KAUM KENSIU
1. LATAR BELAKANG
Kensiu adalah suku kaum Orang Asli dari rumpun bangsa Semang-Negrito, yang
kini hanya tinggal di perkampungan Orang Asli Lubuk Lenggong, Baling Kedah dan
jaraknya lebih kurang 12km dari Bandar Baling. Di samping itu, mereka juga ada
pertalian keluarga di Kampung Rai Yala Selatan Thailand. Mereka tinggal semenjak
1957 di Lot No.3623 yang telah diwartakan pada tahun 1958 sebagai Rizab Orang
Asli seluas 428 ekar, sebelum itu mereka tinggal berpindah randah dari Ulu
Lenggong ke Parit Panjang. Kampung Bendang Man Sik, sungai Celak dan
Kampung Tiak Kupang. Ia merupakan kumpulan kaum Negrito yang terkecil dan
tertua sekali di Semenanjung Malaysia. Kini terdapat jumlah penduduk seramai 212
orang dan jumlah 44 keluarga (data maklumat dari JHEOA Grik, Perak September
2001). Mereka ini diketuai oleh seorang penghulu bernama Itam bin Daram.
Kawasan penempatan mereka telah dilengkapkan dengan sebuah surau, sebuah
dewan serbaguna, tabika dan terdapat 46 buah rumah milik penduduk yang dibina
oleh JHEOA dan sebuah rumah milik petugas JAKIM. Penempatan mereka juga
dilengkapi dengan bekalan elektrik dan bekalan air masyarakat yang disediakan oleh
Jabatan Bekalan Air.
Menurut M.W. Tweedie seorang sejarawan menyatakan dalam bukunya PreHistory mereka yang tinggal di Semenanjung dikenali sebagai Negrito dan telah ada
sejak tahun 8000 sebelum masihi dan mereka tinggal di dalam gua memburu
binatang yang dikenali sebagai zaman batu pertengahan. Terdapat di Kedah di
zaman paleolitik dan mesolitik pada tahun 5000 sebelum masihi telah didiami oleh
orang Austrinesia yang menjadi nenek moyang orang Negrito, Sakai dan
sebagainya. Orang Negrito ini sukar untuk ditentukan sifat-sifat fizikalnya kerana di
kalangan mereka terdapat empat sub kumpulan Kensiu yang mereka kenali sebagai
Mos, Nakil (atau Dalem), Hetot dan Tanjen. Purata mereka mempunyai rambut yang
kerinting halus, berbadan gelap, dan rendah setinggi 5 kaki ke bawah, hidung lebar
mata bulat mirip Orang Afrika Timur dan kebanyakan mereka seperti Orang Asli New
Guinea yakni Papuans.
Identiti kaum Negrito adalah tersendiri dan boleh dilihat melalui kebudayaan,
kebendaan dan kehidupan mereka. Mereka menunjukkan sedikit atau tiada tandatanda pertanian. Hal ini adalah kerana mereka ini adalah satu golongan Orang Asli
yang nomad sepenuhnya. Bentuk kebudayaan kebendaan mereka termasuk
penggunaan dalam mencucuk hidung dan pembinaan kediaman sementara untuk
berlindung dari angina dan cuaca. Kaum Negrito mengembara dari setempat ke
setempat kerana memburu dan mengumpul bahan makanan dan barang-barang
hutan. Mereka akan berpindah ke tempat lain jika didapati tempat itu tidak produktif
lagi. Mereka tidak mengamalkan pertanian. Mereka mula bercucuk tanam seperti
menanam ubi, padi, pisang dan jagung. Sehingga tahun 2000, jumlah penduduk
Kensiu yang menganut agama Islam seramai 118 orang dan selebihnya masih
mengekalkan kepercayaan animisme.
5. KEPERCAYAAN
Sistem kepercayaan Masyarakat Kensiu seperti juga masyarakat kaum Negrito yang
lain, yang sebahagian besar kepercayaan kepada kepercayaan Kensiu tradisional.
