Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Kebanjiran kadar pengangguran dalam kalangan graduan di Malaysia masa kini


merupakan satu fenomena yang amat serius. Berdasarkan kajian Kementerian
Pengajian Tingi (KPT) pada tahun 2009 dan maklum balas industri, enam perkara
telah dikenal pasti sebagai antara faktor utama graduan terpaksa menganggur
berikutan gagal memasuki pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Sebahagian besar faktor itu membabitkan graduan sendiri seperti kurang permintaan
terhadap

bidang

pengajian

yang

dimiliki

mereka,

kekurangan

kemahiran

berkomunikasi, kelemahan menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Selain itu,
sikap sesetengah graduan yang enggan berhijrah dari kampung halaman, terlalu
memilih tempat bekerja dan sebahagian lagi mengharapkan gaji yang tinggi sematamata. Pada masa yang sama juga, majikan kebanyakannya telah menetapkan
pengalaman bekerja sebagai salah satu syarat pengambilan.
Selaras dengan peredaran zaman di era globalisasi ini, para majikan tidak lagi
hanya meletakkan kemahiran teknikal sebagai prasyarat untuk diterima bekerja,
malahan majikan turut mahukan para pekerja yang diterima mempunyai kemahirankemahiran lain. Kemahiran yang tinggi membolehkan para pekerja mereka untuk
menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama
memiliki pelbagai kemahiran (multi skills). Menurut perangkaan pasaran buruh
menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian tinggi tempatan terutamanya di
IPTA masih tidak mampu menampung kekosongan pekerjaan walaupun keluaran
sesuatu kumpulan pekerja itu melebihi permintaan majikan. Hal ini adalah disebabkan
graduan yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini.
Ekoran pelbagai kehendak dan keperluan majikan terhadap jawatan yang
dipohon oleh graduan, mereka perlu menghadapi pelbagai cabaran yang menuntut
kesediaan aspek fizikal dan mental bagi memenuhi permintaan tersebut. Keadaan ini
telah menimbulkan kerumitan dalam pasaran kerja kerana menyebabkan persaingan
dalam kalangan graduan dan masalah pengangguran. Terdapat juga graduan yang
terpaksa menerima tawaran pekerjaan daripada majikan sehingga memberi implikasi
yang kurang baik kepada tahap kebolehpasaran graduan dan tahap kepuasan kerja
mereka.

LAPORAN AKADEMIK
Kemahiran yang dicari oleh majikan terhadap bakal graduan:
i.

Kemahiran Komunikasi dan Berbahasa Inggeris


Berdasarkan maklum balas yang diperoleh daripada syarikat tempatan dan
antarabangsa menunjukkan kemahiran komunikasi lisan dan menulis dalam Bahasa
Inggeris kekal sebagai kriteria utama yang dicari oleh majikan dalam memilih pekerja
yang mempunyai prospeks yang cerah (Hariati Azizan & Lee Yee Mun, 2011).
Menurut kajian yang dijalankan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF),
ciri tersebut merupakan faktor utama dalam merekrut graduan yang baru tamat
pengajian.
Kebolehan berkomunikasi dengan baik dan lancar dalam Bahasa Inggeris
adalah satu kriteria penting dalam semua profesion termasuk kerjaya seperti jurutera,
ahli sains dan kakitangan teknikal. Hal ini disebabkan mereka perlu bekerja dengan
syarikat antarabangsa serta firma-firma besar. Tambahan pula, graduan ini turut perlu
berhadapan dengan pelanggan yang datang dari seantero dunia justeru memerlukan
mereka untuk berinteraksi secara lebih berkesan. Bagi mencapai persefahaman dan
kepuasan pelanggan, maka komunikasi berkesan boleh diwujudkan dengan
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai alat perantara. Punca utama kebanyakan
graduan tempatan menghadapi masalah untuk beroleh pekerjaan terutamanya dalam
sektor swasta adalah disebabkan tidak mampu berkomunikasi dan menulis dalam
Bahasa Inggeris dengan baik.
Rasionalnya, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik adalah penting
memandangkan ia merupakan bahasa penting yang digunakan secara meluas lebihlebih lagi dalam bidang perniagaan di serata dunia. Pelbagai usaha dan bantuan telah
dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan
graduan ini antaranya dengan mewujudkan Skim Sangkutan dan Latihan (SSL).
Sektor swasta pula mengadakan program Skim Latihan Graduan (SLG) atau Graduate
Re-skilling Scheme. Kedua-dua skim ini menyediakan graduan dengan persekitaran
pekerjaan dan kemahiran dalam hubungan komunikasi (Ishak Yussof, Rahmah Ismail
& Robiah Sidin, 2008).

