Anda di halaman 1dari 10

BAB 3:

PERSOALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN


OBJEKTIF
Di akhir tajuk ini pelajar akan dapat :

a.

Mendefinisikan masalah

b.

Bentuk definisi masalah

c.

Penggubalan persoalan kajian

d.

Pembentukan objektif kajian

A) MENDEFINISIKAN MASALAH
Pendifinisian masalah kajian adalah menunjukkan jurang antara keadaan yang berlaku sekarang
dengan keadaan yang diingini. Jika penyelidikan yang dilakukan di organisasi yang sebenar, maka
masalah tersebut harus diidentifikasikan. Identifikasi ertinya memperincikan masalah tersebut
sehingga dapat diketahui dengan jelas. Misalnya, jika masalahnya adalah berkaitan dengan disiplin
kerja di sesebuah institusi atau organisasi, maka penyelidik mesti menjelaskan secara terperinci
tentang masalah disiplin kerja tersebut. Huraian tentangnya mestilah mencakupi tentang pelanggaranpelanggaran displin yang banyak dilakukan pegawai, atau gelagat-gelagat yang tidak sesuai dengan
peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Misalnya, peraturan menetapkan pekerja
mula bekerja pada pukul 08.00 pagi, tetapi kenyataannya tidak demikian. Indentifikasi masalah yang
terbaik adalah seharusnya disertakan dengan data yang dapat menyokongnya. Sebagai contoh, berapa
ramai pekerja yang selalu datang lambat? Berapa lama jangkamasa waktu yang lambat tersebut? Di
bahagian atau jabatan manakah yang paling banyak terjadi pekerja yang datang lambat? Pekerja dari
golongan manakah yang sering datang lambat?
Setelah diidentifikasikan, masalah penyelidikan mesti dirumuskan. Perumusan masalah
biasanya disusun dalam bentuk persoalan yang mana akan membentuk persoalan kajian
(reseach questions). Misalnya : Sejauhmana peraturan-peraturan yang ada difahami oleh
pekerja? Adakah terdapat saksi atau bahan bukti tentang pelanggaran terhadap peraturan?
Apakah akibat yang ditimbulkan oleh pelanggaran peraturan tersebut? Apakah terdapat
perkaitan di antara tingkat pemahaman terhadap peraturan dengan tingkat pelanggaran
peraturan? Oleh kerana perumusan masalah merupakan persoalan kajian, maka perkara
tersebut merupakan langkah pertama dalam pencarian data.
Penyelidikan pada umumnya dimulakan dengan sebuah permasalahan yang muncul kerana
penyelidik mengamati fenomena yang berlaku di sekitarnya. Kemampuan ini adalah

bergantung kepada dengan kepekaan penyelidik yang biasanya dipengaruhi oleh


pengalaman, pengetahuan, kretiviti dan penguasaan penyelidik terhadap sesuatu bidang
yang bersangkutan dengan masalah tersebut.
Sebelum penyelidik melakukan perancangan penyelidikan dengan lebih jauh, beliau
seharusnya dapat mengemukakan permasalahan yang timbul dalam bahasa yang mudah
dan operatif. Apa yang dimaksudkan dengan mudah dan operatif adalah:
1. Ungkapan permasalahan itu boleh difahami dengan baik tanpa menimbulkan
pengertian yang salah.
Seandainya ada istilah yang digunakan dalam pendefinisian masalah itu yang memiliki
peluang untuk disalahertikan oleh orang lain, maka penyelidik haruslah mampu
memberikan definisi yang jelas. Definisi ini sangat berguna bagi kedua pihak iaitu
penyelidik dan pengurus yang akan memanfaatkan hasil penyelidikan. Bagi penyelidik,
definisi yang jelas ini ini akan dapat menghindarkan dirinya dari masalah kebingungan di
tengah-tengah proses penyelidikan. Namun yang demikian, adalah sangat merugikan
dan juga merupakan suatu pembaziran jika di tengah-tengah proses penyelidikan tibatiba terdapat perkara yang belum mampu didefinisikan dengan jelas. Ini mungkin
menyebabkan penyelidik terpaksa mengulang semula proses penyelidikan dari awal
kerana terdapat beberapa konsep yang bersifat seperti itu. Kekaburan sesuatu
permasalahan

