Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

Puji-pujian kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t. Tuhan yang memiliki


sekalian alam ini kerana dengan limpah inayah dan kasih sayang-NYA, maka dapatlah kami
menyiapkan assignment ini dengan jayanya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. yang menjadi utusan Tuhan.

Tiada apa yang ingin kami coretkan di kesempatan ini melainkan jutaan terima kasih
kepada Encik Muhamad Nizam Bin Jamaludin kerana telah memberi kepercayaaan kepada kami
untuk menyiapkan assignment ini. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan daripada beliau, mungkin
kerja yang kami buat ini tidak begitu sempurna. Sesungguhnya kesabaran, dedikasi serta
semangat yang diberikan kepada kami amatlah dihargai.

Tidak dilupakan juga ibu bapa kami yang banyak memberi bantuan dari segi kewangan
dan sokongan moral yang tidak putus-putus sejak dari bangku sekolah lagi sehingga ke
peringkat kolej sekarang. Moga kebaikan kalian dirahmati ALLAH. Selain itu, jasa dan
pengorbanan yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan juga tidak kurang hebatnya. Segala
pengorbanan dari segi masa, tenaga, buah fikiran yang bernas dan kerjasama yang berlanjutan.
Moga segala nikmat ALLAH ini akan terus disyukuri dengan sebaiknya.

Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Semoga Encik Muhamad Nizam Bin Jamaludin berpuas hati dengan hasil
kerja kami ini.

SEKIAN…

MUQADDIMAH

1
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapatlah kami
melakukan tugasan yang diamanahkan kepada kami dengan bersumberkan buku-buku yang
berkait rapat dengan ibadah puasa.

Puasa ialah menahan diri dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa sekaligus
menghindarkan kita dari membuat maksiat dan kemungkaran. Puasa juga melatih diri kita untuk
sentiasa mengingati Allah dan memupuk diri manusia dengan sifat sabar.

Bulan puasa sememangnya bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat islam di dunia
ini. Kerana didalam bulan ramadhan terdapat banyak ganjaran yang boleh kita perolehi, pada
bulan ini pintu-pintu syurga di buka dengan seluas-luasnya dan pintu neraka di tutup. Jadi, pada
bulan ramadhan ini kita harus merebut nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya.

Dalam bulan ramadhan terdapat satu malam yang menyamai seribu bulan iaitu Malam
Lailatul Qadr. Amalan yang dilakukan pada malam Al Qadr itu adalah lebih baik dari
melakukan amalan seribu bulan. Justeru itu, marilah kita mempertingkatkan amal ibadah pada
bulan yang penuh barakah ini.

Wassalam…

PUASA MENURUT PANDANGAN ISLAM

2
Erti Puasa:

Dari segi bahasa: Menahan diri dari sesuatu.

Syarak/istilah: Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh
membatalkan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta niat dan syarat-syarat tertentu.

Dalil mewajibkan puasa:

  


   
   

183. Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana


Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Jenis-jenis puasa

Empat jenis puasa di dalam islam:

Puasa wajib seperti puasa di bulan ramadhan puasa kifarat dan puasa nazar.
Puasa sunat seperti puasa enam hari di bulan syawal.
Puasa makruh
Puasa haram seperti puasa dua hari raya ( Aidilfitri dan Aidiladha), Hari-hari Tashriq
dan Hari Syak.

Puasa Di Bulan Ramadhan

Puasa di bulan ramadhan merupakan salah satu daripada rukun islam yang lima. Kewajiban
berpuasa bermula pada tahun ke-2 hijrah.

Hukum Berpuasa Pada Bulan Ramadhan

3
Diwajibkan kepada semua mukallaf dan tidak boleh meninggalkannya tanpa keuzuran.

1
Sebelum menunaikan puasa di bulan ini, setiap muslim yang mukallaf diwajibkan mengikut
salah satu daripada ketentuan-ketentuan yang berikut:

 Dengan melihat anak bulan


 Dengan menyempurnakan tiga puluh hari dalam bulan syaaban.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “ Berpuasalah kamu sewaktu melihatmya ( bulan


syawal). Jika terdapat sesuatu yang menghalang sehingga bulan tidak kelihatan,
hendaklah kamu menyempurnakan bulan syaaban tiga puluh hari”.

