Anda di halaman 1dari 16

PEMBANGUNAN LESTARI KESEDARAN ALAM SEKITAR

MELALUI PENDIDIKAN

Pengenalan
Pendidikan dilihat sebagai satu pelaburan kerana sistem
pendidikan merupakan satu proses yang berterusan bagi melatih tenaga
manusia untuk tujuan pembangunan. Sesuatu proses pembelajaran yang
berjaya akan melahirkan individu dan masyarakat yang peka, intelek,
aktif, memahami serta mampu mengenal pasti sesuatu perkara sama ada
baik ataupun buruk. Pendidikan merupakan agen perubahan yang paling
berpengaruh dalam masyarakat/kehidupan kerana mampu membawa
perubahan kepada masyarakat daripada mundur dan terkebelakang
kepada sebuah masyarakat yang maju dan bertamadun. Melalui
pendidikan juga, khasnya pendidikan alam sekitar akan dapat
melahirkan
Masyarakat

yang

mampu

memahami

hubungan

antara

persekitaran manusia dan persekitaran fizikal. Kemampuan memahami


interaksi ini adalah amat penting kerana kedua-dua persekitaran adalah
saling berkaitan, kerana sebarang kacau ganggu yang berlebihan
terhadap persekitaran fizikal akan memberi impak terhadap persekitaran
manusia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Malaysia adalah


merupakan

suatu

pendidikan

yang

berterusan

ke

arah

lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan beberapa matlamat
yang terkandung di dalam falsafahnya adalah untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepada Lima Rukun Negara (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1998). Selaras dengan itu, pendidikan alam sekitar
juga termaktub dan selaras bagi melahirkan insan yang seimbang dan

harmoni.
Pendidikan alam sekitar sebagaimana yang dipersetujui di
Persidangan UNESCO dalam Deklarasi Tbilisi 1977, ditakrifkan
meliputi segala aktiviti pembelajaran, komunikasi massa, penglibatan
komuniti serta apa-apa aktiviti lain yang bertujuan untuk membentuk
populasi manusia yang peka dan mengambil berat terhadap alam sekitar
dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya (Moseley 2000). Selain
itu juga, pendidikan alam sekitar adalah berhasrat untuk membentuk
populasi manusia yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, sikap,
motivasi dan komitmen untuk bekerja secara individu dan kolektif dalam
menyelesaikan masalah persekitaran pada masa kini dan mencegah
masalah baru daripada muncul. O Riodan (1981) berpendapat bahawa
pendidikan alam sekitar mempunyai persamaan dengan pendidikan
kewarganegaraan yang tujuannya adalah untuk membina komitmen dan
tanggungjawab sosial yang berteraskan pandangan holistik tentang
hubungan manusia dan alamnya.
Pada asasnya kepentingan dan peranan pendidikan dalam alam
sekitar telah banyak diutarakan dan diketengahkan dalam persidangan
sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Umpamanya
dalam Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Alam
Sekitar dan Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil,
Persidangan Pertubuhan

Bangsa-bangsa

Bersatu

tentang

Persekitaran Manusia
(UNCHE) di Stockholm, Sweden 1972, UNESCO dan
sebagainya. Inti pati kepada persidangan ini adalah menekankan
keperluan kepada penjagaan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar daripada kemerosotan akibat pembangunan manusia.
Situasi ini diperkuatkan lagi dengan terbitnya laporan Brundtland
pada April 1987 yang menyarankan negara-negara dunia supaya
menerapkan pendekatan baru dalam pengurusan alam sekitar melalui
pendekatan pembangunan berterusan. Pendekatan alam sekitar dewasa

ini melihat perlunya pengurusan alam sekitar melalui konsep


pembangunan berterusan (sustainable development) yang didefinisikan
sebagai;
Pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini
tanpa menjejaskan keperluan masa depan untuk
memenuhi keperluan mereka
Prinsip tersebut didasari oleh lapan prinsip telah pun diterapkan oleh
Jabatan Alam Sekitar Malaysia dalam rangka strategi pengurusan alam
sekitar di negara ini. Selain daripada itu, kepentingan pendidikan dalam
menuju pembangunan lestari turut diberi perhatian dalam Agenda 21
yang merupakan pelan tindakan hasil daripada Persidangan di Rio de
Janeiro dalam tahun 1992.

