Anda di halaman 1dari 52

RESIPI PAU GORENG

3cawan tpung gandum


1cwan air suam
6sdb gula
3sdb marjerin
2sdb susu tpung
1 1/2 sdb yis
1biji telur
1st baking powder
1/2 st garam
Campur semua bhn dan uli 10-15 mnt hingga kental n licin
Tutup bekas doh ngn kain lmbab 30mnt
Bentukkan doh dgn inti kgmaran n biar 20 mnt sblum di goreng
Goreng dgn api perlahan..
slmat mncuba

RESIPI DONUT SIMPLE

2cwan tpung gandum


2 sudu kecil yis
1sdb marjerin
2sdb susu tpung
1/2cwan air
1/2 st garam
1sdb gula
Campur semua bahan dan uli 10-15mnt hingga kental dan licin
Tutup bekas doh dgn kain lembab 30mnt
Bentukkn doh dan biarkan 15mnt sblum di goreng
Goreng dgn api perlhn
Angkat dan toskan
Kemudian gaul dgn gula halus
Sedia dihidangkan

AYAM BUTTER GARLIC


1.300gm dada@isi ayam dipotong nipis

2.tepung kentang
3.minyak masak
4.50gm butter @majerin@planta
5.1 cawan susu cair
6.10 helai daun kari
7.5 biji bawang putih (dipatong dadu)
8.5 biji cili @kalau nk pedas boleh lebihkan.
9.2 sudu teh gula
10.1/2 sudu teh garam
11.sedikit perasa
cara :goreng isi ayam dgn tepung kentang.
sos :Goreng bawang putih dengan butter @ majerin..masuk cili dan daun kari..goreng
hingga naik bau..kekuningan.masukkan susu cair,gula,garam dan perasa..masak
hingga didih.campurkan bersama ayam yang telah digoreng.gaul rata.
*tuang sebagai sos pon boleh.

AYAM GORENG DAUN LIMAU PURUT


1/2 ekor ayam
3 ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
1-2 btg serai

1 inci lengkuas
1 sudu besar Gula melaka
Garam
4 helai Daun limau purut
1 sudu besar tepung gandum.
Cara2nya:
Bwg mrh, bwg pth, lngkuas, serai dikisar halus.
Perap semua bahan dalam ayam kecuali daun limau purut dan tepung.
Perap lebih lama baik.
Bila nak goreng, gunting halus2 daun limau purut dan gaul dgn tepung.
Goreng dgn api sederhana.
# resepi ni memang tak letak halia. Dijamin lazat. Selamat mencuba.
Tambahan- kunyit.

HASSELBACK POTATOES
Kentang
Keju cheddar
Butter
garam
Serbuk lada hitam

Kentang dibuang kulit dan dikelar halus tapi jangan sampai putus. Nk mudah,
letakkan chopstick atau benda yg sewaktu dengannya tepi kentang tu, supaya bila
potong chopstick tu jadi penahan so that tak terpotong abis kentang tu. Didihkan air
secukupnyer dan celur kentang selama 5 minit. Toskan airnya. Cairkan butter dan
sapukan pada kentang. Tabur garam dan lada. Bakar pada suhu 190 darjah sambil
sekali sekala disapu dgn butter. Bila kentang dah masak dan kekuningan, bolehlah
ditabur dengan keju yg diparut. Bakar lagi sehingga keju mula bertukar warna..
Nota: selain keju cheddar bleh juga gunakan keju parmesan atau serbuk roti atau
campuran serbuk roti dan parmesan

PUDING BANDUNG CINCAU


bahan2nya:
1
1
1
1
1

paket agar2 (20gm)


liter air (1000ml)
cawan gula
cawan susu cair
cawan cincau

perwarna merah
cara membuatnya:
masak agar2 hingga cair,masukan gula,kacau hingga gula larut,tapis
400ml,masukan cincau,tuang dalam acuan,biarkan sedikit beku,panaskan baki
agar2 kembali hingga cair semula,tapis 200ml,masukan 10 sudu besar susu cair
dan perwarna merah, ulang lg cara yg sama di atas,ulang sehingga habis,setelah
siap lapisan,biarkan beku seketika baru di simpan dalam peti sejuk selama 1jam
baru dipotong.

KEK COKLAT CHEESE KUKUS


Bahan A (cream cheese)
-250g cream cheese
-100g gula kastor
-1 biji telor
-1 sudu besar tepung gandum

cara2:
->putar cream cheese dgn gula hingga lembut
-->msuk kn telur & tepung gandum
-->dh siap ketepi kn
bahan2 B (kek):
-2 cwn tepng gndum
-1 sudu kcil baking powder
-1 sudu kcil soda bikarbonat
-3/4 cwan gula halus
-1 cwan minyak masak
-1 cwan air panas
-1/2 cwan susu pekat
-1/2 cwan serbuk koko
-1 sudu kcil esen vanila
cara2:
-panas kn pngukus dgn api sederhana besar..
-satu kn semua bahan dlm 1 bekas..kacau sebati..bhagi kpd 2 bahagian..
-sapu loyang dgn mentega..
-msuk kn 1 bahagian adunan coklat n kukus selama 20-30 minit
- dh masak msuk kn adunan cheese smpai habis..kukus lg 15-25 minit
-akhir sekali msuk kn adunan yg last tadi kukus lg 20-30 minit...
-tngu sejuk bru potong...
***panjang kn masa mengukus jika setiap lapis belum masak..

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

BAHAN B (KEK) :-

BAHAN A :-

2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum*
3 sudu besar sebuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(*
bahan2 perlu diayak dulu)

250 gm cream cheese


50 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara :Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.


Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Pukul lagi dan gaul sebati.Biarkan sebentar.
Cara-cara :Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang
masukkan vanilla dan garam.Masukkan air panas,susu dan minyak.Setelah itu
masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan
gaul sebati.Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2
bahagian. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api
sederhana je.Dan seperti biasa sapukan mentega di sekeliling loyang dan alas
dengan kertas minyak.Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan
kukus selama 15-20 minit (kalau x asingkan bekas pada 2 bahagian tadi, hanya
tuang separuh sahaja).Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese
diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.Setelah itu
tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi
selama 20 minit.Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

KEK COKLAT KUKUS


Bahan2
1 1/4 cwn susu segar
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan gula

1/2 cawan sebuk koko


2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu soda bikarbonat
2 sudu marjerin
3 biji telur
topping:
* 1/2 bar coklat masakan
* 2 sudu besar susu pekat
* 1/3 cawan susu segar
* 1 sudu mentega(planta/butter pun boleh)
-manik2 hiasan kek
cara:
1) campur susu segar,susu pekat,gula,serbuk koko,marjerin & minyak..masakkan
atass api kecil.padamkan api dan sejukkan seketika
2) bland telur sampai kembang..campur dlm adunan yg dimasak tadi..
3)kemudian ayak tepung ngan soda & baking powder..campur sekali dalam adunan
yg dimasak kacau sebati...
4)masukkan dlm acuan..kukus sampai masak
-acuan kecil2 dalam 20-30 minit
-kalau guna loyang kukus 1 - 1 1/2jam
5)tunggu kek sejuk baru keluarkan dr loyang/acuan
6)campur semua bahan topping dalam mangkuk/periuk kecik
7)double boilkan bahan * sampai sebati (kalau nak toping lg pekat xperlu masukkan
susu segar)
8)siram atas kek dan tabur manik2 hiasan kek
sedia hidang
Selamat mencuba!

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN


Oleh:Eypul Adam
FB: www.facebook.com/bukuresepi
Bahan-bahan
1 paket agar -agar tali.
5 cawan air.
3 cawan santan pekat.

1 1/2 cawan gula.


6 helai daun pandan.
1 biji telur.
secubit garam.
sedikit pewarna hijau.
Cara-cara
1. panaskan air hingga mengelegak kemudian masukkan agar-agar.
2. masukkan gula kemudian kacau sehingga agar-agar hancur
3.blenderkan daun pandan kemudian tapis.
4. masukkan air tapisan daun pandan.
5. satukan telur + santan kemudian pukul dan masukkan dalam periuk.
6. letak beberapa titik pewarna hijau dan secubit garam.
7. kacau hingga gelegak dan siap.
8. Tuang & tapiskan..

OREO MANGGO CHEESE CAKE

1 paket oreo (asingkn creamnye)


*250g cream cheese
*100g butter
*1/2 cwan gula icing
2 biji mangga (didadu)

Sdikit air masak (utk celup oreo)


Cheddar cheese
~ satukan semua bahan bertanda * kedalam mixer....pkul smpai adunan sebati....
~ambil loyang/bekas, alaskan dgn plastik...ambil 1 senduk adunan cheese
tadi....tuang dlm loyang/bekas dan ratakn....lapiskn dgn mangga....kemudian ambil
biskut oreo celupkn dlm air masak, 1 per 1 ye (celup saja taw, bkan rendam...proses
utk mbasahkn biskut oreo tu je k) susun oreo di atas mangga tadi....lakukan proses
ni smpai habiz....setelah siap...parutkn cheddar cheese di atasnye sbgai top....
~akhir skali...tutup atas loyang dgn plastik kmudian baru dtutup dgn pnutup
loyang/bekas
~masukan dlm peti ais (sjuk beku) slama 10 jam....siap...slmt mcuba

PUDING ROTI + SOS KASTARD


bahan puding :
2 1/2 cawan susu full cream
9 keping roti yg disiat2 @ dipotong kecil2
2 biji telur ayam
4 sudu besar gula
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

jika suka, boleh tambahkan kismis @ coklat cip


cara :
- letakkan roti di dalam loyang
- campurkan semua bahan & gaul sebati
- tuangkan ke dalam loyang berisi roti tadi
- tekan2 sikit supaya roti menyerap susu
- bakar = 170 darjah = 30 minit
bahan sos :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu makan gula
sedikit serbuk vanila ( jika ada )
cara :
- gaul sebati semua bahan & masak di atas api sederhana sehingga sos agak pekat
- tuangkan sos semasa menghidang @ bila nak makan
** puding tu agak lembut, sesapa yg nak KERAS, just letak susu 2 cawan sahaja

PUDING ROTI KARAMEL LAPIS COKLAT

Bahan-bahan:
3 sudu besar gula (dijadikan karamel)
3 biji telur (saya guna gred AA) dipukul lembut dan ditapis
7 keping roti gardenia dicarik-carik
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (optional)

Cara-cara:
1. Masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang. Panaskan loyang dengan api
perlahan. Senget-sengetkan untuk meratakan gula ke permukaan loyang. Tutup api
bila gula dah mencair semuanya. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan susu cair, susu pekat manis dan roti ke dalam blender. Blend halus.
4. Masukkan telur dan esen vanilla ke dalam bahan blend tadi. Blend sebentar.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Saya ambil 2 cawan dan campurkan
dengan 1 sudu besar serbuk koko. Kacau sebati dan tapis.
6. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan karamel. Kukus 15 minit.
7. Setelah 15 minit, cakar sedikit permukaan adunan coklat menggunakan garfu
dan curahkan adunan selebihnya ke atas adunan coklat. Kukus lagi lebih kurang 30
minit dengan api sederhana.
8. Sejukkan terlebih dahulu baru terbalikkan.
Info:
* Telur: Jika menggunakan telur size kecil, kurangkan kuantiti roti.
* Tepung jagung: Sekadar untuk pejalkan puding. 1 sudu kecil sudah memadai.
Tips:
* Untuk elak puding tertanggal: Cakar permukaan adunan coklat terlebih dahulu
sebelum dicurahkan adunan plain.
* Bila puding dah suam-suam kuku, cuba pusing atau putarkan permukaan puding.
Jika ia berputar, bermakna puding dah boleh diterbalikkan.
Selamat mencuba!

APOM NASI
BAHAN2..
2 cawan nasi sejuk
2 cawan gula
3 cawan air
1 peket mauripan
blen halus
pastu masukan
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
blen sebati>>

perap dalm sejam lebih hingga naik


masuk kan 1 peket eno(biru)
kacau sebati... warna kan ikut kesukaan.... acuan sapu minyak sikit...kukus hingga
masak (lebih kurang 15_20 min)

AGAR-AGAR LAICI

Bahan-bahan:
1paket agar2 (30gm)
1200 ml air
250gm gula(ikut keperluan masing2)
1 tin laici (asing air dan buahnya. Hiris buah laici)
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung jagung
(dicampurkan sedikit air untuk menjadi larutan).
Cara:
1. Masak agar2 bersama air dan gula.