 Dengan melihat ( Rukhyah) yang disaksikan oleh seorang yang adil di muka
hakim.
 Dengan berita mutawatir, yaitu berita orang ramai yang tidak mungkin sepakat
untuk
berdusta dengan berita yang dibawa.
 Mempercayai orang yang melihat.
 Tanda-tanda yang selalu dilakukan di kota-kota besar untuk memberitahu kepada orang
ramai seperti lampu, meriam dan sebagainya.
 Dengan ilmu hisab, atau khabar dari ahli hisab.

Syarat wajib puasa

➢ Islam.

➢ Berakal.Orang yang berakal menyedari segala perbuatan dan kegiatan yang


dilakukannya sehari-hari. Manakala orang gila tidak diwajibkan puasa kerana dia
tergolong dalam golongan yang mukallaf.

➢ Baligh. Apabila seseorang itu telah cukup umurnya, maka perintah puasa wajib
keatasnya.

➢ Berkemampuan untuk berpuasa. Seseorang yang sihat tubuh badannya.

SYARAT SAH PUASA

1 Baligh: Seseorang yang telah cukup umur. Maka wajib baginya untuk berpuasa

4
 Islam. Orang kafir tidak sah berpuasa dan sekiranya dia berpuasa, puasanya tidak akan
diterima oleh Allah.
 Mumaiyiz. Boleh membezakan antara perkara yang baik dan yang buruk. Kanak-kanak
yang masih kecil dan belum mumaiyiz tidak termasuk dalam syarat sah puasa.
 Suci dari haid dan nifas. Wanita yang berada dalam keadaan begitu tidak sah berpuasa,
dia wajib mengqadhakan puasa pada hari lain.
 Berniat pada waktu malam. Tidak sah puasa jika terlupa niat.
 Pada hari-hari sah puasa. Bererti selain daripada hari yang dilarang berpuasa pada dua
hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dan hari tashriq (11-13 Zulhijrah), puasa seseorang
itu dikira \sah.

RUKUN PUASA

1. Berniat tiap-tiap malam pada bulan Ramadan.

Semua umat islam yang mukallaf wajib berniat pada malam hari di bulan ramadah.
Sekiranya seseorang muslim tidak berniat (puasa) pada malamnya atau terlupa,maka
puasanya tidak sah. Ini kerana niat merupakan asas sesuatu perkara yang dilakukan.

2. Menahan diri.

Apabila berpuasa seseorang itu hendaklah menahan diri dari makan dan minum juga
perkara-perkara lain yang dilarang seperti mengumpat, mencela, memaki, melihat
perkara-perkara maksiat dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

A. Makan dan minum

Apabila seseorang yang berpuasa, makan atau minum secara sengaja, maka puasanya
dianggap batal kecuali dia lupa. Memasukkan sesuatu dalam rongga badan seperti lubang
hidung, telinga dan sebagainya, sebahagian ulama berpendapat, kelakuan ini sama seperti
makan dan minum dan dikira batal puasanya.

2 Ensiklopedia Asas Fardhu Ain. Muhammad Firdaus Nurul Huda


Perkara membatalkan puasa m/s 657, 658 dan 659

5
B. Muntah dengan sengaja

Menjolokkan sesuatu kedalam rongga mulut untuk mengeluarkan muntah, maka


puasanya dikira batal kerana sengaja melakukan perbuatan tersebut dan dia wajib
mengantikan puasanya itu sebaliknya puasa seseorang itu tidak batal sekiranya dia
muntah dengan tidak sengaja.

C. Bersetubuh

Suami yang membatalkan puasanya pada bulan Ramadan dengan menyetubuhi


isterinya maka dia wajib membayar kifarat.

