Anda di halaman 1dari 43

KEUNIKAN

Berbentuk bulat melambangkan pemuafakatan antara pelajar, guruguru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Hal ini bertepatan dengan
pepatah melayu Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.
Moto Ilmu, Kokurikulum, Akhlak - warga SMK Tun Habab
mementingkan keilmuan, penglibatan dalam bidang sukan dan
mengutamakan akhlak yang terpuji.
Padi Melambangkan nilai murni yang ingin dipupuk kepada seluruh
warga SMK Tun Habab.
Logo TH Singkatan nama sekolah, yang diambil daripada nama
Bendahara Kesultanan Melayu Johor ke-19, Bendahara Abdul Majid Tun
Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Seorang Bendahara yang
masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat
Dijulang).
Warna Merah Melambangkan kegigihan, kecekalan, kerajinan serta
semangat yang berkobar-kobar dalam merealisasikan motto sekolah dan
wawasan pendidikan.
Warna Biru Melambangkan perpaduan dan kesefahaman yang terjalin
antara pelbagai kaum, serta suasana persekitaran yang harmoni.

LAGU SEKOLAH
ANAK SURIA
Indahnya sekolahku ini
Sekolah Tun Habab nama diberi
Terletak indah di Kota Tinggi
Tempat sejarah Ibu Pertiwi
Di sini kami bersama
Menuntut ilmu semat didada
Bergaul mesra berbagai bangsa
Menjadi rakyat Malaysia Jaya
Kan kubela nasib Negara
Akan kuturut jejak perwira
Kurela berputih tulang
Tapi tak rela berputih mata
Kamilah anak Malaysia
Anak pembela nusa dan bangsa
Akan memancar cahaya sinarnya
Di setiap tempat tanah pusaka
( Ulang 2 kali)

VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI SMK TUN HABAB
Membangun Potensi Individu Melalui
Pendidikan Berkualiti
MOTO SEKOLAH
Ilmu. Kokurikulum, Akhlak
TEMA SMK TUN HABAB
Unggul dan Bestari

Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik


yang menjelaskan Visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :

Merangka semula secara sistematik sistem pembelajaran dengan


mengubah budaya dan amalan semasa sekolah-sekolah di Malaysia.
Berubah dari pembelajaran secara hafalan kepada bentuk
pembelajaran yang merangsang pemikiran dan kreativiti.
Mempertanggungjawabkan pelajar terhadap pembelajaran sendiri.
Penglibatan secara aktif daripada pihak ibu bapa dan masyarakat
setempat.

Keterangan Logo

Warna Hitam pada tulisan melambangkan pemikiran kritis dan kreatif.


Warna Kuning melambangkan pembelajaran ke tahap optima.
Warna Ungu melambangkan ilmu.
Warna Putih melambangkan demokrasi dalam pendidikan.
Warna Biru melambangkan pembangunan pelajar secara menyeluruh.
Warna Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi
bangsa.

Simbol-simbol Logo

Hati melambangkan persediaan dan keseronokan murid.


Mentol menyala melambangkan pemikiran murid.
Bentuk Segi empat melambangkan perangkaaan semula.
Sistem Pendidikan Malaysia secara sistematik dan mesra.

Lagu Sekolah Bestari (Jiwa dan Minda)


Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya
Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.
(Muzik)La..la..la..la..la.. Du..du..du..du..du..du(Ulang)
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T
Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya
Ciptaan & Gubahan : Anuar Dahalan

SEJARAH TUN HABAB


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, Kota Tinggi pada awalnya
menggunakan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi, yang mula beroperasi
pada tahun 1965. Ketika itu, bangunan awal sedang dalam pembinaan. Oleh itu pelajarpelajar menumpang sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana.
Pada peringkat awal, bilangan pelajar sekolah ini hanya terdiri daripada 120
orang membabitkan empat kelas pelajar tingkatan satu. Menjelang pertengahan tahun
1967, setelah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi siap dengan tiga
blok bangunan dua tingkat, jumlah pelajar turut bertambah dengan empat kelas dibuka
untuk setiap tingkatan 1, 2 dan 3.
Pengetua yang pertama berhidmat di sekolah ini ialah Haji Othman Haji Abd.
Hamid (1967-1973). Beliau dibantu oleh 20 orang tenaga pengajar. Pada tahun 1967 juga,
pelajar-pelajar tingkatan tiga pertama kali menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
(SRP) di sekolah ini.
Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Tinggi ditukar kepada Sekolah Tun
Habab pada 30 September 1971 dengan perasmian dilakukan oleh Setiausaha Parlimen
Kementerian Pelajaran, Datuk Mohammad Rahmat.
Nama Tun Habab diambil sempena nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor
yang masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat dijulang) yang
berhidmat pada tahun 1685 hingga 1699.

SIAPA TUN HABAB


Tun Habab ialah Bendahara Johor yang mashyur sewaktu pemerintahan Sultan
Mahmud Shah (Sutan Johor kesepuluh). Nama sebenar dan gelaran beliau adalah
Bendahara Abd. Majid Tun Habib (Habab) Seri Maharaja Padang Saujana.
Menurut sumber sejarah Johor, sewaktu berhidmat sebagai bendahara kerajaan
Johor satu peristiwa trajis berlaku terhadap Sultan Mahmud yang mangkat dibunuh oleh
Megat Seri Rama (Laksamana Bentan) pada tahun 1699.
Satu lagi catatan sejarah dan perubahan besar berlaku pada pemerintahan
Kesultanan Melayu dan kerajaan Johor khususnya. Baginda Sultan mahmud yang tidak
mempunyai waris anak lelaki menyebabkan teraju pemerintahan beralih kepada keturunan
Bendahara.
Berikutan situasi, dengan sifat kepimpinan dan pengaruh yang dimiliki, Tun
Habib terus mentadbir kerajaan dan menyerahkan jawatan bendahara kepada anak beliau
iaitu Tun Abd. Jalil.
Melalui persetujuan pemerintahan tertinggi kerajaan Johor ketika itu, Bendahara
Tun Abd. Jalil mengambil keputusan mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan Johor
dengan menggunakan gelaran Sultan Abd. Jalil IV (1699-1917) sebagai Sultan Johor
Kesebelas.
Makam Bendahara Tun Habib (Habab) terletak di Kampung Makam, manakala
makam Sultan Abd jalil Syah terletak di Kampung Panchor, mukim Johor Lama. Kedua-dua
makam ini terus dipelihara dan menjadi produk pelancongan sejarah yang menarik kepada
daerah ini.

1.

OBJEKTIF SEKOLAH

Sekolah Mengah Kebangsaan Tun Habab adalah merupakan institusi keilmuan


yang menyediakan pendidikan melalui ilmu ke arah hidup yang ditetapkan oleh
prinsip-prinsip Rukun negara. Dengan ini bererti semua pihak yang mendukung
ke arah cita-cita tersebut iaitu guru-guru, ibu bapa, kakitangan sekolah dan
pelajar-pelajar adalah bertanggungjawab dan perlu berganding bahu bagi
mencapai objektif berikut:
1.1. Menyediakan pelajar-pelajar supaya menjadi anggota masyarakat yang
terdidik selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan kita.
1.2. Menyediakan pelajar-pelajar untuk kehidupan yang tidak dipengaruhi oleh
gejala buruk yang bertentangan dengan agama, negara dan bangsa seperti
najis dadah, perjudian, anasir subvertif, ajaran sest, kongsi gelap,
vandalisme dan lain-lain yang bertentangan dengan nilai-nilai murni
kemanusiaan.
1.3. Berusaha menyemai nilai murni, berbudi bahasa, bersopan santun, hormatmenghormati, adil saksama, jujur, setia, rajin berusaha dan mengamalkan
nilai kebersihan fizikal dan mental.
1.4. Menanam semangat cintakan negara dan menyemai sikap tolak ansur dan
sabar supaya melahirkan masyarakat yang berdisplin tinggi.
1.5. Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang tulen dan unggul yang tidak
mementingkan diri sendiri, yang berani kerana benar, yang dapat berkorban
demi kepentingan masyarakat dan negara yang tercinta.
2.

DASAR SEKOLAH

2.1. Kebersihan adalah tunggak keilmuan, oleh itu setiap waktu alam
persekitaran sekolah hendaklah bersih.
2.2. Disiplin adalah tiang ilmu, oleh itu peraturan dan undang-undang sekolah
hendaklah sentiasa dipatuhi.
2.3. Keikhlasan hati dalam mentafsir segala perkakas dan alat yang dilengkapi di
sekolah hendaklah dianggap sebagai milik bersama. Oleh itu setiap pelajar
setiap pelajar berkewajipan menjaga keselamatan dan kebersihannya.
2.4. Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berteraskan
kepada kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
2.5. Memupuk semangat suka membaca, suka mengambil bahagian dalam
aktiviti ko-kurikulum sekolah sebagai menerima pendidikan yang total.

PELAN SEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA


Usaha untuk menyatakan Falsafah Pendidikan secara tersurat bermula sejak
Laporan Jawatankuasa diterbitkan pada tahun 1979. Walau bagaimanapun
hanya pada tahun 1987 penyataan Falsafah ini berbunyi seperti berikut :
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Penyataan ini menegaskan bahawa Sistem Pendidikan Negara memberi
penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu kea rah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan,
keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan
Negara berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada Agama.
Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat Pendidikan ialah
kearah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik ini akan
sekaligus menjadi Warganegara Malaysia yang baik. Insan yang baik memiliki
serta menghayati cirri-ciri berikut :

PERCAYA KEPADA TUHAN


BERILMU PENGETAHUAN
BERAKHLAK MULIA
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DIRI,
MASYARAKAT, AGAMA DAN NEGARA

IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Habab berjanji dan berikrar :
Akan menumpukan sepenuh tenaga dan iktizam kami
kepada kurikulum dan aktiviti kokurikulum
Berusaha untuk mencapai kecemerlangan diri demi masa
depan agama, bangsa dan negara.
Menghormati ibubapa, guru-guru dan pemimpin-pemimpin
negara.
Mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan prinsip-prinsip
rukun negara.
Dan seterusnya kami akan berpegang teguh pada janji dan ikrar kami ini
demi mencapai kemerlangan akademik, kokurikulum dan wawasan
sekolah.