Lapisan atas:
2. Bila semua bahan larut dan semua agar2 hancur, ambil 300ml , tapis dan campur
1/3 dari laici yg dihiris bersama 200ml air laici.
3. Tuang semua campuran kedalam loyang yg dibasahi sedikit air. (Utk
memudahkan agar2 keluar dari loyang). Biar lapisan atas sejuk.
Lapisan bawah:
1. Campurkan susu cair, baki air laici ke dlm lebihan larutan agar2 yg di masak tadi.
Masak hingga didih. Bila mendidih masukkan larutan tepung jagung. Kacau.
2. Tapis campuran dan masukkan baki hirisan laici.
3. Cucuk2 dgn garfu lapisan pertama yg telah sejuk tadi.
4. Tuang perlahan2 lapisan kedua kedlm loyang.
5. Biar agar2 sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
Nota: lapisan atas agar2 ini jernih seperti berkaca, menampakkan laici. Sekiranya
tidak mahu agar2 ini berlapis, boleh dicampurkan semua bahan semasa memasak
kecuali hirisan buah laici. Hirisan buah laici dicampur setelah bahan2 masakan
ditapis. Masukkan dlm loyang. Biarkan sejuk.

KEK BATIK LAPIS BISKUT MARIE

Bahan2
250g atau satu paket biskut marie
200g atau satu paket milo kecil
1 tin susu pekat manis (nak kurang manis letak 1/2 tin sahaja)
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
150g mentega atau 2/3 cawan mentega
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil nescaffe (optional)
2 sudu besar air panas (utk dapatkan kek yg agak lembap)
Cara2
1) sediakan loyang yg dialas dgn kertas minyak di dasar dan kelilingnya. Pastikan
kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.

2) satukan kesemua bahan kecuali mentega dan kacau sebentar dgn whisk. Guna
api kecil untuk elak bau hangit. Kacau sehingga semua bahan rata dan sebati.
3) kemudian masukkan mentega dan kacau lagi hingga pekat dan kasar berbintilbintil. Matikan api.
4) ambil satu senduk adunan ke dlm loyang dan ratakan. Kemudian susunkan biskut
marie di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
5) utk lapisan yg terakhir, tutup bahagian atas dgn lebihan kertas minyak dan tekan
supaya permukaannya rata. Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
6) potong dan hidangkan ketika kek sejuk

PUDING GULA HANGUS


Resepi:
8 biji telur gred B..
Susu pekat 1/2 tin..
Susu sejat 1 tin..
Gula 4 sudu..
Esen vanilla 1 sudu kecil.
Cara:
1. Pukul telur dengan esen vanilla sehingga kembang.
2. Masukkan susu pekat dan susu sejat..
3. Pukul bahan2 diatas sehingga sebati..
4. Cairkan gula sehingga perang didalam loyang.
5. Masukkan adunan telur kedalam loyang ber isi gula hangus..
6. Sedia dikukus selama 50 mnt..

Selamat mencuba..

KEK KUKUS ASAM MANIS

325gm butter
250gm gula kastor
300gm tepung naik sendiri
6biji telur
1sk esen vanila
100gm kepingan asam manis(haw flakes)
-pukul mentega + gula sampai kembang
-masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati
-masukkan tepung diikuti kepingan asam yang dah dicincang halus
-masukkan adunan dalam loyang 8 inch yg dah digris dengan butter dan dilapik
kertas minyak
-kukus api besar selama sejam/sampai masak
*kek ni sangat gebu dan rasa masam manis
*sesuai dihidang dengan teh panas
*kalau x mau asam manis boleh ganti buah seperti kurma

*selamat mencuba^^

RESEPI AISKRIM COKLAT MARVELLOUS


Bahan-bahan :
1 Kotak besar air susu Dutch Lady Berperisa Coklat .
1 Packet Besar Coffee Mate .
Sedikit gula [ Jika perlu ]
Sedikit Milo atau Vico [ Penambah Rasa Marvellous ]
Sedikit aksesori untuk hiasan . [ Coklat chips or almonds or else ]
Cara cara :
Sukat 2 cawan air susu dengan 2 cawan coffee mate . [Sama Banyak lah sukatan
dia . Kalau nak guna 5 cawan susu , letak 5 cawan coffee mate . Dia sama banyak .
Then , masukkan semua sukatan tu dalam Blender . And blender sampai halus
mulus selembut sutera . Kalau rasa dah manis , takyah letak gula . Kalau rasa coklat
dia dah okay , takyah tambah milo . Tapi aku selalu letak gula sikit , milo sikit . Bagi
rasa lagi Gorgeous okay . Pandai pandai bajet la sedap ke tak . Masa buat tu rasa
lah .
After that , tuang dalam bekas yang sesuai . Lepas tu bekukan dia selama 2 jam .
Lepas 2 jam , keluarkan balik dan blender semula supaya tekstur aiskrim tu lebih
halus mulus .

[ Dalam keadaan separa beku ]


Kalau tak blender balik , aiskrim tu akan keras dan takde rupa aiskrim .
[ Ulang lah step blender banyak kali tu seberapa banyak yang korang suka .
Depends nak halus macam mana . Tapi kalau saya buat , just 2 3 kali je . ]

KEK MINYAK NGAP SAYOT


5 biji telur
1 cwn mnyak
1 cwn susu pekat
1/2 cwn gula castor
2 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 sb ovalet
1 st esen vanila
Pewarna
Ayak tpung+baking powder,ketepikan.
Pukul telur,gula,ovallate smpai gebu.
Msukkan susu pkat+esen. Masukkan mnyak dan pukul lg.
Akhir skali msukkan tpung dan pkul smpai sebati.
Bahagikan ikut pwarna.Selang selikan adunan dlm loyang smpai hbis.
Kukus selama 45 minit..
Selamat mencuba.

