Anda di halaman 1dari 38

ISU-ISU

KONTEMPORARI
TITAS

Pengenalan Tamadun Barat

Hegemoni Barat
Globalisasi
Media
Ekonomi
Politik
Sosial
Hak Asasi Manusia

Pengenalan Tamadun Barat

Tamadun Barat adalah lanjutan


daripada Tamadun Yunani (muncul
2000 sebelum masihi) dan
Tamadun Rom (sekitar 753
sebelum masihi).

Tamadun Barat berteraskan kepada


pemikiran & falsafah Tamadun
Yunani dan Rom.

Tamadun Yunani

Kehidupan sosiobudaya orang-orang


Yunani lebih berbentuk materialistik
hinggakan kepada urusan keagamaan.

Kepercayaan agama tidak mempunyai


unsur-unsur spiritual atau mistik, tetapi
lebih bercorak fizikal, rasionalistik dan
materialistik.

Contohnya: konsep beauty & love yang


menaikkan keghairahan seks adalah
faktor penting dalam agama mereka.
Sebab itu banyak patung manusia dibina
yang melambangkan seks di bandarbandar utama Greek.

TAMADUN ROM ..

Bangsa Rom terkenal dalam bidang ketenteraan


(Julius Ceaser sebagai ikon kekuatan
ketenteraan Tamadun Rom).

Mereka juga mempelajari bidang-bidang


keilmuan, falsafah, kesusasteraan, pendidikan
dan logik (Socrates 469-399 SM & Plato 427347SM).

Tamadun Rom tidak diasaskan kepada agama


mereka menganggap tuhan-tuhan tidak boleh
campur tangan dalam urusan politik dan urusan
harian mereka.

Sambungan

Walaupun berlaku penindasan terhadap pengikut Kristian


oleh pemerintahan Rom, akhirnya agama Kristian
diterima oleh seluruh masyarakat termasuk
pemerintah. Sebuah gereja Kristian didirikan di Kota
Rom (Vatican City) dan diletakkan nama St. Peter.

Maharaja Rom (Constantine) merupakan pemerintah


pertama menganut Kristian pada 350M. Beliau memberi
kebebasan beragama kepada rakyat dan gereja
diberikan kuasa memungut cukai, serta melaksanakan
hukuman terhadap penganut Kristian yang ingkar
kepada ajaran agama.

330M - pusat pemerintahan Rom dipindahkan dari Kota


Rom ke Kota Byzantium yang ditukar nama kepada
Constantinople dan menubuhkan Empayar Rom Timur
yang menjadi pusat tamadun Eropah.

HUBUNGAN TAMADUN BARAT DENGAN TAMADUN ISLAM

Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan sebagai rasul pada


abad ke-7M ketika berlaku Zaman Kegelapan di
Eropah.

Umat Islam mula membina ketamadunan Islam hingga


ke zaman kegemilangan ilmu pengetahuan bermula
dari zaman Rasul di Madinah (622-661 M), Khulafa alRasyidin, Umayyah, hingga akhir hayat kerajaan
Abbasiyyah 1258 di Baghdad dan ke akhir tempoh
pemerintahan kerajaan Umayyah II di Andalusia pada
1492M.

Ramai pelajar dari Eropah mengikuti pengajian di


universiti-universiti Islam di Andalusia dan lain-lain.
Era kecemerlangan Tamadun Islam berlaku
bersamaan dengan Zaman Kegelapan (Dark Age) di
Eropah.

ILMU PENGETAHUAN ORANG-ORANG ISLAM TELAH


BERPINDAH KE EROPAH MELALUI:

Pelajar Eropah yang belajar di Sepanyol


Pulau Sicily (Selatan Itali) dikuasai oleh
orang-orang Islam (9 hingga 12 M)
Perang Salib yang berlaku selama hampir
200 tahun.
Perkembangan Tamadun Islam
mendominasikan seluruh ketamadunan
dunia dan sebab utama kepada
kebangkitan era Renaissance di Eropah

Sambungan

Tamadun Islam telah meletakkan


asas akidah (berpaksikan
ketauhidan kepada Allah), syariah
dan akhlak untuk pembangunan
manusia yang akan membangun
alam ini.

Tradisi keilmuan ketamadunan


Islam menjadi pemangkin kepada
pencetusan keilmuan dan
ketamadunan moden Barat dan
dunia seluruhnya.

