Anda di halaman 1dari 2

8 TIPS MOTIVASI BERSEMANGAT UNTUK BEKERJA

1. Kata Semangat Untuk Diri Sendiri


Beri kata-kata semangat kepada diri sendiri sebelum memulakan minggu pekerjaan. Katakan pada diri sendiri yang
anda boleh mengharungi minggu ini seperti minggu-minggu yang lepas. Fikir positif dan menulis nota positif untuk diri
sendiri dan cuba perbaiki diri. Bagi umat Islam, anda boleh berdoa supaya minta ditenangkan hati dan dipermudahkan
urusan di dalam setiap pekerjaan.
2. Hadiah
Hadiahkan diri anda dengan secawan kopi ataupun sarapan kegemaran anda sebelum memulakan kerja. Beri insentif
kepada diri sendiri seperti membuat rancangan makan tengah hari. Jadual sesuatu yang baik selepas kerja , seperti
senaman, perjumpaan dengan rakan-rakan, atau aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di rumah.
3. Lakukan Perkara Yang Mudah
Jika anda tidak kerja yang urgent, buat to-do list dan lakukan pekerjaan yang mudah terlebih dahulu untuk
mengurangkan tekanan di tempat kerja sekaligus mematikan semangat untuk bekerja. Minta sokongan yang anda
perlukan daripada pasangan anda, rakan-rakan dan keluarga
4. Kurangkan interaksi
Jika anda tidak bermotivasi, cuba kurangkan interaksi dengan rakan sekerja atau bos anda. Dapatkan tumpuan di
dalam bekerja dengan mengehadkan interaksi : memakai earphone anda, jangan jaga tepi kain orang lain, menutup
pintu pejabat anda dan hanya berkomunikasi melalui emel. Mungkin ini dapat mengurangkan tekanan anda dan
membantu anda berfikir dengan lebih baik.

34

5. Sokongan
Dapatkan sokongan moral dari rakan baik ataupun keluarga. Dapatkan juga bantuan pakar kaunseling jika anda
menghadapi masalah yang lebih serius di tempat kerja. Kadang-kadang manusia tidak bermotivasi di tempat kerja
bukan kerana tidak sukakan pekerjaannya, tetapi orang di sekeliling juga boleh membantutkan semangat untuk
bekerja.
6. Syukur
Daripada memberi fokus kepada semua sebab anda tidak mahu pergi kerja, cuba beri tumpuan kepada bahagian
yang baik. Anda masih hidup . Anda mempunyai pekerjaan. Anda tidak benar-benar sakit , dan beryukur
menggalakkan pemikiran positif yang menarik tenaga yang baik.
7. Amalan penjagaan diri
Keluar dari pejabat dan berjalan untuk menenangkan fikiran anda. Dapatkan rehat, pemakanan dan senaman yang
betul. Kerja, kerja juga, kesihatan jangan dilupa.
8. Rancang Masa Hadapan
Jika anda tidak ada pilihan lain, anda perlu rancang masa hadapan anda dengan cuba mencari kerja di tempat lain.
Mungkin persekitaran dan cara kerja tidak sama, akan tetapi kalau tak cuba kita tidak akan tahu. Cari tempat kerja
yang sesuai dengan minat anda dan yang penting, selalu berfikiran positif.

35