KEK LAPIS ASAM MANIS (VERSI KUKUS)

Bahan2
220g tepung gandum **
1 sudu kecil baking powder **
5 biji telur
225g gula halus --> saya guna 180g
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam
150ml susu cair
100ml minyak masak
Pewarna
Asam Haw flakes --> saya guna yg kecil
Cara2
Ayak bahan bertanda ** dan ketepikan.
Satukan bahan2 kecuali minyak, pewarna dan asam haw flakes. Pukul hingga
kembang dan sebati. Masukkan bahan yg diayak sedikit demi sedikit. Pukul lagi
hingga rata dan sebati.
Kemudian, masukkan minyak dan kaup balikkan dgn spatula atau senduk kayu

hingga adunan rata.


Bahagikan kpd 3 bahagian dan letak warna kesukaan.
Panaskan air dlm periuk kukusan. Sediakan loyang dan sapu kelilingnya dgn minyak.
Lapik dasar loyang dgn baking paper. Balutkan tudung periuk dgn kain agar air tdk
menitis pada kek semasa dikukus.
Ambil 5 sudu besar adunan dan tuangkan ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian
susun asam haw flakes ikut suka.
Kukus selama 5-7 minit. Kemudian ambil 5 sudu besar adunan lagi dan tuang ke
atas lapisan pertama td. Susun asam haw flakes dan kukus. Ulang proses hingga
habis.
Setelah selesai lapisan terakhir, kukus lagi selama 20 minit sehingga kek masak
sempurna.
Biarkan kek sejuk, potong dan hidangkan.

KEK MINYAK MATAHARIKU


Bahan yang di perlukan :
telur 5 biji
1 sudu ovellate
1/2 cwn gula halus 1/2 cwn susu pekat 1 cwn minyak
2 cwn tepung gandum
1 sudu baking powder
1 sudu esen vanila
Pewarna ikut suka
Cara2nya :
Pukul telur & ovellate hingga kembang dan putih. Pastu masukkn gula. Pukul
lagi. Masukkan susu pekat , esen vanila dan minyak. Pukul hingga sebati.
Perlahan2 masukkan tepung gandum & baking powder. Mixer selama 2 minit lg.
Kemudian asingkn adunan kepada beberapa bahagian untuk di warnakn.
Cara menuangkn ke dlm adunan mgunakan cara marble ,kemudian lorekkn
adunan yg da di tuang ke dlm loyang tu mggunakn lidi
Kukus adunan ni selama 50 mnt hingga 1 jam. Api yg sederhana. Balut tudung
pengukus dgn kain bg mgelakkn air wap mnitis ke dlm adunan ni.

PUDING KARAMEL TANPA TELUR....


bahan2nya:
1 1/2 senduk gula pasir)...dimasak untuk dijadikan gula hangus...kemudian
ketepikan...
...10gm agar2 serbuk (2 sudu besar)
4 cwn air
1 1/2 senduk gula
1 tin susu cair
3 sudu bsr tpg kastard
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna kuning telur
cara2nya:
masak serbuk agar2 bersama 4 cwn air dan gula...dibekas yg lain campurkan susu
cair,tpg kastard dan esen vanila...kacau hingga sebati...kemudian ditapis dan
masukkan kedlm periuk agar2 td...masak hingga adunan agak memekat
sedikit....kemudian boleh dituang kedlm loyang gula hangus td...sejukkan dahulu
dan boleh disimpan kedlm peti ais.
Pg esok..baru terbalikkan ya..hiaskan dgn buah-buahan..
Selamat Mencuba!!!

RENDANG PEDAS KUALA LINGGI

Ayam - Seekor (potong kecik-kecik)


Santan Kotak - 1 kotak
Kerisik - 1 bungkus
Daun limau purut - 5 helai (hiris halus)
Daun kunyit - 4 helai (hiris halus)
Lengkuas - 2 cm (x masuk x apa)
Air - 2 cawan
Rempah kari - 1 sudu
Asam keping - 1 keping
Cili padi - 8 biji *
Cili kering - 10 biji*
Serai - 6 batang *
Bawang besar - 3 biji *
Bawang putih - 3 ulas*
Halia - 2 cm* (semua bertanda* Blender)
Minyak masak - sedikit utk tumisan
Kulit kayu manis - 1 batang kecil #
Bunga lawang - 1 kuntum #

Garam - 1 sudu
Gula melaka - 1 sudu
Gula pasir - 1 sudu
CARA2 :1- Panaskan minyak , tumis bunga lawang & kulit kayu manis
2- Masukkan bahan2 yg telah diblander tadi. Lebih kurang 5 minit, masukkan ayam.
Gaul sebati dalam api sederhana besar. Tambah air 1 cawan dalam kuali untuk
empukkan ayam.
3- Masukkan rempah kari & asam keping
4- Agak wangi bau tumisan tadi (5-6 minit) masukkan santan. Tambah air lagi (1
cawan) . Agak2 tenggelamkan ayam tu. Biar menggelegak.
4- Masukkan kerisik, garam, gula melaka & gula pasir
5- Bila rendang agak pekat, masukkan hirisan daun limau purut & hirisan daun
kunyit.
6- Selesai merendang, bolehlah hidangkan untuk suami dan keluarga

RESEPI : PUDING MANGGA


Bahan2 :
1 biji mangga masak (di blander)
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula
1 sudu esen vanila
20 gm agar - agar tali
7 cawan air
Cara2nya :
Didihkan air dan larutkan agar - agar tadi. Tunggu sehinngga larut & masukkan gula.
Kacau dan masukkan susu cair dan susu pekat. Biar mendidih dan masukkan esen
vanila. Kacau dan tutup api.
Asingkan separuh agar - agar tadi di dalam bekas lain. Agar - agar di dalam periuk ,
masukkan mangga yang sudah di blander.
Kacau dan tuangkan di dalam bekas @ acuan. Sejukkan, dan tuangkan lagi agar agar susu tadi di bahagian atas. Sejukkan sebelum simpan di dalam fridge.
*sedap di hidangkan ketika sejuk.

RESEPI LASAGNA MUDAH.