Kepercayaan ini menganjurkan lambang seperti Tok Batin, Karei dan Menoi sebagai
makhluk berkuasa tinggi. Lambang kuasa ini bersifat kekal dan seiring juga dirujuk
kewujudan kuasa yang luar biasa ataupun semangat roh yang dipanggil orang
hidup atau manusia yang hidup untuk selama-lamanya. Lambang kuasa dan kurang
kuasa berada di perantaraan anatara manusia dengan orang hidup dinamakan
Cenoi. Di antara lambang kuasa ini, Cenoi Tapn sering menjadi rujukan masyarakat
ini dan disamaertikan sebagai Tuhan atau Sultan. Cenoi Tapn bersifat seperti
mawas (tawo). Bahagian atas tubuhnya muda manakala bahagian bawahnya tua.
Cenoi Tapn dikatakan mengawal kehidupan masyarakat orang Kensiu dan
menjemalkan kemarahannya melalui kilat dan petir (Kaei). Sistem ini dipelihara dan
dikawal oleh autoriti yang dinamakan Halak yang berperanan sebagai perantara
manusia Kensiu dengan lambang kuasa unggul dalam kepercayaan mereka.
Di samping itu, Halak juga berperanan sebagai pengamal perubatan tradisional.
Kedua-dua sistem ini, keagamaan dan perubatan terdiri daripada upacara yang
dinamakan panoh, yang melibatkan nyanyian dan tarian. Satu lagi ritual yang
diadakan untuk tujuan sama dinamakan sawan, yang juga menggabungkan
nyanyian dan tarian. Pengabdian serta ketaatan kepada kedua-dua sistem turut
dicerminkan melalui sikap menghormati, pantang larang, nilai dan norma
masyarakat. Masyarakat Kensiu juga mempunyai orang penting yang dianggap
pakar dalam hal kepercayaan yang dipanggil Halak atau tok pawang. Mereka
mampu memasuki dunia semangat roh ini dengan mengkhayalkan diri, selepas
mereka tidak sedarkan diri dalam keadaan yang khayal. Tok Pawang ini dipercayai
dapat berhubung dengan Chinoi dan adakalanya menjadi pengantara pertolongan
semangat ini dalam pertanian mereka. Namun begitu hampir separuh daripada
masyarakat Kensiu di Kampung Lubuk Lenggong telah memeluk Islam.
Posted by Orang Asli at 3:30 PM 3 comments:
2. PERKAHWINAN
Perkahwinan kebiasaannya berdasarkan suka sama suka antara pasangan. Mereka
memilih pasangan sendiri tanpa melibatkan ibu bapa ataupun keluarga terdekat
dengan membina tempat tinggal bersama, pasangan sudah memadai digelar suami
isteri. Tiada kenduri-kendara dilangsungkan, hanya si suami memberi sedikit hadiah
kepada si isteri dan mertua. Bagi si isteri pula membalas pemberian hanya kepada si
suami. Kebiasaannya perceraian akan berlaku di awal perkahwinan dan pasangan
remaja akan cuba mencari sehingga mendapat pasangan sejati. Jarang pula berlaku
perceraian apabila pasangan mendapat anak.
Keluarga asas penting sebagai sebuah unit ekonomi. Keluarga asas pula
merupakan sebuah kumpulan kerja dan menampakkan sedikit pembahagian tugas
antara lelaki dan wanita. Bapa akan dibantu oleh anak lelakinya yang dewasa untuk
memastikan keluarga asas mereka sentiasa mempunyai bekalan daging dan
makanan yang mencukupi. Manakala ibu dibantu oleh anak perempuannya
memungut buah-buahan hutan dan sayur-sayuran. Hasil yang diperolehi daripada
kegiatan memburu dan memungut hasil hutan ini biasanya tidak dikongsi dengan
ahli keluarga (puak) lain. Hasil tersebut menjadi hak keluarga asas kecuali ada
lebihan, barulah diagih-agihkan.
