Anda di halaman 1dari 11

HARI SUKAN TAHUNAN DAN HARI KELUARGA PIBG

TAHUN 2014
SKPK PERSEKUTUAN PULAU PINANG

MASA : 8.00 PAGI 12 TENGAHARI


TARIKH : 28 JUN 2014 (SABTU)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH, SKPK PERSEKUTUAN
## Para hadirin dan ibu bapa dipersilakan untuk mengambil tempat
di bawah khemah yang disediakan, sebelum kita memulakan majlis.
Terima kasih##.
KETIBAAN VVIP
- Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia En. Saiful Mahathir Bin
Ismail, Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru, SKPK Persekutuan,
dengan diiringi oleh Puan Vivien Pitchai, Penolong Kanan
Pentadbiran Sek. Keb. Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang.
## diiringi lagu##
- Para hadirin dipersilakan duduk.
KATA-KATA ALUAN ** kalo ade VIP dr SEK MEN, umumkan juga**
- Bismillahirrahmanirrahim
- Yang Berbahagia, En. Saiful Mahathir Bin Ismail, Pengerusi
Persatuan Ibubapa dan Guru SKPK Persekutuan,
- Yang Berusaha, Puan Vivien Pitchai, Penolong Kanan Pentadbiran
Sek. Keb. Pendidikan Khas Persekutuan.
- Yang Dihormati, Penolong-penolong Kanan SKPK Persekutuan
1

-Ahli ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru, Guru-Guru,


Ibu Bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
- Guru-guru, para ibu bapa serta hadirin yang dihormati sekalian.
- Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SKPK Persekutuan
bagi tahun 2014!!
- Kejohanan Sukan Tahunan pagi ini akan membuka tirai dengan
perarakan masuk kontinjen-kontinjen daripada rumah-rumah sukan.
####Tunggu sehingga kontinjen perbarisan menghampiri laluan
utama di sebelah khemah utama####
(iringan lagu)
# tunggu perbarisan bergerak bertentangan khemah
*Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, Pertandingan
perarakan perbarisan pada hari ini akan diadili oleh 10 orang hakim
yang terdiri daripada para ibu bapa.
#tunggu berbarisan bergerak ke kiri hujung dewan
*Kita dapat saksikan perarakan perbarisan murid yang cantik dan
penuh dengan warna warni. Terserlah kreativiti guru dan murid yang
sama-sama berganding bahu menyediakan mascot dan perbarisan
murid.
Hadirin sekalian,
(umum semasa di selekoh)Bagi menyempurnakan acara ini, majlis
dengan ini menjemput dan mempersilakan tetamu kehormat, Encik
Saiful Mahathir Bin Ismail untuk berdiri bagi menerima lintas hormat
daripada kontinjen-kontinjen perbarisan yang mengambil bahagian
pada hari ini.
2

- Perarakan pertama didahului oleh pasukan Rumah Merah dengan


mottonya Merah membara. Kekuatan kontinjen seramai 19 orang
lengkap berpakaian serba merah diketuai oleh Adik Khoo Khai See.
Pasukan ini dibimbing bersama oleh Pn. Nor Akmal binti Ishak dan
Cik Nurul Natalia Binti Md Ruslan.
-Mascot yang dipilih oleh Rumah Merah pada tahun ini adalah
labah-labah. Mascot ini adalah lambang kekuatan dan
kegagahan.
- Kontinjen seterusnya ialah pasukan Rumah Kuning. Kuning pasti
menang menjadi motto mereka pada tahun ini. Kekuatan kontinjen
pasukan ini adalah seramai 21 orang dan diketuai oleh Adik Tan Xiu
Jing. Pasukan ini telah dibimbing oleh Pn. Ung Siew Ngoh dan Pn.
Norhayati Bt Zakaria.
- Mascot yang dipilih oleh Rumah Kuning pada tahun ini adalah
bunga matahari. Mascot ini adalah lambang semangat berpasukan
seperti sinar matahari yang membara.
*Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pasukan ini adalah juara
keseluruhan bagi kejohanan sukan bagi tahun 2013. Kita akan
sama-sama saksikan sama ada mereka berjaya mengekalkan
kejuaraan tersebut pada tahun ini.
-begitulah tadi perarakan perbarisan dari pasukan rumah Merah
dan Kuning.
- begitu bergayanya murid-murid dan anak-anak kita sebentar tadi
dengan pelbagai ragam dan warna.
- majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Saiful
Mahathir Bin Ismail atas kesudian menerima lintas hormat sebentar
tadi.