RUKUNEGARA
Maka kami, rakyat Malaysia
Berikrar akan menumpukan
Seluruh tenaga dan usaha kami
Untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluruhan Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975
Disiplin di Sekolah
Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid
Para 4.
Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid :
Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masingmasing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang
jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah
hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan
sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid
kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas
Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan
tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guruguru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu
bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.
4.1 : ........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula
dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu
senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah
adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkaraperkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing
Para 6.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka
untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik
dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah
individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

DISIPLIN
A. DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979
mentakrifkan disiplin sebagai :
..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama
ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku
yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat
menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

10

B. MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri
sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak
dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu,
demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu
yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke
arah kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :

keadilan dan layanan sama rata


pertimbangan minat dan keperluan pelajar
kebebasan tertakluk kepada undang-undang
amalan menghormati seseorang individu
perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis
perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJAR
A.
B.
C.
D.
E.
F.
G.

Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri


Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah
Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat
Tanggungjawab pelajar terhadap agama
Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri


1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.
2. Bersopan santun, jujur dan amanah.
3. Menghargai masa dan menepati masa
4. Berjimat cermat
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Sabar dan bertolak ansur
7. Menghormati hak asasi orang lain
8. Berani dan cekal hati
9. Bersikap dedikasi
10. Bersifat berdikari
11. Bersifat rajin dan berusaha
B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga
1.
Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa
2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga
3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang
bermoral
4. Menjaga nama baik sekolah
C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan
1. Menghormati rakan
2. Tolong menolong antara rakan

11

D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah


1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
2. Menghormati guru-guru
3. Belajar dengan bersungguh-sungguh
4. Menaikkan imej sekolah
5. Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
6. Bekerjasama di antara satu sama lain
7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah
E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat
1. Tolong menolong dan bekerjasama
2. Menghormati orang-orang yang lebih tua
3. Boleh bertolak ansur
4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
5. Bersifat sederhana dan tidak sombong
6. Rasa kesefahaman dan sabar
7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan
8. Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia.
F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama
1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)
2. Mempertahankan kesucian agama
3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari
G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara
1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
2. Mematuhi undang-undang
3. Mengamalkan konsep Rukunegara
4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam
5. Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURAN
Guru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan
sekolah.
KUASA MENGHUKUM
Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin dan guru-guru yang
diberi kuasa oleh pengetua.

12

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH


GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
UNTUK MURID-MURID
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975
SEKSYEN A : PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
1.

WAKTU PERSEKOLAHAN
SIDANG PAGI :
Isnin Khamis ( 7.15 pg - 1.10/ 1.40/ 2.10 ptg )
Jumaat (7.15 pg - 12.10 tgh )
SIDANG PETANG :
Isnin Khamis ( 12.20 tgh 6.45 ptg )
Jumaat (2.20 ptg 6.45 ptg )

2.
7.1.

WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Waktu pengajaran dan pembelajaran bermula pada jam 7.30 pagi
dan 12..30 tengah hari (sesi petang).

3
3.1.

PERHIMPUNAN
Perhimpunan rasmi sidang pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai
jam 7.15 pagi. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dalam Dewan Seri Tun
Habab sebelum jam 7.15 pagi.
Perhimpunan rasmi sidang petang pula bermula jam 12.20 tengah hari . Semua
pelajar petang dikehendaki berhimpun di Dewan Seri Tun Habab sebelum jam 12.20
tengah hari.
Perhimpunan harian pada hari Selasa, Rabu, dan Khamis bagi sidang pagi mulai
7.15 pagi manakala sidang petang mulai jam 12.20 tengah hari. Semua pelajar
dikehendaki berhimpun di dalam Dewan Seri Tun Habab sebelum jam 7.15 pagi.
Perhimpunan pada hari Rabu adalah perhimpunan Unit Beruniform. Pelajar
hendaklah beratur mengikut unit beruniform masing-masing.
Pada hari Jumaat diadakan bacaan yasin / khatam Al-Quran yang bermula pada
pukul 7.15 pagi bagi sidang pagi dan 2.20 petang bagi pelajar sidang petang. Pelajar
Islam hendaklah berada di dalam Dewan seri Tun Habab sebelum jam 7.15 pagi bagi
sidang pagi dan sebelum jam 2.20 petang bagi sidang petang manakala pelajar
bukan Islam hendaklah berada di kawasan kantin pada waktu tersebut.
Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.
Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat

3.2.

3.3.

3.4.
3.5.

3.6.
3.7.

(sesi pagi)

4.
4.1.
4.2.

PEJABAT SEKOLAH
Pelajar-pelajar tidak di benarkan masuk ke pejabat tanpa urusan penting
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil siaran-siaran, buku markah, alat-alat tulis
dan lain-lain dari pejabat sekolah tanpa kebenaran.

5.
5.1.

PENGGUNAAN KAWASAN/BANGUNAN/HARTA BENDA SEKOLAH


Kawasan, bangunan dan alat sekolah tidak boleh digunakan sesiapa juga untuk apa
tujuan melainkan kebenaran Pengetua telah diperolehi dahulu dan sekurangkurangnya seorang guru bertanggungjawab mesti ada bersama-sama pelajar
semasa menggunakannya.
Harta benda sekolah tidak boleh dipindah milik kecuali dengan kebenaran Pengetua
dan guru-guru.

5.2.

13

5.3.
5.4.

Pelajar-pelajar hendaklah melaporkan kepada guru-guru jika ada berlaku kerosakan


dan kehilangan harta benda sekolah.
Pelajar-pelajar yang merosakkan harta benda sekolah mesti mengantikannya dan
pelajar itu akan diambil tindakan disiplin.

6. PELAWAT
6.1. Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat.
6.2. Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar.
6.3. Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar
tanpa memberi sebarang penjelasan.
6.4. Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan berjumpa
dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah mendapat kebenaran
dari pihak sekolah terlebih dahulu.
6.5. Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan dan berpakaian sopan.
6.6. bu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada waktu rehat.
Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar.
7. KETIDAK HADIRAN KE SEKOLAH
7.1. Pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau lain-lain sebab
mestilah membawa surat doktor atau penjelasan
dengan tandatangan ibu
bapa/penjaga yang sah beserta No Kad Pengenalan sebaik sahaja ia datang ke
sekolah.
7.2. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa membawa surat doktor/penjelasan
daripada ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah.
7.3. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa
ibu bapa/penjaga bersama-sama datang berjumpa dengan Pengetua untuk memberi
penjelasan.
7.4. Penghantaran surat-surat amaran oleh pihak sekolah adalah seperti berikut:
7.5. Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir
dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran
secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17))
Surat
Amaran Pertama
Amaran Kedua
Amaran Terakhir
Buang Sekolah
Jumlah tidak hadir

Hari
tidak
hadir
(P)
berturut-turut
Pada hari ke-3
7 hari selepas amaran
pertama
7 hari selepas amaran
kedua
14 hari selepas amaran
terakhir
31 hari

Hari tidak hadir (P) bukan


berturut-turut
Pada hari ke-10
10 hari lagi selepas amaran
pertama
20 hari selepas amaran
kedua
20 hari lagi selepas amaran
terakhir
60 hari bukan berturt-turut

8.
SURAT-MENYURAT
8.1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menulis surat dengan menggunakan alamat
sekolah.
8.2. Pengetua dan Penolong Kanan serta Lembaga Disiplin sekolah berhak membuka
sebarang surat yang dialamatkan ke sekolah.

14

9.

MAKLUMAT UNTUK PELAJAR PELAJAR YANG AKAN


BERTUKAR/BERHENTI/MENINGGALKAN SEKOLAH

9.1. Surat akuan


9.2.1. Surat hendaklah dipohon melalui pengetua.
9.2.1. Surat akan disediakan dengan permintaan pelajar/ibu bapa sekurang-kurangnya
seminggu seminggu sebelum tarikh diperlukan.
9.2.1. Kelas serta guru tingkatan ketika di tingkatan terakhir di sekolah hendaklah
diketahui apabila memohon surat akuan.
9.2.1. Pelajr-pelajar yang ingin menjadikan Pengetua /guru sebagai perujuk(refree)
bagi tujuan jawatan,biasiswa dan lain-lain perlu berjumpa sendiri dengan
Pengetua/guru tersebut.
9.2. Surat Berhenti
9.2.1. Surat berhenti akan disediakan atas permintaan ibubapa/penjaga sekurangkurangnya seminggu sebelum tarikh yang diperlukan.
9.2.1. Surat berhenti hendaklah dipohon setelah pelajar akan meninggalkan seklolah.
Bagi pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas surat berhenti akan dikeluarkan bersama
keputusan STPM.
9.2.1. Pelajar pelajar tidak boleh belajar semula setelah surat berhenti dikeluarkan.
9.3. Surat akuan dan surat berhenti tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yng tidak
menjelaskan yuran persekolahan , tidak memulangkan buku bantuan dan lain-lain
harta benda sekolah atau yang telah melakukan kesalahan disiplin yang berat
9.4. Surat akauan dan surat berhenti hanya dikeluarkan sekali sahaja. Kehilangan surat
berhenti/dokumen lain adalah tanggungjawab pelajar. Sekolah tidak akan
mengeluarkan buat kali kedua.
9.5. Semua urusan dengan pihak sekolah hendaklah dalam pakaian kemas dan
bersopan
9.6. Permohonan untuk bertukar atau berhenti sekolah mestilah dibuat oleh
ibubapa/penjaga.
10. BIMBINGAN DAN NASIHAT
10.1. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah peribadi dijemput untuk berbincang
dengan guru, guru bimbingan atau Pengetua. Setiap pelajar hendaklah merasa
bebas untuk menemui guru untuk mendapatkan pertolongan dan nasihat.
10.2. Pelajar-pelajar tidak digalakkan ke Kementerian Pelajaran/Jabatan Pendidkan
untuk menyelesaikan persekolahan mereka. Mereka hendaklah berjumpa
Pengetua untuk mendapatkan nasihat (KP B591/(100) bertarikh 25 Februari 1983
adalah dirujuk).
10.3. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab diatas kehilangan herta benda
persendirian pelajar ketika berada di sekolah.
10.4. Pihak sekolah berhak menahan surat akuan/testimonial kepada pelajar-pelajar
yang didapati tidak mematuhi peraturan dan undang-undang sekolah.
11. BAYARAN TAMBAHAN
11.1. Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.
12. YURAN SEKOLAH
12.1. Semua yuran persekolahan hendaklah dijelaskan tepat pada masanya mengikut
tarikh yang diberikan di dalam surat siaran maklumat yuran persekolahan. Tanpa
membayar yuran peperiksaan pelajar tingkatan 3, 4 dan 6 Atas tidak dibenarkan
mengambil peperiksaan.
12.2. Pelajar-pelajar yang tidak menjelaskan yuran sekolah tidak diberi sijil-sijil dan
keputusan peperiksaan sehingga semuanya dijelaskan.