itu akan menyebabkan

arah penyelidikan

juga

menjadi

kabur. Ini

umpama membawa anjing untuk berburu rusa sedangkan anjing tersebut tidak boleh
membezakan antara bau rusa dan bau harimau. Sebelum anjing itu dibawa ke dalam
perburuan rusa, anjing tersebut harus dipastikan tahu benar di antara bau rusa dengan
bau yang lain.
Pengurus juga perlu dipastikan supaya dapat memanfaatkan hasil penyelidikan dengan
cara melakukan rujukan yang jelas. Baik dalam perkara melakukan perancangan dan
perlaksanaan mahupun meneruskan hasil penyelidikan. Seorang penyelidik yang
bertugas harus dapat membuka jalan menuju ke puncak gunung juga harus mampu
membuat jalan yang cukup jelas untuk dilalui rombongan berikutnya.
2. Hadkan ruang lingkup permasalahan.
Penyelidik berusaha untuk menspesifikasikan atau mengecilkan ruang masalah
yangakan dikaji. Perkara ini akan membantu penyelidik merancang, melaksanakan dan
akhirnya membuat kesimpulan dengan lebih terarah. Penyelidik yang memiliki cakupan
permasalahan yang terlalu luas, akan menyebabkan kesulitan dalam perlaksanaannya
nanti.

Ia

juga

akan sering

menghasilkan

kesimpulan

yang

tidak

banyak

gunanya. Permasalahan yang terlalu luas juga akan membuka peluang yang semakin
luas kepada faktor-faktor atau pembolehubah-pembolehubah lain untuk mengganggu
penyelidikan tersebut.
3. Hadkan kelompok atau populasi penyelidikan
Dengan menghadkan populasi yang akan dikaji, penyelidik akan memiliki kesempatan
untuk merancang pengambilan contoh yang representatif (mewakili) dan membuat
kesimpulan yang lebih tepat. Penyelidikan yang menghadkan populasi dengan jelas
akan tidak membawa kepada persoalan-persoalan tidak diingini. Adalah lebih sukar
mencari seseorang jika petunjuknya hanya mengatakan dia tinggal di Kuala Lumpur,
dibandingkan jika kita tahu tempat tinggalnya ada di jalan Tunku Abdul Rahman Kuala
Lumpur.
B) BENTUK DEFINISI MASALAH
Terdapat

beberapa

panduan

di

bawah

yang

akan

membantu

penyelidik

dalam

mengenalpasti masalah kajian:


a. Masalah yang baik dapat merumuskan setidak-tidaknya hubungan antara dua
pembolehubah atau lebih
b. Masalah harus dinyatakan secara jelas dan tidak mempunyai makna yang bergandadan
pada umumnya dinyatakan dalam bentuk persoalan.
c. Masalah yang baik adalah masalah yang dapat diuji dengan menggunakan kaedah
empiris, iaitu dapat mengumpulkan data yang boleh digunakan sebagai bahan untuk
menjawab masalah yang sedang dikaji.
d. Masalah tidak boleh mempersembahkan masalah posisi moral dan etika.
a. Hubungan Antara Pembolehubah
Masalah yang baik dapat mencerminkan hubungan antara dua pembolehubah atau
lebih, kerana pada praktiknya penyelidik akan mengkaji pengaruh satu pembolehubah
tertentu terhadap pembolehubah lainnya. Misalnya, seorang penyelidikan ingin
mengetahui ada dan tidaknya pengaruh gaya kepemimpinan (variable bebas) terhadap
daya pengeluaran pekerja (variable bersandar).
Jika seorang penyelidikan hanya menggunakan satu pembolehubah dalam merumuskan
masalahnya, maka ia bermakna penyelidikan tersebut adalah berkaitan dengan kajian

