Anda di halaman 1dari 7

1.

Menyediakan isi pelajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid


Mengelaskan murid mengikut tahap kebolehan
Contoh: mengadakan kelas pemulihan kepada Murid yang lemah
Dengan mengadakan kelas pemulihan, murid yang lemah akan diajar
secara latih tubi. Murid juga akan diajar dengan soalan yang lebih mudah.
Selain itu, penggunaan gambar rajah dalam pengajaran memudahkan
mereka untuk memahami. Semasa pengajaran, sering menanyakan soalan
agar murid dapat menggunakan pemikiran yang optimum.

Semasa

pengajaran matematik, guru melukis gambar rajah untuk memberitahu murid


apa sebenarnya yang dikehendaki oleh soalan dan cara-cara penyelesaian
soalan berkenaan. Contohnya, dalam pengiraan matematik 10 7 sama
dengan berapa? Dengan ini, guru haruslah menyuruh murid menggunakan
semua jari mereka untuk mewakili nombir sepuluh dan menyuruh mereka
menutup tujuh daripada jari mereka serta suruh mereka mengira jumlah jari
yang tidak ditutup. Sehubungan itu, murid-murid memahami konsep tolak
dalam matematik.
Mengadakan pengkayaan kepada murid yang pintar.
Contohnya, dalam pengajaran bahasa Melayu,ketika menjawab soalan
berkenaan dengan sesuatu petikan, pelajar haruslah ditanyakan soalan yang
berkaitan dengan petikan dan disertakan dengan menanyakan pendapat
mereka agar mereka dapat mengembangkan lagi tahap pemikiran mereka.

2. Menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang secocok dengan


perkembangan mental, jasmani dan emosi murid.
Contohnya, membuka video yang berunsur ilmiah kepada murid. Selepas
menonton, guru haruslah menyoal mereka berkenaan dengan jalan cerita dan
pengajaran dalam filem berkenaan. Ini secara tidak langsung, mereka boleh
mempelajari sesuatu dengan gembira berbanding pembelajaran secara
formal yang lebih menekan emosi murid. Selain itu, guru juga hendaklah
menyuruh murid menulis semula cerita yang ditonton mengikut urutan dengan
menggunakan ayat yang ringkas. Ini adalah pembelajaran penulisan secara
tidak langsung. Penontonan filem dapat mengajar murid istilah-istilah baru
dalam bahasa. Hasil pembelajaran begini lebih berkesan berbanding
pembelajaran secara formal kerana dengan suasana pembelajaran yang
menarik dan tidak membosankan menjadikan murid lebih mudah mengingati
sesuatu pembelajaran.
Contohnya, dalam penghafalan istilah-istilah sains, guru boleh menggubah
lagu yang liriknya ditulis dengan menggunakan contoh eksperimen dan istilah
dalam sains dan mengajar murid menyanyikan lagu berkenaan. Cara ini
memudahkan murid untuk mengingati eksperimen dan istilah dalam sains.
Kaedah ini juga dapat mengurangkan tekanan di kalangan murid kerana ia
menghiburkan.

Verbal / Linguistik
1.1 Mengadakan pertandingan atau permainan
Dalam membantu murid untuk mencapai perkembangan kognitif yang
optimum adalah melalui pertandingan dan permainan. Contohnya, dalam
pembelajaran matematik, guru boleh mengadakan pertandingan congkak
untuk merangsang kognitif kanak-kanak supaya mereka dapat berfikir
strategi sendiri untuk memenangi pertandingan tersebut.