Bahan-bahan :
Kepingan lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak
masak)
Daging cincang/daging burger (sy guna daging burger Ramly satu peket)
Sos spageti (sy guna setengah botol, jenama Kimball)
Cendawan butang dalam tin
2 sudu sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano (optional)
Garam gula secukup rasa
Bawang merah dan bawang putih untuk tumis
Bahan-bahan untuk sos keju :
3 sudu mentega/butter
4 sudu tepung gandum
Keju cheddar (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna)
500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1) Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak
sebentar. (Guna minyak sedikit sahaja, untuk elak daging jadi terlalu berminyak)
2) Masukkan sos spageti dan sos cili.
3) Masukkan cendawan butang, masak seketika.
4) Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak,
biarkan suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan
bersama)
5) Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan
susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
6) Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
7) Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau
suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus.
8) Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan
disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan.
9) Akhir sekali, taburkan keju cheddar di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar
sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair.
10) Jika tiada oven, boleh cairkan keju cheddar (dgn teknik double boiler) dan curah
perlahan-lahan atas lasagna. Sedap dimakan ketika panas-panas, dgn sos cili.

IKAN TERUBUK GORENG SUMBAT BERCILI.


Bahan2nya:1 ekor ikan terubuk - bersihkn
2 bj bwg bsr - dihiris nipis
1 bj buah tomato - dihiris nipis
25 tgkai cili kering - kisar kasar dgn air yg byk dn tapis buang airnya
3 sudu air asm jawa
4 sudu gula
Garam secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Cara2 mmbuatnya:Ikan dibelah blkg. Lumurkn ikan dgn garam dn serbuk kunyit. Gaul sebati bhn2 di
ats dn sumbatkn ke dlm ikan. Tutupkn blkg ikn dgn daun pandan. Lilit dgn benang
supaya isinya tidak terkeluar smsa mggoreng. Goreng dgn minyak yg byk. Ikan akn
mnjadi hitam sedikit krn kndungan gula yg byk. Hasilnya masam dn manis rasanya.
Slmt mncuba...

PUDING KASIH SEJATI


bahan2nya:
1 paket agar2 (20gm)
1 liter air (1000ml)
1 cawan gula
1 cawan susu cair
perwarna (ikut pilihan)
cara membuatnya:
masak agar2 hingga cair,masukan gula,kacau hingga gula larut,tapis
200ml,masukan 10 sudu besar susu cair dan pewarna pilihan,tuang dalam
acuan,biarkan sedikit beku,panaskan baki agar2 kembali hingga cair semula, ulang
lg cara yg sama di atas dan tukar warna yang lain pula,ulang sehingga habis,boleh
dapat 5 lapisan warna,setelah siap lapisan,biarkan beku seketika baru di simpan
dalam peti sejuk selama 1jam baru dipotong.

BAHAN-BAHAN UNTUK HOMEMADE SNICKERS BAR


24 oz (680 gram) coklat untuk salutan
2 oz (56 gram) mentega
1/4 cawan susu pekat
7 oz (198 Gram) krim Marshmallow (Marshmallow halus)
14 oz (396 gram ) gula-gula karamel
1/3 cawan mentega kacang (peanut butter)
14 oz (396 gram )kacang
10 oz (283 gram) coklat (coklat bahagian atas)
1 sudu besar air
4 sudu lebih air
CARA BUAT SILA LIHAT LINK BERIKUT :
http://www.bukuresepi.com/resepi-homemade-snickers-bars/

ASAM GUMPAL

Bahan-bahan:
~
~
~
~
~

1 cawan sagu
Air panas betul2 panas
1 tin Susu Cair (Boleh juga guna santan) saya xda santan masa ni
Inti kesukaan (Saya letak inti kacang merah hehehe senang beli je yg dah siap)
1 cawan gula

Cara-cara:
Kuah
~ Susu cair masuk dalam periuk tambahkan air panas 3 cawan dan gula kacau
sebati

**Boleh masak atas api perlahan sambil kacau jangan samp pecah minyak plak.
Sagu
~ Masukkan air panas ke dalam sagu dan kacau jangan lembik sangat nanti susah
nak bulatkan
~ Kacau sebati dah sejuk sikit blh lah dibulat leperkan
~ Masukkan inti dan bulatkan doh
~ Rebus air dalam periuk dah mengelegak bolah masukkan sagu yang dibulatkan
tadi
~ Bila sagu dah timbul angkat dan masukkan ke dalam kuah
~ Sedia untuk di ngap
**Masa nak bulat leperkan sagu tu celup tgn dalam air baru senang kalu x sagu tu
melekat je kat tgn

KEK KARAMEL COKLAT


Karamel:
2 sudu besar gula pasir
- masak dlm acuan loyang hingga perang dgn api yg kecil. Ketepikan
Puding:
1/2 tin susu sejat
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
- Kacau susu & gula hingga gula larut. Kacau telur & esen vanila perlahan2.
Kemudian tapis ke dlm loyang karamel td. Bakar/kukus sebentar selama lebih
kurang 15 minit.

KEk COKLAT
1 cwn gula perang
1 cwn susu segar biasa/perisa coklat/susu sejat
1 cwn minyak masak
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat manis
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
- Ayak tepung,soda bikarbonat & baking powder bersama.Masukkan serbuk
koko,gula,susu segar,susu pekat & minyak ke dlm periuk & panaskan diatas api
kecil hingga semua larut. Matikan api.
- Pkl telur hingga kembang & masukkan kedlm bancuhan koko berselang seli dgn
tepung. Gaul sebati. Dgn menggunakan senduk, tuang perlahan adunan kek diatas
puding yg telah dikukus/bakar td (pastikan puding sejuk dahulu). Kukus/bakar 1 jam
@ hingga masak. Sejukkan. Barulah diterbalikkan kek tu.
GUNA KAEDAH STEAM BATH JIKA INGIN BAKAR DLM OVEN-160c @ mengikut oven
masing2 menggunakan api bwh saja

CHEESE TART ~
BAHAN-BAHAN PASTRI
125g butter (saya guna marjerin jer)
63g gula halus (saya guna gula yg salut donat tu)
1 biji telur kuning
250g tepung gandum
1sudu makan air
1/2sudu teh esen vanila
FILLING
250g cream cheese (philadephia)