Konsep Kesejahteraan Alam Sekitar Melalui Pendidikan Dan


Kesedaran Terhadap Alam Sekitar

Bagi memperoleh kefahaman yang lebih mendalam dan lebih


baik tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan
lestari dan sikap prihatin terhadap alam sekitar, pendidikan dan
kesedaran terhadap alam sekitar akan digalakkan secara menyeluruh
dengan penggabungan penyebaran maklumat dan latihan, serta selaras
dengan cadangan-cadangan.
Perkara utama yang dibincangkan ialah bagaimana untuk
mengorientasikan semula sistem pendidikan alam sekitar ke arah
pengkhususan, pengawasan dan pembangunan berterusan (Nasaruddin
1993). Di samping itu juga, penekanan diberikan untuk meningkatkan
lagi kesedaran dan kepekaan orang awam terhadap alam sekitar serta
memperkenalkan latihan-latihan tertentu bagi pengurusan dan
pengawalan terhadap alam sekitar.

Jadual 1: Pendidikan dan Kesedaran yang Selaras

1.1. Pendidikan alam sekitar


yang
formal dan tidak formal
yang
menyeluruh dan strategi latihan
serta
program penyebaran maklumat
akan
dirumus dan diperkenalkan.

1.3. Pusat kecemerlangan


kebangsaan
akan didirikan untuk penyelidikan
dan
pendidikan antara disiplin dalam
bidang alam sekitar dan
pembangunan
akan didirikan dengan tujuan
memperkukuh keupayaan negara
dalam bidang yang berkaitan.
1.5. Aktiviti pendidikan tidak formal
akan digalakkan di peringkat
tempatan
dan kebangsaan. Aktiviti ini akan
melibatkan secara langsung dengan
kumpulan sokongan sosial, dan
mengiktiraf peranan penting yang
dimainkan oleh unit keluarga dalam
menyemai sikap positif terhadap
alam
sekitar.
1.7. Aktiviti seni dan kebudayaan
yang
mengandungi mesej positif yang
berkaitan dengan alam sekitar dan
pembangunan akan digalakkan.

1.2.Alam sekitar dan pembangunan


akan diintegrasikan dalam aktiviti
pendidikan dari peringkat sekolah
hingga pendidikan tinggi. Kaedah dan
bahan yang sesuai akan diwujudkan
untuk program pendidikan alam
sekitar.
1.4. Kurikulum pendidikan di semua
peringkat akan dikaji semula untuk
memastikan pendekatan pelbagai
disiplin dan isu-isu alam sekitar dan
pembangunan.

1.6. Perkembangan maklumat untuk


orang awam mengenai alam sekitar
dan
pembangunan akan disediakan dan
akan merangkumi penggunaan
teknologi maklumat, multimedia dan
lain-lain kaedah pandang dengar.
Forum awam dan ilmiah untuk
membincangkan isu alam sekitar dan
pembangunan akan digalakkan.
1.8. Peranan media dalam menyebar
maklumat alam sekitar akan
dipergiatkan. Bidang kewartawanan
alam sekitar khususnya dan persatuan
wartawan alam sekitar akan diberi

pengiktirafan dengan tujuan


mempertingkatkan kualiti pelaporan
maklumat alam sekitar.
1.9. Hubungan kerjasama dengan
1.10. Isu alam sekitar dan
media, industri hiburan dan
pembangunan akan diintegrasikan ke
pengiklanan akan digalakkan untuk dalam aktiviti pertubuhan-pertubuhan
menggembleng pengalaman mereka termasuk persatuan profesional,
ke arah membentuk tingkah laku dan kesatuan sekerja dan pertubuhan
pola penggunaan orang awam.
kebajikan. Penyebaran maklumat dan
latihan akan diperkembangkan
merangkumi pembuat keputusan
pekerja dan majikan.
1.11. Program latihan tenaga
manusia
akan direka bentuk untuk
membolehkan pelatih menangani
masalah alam sekitar dan
pembangunan.