Sehubungan itu, menurut Nik Khusairi Ibrahim (2002), Majlis Tindakan


Ekonomi Negara (MTEN) telah mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
memberikan tumpuan yang lebih khusus dalam aspek ini termasuk pengajaran Bahasa
Inggeris. Skim Latihan Graduan (SLG) yang melibatkan majority graduan bumiputera
kini hanya memberi tumpuan kepada aspek pengajaran ICT peringkat asas dan kurang
menepati keperluan industri. Selaras dengan itu MTEN menyarankan pihak
kementerian yang terbabit membuat perubahan pada modul ICT dan memberi
penekanan kepada Bahasa Inggeris agar menepati kehendak dan ciri industri (Nik
Khusairi Ibrahim, 2002). Kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris mengehadkan
kebolehan graduan untuk berkomunikasi di luar sempadan Malaysia dan ini
mengurangkan keyakinan mereka dan mengurangkan keupayaan mereka untuk
menambah nilai (value added) di tempat kerja.
Penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah turut mempengaruhi daya saing
global di Malaysia. Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia, Tan Sri Mustafa
Mansur berkata golongan muda yang tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris tidak akan mampu untuk berunding untuk mendapatkan persetujuan terbaik
dalam urusan perniagaan atau pelaburan yang dijalankan (Hariati Azizan & Lee Yee
Mun, 2011). Kakitangan awam juga tidak terkecuali dalam menguasai Bahasa
Inggeris kerana perkembangan dunia tanpa sempadan akan menyebabkan mereka
yang tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik akan terus
ketinggalan. Kualiti Bahasa Inggeris akan memberi kesan kepada sektor awam
apabila mereka perlu berinteraksi dengan warganegara asing atau dalam menyatakan
pendirian dalam isu-isu yang melibatkan masyarakat dunia.
ii.

Kemahiran Employability
Setiap tahun kebanyakan pusat pengajian tinggi dan juga pusat latihan kemahiran
menghasilkan para graduan yang diperakukan telah mencapai tahap kelayakannya
bagi membolehkan mereka menceburi alam pekerjaan mengikut bidang dan minat
masing-masing (Ahmad Rizal Madar, Malyia Afzan Abd Aziz & Abdul Rasid Abd
Razzaq, 2008). Namun begitu, lambakan penganggur dalam kalangan graduan masih
lagi meningkat. Salah satu faktor berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan
yang dihasilkan masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Sesuai
dengan perubahan zaman, kini majikan tidak lagi hanya mengutamakan kemahiran
3

teknikal (hard skills) malahan majikan turut mementingkan kemahiran employability


(soft skills).
Kemahiran employability adalah merupakan satu aspek yang memberi
tumpuan ke atas perkara yang berkaitan dengan personaliti, sikap, tabiat, tingkahlaku,
cara berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta
proses mengurus organisasi (Ahmad Rizal Madar, et.al, 2008). Bagi seseorang
pekerja, keupayaan untuk memenuhi kehendak majikan merupakan satu perkara yang
amat penting. Majikan akan memperoleh faedah daripada pekerja yang efisien serta
memiliki potensi diri yang tinggi dalam bidang kerja yang ditawarkan kerana aspek
ini akan menyelamatkan majikan daripada menyediakan latihan untuk para pekerja
barunya. Selain itu, para majikan juga dapat menyediakan para pekerja baru ini untuk
pasaran kerja.
The Conference Board of Canada (1996) dalam satu artikel bertajuk, Yukon
Work Futures: Skills for Todays Workplace, telah mendefinisikan kemahiran
employability sebagai satu istilah yang digunakan bagi menjelaskan mengenai
kemahiran dan juga kualiti individu yang dikehendaki oleh para majikan terhadap
graduan apabila mereka mula bekerja. Kemahiran employability merupakan
kemahiran yang boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja lain. Ia
tidak meliputi kemahiran dan kualiti yang diperlukan oleh sesuatu bidang pekerjaan
yang khusus sahaja, malah merangkumi semua bidang kerjaya. Menurut Sharil
(1993), pihak industri masa kini sangat memerlukan pekerja yang bukan sahaja
memerlukan kemahiran teknik dan vokasional tetapi perlu juga memiliki kemahiran
employability.
iii.