Suami dalam apa jua atau ruang tetap menjadi ketua keluarga asas. Isteri akan
mengganti tampuk sebagai ketua sekiranyan suami meninggal dunia.
Memandangkan dalam sesetengah hal, keluarga asas turut merupakan unit
keagamaan, maka suami berperanan besar memastikan pantang larang tidak
dilanggar.
Ibu yang sudah harus berpantang dengan tidak boleh turun memijak tanah selama
dua minggu. Selama dua ke tiga bulan makanan untuk ibu tidak boleh ditambah
garam. Makanan yang menggunakan minyak juga pantang dimakan.
4. KEMATIAN
Apabila berlaku kematian, berita tersebut akan disebarkan kepada penghulu dan
kaum keluarga terdekat. Mayat akan dimandikan dan dibersihkan. Mayat wanita
akan dihiaskan dengan barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai. Kemudian
dibalut dengan kain batik yang baru dan seterusnya digulung dengan tikar dan diikat
dengan kuat. Mayat lelaki pula dibalut dengan kain pelikat sebelum digulung dengan
tikar. Di tanah perkuburan, liang digali lebih kurang sedalam 2 meter. Semua harta
kepunyaan simati akan ditanam bersama-sama mayat. Setelah dikambus, 2 batang
kayu sebagai tanda dipacakkan sebagai tanda kepala dan kaki simati. Di bahagian
kepala kubur dinyalakan api supaya dapat menghalang binatang buas seperti
harimau dan babi merosakkan kubur. Jika suami meninggal dunia, si isteri tidak
boleh bersolek selama 7 hari. Pada hari pertama diadakan kenduri untuk menjamu
roh. Kenduri juga diadakan pada hari ketujuh untuk roh simati pulang terus ke alam
ghaib.
4. KEPERCAYAAN
Orang Lanoh berpegang pada sistem kepercayaan animisme. Perasaan takut
kepada hantu umpamanya merupakan satu cirri dalam kepercayaan animisme.
Namun masyarakat ini turut mempercayai tuhan sebagai lambang kuasa yang
unggul. Sistem kepercayaan dikawal dan dipelihara oleh autoriti yang bergelar
Halak. Di samping menagani hal ehwal keagamaan, Halak turut berperanan
sebagai pengamal perubatan tradisional Lanoh.
5. STATUS EKONOMI
Gabungan beberapa keluarga asas (biasanya tidak melebihi 10 keluarga asas) yang
mempunyai pertalian darah atau bersaudara membentuk sebuah puak. Puak
diketuai oleh seorang ketua tetapi tidak mempunyai sebarang gelaran. Ketua puak
biasanya terdiri daripada anggota puak tertua, berpengalaman luas dan memiliki
pengetahuan mendalam tentang ilmu kebatinan dan perubatan tradisional Lanoh.
Tanggungjawab utama seseorang ketua tidak hanya terbatas sebagai pembuat
keputusan dalam hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi seperti jenis kegiatan
ekonomi yang harus dijalankan dalam sesuatu masa atau musim, menetapkan masa
untuk membuat rumah dan berpindah dan seumpamanya, tetapi juga untuk
memelihara peraturan sosial seperti usaha menjatuhkan hukuman atas kesalahan
yang bersifat jenayah.
Orang Lanoh hari ini telah menerima perubahan yang dianjurkan oleh kerajaan
dengan baik. Pada masa ini kerajaan mewajibkan masyarakat ini tinggal secara
kekal di perkampungan dan dalam Rancangan Penempatan Semula yang
dibangunkan oleh kerajaan. Di kawasan penempatan baru ini, ketua orang Lanoh
bergelar Penghulu, satu sistem yang dianjurkan oleh kerajaan. Penghulu dilantik di
kalangan anggota yang berpendidikan dan berpengalaman dalam pengaulan luar.
