Anda di halaman 1dari 12

SKPD 1013 Pengantar Sains Sosial

Sejarah Perkembangan Sains


Sosial

Kuliah 2

Sejarah sains sosial bermula sejak zaman


Yunani lagi, kira-kira 2600 tahun dahulu, iaitu
sebelum abad ke-4 Masihi
Falsafah rasional (rasionalisme) diperkenalkan
masa itu iaitu penakulan manusia (human
reasoning) secara logik, sistematik - tokohtokoh Yunani seperti Plato, Aristotle, Socrates,
Archemedes.
Penyebaran falsafah rasional (rasionalisme)
dan satu himpunan pengetahuan baru yang
mengandaikan segala benda di alam nyata
boleh diselidiki dan dikaji secara sistematik dan
objektif seperti sains tulen

Sejak itu, sains sosial yang didasari oleh


falsafah rasional berkembang
mengikut 3 zaman utama,
1) Zaman Pertengahan (Middle Ages 5001450)
2) Zaman Renaissance (Kelahiran Semula
1450-1650/ abad ke 15- abad ke 17)
3) Zaman Pencerahan atau Keserlahan
(Enlightment 1650 1800/abad ke 17- awal
abad ke 19)
banyak cabaran yang dihadapi,
perkembangan terbantut dalam Zaman
Pertengahan tetapi dikembangkan semula
dalam Zaman Renaissance dan Enlightment

Akhirnya, falsafah rasionalisme


dimantapkan dan dipertingkatkan
dalam Zaman Pencerahan mulai abad
ke-17 sehingga ke abad ke-19 - sains
dimartabatkan sebagai asas ilmu
pengetahuan (bukan agama, bukan
tradisi), juga penekanan diberi kepada
logik atau penaakulan (reasoning)
dalam proses pencarian pengetahuan

Perkembangan sains sosial berkait rapat dengan


pergolakan ekonomi, politik dan kebudayaan yang
berlaku, terutamanya di abad ke-19, di Perancis,
German dan England - yang menyebabkan
timbulnya beberapa masalah sosial seperti
kemiskinan, penindasan, penganiayaan, dsb
sehingga ahli-ahli fikir, sejarawan, pengkritik
kebudayaan dan skeptik agama terpanggil untuk
mengemukakan aliran-aliran pemikiran yang baru
sebagai asas untuk membina tradisi ilmu yang lebih
baik untuk masyarakat yang baru

Kepercayaan - sumber ilmu pengetahuan


semua pemahaman tentang perkembangan
manusia dan masyarakat tertakluk kepada
aspek-aspek keagamaan yang berkenaan
dengan penciptaan, sifat tuhan, sifat malaikat
aspek teologi
Kajian tentang alam nyata berasaskan
penaakulan manusia dan pemahaman secara
logik dan sistematik tidak wajar dan tidak
mungkin dilakukan manusia tidak digalakkan
berfikir secara kritis

Zaman Renaissance (1450-1650)(abad ke15 hingga abad ke-17)


Kewajaran pengetahuan yang berasaskan
kepercayaan dan keagamaan mula dipersoalkan
apabila Eropah memasuki Zaman Renaissance
Pemahaman melalui penaakulan manusia (human
reasoning) mula digalakkan
Perubahan daripada segi bidang seni, seni bina,
ekonomi, dsb.
Masih sistem feudal, zaman penerokaan dan
penjelajahan, dan perkembangan empayar Islam
(Abassiyah di Baghdad, Damsyik)

Peristiwa-peristiwa penting yang menyebabkan


kewajaran tradisi teleologikal dipersoalkan
i) Pengaruh falsafah rasional Islam
Penakulan manusia untuk memahami
penciptaan, alam nyata, sifat Tuhan, sifat
manusia, dsb.

ii) Penemuan dan penerimaan semula falsafah


rasional Yunani yang sebelum itu ditolak pada
Zaman Pertengahan
- Segala yang wujud dalam alam nyata adalah hasil
pemikiran manusia atau cerminan kesedaran
manusia, keupayaan manusia berfikir dan membuat
penaakulan mesti diambil kira dalam proses
penjanaan ilmu pengetahuan

Zaman Enlightment
(1650- 1800)
(abad ke-17 hingga awal
abad ke-19)

Zaman Enlightment (1650- 1800) (abad ke 17


awal abad ke-19)
Manusia semakin digalakkan berfikir dan membuat
penaakulan secara logik dan sistematik
Aspek-aspek kehidupan manusia boleh dikaji secara
sistematik, logika dan kritikal, termasuk kepercayaan
keagamaan, estetika dan pendidikan.
Perubahan sosial yang berlaku pada ketika itu yang
menyumbang kepada perkembangan falsafah rasional
perluasan ekonomi perdagangan (mercantalisme),
perkembangan sains fizikal seperti fizik, matematik,
astronomi, geologi, reformasi keagamaan Gerakan Protestan
yang mempersoalkan peranan keagamaan dan kuasa tradisi
paderi dan gereja

Kesan-kesan terhadap masyarakat Eropah:Kuasa gereja dan paderi Katolik semakin lemah
Orang ramai lebih yakin dengan kaedah sains untuk
memperolehi ilmu pengetahuan
Minda manusia lebih bebas daripada kongkongan
gereja dan sistem kepercayaan
Suasana intelektual berubah pemahaman kritis dan
saintifik mengenai alam nyata dan sosial
dipertingkatkan, gerakan memartabatkan sains dan
rasionalisme diwujudkan, wujud ramai pemikir-pemikir
(tokoh) yang menyokong dan mengembangkan
falsafah rasional

Oleh itu, ahli sains/sains sosial mempunyai


tanggungjawab yang penting untuk membantu membina
masyarakat - peranan pihak kerajaan dan pihak awam
juga dipentingkan.
Sumbangan pemikir Pencerahan kepada pertumbuhan
sains sosial di Barat: membuat penelitian intensif dan ekstensif tentang
sejarah manusia, sifat masyarakat dan ciri-ciri alam
semulajadi, mengembangkan sistem pendidikan di Barat
dengan menwujudkan ilmu-ilmu sekular seperti sejarah,
kesenian, ekonomi, undang-undang, psikologi, sosiologi,
antropologi, dsb.

-menggalakkan penubuhan persatuan ilmiah dan


akademi yang berkaitan dengan sains sosial
- dan akhirnya, meletakkan garis-garis panduan utama
untuk mengkaji masyarakat (prinsip sebab-musabab,
teori, konsep, kaedah, hukum-hukum)

Anda mungkin juga menyukai