Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN CATUR MSS RANAU TAHUN 2014

1.

Undang-undang Catur
Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Faderation International
Peraturan-Peraturan Am MSS Malaysia yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2.

Des Echess ( FIDE ) dan

Jenis Pertandingan
2.1 Pertandingan dijalankan secara individu berpasukan.
2.2 Lelaki dan Perempuan di bawah umur 12 tahun(2001)
2.3 Leleki dan Perempuan di bawah umur 15 tahun(1998)
2.4 Lelaki dan Perempuan di bawah umur 18 Tahun(1995)

3.

Pembentukan Pasukan
3.1 Setiap sekolah/zon dibenarkan untuk menghantar satu pasukan terdiri daripada 6 orang pemain sahaja
bagi setiap kategori. Walau bagaimanapun sekiranya sekolah/zon yang menyertai kejohanan ini kurang dari 6
orang peserta masih digalakkan untuk menyertai kejohanan untuk tujuan pemilihan mewakili daerah.
3.2 Setiap pemain hendaklah membawa pengenalan diri ( kad pengenalan/my kid/surat beranak) sebagai bukti
semasa pendaftaran dan mana-mana pasukan tidak dibenarkan mengambil pemain dari pasukan yang
berlainan.

4.

Sistem Pertandingan
4.1 Kejohanan ini dijalankan secara serentak bagi semua kategori.
4.2 Kejohanan ini dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss.
4.3 Nombor pemasangan pemain adalah seperti berikut:
a. Bagi pemain yang menyertai kejohanan pada tahun lalu, nombor pemasangannya adalah mengikut
seeding keputusan kejohanan MSSM tahun lalu.
b. Bagi pemain yang tidak menyertai kejohanan pada tahun lalu, nombor pemasangannya ditetapkan
secara undi.
4.4.

Pemasangan pusingan pertama adalah seperti berikut


a. Pemain-pemain seeding 1-6 tidak dipasangkan sesama mereka pada pusingan pertama sahaja.
b. Jika bilangan pemain adalah ganjil, pengelola dibenarkan menambah seorang pemain untuk
mengelakkan adanya bye.
c. Jika pemain bye tidak dapat dielakkan, penentuannya adalah secara undi. Undian ini hanya kepada
pemain yang tidak diseedingkan sahaja.

4.5

Pemasangan pusingan seterusnya adalah seperti berikut

a.

Seorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain yang sama lebih daripada sekali.
b. Seorang pemain tidak boleh menjadi pemain bye lebih dari sekali.
c. Bye diuntukkan kepada pemain yang mempunyai mata permainan yang paling rendah atau nombor
pemasangan yang paling besar dalam kumpulan mata permainan yang paling rendah serta
mematuhi syarat di atas.
d. Pemain-pemain dikumpulkan mengikut jumlah mata permainan yang sama.
e. Pemasangan dimulakan dari kumpulan mata permainan yang tertinggi dahulu dan diikuti dengan
kumpulan mata kedua tinggi dan seterusnya.
f. Sekiranya bilangan pemain dalam sesuatu kumpulan itu ganjil atau tidak
boleh langsung
dipasangkan antara pemain-pemain sekumpulannya, seorang atau lebih pemain dari kumpulan itu
hendaklah dipasangkan dengan pemain kumpulan mata permainan yang paling dekat dengannya.
Pemain ini digelarkan pemain pelampong menurun.
g. Pelampong menurun diuntukkan kepada pemain yang mempunyai nombor pemasangan yang paling
besar dalam kumpulan mata permainan berkenaan. Dan sekiranya tidak praktik (kerana telah pernah
menjadi pemain pelampong atau bye) ia diuntukkan kepada pemain yang mempunyai nombor
pemasangan yang kedua besar seterusnya sehingga praktik.
h. Pemain pelampong menurun hendaklah dipasangkan dengan pemain yang mempunyai nombor
pemasangan yang paling kecil dikumpulkan mata permainan yang yang paling dekat dengannya.
Dan sekiranya tidak sesuai (kerana pernah dipasangkan atau warna) dia dipasangkan dengan nombor
pemasangan yang kedua kecil dan seterusnya sehingga dapat dipasangkan dengan sesuai.
i. Pemasangan pemain pelampong hendaklah diselesaikan sebelum pemasangan pemain bye dan
pemasangan pemain-

pemain dalam kumpulan mata permainan berkenaan dilakukan.


j. Elakkan seseorang pemain sebagai pemain pelampong menaik/menurun lebih dari sekali.
4.5

Warna untuk pemain-pemain pusingan pertama


a. warna mengikut undi
b. pemain bye diberikan 1 mata permainan dan dianggap

4.6

4.7

5.

tidak mempunyai warna.