Di peringkat nasional pula, Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan


Komanwel yang berlangsung pada 12 Oktober 1989 di Langkawi, telah
memeterai Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar. Deklarasi
Langkawi telah menetapkan satu ketetapan yang dicapai oleh negaranegara berkenaan untuk bertindak secara bersama bagi menyelamatkan
alam sekitar daripada kemusnahan. Antara tindakan yang telah
dipersetujui bersama adalah untuk merancang dan melaksanakan satu
program pendidikan yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang
ramai

terhadap

pemeliharaan

dan

pemuliharaan

alam

sekitar

(Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Melalui pendidikan alam


sekitar akan dapat meningkatkan kemahiran dan sikap terhadap isu-isu
alam sekitar serta membolehkan seseorang individu mengambil
bahagian dalam usaha-usaha melindungi dan memulihara alam sekitar
secara aktif.

KONSEP DAN ASAS PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Di Malaysia pendidikan alam sekitar boleh diperoleh sama ada melalui


pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Ianya merupakan
aktiviti sepanjang hayat dan bersifat multidisiplin. Sebagaimana yang
digariskan dalam tiga matlamat utama (UNESCO 1980), pendidikan
alam sekitar melibatkan kewajipan seperti kesediaan untuk melibatkan
diri sebagai anggota komuniti, kebolehan untuk memperdebatkan polisi
awam dan kesediaan untuk memberi sumbangan untuk kepentingan
orang lain. Tiga matlamat utama pendidikan alam sekitar (UNESCO
1980) iaitu;

1. Memberi kesedaran tentang saling bergantungan antara sistem


ekonomi, sosial, politik dan ekologi di kawasan bandar dan luar
bandar;

2. Memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapatkan


pengetahuan, membina nilai, sikap dan komitmen serta
kemahiran yang diperlukan untuk memelihara dan memperbaiki
keadaan alam sekitar;

3. Membentuk sikap yang baru dalam diri individu, kumpulan dan


masyarakat dalam menangani permasalahan alam sekitar;
Tiga matlamat yang dinyatakan di atas ternyata selaras dengan
konsep Celik Alam Sekitar atau Environment Literacy (Moseley 2000).
Sikap Celik Alam Sekitar terbina dalam tiga peringkat iaitu Celik
Alam Sekitar
Nominal (Nominal Environment Literacy), Celik Alam Sekitar
Fungsian (Functional Environment Literacy) dan Celik Alam Sekitar
Operasi (Operational Environment Literacy). Secara rumusnya, setiap

satu peringkat tersebut mempunyai maksud yang berbeza baik daripada


segi keupayaan istilah mahupun dalam menjelaskan tentang sesuatu isu.
Walau bagaimanapun, matlamat akhirnya adalah berasaskan teori yang
bermula dengan kesedaran, mengambil berat, memahami dan akhirnya
mengambil sesuatu tindakan.
Seseorang yang hanya sedar mengenai persekitarannya belum
lagi boleh dikatakan sebagai seorang yang celik alam sekitar. Ianya
haruslah melibatkan pemahaman seseorang individu tentang bahaya
kerosakan atau pencemaran alam sekitar dan mampu untuk menjelaskan
kepada

orang

lain

tentang

isu

tersebut.

Seterusnya

dapat

mempraktiskannya dalam bentuk tingkah laku yang boleh membantu


mengurangkan masalah pencemaran, umpamanya melakukan amalan
kitar semula bagi mengurangkan lambakan sampah sarap, berkongsi
kereta bagi mengurangkan pencemaran udara, menjimatkan parking,
kereta, mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sebagainya.
Penekanan dalam kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia
khasnya untuk mata pelajaran Sains. Pendidikan pembangunan lestari
merupakan isu yang ditekankan dalam pendidikan di seluruh dunia.
Sementara dalam konteks Malaysia, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) dirancang sebagai pelan perjuangan pendidikan
negara menjelang 2010 menjadi isu yang ditekankan di Malaysia.
Konsep pembinaan Negara Bangsa yang diwarwarkan dalam teras
pertama PIPP oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007
amat penting bagi sebuah negara yang pelbagai kaum dan agama seperti
Malaysia. Keupayaan sesebuah negara membina Negara Bangsa
bergantung kepada keberkesanan perkongsian nilai dan semangat
patriotisme dalam kalangan rakyatnya. Hal ini menjadi semakin penting
lebih-lebih lagi dalam era globalisasi di mana berlakunya pengaliran
tanpa sempadan dan pantas bukan sahaja terhadap aspek maklumat,
modal serta manusia, malah sistem nilai, budaya dan kepercayaan juga
turut

terpengaruh.

