Anda di halaman 1dari 1

Hegemoni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Hegemony yang membawa

maksud

pengaruh

atau

penguasaan.

Istilah

asal

adalah

dari

Yunani

iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan
tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan. Menurut teori
Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan hubungan antara kelas masyarakat
yangtertentu dimana unit yang dominan akan memonopoli unit yang lain dari segi
ekonomi, budaya dan moral. Hegemoni Barat bermaksud pengaruh Barat. Globalisasi
adalah diambil daripada perkataan Inggeris iaitu globalization yang membawa maksud
menyeluruh. Secara teknikalnya perkataan ini membawa maksud dunia tanpa
sempadan, dunia sebagai satu kampung, ataupun maklumat di hujung jari. Ini
kerana segala maklumat berada di hujung jari manakala semua perbincangan dan
transaksi perniagaan boleh dilakukan dengan begitu cepat dan mudah melalui
kecanggihan alat komunikasi dan teknologi terkini.
Globalisasi boleh ditakrifkan sebagai satu usaha mengubah nilai manusia seperti
cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan oleh satu daerah dunia kepada satu
daerah dunia yang lain.Usaha globalisasi merupakan penerapan ideologi, budaya dan
cara hidup kuasa-kuasa besar. Ia adalah satu agenda bentuk baru penjajahan Barat
untuk menguasai negara lain dan dunia. Pada satu tahap globalisasi dapat
digelar westernization bertujuan memalingkan mentaliti manusia ( berkiblatkan Barat )
atau mengubah mentaliti ke arah mengagungkan Barat.
Nurcholish Majid mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah
kehidupan umat manusia kepada satu masyarakat sahaja. Modelski mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses penguasaan kuasa-kuasa besar terhadap pembentukan
pandangan dunia masyarakat antarabangsa dari segi ekonomi, politik dan demokrasi.
Kenichea Ohmea mentakrifkan globalisasi sebagai dunia tanpa sempadan yang
bertujuan mengubah dunia menjadi satu unit sahaja. Proses ini dipermudahkan dengan
adanya kemajuan

Anda mungkin juga menyukai