15

SEKSYEN B : DISIPLIN
1.
(a)
(b)

1.1.

PAKAIAN
Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajarpelajar berada
disekolah.
Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas, tidak boleh berfesyen, terlalu ketat,
terlalu longgar atau berkaki besar/berkaki kecil
PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI
1.1.1. Baju
(a) Baju lengan pendek dengan poket di sebelah kiri
(b) Berwarna putih sahaja.
(c)
Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju di pergelangan tangan
hendaklah dikancing dan tidak boleh dilipat.
(d) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit.
(e) Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan.
(f)
Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar
sekolah.
(g) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.
(h) Dilarang memakai baju kemeja berjenama yang berlabel di poket.
(i)
Dilarang memakai baju yang diconteng
1.1.2. Seluar
(a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna hijau tua (dark olive).
(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang.
(c)
Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau
sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.
(d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak
dibenarkan.
1.1.3. Tali Pinggang
(a) Tali pinggang yang dibenarkan ialah yang berukuran lebar 3cm berwarna gelap
atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas.
(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka
corak.
(c)
Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.
(d) Tidak boleh mempunyai lapisan logam di mana-mana bahagian kecuali kepala
tali pinggang.
1.1.4. Tali leher
(a) Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari persekolahan kecuali hari
Jumaat dan hari-hari lain yang diarahkan.
(b) Tali leher mestilah dipakai dengan kemas dan labuhnya mesti menyentuh kepala
tali pinggang tetapi tidak melepasi kepala tali pinggang

16

Pakaian Seragam
Pelajar lelaki

Pakaian
Kebangsaan

Pakaian Aktiviti
Sukan / PJK

1.1.5. Pakaian kebangsaan untuk pelajar Lelaki Islam


(a) Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian
kebangsaan pada hari
jumaat.
(b) Baju Melayu mestilah berwarna putih (baju Melayu Teluk Belanga/Cekak
Musang) dan seluar putih dengan samping berwarna maroon (dibeli di koperasi
sekolah)
(c)
Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.
(d) Songkok adalah dari jenis keras berwarna hitam yang tidak melebihi 3 inci tanpa
hiasan hendaklah dipakai bersama-sama pakaian kebangsaan.
(e) Baju Melayu dilepaskan keluar sementara kain samping di sebelah dalam
1.2.

PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM


1.2.1. Baju kurung
(a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga
(cotton) yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru muda.
(b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.
(c)
Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju dan kain dalam .
(d) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tapi tidak
mencecah lantai dan wajib memakai kain dalam.
(e) Baju kurung hendaklah dikancing dengan kemas.
(f)
Lengan baju kurung tidak boleh jenis berbutang, kecuali mendapat kebenaran
daripada guru.

17

1.2.2. Mini telekung


(a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih tanpa
berenda, bersulam , berbatu atau berfesyen dan dari jenis lembut polyster
(b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah mini
telekung
(c)
Labuhnya hendaklah melebihi paras dada dan kedua-dua bahu. Kain janganlah
terlalu nipis.
(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini
telekung.
1.3.

PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM


1.3.1. Baju dan Pinafore
(a) Baju lengan pendek dan pinafore biru muda (cotton) yang labuhnya di bawah
lutut.
(b) Pinafore tidak boleh ketat di bahagian punggung.
(c)
Tali leher hendaklah sentiasa dipakai kemas

Pakaian Seragam
Pelajar Perempuan
Islam

Pakaian Seragam
Pelajar Perempuan
Bukan Islam

Pakaian Aktiviti
Sukan / PJK

1.4. KASUT DAN STOKIN


1.4.2. Semua pelajar hendaklah berkasut kanvas putih.
1.4.3. Tali kasut hendaklah putih dan diikat dengan kemas dengan memasukkannya ke
dalam semua lubang tali kasut.
1.4.4. Lebar tali kasut hendaklah tidak melebihi1 cm.
1.4.5. Kasut berkenaan tidak boleh berjalur (dibahagaian kanvas)
1.4.6. Hanya satu jalur gelap sahaja dibenarkan dibahagian getah/bahagian tepi
bawah kasut,)
1.4.7. Kasut tidak boleh diwarnakan atau dinila sehingga kelihatan biru.
1.4.8. Kasut jenis potongan high cut (melepasi paras buku lali), bercorak dan
mempunyai hiasan tidak dibenarkan

18

1.4.9. Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan.
1.4.10. Tidak dibenarkan memakai kasut yang berconteng, dijahit bukan dengan
benang putih atau sengaja dikoyakkan.
1.4.11. Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.
1.4.12. Tinggi stokin hendaklah melepasi buku lali.
1.4.13. Sarung kaki pom-pom tidak dibenarkan.
1.5. LENCANA DAN TANDA NAMA
1.5.2. Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
1.5.3. Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di
bahagian atas poket di dada sebelah kiri baju bagi pelajar lelaki.
1.5.4. Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di
bahagian atas mini telekung sebelah kiri bagi pelajar perempuan Islam
1.5.5. Lencana dan tanda nama hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian dada
sebelah kiri pinafore bagi pelajar perempuan bukan Islam
1.5.6. Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama
1.5.7. Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.
1.5.8. Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.
1.5.9. Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.

1.6. BARANG KEMAS/PERHIASAN


1.6.1. Pelajar-pelajar dilarang memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan
lain-lain perhiasan.
1.6.2. Jika memakai anting-anting hendaklah bersaiz kecil dan bukan emas.
1.6.3. Dilarang memakai anting-anting di sebelah telinga sahaja. Kedudukan anting anting hendaklah di hujung bawah telinga
1.6.4. Dilarang memakai anting-anting atau subang di hidung
1.6.5. Pelajar tidak dibenarkan mencabut atau mencukur bulu kening.
1.6.6. Pelajar perempuan tidak dibenarkan bertingkah laku atau menghias diri seperti
lelaki
1.6.7. Pelajar lelaki tidak dibenarkan bertingkah laku atau menghias diri seperti
perempuan
1.7.

BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASA/ KELAS TAMBAHAN


1.7.1. Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T
sekolah berseluar sekolah/slack/trac dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah
untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

1.8.

PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI (PJK)


1.8.1. Pelajar Lelaki
(a) Baju T putih berlambang sekolah / baju T PJK dan seluar trek biru tua/hitam.
(b) Pelajar lelaki hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar dengan kemas.
1.8.2. Pelajar Perempuan Islam
(a) Baju T lengan panjang berlambang sekolah / baju T PJK dan seluar trek biru
tua/hitam serta mini telekung/tudung putih berjahit yang ditetapkan oleh pihak
sekolah (dijual di keporasi sekolah).
1.8.3. Pelajar Perempuan bukan Islam
(a) Baju T lengan panjang/ lengan pendek berlambang sekolah/ baju T PJK dan
seluar trek biru tua /hitam.

19

1.9.

PAKAIAN LATIHAN SUKAN/PERMAINAN


1.9.1. Pelajar Lelaki
(a) Baju T mengikut warna rumah sukan dan seluar trek biru tua/hitam
(b) Pelajar lelaki hendaklah memasukkan baju ke dalam seluar dengan kemas
1.9.2. Pelajar Perempuan Islam
(a) Baju T lengan panjang (mengikut warna rumah )dan seluar trek biru tua/hitam
serta mini telekung putih/ tudung putih berjahit yang yang ditetapkan oleh pihak
sekolah (ada dijual di keporasi sekolah)
1.9.3. Pelajar Perempuan Bukan Islam
(a) Baju T lengan panjang (mengikut warna rumah) dan seluar trek biru tua/hitam

1.10. PAKAIAN BADAN BERUNIFORM/ PERSATUAN/ KELAB


1.10.1. Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian uniform lengkap mengikut
badan beruniform yang disertai pada setiap hari Rabu. Baju T unit
beruniform tidak dibenarkan dipakai pada hari Rabu kecuali pada
perjumpaan aktiviti Kokurikulum pada hari Sabtu.
1.10.2. Setiap kali perjumpaan kokurikulum pelajar-pelajar hendaklah memakai
pakaian lengkap unit beruniform/ baju T unit beruniform/baju T sekolah/baju
T persatuan/baju T kelab permaianan yang disertai.
1.10.3. Pelajar Perempuan Islam hendaklah memakai mini telekung/tudung berjahit
semasa memakai uniform. Tudung tidak berenda, bersulam , berbatu atau
berfesyen. Tudung boleh dipakai mengikut kesesuaian Badan Unit
beruniform. Tudung berjahit bewarna hitam, putih, merah jambu dan biru
gelap bagi kegunaan aktiviti kokurikulum boleh dibeli di koperasi.
1.10.4. Anak tudung bewarna hitam dibenarkan dipakai semasa memakai tudung
mengikut warna uniform.
1.10.5. Pelajar hendaklah memakai kasut sekolah atau kasut yang sesuai dengan
aktiviti yang dijalankan. Selipar atau sandal tidak dibenarkan semasa aktiviti
perjumpaan kokurikulum.
1.10.6. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian selain di atas semasa
perjumpaan/aktiviti Kokurikulum.
1.11. PAKAIAN SEMASA MEWAKILI SEKOLAH
1.11.1. Pelajar-pelajar yang mewakili sekolah hendaklah memakai pakaian yang
ditetapkan oleh pentadbir/guru penasihat mengikut kesesuaian aktiviti.
1.11.2. Jika memakai uniform sekolah hendaklah lengkap seperti dalam peraturan
yang ditetapkan.
2.