Antara lain, fokus PIPP 2006-2010 adalah memupuk rasa kecintaan


terhadap seni, warisan dan budaya bangsa (PIPP, 2007). Pelajar
diharapkan agar dapat menghayati, menghargai, menyayangi seni,
warisan dan budaya untuk membentuk identiti unik bangsa Malaysia.
Warisan budaya bangsa juga merupakan salah satu agenda penting
dalam pendidikan pembangunan lestari. Maka adalah bertepatan jika
senibina rumah Melayu dijadikan salah satu contoh warisan bangsa
Melayu yang penting untuk dihayati, dihargai dan disayangi oleh bangsa
Melayu

bagi

membina

jatidiri

bangsa

yang

kuat.

Penekanan perkataan warisan dalam fokus ketiga Teras Pertama PIPP


2007 hanyalah menumpu kepada warisan tak nyata atau intangible
heritage. Namun begitu, unsur-unsur pengetahuan warisan sebagai
perkara yang tangible tidak disentuh. Pengetahuan warisan yang juga
disebut pengetahuan tradisional seharusnya mendapat tempat sebagai
aspek fokus untuk merakyatkan seni, warisan dan budaya bangsa dalam
Teras Pertama PIPP. Ini kerana pengetahuan tradisional lebih
membuktikan

ciri-ciri

ketamadunan

sesuatu

bangsa.

Ciri-ciri

ketamadunan bangsa terutamanya bangsa Melayu perlu diketengahkan


kepada generasi muda sebagai pewaris bangsa agar jati diri kemelayuan
generasi muda bangsa Melayu akan terus lestari. Pembuktian
kepentingan hal ini tercatat dalam matlamat keenam pelaksanaan kursus
wajib universiti iaitu kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS
I dan II) yang menegaskan kepentingan kefahaman yang mendalam
terhadap kekuatan setiap budaya dan warisan ketamadunan bangsa
masing-masing. Justeru, kekuatan pemahaman ini mendorong kejayaan
jati diri bangsa dalam mengharungi cabaran globalisasi seterusnya
memangkin cita-cita Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang
tahun

2020

(Nik

Rosila,

1998).

PIPP telah menggariskan matlamat di mana sistem pendidikan perlu


melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak
untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi.

Justeru, peranan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk


memastikan sumber manusia yang dihasilkan mampu berfikir secara
global dan bertindak secara local demi kepentingan negara dan
bangsa. Nilai budaya Malaysia harus menjadi asas kepada kemajuan
negara dan bangsa. Ini jelas dinyatakan dalam salah satu fokus PIPP
2006-2010 iaitu memantapkan perpaduan dan integrasi nasional. Strategi
yang dirancang untuk pelaksanaannya melibatkan penerapan nilai jati
diri, budi bahasa, seni budaya secara sisipan dalam tajuk-tajuk
matapelajaran yang sesuai.

PENDEKATAN, PENGISIAN DAN PENDIDIKAN ALAM


SEKITAR

Tilbury (1995) mengemukakan tiga pendekatan yang boleh diambil


dalam pendidikan alam sekitar iaitu berkenaan dengan Pendidikan
Mengenai Alam Sekitar; Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar; dan
Pendidikan Untuk Alam Sekitar. Pendekatan ini setiap satunya
mempunyai pengisian dan objektif yang khusus bagi memberi
pendidikan alam sekitar kepada masyarakat. Ketiga-tiga pendekatan
tersebut adalah menerangkan berkaitan;

1. Pendidikan Mengenai Alam Sekitar (Education about the


environment) berfokuskan kepada pengetahuan, kesedaran dan
pemahaman tentang interaksi manusia dan alam sekitar. Ianya
biasa digunakan dalam kurikulum sains dan geografi, iaitu alam
sekitar menjadi tajuk atau tema yang diperbincangkan.
2. Pendidikan Di Dalam Alam Sekitar (Education in the environment)
Pendekatan ini lebih berpusatkan pelajar dan melibatkan
pembelajaran

berasaskan

aktiviti. Ia melibatkan penglibatan

langsung pelajar dalam persekitaran tertentu misalnya melalui kerja lapangan di hutan atau
lawatan ke tapak pelupusan sampah.