Tiga jenis kifarat:

I. Memerdekakan hamba
II. Berpuasa dua bulan berturut-turut
III. Bersedekah dengan makanan asasi kepada 60 fakir miskin.

A. Keluar darah haid atau nifas

Apabila seorang wanita itu berada dalam hadas besar, dia tidak diwajibkan puasa
kerana pada waktu itu sekira dia berpuasa, puasanya dianggap batal. Bahkan dia
mesti mengantikannya pada waktu lain.

B. Gila

Sekiranya seorang itu tidak disiang hari dan gila pada waktu malam, maka dia wajib
menjalankan ibadat puasanya seperti biasa. Sebaliknya jika dia gila disiang hari,
maka puasanya dikira batal.

C. Keluar mani.

6
Hukum keluar mani sama seperti orang melakukan persetubuhan.Sekiranya mani
yang keluar kerana mimpi dan sebagainya ia tidak membatalkan puasa seseorang itu.
Seseorang yang terkeluar maninya kerana bersentuh dengan perempuan dikira batal
puasanya.

Perkara-Perkara Yang Memakruhkan Puasa

1) Memberus gigi setelah gelincir matahari

2) Membekam

3) Mencium bau-bauan

4) Bersuka-suka dengan isteri yang menimbulkan keinginan

5) Merasa makanan

6) Tidur sepanjang hari

Golongan yang diharuskan berbuka


1) Orang sakit

Orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa atau sekiranya mampu, tetapi puasa boleh
mendatangkan mudarat kepada dirinya, maka pada masa ini (puasa) dibolehkan kepadanya

7
berbuka. Dia wajib menggantikan puasanya pada hari lain (selain bulan ramadhan) apabila dia
sembuh kelak.

2) Musafir

Orang yang berjalan jauh lebih dari dua marhalah maka dibolehkan kepadanya berbuka untuk
memudahkannya dalam meneruskan perjalanan. Puasanya itu wajib diganti pada hari lain.

Firman Allah:

   


   
  
   
   
    
    
    
   
 
   
  
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-
keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar
Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan
Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang
sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)
sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki
kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan
Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan
supaya kamu bersyukur.

3) Orang tua yang lemah dan tidak mampu berpuasa

Golongan ini tidak diwajibkan menqada’kan puasa tetapi wajib membayar fidyah ¾ liter beras
setiap hari atau makanan yang mengenyangkan dalam sukatan yang sama kepada fakir dan
miskin.
8
4) Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak

Kedua golongan ini jika bimbang berpuasa akan memudaratkan dirinya dan anak yang
dikandung atau disusu, maka mereka diharuskan berbuka.

Mereka wajib menggantikan puasa sepertimana orang sakit menggantikan puasa. Jika mereka
berbuka kerana takut memudaratkan anak, mereka boleh berbuka dan wajib qada’kan puasa
serta membayar fidyah.3

Melewatkan Qadha’
Sekiranya seseorang itu lewat menqadha’kan puasanya sehingga bertemu semula bulan
ramadhan yang berikutnya maka dia wajib meqadha’kan pusanya itu serta membayar fidyah.

Menqadha’kan puasa orang lain


Seseorang muslim meninggalkan puasa disebabkan oleh keuzuran tertentu tetapi tidak sempat
untuk menggantikan puasa itu kerana meninggal dunia, dalam keadaan ini tidak dianggap
berdosa. Kewajipan menggantikan puasa dan membayar fidyah juga gugur daripadanya.

itu, tetapi melengah-lengahkannya kemudian meninggal dunia, maka keluarganya wajib


menggantikan untuknya.