Hegemoni Barat
Blok Barat yang dipelopori oleh Amerika Syarikat
dan sekutunya telah menjalankan agenda
hegemoni mereka untuk mendominasi dunia
adalah jelas melalui polisi yang diamalkan.
Antara tiga polisi yang diamalkan oleh Barat ke
atas bukan Barat:

Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari


melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear,
biologikal dan kimia yang berat sebelah.
Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan
demokrasi ala-Barat.
Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan
menyekat kebanjiran imigran ke Barat

Jeffrey F.Bennet (Exclusion as National Security Policy, dalam


Jurnal Parameters 1994) telah merumuskan ciri-ciri dominasi
Tamadun barat ke atas dunia sejagat seperti berikut:

Barat memiliki sistem perbankan antarabangsa


dunia (IMF, World Bank & bank-bank gergasi
multinasional).

Barat mengawal mata wang utama dunia (US


dollar sebagai pengukur nilai mata wang
antarabangsa).

Barat ialah pasar dan pelanggan barangan


utama dunia.

Barat membekalkan kebanyakan barangan siap


dunia.Barat mendominasi pasaran modal
antarabangsa.

Barat mendominasi kepimpinan moral dunia.

Sambungan Jeffrey F.Bennet

Barat berupaya melakukan campur


tangan ketenteraan ke atas mana-mana
negara bangsa.

Barat mengawal laluan maritim


antarabangsa dunia.

Barat melaksanakan program


penyelidikan dan pembangunan teknikal
(R&D) terkemuka di dunia.

Barat terkehadapan dalam sistem


pendidikan sains dan teknologi dunia.

Sambungan Jeffrey F.Bennet

Barat mendominasi akses ke ruang


angkasa dunia.

Barat mendominasi industri aero


angkasa dunia.

Barat mendominasi industri, sistem dan


kandungan media komunikasi dan
hiburan dunia.

Barat mendominasi industri senjata


teknologi tinggi di dunai.

Barat mendominasi sistem operasi dan


perisian komputer seluruh dunia.

Lagi Bentuk Dominasi Barat

Barat juga mendominasi bahasa


komunikasi dunia melalui bahasa
Inggeris (bahasa peradaban Barat:
US,UK, Kanada).

Mengawal penciptaan dan pembangunan


senjata nuklear, biologikal & kimia
melalui perjanjian non-proliferation
terhadap negara-negara lain (obligatory
compliance), bukan terhadap sekutu
mereka seperti Israel.

Beza Hegemoni Barat Dulu & Sekarang

Manifestasi hegemoni Barat ke atas


Benua Amerika, Asia dan Afrika sebelum
ini adalah dalam bentuk penjajahan
dengan tiga matlamat utama (the three
Gs): Gold, Gospel and Glory.

Dasar ini dijalankan hampir 500 tahun


dengan mengaut banyak sumber asli dan
tenaga manusia.

Kini hegemoni Barat muncul dalam


bentuk lain: Globalisasi (Globalisme
Barat).

Globalisasi Barat

Globalisasi : Satu proses menjadikan DUNIA


TANPA SEMPADAN (global village).

Sebagai satu agenda bentuk baru penjajahan Barat


untuk menguasai negara lain/dunia, sebab itu
globalisasi pada satu tahap dapat digelar dengan
westernization bertujuan memalingkan mentaliti
manusia (berkiblatkan Barat) atau mengubah
mentaliti ke arah mengagungkan Barat.

Kenichi Ohmea: Globalisasi menjadikan dunia tanpa


sempadan yang bertujuan mengubah dunia
menjadi satu unit sahaja. Proses ini dipermudahkan
dengan wujudnya kemajuan dalam bidang teknologi
(komunikasi dan perhubungan canggih).

Media

Kecanggihan teknologi komunikasi telah


menyebabkan penyebaran berita antarabangsa
didominasi oleh Barat.

Media Barat berperanan sebagai mahkamah


antarabangsa yang menjatuhkan hukuman
walaupun tiada bukti kukuh - hanya berdasarkan
kepada tuduhan. Boleh menyebabkan peperangan,
perselisihan faham dan menjejaskan ekonomi.

Contoh agensi berita Barat seperti CNN berperanan


memburukkan Islam dengan berita :
Islam adalah radikal & fanatik, Orang-orang Islam
sebagai pengganas & pelampau agama &
antarabangsa.

Ekonomi

Penguasaan ekonomi oleh negara-negara


kapitalis Barat membentuk struktur ekonomi
dan politik antarabangsa yang telah membawa
fungsi yang lebih penting daripada struktur
ekonomi dan politik kebangsaan.

Dasar liberalisasi ekonomi iaitu menggalakkan


kemasukan modal asing tanpa batas
merupakan dasar monopoli MNC (Multimedia
Cooperation) untuk menekan negara-negara
membangun. Kuasa-kuasa kapitalis berlumbalumba meningkatkan hasil pengeluaran dengan
menekan negara-negara kecil. Ini akan
mengukuhkan cengkaman ekonomi negara
pusat kapitalis yang akan membentuk kuasa
imperialisme bentuk baru.