Mempunyai Tahap Keyakinan Diri yang Tinggi

Faktor yakin diri merupakan salah satu aspek terpenting yang diidamkan oleh majikan
terhadap pekerjanya. Kelulusan akademik yang cemerlang tidak menjamin seseorang
graduan itu mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Menurut Yahya Buntat
(2001), para majikan hari ini berasa bimbang terhadap bakal pekerja yang akan
mereka peroleh untuk bekerja di syarikat mereka. Hal ini kerana majikan melaporkan
terdapat sebilangan besar para graduan tidak mempunyai kemahiran yang mereka
perlukan untuk memasuki pasaran kerja semasa. Keyakinan diri yang tinggi
merupakan satu elemen penting yang dicari oleh majikan kerana individu yang
4

memiliki elemen ini mampu menghadapi pelbagai situasi kerja dan memberikan
kualiti yang amat memuaskan.
Kenyataan ini disokong oleh Albert Bandura (1997) yang menggambarkan
bahawa keyakinan diri merupakan kepercayaan terhadap diri sendiri dalam
melakukan sesuatu tindakan bagi menghadapi sesuatu situasi sehingga beroleh hasil
seperti mana yang diharapkan. Keyakinan diri juga adalah sebahagian daripada diri
seseorang individu yang berupaya mempengaruhi pekerjaan yang dilakukan serta
daya usaha yang dilakukan individu tersebut dalam menghadapi cabaran dan
kesulitan. Individu yang memiliki keyakinan diri yang tinggi akan merasakan dirinya
cukup kompeten dan efektif sehingga mampu melakukan sesuatu dengan hasil yang
baik (Myers, 1989). Aspek inilah yang dicari oleh majikan dalam diri graduan kerana
majikan amat optimis bahawa aspek ini mampu meningkatkan kecemerlangan
sesebuah organisasi.
Sehubungan itu, para graduan perlu mempersiapkan diri mereka selengkapnya
dengan penuh yakin bagi memperoleh peluang pekerjaan yang lebih cerah. Graduan
seharusnya mementingkan cara komunikasi yang betul setiap masa untuk menyemai
keyakinan diri bagi berhadapan dengan situasi tertentu. Menurut Abdul Rahman
Abdul Aziz (2000), kebolehan komunikasi adalah pencapaian manusia yang paling
berharga disebabkan manusia dapat berhubung di antara satu sama lain. Oleh yang
demikian para graduan perlulah menitikberatkan komunikasi dan menjadikannya
sebagai landasan utama untuk memupuk keyakinan diri yang tinggi.
Melalui usaha graduan dengan mencuba atau menceburi pelbagai bidang
pekerjaan juga secara tidak langsung dapat memupuk sifat yakin diri di samping
menambah pengalaman bekerja (Ishak Yussof et al., 2008). Seterusnya, graduan juga
hendaklah bersikap proaktif dengan melakukan banyak ulangkaji tentang latar
belakang syarikat yang ingin diceburi supaya dapat meyakinkan majikan berkenaan
sumbangan yang mampu diberikan untuk meningkatkan produktiviti syarikatnya.
iv.

Luas Pengetahuan dalam Bidang Teknologi Maklumat


Ibrahim Mamat dan Zaiton Hassan (2008) menyatakan bahawa modal insan
merupakan sumber terpenting dalam sesebuah organisasi. Hal ini berikutan mereka
adalah sumber yang akan menentukan dan mencorak penggunaan sumber-sumber lain
5

seperti teknologi serta bahan mentah. Di samping itu pekerja yang berkualiti juga
menjadi idaman setiap majikan. Maka, langkah awal yang diamalkan oleh
kebanyakan organisasi dalam pemilihan pekerja adalah dalam kalangan mereka yang
mempunyai pengetahuan meluas terutamanya dalam bidang teknologi maklumat.
Apabila taraf pendidikan yang diperoleh semakin tinggi, maka jangkaan
pekerjaan yang diharapkan akan turut meningkat. Hal ini menunjukkan bahawa kesan
pendidikan amat berhubung rapat dengan alam kerjaya. Sumbangan pendidikan ialah
untuk melatih sumber manusia sedia ada dalam meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran mereka. Jika negara ingin menuju ke arah negara perindustrian
berteknologi tinggi, maka sistem pendidikan yang dilaksanakan perlulah melahirkan
masyarakat yang boleh mendokong penggunaan teknologi yang ingin diperkenalkan
itu (Mohd Yusof Kasim & Ishak Yussof (2002); Ishak Yussof & Rahmah Ismail
(1997)).
v.