RAMBUT

2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI


2.1.1. Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang
2.1.2. Bahagian belakang, rambut tidak boleh melebihi garisan di bawah cuping telinga
atau menyentuh kolar baju.
2.1.3. Bahagian hadapan rambut tidak boleh menutupi 1/3 garisan dahi
2.1.4. Bahagian sisi rambut tidak boleh menutupi 1/3 kedua-dua telinga dan sideburn
tidak melebihi garisan tengah hidung
2.1.5. Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah.
2.1.6. Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu
gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen seperti punk/skin head
serta berekor.
2.1.7. Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

20

2.1.8. Tidak boleh botak/nampak kulit kepala kecuali atas sebab-sebab yang
dibenarkan.

2.2.

RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN


2.2.1. Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.
2.2.2. Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas
2.2.3. Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.
2.2.4. Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu
gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen.

3.
3.1.

KEBERSIHAN DIRI
Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri. Pakaiann hendaklah sentiasa
bersih dan kemas.
Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.
Pelajar tidak dibenarkan bersolek dan membawa alat solek ke sekolah

3.2.
3.3.

4. PAKAIAN YANG DILARANG


4.1. Seluar jeans
4.2. Pakaian ketat dan menjolok mata
4.3. Bju T berkolar bulat
4.4. Semua jenis pakaian yang mempunyai ilustrasi atau unsur negatif seperti lucah,
ganas dan tidak senonoh.
4.5. Pakaian yang berunsurkan politik.
4.6. Selipar atau kasut yang terlalu berfesyen/koyak

5. KAWASAN SEKOLAH
5.1 MENINGGALKAN KAWASAN KELAS / SEKOLAH
5.1.1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu
kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang
dibenarkan mesti memakai PAS KELUAR.
5.1.2. Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan
meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak
dan mendapat kebenaran guru.
5.1.3. Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan
tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar

21

tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan,


membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang penting.
5.1.4. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu
umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan bertanggungjawab
mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.
5.1.5. Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu
hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.
5.1.6. Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan
hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi
borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau
pelajar yang bertugas.
5.1.7. Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu,
pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong
kanan atau penolong Kanan petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan
hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah
disimpan oleh pelajar.
6. SAKIT/PENYAKIT BERJANGKIT
6.1. Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas,
Pengawas atau Ketua Tingkatan.
6.2. Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga
sembuh.
6.3. Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau
mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah
6.4. Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari
pihak sekolah.
6.5. Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika
sakit kuat.
6.6. Jika pelajar berasa kurang sihat, pelajar dinasihatkan supaya tidak hadir kesekolah
dan perlu mendapatkan rawatan di Hospital/Klinik.
7.
7.1.
7.2.
7.3.
7.4.
7.5.
7.6.
7.7.
7.8.
7.9.
7.10.
7.11.
7.12.
7.13.
7.14.
7.15.
7.16.
7.17.
7.18.

KAWASAN YANG DILARANG


Tempat letak kenderaan guru
Kawasan tangki septik
Bilik Guru
Bilik Peperiksaan
Kawasan Tangki Air
Bilik Pengetua
Tandas Guru
Tandas Pelajr Perempuan (bagi pelajar lelaki)
Tandas Pelajar Lelaki (bagi pelajar perempuan)
Bengkel Kemahiran Manipulatif
Makmal Sains
Makmal Komputer
Dewan Saujana
Bilik Guru Penolong Kanan
Bilik Guru Kanan
Makmal Bestari
Belakang Bilik Alatan Sukan
Bahagian Belakang Pentas Dewan Seri Tun Habab

22

8.
KEBERSIHAN
Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997
8.1 Tong Sampah
8.1.1.
Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.
8.1.2. Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah
sahaja.
8.1.3. Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah
dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.
8.2 Kantin Sekolah
8.2.1. Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin
sekolah.
8.2.2. Pelajar yang ingin makan di kantin sebelum masuk ke kelas hanya dibenarkan
sebelum pukul 7.15 pagi
8.2.3. Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja.
8.2.4. Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau
parit di sekeliling kantin.
8.2.5. Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempattempat yang disediakan setelah selesai digunakan.
8.3 Bilik Darjah
8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.
8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak
dicakar atau dikotorkan.
8.3.3 Paparan yang mesti ada di dalam setiap bilik darjah ialah carta organisasi kelas,
jadual waktu kelas, jadual giliran bertugas dan pelan kedudukan pelajar.
8.3.4 Papan Kenyataan kelas perlu dibahagikan kepada ruang-ruang mata pelajaran
dan dimuatkan dengan maklumat berkaitan.
8.3.5 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan
kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.
8.3.6 Bilik darjah perlu sentiasa bersih. Ini termasuklah kebersihan lantai, cermin
tingkap, kipas siling, papan hitam, bakul sampah dan sekelilingnya, bawah meja
guru dan meja pelajar.
8.3.7 Meja dan kerusi mesti boleh disusun mengikut kesesuaian tetapi mesti dalam
keadaan teratur dan memudahkan pergerakan guru.
8.3.8 Pastikan tiada sebarang contengan pada semua perabot dan dinding kelas oleh
itu correction fluid dan seumpamanya adalah tidak dibenarkan.
8.3.9
Pelajar-pelajar digalakkan untuk menghias kelas secara yang sederhana.
8.3.10 Pastikan rapatkan kerusi ke meja semasa hendak keluar kelas.
8.3.11 Tiada pelajar dibenarkan berada di dalam kelas sewaktu rehat.
8.3.12 Tiada pelajar dibenarkan untuk memasuki kelas lain tanpa kebenaran guru.
8.3.13 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti
kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.
8.3.14 Pelajar tidak dibenarkan bermain-main di dalam kelas
8.3.15 Pelajar tidak membawa makanan dar kantin di dalam kelas dan tidak
dibenarkan makan di dalam kelas.
8.3.16 Makanan yang dibawa dari rumah hendaklah dimakan di kantin
8.3.17 Pelajar hanya dibenarkan minum minuman yang dibawa dari rumah
8.4 Tandas
8.4.1 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama..
8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.
8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas
sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

23

8.4.4
8.4.5
8.4.6
8.4.7
8.4.8
8.4.9
8.4.10

Pelajar dibenarkan menggunakan tandas pelajar sahaja.


Pamkan selepas menggunakan tandas
Dilarang membuang sampah ke dalam lubang tandas.
Perlu jimat dalam penggunaan air.
Dilarang menconteng di dalam tandas.
Dilarang merosakkan peralatan di dalam tandas
Kebenaran ke tandas sewaktu pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran
guru.

9.
KESELAMATAN
Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002
9.1 Beratur
9.1.1. Semua pelajar mesti beratur di luar kelas sebelum permulaan kelas.
9.1.2. Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber
atau pun mana-mana bilik khas yang lain.
9.1.3. Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana
tempat.
9.2 Waktu balik
9.2.1. Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja,
membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.
9.2.2. Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar
hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.
9.2.3. Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.
9.2.4. Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di
tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.
9.2.5. Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.
9.2.6. Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan
tidak secara beriringan.
9.2.7. Pelajar hendaklah menggunakan laluan yang ditetapkan dan tidak berkumpul di
pintu hadapan sekolah tetapi di kawasan kiri, kanan dan kawasan menunggu di
dalam kawasan sekolah.
9.3.

Basikal/Motorsikal/Kereta
9.3.1. Basikal/Motosikal hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan di dalam
kawasan sekolah secara teratur dan hendaklah dikunci.
9.3.2. Topi Kaledar tidak dibenarkan dibawa masuk ke kelas, hendaklah diletakkan di
motorsikal pelajar. Pihak sekolah mencadangkan agar penunggang motorsikal
memasang kotak menyimpang barang di motorsikal bagi memudahkan
menyimpan topi keledar masing-masing.
9.3.3. Motorsikal hendaklah mempunyai cukai jalan yang sah.
9.3.4. Pelajar juga mesti mempunyai lesen memandu yang sah
9.3.5. Tidak boleh menunggang basikal/motorsikal di kawasan sekolah walaupun
bukan pada hari persekolahan. Pelajar hendaklah mematikan enjin motorsikal
dan menyorong motorsikal semasa masuk dan keluar kawasan sekolah.
9.3.6. Pelajar tidak dibenarkan mengambil atau menggunakan basikal/motorsikal
pelajar lain tanpa kebenaran.
9.3.7. Pelajar yang berkereta hendaklah meletakkan kereta mereka 10 meter sebelum
dan selepas pintu hadapan sekolah. Kereta pelajar tidak dibenarkan masuk ke
dalam kawasan sekolah.
9.3.8. Pelajr yang lewat hadir kesekolah tidak dibenarkan membawa masuk motorsikal
ke dalam kawasan sekolah. Motorsikal hendaklah diletakkan di luar kawasan
sekolah.