3. Pendidikan Untuk Alam Sekitar (Education for the environment). Pendekatan ini memberi
fokus kepada matlamat memperbaiki dan memelihara alam sekitar. Ia juga cuba membina
rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar serta menggalakkan penglibatan aktif dalam
menyelesaikan masalah alam sekitar.
Perkembangan pendidikan alam sekitar pada masa kini telah memperlihatkan penekanan terhadap
pendidikan untuk kelestarian alam. Bagi mencapai matlamat kelestarian alam tersebut, ketiga-tiga
pendekatan yang dibincangkan di atas adalah praktikal dalam konteks melahirkan individu yang
bukan sahaja peka terhadap isu alam sekitar, tetapi juga mengenal pasti masalah yang berlaku dan
seterusnya memainkan peranan sebagai pihak yang aktif menguruskan alam sekitarnya. Sebagai
contoh, para pelajar diberikan tugasan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar di kawasan
tempat tinggal (manusia/pelajar). Para pelajar yang terlibat akan segera menangkap isu dengan
melihat masalah alam sekitar di persekitaran mereka. Mungkin dalam masa tersebut mereka akan
tertarik dengan isu pencemaran sungai, sampah sarap, pencemaran udara, bunyi/hingar dan
sebagainya. Justeru, para pelajar akan terlibat secara langsung (pembelajaran berasaskan aktiviti)
kerja lapangan dengan melihat sejauh mana pencemaran tersebut berlaku daripada aspek;
1. Lokasi pencemaran
2. Punca-punca pencemaran
3. Jenis-jenis pencemaran
4. Kesan-kesan pencemaran (mungkin dapat dilihat dengan mata kasar)
5. Cadangan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut berlaku pada masa
hadapan.

Melalui kerja lapangan ini secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan
para pelajar akan kepentingan menjaga alam sekitar berdasarkan pengalaman yang mereka alami
sendiri. Pembelajaran melalui pendekatan ini adalah lebih pratikal kerana para pelajar bukan sahaja
disogokkan dengan teori dan konsep sahaja, bahkanBpemahaman mereka menjadi lebih jelas
apabila mereka merasai sendiri pengalaman tersebut. Melalui cara ini isu-isu alam sekitar bukan
sahaja berkisar setakat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para guru bahkan penglibatan
mereka secara langsung akan memberi nilai keinsafan dan impak yang mendalam berbanding
dengan pengajaran di dalam bilik darjah.

Cadangan yang dikemukakan oleh O Riordan (1981) mengenai pengisian kurikulum pendidikan
alam sekitar menggambarkan kepentingan ketiga-tiga pendekatan iaitu mengenai Alam Sekitar, Di
Dalam Alam Sekitar dan Untuk Alam Sekitar perlu diintegrasikan. Pengintegrasian ini boleh
dilakukan dengan menggabungkan ilmu bidang sains tulen dan persoalan moral dan etika yang
berasaskan kesejahteraan umat manusia. Selain daripada itu, isu-isu sensitif yang berkaitan
dengan

alam

sekitar seharusnya difahami dengan sejelas mungkin kerana ianya akan

mempengaruhi bentuk dan fungsi bagi sesebuah institusi. Justeru, ORiordan telah mencadangkan
bahawa program pendidikan alam sekitar sama ada formal mahupun tidak formal seharusnya
memasukkan elemen-elemen berikut bagi menjamin kelestarian dalam pendidikan alam sekitar
kepada individu umumnya. Program pendidikan alam sekitar tersebut seharusnya mempunyai
beberapa perkara tersebut;
1. Pemahaman yang komprehensif tentang hubungan saling kaitan antara komponenkomponen

atmosfera,

litosfera,

hidrosfera

dan

biosfera

untuk

mewujudkan

keseimbangan dinamik (ORiordan 1981; Goudie 1992 & Park 1997).


2. Kebolehan untuk mengumpul maklumat dan fakta untuk menguatkan lagi pemahaman
seseorang mengenai sesuatu isu -contohnya dalam setiap kes yang melibatkan alam
sekitar fizikal, sekiranya terdapat gangguan melalui sesuatu proses, gangguan ini akan
menyebabkan berlakunya tindak balas untuk memperbaiki keadaan (ORiordan 1981 &
Jamaluddin Md Jahi 2001).
3. Kebolehan untuk mengorganisasi dan menganalisis mengenai pelbagai maklumat bagi
membina kesedaran terhadap hubungan antara sistem-sistem yang terlibat. Misalnya
pemahaman terhadap keseimbangan dinamik dapat dicapai secara semula jadi, tetapi
jangka masa keseluruhan proses tersebut bergantung kepada magnitud gangguan
tersebut (ORiordan 1981; Odum 1971 & Turk et. al 1978).
4. Keprihatinan terhadap isu sosiopolitik yang boleh mempengaruhi hal-hal berkaitan alam
sekitar- umpamanya pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar.
5. Kebolehan untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat dengan orang awam dan polisi
tentang kesan-kesan daripada sebarang tindakan (termasuk juga kesan tidak mengambil
sebarang tindakan) dan bagaimana seseorang individu dapat berperanan secara berkesan
dalam komuniti masing-masing.