20g butter/marjerin
60g gula halus
1biji telur
jem blueberry/stoberi DLL
CARA-CARA:
PASTRI
1. masukkan butter+gula halus+esen..pukul sehingga sebati..bila dah sebati
2.masukkan telur kuning dan air..sebatikan dia kemudian
3.masukkan tepung, gaul dengan tangan.
4.masukkan dalam acuan pastri.(acuan buat tart tuh) (nampak x mcm dlm gambar
tu, tekan2 jd lah mcm yg sebelah adunan tu)
5.170celcius, bakar selama 20 minit (ikot oven jugak saya bakar dlm 15 minit cmtu
agak kuning2 tu angkat)
6. nak keluarkan tart shell tu kena ketuk pelan2 sikit buat masa panas senang dia
nk keluar
FILLING
1.butter+gula halus+cream cheese(putar dengan mesin sampai sebati)
2.masukkan telur, putar lagi
3.masukkan filling ke dalam pastri yg dah siap dibakar
4.letakkan jem blueberry @ DLL sesedap rasa ditengah filling pastu masukkan
cheese agak2 nk penuh
5.bakar lagi selama 8 minit,180celcius
PETUA SAYA KALO CHEESE TU NAK BAGI KILAT LETAK JUS LEMON DLM 1 SUDU
UNTUK 1 ADUNAN PUTAR SEKALI MASA NK BUAT FILING TU..

Aiskrim paddle pop


Oleh:Zarina Rashid
Like:www.facebook.com/bukuresepi
Bahan : 1 tin susu cair 1/2 tin susu pekat 1 sudu besar ovelet pewarna ikot suka
(saya guna star brand...yg kuning tu saya letak perasa jagung...sedap...)
Cara : Blend semua bahan kecuali pewarna...saya guna mixer...kalo guna blender
takut x muat...putar smpi agak likat & gebu lebih kurang mcm malas nk jatuh
tu..paham kan..cuba refer kat gmbr...guna bekas besar sikit sbb dia akan naik
nanti..putar selama 1/2 jam...saya buat tanpa henti..depends la kalo nk berenti
kejap pun bole..bila dah likat bahagikan kepada beberapa bahagian...Masukkan
pewarna..saya guna pewarna pink,hijau,biru,jagung..Masukkan selapis demi

selapis...lepas tu bole letak dlm freezer...

KUIH SRI MUKA


BAHAN BAHAN
BAHAN LAPISAN BAWAH
250 gram beras pulut
200 ml santan (sederhana pekat)
1/2 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak
BAHAN LAPISAN ATAS

60 gram tepung gandum*


1 1/2 sudu besar tepung jagung*
70 gram gula pasir
2 biji telur Gred A
225 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
Pewarna hijau(ikut suka nak bubuh ke x,sebab dah guna daun pandan,dah dpt
warna hijau)
Cara membuatnya
LAPISAN BAWAH
Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
Toskan beras pulut(sekejap je)
Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam acuan lompang
Kukus selama 15 minit
Keluarkan acuan lompang dari periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas
LAPISAN ATAS
Ayak bahan2 bertanda*
Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau
sehingga masak
Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan
tidak menitik di atas permukaan kuih
Sejukkan betul2 sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap (resepi dr kawan )
LAKSA JOHOR
1/2 paket spegetti
air
1 sudu minyak
cara:
cuci bersih spegetti..masukkan dalam pan vantage..masukkan air 3/4 pan..rebus
sampai empuk guna api sedang ja
Bahan Kuah:
1/2 kg ikan sardin (siang bersih n rebus ngn garam n asam keping)kemudian amek
isi ikan ja bland ngan air rebusan ikan tadi

1 biji pati santan


5keping asam gelugur
garam n gula
serai
daun kesum
bunga kantan
bahan tumis:
2 sudu cili boh
2 sudu udang kering
1 sudu besar lada hitam
2 labu bawang besar
halia
belacan
minyak
*bland semua bahan..tumis sampai pecah minyak.masukkan isi ikan yg
dibland,asam keping dan biar mendidih..masukkan pati santan dan daun
kesum,bunga kantan..perasan garam dan gula
ulam:
timun
kacang panjang
bawang besar

Apam Serabai dgn serawa durian

Bahan-bahan :
2 cwn tepung beras
1/2 cwn nasi
1/2 cwn santan
1 sdk garam
2 sdk gula
1 sdk yis segera
1 1/2 cwn air
Kisar nasi bersama santan sampai nasi hancur.
Masukkan garam, gula, tepung beras dan air kemudian kisar sebati.

Masukkan yis segera kemudian gaul dan perapkan beberapa jam.Panaskan acuan
serabai, ambil sehelai daun pandan dan diikat kemudian celup ke dlm minyak
masak dan sapu sedikit di permukaan acuan.
Biar sehingga acuan panas baru dituang sesenduk adunan kemudian ditutup dgn
tudung periuk.Biarkan sehingga berlubang-lubang dan sehingga masak, bolehlah di
angkat dan dihidangkan sama ada dgn kuah durian mahupun kuah manis.

ROTI PIZZA

Bahan2 utk topping


** 2 keping dada ayam
** 2 ulas bawang putih
** serbuk lada sulah
** mayonis
** sos cili dan sos tomato
** cheese
**cili benggala
** button mushroom dan pineapple)
** black pepper

Cara-cara wat topping:


bawang putih dicincang2.
masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih.
goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2.
goreng sehingga masak. masukkan cili benggala, garam dan serbuk lada sulah.
Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos
tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas roti
bersama ngan button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut
citarasa.
Bakar suhu 150' selama 8-10minit bergantung pd oven masing2..

PIZZA TUNA ROTI HIGH5


Roti high5
1tin tuna (ambil ikan sahaja dan lenyekkan)
Sosej (direbus dipotong bulat)
Thousan island
Mayonis
Bawang kuning (dimayang bulat)
Kiub nenas
Monzarella cheeze
Cheeze cheeder
Cara-caranya:

Alaskan tray oven dengan aluminium foil..Susun kan roti high5, sapu thousan island
kemudian mayonis..taburkan isi ikan tuna,sosej,kiub nenas dan bawang..Kemudian
letak pula cheese cheedar serta mozarella cheese.. Hias dia atas pizza dengan
mayonis ikut kreativiti masing2.. Bakar pada suhu 170 selama 15minit atau
sehingga chesee sudah cair.
Selamat mencuba!