24

9.3.9. Keselamatan kenderaan pelajar adalah tanggungjawab sendiri.


9.4. Bas
9.4.1. Pelajar mestilah beratur apabila hendak menaiki bas dan mestilah bertertib,
jangan berlumba-lumba atau berebut rebut.
9.4.2. Ketika berada di dalam bas, pelajr-pelajar dilarang membuat bising dan
bersorak-sorak.
10. LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
10.1. Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan
turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)
10.2. Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan
tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain
10.3. Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada bersama barisan
pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar
di dalam kelasnya berada di situ.
10.4. Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua jika
ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu
dengan segera.
10.5. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil
barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.
10.6. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat
berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersamasama rakan-rakan setingkatannya.
11. KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH
11.1. Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda
sekolah semasa berada di sekolah seperti :
11.1.1. Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng
11.1.2. Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng.
11.1.3. Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik
11.1.4. Tandas hendaklah diguna dengan betul
11.1.5. Cermin tingkap jangan dipecahkan
11.1.6. Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak
membazir
11.1.7. Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah
digunakan dengan baik.
12. KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)
12.1. Setiap pelajar diwajibkan menyertai :
(a) satu pasukan berunifom
(b) satu persatuan/kelab atau lebih
(c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.
12.2. Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak 2 jawatan tertinggi sahaja
untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.
12.3. Pelajar pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar
sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.
12.4. Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua sekiranya
seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatankegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang
dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.
12.5. Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram
atau kongsi gelap.

25

12.6. Kehadiran aktiviti Kokurikulum adalah wajib kepada semua pelajar. Pelajar yang
tidak hadir hendaklah mengemukakan alasan yang kukuh seperti surat rawatan
doktor, surat cuti sakit atau penyataan daripada ibubapa/panjaga.
13.
13.1.
13.2.
13.3.

TELIFON BIMBIT/TELEFON AWAM


Telefon bimbit adalah dilarang dibawa ke sekolah.
Telefon bimbit yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah.
Pelajar boleh menggunakan telefon awam yang disediakan dan dibenarkan
menggunakan telefon pejabat sekolah jika ada kecemasan.
13.4. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon awam sewaktu pengajaran dan
pembelajaran berjalan kecuali kecemasan.
13.5. Pelajar tidak dibenarkan menconteng atau merosakkan telefon awam yang
disediakan.
14.
14.1.
14.2.
14.3.

KAMERA/KOMPUTER RIBA/ALAT PERAKAM


Kamera /komputer riba/alat perakam dilarang dibawa ke sekolah.
Kamera /komputer riba/alat perakam yang dirampas akan menjadi hak milik sekolah.
Jika pelajar perlu untuk menggunakan Kamera /komputer riba/alat perakam bagi
tujuan tugasan, perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua seminggu sebelum
masa yang yang diperlukan
dengan pengesahan daripada guru yang
bertanggungjawab.
14.4. Pengunaan Kamera /komputer riba/alat perakam hendaklah dipantau oleh guru yang
dipertanggungjawabkan. Peralatan tersebut tidak boleh digunakan oleh pelajar lain
kecuali pelajar yang telah diberi kebenaran oleh Pengetua
15. JAM
15.1. Pelajar hanya dibenarkan memakai jam tangan bersaiz muka tidak melebihi 4 cm
dan tali jam tidak melabihi 3 cm.
16. BEG SEKOLAH
16.1. Beg sekolah hendaklah bersesuaian dengan pelajar sekolah (ukuran tidak melebihi
40 X 40 cm ) dan tidak mempunyai gambar/lambang/ilustrasi/segala unsur negatif
seperti keganasan, lucah dan tidak senonoh.
17. CERMIN MATA/KANTA SESENTUH
17.1. Pelajar yang memakai cermin mata hendaklah menggunakan kanta tidak berwarna
iaitu cerah. Cermin mata berkanta gelap tidak dibenarkan. Bingkai cermin mata
mestilah bersaiz kecil dan berwarna gelap. Bingkai berfesyen (fancy) tidak
dibenarkan.
17.2. Hanya kanta sesentuh tidak bewarna sahaja dibenarkan.

26

SEKSYEN C: BILIK-BILIK KHAS


(a)
(b)
(c)
(d)

1.
1.1.

1.2.
1.3.
1.4.
1.5.
1.6.
1.7.
1.8.
1.9.
1.10.
1.11.
1.12.
1.13.
1.14.

1.15.
1.16.
1.17.

Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber,
bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.
Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang
terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.
Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru
berkenaan.
PERATURAN MAKMAL SAINS
Pelajar-pelajar hendaklah beratur di luar makmal sebelum masuk ke makmal.
Kebenaran Guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki Makmal Sains dan Bilik
Persediaan.
Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa
kebenaran guru sains.
Peralatan dan bahan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
Semua peralatan dan bahan sains yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke
tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.
Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan dan
kembalikan ke tempat asalnya.
Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.
Peralatan yang pecah atau rosak perlu dilaporkan dengan segera kepada guru dan
Pembantu Makmal.
Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan
teratur.
Pelajar dikehendaki menyusun bangku makmal di atas meja, membersihkan papan
hitam, menutup suis lampu dan kipas setiap kali kelas berakhir.
Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru
dan Pembantu Makmal.
Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api. Penggunaan
kertas,lidi dan mancis tidak dibenarkan.
Sebarang benda yang masih menyala dan berbara tidak boleh dibuang ke dalam
tong sampah.
Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisasisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
Beg sekolah tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal. Hanya buku dan
peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal
sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.
Bahan dan alat dalam Kit Peralatan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran
dan pengawasan guru dan Pembantu Makmal.
Pelajar dilarang bermain-main, bergurau atau berlari-lari di dalam makmal sains.
Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum.
Anda juga tidak boleh membawa makanan dan minuman di dalam makmal. Anda
tidak boleh makan dan minum di dalam makmal.

2. BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR


2.1 Pelajar dilarang masuk ke dalam bilik ini kecuali dengan kebenaran guru.
2.2 Pelajar mesti memulangkan bahan di tempatnya semula dengan pengetahuan guru
yang berkaitan.
2.3 Pastikan susunan bahan dan buku sentiasa dalam keadaan teratur.
2.4 Pustakawan yang bertugas secara bergilir perlu memastikan kebersihan bilik,
susunan bahan-bahan dan buku-buku serta buku log penggunaan bilik diurus
dengan baik.

27

3. PERATURAN MAKMAL KOMPUTER


3.1. Pelajar dilarang memasuki makmal komputer kecuali dengan kebenaran guru.
3.2. Sila imbas semua disket dan pendrive sebelum digunakan.
3.3. Sila laporkan semua masalah yang berkaitan kepada guru.
3.4. Pelajar tidak dibenarkan untuk cuba membaiki peralatan kompter.
3.5. Sila bertanggungjawab bila menggunakan segala peralatan, perisisan dan
kemudahan yang ada.
3.6. Semua peralatan mestilah berada pada tempat asalnya.
3.7. Tidak dibenarkan memadam atau menambah apa-apa perisian di dalam komputer
3.8. Jangan mengubahsuai segala aturan (setting) di dalam computer
3.9. Simpan semua tugasan di dalam storan sekunder (pendrive, cakera padat, cakera
liut dan sebagainya).
3.10. Tidak dibenarkan membawa beg, makanan dan minuman di dalam makmal.
3.11. Tutup komputer dengan betul selepas menggunakannya.
3.12. Tutup semua AVR sebelum meninggalkan makmal.
3.13. Kemuadahan adalah untuk kegunaan pendidikan sahaja.
3.14. Guru mestilah merekodkan penggunaan komputer di dalam buku log yang
disediakan.
3.15. Semua pengguna mestilah merekodkan penggunaan komputer di dalam buku log
yang disediakan.
3.16. Makmal mesti sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas.

4. SURAU/MUSOLLA
4.1 Peraturan Am
4.1.1. Pengurusan musolla ini adalah dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang
dilantik oleh pihak sekolah dengan bidang tugas yang telah ditetapkan
4.1.2. Musolla ini hendaklah digunakan sebagai tempat mengerjakan ibadat solat,
melaksanakan amal pendidikan Islam, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan
aktiviti-aktiviti pendidikan serta kemasyarakatan.
4.1.3. Semua jemaah dikehendaki menjaga kebersihan dan keceriaan musolla serta
memastikan ianya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.
4.1.4. Semua barang dan peralatan musolla hendaklah dijaga dengan selamat. Ia tidak
boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran.
4.1.5. Tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam musolla ini perkara-perkara
berikut:
(a) Senjata tajam yang merbahaya dan seumpamanya.
(b) Bahan-bahan dan gambar lucah,majalah-majalah hiburan dan penerbitan yang
berunsur kepartian serta risalah-risalah ajaran sesat.
(c) Makanan dan minuman
4.1.6. Tidak dibenarkan menampal bahan-bahan penerbitan, poster atau risalah tanpa
mendapat keizinan daripada pengerusi atau jawatankuasa musolla
4.1.7. Tidak dibenarkan menjadikan musolla sebagai tempat melelapkan mata,
melepak,menyalin atau menukar pakaian dan seumpamanya
4.1.8. Semua jemaah dikehendaki menjimatkan penggunaan elektrik dan air serta
memastikan suis-suis lampu, kipas, alat siaraya ditutup selepas digunakan.
4.2 Peraturan Khas Tatasusila Di Musolla
4.2.1 Memakai pakaian yang suci,bersih,kemas dan bersopan ketika ke musolla.
4.2.2 Dilarang memakai baju t-shirt yang fancy yang mengandungi gambar-gambar
yang tidak sesuai.
4.2.3 Masuk ke musolla dengan mengambil wudhuk terlebih dahulu.
4.2.4 Masuk dengan kaki kanan serta keluar dengan kaki kiri yang disertakan dengan
doa.

