Anda di halaman 1dari 6

1 MSL 3173 : TEORI SENI

Aplikasi teori dan pengajaran dan pembelajaran dari dimensi psikologi


Pendahuluan
Manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza-beza dan pelbagai. Memahami psikologi
menjadi asas utama seorang guru dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung dengan berkesan dan memberi manafaat kepada penerima atau pelajar. Guru akan
menyesuaikan kaedah dan pendekatan sehampir mungkin dengan personaliti, sikap dan sifat
kreativiti yang ada dalam kendiri pelajar.
Sensiviti dan Persepsi Individu
Secara asasnya bila kita berbicara dimensi psikologi dalam seni, pastinya kita mahukan
mengenalpasti dan memahami proses dan sifat sifat kreativiti dan persepsi pelajar kita. Pearl
Buck menerangkan bahawa The truly creative mind in any field is no more than this: A human
creature born abnormally, inhumanely sensitive. To thema touch is a blow, a sound is a noise,
a misfortune is a tragedy, a joy is anecstasy, a friend is a lover, a lover is a god, and failure is
death. Ini menerangkan secara jelas kepada seseorangkan yang kreatif merasa dan mempunyai
persepsi yang lebih mendalam dalam melihat dalam skop pandangan yang lebih meluas. Mereka
ini adalah mempunyai ransangan dan tindakbalas kepada persekitaran dengan lebih cepat dan
pantas. Ekspresi kendiri melalui karya yang terhasil lebih menjurus kepada kepuasan diri sahaja.
Dalam kata lain mereka melakukan kepada apa yang mereka fikir dan apa yang mereka rasa.
Kebebasan persepsi bukan datang daripada guru tetapi adalah daripada sensiviti diri daripada
pengalaman sedia ada. Guru memahami sikap kebebasan ini, namun bimbingan tanpa
membataskan persepsi adalah menjadi keperluan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa yang sama dalam satu-satu kelompok pelajar juga sensitiviti dan persepsi kendiri

2 MSL 3173 : TEORI SENI

pelbagai, barangkali berbeza-beza dari jangkauan pemikiran. Perdekatan yang pelbagai yang
memberi ruang kepada pelajar mengekspresi diri perlu diambil kira. Keperluan pelajar, bahan
pengajaran dan persekitaran tempat belajar seharus juga mendapat perhatian guru.
Guru juga perlu membuat jangkaan kepada hasil pembelajaran seumpamanya seorang
pelajar yang berkebolehan memperoleh dan menyimpan maklumat dengan cepat sudah pasti
merupakan seorang pelajar yang tidak sabar dengan orang lain dan tidak suka kepada rutin asas
dan memerlukan cabaran dari mental supaya terus teransang kreativiti tersebut.
Bagi pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu yang sudah pasti menunjukkan minat yang
tinggi dan selalunya akan sering bertanya untuk memuaskan kreativiti dan persepsi kendiri.
Sebagai guru pastinya memerlukan terus melayan dan membimbing supaya pelajar ini dapat
mengekspresikan diri nya dalam seni.

Imitasi
Imitasi adalah meniru sesuatu yang dilakukan orang lain. Misalnya, meniru cara
berpakaian, gaya rambut, gaya bicara, dan perilaku lainnya. Meniru biasa perkara baik atau
sebaliknya. Meniru menjadi buruk jika sesuatu yang kita tiru merugikan diri sendiri dan tidak
sesuai dengan kesopanan lingkungan. Meniru berlaku baik jika peniruan tersebut bermanfaat
bagi kehidupan kita dan masyarakat boleh menerimanya. Setiap pelajar mempunyai imitasi yang
pelbagai juga bergantung kepada perkembangan dalam persekitaran yang tidak sama rata dari
kecil sehingga saat menjadi pelajar. Tambahan hubungan dengan rakan sebaya yang datang
daripada latar belakang yang berbeza-beza juga mempengaruhi imitasi pelajar. Ada juga bersifat
mahukan kesempurnaan yang rendah atau keterlaluan di samping potensi yang pelbagai. Ini
memberi gambaran yang jelas seorang guru pendidikan seni di sekolah perlu memahami

3 MSL 3173 : TEORI SENI

psikologi pelajar sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya ianya
memenuhi kehendak dan psikologi pelajar.