Dia berperanan sebagai orang perantaraan di antara penduduk kampung dengan
orang luar, terutamananya kerajaan. Orang Lanoh telah menerima baik system
pertanian kekal yang dianjurkan oleh kerajaan. Terdapat juga pertanian kekal ini
secara persendirian. Selain itu, mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi moden,
khususnya dalam sektor makan gaji.
Namun dalam satu perkembangan lain, semakin ramai orang Lanoh diasimilasikan
ke dalam suku kaum Orang Asli yang lain seperti Temiar. Fenomena ini berpunca
daripada perkahwinan campur dan kedua, akibat sistem petempatan kekal. Dalam
satu rancangan kekal umpamanya di Kampung Grik, beberapa keluarga Lanoh telah
ditempatkan bersama-sama majoriti orang Temiar. Dalam jangka panjang,
masyarakat ini akan terserap dalam masyarakat Temiar. Mereka menggunakan
bahasa Temiar walaupun bercakap sesame orang Lanoh sendiri. Fenomena ini
secara tidak langsung sebenarnya menunjukkan sifat positif dan kepekaan
masyarakat terhadap pembangunan dan perkembangan alam sekeliling mereka.
Posted by Orang Asli at 3:28 PM No comments:
2. SOSIO-BUDAYA
2.1 PERLANTIKAN
Jawatan Penghulu diwarisi mengikut keturunan. Penghulu biasa mempunyai ciri-ciri
kepimpinan dan pemilihannya dibuat melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja
Kampung(JKKK).
antara keluarga yang tidak bersetuju dengan kepimpinannya. Kuasa Penghulu juga
akan gugur jika beliau mengasingkan diri dengan berpindah ke pertempatan baru.
3. KEKELUARGAAN
3.1 PERKAHWINAN
(i) Adat Menunggu (Meyakinkan bakal mertua)
Bakal menantu lelaki perlu dapat meyakinkan mertua akan kewibawaannya dengan
menawarkan diri untuk menguruskan kerja-kerja seharian. Ini bererti beliau
mempunyai kesanggupan menanggung bakal keluarganya. Adat ini dikenali sebagai
"Adat Menunggu".
(ii) Merisik
Kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan
daripada kedua-dua pasangan. Kemudian kedua-dua pihak berjumpa Penghulu
untuk mendapatkan restu dan seterusnya menetapkan tarikh perkahwinan. Majlis
perkahwinan diadakan pada waktu malam. Kedua-dua pihak membawa pengiring
daripada ahli keluarga masing-masing. Pihak perempuan menyediakan sebuah bilik
khas bagi kedua-dua pengantin tidur bersama. Pengiring akan memerhatikan gerak
laku pengantin baru dan akan melaporkan kepada kedua belah pihak. Majlis jamuan
akan diadakan pada malam kedua. Pada malam itu juga mereka membakar
kemenyan dan menabur bertih agar rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia dan
dijauhi daripada penyakit serta perkahwinan ini juga direstui oleh penduduk
kampung. Majlis ini kebiasaannya akan diikuti dengan tarian sewang di dewan /
tempat khas yang disediakan.
3.2 Kelahiran
Semasa isteri sedang mengandung kedua pasangan terpaksa mematuhi beberapa
pantang larang seperti berikut:
* Suami tidak memegang alat menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang dilahirkan
itu nanti terlekat uri.
* Tidak boleh memancing ikan kerana dipercayai tali pusat bayi akan putus semasa
bersalin.
* Memotong buluh/tebu mesti mengikut ruas untuk mengelakan bayi dalam
kandungan dalam keadaan songsang.
* Tidak boleh makan kijang, ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat ditakuti
bayi terkena 'kenan' dan menghidap sakit 'sabat'(sawan).
* Tidak boleh makan buruan yang telah ditembak kerana dipercayai kandungan akan
gugur.
Ibu ditempatkan di sebuah bilik khas (biasanya di bahagian dapur). Tempat tidur
disediakan dalam kedudukan condong 20 darjah untuk memudahkan ibu bersalin.