deskriptif, misalnya Gaya kepemimpinan di syarikat X. Penyelidik dalam hal ini hanya
akan

melakukan

kajian

terhadap

gaya

kepemimpinan

yang

ada

tanpa

mempertimbangkan faktor-faktor lain, baik yang mempengaruhi atau dipengaruhi oleh


gaya kepemimpinan tersebut.
Contoh: Hubungan antara motivasi pekerja dan prestasi kerja
Motivasi: pembolehubah bebas; prestasi kerja: pembolehubah bersandar
b. Masalah Dirumuskan Secara Jelas, Tidak mempunyai makna yang berganda dan
dalam bentuk persoalan
Masalah harus dirumuskan secara jelas dan tidak mempunyai makna yang berganda
atau memungkinkan adanya tafsiran lebih dari satu dan dirumuskan dalam bentuk
persoalan. Contohnya:
i. Adakah terdapat hubungan di antara promosi dengan jumlah jualan?
ii. Apakah warna kereta Suzuki mempengaruhi minat membeli pengguna?
iii. Apakah rekabentuk telefon bimbit mempengaruhi keputusan membeli pengguna?
iv. Adakah terdapat hubungan di antara minat baca dengan tingginya prestasi
peperiksaan?
Contoh-contoh di atas mencerminkan rumusan masalah yang jelas dan tidak
mempunyai makna yang berganda. Pada contoh a penyelidik ingin mengkaji hubungan
pembolehubah promosi dengan pembolehubah jumlah jualan. Pada contoh b
penyelidik ingin melakukan kajian tentang hubungan pembolehubah warna kereta
Suzuki dengan pembolehubah minat membeli. Pada contoh c penyelidik akan
mengkaji

hubungan

antara

pembolehubah rekabentuk

telefon

bimbit

dengan

pembolehubah keputusan membeli. Pada contoh d penyelidik akan mengkaji


hubungan

antara

pembolehubah

minat

membaca

dengan

prestasi

dalam

peperiksaan.
c. Dapat Diuji Secara Empirikal
Masalah harus dapat diuji secara empiris, maksudnya perumusan masalah yang dibuat
memungkinkan penyelidik mencari data di lapangan sebagai bahan buktinya. Tujuan
utama pengumpulan data ialah untuk membuktikan bahawa masalah yang sedang dikaji
dapat dijawab jika penyelidik melakukan pencarian dan pengumpulan data. Dengan kata

lain masalah memerlukan jawapan, dan jawaban didapatkan setelah penyelidik


mengumpulkan data di lapangan dan jawapan masalah merupakan hasil penyelidikan.
d. Hindarilah Penilaian Moral dan Etika
Penyelidik patut menghindari masalah-masalah yang berkaitan dengan idealisme atau
nilai-nilai, karena masalah tersebut lebih sulit diukur dibandingkan dengan masalah yang
berhubungan dengan sikap atau kerja. Misalnya kita akan mengalami kesulitan dalam
mengukur masalah-masalah seperti berikut ini:
o Patutkah semua mahasiswa tidak meniru dalam ujian?
o Patutkah semua mahasiswa rajin belajar?
Adalah lebih baik jika masalah tersebut dijadikan dalam bentuk seperti:
o Hubungan di antara kesempurnaan dalam ujian dan markah yang diperolehi
o Pengaruh kerajinan mahasiswa terhadap kelulusan
Strategi Menentukan Masalah
Salah satu cara untuk membuat perumusan masalah yang baik ialah dengan melakukan
proses penyempitan masalah dari yang sangat umum menjadi lebih khusus dan pada
akhirnya menjadi masalah yang spesifik dan siap untuk dikaji. Di bawah ini diberikan contoh
cara menyempitkan masalah yang berkaitan dengan penyelidikann dalam dunia pengurusan
perniagaan.

