Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

DEFINISI BAKAT (APTITUD)


Bakat boleh didefinisikan sebagai syarat-syarat @ ciri yang dianggap keupayaan
seseorang individu yang mempunyai kemahiran @pengetahuan dalam sesuatu perkara.
Contohnya boleh bermain alat muzik, melukis , keupayaan bertutur dalam bahasa asing
lebih dari satu, bakat scholastik (keupayaan mempelajari apa yang diajar dalam sesuatu

kurikulum)
Salkind & Rashmussen (2007) mendefinisikan aptitud adalah ciri-ciri kebolehan individu
yang mempunyai hubung kait dengan kebolehan individu mempelajari ilmu @ kemahiran.
Kubiszyn dan Borich (2003) mendefinisikan aptitud sebagai potensi atau kebolehan
seseorang .

Dalam psikologi , penilaian bakat (aptitud) mempunyai 2 isu yang utama iaitu sebagai :
1.Penilaian bakat berkaitan Pembelajaran Scholastik
2.Penilaian bakat yang diperlukan untuk berjaya dalam pelbagai pekerjaan .

UJIAN BAKAT (APTITUD)


Alat untuk membuat ramalan kepada sebahagian dari kejayaan masa depan dengan
merujuk kepada kepada kejayaan semasa. Kejayaan semasa ini adalah berkait dengan apa
yang berlaku dalam pengajaran di sekolah.
Ujian Aptitud digunakan untuk mengukur potensi murid untuk berjaya dalam pembelajaran
atau pekerjaan yang akan dilaluinya di masa hadapan.
Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan bagi
menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan
keperluan pelajar
Ujian ini adalah sangat penting dalam pembangunan individu @ pelajar, kerana ia dapat
membantu guru mengenal pasti dan mengembangkan pelbagai potensi yang ada pada
pelajar
Ujian ini, diskor dan diinterpretasikan secara individu sebagai ukuran aptitud khusus atau
secara komposit sebagai ukuran aptitud am yang berkaitan dengan potensi seseorang
dalam sesuatu pekerjaan atau bidang.

TUJUAN UJIAN BAKAT (APTITUD) DILAKSANAKAN


1

Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan bagi menyediakan


situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan keperluan pelajar @ murid
Mencungkil dan membantu mengembangkan potensi individu pada peringkat umur tertentu

2
3

Memperkenalkan strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan


suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan

Membantu guru memahami psikologi pelajar @ murid dan membantu mereka mengenal
potensi diri
dalam alam pembelajaran dan pekerjaan

5
6

Meramalkan kejayaan individu dalam alam pembelajaran dan pekerjaan


Memantau tahap kebolehan umum individu dalam menceburi pelbagai bidang pendidikan,
latihan dan pekerjaan sama ada di peringkat lokal dan global dengan menggunakan kemudahan
yang ada di persekitarannya

Menyediakan profil pelajar @ murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan
dan perkembangan individu

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

KAJIAN LEPAS 1
TAJUK KAJIAN :
PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID DALAM UJIAN SAINS BERDASARKAN VERSI
MAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU
PENULIS:
1.Lim Peh Hwah (SMJK Heng Ee Georgetown, Pulau Pinang)
2. Ong Saw Lan (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM)

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK


Rumusan Kajian 1 :
Kajian dijalankan untuk menentukan punca perbezaan pencapaian disebabkan perbezaan
bahasa atau kebolehan pelajar.
Secara spesifik kajian bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan pencapaian
pelajar yang menjawab item Sains dengan menggunakan bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris.
Persampelan 1000 pelajar yang mempunyai kecekapan minimum membaca dan
memahami BI dan BM di negeri Pulai Pinang 500 pelajar menjawab dalam BI, 500 orang
pelajar menjawab dalam BM.
Hasil perbandingan menunjukkan bahawa secara keseluruhan perbezaan markah pelajar
untuk kedua versi ujian adalah tidak setara.
Namun Keputusan untuk ujian versi bahasa Melayu adalah lebih baik daripada ujian versi
bahasa Inggeris.
Dapatan kajian memberi implikasi bahawa pentaksiran Sains perlu diteruskan dalam
dwibahasa untuk kumpulan pelajar tertentu.