RESEPI KRIM PUFF


Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara
Cara-cara untuk puff
Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan
tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga
permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
Cara-cara untuk inti
Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan
gula.Kacau hingga naik wap
Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk
sebelum di masukkan ke dalam puff

SAGU GULA MELAKA


BAHAN A :
200 gm biji sagu
5 cawan air - boleh tambah
Cara Memasak :
Masak air yang secukupnya dalam periuk dan bila air dah mula mendidih masukkan
semua biji sagu dan kacau hingga kembang atau tak nampak biji2 putih . Jika air
rebusan dah nampak kurang tambah lagi air dan bila semua biji sagu dah masak
dan tiada biji-biji putih baru la ditutup api dapur .
Lepas tu, tapis serta basuh sikit demi sedikit sagu dengan menggunakan penapis

yang sesuai dan biarkan biji sagu ni dibawah air paip sehingga biji sagu ni kurang
berkanji ( utk buang kanji) .
Bila dah basuh tos kejap biji sagu ni dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang
sesuai kemudian masukkan food coloring dan kacau biji sagu bagi warna sekata .
Kemudian masukkan dalam bekas/acuan atau mangkuk dan sejukkan , tekan bagi
padat sagu dalam acuan .
BAHAN B :
Gula melaka 1-2 ketul
air 1/2 cawan
daun pandan
CARA MEMASAK :
masak gula melaka dgn air hingga mendidih.
(letakkan daun pandan)
BAHAN C :
2 cawan santan
secubit garam
sedikit air (ikut suka utk dptkan kepekatan yg dikehendaki)
CARA MEMASAK :
Masakkan semua hingga mendidih. sejukkan.

BUBUR CANDIL TEPUNG PULUT


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil air kapur
air secukupnya untuk menguli
7 helai daun pandan - disiat dan disimpul
2 cawan santan pekat
air secukupnya
1 cawan gula
pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-caranya:

1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan air hingga menjadi seperti doh, tidak
melekat pada jejari tangan.
2. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian
dengan merah, hijau dan kuning.
3. Rebus hingga mendidih air dalam periuk dan masukkan candil berwarna
sebahagian-sebahagian.
4. Bila candil telah timbul, tapis dan masukkan dalam bekas yang berisi air masak
sejuk. Buat hingga habis.
5. Dalam periuk lain masak gula bersama air secukupnya. Masukkan daun pandan.
Bila gula telah hancur dan air mendidih, masukkan pula santan. Perlahankan api
dan kacau selalu hingga kuah ini mendidih sekali lagi.
6. Tapiskan candil tadi dan masukkan dalam kuah, biar mendidih sekali lagi barulah
tutupkan api. Pastikan api sentiasa kecil ke sederhana dan hendaklah sentiasa
dikacau agar santan tidak berketul-ketul.

BUBUR DURIAN
Bahan-bahannya:
10 ulas isi durian
5 ulas durian
200 ml santan kotak - ikut suka santan segar pun boleh
5 sudu besar gula - anggaran
Secubit Garam
2 ketul Gula Melaka/Manisan
2 helai daun pandan
Air jika perlu
Cara Membuatnya:

1) Masukkan semua bahan kecuali 5 ulas durian.


2) Tunggu hingga mengelgak barulah masukkan 5 ulas durian tersebut utk pastikan
masih ada isi durian pada biji durian tadi. Tunggu mengelegak dan tutup api. Sedia
dihidangkan.

BUBUR MUTIARA SAGU


Bahan:
250 gr sagu mutiara500 ml air
150 gr gula pasir
2 lbr daun pandan
1 ltr air untuk merendam
Sos santan:
250 ml santan
sdt garam
Cara membuat:
Rendam sagu mutiara dalam air 1 ltr selama lk. 1 jam.Tapiskan.
Masak 500 ml air, daun pandan dan gula pasir hingga mendidih, tuang sagu
mutiara, masak terus sambil diaduk hingga kental dan mendidih. Angkat.
Masak semua bahan sos sambil diaduk agar santan tidak pecah, mendidih.

Angkat.
Sajikan bubur Mutiara dengan Sos santan.

Bubur Cha Cha Gunting


Bahan-bahan ( untuk 4 org )
3/4 cawan cha-cha
tepung di uli untuk hasilkan guntingan tepung yg warna putih
2 cawan santan
sedikit nisang/gula melaka
gula (ikut citarasa)
secubit garam

sehelai daun pandan


Cara-cara
1.Masukkan cha-cha kedalam air mendidih rebus sehingga kembang
2. Dalam periuk lain masukkan semua bahan kacau sehingga mendidih kemudian
masukkan cha-cha yang sudah direbus tadi.
3. Masukkan santan dan kemudian masukkan garam dan daun pandan. Didihkan
dalam kira-kira 10 minit . dan hidangkan panas-panas.

BUBUR PUTERI MANDI


bahan-bahan dia :
1 mangkuk kecil tepung pulut
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh air kapur
1 cawan air
secubit garam - larutkan dalam air
1 ketul gula melaka - cairkan
1 mangkuk santan pekat
isi tambahan :
3 ulas nangka - racik halus
2 sudu makan biji sagu
Cara :
1. Campurkan semua tepung, air kapur dan juga air yg dituang sedikit demi
sedikit... uli hingga mendapat doh yg lembut
2. Jerang air - sediakan juga satu bekas air sejuk yg lain

3. bulat-bulatkan doh... rebus dalam air panas... bila timbul masukkan ke dalam air
sejuk pula
4. setelah semua masak... jerangkan santan dan gula melaka... masukkan daun
pandan sekali... bila medidih masukkan nangka dan tepung yg dimasak tadi... bila
mendidih lagi masukkan sagu pula biar hingga kembang... siap... bole di hidang
panas atau sejuk

Bubur Lambuk Terengganu


Bahan-bahan:
1 cawan beras
2 ekor isi ikan sardin (direbus bersama asam keping dan garam)
3 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 biji ubi keledek (dipotong dadu)
1 kotak kecil santan
Sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
Sedikit kerisik
Satu ikat kecil paku-pakis
Garam
Budu
Cara memasak:
1. Masak beras dengan sekurang-kurangnya 3 cawan air atau lebih mengikut jenis

beras yang anda gunakan. Biarkan sehingga mula menjadi bubur.