PENDEKATAN BERASASKAN MODEL CELIK ALAM SEKITAR

Matlamat untuk memberi kesedaran dan pemahaman terhadap pendidikan alam sekitar adalah
selaras dengan konsep celik alam sekitar atau environmental literacy (Moseley 2000). Sikap
celik alam sekitar ini terbina dalam tiga peringkat (model) atau menurut kontinuum berikut;
MODEL CELIK ALAM
SEKITAR

CELIK ALAM

CELIK ALAM

SEKITAR

CELIK
ALAM

SEKITAR
SEKITAR
NOMINAL

FUNGSIAN

Awam/masyarakat umum

Para pelajar

Para Profesional

Celik alam sekitar nominal (Nominal environmental literacy)- maksudnya; kebolehan


untuk mengenal pasti istilah-istilah asas berkenaan dengan alam sekitar dan mengetahui maknanya
secara umum. Pada peringkat ini seseorang itu meskipun mengetahui istilah-istilah berkenaan
tetapi tidak memahami secara mendalam akan maksudnya. Mereka hanya mempunyai kemahiran
yang asas dan kurang terlibat dalam aktiviti berkaitan alam sekitar.
Manakala Celik alam sekitar fungsian (Functional environmental literacy) maksudnya;
keupayaan untuk menggunakan pengetahuan asas, konsep dan kemahiran berfikir dan mampu
untuk menjelaskan sesuatu isu kepada pihak ketiga sama ada secara bertulis ataupun secara lisan.
Seterusnya ialah peringkat Celik alam sekitar operasi (Operational environmental
literacy) maksudnya; memilih antara pelbagai pilihan serta mengambil keputusan dan tindakan
yang bersesuaian dengan pendirian yang dipegang.
Secara teorinya, kontinuum ini akan bermula dengan kesedaran, mengambil berat,
memahami dan akhirnya mengambil sesuatu tindakan. Seseorang yang hanya sedar mengenai
persekitarannya belum lagi boleh dikatakan sebagai seorang yang celik alam sekitar. Misalnya
jika kita sedar bahawa jerebu boleh menyebabkan gangguan kesihatan kepada manusia dan
hidupan. Kita seharusnya juga perlu memahami jenis-jenis gas yang terkandung di dalamnya serta
kesannya ke atas manusia, hidupan dan kesihatan ekosistem serta mampu juga menjelaskan kepada
orang lain. Pada peringkat ini, kita hanya dikatakan celik alam sekitar Nominal dan Fungsian
sahaja. Manakala untuk pergi ke tahap celik alam sekitar Operasi pula, akan tercapai sekiranya
kita turut mempraktiskan perbuatan/tingkah laku yang secara langsung menjurus kepada

meminimakan masalah pencemaran udara dan faktor-faktor yang menyumbang ke arah


pencemaran tersebut. Contohnya, faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah jerebu, iaitu
dengan

menghentikan

pembakaran

terbuka,

mengambil

pendekatan

berkongsi

kereta,

menggunakan pengangkutan hijau, berhenti merokok dan sebagainya.


Apabila seseorang itu sudah berada pada tahap celik alam sekitar operasi, seseorang itu
haruslah juga mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memelihara dan
memulihara alam sekitar daripada terus dicemari. Menurut Tilbury (1995), beliau telah
membahagikan tindakan yang perlu diambil oleh seseorang berdasarkan enam kategori iaitu;