28

4.2.5 Mengambil tempat duduk pada saf bahagian hadapan terlebih dahulu.
4.2.6 Merapatkan saf dan menghidupkan budaya salam dan berjabat tangan dengan
jemaah yang lain.
4.2.7 Duduk dengan keadaan yang khusyuk,bersopan serta menghadap kiblat.
4.2.8 Memperbanyakkan zikrullah ketika berada di musolla.
4.2.9 Tidak membuat bising ketika berada di dalam musolla.
4.2.10
Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
4.2.11
Dilarang melintas dihadapan orang yang sedang solat.
4.2.12
Digalakkan berwirid,berdoa dan bersalaman sebelum
meninggalkan
musolla.
4.3 Waktu Sembahyang
4.3.1 Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut
perubahan jadual yang disediakan oleh pentadbiran
5. BILIK GURU
5.1. Bilik Guru adalah kawasan larangan.
5.2. Pelajar hendaklah mengetuk pintu dan meminta keizinan daripada guru yang berada
di dalam bilik guru sebelum masuk. Jika tiada guru di dalam bilik guru, pelajar tidak
dibenarkan masuk.
6. BILIK SAKIT
6.1. Pelajar-pelajar yang sakit hendaklah dilaporkan kepada guru bertugas oleh
pengerusi kelas dan didaftarkan di bilik sakit.
6.2. Borang masuk bilik sakit hendaklah diisi dan ditandatangani oleh guru yang
mengajar atau guru bertugas sebelum pelajar sakit dimasukkan kedalam bilik sakit.
6.3. Pelajar yang sakit tidak boleh ditemani oleh pelajar lain kecuali kebenaran guru
bertugas.
6.4. Bilik sakit hendaklah dikemas selepas digunakan.
7.
7.1.
7.2.

PUSAT SUMBER SEKOLAH


Waktu penggunaan 8.00 pagi 5.00 petang setiap hari persekolahan.
Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa buku-buku kepunyaan sendiri ke dalam
pusat sumber.
7.3. Pelajar mesti menggunakan kad pinjaman untuk meminjam buku.
7.4. Denda akan dikenakan kepada pelajar yang lewat memulangkan buku.
7.5. Pelajar dilarang membuat bising di dalam pusat sumber.
7.6. Buku-buku yang telah dibaca atau telah digunakan hendaklah ditinggalkan di atas
meja.
7.7. Pelajar hanya dibenarkan meminjam dua buah buku sahaja pada satu-satu masa
dan tempoh meminjam selama seminggu.
7.8. Pelajar dilarang menconteng, mengoyak, membawa keluar buku-buku dari pusat
sumber.
7.9. Kebersihan, kekemasan dan keceriaan pusat sumber adalah tanggungjawab semua
pelajar.
7.10. Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah atau pakaian kemas
(mengikut peraturan sekolah) semasa berada di pusat sumber.
7.11. Pelajar hendaklah menunjukkan buku yang hendak dibawa keluar kepada pengawas
PSS yang bertugas di kaunter.
8. BILIK TAYANG
8.1. Waktu penggunaan : 7.30 pagi 6.30 petang setiap hari persekolahan.
8.2. Pelajar hanya boleh menggunakan bilik tayang jika ada guru yang mengiring mereka
dan tujuan yang berkaitan dengan pembelajaran atau tugasan..

29

8.3.

Tempahan dan rekod penggunaan bilik tayang hendaklah direkod dibuku log yang
disediakan

9.

BILIK ALATAN SUKAN, PADANG DAN GELANGGANG PERMAINAN

9.1.
9.2.

Bilik alatan Sukan adalah kawasan larangan.


Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar dan menyimpan alatan sukan tanpa
kebenaran dan pengawasan guru.
Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan padang sekolah (padang asrama
/padang tepi Dewan Seri Tun Habab), Gelanggang Bola Tampar SMK Laksamana
kecuali sewaktu aktivit PJK atau latihan sukan dengan pengawasan guru

9.3.

10.

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL

10.1.
10.2.
10.3.
10.4.
10.5.
10.6.
10.7.
10.8.
10.9.
10.10.
10.11.
10.12.
10.13.
10.14.
10.15.
10.16.
10.17.
10.18.
10.19.
10.20.
10.21.
10.22.

Pelajar tidak dibenarkan memasuki bengkel tanpa kebenaran guru.


Tidak menumpahkan minyak di atas lantai bengkel.
Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api.
Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Memastikan bengkel di bekalkan dengan peti pertolongan cemas.
Pelajar tidak dibenarkan bermain atau bergurau semasa di bengkel
Jangan menggunakan mesin tanpa kebenaran dan pengawasan guru
Bengkel hendaklah sentiasa dibersihkan selepas kerja selesai
Semua alatan tangan perlu diperiksa sebelum digunakan dan laporkan kepada
guru jika terdapat kerosakan.
Bahan terbuang seperti reja kayu hendaklah dibersihkan dengan segera
Jangan bekerja bersendirian tanpa pengawasan guru.
Jangan tergesa-gesa hendak menyelesaikan kerja terutamanya semasa
menggunakan alatan mesin .
Sentiasa membaca peraaturan keselamatan yang terdapat pada peralatan
sebelum menggunakannya.
Patuhi arahan pengeluar mesin dan peraturan keselamatan menggunakan mesin
seperti mesin gerudi dan mesin gergaji.
Sentiasa memakai kasut, sarung tangan dan alat pelindung mata semasa bekerja
di bengkel.
Lantai bengkel perlu sentiasa kering.
Elakkan lebihan kayu , logam, paku dan skru bersepah di atas lantai.
Susun alatan dan bahan yang digunakan dengan teratur di atas meja kerja.
Pelajar harus sentiasa berwaspada semasa bekerja di bengkel.
Pelajar harus memakai pakaian yang sesuai semasa menggunakan bengkel
seperti memakai apron dan kasut.
Pelajar harus melaporkan sebarang kemalangan kepada guru.
Tenaga elektrik digunakan secara berhati-hati kerana kejutan elektrik

30

SEKSYEN D : LEMBAGA PENGAWAS


1.

2.
3.

4.
5.
6.
7.

Pengawas dilantik setelah mereka mengambil ujian dan temuduga sebagai


pengawas dan menunjukkan sikap bahawa mereka adalah pelajar-pelajar yang
boleh diharapkan dan bertanggungjawab.
Mereka dilantik secara rasmi oleh Lembaga Disiplin dan Pengawas. Pelajar yang
telah dilantik tidak berhak meletakkan jawatan dengan sesuka hati.
Mereka diberi tugas untuk memastikan supaya pelajar-pelajar patuh kepada
peraturan sekolah . Oleh itu, mereka mestilah dihormati dan arahan mereka perlu
dipatuhi .
Tindakan disiplin (termasuk buang sekolah) akan diambil terhadap pelajar yang
ingkar dan berkasar kepada pengawas sekolah.
Jawatannya berterusan tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan
seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu.
Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan itu.
Sifat-sifat Kelayakan Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar
hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi
akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.
Lain-lain kelayakan :
- bertanggungjawab dengan sepenuhnya
- berwibawa dan bekerjasama
- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
- jujur dan berakal
- menepati masa

8.
8.1.

PENGAWAS
Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan
suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap
masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.
8.2. Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di
perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar
dan bilik Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga
menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.
8.3. Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa
perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas
akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali
kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.
8.4. Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi
bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar.
Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar
peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti
dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.
8.5. Melaksanakan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Guru Disiplin.
8.6. Berkuasa untuk mengarahkan pelajar-pelajar keluar dari bilik darjah pada waktu
rehat.
8.7. Bertugas mengikut jadual bertugas. Mencatat salah laku pelajar di dalam buku
laporan masing-masing dan juga buku laporan kesalahan pelajar serta buku lewat
hadir ke sekolah (jika bertugas di pintu pagar hadapan)
8.8. Melaporkan kes-kes yang serius & kes-kes yang kerap berlaku kepada guru disiplin.
8.9. Menasihatkan pelajar-pelajar tentang kesalahan kecil yang dilakukan.
8.10. Mengawal kelas bersama-sama Pengerusi kelas apabila tiada guru di dalam kelas.
8.11. Pengawas tidak boleh bertindak di luar batasan seperti mendera.
8.12. Membantu guru dan pentadbir apabila diarahka

31

8.13. Melaksanakan arahan ketua pengawas dan guru-guru.


8.14. Semua pengawas hendaklah memakai tanda nama berwarna merah
9.
9.1.
9.2.

TUGAS-TUGAS KETUA PENGAWAS


Melaksanakan arahan-arahan guru disiplin.
Membuat laporan secara bertulis tentang tugas pengawas kepad Guru Disiplin pada
setiap hari Isnin.
Membantu Guru Disiplin meronda kawasan sekolah pada waktu rehat.
Mempengerusikan mesyuarat jika diarahkan oleh guru Disiplin
Memastikan perjalanan perhimpunan sekolah berjalan lancar.
Merancang dan melaksanakan projek-projek khas seperti lawatan dan sebagainya.
Meronda dan memastikan tiada pelajar berada di dalam kelas pada waktu
perhimpunan.
Memantau semua pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas masingmasing.

9.3.
9.4.
9.5.
9.6.
9.7.
9.8.

10.
10.1.
10.2.
10.3.

TUGAS PENOLONG PENGAWAS


Melaksanakan arahan Guru Disiplin
Menyemak buku laporan pengawas untuk Guru Disiplin pada setiap Jumaat .
Menolong Ketua Pengawas dalam melaksanakan tugas-tugas beliau.Menyediakan
jadual
10.4. Waktu bertugas bagi semua pengawas .
10.5. Membantu Guru Disiplin/Guru Bertugas Mingguan meronda kawasan sekolah pada
waktu rehat apabila ketua pengawas tidak hadir
11.
11.1.
11.2.
11.3.
11.4.
11.5.