1.2 Mengadakan lawatan


Pada pendapat saya, aktiviti lawatan dapat membantu kanak-kanak dalam
mencapai kognitif yang optimum kerana aktiviti ini membolehkan muridmurid mempunyai pengalaman sendiri. Contohnya, guru boleh membuat
satu lawatan ke taman sains untuk mendekatkan diri murid tentang
pemahaman mereka dengan subjek sains. Melalui lawatan, kanak-kanak
tidak akan merasa bosan dengan pengajaran dalam kelas yang hanya
tertumpu kepada fakta dan konsep tanpa menggunakan deria-deria
sentuhan dan penglihatan untuk memahami pembelajaran tersebut.
Berdasarkan pengalaman saya di sekolah menengah, guru kelas telah
membawa kami ke muzium untuk melihat barang peninggalan sejarah.
Pendapat saya ini adalah seiring dengan teori Howard Gardner yang
menyatakan bahawa melalui naturalis kanak-kanak mempunyai kebolehan
untuk memerhati corak dalam alam semula jadi dan memahamni alam
semula jadi dan sistem buatan manusia.
1.3 Menyediakan isi pelajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid
Setiap murid mempunyai perkembangan kognitif yang berbeza walaupun
mereka mempunyai umur yang sama. Oleh itu, guru perlu mengelaskan
murid mengikut tahap kebolehan masing-masing. Menurut Bruner (1966),
beliau telah turut menyatakan dalam prinsip strukturnya bahawa aktiviti
pengajaran-pembelajaran

yang

berkesan

dapat

dicapai

sekiranya

organisasi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaraan mental kanakkanak. Sebagaimana yang saya ketahui, terdapat beberapa sekolah yang
telahpun menjalankan kelas pemulihan kepada murid yang lemah dan
pengkayaan kepada murid yang pintar. Saya sememangnya menyokong

pelaksanaan aktiviti tersebut kerana ia sememangnya dapat membantu


pelajar

yang

mempunyai

daya

keupayaan

yang

berbeza

menyesuaikan mereka dengan tahap pemikiran mereka.

untuk
Dengan

mengadakan kelas pemulihan, murid yang lemah akan diajar secara latih
tubi. Murid juga akan diajar dengan soalan yang lebih mudah berbanding
dengan pelajar pintar. Maka, kanak-kanak yang lemah ini tidak akan
berasa rendah diri untuk

bertanya kepada guru kerana mereka telah

digolongkan dengan murid-murid yang sama tahap pemikirannya. Semasa


pengajaran, guru perlu sering menanyakan soalan agar murid dapat
menggunakan pemikiran yang optimum. Semasa pengajaran matematik,
guru melukis gambar rajah untuk memberitahu murid apa sebenarnya
yang dikehendaki oleh soalan dan cara-cara penyelesaian soalan
berkenaan. Contohnya, dalam pengiraan matematik 10 7 sama dengan
berapa? Dengan ini, guru haruslah menyuruh murid menggunakan semua
jari mereka untuk mewakili nombor sepuluh dan menyuruh mereka
menutup tujuh daripada jari mereka serta suruh mereka mengira jumlah
jari yang tidak ditutup. Melalui cara ini, ia amatlah sesuai untuk murid yang
lemah untuk konsep tolak dalam matematik dengan lebih mudah.
Sebaliknya, pengkayaan harus diterapkan kepada murid yang pintar
supaya mereka tidak merasa bosan dalam pembelajaran mereka.
Kadang-kala, guru akan mengulangi topik pengajarannya agar murid yang
lemah dapat mengikutinya. Dalam hal ini, murid-murid yang pintar akan
berasa bosan kerana mereka telahpun memahami topik tersebut dan
mereka ingikan kelainan daripada murid-murid yang lain. Contohnya,
dalam pengajaran bahasa Melayu, ketika menjawab soalan berkenaan
dengan sesuatu petikan, pelajar haruslah ditanyakan soalan yang
berkaitan dengan petikan dan disertakan dengan menanyakan pendapat
mereka agar mereka dapat mengembangkan lagi tahap pemikiran
mereka.
1.4 Menggunakan bahan-bahan bantuan dalam pengajaran
Penggunaan bahan-bahan bantuan dalam pengajaran dan pembelajaran
sememangnya membolehkan murid-murid untuk meningkatkan daya
pemikiran mereka. Contohnya, guru boleh membuka video yang berunsur

ilmiah kepada murid. Selepas menonton, guru haruslah menyoal mereka


berkenaan dengan jalan cerita dan pengajaran dalam filem berkenaan. Ini
secara tidak langsung, mereka boleh mempelajari sesuatu dengan
gembira berbanding pembelajaran secara formal yang lebih menekan
emosi murid. Selain itu, guru juga hendaklah menyuruh murid menulis
semula cerita yang ditonton mengikut urutan dengan menggunakan ayat
yang ringkas. Ini adalah pembelajaran penulisan secara tidak langsung.
Penontonan filem dapat mengajar murid istilah-istilah baru dalam bahasa.
Hasil pembelajaran begini lebih berkesan berbanding pembelajaran
secara formal kerana dengan suasana pembelajaran yang menarik dan
tidak membosankan menjadikan murid lebih mudah mengingati sesuatu
pembelajaran. Malahan,