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

KAJIAN LEPAS 2
TAJUK KAJIAN :
APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

PENULIS:
1. IKHSAN OTHMAN UPSI
2. ROHIZANI YAAKOB USM

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK


Rumusan Kajian 2 :
Kajian dijalankan bagi mendapatkan gambaran tentang kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran yang mengintegrasikan kesemua unsur kecerdasan pelbagai verbal
linguistik, logik-matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal
dan naturalis.
Objektif khusus mengenalpasti keadaan perkembangan sikap saintifik dan nilai murni
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika kesemua unsur kecerdasan
pelbagai diterapkan di dalam proses P&P.
Kaedah kajian tinjauan melalui pemerhatian di dalam P&P selama 8 minggu dengan
mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai.
Kaedah pengintegrasian unsur kecerdasan pelbagai mengggunakan model Amstrong
(1994) guru tetapkan objektif pengajaran dan memikirkan persoalan untuk
mengenalpasti dan memasukkan aktiviti yang berkaitan.

Sambungan.

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK


Rumusan Kajian 2 :
Instrumen yang digunakan Senarai Semak Pemerhatian Sikap Saintifik dan Nilai Murni
dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah 10 aspek Sikap Saintifik dan nillai murni
telah dipilih.
Dapatan kajian pengajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai tidak
menyekat perkembangan sikap saintifik dan nilai murni pelajar daripada berlaku.
Dapatan memberi gambaran bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang
mengintegraskan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan susasan pengajaran
yang kondusif selaras dengan konsep pembelajaran berasaskan minda dan kurikulum
bersepadu.
P&P berasaskan unsur pelbagai dapat mengelakkan pelajar berasa bosan seterusnya
memperkembangkan potensi mereka.

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK

KAJIAN LEPAS 3
TAJUK KAJIAN :
KAJIAN AWAL TERHADAP KEBOLEHAN RUANG PELAJAR-PELAJAR PENGAJIAN
KEJURUTERAAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

PENULIS :
1. Mohd Safarin Nordin (Fakulti Pendidikan UTM,Skudai, Johor)
2. Muhammad Sukri Saud (Fakulti Pendidikan UTM,Skudai, Johor)

LATAR BELAKANG KAJIAN LEPAS MENGENAI TOPIK


Tujuan Kajian:

Menentukan sejauh mana penguasaan kebolehan ruang dikalangan pelajar pengajian


kejuruteraan disekolah menengah teknik dengan menggunakan 5 ujian ruang piawai yang
kerap digunakan dan 1 ujian ruang yang dibangunkan sendiri oleh penulis.
Sampel kajian:
Melibatkan 39 orang (26 lelaki,13 perempuan) pelajar pengajian kejuruteraan dari salah
sebuah sekolah menengah teknik di negeri Johor.

Instrument-instrument yang digunakan:


1. Minnesota Paper Form Board Test(MPFBT)
2. Purdue Spatial Visualization Test Of Rotation(PSVT:R)
3. Purdue Spatial Visualization Test Of Developments(PSVT:D)
4. Differential Aptitude Tests: Space Relation (DAT:SR)
5. Mental Cutting Test (MCT)
6. Ujian Transformassi Mental 3D kepada 2D (MTT)
- temubual lisan juga telah dilakukan keatas beberapa orang pelajar cemerlang dan
lemah dalam ujian tersebut bagi menentukan strategi-strategi yang telah mereka
gunakan untuk menjawab soalan ujian ruang berkenaan.
Hasil Kajian:
Hasil kajian telah mendapati terdapat beberapa komponen kebolehan ruang yang
utama yang masih belum dikuasai oleh pelajar pengajian kejuruteraan.

MODEL YANG BERKAITAN


Ujian aptitud dibina adalah untuk meramal kejayaan seseorang dimasa akan datang

(Chatterjee 2007)

Aptitud seseorang adalah berbeza antara satu sama lain. Maklumat daripada ujian aptitud
menunjukkan kebolehan seseorang dalam sesuatu bidang dan kebolehan mempelajari
sesuatu, kebolehan spesifik yang diperlukan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan @
kapasiti seseorang itu untuk contohnya berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Sehubungan dengan itu Model Ujian Aptitud ini dibina berdasarkan kepada Teori
Kognitif (Piaget )
TEORI KOGNITIF (PIAGET)
Model ujian aptitud ini adalah berdasarkan teori kognitif Piaget (Gagne, 1977). Pada
pendapat Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah
yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran.
Beberapa konsep penting seperti Konsep Asas Teori Kognitif Piaget (Gagne, 1977) iaitu
ialah:
1. Skema
2. Asimilasi
3. Akomodasi
4. Adaptasi
5. Keseimbangan.

MODEL YANG BERKAITAN (samb)


1. Skema

Skema ialah potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau bertindak
dengan cara yang tertentu. Skema merupakan model tingkah laku asas individu yang
ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dengan persekitaran.