Gambarajah di atas menggambarkan peranan dalam mengidentifikasi masalah dalam


proses pengembangan perumusan masalah, iaitu dimulakan dengan proses penyaringan
yang umum sampai dengan masalah yang khusus. Masalah dimulai dengan adanya
pemikiran concern dalam pengurusan yang sedang dihadapi atau yang akan dihadapi,
kemudian masalah pemikiran tersebut dipersempitkan menjadi proses penyaringan
perumusan masalah dan pada tahap ketiga menjadi penyaringan pemilihan masalah yang
akan dikaji dengan disertai tujuan penyelidikannya.
Contoh kes:
1. Mengenali suatu gejala
Munculnya rasa ketidakpuasan di antara para programmer komputer di suatu
organisasi tertentu. Penghasilan organisasi tersebut terus meningkat dengan baik
selama lima tahun terakhir ini. Keluhan-keluhan secara lisan telah diterima dari para
pegawai mengenai struktur gaji yang dianggap sudah tidak memadai lagi.

2. Identifikasi Masalah
a) Melakukan penilaian terhadap data internal dan eksternal dengan melakukan
kegiatan-kegiatan sebagai berikut:
Memantau ketidakpuasan tersebut dan penyebaran maklumat tentang hasil
syarikat
Mengenalpasti apakah terdapat rasa ketidakpuasan muncul di masa-masa
yang lalu.
Mencari literatur / ulasan karya yang membahas masalah yang mirip
dengan kejadian yang dialami di syarikat tersebut dengan masalah di
syarikat lain.
b) Menerangkan latar belakang masalah
Pihak pengurusan tidak mempunyai perancangan alokasi gaji yang
konsisten.
Berdasarkan temuduga diketahui adanya ketidakpuasan terhadap sistem
gaji di syarikat tersebut.
Ada pihak mengeluh tentang diskriminasi dalam sistem gaji.
3. Rumusan Masalah
Rumusan masalah akan berbunyi sebagai berikut:
Apakah-faktor utama yang mempunyai hubungan dengan tingkat gaji bagi para
profesional pekerja komputer di syarikat tersebut?
Adakah terdapat hubungan di antara meningkatnya penghasilan syarikat
dengan ketidakpuasan di kalangan para programmer komputer?
Pertimbangan khusus dalam memilih masalah yang akan dikaji
Dalam melakukan pemilihan masalah dapat mempertimbangkan perkara-perkara di
bawah ini:
a) Masalah tersebut dapat dikaji

Jika kita memilih masalah tertentu, maka persoalan-persoalan di bawah ini


bermanfaat bagi kita untuk mengetahui apakah kita dapat atau tidak melakukan
penyelidikan dengan masalah yang kita tentukan:
1. Apakah masalah tersebut dalam jangkauan kita?
2. Apakah kita mempunyai cukup waktu untuk melakukan penyelidikan dengan
persoalan tersebut?
3. Apakah kita akan mendapatkan kebenaran untuk memperoleh sampel yang
akan kita gunakan sebagai responden sebagai bukti pemerolehan data dan
maklumat?
4. Apakah kita mempunyai alasan khusus sehingga kita percaya akan dapat
memperoleh jawapan dari masalah yang kita rumuskan?
5. Apakah penyelidik menguasai kaedah yang diperlukan dalam penyelidikan
tersebut?
b) Jangkauan Penyelidikan
Apakah

masalahnya

cukup

memadai

untuk

dikaji?

Apakah

jumlah

pembolehubahnya sudah cukup? Apakah jumlah datanya cukup untuk dilaporkan


secara bertulis?
c) Perkaitan
Apakah kita tertarik dengan masalah tersebut dan cara pemecahannya? Apakah
masalah yang kita kaji berkaitan dengan latar belakang pengetahuan atau
pekerjaan kita? Jika kita melakukan penyelidikan dengan masalah tersebut
apakah kita akan mendapatkan nilai tambah bagi pengembangan diri kita?
d) Nilai Teoritis
Apakah masalah yang akan dikaji akan mengurangi adanya kesenjangan teori
yang ada? Apakah pihak-pihak lain, seperti pembaca atau pemberi dana akan
mengakui kepentingan kajian ini? Apakah hasil penyelidikan nanti akan
memberikan sumbangan pengetahuan terhadap ilmu yang kita pelajari? Apakah
hasil penyelidikannya layak terbitkan?
e) Nilai Praktis