NYANYIAN LAGU
Para hadirin sekalian,
- Majlis kini diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu
Negeri Pulau Pinang. Para hadirin dimohon berdiri.
##### muzik lagu Negaraku & Negeri P.Pinang#####
Hadirin dipersilakan duduk.
PEMBACAAN DOA
Hadirin yang dihormati sekalian,
- Bagi memberkati majlis, dengan ini dipersilakan Encik Mohd Rizal
bin Darman untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.
-Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Rizal diatas bacaan
doa penuh barakah sebentar tadi.

BACAAN IKRAR KEJOHANAN SUKAN


Hadirin hadirat sekalian,
- Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan
bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Adik Logeshwaran
A/L Packiri. Bacaan ikrar ini akan dibimbing oleh Pn.Nurul Wardah bt
Hj. Kechik.
###MC baca ikrar- dlm buku pgrm (bahawasanya kami..)
- Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan
sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

UCAPAN PERASMIAN
Hadirin yang dihormati sekalian,
- Majlis diteruskan pula dengan menjemput Encik
Saiful Mahathir Bin Ismail, Yang Dipertua PIBG SKPK Persekutuan
untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya
merasmikan Hari Sukan Tahunan SKPK Persekutuan bagi Tahun 2014.
Dengan penuh takzim, majlis menjemput dan mempersilakan.
- Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan Yang
Dipertua PIBG sebentar tadi.
- Kini, majlis diteruskan dengan perarakan keluar perbarisan
kontinjen-kontinjen rumah sukan dari pasukan Merah dan Kuning.
-Semua murid akan terus di bawa ke khemah rumah sukan masingmasing sebelum kita memulakan acara-acara balapan dan
sukaneka yang akan dipertandingkan pada hari ini.
SENAMROBIK
Tuan- tuan dan Puan-puan,
- Kini, majlis diteruskan dengan persembahan senamrobik iaitu
Formasi
Pergerakan
Kreatif
yang
menggabungkan

Formasi pergerakan kreatif yang akan dipersembahkan oleh muridmurid SKPK Persekutuan telah disertai seramai 15 orang murid dari
Tahap 1 dan juga Tahap 2. Mereka telah dibimbing oleh Cik Nor
Azimah bt Abd. Wahab dan Pn. Nurul Wardah bt Hj.Kechik.

- Sebelum itu, saya akan bacakan Ahli Jawatankuasa Pengelola


Sukan Tahunan SKPK Persekutuan pada tahun ini yang bertungkus
lumus untuk menjayakan Hari Sukan Tahunan dan hari Keluarga PIBG
pada hari ini.
##Rujuk buku program##
****************************************
- Tanpa membuang masa lagi, mari kita saksikan kehebatan anakanak SKPK Persekutuan menari dan bersenam mengikut alunan
lagu. Majlis dengan ini mempersilakan.
- Terima kasih diatas persembahan yang begitu menarik serta
bervariasi sebentar tadi.
-Untuk makluman tuan puan, peserta senamrobik pada tahun ini
hanya mengambil masa beberapa hari untuk membuat latihan.
Sesungguhnya murid-murid kita ini sangat berpotensi dan
berkebolehan dalam aktiviti sukan dan kebudayaan seperti ini.
Moga mereka akan terus cemerlang di masa akan datang.
-#####Sebelum kita memulakan acara, ingin saya umumkan
markah terkumpul setakat ini dari kedua-dua rumah sukan adalah
daripada acara merentas desa yang telah dijalankan pada bulan
April yang lalu. Dengan ini saya mengumumkan, rumah merah
mendapat markah sebanyak 141 markah. Dan rumah kuning
mengungguli acara ini dengan mengumpul sebanyak 225 markah.
### Tahniah diucapkan kepada kedua-dua rumah sukan.
Walaubagaimanapun, acara sukan kita pada hari ini belum lagi
sampai ke penghujungnya. Jadi, kita belum tahu rumah manakah
yang akan mengumpul markah terbanyak sebelum diumumkan
sebagai pemenang keseluruhan. Oleh itu, mari kita sama-sama
saksikan aksi-aksi murid- murid sekolah ini dalam acara sukan

sebentar lagi. Bagi kedua-dua rumah sukan, teruskan usaha dan


jangan, berputus asa.
ACARA BALAPAN
Hadirin hadirat sekalian,
-Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan, acara
balapan, iaitu ______________________(rujuk buku program)
-Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini
diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.
####Perjalanan Kesemua Acara. (spontan)
###diharap semua peserta bersedia di lorong yang disediakan.
###jika semua peserta sudah bersedia,/ sebelum acara dimulakan,
/ saya serahkan majlis kepada pelepas acara.