1.5 Penglibatan murid secara aktif dalam proses penyelesaian masalah


Penglibatan murid dalam pembelajaran penting untuk mencapai kognitif
yang optimum kerana murid akan sentiasa berfikir untuk menjawab soalan
yang dipersoalkan. Sekiranya pembelajaran hanya berlaku secara satu
hala, murid akan berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar dan
menambahbaik ilmu pengetahuan mereka. Oleh itu, permainan dalam
kelas dapat dilaksanakan untuk menggalakkan penglibatan murid-murid.
Contohnya, guru boleh menyuruh murid menyelesaikan teks silang kata
yang telah disediakan agar mereka dapat berfikir perkataan-perkataan
yang sesuai untuk diisi kedalam teks tersebut. Selain itu, guru juga boleh
membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan untuk membuat
sesuatu aktiviti dan menyuruh mereka membuat carta mengenai topik
yang telah dibincangkan. Seiring dengan pendapat tersebut, Teori jean
Piaget turut menyatakan bahawa perlunya pengaplikasian pendekatan
konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran .

1.6 Mengutamakan prinsip naturalisme dalam pembelajaran


Menurut Jean Piaget dan Howard Gardner, cara untuk guru membantu
murid supaya mencapai perkembangan yang optimum melalui naturalis
iaitu pembelajaran murid hanya patut dijalankan secara semula jadi. Saya
menyokong sepenuhnya pernyataan tersebut kerana pembelajaran yang

berkesan

haruslah

datang

daripada

jiwa

murid

yang

inginkan

penambahbaikkan ilmu pengetahuan. Sekiranya murid belajar dalam


keadaan paksaan dan tidak rela hati, maka hasil penerimaan terhadap
pembelajaran akan berkurangan. Oleh itu, guru harus memastikan muridmurid telah bersedia untuk menerima segala ajarannya sebelum
memulakan pengajaran tersebut. Contohnya, guru haruslah menjalankan
pengajarannya mengikut kehendak murid-murid agar mereka tidak
merasakan tekanan untuk belajar. Malahan, guru juga boleh membuat
lawatan untuk membawa murid-murid ke muzium sains semula jadi untuk
mengurangkan tekanan emosi murid-murid yang hanya menumpukan
pembelajaran mereka dalam kelas sahaja.

1.7 Membina alam belajar yang kondusif


Faktor persekitaran amatlah penting dalam memperkembangkan kognitif
kanak-kanak. Pertamanya, guru haruslah memastikan susunan meja dan
kerusi murid-murid dalam kelas adalah teratur. Susunan meja yang tidak
teratur

boleh

mempengaruhi

pemikiran

murid

dan

mereka

akan

mengalami kecelaruan untuk berfikir dengan baik. Kedua, guru haruslah


menjalankan tanggungjawab mereka bagi memastikan murid-murid
memberi kerjasama dalam menjaga kebersihan kelas. Kelas yang bersih
membolehkan murid-murid mendapat udara yang segar dan ia akan
merangsang pemikiran murid untuk meneroka ilmu. Seterusnya, guru juga
perlu menghias kelas dengan mesra alam kerana murid-murid akan
tertarik dan berminat untuk belajar. Oleh itu, pendapat ini adalah seiring
dengan Teori Jean Piaget yang menyatakan bahawa pelaksanaan alam
belajar yang kondusif untuk situasi inkuiri dan penerokaan.

1.8 Memotivasi murid dengan pelajaran yang menarik


Mengikut Bruner, pembelajaran memerlukan motivasi. Untuk mencapai
keberkesanan pembelajaran, murid-murid perlu harus berminat, rela dan
sedia belajar. Guru haruslah memberi dorongan kepada murid dengan
menjalankan pengajaran dengan menarik agar mereka mempunyai
semangat inkuiri yang tinggi.