2. Asimilasi
Asimilasi pula bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang sedia ada.
Proses asimilasi semata-mata bergantung kepada keputusan struktur kognitif seseorang.
Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada seseorang. Apabila seseorang itu
berhadapan dengan sebarang situasi dalam persekitarannya. Contohnya , cara hidangan orang
Barat yang meletakkan sudu di sebelah kanan dan garfu di sebelah kiri pinggan makan. Ini
dikenali oleh Piaget sebagai asimilasi.

MODEL YANG BERKAITAN (samb)


3. Akomodasi

Satu proses perubahan struktur kognitif. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat
mengasimilasikan persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanakkanak. Piaget menganggap perubahan ini sebagai proses pembelajaran. Sebagai contoh, kanakkanak berumur dua tahun yang tidak pernah ditunjukkan kereta mainan akan menyatukan
objek baru kereta dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap kereta
mainan itu. Dengan kata lain, akomodasi merupakan sesuatu proses psikologi yang berlaku
semasa seseorang berusaha atas inisiatifnya sendiri untuk mengubah struktur kognitif bagi
mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapi.
Contohnya
2 + 2 adalah bersamaan 2 x 2 = 4
Jika seseorang murid yang telah belajar 2 + 2 = 2 x 2 = 4 akan membentuk prinsip yang salah
dalam struktur kognitifnya bahawa dua nombor bulat yang sama, apabila ditambah atau
didarab akan menghasilkan jawapan yang sama. Apabila diminta memberi jawapan bagi 3 + 3
= 3 x 3 = ?, dia harus mengakomodasikan struktur kognitifnya kerana struktur kognitif yang
sedia ada tidak lagi sesuai dengan keperluan yang baharu.

MODEL YANG BERKAITAN (samb)


4. Adaptasi
suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi disesuaikan dengan persekitaran.
Menurut Piaget, adaptasi merupakan proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi.
Proses adaptasi berlaku kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan
persekitarannya. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, seseorang itu hendaklah mengubahsuai
dirinya melalui proses adaptasi. Menurut Piaget, proses perubahan tingkah laku seseorang dalam
mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran.
Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
5. Keseimbangan
menggunakan skema sebagai asas tindakan. Sekiranya skema memenuhi keperluan semasa proses
pengubahsuaian diri, seorang itu tidak lagi perlu memperoleh pengalaman baharu dan pembelajaran
baharu.. Oleh itu, perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan
keseimbangan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak dapat menggunakan skema sedia adanya untuk
mengadaptasikan keperluan persekitarannya, keadaan keseimbangan antaranya dengan persekitaran
akan hilang. Dalam keadaan ini, ia harus mengubah skemanya untuk mengadaptasikan keperluan
persekitaran bagi memulihkan keseimbangan kemudiannya.

MODEL YANG BERKAITAN (samb)

Piaget menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan yang tersendiri.
Kanak-kanak dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan bakat serta kebolehan tetapi
perkembangan kognitif juga berbeza. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku
berperingkat-peringkat dan adalah penting bagi perkembangan bakat.

Piaget mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu semasa proses
perkembangan bakat yang dilalui. Beliau membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap mengikut urutan umur. Tahap perkembangan tersebut ialah:
1.
2.
3.
4.

Tahap
Tahap
Tahap
Tahap

sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun)


praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun)
operasi konkrit (7 tahun hingga 11 tahun)
operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun)

MODEL YANG BERKAITAN (samb)


1. Tahap sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun)
Piaget menekankan bayi dapat melihat objek untuk mengetahui kewujudannya. Sebagai contoh, jika
sehelai sapu tangan diletakkan atas jarinya, bayi tersebut tidak akan mencari jari yang berada di
sebalik sapu tangan tersebut. Pada peringkat ini, otak bayi belum banyak berfungsi menyebabkan dia
hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur. Walaupun begitu, deria bayi berkembang dengan
cepat dan dengan itu dia dengan cepat memerhatikan alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula
dengan gerak balas.
2. Tahap pra operasi (2 tahun hingga 7 tahun)
kanak-kanak telah mula menguasai bahasa sebagai ganti gambaran benda-benda itu. Perkembangan
bahasa pada tahap ini masih awal dan belum mantap lagi. Menurut Piaget, proses perkembangan
kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku dalam
tahap ini, iaitu:
1. perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti
kebolehan mengira
2. melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan digenaralisasikan
sehingga
menjadi skema tingkah laku yang stabil
3. hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh kanak-kanak bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan
tingkah laku, seperti gambaran mental asas tentang kemajuan dan sesuatu objek.

