
Bas, Basikal, Kapal, Kereta,
Motosikal, Sampan,

2.25.1
2.25.2
2.25.3
2.25.4
2.25.5

Beca, Kereta Api, Komuter, Lori,


Perahu, Van

Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.


Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.
Mengisyarat/ mengkod secara kreatif
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan
Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau
kompleks
2.22.6 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.


Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.
Mengisyarat/ mengkod secara kreatif
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan
Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau
kompleks
2.25.6 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.
10

STANDARD KANDUNGAN
2.25 Perasaan
Suka, Sedih, Gembira, Marah,
Sayang, Malu, Perasaan,
-

Benci, Bangga, Duka, Kasih,


Sabar, Rindu, Kasihan

STANDARD PEMBELAJARAN

2.25.1
2.25.2
2.25.3
2.25.4
2.25.5
2.25.6

Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan


Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa

2.26 Sukan dan Permainan


2.26.1 Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan
Bola jarring, Bola sepak, Congkak,
Dam,Kalah,
Menang,
Seri, 2.26.2 Membentuk isyarat dan kod yang tepat
2.26.3 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Sukaneka, main
2.26.4 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.26.5 Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Sukan, Hoki, Piala ,Olahraga ,
2.26.6 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
Futsal, Renang, Juara, Naib johan,
Badminton Bola tampar

2.27 Kesihatan dan perubatan


2.27.1 Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Caca, Batuk, Darah, Demam, Doktor, 2.27.2 Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Gatal, Klinik, Luka,Sakit, Sihat, Ubat 2.27.3 Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
2.27.4 Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Bengkak ,Muntah, Cedera,
2.27.5 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
Selsema, Hospital, Ruam,
Jururawat, Pening, Kudis Pengsan

2.28 Arah
- Atas, Bawah, Belakang, Hadapan, Ini
Itu, Tepi,Dalam, Kanan, Kiri ,Luar,
Sana, Sini, Situ

2.28.1
2.28.2
2.28.3
2.28,4

Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum


Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.
2.28.5 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.
2.28.6 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul
11

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.29 Kata Bantu


Akan, Belum, Sudah,

2.29.1
2.29.2
2.29.3
2.29.4
2.29.5

Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat


Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.

2.30 Alam semula jadi


Air, Angin, Api, Awan ,Bulan, Hujan,
Matahari, Bukit, Kayu, Laut, Hutan,
Batu, Papan,

2.30.1
2.30.2
2.30.3
2.30.4
2.30.5

Meniru pergerakkan tangan yang dilakukan oleh guru atau rakan


Membentuk isyarat dan kod yang tepat
Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat
Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod

2.31 Pendidikan
Mata Pelajaran, Menulis, Mengira,
Melukis,
Mengeja,Salah,
Betul,
Lebih besar, Lebih kecil ,Kurang,
Lebih,
Panjang, Pendek ,
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Pendidikan
Jasman, Pendidikan Islam,
Pendidikan
Moral,
Kesihatan,
Belajar
2.32 Kerajaan
Raja, Sultan, Sultanah, Agong,
Permaisuri
-

Orang ramai, Pegawai ,Peraturan,


Perdana Menteri, Pilihanraya

2.31.1 Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
2.31.2 Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
2.31.3 Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.
2.31.4 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.
3.31.5 Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.
3.31.6 Mengisyarat/ mengkod secara kreatif

2.32.1
2.32.2
2.32.3
2.32.4
2.32.5

Menyatakan dan melakukan apa yang diisyarat


Memperluaskan perbendaharaan kata secara umum
Membentuk frasa asas Bahasa Melayu dari isyarat atau kod
Memperkembangkan kemahiran membentuk frasa dan klausa
Kemahiran dalam bentuk pola ayat bagi meningkatkan pemahaman dan
penguasaan Bahasa Melayu.
2.32.6 Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.
12

STANDARD KANDUNGAN

2.33 Logam
Galian, Batu, Tanah, Pasir,
Besi, Emas, Perak, Gangsa

STANDARD PEMBELAJARAN

2.33.1
2.33.2
2.33.3
2.33.4
2.33.5

Menguasai kemahiran membina ayat kompleks.


Berkomunikasi dengan menggunakan pola ayat yang mudah dan betul.
Mengisyarat/ mengkod secara kreatif
Bercerita dengan menggunakan ayat mudah secara isyarat atau lisan
Bercerita dengan menggunakan ayat-ayat kompleks secara lisan atau
kompleks
2.33.6 Bercerita secara bebas secara isyarat atau lisan.

13

Anda mungkin juga menyukai