Warna pusingan seterusnya


a. seorang pemain boleh diaturkan supaya bermain dengan warna yang sama dua kali berturut-turut
melainkan dipusingan terakhir ia boleh bermain dengan warna yang sama tiga kali berturut-turut.
b. penyamaan bilangan warna bermain bagi seseorang pemain hendaklah diambilkira kecuali pada
pusingan terakhir sekali.
c. pemain bye boleh diaturkan supaya boleh bermain dengan mana-mana jenis warna serta
mematuhi syarat di atas.
Jumlah pusingan permainan akan ditetapkan berdasarkan jadual
berikut
Bilangan Penyertaan

Bilangan Pusingan

8-16 orang

17-32 orang

33-64 orang

65-128 orang

Masa Permainan

Masa permainan untuk setiap pemain ialah 45 minit hingga mati.Permainan yang ditamatkan oleh Checmate
atau salah satu bendera pemain-pemain itu jatuh. Pemain yang benderanya jatuh dahulu dikira kalah..
6.

Cara Keputusan

6.1 Pemberian Mata


6.1.1 Mata Permainan (Game point):
Mata yang diperuntukkan kepada seseorang pemain atas
perlawanannya di atas satu papan.
a. menang 1 mata permaian
b. seri mata permainan
c. kalah 0 mata permainan
6.1.2 Pemain bye diberikan satu mata permainan.
6.2 Kejohanan Perseorangan
6.2.1 Pemain yang mempunyai jumlah mata permainan yang terbanyak adalah sebagai johan
6.2.2 Penentuan kedudukan bagi pemain-pemain yang
memperoleh mata permainan yang sama banyak adalah
dengan urutan pemutusan seri berikut :
a. kumulatif
b. sonneborn-berger
c. sikolff
d. individual encounter
e. undian
6.3 Kejohanan individu berpasukan
6.3.1 Mata terkumpul daripada setiap pemain individu sesebuah pasukan akan dikumpulkan bagi
menentukan pasukan pemenang tempat pertama, kedua ketiga dan seterusnya.
7.

Pakaian

Semasa kejohanan berlangsung semua peserta dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah, walau
bagaimanapun pasukan yang mempunyai pakaian seragam(Jersey) dibenarkan. Seluar jean dan selipar tidak
dibenarkan. Dan pemain perempuan haruslah berpakaian tertib (decent).
8.

Gangguan

Peserta yang menganggu ketenteraman pihak lawannya bagi kali pertama diberikan satu amaran dan bagi kali
kedua ia tidak dibenarkan meneruskan permainannya dan diberikan 0 markah.
9.

Alatan
Jam catur berbendera mestilah digunakan dan setiap peserta dikehendaki membuat catatan pergerakan.

10. Kelewatan
Pemain yang tidak hadir dalam masa 20 minit akan secara automatik dikira kalah dalam permainan itu.
Sekiranya kedua-dua pemain tidak menghadiri pertandingan dalam masa 20 minit yang pertama, kedua-dua
pemain dikira kalah.
11.

Hadiah
11.1 piala rebutan bagi pasukan yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga. (Disediakan oleh PPD)
11.2 medal bagi individu yang mendapat tempat pertama hingga keenam bagi setiap kategori.

12. Yuran Penyertaan


Yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah sebanyak RM 30.00.
13.

Bantahan
Sila rujuk Peraturan AM (13) MSSS Malaysia.

14.

Lembaga Rayuan
Sila rujuk peraturan AM (14) MSS Malaysia

15.

Lembaga Tatatertib Pertandingan


Sila Rujuk Peraturan AM (15) MSS Malaysia

16.

Perkara yang tidak dinyatakan


Sila rujuk Peraturan AM (23) MSS Malaysia

17. Alamat Perhubungan


Sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui alamat berikut;
SMK Bundu Tuhan
Peti Surat 242
89308 Ranau
Sabah
SMK Kemburongoh
Peti Surat 924,
89308 Ranau
Sabah.
1.

En. Zulhimat Taip


Pengerusi Teknik Pembangunan Catur Daerah
0198956327
Tel: 088-871466 (Pejabat Sekolah)

2.

En. Mohd Syahril Salim


Setiausaha
Kejohanan Catur MSSD 2014
0198314356
Tel: 088-89345 (Pejabat Sekolah)

PELAN SUSUNAN MEJA SEMPENA


KEJOHANAN CATUR MSSD RANAU 2014

PAPAN KENYATAAN

PEREMPUAN B 12

LELAKI B 12

PEREMPUAN B 15

LELAKI B 15

PEREMPUAN B 18

LELAKI B 18

STAGE
ARBITER

Anda mungkin juga menyukai