Anda di halaman 1dari 5

Graf Sesaran - Masa

Graf Halaju - Masa

Graf Gerakan Jatuh Bebas


1. Jatuh bebas ialah satu kejatuhan yang disebabkan oleh daya tarikan graviti tanpa
kesan rintangan udara dan daya luaran.
2. Pecutan bagi gerakan jatuh bebas adalah sentiasa malar.
3. Di permukaan bumi, pecutan ini ialah 10ms-2, dan dinamakan sebagai pecutan
graviti.
4. Dalam SPM, anda perlu mengetahui graf gerakan jatuh bebas bagi gerakan-gerakan
berikut:
a) Meloncarkan objek ke atas
b) Melepaskan objek dari kawasan tinggi.
c) Objek jatuh di atas lantai dan melantun.

Meloncarkan Objek ke Atas


1. Apabila anda melancarkan satu objek ke atas, halajunya berkurang pada kadar yang
tetap, maka dalam graf halaju masa ia diwakili oleh satu garis lurus dengan
kecerunan negatif.
2. Sejak halajunya berkurang dengan kadar yang tetap, maka pecutannya adalah malar.
3. Pecutannya adalah negatif kerana lajunya berkurang dalam arah positif.
4. Oleh itu, dalam graf pecutan-masa, gerakan ini diwakili oleh satu garis mengufuk di
dalam domain negatif.

Melepaskan Objek dari Kawasan Tinggi


1. Apabila satu objek dilepaskan dari satu kewasan tinggi, halajunya
bertambah dengan kadar yang tetap.
2. Oleh itu dalam graf halaju-masa ia diwakili oleh satu garis lurus dengan
kecerunan positif.
3. Oleh kerana halajunya bertambah dengan kadar yang malar, maka
pecutannya adalah seragam.
4. Pecutannya adalah positif kerana lajunya bertambah dan objek bergerak
dalam arah positif.
5. Oleh itu, dalam graf pecutan-masa, gerakan ini diwakili oleh satu garis
mengufuk di dalam domain positif.

Anda mungkin juga menyukai