Junub hingga pagi hari puasa


Orang yang junub tidak batal puasanya tetapi dia hendaklah segera mandi sebelum terbit fajar,
kerana dibimbangi akan membatalkan puasanya seperti kemasukan air ke rongga-rongga badan
ketika mandi.4

Sunat-sunat puasa

3 Surah Al-Baqarah:185

4 Junub ialah bersetubuhan antara suami dan isteri


Ensiklopedia Asas Fardhu Ain. Muhammad Firdaus Nurul Huda
m/s 664

9
Untuk menjadikan ibadat kita lebih sempurna, maka kita mengerjakan sunat-sunat yang
terdapat di dalam ibadat tersebut. Contohnya ketika berwuduk kita disunatkan memulakan
anggota sebelah kanan dahulu, maka kita akan mendapat ganjaran yang dikerjakan itu.

Sunat puasa yang boleh dilakukan seperti:

1.Segera berbuka apabila yakin terbenam matahari. Kita disunatkan menyegerakan berbuka
setelah masuk waktu Maghrib. Kita bukan sahaja mendapat nikmat berbuka, malah akan
sentiasa mendapat kebaikan. Sebaliknya melewatkan berbuka puasa hukumnya makruh dan kita
tidak digalakkan.

2.Berbuka dengan sesuatu yang manis,kurma atau air. Nabi berbuka puasa sebelum menunaikan
sembahyang denagan rutab (kurma tua). Sekiranya tidak terdapat rutab, Baginda akan bebuka
dengan kurma atau jika kurma tiada,Baginda minum beberapa teguk air.

3.Berdoa sewaktu berbuka. Kita disunatkan berdoa sebelum berbuka puasa. Selain mendapat
keberkatan di dalam berdoa. Kita dapat mengawal hawa nafsu apabila berhadapan dengan
makanan. Baginda membaca doa sebelum berbuka.

Doa yang selalu diamalkan Baginda ialah: “Ya Allah kerana Engkau aku berpuasa, dan dengan
rezeki pemberian-Mu aku berbuka, dahaga telah hilang dan urat-urat telah minum, dan mudah-
mudahan ganjarannya ditetapkan.

4.Bersahur. Bersahur dapat membantu kita menguatkan tubuh badan untuk berpuasa pada
keesokan hari, seterusnya dapat melakukan ibadat yang sempurna kepada Allah.

5.Melewatkan bersahur. Kita disunatkan melewatkan masa bersahur. Sebaiknya 15 minit


sebelum habis waktu.

Nabi S.A.W mengatakan bahawa apabila umat islam melewatkan masa bersahur, maka mereka
akan sentiasa berada didalam kebaikan.

6.Memberi makanan kepada orang berpuasa untuk berbuka. Allah amat menyayangi hamba-
hamba-Nya yang sentiasa bersedekah dan membantu sesame sendiri. Apabila kita memberi
makan kepada orang yang berpuasa, maka kita akan mendapat ganjaran pahala sebanyak
ganjaran pahala orang yang berpuasa itu.

10
7.Memperbanyakkan sedekah. Kita digalakkan bersedekah lebih-lebih lagi ketika di bulan
Ramadan yang mulia ini. Rasulullah pernah mengatakan bahawa sedekah yang paling baik
dilakukan oleh umat islam ialah sedekah di bulan Ramadan.

8.Membaca Al-Quran dan mempelajarinya. Dalam bulan yang penuh berkat ini, kita digalakkan
memperbanyakkan membaca Al-Quran. Dengan memaca dan memahami maksud yang
terkandung dalam Quran akan menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur disamping dapat
mendapatkan keimanan kita kepada Allah.5

PUASA SUNAT

1.Puasa 6 hari pada bulan syawal.

5 Perkara yang disunatkan untuk melakukan dalam bulan puasa


Sebaik-baiknya dilaksanakan dengan istiqamah

11
Puasa ini dilakukan pada bulan syawal selepas hari raya aidilfitri. Nabi mengatakan bahawa
berpuasa pada bulan Ramadan kemudian meneruskannya 6 hari di bulan syawal, kita seperti
berpuasa sepanjang masa.

2.Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah).