Suami dan saudara-mara terdekat(perempuan) boleh turut sama duduk di sisi. Tok
Bomoh dan Bidan dipanggil untuk menjampi dan membantu ibu bersalin. Mereka ini
memainkan peranan sebagai 'tuhad' (penyelamat). Bidan akan menolong dan
mengurut ibu sehingga bayi dilahirkan. Bidan akan balik setelah ibu 'buka pantang'
iaitu seminggu selepas bayi dilahirkan. Uri bayi akan digantung di pokok dipercayai
tiada gangguan.
4. ADAT ISTIADAT
4.1 Sewang
Sewang adalah upacara menurun untuk mendapatkan ilham. Senikat lagu sewang
diperolehi oleh Tok Halaq melalui mimpi. Upacara ini dilakukan pada malam hari dan
berjalan selama 3 hingga 7 hari berturut-turut bergantung kepada makanan yang
ada. Mereka menari dengan cara bergerak sekeliling penetas secara berpusing.
Terdapat dua jenis sewang iaitu Sewang Pantang dan Sewang Umum. Setiap
sewang memakan masa selama 15 minit yang dijalankan oleh 'Juru Sewang'. Juru
Sewang akan berdendang hingga tidak sedarkan diri (pengsan). Mereka akan
dipulihkan oleh Tok Halaq.
5. BAHAN PERUBATAN
Suku Kaum Temiar masih mengamalkan perubatan tradisional dengan
menggunakan akar dan tumbuh-tumbuhan berikut sebagai bahannya:
* Akar Tongkat Ali
* Kacip Fatimah
* Tunjuk Langit
* Bunga Pakma
* Pokok Dukung Anak
* Pokok Gajah Beranak
* Rempah
* Pisang Hutan
* Kulat Susu Harimau
* Akar Sempelas
6. KEPERCAYAAN
6.1 Karei / Engku
Ia dipercayai makhluk yang besar dan berkuasa yang tinggal di angkasa Karei akan
marah dengan menurunkan bala jika mereka melanggar pantang dan melakukan
perbuatan keji.
6.2 Penunggu
Masyarakat Temiar percaya, tempat seperti lubuk, lata, teluk, gua, bukit dan gunung
ada penunggunya maka ia harus dihindari dan tidak diganggu. Mereka dilarang
menegur atau berkata sesuatu di tempat tersebut krana ia akan disampuk oleh
penunggu terutama bagi mereka yang lemah semangat.
7. AMALAN SOSIAL
7.1 Bertandang
* Tetamu hendaklah pasti ada orang dirumah sebelum bertandang. Tanpa memakai
kasut tetamu boleh naik ke rumah setelah dijemput.
* Tetamu mesti menegur ketua rumah terlebih dahulu dan bertanyakan khabar.
* Tetamu selalunya menghadiahkan sesuatu kepada ketua rumah seperti rokok atau
tembakau.
* Tetamu akan minta diri untuk balik dan bertanyakan pesanan untuk dibawa kepada
penghulunya (jika tetamu dari kampung lain).
9. KEMATIAN
Apabila berlaku kematian, Tok Halaq akan megesahkan kematian tersebut. Berita
kematian akan diberitahu kepada penghulu dan seterusnya kaum keluarga terdekat.