PAKAIAN PENGAWAS LELAKI


Baju kemeja lengan panjang / pendek berwarna merah meroon.
Seluar panjang berwarna hitam
Berkasut hitam jenis kulit / kanvas.
Berstokin putih , paras atas buku lali.
Bertali leher, warna seperti yang telah disediakan oleh pihak koperasi

11.
12.1.
12.2.
12.3.
12.4.
12.5.
12.6.

PAKAIAN PENGAWAS PEREMPUAN


Tudung berwarna pink/merah jambu.
Baju kurung Johor berwarna merah merun dan berkain hitam (muslim).
Baju kemeja lengan pendek/panjang berwarna merah merun (non muslim).
Kain(skirt) paras bawah lutut berwarna hitam (non muslim)
Berstokin putih, paras atas buku lali
Berkasut hitam jenis kulit/ kanvas.

SEKSYEN F : PELAJAR TINGKATAN 6


PERATURAN PAKAIAN TINGKATAN 6
1.
1.1

UNIFORM SEKOLAH
Pelajar lelaki
1.1.1 Kemeja
berwarna
beige
berlengan
pendek
serta
seluar
slack
(panjang)berwarna hitam dengan kocek (tebuk )ditepi dan belakang .
1.1.2 Tali pinggang berwarna hitam.
1.1.3 Tali leher pelajar Tingkatan 6 . Dibeli di koperasi sekolah.
1.1.4 Kasut kulit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali kasut
berwarna hitam.

32

1.1.5 Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu.
Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.
1.1.6 Lencana sekolah dan tanda nama
(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
(b) Lencana dan hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas
poket di dada sebelah kiri baju.
(c) Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama
(d) Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.
(e) Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.
(f) Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.
1.2.

Pelajar Perempuan Muslim


1.2.1. Baju kurung Johor berwarna beige.
1.2.2. Kain kurung berwarna hitam dengan ombak beralun di sisi.
1.2.3. Tudung berwarna beige menutup dada.
1.2.4. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam.
1.2.5. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu.
Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.
1.2.6. Anak tudung berwarna putih .
1.2.7. Lencana sekolah dan nama.
(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian atas mini telekung sebelah
kiri
(c) Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama
(d) Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.
(e) Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.
(f) Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar lain.

1.3.

Pelajar perempuan bukan Muslim


1.3.1. Baju kemeja berwarna beige berlengan panjang.
1.3.2. Skirt panjang berwarna hitam berlipat di belakang (pleated).
1.3.3. Tali leher pelajar Tingkatan 6 . Dibeli di koperasi sekolah.
1.3.4. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam.
1.3.5. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu.
Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.
1.3.6. Lencana sekolah dan tanda nama
(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama
sepanjang masa.
(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit dengan benang putih di bahagian atas di
dada sebelah kiri baju.
(c) Kedudukan lencana hendaklah di atas tanda nama
(d) Lencana dan tanda nama yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti
dengan segera.
(e) Tanda nama dan lencana tidak boleh diconteng/dipinda/diubahsuai.
(f) Pelajar tidak dibenarkan memakai tanda nama pelajar.

1.4

Uniform Kadet Pertahanan Awam Malaysia


1.4.1 Pakaian rasmi Kadet Pertahanan Awam Malaysia dipakai pada setiap hari Rabu
mengikut arahan sekolah.
1.4.2 Tudung berwarna hitam sepenuhnya, tidak berkerawang, tidak berbatu dan tidak
bersulam.

33

1.4.3 Baju T rasmi Tingkatan 6 dipakai semasa aktiviti Tingkatan 6 mengikut arahan
sekolah.
1.4.4 Anak tudung boleh bewarna hitam
2. BAJU KORPORAT
Baju ini hendaklah di pakai pada hari yang ditetapkan .
2.1.

Pelajar lelaki
2.1.2. Baju korporat sebagaimana diselaraskan di peringkat daerah dengan seluar
slack (panjang )berwarna hitam dengan kocek (tebuk )ditepi dan belakang .
2.1.3. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam. Tali
kasut berwarna hitam.
2.1.4. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu.
Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.

2.2.

Pelajar perempuan
2.2.2. Baju korporat sebagaimana diselaraskan di peringkat daerah.
2.2.3. Tudung berwarna hitam sepenuhnya, tidak berkerawang, tidak berbatu dan tidak
bersulam.
2.2.4. Skirt panjang berwarna hitam berlipat di belakang (pleated).
2.2.5. Kasut kulit bertumit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam.
2.2.6. Stokin berwarna putih sahaja. Tapak stokin boleh berwarna hitam atau kelabu.
Sebarang jenama ( jahitan atau tampalan ) atau jalur berwarna tidak dibenarkan.

3.
PAKAIAN HARI JUMAAT
3.1. Lelaki Muslim
3.1.1. Baju Melayu putih.
3.1.2. Kain samping sekolah.
3.1.3. Lencana sekolah dan tanda nama di sebelah kiri bahagian atas poket baju.
3.1.4. Kasut kulit atau PVC bertumit tidak melebihi 1 inci berwarna hitam.
3.1.5. Tali kasut berwarna hitam serta berstokin putih
4.
4.1
5.
5.1.

PAKAIAN UNTUK AKTIVITI KOLOKIUM


Pakaian rasmi sekolah.
AKTIVITI KOKURIKULUM DAN KOLOKIUM
Aktiviti kokurikulum
5.1.1. Pelajar wajib menyertai aktiviti kokurikulum Tingkatan.
5.1.2. Aktiviti ini akan diadakan mengikut hari dan masa yang ditetapkan.
5.1.3. Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Pakaian semasa menghadiri aktiviti.

5.2.

Aktiviti kolokium
5.2.1. Pelajar wajib menyertai aktiviti kolokium Tingkatan 6.
5.2.2. Aktiviti ini akan diadakan mengikut hari dan masa yang ditetapkan.
5.2.3. Pelajar hendaklah mematuhi Peraturan Pakaian semasa menghadiri aktiviti.
SEKSYEN G : KATEGORI KESALAHAN
KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.
2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah
tanpa kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau Guru-guru Penolong Kanan
atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.

34

6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa
kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau
wakilnya.
9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan
makmal/bilik khas/bengkel.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.
11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.
12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.
13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan
kemas. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,
tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)
14. Lewat ke sekolah.
15. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
16. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.
17. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.
18. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.
19. Mengganggu kawan.
20. Mengganggu guru.
21. Lewat masuk kelas
22. Mengotorkan kelas.
23. Tidak duduk setempat.
24. Berada dalam kawasan larangan.
25. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.
26. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..
27. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.
28. Membuang sampah merata-rata.
29. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.
30. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.
31. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak
sekolah.
32. Memakai cermin mata berfesyen.
33. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .
34. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua
KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.
2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
lebih daripada satu pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin
Sekolah.
KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah

35

3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang


benda yang memabukkan / menghayalkan.
4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.
5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas /
murid.
7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.
8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.
9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
pita dan multimedia yang terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru / murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki / perempuan
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.
22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.
23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.
27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
nilai-nilai masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa
kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala
(tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua
atau wakilnya.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan
bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Membawa telefon bimbit ke sekolah
36. Membawa kamera/komputer riba/alat perakam tanpa kebenaran ke sekolah
37. Menunggang basikal/motorsikal dalam kawasan sekolah
38.Kesalahan-kesalakanain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa
Disiplin Sekolah.

36

SEKSYEN H :
SISTEM KAWALAN DISIPLIN MURID
e-Disiplin
PERLAKSANAAN
SMK Tun Habab dipilih sebagai perintis untuk melaksanakan program e-Disiplin ini
sebelum diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara. Perlaksanaan pada
peringkat sekolah telah dimulakan pada 9 Jun 2008. Pada Tahun 2010 Sistem eDisiplin ini telah digunakan sepenuhnya secara talian.
Segala salah laku pelajar akan direkodkan ke dalam sistem e-Disiplin dan pelajar
boleh menyemak markah merit mereka dengan ketua guru disiplin ,Guru Penolong
Kanan HEM dan guru kelas. Status kelakuan bagi sijil berhenti sekolah adalah
berpandukan kepada markah dimerit yang dikumpul.
Ibu bapa akan menerima surat Amaran Disiplin jika markah merit pelajar mencapai
markah yang telah ditetapkan.
e-Disiplin
Bahagian SekolahKementerian Pelajaran Malaysia
1.
KONSEP
Sistem ini merupakan satu sistem pengurusan disiplin yang dapat mengesan dan
mengawal tingkahlaku murid. Seterusnya langkah-langkah intervensi dapat dirancang dan
dilaksanakan di sekolah bagi melahirkan modal insan murid yang seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, dan intelek, selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2.

VISI
Modal Insan Murid Terbilang

3.
MISI
Memastikan pengurusan disiplin sekolah berada pada tahap yang terbaik, mempunyai
daya kawal selia disiplin yang mantap dan berkesan.
4.
TUMPUAN TINGKAH LAKU
e-Disiplin memberikan tumpuan kepada aspek tingkah laku murid sama ada berbentuk
negatif ataupun positif. Kedua-dua jenis tingkah laku ini diambil kira dalam proses
memulihkan murid. Tingkah laku negatif akan diberikan markah celaan, manakala tingkah
laku positif akan diberikan markah pujian. Kedua-dua jenis markah ini akan diadun untuk
menentukan tahap disiplin seseorang murid. Adunan ini akan disusuli pula dengan sesi
bimbingan dan kaunseling untuk membentuk sahsiah murid pada tahap yang terbaik.
5.
JENIS SALAH LAKU
Jenis salah laku yang ada dalam e-Disiplin adalah berdasarkan senarai salah laku dalam
Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM) Kementerian Pelajaran Malaysia
6.
MARKAH DEMERIT
Markah-markah salah laku adalah ditetapkan seperti berikut;
Markah adalah antara 3, 5, dan 10. Markah 3 bermaksud kes salah laku yang dianggap
ringan. Markah 5 bermaksud kesalahan yang sederhana atau kesalahan ringan yang
diulang-ulang, Markah 10 bermaksud salah laku yang berat.
7.