MODEL YANG BERKAITAN (samb)


3. Tahap Operasi Konkrit (7 Tahun Hingga 11 Tahun)
kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan.
Dengan kebolehan itu mereka dapat menguasai konsep angka kardinal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan
seterusnya yang tidak berubah sifatnya walaupun digunakan pada apa-apa benda sekalipun. Selain itu
dengan penguasaan konsep ini juga kanak-kanak dapat menguasai susunan angka seperti pertama,
kedua, ketiga dan seterusnya. Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi memusatkan diri sendiri
tetapi mula beralih perhatian kepada dua atau lebih dimensi benda itu pada satu-satu ketika.
4. Tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun)
Piaget mempercayai bahawa pada umur 11 hingga 15 tahun kebolehan menguruskan unit yang
bermakna, membuat sintesis dan membuat penyeluruhan semakin bertambah. Perkembangan kognitif
manusia pada tahap ini telah sampai ke tahap maksimum. Pemikiran dan penghuraian pendapat
seseorang pada tahap ini lebih baik dan nyata. Kebolehan yang paling nyata ialah pembentukan
konsep. Kanak-kanak telah dapat membuat keputusan, dan telah dapat membuat hipotesis melalui
pemerhatian. Pada peringkat ini kanak-kanak mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
berdasarkan rasional dengan cara yang lebih bersifat sistematik, dan juga berupaya menggunakan
serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak. Mereka juga mempunyai kemahiran bahasa iaitu
boleh menggunakan lambang dalam pemikiran mereka. Ini membuatkan mereka mampu membina
konsep yang abstrak pada had-had tertentu.

ALAT PENGUKURAN UJIAN APTITUD


JENIS JENIS UJIAN BAKAT (APTITUD)
Ujian bakat berasaskan kajian secara besar-besaran
Ujian bakat yang berasaskan tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan
tertentu. (Bertujuan untuk memberikan maklumat asas untuk membuat telahan
tentang prestasi masa depan seseorang murid dalam sesuatu bidang).

CONTOH

Ujian Kemasukan Ke Maktab Perguruan


Ujian Pemilihan Calon Melakukan Pekerjaan Tertentu.
Ujian Kemasukan Ke Program Latihan Tertentu.
Ujian Permohonan Biasiswa.
Ujian Kemasukan Ke Universiti.
Ujian Diagnostic
Ujian Aptitud Am Tahun 3
UJIAN KEMAHIRAN LISAN BERBAHASA

PERBINCANGAN MODEL DAN JENIS-JENIS UJIAN BAKAT


(APTITUD)
SUMBANGAN UJIAN UJIAN BAKAT (APTITUD ) KEPADA GOLONGAN PENDIDIK
Mengenal pasti faktor yang menghalang perkembangan kecerdasan, kebolehan dan bakat
yang dipengaruhi oleh pengalaman hidup seseorang individu. Guru dapat mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid
yang kreatif dan inovatif,
mempunyai harga diri yang tinggi, berpengetahuan serta
berkemahiran dalam pelbagai
bidang.Kaedah yang boleh digunakan oleh guru adalah simulasi, main peranan, persembahan
dan pembelajaran inkuiri. Dalam masa yang sama guru
dapat
mentafsir
dengan
memberikan peneguhan semasa sesi maklum balas.
SUMBANGAN UJIAN UJIAN BAKAT (APTITUD ) KEPADA INDIVIDU
Membantu meningkatkan keyakinan diri individu, apabila mengetahui tahap kecenderungan
dalam sesuatu perkara serta bakat dalam diri, selain itu ia juga dapat memperbaiki potensi
diri individu itu sendiri sekiranya keputusan markah ujian aptitud individu berkenaan rendah.

RUJUKAN
Dr Naimah Bt Ishak. Panduan Pentadbiran Ujian Aptitud Tahun 3, 2004. Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Barrett, J. 2011. The Aptitude Test Workbook. London : Replika Press

http://akugpc.blogspot.com/2011/01/jenis-jenisujian.html
http://www.scribd.com/doc/5039633/pengukuran-penilaian-tajuk-3-jenisjenis-ujian
http://thenotejots.blogspot.com/2011/06/ujian-bakat-dan-ujian-personaliti.html
http://notapismp.blogspot.com/
http://cikguzainabpapar.blogspot.com/2011/02/jenis-penilaian-bahasa-ujian-bakat.html
http://www.scribd.com/doc/56159476/46324145-bmm3103-pentaksiranbm
http://www.cikgudahlia.com/2011/11/jenis-jenis-ujian.html