Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya
dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah
disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.
Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap
berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia
kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya.
Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan
penuh keazaman. Antanom dikagumi bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan
pemberontakan menentang Kompeni Inggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya
menyatupadukan kaumnya yang ketika itu sedang dilanda sengketa dan perpecahan.
Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan sukusuku Murut yang bermusuhan itu.
Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari empat
perkara utama. Hak mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan
dibenarkan mengutip hasil hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina
jalan denai ( Jalan Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa
upah. Upah yang diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja. Mengenakan
cukai kepala, padi dan tapai juga menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini
pada pandangan mereka adalah tidak wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di
kawasan belantara luas itu telah terganggu.
Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar buat
pertama kalinya seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum,
sebagai langkah menyekat kegiatan memburu kepala. Seramai tidak kurang 900 orang kaum
Murut dari beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan
daerah Borneo Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Dalam pertempuran di
kubu induk mereka, Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk
berdamai, tetapi sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.
Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang
dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan
sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan
mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus,
dekat Kuala Terengganu.
Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah
perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama "Telaga Limbong" kerana air
perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.
Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa
peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan
Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada
sekitar 1921.
Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan
dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat
tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan
menebang sagu untuk patinya.
Tok Gajah
Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891
hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya.
Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan
Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris
dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau
mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar
Inggeris yang lengkap bersenjata.
Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad
untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan
perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke
Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga
menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di
kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga
merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan
pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan.
Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut
kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta
ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala
yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasankawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
Dol Said
Dol Said @ Abdul Said lahir dalam tahun 1773, dari suku Semelenggang dan menjadi
Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak serta dilantik sebagai Penghulu Naning
pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang
ke-sembilan yang membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.
Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan
menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah menjadikan
Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka.
Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang
untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan
berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam peperangan tersebut,
Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah
kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di
wilayah yang lain.
Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning
kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British
pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat
pada 27 Oktober 1832.
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak
Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk,
Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau
dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela
dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan
menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut.
Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih
dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan
menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh Residen British iaitu James
Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).
Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail
serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah.
Penglibatan Dato Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch
adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang
dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun,
perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember
1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877. Disini dapat
disimpulkan bahawa Dato Maharaja Lela adalah pejuang bangsa yang bertanggungjawab
kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Dato' Bahaman
Nama sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam Nuh
berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok Setia Perkasa
Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan. Beliau juga lebih dikenali
sebagai Seman adalah seorang yang pandai bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal .
Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh
penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di
kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu sehinggakan sungai
itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Perang Semantan ini dipimpin oleh seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca
utama pemberontakan ini ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang ,
terutamanya sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan British
ke atas kawasannya .
Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British telah bermula sejak
tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada tahun 1891. Ketegangan itu bermula
pada bulan Disember 1890 bilamana Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengatangata E.A Wise (Pegawai Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah
balai polis di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato' Bahaman ,
tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh Clifford ( Pemangku Residen
British Pahang ketika itu ) mengetahui hal tersebut , beliau telah menasihatkan Sultan dan
baginda kemudiannya memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu
dapat disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah mengeluarkan
surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan .
Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato' Bahaman . Keadaan ini
menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M
Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15 Disember 1891 ketika mereka sedang mudik
Sungai Semantan. Serangan itu dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka
Desborough datang untuk menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu , pihak
Desborough telah kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui
peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang mula sibuk
mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang menentang British
.Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan
Tengku Mahmud telah pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan
Dato' Bahaman . Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato'
Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan .
Tok Janggut
Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat
pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British
mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai
perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah
menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling
sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun, pokok
buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.
Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik
Latiff iaitu seorang pegawai takbir British yang berasal daripada luar Kelantan, menggantikan
Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai yang terlalu
lambat membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai. Encik Latiff
mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke
Kampung Tok Akib menemui Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang
berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orangorangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu.
Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6
Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung
Pupuh.
Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu
berasa terancam dan mengganggap Tuk Janggut sebagai penderhaka dan dalam
pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah dibunuh. Mayat Tuk Janggut dibawa ke
Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa dalam satu hari. Mayat beliau
digantung beberapa hari di depan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum
dikebumikan di Pasir Pekan.
Rentap
Antara tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu termasuklah seorang panglima
yang bernama Rentap. Seperti juga di daerah-daerah lain di negeri Sarawak, Betong juga
mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah.
Antaranya kisah perjuangan Panglima Rentap yang menentang "White Colonial Regime"
yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60-an di Layar dan Sungai
Skrang. Untuk menangani masalah pemberontakan ini, Regime Brooke telah membina
sebuah kubu yang dinamakan sebagai 'Fort Lily' bagi tujuan pertahanan yang seterusnya
telah dijadikan pusat pentadbiran pada tahun 1858. Pemberontakan kaum Iban yang diketuai
oleh Rentap ini berakhir apabila Regim Brooke membuat serangan besar-besaran sebanyak
tiga kali iaitu pada tahun 1857, 1858 dan 1861.
Mat Salleh
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal
dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh
pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri
Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku
Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada
perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan
Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di
daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah
daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada
tahun 1894. Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat
Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun
1896 hingga 1897.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh
menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada
bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan
pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama
Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di
Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau.
Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai
serangan tersebut. Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat
Salleh di Ranau dengan angkatan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri
dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar,
Tambunan.
Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang
rahsia digunakan untuk meminta bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan
rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris
dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya
Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Mat Kilau
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda
iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di
Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta
belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai Dikir Pahang. Hobi Mat Kilau adalah bermain
gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila
berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama
Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong
Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin
barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja
belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat
dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu
batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak
menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama
banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum
dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau
mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah
berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat
Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul
dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas
pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang
yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikutpengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang
Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini
sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua
Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan
Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila
hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu
sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan
kehilangan banyak darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22
Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa
yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti
Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh
Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke
satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930
Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai
nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu
memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi
tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung
kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung
asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau
telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas
sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya
sebagai Mat Kilau.
Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan
sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat
Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam
diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas
pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana
keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan
kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.