AMARAN DISIPLIN

37

Amaran Disiplin adalah mengikut turutan. Melalui sistem ini, amaran disiplin adalah seperti
berikut;
7.1. Amaran Disiplin Pertama (Bertulis) (AD1)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 20 hingga 30 markah
demerit.Amaran ini hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang
persekolahnnya.
7.2. Amaran Disiplin Kedua (Bertulis) (AD2)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 30 hingga 40 markah
demerit. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang
persekolahnnya.
7.3. Amaran Disiplin Ketiga (Gantung Sekolah) (AD3)
Amaran ini dikeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 60 hingga 70 markah
demerit. Bagaimanapun, Pengetua boleh menggantung murid (Kes Khas) tanpa Amaran
Disiplin Pertama dan Kedua. Dalam hal ini, apabila murid digantung (bagi kes khas),
bermaksud Amaran Disiplin Pertama (AD1) dan Amaran Disiplin Kedua (AD2) dikeluarkan
serentak bersama-sama hukuman gantung sekolah.
7.4. Amaran Disiplin Keempat (Amaran Akhir) (AD4)
Amaran ini dkeluarkan apabila markah salah laku mencapai antara 80 dan 90 markah
demerit. Amaran ini juga hanya dikeluarkan sekali untuk setiap murid sepanjang
persekolahnnya.
7.5. Buang Sekolah (AD5)
Amaran ini dikeluarkan apabila mencapai markah salah laku mencapai 100 markah demerit
dan ke atas. Hukuman ini boleh juga dikenakan bagi kes-kes khas, mengikut pertimbangan
Pengetua.
7.6. Amaran-Amaran Lisan
Amaran ini dikeluarkan dari semasa ke semasa, atau apabila murid melakukan kes-kes
salah laku.
7.7. Hukuan Rotan Kes Merokok
Hukuman ini adalah mengikut pekeliling berkaitan kes merokok.
Kali Pertama
: 1 Rotan
Kali Kedua
: 2 Rotan
Kali Ketiga
: 3 Rotan
Kali Keempat
: Gantung Sekolah
Kali Kelima
: Buang sekolah
8. PEMULIHAN
8.1. KERJA AMAL
Kerja Amal adalah satu bentuk hukuman yang boleh dijalani oleh murid-murid secara
sukarela. Sistem e-Disiplin menawarkan 2 kali kerja amal bagi setiap Amaran Disiplin yang
diberikan kepada murid-murid.
Syarat-syarat Kerja Amal adalah seperti berikut;
a. Dijalani di luar waktu pembelajaran dan pembelajaran, atau di luar waktu
persekolahan
b. Kerja-keja yang dilaksanakan tidak bermaksud menggantikan kerja rutin pekerjapekerja / kakitangan sekolah.
c. Kerja-kerja yang tidak terlalu berat atau membebankan murid
d. Dikawal selia oleh guru
e. Boleh juga melibatkan kerja-kerja kemasyarakatan di luar sekolah

38

9. JENIS KERJA AMAL


Jenis-jenis Kerja Amal yang disenaraikan dalam e-Disiplin adalah seperti berikut;
MENOLONG GURU DALAM KECERIAAN SEKOLAH KERJA-KERJA LANSKAP/TANAM
DAN MENJAGA POKOK BUNGA DLL
KERJA MENGECAT/MURAL/KERJA-KERJA BERAT
KERJA-KERJA MULIA-PERTOLONGAN CEMAS
KESUNGGUHAN KETIKA DI SURAU-RAJIN/TERTIB/TEKUN
KOMITMEN UNTUK DATANG AWAL KE SEKOLAH
RINGAN TULANG-SUKARELA MENOLONG GURU
MEMBERSIH DAN MENCERIAKAN KELAS
MEMBERSIH DAN MENYUSUN BILIK-BILIK KHAS
MEMBERSIH KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH
MEMBAIKI DAN MEMBAIK PULIH PERALATAN SEKOLAH
MEMBERI MAKLUMAT YANG BERGUNA KEPADA SEKOLAH
AMALAN JIMAT CERMAT (AIR, ELEKTRIK DLL)
AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
PENGLIBATAN IBU BAPA / PENJAGA DALAm AKTIVITI SEKOLAH
AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI
Markah merit Kerja Amal terdiri daripada 3, 5, dan 10 . 3 bermaksud Kerja Amal yang
dianggap ringan. Markah merit 5 bermaksud Kerja Amal yang sederhana, dan markah
merit 10 bermaksud Kerja Amal yang dianggap berat. Markah merit kerja amal ini akan
digunakan untuk mengurangkan markah demerit pelajar
10. PERANAN MURID
1.
Berkerjasama dengan semua guru.
2.
Murid membuat pengakuan dalam Borang Salah Laku (BSL) semasa sesi siasatan
oleh Ketua Guru Disipin Sekolah.
3.
Memberi makumat yang tepat semasa soal siasat.
4.
Murid perlu membela diri dan membuat rayuan sebelum hukuman dijatuhkan.
5.
Murid perlu mengikuti sesi kaunseling sebelum/selepas menerima hukuman.
6.
Menjalankan kerja amal untuk mengurangkan markah demerit salah laku
7.
Mengikuti aktiviti pemulihan yang dijalankan oleh pihak sekolah
11. PERANAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Berkerjasama dengan pihak sekolah utuk mengawal disiplin anak.
2. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengambil maklum dan perhatian sewajarnya apabila
pihak sekolah mengeluarkan Amaran Pertama (Bertulis) dengan mengubungi pihak
sekolah atau hadir sendiri ke sekolah.
3. Ibu bapa/penjaga perlu hadir ke sekolah untuk membincangkan kes salah laku anak
mereka selepas Amaran Kedua (Bertulis) di keluarkan oleh pihak sekolah.
4. Ibu bapa/penjaga perlu berkerjasama hadir ke sekolah sebagai saksi dalam proses
menandatangi Aku Janji Murid selepas anak mereka menjalani hukuman Gantung
Sekolah.
5. Ibu bapa/penjaga hendaklah mengemukakan rayuan bertulis kepada Pengarah
Pelajaran Negeri dalam tempuh 30 hari apabila sekolah mengambil tindakan Buang
Sekolah ke atas anak mereka.

39

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas


1. Pakaian Seragam :
- SPI Bil. 12/1978
- SPI Bil. 14/1976
- SPI Bil. 3/1983
- SPI Bil. 8/1985
- SPI Bil. 3/1992
- SPI Bil. 6/1993
- SPI Bil. 2/1993
- SPI Bil. 9/1975

10. Garis Panduan Pakej Bayaran


Tambahan :
- SPI Bil. 13/2007
11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :
- SPI Bil. 1/2006
12. Potongan Rambut Murid :
- SPI Bil. 2/1976

2. Kesihatan Murid :
- SPI Bil. 2/1982
- SPI Bil. 6/1998

13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap


Rokok
- SPI Bil. 4/1997

3. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984

14. Peraturan Tatatertib :


- SPI Bil. 8/1968
- SPI Bil. 6/196
15. Penyalahgunaan Dadah :
- SPI Bil. 7/1975

4. Keselamatan :
- SPI Bil. 8/1988
- SPI Bil. 8/1999
- SPI Bil. 7/2000
5. Kesihatan :
- SPI Bil. 4/1989
- SPI Bil. 1/1996
6. Ponteng :
- SPI Bil. 6/1995
- SPI Bil. 11/1972
- SPI Bil. 9/1975

16. Kempen Anti Merokok :


- SPI Bil. 1/1983
17. Mengenakan Hukuman Biasa :
- SPI Bil. 8/1983
18. Perhimpunan Sekolah :
- SPI Bil. 4/1984
19. Langkah-langkah Keberkesanan
Disiplin Sekolah :
- SPI Bil. 7/1986

7. Sekolah Selamat :
- SPI Bil. 4/2002
8. Kuasa Merotan :
- SPI Bil. 7/2003
9. Disiplin/Peraturan Sekolah :
- SPI Bil. 9/1975

MIDI 2012

40

PENGAKUAN SETIA PELAJAR


Bahawasanya saya........................................
Tingkatan ............................................................................ murid SMK TUN HABAB telah
membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan
mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan
dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.
Tandatangan murid,

_____________________________
(

Tarikh :

--------------------------------------------------------------------------

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA


Bahawasanya saya ...................................... ibu bapa /
penjaga murid yang bernama .................................................................... Tingkatan:
........................................................................
yang belajar di SMK TUN HABAB telah
membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan
pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan
tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga


_____________________________
(
Tarikh :

Lengkapkan bahgaian Pengakuan Setia Pelajar dan Pengakuan Ibu bapa/


penjaga di kedua-dua bahagian muka surat.
Potong bahagian bawah dan serahkan kepada Guru Disiplin.

41

PENGAKUAN SETIA PELAJAR


Bahawasanya saya........................................
Tingkatan ............................................................................ murid SMK TUN HABAB telah
membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan
mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan
dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.
Tandatangan murid,

_____________________________
(

Tarikh :

--------------------------------------------------------------------------

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA


Bahawasanya saya ...................................... ibu bapa /
penjaga murid yang bernama ..............................................................
Tingkatan :
........................................................................
yang belajar di SMK TUN HABAB telah
membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan
pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan
tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga


_____________________________
(
Tarikh :

Lengkapkan bahgaian Pengakuan Setia Pelajar dan Pengakuan Ibu bapa/


penjaga di kedua-dua bahagian muka surat.
Potong bahagian bawah dan serahkan kepada Guru Disiplin.

42

43