Mayat tidak boleh dimandikan atau dibersihkan. Ia dipakaikan pakaian baru dan
diselimutkan dengan kain baru, kemudian digulung dengan tikar baru dan
diikat.Selepas itu, ia diletakkan di atas pengandar(usungan) yang dibuat dari buluh
cincang.Sebelum mayat dikebumikan, unggun api dinyalakan di bahagian kaki atau
kepala simati untuk mengelakkan roh simati mengganggu ahli keluarganya.Nyanyian
'Chinchemm'(lagu sedih) dinyanyikan semasa mengiringi mayat ke tanah
perkuburan. Tanah perkuburan biasanya terletak di seberang sungai untuk
mengelakkan hantu yang membawa kematian, balik. Liang dikorek lebih kurang
sedalam dua meter. Semua harta kepunyaan simati akan ditanam bersama-sam
mayat sementara barang-barang lama dan rumahnya dibakar. Sekiranya 'Tok Halaq'
meninggal dunia, mayatnya tidak terus ditanam sebaliknya diletakkan di dalam bilik
khas di rumahnya. Kaum keluarganya akan menyalakan unggun api di bawah rumah
tersebut selama tujuh hari untuk mengelakkan mayat daripada diganggu oleh
binatang buas. Kaum keluarga akan berpindah ke tempat baru. Dalam tempoh
berkabung selama 40 hari semua aktiviti dalam bentuk hiburan diharamkam.Setelah
selesai berkabung barulah majlis kenduri diadakan.
berkumpul semula dengan tujuan untuk mengumpulkan bahn makanan bagi majlis
kenduri. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama
menguruskan penyediaan makanan dan kumpulan kedua menyediakan tempat
bersewang. Tempat sewang akan dihias dengan pucuk 'calon' buah kepala (palas)
untuk dijadikan seludang palas(Tempok Kuar) dan bunga.
Posted by Orang Asli at 3:22 PM 2 comments:
1.2 ASAL-USUL
Memandangkan wilayah kehidupan mereka terlau jauh hingga ke wilayah Chaiya di
selatan Thailand, para pengkaji mempercayai bahawa masyarakat Kintak
mempunyai pertalian dengan orang Negrito di Kepulauan Andaman, kaum Aetas di
Filipina. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi berasaskan bentuk fizikal dan dialek
mereka.Temubual dengan pembantu penghulu, Din bin Dahan serta beberapa
penduduk kampung mendakwa bahawa mereka berasal dari Betong di selatan
Thailand, kemudiannya berpindah ke Kubang Semang di Keroh sebelum menetap di
kampung sekarang. Mereka juga mendakwa bahawa generasi tua mereka sebelum
ini, termasuk penghulu mereka sekarang Penghulu Alipon bin Saad pernah
bersekolah dan sering berulang-alik ke Betong. Malah terdapat di kalangan
masyarakat ini mahir bertutur dalam dialek Siam.
2. SOSIO-BUDAYA
Masyarakat Kintak pengamal sistem keluarga nuklear atau sekelamin. Setiap
keluarga ini mempunyai rumah sendiri. Keluarga mereka terdiri suami, isteri dan
anak. Keluarga nuklear diketuai oleh suami yang berkuasa dalam membuat
keputusan. Namun kuasa membuat keputusan tersebut tidak mutlak kerana suami
harus mengambil kira nasihat dan pandangan isteri dan ibu atau bapa, atau mentua
yang tinggal bersama mereka.
2.1 ADAT PERKAHWINAN
Di kalangan suku kaum Negrito termasuk masyarakat Kintak adat perkahwinan
mereka terlalu mudah. Tidak diatur secara rasmi dan tidak diraikan. Kahwin kepada
mereka memadai dengan kedua-dua pasangan membina tempat perlindungan dan
tidur bersama. Ini tidak bermakna mereka mengamalkan bebas seks.Biasanya
perkahwinan mereka berasaskan pilihan sendiri atau dasar suka sama suka.
Perkahwinan atas pilihan keluarga amat kurang berlaku. Sering juga berlaku
penceraian dan berkahwin semula dengan orang lain. Penceraian jarang berlaku
selepas pasangan memperolehi anak.