Bertanggungjawab dan Mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang


Dari aspek tanggungjawab dan budaya kerja yang cemerlang, pekerja mestilah dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah dan peka terhadap
keadaan sekeliling. Memandangkan terdapat begitu banyak perkara baru yang perlu
dipelajari dan dikuasai oleh graduan kini, maka konsep pendidikan sepanjang hayat
menjadi amat penting bagi setiap pekerja. Mustafa Mansur (2002) menyatakan
pekerja sentiasa boleh mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan mereka
melalui pendidikan sebegini. Semakin banyak kemahiran dan pengetahuan yang
dimiliki oleh graduan, maka semakin cerahlah peluang mereka untuk memperoleh
pekerjaan khususnya di syarikat-syarikat yang telah stabil dan mantap (Ishak Yussof
et al., 2008).
Pekerja yang mengamalkan budaya kerja cemerlang juga mempunyai
beberapa kemahiran khusus yang diperlukan oleh para majikan antaranya berkaitan
dengan peningkatan kuasa kerja dengan keperluan pekerjaan dalam membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah, tempat kerja yang fleksibel, keperluan pekerja
yang fleksibel serta perubahan yang stabil terhadap keperluan pekerja yang
menginginkan pembelajaran sepanjang hayat (Yahya Buntat, 2001). Justeru graduan
mestilah menyediakan diri mereka untuk memikul tanggungjawab yang diberikan.

CADANGAN KEPADA BAKAL GRADUAN, BADAN KERAJAAN DAN


INSTITUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA BAGI MEMASTIKAN BAKAL
GRADUAN DILENGKAPI DENGAN KEMAHIRAN TERSEBUT
i.

Bakal Graduan Perlu Berusaha Untuk Meningkatkan Tahap Keyakinan Diri


dan Keupayaan Berbahasa Inggeris
Penganugerahan segulung ijazah yang cemerlang bukanlah jaminan bagi seseorang
graduan untuk ditawarkan peluang pekerjaan sekiranya tidak mempunyai kemahiran
bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Maros (2000) dan NairVenugopal (2000) berpendapat bahawa pekerja perlu mempunyai kemahiran
berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang digunakan di peringkat antarabangsa.
Isu tahap kebolehpasaran graduan yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi di
negara ini tidak kira sama ada awam mahupun swasta adalah berkait rapat dengan
fenomena pengangguran dalam kalangan graduan. Kelompok graduan yang
menganggur ini merupakan satu pembaziran sumber tenaga manusia yang boleh
dimanfaatkan bagi kepentingan kemajuan negara.
Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa khususnya Bahasa Inggeris
adalah amat penting dan merupakan kunci ke arah kejayaan mendapat pekerjaan
(Suzanna Pillay, 2004). Menurut Abdul Aziz Yusof (2003) komunikasi melibatkan
penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi maklumat
tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Dalam konteks pekerjaan, pekerja dan
majikan perlu berkomunikasi untuk mencapai persefahaman, kata sepakat atau
persetujuan seterusnya dapat membuat sesuatu tindakan susulan sebagaimana yang
dikehendaki. Proses komunikasi dapat berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat
dielakkan oleh mana-mana individu (Hashim Fauzy Yaacob, 2001).
Terdapat banyak cara untuk bakal graduan memperkasakan Bahasa Inggeris
iaitu dengan mengikuti kursus bahasa, sentiasa berlatih berkomunikasi atau bercakap
dalam Bahasa Inggeris dan membaca bahan-bahan bacaan yang berkenaan. Salah satu
cara terbaik untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan
komunikasi ketika sedang mengikuti pengajian ialah semasa membuat pembentangan
di bilik kuliah atau kertas kerja. Bakal graduan boleh menggunakan aktiviti
pembentangan sebagai platform untuk mengasah kemahiran berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris secara berkeyakinan.
7

Mengikut pandangan Ainon Mohammad (2003) bakal graduan seharusnya


menggunakan peluang semasa aktiviti pembentangan untuk memperbaiki kemahiran
komunikasi mereka dan sewajarnya mereka tidak bersikap sambil lewa ketika
melakukan pembentangan tersebut. Hal ini berdasarkan dapatan kajian lalu yang
mencatatkan bahawa pelajar tidak cuba mengambil inisiatif secara serius dalam
memperbaiki kemahiran komunikasi mereka terutamanya dalam amalan merekod
pembentangan yang dijalankan bagi tujuan penilaian kendiri.
ii.