Perundingan - mengadakan perbincangan mengenai sesuatu isu, polisi atau amalan-amalan


berkaitan dengan alam sekitar.
Pemujukan cubaan untuk mengubah persepsi dan tanggapan orang awam melalui
perbahasan, surat, kempen dalam media massa dan elektronik atau sebaran bahan berkaitan
alam sekitar.
Konsumerisme mengambil tindakan memulaukan barangan yang mencemarkan alam
sekitar atau mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara yang mengeluarkan produk yang
tidak mesra alam.
Tindakan politik melobi, mengundi atau menyokong pemimpin yang memperjuangkan
alam sekitar, penggubal undang-undang dan polisi berkaitan alam sekitar.
Tindakan undang-undang membantu dalam penguatkuasaan undang-undang dan
memudahkan kerja-kerja pihak berkenaan-contoh melaporkan pencemaran yang berlaku di
persekitaran.
Eko- pengurusan memelihara dan memperbaiki landskap secara fizikal.
Justeru, pendidikan alam sekitar dianggap sebagai satu alat pengurusan alam sekitar yang
bersifat jangka panjang. Berbeza dengan pendidikan perundangan, pendidikan alam sekitar
mengambil waktu yang lama sebelum hasilnya sebagai alat pengurusan alam sekitar benar-benar
dapat dilihat (Rozita Ibrahim 2001). Pendidikan alam sekitar yang berkesan bukan sahaja dapat
mendidik individu menjadi warganegara yang baik, bahkan hasilnya nanti kepatuhan dan ketaatan
kepada undang-undang dan negara keseluruhannya. Begitu juga dengan pemupukan perasaan
sayangkan tanah air, dengan mengambil kira aspek pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar
untuk warisan sejagat.

PENGERTIAN KONSEP KUALITI HIDUP DAN PENDIDIKAN

Kajian kualiti hidup adalah berkaitan dengan keadaan kehidupan yang baik dan selesa dengan
keperluannya diperoleh (Raphael et al. 2001; Carlsson et al. 2002) dan ianya berkaitan dengan
perspektif psikologi dan sosiologi (Raphael et al. 1996). Kajian kualiti hidup penting bagi
menggambarkan kemampanan manusia/ bandar/modal insan/ apa sahaja yang bertujuan ke arah
kehidupan yang lebih baik dan selesa. Sebagai contoh, pendidikan dalam sesebuah masyarakat
akan dapat meningkatkan kualiti hidup, kerana proses pembelajaran akan melahirkan insan yang
berilmu,

berakhlak mulia dan bertanggungjwab. Berdasarkan fenomena kini, pendidikan alam sekitar akan
dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat berasaskan pembangunan sesebuah negara melalui
strategi pembangunan mampan.

Terdapat tiga pendekatan falsafah yang menentukan kualiti hidup. Pertama, ciri kehidupan yang
sejahtera (good life), ditentukan oleh kebaikan normatif berasaskan agama, falsafah dan sistemsistem yang lain. Kedua, berasaskan kepuasan pilihan (satisfaction of preferences), iaitu memilih
perkara yang meningkatkan kualiti hidup di sebalik kekangan sumber (dipengaruhi pemikiran
ekonomi). Ketiga, mengikut pengalaman individu iaitu perspektif kesejahteraan subjektif yang
digunakan dalam sains psikologi dan perlakuan (Brock 1993).

Pentakrifan tentang kualiti hidup pula menunjukkan betapa sukar ianya ditakrifkan, kerana ia
membawa kepada konsep yang pelbagai. Kualiti hidup bukan sahaja melibatkan taraf kehidupan
masyarakat, bahkan turut menggambarkan tentang kebendaan, ketersediaan dan ketersampaian
kemudahan sosial, ekonomi, pengangkutan dan infrastruktur serta pilihan kemudahan rekreasi dan
taman permainan kanak-kanak. Oleh yang demikian, menurut Cummins (1999) dan Lim et al.
(1999), terdapat 100 definisi yang telah diberikan untuk menerangkan aspek kualiti hidup. Ini
menunjukkan bahawa kualiti hidup adalah pelbagai demensi. Kebiasaannya ia boleh dibahagikan
kepada sesuatu yang objektif dan subjektif. Bersifat objektif di sini bermaksud, ianya boleh dikenal
pasti. Manakala subjektif pula adalah komponen yang melibatkan perasaan umum terhadap
kehidupan (Cummins 1999; Leitmann 1999; Busch 1999; Carlsson et al. 2002).

