Anda di halaman 1dari 5

ATURCARA MAJLIS

KETIBAAN PPD

PERSEMBAHAN MUZIK

UCAPAN ALUAN MC

SKRIP
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu
jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis Hari Anugerah
Cemerlang SK Bukit Fraser 2013.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, majlis akan bermula
sebentar lagi. Dijemput tuan-tuan dan puan-puan mengambil
tempat. Terima kasih.
Mengumumkan ktibaan Yang Berbahagia Encik Sudar bin Kiman
, Pegawai PEndidikan Daerah Raub diiringi oleh Yang Berusaha
En. Zalimin bin Dhaman Guru Besar SK Bukit Fraser dan Yang
Dihormati En. Mohamed Radzuan Bin Mohamed Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Fraser serta para tetamu
jemputan.
Hadirin diminta berdiri.
Terima kasih kepada hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin
hadirat dijemput duduk di tempat masing-masing. Pagi yang
indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna.
Kita raikan, Majlis HAri Anugerah Cemerlang SK Bukit Fraser
2013.
Bagi membuka tirai majlis pada hari ini, hadirin dan hadirat akan
dihiburkan dengan persembahan muzik Selamat Datang yang
akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahun 5 dan 6.
Dipersilakan
(Persembahan Muzik)
Terima kasih kepada pelajar tahun 6 dan 5 yang telah membuat
persembahan sebentar tadi. Persembahan yang tuan-tuan dan
puan-puan saksikan sebentar tadi adalah bakat pemuzik di
bawah bimbingan guru kelas mereka Pn Norazlina dan Ustazah
Suhaila.
Sirih berlipat siri pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat dating,
Awal bismillah pembuka bicara.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum W.B.T , salam sejahtera, Salam perpaduan,
dan salam 1 Malaysia.
Yang Berbahagia Encik Sudar bin Kiman,
Yang Berusaha En. Zalimin bin Dhaman Guru Besar SK Bukit
Fraser,
Yang dihormati En. Mohamed Radzuan Bin Mohamed Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa,
Guru-guru SK Bukit Fraser, murid-murid, seterusnya hadirin dan
hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Selamat dating ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Bukit


Fraser 2013.
Saya Mohd Izzatt Bin Mohd Tazali
akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.
Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi
meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian
kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini.
BACAAN DOA

Hadirin yang dimuliakan,

UCAPAN YDP PIBG

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Nazri Bin Md Desa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
(bacaan doa)
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Al-Fadil
Ustaz atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En
Mohamed Radzuan Bin Mohamed Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
(ucapan YDP PIBG)

UCAPAN TUAN GURU BESAR

UCAPAN PERASMI

MAjlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang


dihormati, En. Mohamed Radzuan bin Mohamed selaku Yang
Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Fraser
atas ucapan tersebut
Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha E. Zalimin Bin
Dhaman Guru Besar SK Bukit Fraser untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(ucapan Guru Besar)
Ucapan terima kasih kepada En. Zalimin Bin Dhaman , Guru
Besar SK Bukit Fraser atas ucapan tadi.
KALAU TUAN PIKAT KENARI,
JANGAN PATAHKAN BATANG JERAMI,
KEPADA TUAN HORMAT DIBERI,
MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI.
Hadirin yang dihormati,
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Berbahagia
Encik Sudar bin Kiman , Pegawai PEndidikan Daerah Raub untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Hari

Anugerah Cemerlang SK Bukit Fraser 2013. Dipersilakan dengan


segala hormatnya.
(ucapan perasmi)

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin-hadirat yang dihormati,


Dengan berakhirnya ucapan Yang Berbahagia Encik Sudar bin
Kiman , Pegawai PEndidikan Daerah Raub sebentar tadi maka
rasmilah majlis perasmian Hari Anugerah Cemerlang SK Bukit
Fraser 2013. Pihak majlis menjemput yang berusaha Ustaz
Zalimin dan Dhaman Guru Besar SK Bukit Fraser untuk
menyampaikan sedikit cenderahati kepada Berbahagia Encik
Sudar bin Kiman , Pegawai PEndidikan Daerah Raub.
Pihak majlis merakamkan ungkapan ribuan terima kasih.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Tidak sempurna majlis ini tanpa persembahan multimedia.
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia yang dibawakan khas dari Skop Production SK Bukit
Fraser.
(persembahan multimedia)
Persembahan multimedia yang baru sahaja dipertontonkan
sebentar tadi adalah hasil kreativiti En. Zulkifli bin Zulkarnain.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