2. Masuk ubi keledek dan biarkan sehingga bubur mulai masak. Tambah air jika
perlu.
3. Masukkan isi ikan, santan, bawang dan halia. Kacau sehingga sebati.
4. Tambahkan pucuk paku apabila keledek sudah hampir masak. Kacau dan biarkan
seketika.
5. Akhir sekali, masukkan lada hitam, kerisik dan garam secukup rasa. Boleh
tambahkan sesudu budu jika suka.
6. Siap untuk dihidangkan.

Bubur Butir Nangka


Bahan-bahan untuk Butir Nangka:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
2 helai daun pandan
Pewarna hijau
Air untuk merebus secukupnya.
Bahan-bahan untuk kuah:
1 biji santan kelapa (800ml)
1/2 cawan gula pasir (kalau nak manis lebihkan)
1/2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan.

Cara Memasak Kuah:


1. Satukan kesemuanya kedalam periuk.
2. Sentiasa kacau hingga mendidih. Jangan sampai pecah minyak.
3. Ketepikan.
Cara nak buat Butir Nangka:
1. Campurkan 2 cawan tepung pulut dengan 1 cawan air. Uli hingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 2. Warnakan satu adunan dengan warna hijau, & satu
lagi dibiarkan putih.
3. Jerang air 3/4 periuk + daun pandan hingga mendidih, gentelkan adunan tadi
menjadi bentuk bujur sebesar jari manis.
4. Celurkan kedalam air mendidih. Buat sampai habis adunan.
5. Butir Nangka yang dah masak akan timbul & terapung. Sejatkan & masukkan ke
dalam kuah.
6. Sedia untuk dimakan.

Bubur Jagung Lemak Berkrim


Bahan-Bahan:
Jagung-potong dari empulur, jgn masuk dgn seketul camtu erk.
Santan-aku guna santan fresh orr..kuantiti lebih bnyk dari susu cair la
Susu Cair
Gula
Santan
Garam
Gula
Beras pulut -lebih kurang segengam..jgn byk sangat..tak sedap lak.
Air.
Daun pandan-disimpul

Cara-caranya:
1. Hiris jagung dari empulurnya
2. Rebus dgn air yang melebihi paras jagung- sysuka yang crunchy skit so
rebus tak adalah lama sangat.
3. Bila jagung dah 3/4 masak, masukkan beras pulut yang direbus...jgn lupa
cik daun pandan ya...simpul dan masukkan kasi wangi..
4. Bila beras pulut dah masak, boleh la masukkan santan, susu cair, secubit
garam dan gula..saya tak suka manis sangat ..kira macam manis buah jer la..
5. Makan ketika suam adalah sangat syok..layannnnnnnn

BUBUR JAGUNG n SAGO


BAHAN-BAHAN :
2 batang jagung manis
1/2 cawan sago
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1/4 sudu kecil garam - secukupnya
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK :
Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak kemudian masukkan semua biji
sago . Masak sampai sago kembang dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang

sesuai serta biarkan sampai sejuk .


Bersihkan semua jagung dan potong ambil biji jagung . Masukkan santan
secukupnya , biji jagung , gula melaka , gula pasir secukupnya dan daun pandan ke
dalam periuk yang sesuai . Masak sampai jagung empuk serta kuah bubur mendidih
, kacau sekali-sekala dan boleh la dimasukkan sedikit garam untuk membangkitkan
rasa lemak kuah bubur ni . Tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu
pekat .
Potong sago tadi menjadi bentuk empat segi dan masukkan dalam bubur , ikut pada
kita nak masukkan berapa banyak ketulan sago ni ke dalam bubur . Kacau semua
bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi
. Biarkan bubur masak serta ketulan sago mesra dengan kuah dan sekali-sekala
kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup
api dapur .

PENGAT LABU DAN KELEDEK


BAHAN-BAHAN :
Ubi keledek
Labu secukupnya
Gula kabong secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
Sedikit sago biji
Secubit garam
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK :

Bersih ubi keledek serta labu dan potong menjadi ketulan kecil kemudian simpulkan
daun pandan.
Masukkan santan dalam periuk bersama gula pasir , gula kabung , daun pandan ,
secubit garam , keledek serta labu . Bila kuah dah mendidih masukkan biji sago dan
sekali sekala kacau kuah supaya sago tidak melekat pada pemukaan periuk tadi .
Rasa gula jika kurang manis boleh la ditambah lagi . Kacau bubur dan bila ubi/labu
dah empuk serta masak boleh la ditutup api dapur .

KEK KEJU MANGGA


BAHAN - BAHAN :
50gm mentega
250gm krim keju
150gm gula halus
4 biji telur
1 biji lemon yang diparut kulitnya
100gm krim putar / whipping cream
100gm puri buah mangga
CARA MEMASAK :

1. Masukkan mentega, krim keju dan gula ke dalam sebuah bekas. Pukul sehingga
sebati. Kemudian masukkan telur dan pukul dengan perlahan.
2. Selepas itu masukkan parutan kulit lemon untuk perisa dan krim whipping . Pukul
dengan perlahan sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan puri mangga dan gaulkan.
4. Stim selama dua jam pada suhu 160C.

RESEPI LAKSA TERENGGANU KUAH PUTIH


Bahan-Bahan
Laksa:
kg laksa tepung beras
Ulaman:
2 biji timun (dihiris)
2 pokok daun salad (dihiris)
2 kuntum bunga kantan (dihiris)
kg tauge
Seikat daun kesum
2 biji limau nipis

Kuah:
10 ekor ikan kembung atau tamban (dibakar kemudian dibuang tulangnya lalu
dikisar)
2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
1 camca besar lada sulah
2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil lima cawan santan)
3 camca besar kerisik
4 camca besar gula pasir, garam secukup rasa
Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam
Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.
Cara-cara
Ikan yang telah dikisar, dicampurkan bersama santan.
Masukkan bawang, kerisik, gula, garam dan lada sulah.
Masak hingga menggelegak, kemudian angkat.
Hidangkan bersama sayur yang telah dihiris tadi.
Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan, ini
akan membuatkan ia berasa lebih asli dan enak.....Selamat mencuba.

Anda mungkin juga menyukai