#### setiap 2 acara, penyampaian hadiah


Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah, majlis dengan ini
menjemput_________________________dengan
diiringi
oleh
______________untuk
menyampaikan
hadiah
kepada
para
pemenang bagi acara yang dipertandingkan sebentar tadi.
Bagi acara _______________tempat pertama telah dimenangi oleh
pasukan rumah _______________. Dan tempat kedua disandang oleh
pasukan dari rumah __________________.
Terima kasih diucapkan kepada ____________________________ atas
kesudian menyampaikan hadiah.

PERARAKAN MASUK KE TENGAH PADANG


Hadirin. Hadirat sekalian,
-Kini majlis diteruskan lagi dengan perarakan masuk kontinjenkontinjen rumah sukan Merah dan Kuning ke tangah padang. Majlis
mempersilakan. ## iringan lagu##
PENYAMPAIAN HADIAH&CENDERAMATA akhir
Hadirin sekalian,
Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada
Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini, majlis dengan segala hormat
menjemput Encik Saiful Mahathir Bin Ismail dengan diiringi oleh Pn
Vivien Pitchai untuk menyampaikan hadiah kepada para atlet.

PENYAMPAIAN HADIAH AKHIR


Hadirin sekalian,
-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati
Sekolah pada tahun ini adalah Adik___________________________ dari
rumah __________________.
Untuk
makluman
semua,
beliau
telah
memenangi
acara___________________________________________________
-Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
Olahragawan
Sekolah
pada
tahun
ini
adalah
Adik____________________ dari rumah______________________.
Beliau
telah
meraih
pingat
__________________________________.

dalam

acara

-Bagi hadiah perbarisan terbaik, dijemput Puan Lim Yit Bin untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang. Perbarisan rumah
8

sukan
terbaik
telah
rumah_______________________________
sebanyak________________.

dimenangi
dengan

oleh
markah

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara


rasmi johan keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah
bertanding dalam Sukan Tahunan SKPK Persekutuan 2014.
- johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Olahraga
Tahunan jatuh kepada rumah ____________ dengan markah
terkumpul sebanyak _____________.
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk
menerima hadiah.
## Johan rumah sukan akan mendapat piala pusingan.
dan
Naib
Johan,
berjaya
dirangkul
oleh
Rumah__________________
dengan
mengumpul
sebanyak___________________.
Dipersilakan
Ketua
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

pasukan
markah
Rumah

## naib Johan juga diberikan piala pusingan.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
- Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan
Encik Saiful Mahathir Bin Ismail diringi oleh Puan Vivien Pitchai bagi
menyampaikan cenderamata kepada beliau sebagai tanda terima
kasih atas kesudian Yang Berbahagia hadir merasmikan serta
menutup majlis kita pada pagi ini.
- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
Encik Saiful Mahathir dan Puan Vivien Pitchai atas kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.
9

Sebelum kita melabuhkan tirai majlis kita pada hari ini, dijemput adik
Logeswarana A/L Packchiri tampil ke hadapan bagi melaungkan
sorakan semangat menandakan berakhirnya Sukan Tahunan
Sekolah bagi tahun 2014.
*Begitulah tadi sorakan yang begitu bersemangat oleh anak-anak
SPKP Persekutuan.
PENUTUP
-Kenangan indah akan terpatri,
- Dilubuk hati dan disanubari,
- Warga sekolah berterima kasih,
- Kepada hadirin yang dihormati.
- Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Olahraga Tahunan
pada tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya
daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada pasti
datangnya daripada kesilapan saya sendiri.

Sebelum bersurai, perhatian kepada semua ibu bapa, sila ke dewan


untuk taklimat ringkas yang akan disampaikan oleh Encik Saiful
Mahathir Bin Ismail, Pengerusi PIBG dan menikmati juadah yang
disediakan.
Untuk makluman semua, hari Isnin, 30 Jun 2014 merupakan hari cuti
peristiwa. Oleh itu, ibu bapa yang hendak mengambil anak-anak,
bolehlah berbuat demikian.
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM
WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH.

10

11

Anda mungkin juga menyukai