Anda di halaman 1dari 7

PERKEMBANGAN FIZIKAL PERINGKAT KANAK-KANAK

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar


pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk & Margetts,2007). Semasa pembesaran, kanakkanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih
kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung
dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menentukan kebolehan
kanak-kanak melakukan sesuatu misalnya keupayaan mereka bersaing dengan
rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat
bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan
sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi
keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Penyisihan kanak-kanak daripada
kumpulan mungkn mempengaruhi perkembangan personalitinya.
4.1 PRINSIP ASAS DALAM PERKEMBANGAN FIZIKAL
Prinsip asas dalam perkembangan fizikal
1. Perkembangan fizkal bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.
Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan
perkembangan badan, kaki dan tangan. Seseorang kanak-kanak dapat mengawal
pergerakan kepelanya dahulu kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya
kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka
dalam masa 2 bulan selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh
meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan. Pada usia 6 hingga
12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan
seterusnya berjalan.
2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar
badan.
Pada peringkat pre natal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki
dan tangan. Otot halus pada jari dan kaki merupakan bahagian akhir
perkembangan fizikal badan. Seseorang bayi selepas kelahiran akan cuba
mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal
otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua
tangan untuk menggengam objek dengan sebelah tangan menggunakan jair
tangan kerana otot tanga sudah berkembang.
3. Kebolehan menyanyi bertambah jelas dan spesifik.
Sebagai contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menagais
kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan
menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit.
4. Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkt
remaja tetapi bahagian bahu mangambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya

berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja
tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan.
4.2 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL
Prenatal
Perkembangan organisma bermula pada masa persenyawaan, iaitu apabila sperma
bapa bersatu dengan ovum telur ibu. Seseorang wanita dilahirkan dengan simpanan
telur di dalam kedua-dua ovarinya. Selepas seseorang wanita mencapai akil baligh,
satu ovum akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovari. Ovum
tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia. Proses ini dipanggil ovulasi.
Selepas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak ke tiub falopia. Persenyawaan
berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma bapa dia bahagian atas tiub
falopia bersebelahan dengan ovari. Sekiranya ovum tersebut tidak disenyawakan
dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan sebagai haid. Manakal
ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kadangkala seseorang
wanita akan menghasilkan lebih daripad satu telur, samada secara semulajadi
ataupun dengan rangsangan dadah. Persenyawaan dua ovum oleh dua sperma
berbeza menghasilkan kebar dwizigot atau lebih dikenali sebagai kembar
bersaudara. Jika ovum yang disenyawakan oleh sperma bercerai kepada dua
bahagian, iaitu zigot mambahagi kepada dua dan setiap bahgian melalui
pembahagian sel dan berkembang menjadi dua individu yang serupa maka kembar
monozigot atau serupa terhasil. Kembar monozigot terhasil daripada zigot yang
sama, oleh itu dia mewarisi gen yang sama daripada ibu dan bapa. Peringkat
prenatal ialah selam sembilan bulan dan terbahgi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan
(geminal stage), embrio dan fetal.

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)


Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada
peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan
pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanak-kanak
pada perigkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin
empat kali ganda. Otot-otot besar sydah berkembang tetapi otot-otot halus belum
berkembang dengan sempurna. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanakkanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada perkembangan kanakkanak lelaki. Perubahan dalam kebolehan psikomotor mengikut aturan, misalnya
seorang kanak-kanak boleh berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar
bergerak menggunakan kasut roda.

Kanak-kanak (7-12 tahun)


Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu
pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan
perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahirankemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kakal
bermula dan gigi susu diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada
umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun.

Ketinggian kanak-kanak lelaki pula bertambah apabila mereka berumur antara 10


hingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun.
Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur 11 tahun apabila
kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan
mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugasan yang diberi
keppada meraka. Perkembangan otot-otot halus, keordinasi mata dan tangan sudah
mencukupi untuk kanak-kanak menulis degan lebih kemas, belajar bermain alatalat
muzik seperti piano dan biola, manjahit, manait , mebina model,belajar gimnastik,
berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada
permainan lasak misalnya permainan di padang.

Awal remaja (12-15 tahun)


Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat,
sam seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal-fizikal seperti
ketnggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa. Perubahan saiz bagi
remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum
mancapai akil baligh. Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan
mula menunjukan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh. Remaja lelaki
yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau suara pecah. Tubuh
badannya bertambah tegap, buku ketiak dan misai mula kelihatan. Perubahan
ketinggiandan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebalum
remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semas mencapai akil baligh lebih
lama. Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya mereka pada
umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.

http://www.scribb.com/doc/24805166/perkembangan-kanak-kanak
3/2/2010

3.00pm

Implikasi Perkembangan Fizikal kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap


Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada peringkat ini kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik pada aktivitiaktiviti seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permeianan dan
latihan-latihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta
membina pergerakan yang lebh cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang
lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan
yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring. Aktiviti senaman
dan pemakanan yang sesuai yang perlu siterapkan kapada kanak-kanak. Perbezaan
saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut
terlebih berat badan bolh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

www.scribb.com/doc/14682336/Perkembangan-kanak-kanak
7/2/2010

2.15pm

Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru

Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian,

Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri,

Membantu pendidik merancang objektif dan matlamat pembelajaran yg


sesuai

Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif


pembelajaran yg ditetapkan.

Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yg tidak disenangi pelajar pada
peringkat umur tertentu.

Merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan


memotivasikan pelajar.

Merancang pengajaran
perkembangan pelajar.

Prihatin dan sabar dlm membimbing pelajar.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap


pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

Membuat intervensi utk mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

Berbincang dengan ibu bapa tentang langkah yangg perlu dilakukan untuk
sama-sama mengatasi masalah pelajar.

dan

pembelajaran

yg

sesuai

www.scribd.com/doc/5212225/BAB-2-PERKEMBANGAN-MANUSIA
7/2/2010

2.00pm

dgn

tahap

TEORI PERKEMBANGAN FIZIKAL


Pandangan
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan
dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003),
perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;
kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering
dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan
koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.
Dalam proses mendidik kanak-kanak, aspek perkembangan fizikal seharusnya diberi
perhatian. Seorang kanak-kanak tidak akan dapat berkembang dengan baik
sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas tidak
akan dapat mencapai kejayaan sekiranya kanak-kanak ini mengalami masalah
kesihatan atau persekitarannya kurang sihat. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu
diberikan pendedahan dalam cara amalan dan langkah untuk menjaga kebersihan
persekitaran kanak-kanak tersebut.
Begitu juga dengan aspek keselamatan dan langkah-langkah dalam penjagaan diri.
Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan tindakan yang boleh mendatangkan
kemalangan dan berbahaya. Kanak-kanak juga perlu tahu bagaimana untuk
menghindari tempat yang berbahaya. Selain itu, mereka juga perlu diajar untuk
mengamalkan cara menjaga keselamatan diri seperti menjerit sekiranya diganggu
oleh orang yang tidak dikenali.
Dari aspek kesihatan, kanak-kanak perlu tahu peri pentingnya menjaga kebersihan
tubuh badan seperti mandi, memotong kuku, menyikat rambut dan memberus gigi.
Mereka juga harus diberikan pengetahuan dari aspek pemakanan yang sihat,
seimbang dan berkhasiat. Selain itu, kanak-kanak juga seharusnya dapat
mengamalkan tabiat cara pemakanan yang baik seperti jenis makanan yang sesuai
untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Selain aspek kebersihan, keselamatan dan kesihatan, kanak-kanak juga perlu
didedahkan dengan amalan senaman dan pergerakan anggota badan yang betul.
Pergerakan fizikal dan senaman yang baik dapat memastikan organ dan anggota
badan dapat berfungsi dengan berkesan. Kanak-kanak perlu tahu cara bernafas
yang betul atau pergerakan tangan dan kaki bagi membantu meningkatkan
kecergasan tubuh badan mereka.

1.1.1 Implikasi Dalam Pembelajaran


Peringkat awal perkembangan kanak-kanak merupakan masa yang terbaik bagi
proses pembelajaran berlaku. Pada ketika ini, kanak-kanak lebih mudah menerima
pengaruh rangsangan persekitaran sama ada yang berbentuk positif atau negatif.
Rangsangan yang positif akan melonjakkan lagi kecemerlangan diri kanak-kanak
tersebut. Pada peringkat ini kemahiran dan potensi kanak-kanak lebih mudah untuk
dikembangkan ke peringkat yang optimum. Pada tahap ini juga kebanyakan kanak-

kanak dapat menerima pengajaran dan sanggup menghabiskan banyak masa


dengan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kemahiran mereka.
Proses pembelajaran kanak-kanak memerlukan keperluan fizikal mereka seperti
persekitaran, kebersihan diri dan rasa selamat perlu dipenuhi. Kanak-kanak perlu
digalakkan mengamalkan langkah kebersihan diri seperti menjaga kebersihan
pakaian, rambut, kuku dan penjagaan gigi. Penjagaan diri yang baik akan
membolehkan kanak-kanak lebih memberi tumpuan terhadap pembelajaran mereka.
Mereka juga memerlukan keadaan persekitaran yang kondusif dengan
menggalakkan aktiviti yang dapat merangsang deria mereka dalam pembelajaran.
Kanak-kanak juga seharusnya berasa selamat di persekitaran untuk pembelajaran
mereka.
Dari aspek pemakanan pula, kanak-kanak akan berasa cepat bosan dengan
pemakanan yang sentiasa sama dihidangkan kepada mereka. Makanan yang
berkhasiat dan yang dapat memenuhi selera mereka adalah amat penting. Kanakkanak memerlukan makanan yang dapat membekalkan tenaga untuk mereka seperti
makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti nasi, bihun dan roti.
Selain itu makanan berprotein yang menggalakkan pertumbuhan mereka seperti
telur, ikan dan daging. Kanak-kanak akan cepat tertarik dengan makanan yang
berwarna yang menarik seperti buah-buahan. Cara pemakanan ini akan
mempengaruhi tumbesaran dan kematangan minda kanak-kanak.
Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif. Pembelajaran kanak-kanak melalui
pengalaman fizikal. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan
motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak
terlibat dengan aktiviti fizikal dengan yakin. Kanak-kanak boleh dilibatkan dengan
aktiviti seperti memegang guli untuk belajar mengira bilangan objek. Melalui aktiviti
penggunaan motor kasar dan motor halus seperti ini akan meningkatkan kecerdasan
kanak-kanak.

http://www.scribd.com/doc/12898147/Teori-Perkembangan-Fizikal
7/2/2010

3.00pm