2.2 ADAT KEMATIAN
Biasanya apabila berlaku kematian, sanak-saudara simati yang jauh dan dekat,
penghulu serta penduduk kampung akan diberitahu. Penghulu sebagai ketua adat
akan mengatur kerja-kerja pengurusan mayat dan upacara pengebumian. Bagi
menghormati simati, segala kegiatan harian masyarkat pada hari berkenaan
terpaksa ditangguhkan. Larangann ini jika dingkari dipercayai roh simati akan marah
dan akibatnya akan ditimpa malapetaka. Mayat biasanya tidak dikebumikan pada
hari kematian, kerana ingin memberi peluang kepada saudara mara simati yang
jauh, hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Pada malamnya, dirumah simati
sanak saudara dan penduduk kampung akan bergilir-gilir akan menjaga mayat
sehingga keesokan harinya, tujuannya bagi mengelakan mayat manusia tersebut
diganggu oleh hantu. Mayat juga ditegah diumpat keji serta dilangkah oleh manusia
dan binatang kerana dikhuatiri mayat tersebut akan bangkit dan mengganggu
penduduk kampung.Pada keesokan harinya, di tanah perkuburan kerja-kerja
menggali lubang kubur dan mencincang buluh dijalankan. Sementara itu dirumah,
mayat dimandikan. Kemudian dipakaikan pakaian yang lengkap, seterusnya keduadua belah tangan dan kaki dibengkokkan atau dilipat ke arah hadapan badan
sehingga bahagian jari-jemari tangannya berada betul-betul dibawah dagu dan
kepala lututnya mencecah dada. Akhir sekali mayat dibungkus dengan kain batik
lepas yang baru dan diikat kemas supaya senag diusung ke kubur.Bagi
mengelakkan gangguan binatang dan sebagainya, mayat biasanya ditanam sedalam
empat atau lima kaki serta mempunyai lahad. Mayat akan diletakkan dalam dan
kemudian lahad ditutup dengan buluh cincang terlebih dahulu sebelum dikambus. Di
atas kubur, pondok pisang sesikat dibina untuk menaunginya.Sebagai tanda
sepasang kayu yang telah dijampi oleh Tok Bomoh dipacakkan di bahagian kepala
dan kaki kubur berkenaan. Segala barang-barang kesayangan simati diletakan di
atas kubur. Bagi mengingati simati serta mempercayai roh simati juga memerlukan
makanan dan rokok (jika simati hayatnya merokok) juga diletakkan bersama.
Sebelum meninggalkan kubur, bapa dan simati akan meninggalkan pesananpesanan yang baik kepada simati. Kenduri kecil akan diadakan pada malam
berkenaan. Tujuh hari selepas itu kenduri berserta sewang secara sederhana pula
diadakan. Kedua-dua kenduri tersebut bertujuan menjamu simati. Pada hari
keempat puluh, kenduri dan sewang secara besar-besaran akan diadakan,
tujuannya selain untuk menjamu simati juaga menandakantamat tempoh berpantang
bagi seluruh penduduk kampung berkenaan. Pasangan simati dan keluarganya
dilarang berhias dan bersukaria dalam tempoh berpantang selama empat puluh hari.
Manakala penduduk kampung hanya dilarang bersukaria dalam tempoh tersebut.
2.3 ADAT KELAHIRAN
Dalam mempastikan ibu yang sedang mengandung sentiasa dalam keadaan sihat,
untuk mengelakan komplikasi kepada si ibu semasa melahirkan dan bagi menjamin
anak dilahirkan sihat serta sempurna sifatnya berbagai-bagai pantang larang serata
pemilihan makanan yang sesuai yang perlu dipatuhi oleh pasangan suami isteri,
sama ada sepanjang tempoh mengandung mahupun selepas bersalin.