Motivasi dan terapi seni


Sekiranya sebagai seorang guru dapat mengenal pasti personaliti pelajar, beliau dapat
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Melihat kepada personaliti ini
seorang guru boleh memberi galakan atau motivasi kepada pelajar untuk terus mengekal minat
dalam bilik darjah. Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik. Motivasi Instrisik, seorang Guru memberi memberi ganjaran apabila pelajar berjaya
melakukan aktiviti-aktiviti dari kehendak diri atau faktor dalaman pelajar seperti sangat minat,
perasaan ingin tahu yang tinggi dan kegembiraan. Sebaliknya motivasi ekstrisik adalah faktor
luaran yang datang dari orang lain seperti tekanan sosial mahu pun hukuman.
Motivasi ini diberkan secara berterusan dan akan membentuk tingkah laku, menjadi
amalan berterusan dan akhirnya membentuk perseonaliti. Motivasi konsisten di dalam
pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu pastinya akan memberi pengajaran yang
memenuhi minat dan keperluan pelajar dan akhirnya objektif pengajaran dapat dicapai.

Estatika di kalangan kanak-kanak


Apabila seorang guru ingin pengajaran dan pembelajaran ini berkesan, guru itu bukan
sahaja melihat kepada pelbagai personaliti, kebolehan serta pengalaman sedia ada semata-mata,
malah umur pelajar amat perlu dilihat juga.. Personaliti dan kebolehan itu berbeza-beza mengikut
umur pelajar. Kanak-kanak, remaja dan dewasa itu sudah pasti memerlukan perbezaan kaedah
untuk memenuhi keperluan. Estatika merupakan penghayatan tentang kencantikan atau persepsi

4 MSL 3173 : TEORI SENI

deria. Kanak-kanak mempunyai estatika kepada kognitif yang lebih mudah seperti komik-komik.
Ada yang hadir daripada sesuatu yang dashyat atau melampau daripada pengalaman sedia ada
dan persekitaran. Guru seharusnya meletakkan tahap kemampuan pelajar dengan pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang

Rumusan
Guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenal pasti personaliti pelajar,
supaya guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan keperluan psikologi
pelajar dan menyediakan persekitarann belajar yang kondusif serta aktiviti-aktiviti yang menarik
minat pelajar. Prosesnya berjalan dalam suasana teransang dan memperkembangan kreativiti
perlajar. Pelajar bukan sahaja dapat mengekspresikan diri melalui seni, juga dapat memberi
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif. Guru yang mempunyai
pengetahuan yang jelas tentang psikologi mempunyai kelebihan dan meletakkan bahan atau
proses pangajaran dan pembelajaran lebih dekat dengan pelajar. Bahan-bahan bantuan mengajar
atau kaedah mengajar disesuaikan terus dengan psikologi pelajar. Bukan itu sahaja suasana bilik
darjah perlu kondusif untuk menjadi pemangkin minat pelajar. Guru-guru yang tidak melihat
secara holistik keperluan psikologi pelajar akan membantutkan usaha membantu pelajar
memperkembangkan potensi individu itu. Namun sebagai guru kita tidaklah dapat memenuhi
kesemua keperluan pskologi pelajar dalam satu satu masa secara menyeluruh, kemungkinan
kekangan masa, tempat, bahan yang sesuai. Kebijaksanaan dan kereativiti guru juga perlu
digunakan seluas-luanya bagi memberi ruang paling maksimun untuk pelajar mengeluarkan
sepenuhnya kreativiti ke atas hasil karya mereka nanti. Dengan pengetahuan guru dalam teori
pengajaran dan pembelajaran dalam dimensi psikologi, guru sebenar satu kelebihan untuk

5 MSL 3173 : TEORI SENI

mengaplikasikan teori-teori dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dan seterunya
memberi manafaat kepada kreativiti dan potensi pelajar. Pelajar juga apabila melihat kepada
proses pengajaran itu sentiasa menepati keperluan diri, kesungguhan dan ketekunan mereka akan
berterusan dan konsisten, pada ketika itu ruang yang ada untuk amat sesuai untuk terus guru
mengali dan mencungkil segala apa jua kreativit yang terserlah mahu pun terlindung dalam diri
pelajar.

6 MSL 3173 : TEORI SENI

RUJUKAN :

1. .(1998). Kamus Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Iberahim Hassan. (2001). Pendidikan Seni Di Malaysia: Antara Harapan dan Kenyataan
dalam Seminar Pedagogi Pendidikan Seni Visual. Tanjung Malim,UPSI
3. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka
4. Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni dan Pendidikan Insan Madani. Kuala
Lumpur : Universiti Malaya
5. Modul MSL 3173 Teori Seni