Sambungan

Syarikat-syarikat multinasional Barat


menguasai perdagangan antarabangsa
dengan mendominasi penggunaan sumber
asli, perkembangan sains & teknologi,
perindustrian dan lain-lain.

Sistem kewangan antarabangsa dikawal


oleh syarikat-syarikat kewangan gergasi,
bank-bank, pedagang mata wang dan
spekulator antarabangsa Barat yang
disokong oleh International Monetary Fund
(IMF), Bank Dunia dan World Trade
Organisation (WTO). Peraturan IMF & Bank
Dunia memberikan ruang yang luas kepada
Amerika menguasai ekonomi dunia.

Politik

Konflik dunia yang berlaku hari ini banyak


bergantung kepada konflik politik global.
Pembersihan etnik, perang saudara yang terus
menerus dan perlanggaran hak asasi manusia
adalah mainan pengaruh politik kuasa-kuasa besar
dunia.

Kekuasaan Barat berada pada puncak yang luar


biasa dalam hubungannya dengan peradaban lain.
Barat mendominasi lembaga-lembaga politik &
keamanan internasional. Masalah-masalah
politik & keamanan global secara efektifnya
dikuasai oleh Amerika, Britain dan Perancis.

Sambungan

Barat menganggap mereka bertanggungjawab


mentamadunkan dunia & berjaya mendominasi
dunia dengan kepelbagaian faktor seperti
kecanggihan senjata. Contoh : Tindakan Amerika
secara sendirian membelakang keputusan dunia
(PBB), sebagai polis dunia boleh campur tangan
dalam mana-mana negara lain.

Keputusan PBB yang mencerminkan kepentingan


Barat dikemukakan sebagai cerminan dari
keinginan masyarakat dunia.

Politik sekular Barat telah berkembang tanpa


dibatasi atas nama negara moden. Ide-ide
masyarakat dunia telah dijajah yang akhirnya
berlaku kolonialisme dalam bentuk baru.

Sosial

Kerancakan globalisasi akhir-akhir ini telah


menyebabkan falsafah sosial Barat telah
berkembang pesat di kalangan masyarakat dunia.

Falsafah kebendaan ini mengajar kehidupan yang


mengosongkan perkiraan dan pertimbangan
daripada kehidupan beragama. Kemajuan yang
dianjurkan adalah kemajuan material.

Manusia moden ternyata kehilangan aspek kawalan


moral dan terjebak dalam apa yang diistilahkan oleh
Betrand Rusell sebagai keburukan cinta kepada
kebendaan.

John Naisbit dan Patricia Aburdence dalam


Megatrends 2000 mengatakan bahawa telah berlaku
kesamaan gaya hidup masyarakat dunia dalam abad ke
21 apabila diperhatikan kepada globalisasi 3F (Food,
Fashion & Fun).

Unsur-unsur budaya Barat menembusi pasaran dunia


Globalisasi 3 F :

Sambungan

Fun : Budaya melalaikan seperti seks bebas, seks


rambang, budaya nyanyian, perfileman, tarian spt.rock /
rap, artis-artis dunia hiburan menjadi idola.
Fashion : Fesyen dedah & menjolokkan mata,
kepelbagaian rekaan yang dikatakan cara moden,
pakaian berjenama yang mahal.
Food : Iklan-iklan makanan ringan, segera & tidak
berkhasiat Makanan dari Barat banyak mempengaruhi
minda masyarakat dunia seperti KFC, Pepsi, Coca-cola
(makanan tempatan dianggap tidak berprestij).

Hak Asasi Manusia


Pencabulan ke atas hak asasi manusia
berlaku:

Kebebasan Berpolitik/Bernegara
Kebebasan Bersuara/Pendapat
Kebebasan Beragama
Kebebasan Hidup
Kebebasan Berekonomi

RUMUSAN

Hegemoni Barat melalui dasar globalisasi banyak memberikan


kesan kepada ketamadunan dunia meliputi politik, ekonomi, sosial,
budaya dan lain-lain.

Cara menanganinya: menghayati Islam sebagai satu cara hidup


(way of life)

Ketahanan diri dengan nilai-nilai keagamaan perlu dikukuhkan dan


didampingi dengan persekitaran politik, ekonomi dan sosial yang
betul-betul mengikut landasan Islam sambil berusaha
mengembalikan semula era globalisasi Islam pada zaman
kebangkitan Islam.

Globalisasi Barat perlu ditangani dengan baik agar masyarakat


dapat dihindarkan daripada gaya hidup yang jauh dari nilai-nilai
keagamaan dan berada dalam kehidupan yang tidak bermoral.

Anda mungkin juga menyukai