Bagaimanapun, Jabatan Perdana Menteri (1999), mentakrifkan konsep kualiti hidup dalam konteks
yang lebih luas, iaitu dengan mengambil kira sebarang aspek dan aktiviti penduduk yang bertujuan
meningkatkan tahap kesejahteraan sosial yang selari dengan aspirasi negara. Takrifan yang lebih
menyeluruh diberikan oleh JPM ini mempunyai hubungan dengan Laporan Kajian Separuh

Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT). Ia menyifatkan pembangunan ekonomi negara yang
pesat boleh memangkinkan kewujudan peluang-peluang yang dapat meningkatkan kualiti hidup
penduduk (Malaysia 1999).

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI HIDUP


MASYARAKAT

Pendidikan alam sekitar merupakan satu pendidikan yang amat penting bagi melahirkan warga
Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan, berkemampuan bahkan mempunyai
keprihatinan terhadap pengurusan dan pencemaran alam sekitar. Pendedahan pendidikan ini sejak
dari awal lagi akan melahirkan kelestarian terhadap Cintakan Alam Sekitar. Pelajar-pelajar yang
telah diasuh dan ditanam dengan nilai-nilai mencintai alam akan lebih sensitif terhadap apa jua
pencerobohan yang berlaku di persekitaran mereka. Dengan cara ini, kekuataan yang dibina akan
menjadi benteng atau penahan diri dan secara tidak langsung boleh bertindak untuk membimbing
diri orang lain bagi menyintai alam sekitar.

Secara jelasnya melalui pendidikan alam sekitar akan melahirkan warga yang menyintai alam
sekitar, prihatin dan sensitif terhadap apa-apa juga kacau ganggu yang berlaku di persekitaran
mereka. Justeru, pelajar-

pelajar yang terdedah dengan pendidikan ini akan dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti
hidup kerana mereka akan menentang apa juga pencemaran, kacau ganggu dan kerosakan yang
dilakukan oleh tangan manusia lain. Dengan kata lain, pendidikan alam sekitar akan dapat
membentuk jiwa dan diri individu menjadi seorang yang mencintai alam sekitarnya.

KESIMPULAN

Daripada penelitian di atas, rumusan yang boleh dibuat adalah pendidikan alam sekitar yang
bermodelkan celik alam sekitar dilihat boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup
masyarakat di Malaysia. Ini kerana pendidikan alam sekitar itu sendiri adalah merupakan satu
bentuk alat pengurusan yang boleh diaplikasi di peringkat sekolah rendah lagi. Pepatah Melayu ada
menyatakan bahawa Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya, adalah peribahasa yang sesuai
bagi pendekatan yang cuba digarapkan dalam penelitian ini. Pendekatan yang memerlukan
kurikulum alam sekitar harus diajar dan ditekankan di peringkat awal pendidikan. Dengan ini akan
dapat memastikan modal insan yang dilahirkan akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar untuk warisan sejagat.

RUJUKAN
1. Cummins, R.J. (1999). A psychometric evaluation of the comprehensive quality of life scalefifth edition. Dlm. Lim, L.Y., Yuen, B., Low, C. (pnyt.). Urban quality of life: critical issues and
options. Singapura: NUS.
2. Goudie, A.S. (1992). Environmental change. Oxford: Oxford University Press.
3. Kementerian Sains, Tekonologi & Alam Sekitar (2007). Dasar alam sekitar negara 2002.
http://www.doe.gov.my/en/content/buku-dasar-alam-sekitar-negara. Tarikh capaian 12
September 2009.
4. Jamaluddin Md. Jahi. (2001). Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia dari stockholm ke Rio De
Jainero dan seterusnya. Syarahan Perdana. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
5. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku panduan guru pendidikan alam sekitar
merentasi kurikulum KBSM. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum.
6. Malaysia. (1999). Laporan kajian separuh penggal rancangan malaysia ketujuh. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional.
7. Moseley, M. (2000). Teaching for environment literacy. Clearing House 74 (1): 23-24.
Odum, E. P. (1971). Fundanmentals of ecology. Philadelphia: W.B.Saunders Co.
8. O Riordian, T. (1981). Environmentalism. London: Pion Limited.
9. Park, C. (1997). The environment. London. Routledge.
10. Turk, A., J., Wittes, J.T. & Wittes, R. E. (1978). Environmental Science (2nd edition).
Philadelphia: W.B. Saunders Co.
11. UNESCO. (1980). Environmental Education in The Light of Tiblisi Conference. Paris:
UNESCO.

Anda mungkin juga menyukai