2.3.1 SEMASA MENGANDUNG
* Pantang yang dikenakan kepada isteri:Pantang/Tak boleh
1. Makan pucuk paku
2. Makan pucuk labu
Makan ikan yang dipancing
1. Makan ikan yang berduri
2. Makan binatang bertanduk
Makan ubi sebelum kandungan berusia tiga
bulan
Akibat /Dipercayai
Kandungan dan bayi lemah
Bibir bayi sumbing
Lekat atau susah bersalin
Kaki dan tangan menyerupai
ubi
Pantang/Tak boleh
1. Panggang ikan perut di bawah
2. Panggang ikan suling-paling
Menjaring atau menjala ikan
Memancing ikan
Akibat /Dipercayai
Takut bayi menyongsang
Lekat atau susah bersalin
Bibir bayi sumbing
2.4 PERAYAAN
Tidak banyak perayaan dalam masyarakat Kintak, lantaran daripada amalan
berpindah-randah yang mereka amalkan.Antara perayaan tahunan yang diraikan
adalah seperti berikut:2.4.1 Musim Buah-buahan
Perayaaan ini diadakan apabila buah-buahan hutan telah masak. Kaum lelaki akan
keluar beramai-ramai untuk mengumpul buah-buahan seperti tampoi, larah,
rambutam, durian dan sebagainya dibawa pulang. Pada malamnya didakan majlis
bersewang sambil menikmati buah-buahan serta makanan yang disediakan oleh
kaum wanita.
3. PANTANG LARANG
3.1 Kepercayaan
Seperti kepercayaan suku kaum Negrito yang lain, secara tradisinya masyarakat
Kintak juga menonjolkan lambang kuasa Tok Batin , Karei dan Cenoi. Mereka terlalu
menghormati, patuh dan takut kepada ketiga-tiga lantaran kuasa mereka miliki
dipercayai terlalu tinggi , luar biasa dan sifat kekal.Cenoi mempunyai kelebihan sihir
dan pakar dalam kesegala kebaikan. Ia sering dirujuk oleh masyarakat dan disama
tarafkan seperti tuhan atau sultan. Fungsinya mengawal masyarakat dan
kemarahannya akan dijelmakan melaui petir dan kilat.
4. AMALAN KESIHATAN/PERUBATAN
Walaupun masyarakat Kintak telah menerima perubatan moden, namun kaedah
4.1 PEMAKANAN
Mamandangkan hampir tidak wujud sebarang bentuk pertanian dalam kehidupan
masyarakat ini, maka mereka juga menjadikan ubi-ubi liar seperti ubi pandang, ubi
kepala gajah, ubi tanjung, ubi garam, ubi kapur dan beberapa jenis ubi lain sebagai
sumber makanan harian. Protein diperolehhi daripada binatang buruan dan ikan.
Mereka juga mendapatkan buah-buahan , umbat dan sayur-sayuran hutan bagi
sumber vitamin. Disamping itu mereka juga mengamalkan pengambilan herba-herba
tertentu untuk meningkatkan kesihatan dan sumber tenaga.
Kaedah Rawatan
Dijampi
Kulit tepus dilayur pada api dan dililit di kepala.
Daun kapalterbang digesek dengan tangan hingga
hancur, dipupuk atau disapu pada tempat yang sakit.
Akar lada direbus dan diminum.
Daun sirih atau cawi digulung berbentuk kon dan
disumbatkan ke lubang hidung.
Daun misai kucing dicelur dan ditempek pada
bisul untuk tarik nanah.
Sejenis akar berduri dibuang kulit luar dan dalam,
ditumbuk dan digosok pada kudis.
Dijampi dan diikat dengan anduh buluh.
5. STATUS EKONOMI
Secara tradisinya, orang kintak juga seperti rumpum bangsa lain dalam suku kaum
Negrito. Mereka merupakan pemburu dan pengumpul makanan. Kehidupan mereka
amat bergantung kepada hasil hutan belantara seperti buah-buahan, ubi-ubi liar,
keladi, tumbuh-tumbuhan binatang buruan dan ikan sebagai sumber
makanan.Disamping itu mereka juga mengumpul hasil-hasil hutan sperti rotan,
gaharu, herba ubatan tradisional dan sebahagiannya untuk dijual.Hanya sebilangan
kecil di antara mereka mengusahakan tanah untuk aktiviti pertanian.
5.1 PEKERJAAN