Puasa ini disunatkan kepada orang-orang yang tidak mengerjakan haji. Ganjaran bagi orang
yang berpuasa pada hari Arafah ialah terhapusnya dosa selama dua tahun, setahun dosa yang
telah lalu dan setahun dosa yang akan datang.

3.Pada hari Asyura (10 muharam).

Jika kita dikurniakan nikmat kesihatan yang baik daripada Allah, maka tunaikanlah puasa sunat
hari Asyura. Ini kerana, ganjaran yang diberikan kepada orang yang berpuasa ialah terhapusnya
dosa yang telah lalu.

4.Puasa bulan Sya’ban.

Selain puasa sunat yang disebutkan di atas, puasa bulan Sya’ban disunatkan mengerjakannya.

5.Puasa hari isnin dan khamis

Kita disunatkan berpuasa pada hari isnin dan khamis untuk meningkatkan amal ibadat kita
kepada Allah. Nabi Muhammad memilih hari isnin dan khamis apabila ingin berpuasa.

6.Puasa tengah bulan dari tiap-tiap bulan Qamariah(Hijrah)

Kita disunatkan berpuasa pada tengah bulan iaitu 12,13 dan 14 tiap-tiap bulan Qamariah.6

HIKMAH PUASA

6 Puasa sunat melatih diri kita untuk lebih eriman dan


Bertaqwa kepada Allah

12
1.Menyatakan rasa bersyukur kepada Allah. Apabila kita berpuasa, sebenarnya kita telah
menunjukkan rasa berterima kasih kepada Allah. Allah telah mengurniakan nikmat yang begitu
banyak kepada kita sehingga kita tidak mampu menghitungnya.

Sebagai tanda kesyukuran kita terhadap-Nya kita menjalani ibadat puasa di samping dapat
mempertingkatkan keimanan kepadaNya.

2.Mendidik diri bersifat amanah. Ini bererti kita menahan diri dari makan dan minum dan
perkara yang dilarang Allah.

Kita tidak akan melakukan perkara yang dilarang walaupun orang tidak memerhatikan tingkah
laku kita kerana percaya Allah memerhatikan amal petbuatan kita.

3.Melahirkan rasa belas kasihan terhadap fakir miskin. Kita dapat mersakan penderitaan yang
dialami oleh orang miskin dan fakir selama ini. Betapa susah dan payahnya mereka untuk
mendapat sesuap nasi bagi menyara kehidupan.

Dengan berpuasa rasa kasihan kita terhadap golongan ini akan bertambah seterusnya membantu
mereka dengan cara bersedekah, bayar zakat dan sebagainya

4.Kesihatan terjamin. Sebenarnya dengan berpuasa kita telah merehatkan sistem pencernaan
yang telah bekerja sepanjang tahun. Orang yang berpuasa akan sentiasa cergas seterusnya dapat
melakukan amal ibadat dengan mudah.

PENUTUP

13
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan Inayahnya dapatlah kami
menyiapkan tugasan ini. Dengan berpandukan sumber rujukan dari buku-buku fiqh ini kami
telah memperolehi input-input yang berguna dan boleh dijadikan amalan dalam hidupan
seharian.

Seperti kita sedia maklum, puasa ialah amalan yang mendatangkan banyak ganjaran
kepada umat islam yang melaksanakannya. Justeru, wajib kepada umat islam untuk
melaksanakan perintah Allah iaitu berpuasa.

Semoga dengan kertas kerja yang disiapkan oleh kami akan memberi pengetahuan
tentang amalan berpuasa dan kelebihan yang terdapat di dalamnya.

Sekian, Wassalam…

BIBLIOGRAFI

14
1.Ensiklopedia Asas Fardhu Ain. Muhammad Firdaus Nurul Huda,Muhd Ramzi Omar

2.Soal Jawab Fiqh Harian. Ustaz Ishak Din, Dato’Haron Din, Dato’Abu Hassan Din Al-Hafiz

3.Fiqh Ibadah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

15