PENYAMPAIN SIJIL KETUA,


PENOLONG,PUSTAKAWAN
TAHUN 6
PENGAWAS TAHUN 6
PRASEKOLAH

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Majlis penyampaian Sijil Ketua dan Penolong Kelas, Sijil
Pustakawan Tahun 6 , Sijil Pengawas tahun 6 dan Sijil Prasekolah
2013. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput
_________________ bagi mengiringi Yang
___________________________ untuk menyempurnakan
acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Mendahuli Senarai Penerima sijil:
Bagi PRA SEKOLAH BITARA
Dipersilakan
K.Kelas : Muhammmad Nazhan Mirza Bin ahmad Ruhaifi
P. Kelas : Tengku Izuddin Bin Tengku Mustafa
Bagi kelas Tahun 1, Tunku Abdul Rahman:
K.Kelas : Izzati Qaisara Zulaikha bt Izad Iswadi
P. Kelas : Muhammad Raiyan Rusyaidi b. Mohammmad Zamri
Bagi kelas Tahun 2, Tun Abdul Razak:
K.Kelas : Siti Nur Hidayatul Liyana bt. Mohd Daud

P. Kelas : Muhammad Imran Asraf b Amran


Bagi kelas Tahun 3, Tun Hussein Onn:
K.Kelas : Megat Danis Haikal b. Mohammed Hod
P. Kelas :
Bagi kelas Tahun 4, Tun Dr Mahathir:
K.Kelas : Muhammad Dzariza b. Asri
P. Kelas : Khirunnisa bt Mohd Ali Alagesan
Bagi kelas Tahun 5, Tun Abdullah :
K.Kelas : Muhammad Aidid Fitri b Rozaimey
P. Kelas : Muhammad Ammar b Mohd ali Alagesan
Bagi kelas Tahun 6,Dato Seri Najib:
K.Kelas : Anas Sholihin Bin Mat Nusi
P. Kelas : Iffah Nadzirah bt Yaacob
Terkenal dengan Pembantu Sejati,
Terpilih dari prestasi tinggi,
Jalankan tugas penuh integrity,
Pengawas dan pustakawan sekolah kini dirai,
Seterusnya adalah penyampaian SIJIL PUSTAKAWAN SEKOLAH
BAGI MURID TAHUN 6, dipersilakan:
PUSTAKAWAN :
a. Roziana Binti Awang
b. b. Iffah Nadzirah Binti Yaacob
c. c. Zulfiqar Muhammad Azan bin Zamri (selaku ketua
pustakawan tahun 2013)
Seterusnya adalah penyampaian SIJIL PENGAWAS SEKOLAH
BAGI MURID TAHUN 6, dipersilakan:
a. Nurul Hamizah bt Zaidun
b. Nur Syahirah bt Amran
c. Anas Sholihin b. Mat Nusi
d. Nurshamira Shahira bt Mohammed Zamri (Selaku ketua
Pengawas 2013)
Seterusnya ialah penyampaian SIJIL PRA SEKOLAH BITARA 2013.
Mendahului senarai penerima sijil prasekolah bitara 2013
dipersilakan :

1.
2.
3.
4.

MUHAMAD ZUL HAIDI


MUHAMMAD ALIF ZAKIR BIN ZAIDUN
MUHAMMAD ANIQ EQRAM BIN EZANEE
MUHAMMAD DZAREETH SUFFIYAN ISKANDAR BIN
ZULKERNAIN
5. MUHAMMAD NAZHAN MIRZA BIN AHMAD RUHAIFI
6. MUHAMMAD SUFFIAN BIN ASRI
7. TENGKU IZUDDIN BIN TENGKU MUSTAPA
8. BATRISYIA ADRIANA BINTI BAHRAINUDDIN
9. DHARSHINI A/P SEVEGAN
10. IRIS PUTRY AQILA BINTI NAZRUL
11. IZZATI QAISARA QISTINA BINTI IZAD ISWADI
12. FARISYAH QISTINA BINTI SYAHIDAN
13. MARSYA SHAFIQAH BINTI HAMZAH
14. NURULAMIRA BINTI MOHD ALI ALAGESAN
15. NUR UMAIRAH MARSYA BINTI MOHD SHAHIRUDIN
16. RINTHIYAA A/P SHAMUGANATHAN
17. SITI NUR HIDAYATUL HUSNA BINTI MOHD DAUD

Majlis mengucapkan terima kasih di atas sempurnanya acara itu


tadi.