Anda di halaman 1dari 19

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 3

PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TINGKATAN 3

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,


ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MATLAMAT MATA PELAJARAN

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

TAFSIRAN

KERANGKA STANDARD PRESTASI

PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

PEMETAAN

10

STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta
Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini
yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen
elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi
mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1

Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2

Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.

OM3

Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

OM4

Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM5

Mengenal pasti fungsi pemasaran serta penyelesaian masalah pemasaran.

OM6

Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.

OM7

Mengenal pasti dan merekod urus niaga secara sistematik.

OM8

Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM9

Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. )

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2

Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3

Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4

Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5

Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6

Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7

Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005).
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Faham

Tahu

Tahu

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab


Mithali

Boleh Buat dengan Beradab


Terpuji

Boleh Buat dengan Beradab

Boleh Buat

Faham

PENYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN


BAND

PENYATAAN STANDARD

6
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.

3
(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
perdagangan dan keusahawanan.

2
(Tahu dan Faham)

Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

1
(Tahu)

Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

PANDUAN
PERKEMBANGAN
PEMBELAJARAN MURID
KHB PERDAGANGAN DAN
KEUSAHAWANAN
TINGKATAN 3
8

BIDANG
REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI

reka cipta1
prosedur1
daya usaha1
nilai tambah1

TAJUK
1.

Reka cipta

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan


menyenaraikan tiga jenis bahan.

B2

Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan


menyenaraikan tiga jenis bahan dari segi kesesuaian penggunaannya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta dengan


menghasilkan projek reka cipta1.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara


sistematik dengan menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara


berinisiatif dengan menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha1.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif


dan inovatif dengan menghasilkan projek reka cipta yang mempunyai nilai
tambah1.

: Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada.


: Membuat projek berdasarkan lakaran.
: Menyelesaikan masalah.
: Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

BIDANG
REKA BENTUK
DAN TEKNOLOGI

mengira1
prosedur2
daya usaha2
membimbing1

TAJUK
2.

Elektrik

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas elektrik dengan membaca meter kWj

B2

Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan cara mengira kos


penggunaan tenaga elektrik.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan


mengira1 kos penggunaan tenaga elektrik.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


sistematik dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut
prosedur2.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya
usaha2.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara


berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dan membimbing1.

: Menggunakan dua kadar tarif.


: Kaedah yang betul.
: Pengiraan yang tepat.
:(i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja.
(ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lain.

10

BIDANG
BENTUK DAN
TEKNOLOGI

Komponen1
prosedur3
daya usaha3

TAJUK
3.

Asas Elektronik

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang asas elektronik dengan memberikan tigajenis


komponen1elektronik.

B2

Menerangkan tentang asas elektronik dengan menjelaskan tiga


komponen1elektronik dari segi fungsinya.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan


membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan
memateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


sistematik dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen mengikut
prosedur3.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik
dengan daya usaha3.

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara


berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dan
membimbing1.

: Komponen yang dipelajari di tingkatan tiga


: (i) Kaedah yang betul
(ii) Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban yang betul.
: Sempurna;
(i) Pematerian kemas
(ii) Pematerian kukuh
(iii) Kekutuban betul
(iv) Mengamalkan langkah keselamatan diri dan alatan

11

BIDANG
BENTUK DAN
TEKNOLOGI

prosedur4
daya usaha4

TAJUK
4. Tempat kediaman

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang tempat kediaman dengan memberikan dua jenis


pembersihan.

B2

Menerangkan tentang tempat kediaman dengan menjelaskan dua jenis


pembersihan.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman


dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman


dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman mengikut
prosedur4

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman


dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dengan daya
usaha4

B6

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tempat kediaman


dengan melakukan pembersihan pada ruang tempat kediaman dan
membimbing1.

: Alat atau agen pencuci yang betul


: Hasil kerja bersih dan kemas

12

BIDANG

TAJUK

PERDAGANGAN 5. Pengenalan kepada


DAN
pemasaran
KEUSAHAWANAN

BAND
B1

Menyatakan tentang pengenalan kepada pemasaran dengan memberikan


tiga aktiviti.

B2

Menerangkan tentang pengenalan kepada pemasaran dengan


menjelaskan pemasaran dari segi fungsinya.

B3

B4

B5

B6
penentuan harga1
prosedur5
daya usaha5

DESKRIPTOR

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada


pemasaran dengan mengaitkan kos pengeluaran dengan penentuan
harga1.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada
pemasaran secara sistematik dengan mengaitkan kos pengeluaran dengan
penentuan harga mengikut prosedur5.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada
pemasaran secara sistematik dengan mengaitkan kos pengeluaran dengan
penentuan harga dengan daya usaha5.
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pengenalan kepada
pemasaran secara sistematik dengan mengaitkan kos pengeluaran dengan
penentuan harga dan membimbing1.

: Menentukan harga jualan berdasarkan kos pengeluaran dengan peratus keuntungan yang dikehendaki.
: Menunjukkan jalan kerja mengira nilai jangkaan untung dan harga jualan.
: Jawapan yang tepat

13

BIDANG
PERDAGANGAN
DAN
KEUSAHAWANAN

TAJUK
6. Konsumerisme

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti lima hak


pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

B2

Menerangkan tentang konsumerisme dengan menjelaskan tiga hak


pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

B3

Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti kaitan tiga


hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

B4

Menerangkan tentang konsumerisme dengan mengenal pasti bentuk


penyelewengan pengeluar dan akta membantu pengguna.

B5

Menerangkan tentang konsumerisme dengan membuat hubung kait antara


bentuk penyelewengan pengeluar dengan hak pengguna dan akta.

B6

Menerangkan tentang konsumerisme dengan membuat penilaian terhadap


tindakan yang perlu diambil terhadap penyelewengan oleh pengeluar.

14

BIDANG
PERDAGANGAN
DAN
KEUSAHAWANAN

TAJUK
7. Simpan kira

BAND

DESKRIPTOR

B1

Menyatakan tentang simpan kira dengan mengenal pasti tujuan menyediakan


Imbangan Duga.

B2

Menerangkan tentang simpan kira dengan menjelaskan kedudukan akaun aset,


liabiliti, belanja dan hasil dalam Imbangan Duga.

B3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira dengan


menyediakan Imbangan Duga1 berbentuk T, Akaun Perdagangan1, Akaun
Untung Rugi1 dan Kunci Kira-kira1 bentuk T.

B4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara


sistematik dengan menyediakan Imbangan Duga bentuk T, Akaun
Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira bentuk T mengikut
prosedur6.

B5

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara


berinisiatif dengan menyediakan Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan
Kunci Kira-kira dengan daya usaha6.

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara


berinisiatif dengan menyediakan Akaun Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan
Kunci Kira-kira dan membimbing1.
: Imbangan Duga (Butiran dan nilai didebit dan dikreditkan serta dijumlahkan dengan betul)
: Akaun Perdagangan (Menunjukkan pengiraan kos Belian, Kos Barang Untuk Dijual, Kos Jualan, Untung/Rugi
Kasar)
: Akaun Untung Rugi (Semua butiran dan Untung/Rugi Bersih dicatat di ruang yang betul)
: Kunci Kira-kira (Mencatat Aset, Liabiliti dan Ekuiti pemilik pada kedudukan yang betul)
: Semua butiran dan nilai dicatat dengan betul, format yang betul serta jawapan yang tepat.
B6

prosedur6

daya usaha6

15

Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web :http://www.moe.gov.my/lp
e-mel : weblpm@moe.gov.my

16

Anda mungkin juga menyukai