Apakah hasil penyelidikannya nantinya akan ada nilai-nilai praktis bagi para
pengamal di bidang yang sesuai dengan masalah yang akan dikaji?
C) PENGUBALAN PERSOALAN KAJIAN
Pendefinisian masalah atau yang selalu disebut pernyataan masalah adalah satu bentuk
pernyataan yang ringkas dan padat. Pernyataan masalah ini mestilah dibuat dalam
bentuk persoalan. Persoalan-persoalan yang dibentuk adalah isu-isu yang akan dikaji
dengan bermatlamatkan kepada jawapan atau penyelesaiannya. Sebagaimana yang telah
disebutkan, pendefinisian-pendefinisian masalah mestilah berkaitan dengan:
Masalah

perniagaan

yang

sedang

dihadapi

oleh

syarikat

dan

memerlukan

penyelesaiannya.
Situasi-situasi yang bukan masalah semasa, tetapi dirasakan oleh pengurus dapat
meningkatkan prestasi syarikat.
Bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan masalah konsep yang mana
memerlukan peerangan yang lebih lanjut bagi pembangunan sesebuah teori yang
lebih baik.
Situasi-situasi yang mana penyelidik berminat untuk mencari jawapan terhadap
persoalan kajian secara empirikal kerana berminat terhadap topik tersebut.
Dua tujuan yang pertama disebutkan adalah berkaitan denga penyelidikan gunaan.
Manakala dua matlamat yang terakhir adalah berkaiatan dengan penyelidikan asas. Walau
bagaimanapun, pada peringkat ini masalah dikenalpasti sebagai panduan kepada penyelidik
terhadap peringkat yang seterusnya. Sebagaimana proses penyelidikan, masalah akan
ditentukan atau dikenalpasti semula.
Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap dan jelas. Ini kerana pernyataan masalah
yang lengkap dan jelas akan membawa, kita boleh tentukan persoalan dan objektif kajian.
Sebagai contoh, katakan seorang penyelidik ingin menyiasat perbezaan gaji di kalangan
pekerja-pekerja pengeluaran. Antara persoalan yang boleh ditimbulkan ialah:
Adakah terdapat perbezaan gaji mengikut jantina?
Apakah faktor-faktor yang membawa kepada perbezaan gaji dikalangan pekerja
pengeluaran?
Adakah perbezaan gaji disebabkan oleh taraf pendidikan yang berbeza?
Adakah perbezaan gaji disebabkan oleh pengalaman?
Adakah perbezaan gaji dipengaruhi faktor umur?
Persoalan-persoalan ini akan membantu penyelidik menjuruskan pencarian literatur yang
benar-benar relevan dan menyeluruh.
d) Pembentukan Objektif Kajian

Apabila kita dapat masalah atau peluang yang yang kita jangkakan dapat dibentuk melalui
rangka kerja teoritikal atau konseptual maka secara tidak langsung kita dapat membentuk
objektif kajian. Di dalam penyelidikan kualitatif, obejktif kajian dapat dibentuk dalam bentuk
persoalan kajian. Sebagai contoh, Apakah terdapat kebimbangan para pekerja pengeluaran
terhadap pengenalan sistem saran baru yang diperkenalkan?Dalam persoalan kajian ini
penyelidik akan menumpukan kepada (a) sikap pekerja (b) pekerja pengeluaran (c) sistem
saran baru.
Dalam penyelidikan kuantitatif, objektif kajian dapat dibentuk dalam bentuk hipotesis.
Berdasarkan kepada hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang dibangunkan
melalui rangkaian teoritikal, kita dapat membentuk hipotesis kajian yang boleh diuji.Sebagai
contoh, Terdapat hubungan yang positif antara bilangan meja makan dalam sesebuah
restoran dengan kepuasan pelanggan.

Anda mungkin juga menyukai