Diberikan pendedahan meluas tentang konsep employability (IPT)


Memandangkan kemahiran employability merupakan aspek utama yang diinginkan
oleh majikan daripada graduan, maka institusi pengajian tinggi seharusnya
memberikan pendedahan yang lebih meluas berkenaan kemahiran ini kepada bakal
graduan. Mengikut dapatan kajian oleh Ahmad Rizal Madar et al., (2008), hasil kajian
di beberapa negara maju menunjukkan betapa pentingnya kemahiran employability
kepada seseorang pekerja pada perspektif majikan. Di Britain terdapat peningkatan
dalam kemahiran employability pada setiap majikan iaitu dari 10% pada tahun 1986
kepada 17% pada tahun 2001 (Green, 2001).
Kajian tersebut juga menyenaraikan faedah yang diperoleh melalui kemahiran
ini iaitu pekerja akan mempunyai kemahiran yang pelbagai, boleh bergerak dari satu
sektor ke sektor lain, berupaya menangani perubahan budaya kerja, mempunyai
perasaan ingin belajar sepanjang hayat serta bersedia dari aspek mental dan emosi
dalam mengharungi perubahan. Hasliza Hassan (2002) menyatakan antara faktor
lulusan institusi pendidikan tinggi tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan adalah
kerana mereka tidak mempunyai elemen soft skills atau kemahiran employability.
Pihak majikan pula kurang berkeyakinan terhadap lulusan institusi berkenaan
terutama berkaitan aspek keperibadian, penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran
berkomunikasi serta kemampuan membuat keputusan yang terbatas.
Bagi membolehkan graduan menempatkan diri dan bersaing dalam alam
pekerjaan serba global masa kini, mereka perlulah memiliki elemen kemahiran
employability di samping mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik
(Tengku Mahaleel Tengku Ariff, 2002). Selain itu, elemen tersebut turut
membolehkan seseorang graduan menggunakan segala ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang ada dalam sebarang bidang pekerjaan. Mohd Yahya Nordin (2003)
8

menjelaskan kualiti graduan hendaklah bercirikan employability dan marketability


iaitu berdasarkan sejauh mana pelatih diserap masuk ke alam pekerjaan. Oleh
demikian bagi menjamin employability seseorang pekerja masa hadapan, bakal
graduan haruslah diberikan pendedahan dan latihan kemahiran seperti ketrampilan,
pemikiran kritikal dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran ICT dan
kemahiran berkomunikasi.
iii.

Kerajaan memberi peluang kepada bakal graduan untuk mendapat


pengalaman bekerja dalam bidang pengajian mereka sebelum menempuh
alam pekerjaan.

Pengalaman bekerja merupakan aspek yang paling dikehendaki oleh majikan dalam
era globalisasi ini. Lambakan graduan telah menyebabkan para graduan bersaing
antara satu sama lain untuk menempatkan diri dalam bidang pekerjaan. Seseorang
graduan hendaklah mempunyai pengalaman bekerja selain daripada pencapaian
akademik yang baik.
Pelbagai usaha dan bantuan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan graduan. Antaranya ialah
mewujudkan Skim Sangkutan dan Latihan (SSL). Pihak sektor swasta pula
mengadakan program Skim Latihan Graduan (SLG) atau Graduate Re-skilling
Scheme. Kedua-dua skim ini menyediakan graduan dengan persekitaran pekerjaan dan
kemahiran dalam hubungan komunikasi (Ishak Yussof et al., 2008). Kerajaan sedar
dengan kelemahan dari aspek pengalaman yang menyebabkan graduan sukar
mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang diperoleh mereka. Oleh
itu, skim seumpama ini dapat menyediakan graduan yang lebih kompeten dalam
cabaran kerjaya pada masa ini.
Selain itu, kerajaan juga hendaklah sentiasa mempromosikan jawatan-jawatan
baru dalam perhidmatan awam. Perkhidmatan awam merupakan satu kerjaya yang
menjadi pilihan para graduan yang ingin menjamin tempat di alam pekerjaan.
Pekerjaan secara kontrak hendaklah diperluaskan lagi di dalam jabatan-jabatan
kerajaan untuk memberikan pengalaman dan kemahiran kepada para graduan sebelum
mendapatkan pekerjaan yang tetap. Melalui penceburan dalam pekerjaan sementara
atau kontrak, graduan dijangka akan memperoleh pelbagai kemahiran dan lebih

menguntungkan jika mereka kemudiannya dapat diserapkan secara tetap oleh majikan
ke dalam kerjaya yang diceburinya.

10

RUJUKAN
Abdul Aziz Yusuf. (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Abd. Rahman Abdul Aziz (2000). Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication &
Distributor Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.
Ahmad Rizal Madar, Malyia Afzan Abd Aziz & Abdul Rasid Abd Razzaq. (2008).
Kemahiran Employability bagi Memenuhi Keperluan Industri. Diperoleh dari
http://eprints.uthm.edu.my/2319/1/KEMAHIRAN_EMPLOYABILITY_BAGI_MEMENUHI
KEPERLUAN_INDUSTRI.pdf

Ainon Mohammad (2003). Komunikasi Berkesan. Penerbit Fajar Bakti: Kuala


Lumpur.
Albert Bandura. (1997). Self-efficacy: The Exercise of Control. New York: Freeman.
Green, F. (2001). Market Value of Generic Skills. Research Paper 8, University of
Kent.
Hariati Azizan & Lee Yee Mun. (2011). Kerjaya Idaman Hanya Untuk Mereka Yang
Mahir Bahasa Inggeris. Dalam The Star
(http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2011/4/10/mstar_berita/2011
0410103738)
Hasliza Hassan. (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada
Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam.
Universiti Teknologi Malaysia: Bangi.
Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Ibrahim Mamat & Zaiton Hassan. (2008). Pengurusan Sumber Manusia: Perspektif
Modal Insan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ishak Yussof, Rahmah Ismail & Robiah Sidin. (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan:
Kes Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. Akademika 72. Universiti
Kebangsaan Malaysia: Bangi.
Ishak Yussof & Rahmah Ismail. (1997). Pendidikan di Malaysia. Dalam Supian Ali,
Rahmah Ismail & Muhammad Anuar Adnan. Pembangunan Sumber Manusia
di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maros, M. (2000). Language Use in the Commercial Sector; Local Borders in a
Borderless World. Dalam Wong, H., Nair Venugopal, Maarof, N., Yahya, Z.
and
DCruz, J.V. Language and Globalisation. Kuala Lumpur: Addison
Wesley Longman.
Mohd. Yahya Nordin (2003). Isu Dan Cabaran Dalam Penyediaan Tenaga Kerja
Dalam Era Perubahan Teknologi Dan Globalisasi. Kertas Utama Dalam
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional.

11

Mohd Yusof Kasim & Ishak Yussof. (2002). Industrialisasi dan Pembangunan
Sumber Daya Manusia di Malaysia: Isu dan Haluan Masa Depan. Dalam
Rokiah Ismail, Zaidah Mustapha & Yahaya Ibrahim (ed.). Industrialisasi dan
Modenisasi di Malaysia dan Indonesia: Pengalaman, Permasalahan dan Arah
Transformasi. Kuala Lumpur: Prentice Hall. Ms. 175-187.
Mustafa Mansur. (2002). Meeting Skills Needs: Private Sector Perspectives. Dalam
International Conference on Asia-Europe Meeting (ASEM). Kuala Lumpur.
Myers. D. G. (1989). Psychology 6th edition. New York: Worth Publisher, Inc.
Nair-Venugopal. (2000). Language Choice and Communication in Malaysian
Business. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Khusairi Ibrahim. (2002). MTEN Syor Tingkat Modul ICT dalam SSL. Dalam
Utusan
Online
(http://www.utusan/content.asp?y=2002&dt=0304&pub=UtusanMalaysia&sec=Dala
mNegeri&pg=dn04.ht)
Shahril (1993). Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan Sumber
Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020. Jurnal Pendidikan.
Suzanna Pillay. (2004). How Graduates Can Land Jobs. Dalam New Straits Times,
28 March 2004.
Tengku Mahaleel Tengku Ariff, (2002). Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan
Pekerjaan Pada Masa Kini. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan
Awam.
Yahya Buntat. (2001). Aspek-aspek Penting dalam Kemahiran Employability
(Employability Skill). Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia:
Skudai, Johor.

12

Anda mungkin juga menyukai