Anda di halaman 1dari 3

7 Jenis Modal Magik Bisnes

#1 Modal Hala Tuju


Tahu tempat yang mahu kita tuju. Tahu kenderaan apa yang mahu guna. Tahu jalan apa
yang mahu kita lalu.
Mempunyai impian yang jelas merangkumi 3 elemen yang disebutkan di atas:
1. Tahu tempat yang kita mahu tuju.
2. Tahu kenderaan apa yang kita mahu guna.
3. Tahu jalan apa yang kita mahu lalu.
Tempat yang kita mahu tuju bermaksud memahami cerita akhir (ending)
perniagaan. Ada beberapa jenis cerita akhir yang membantu para usahawan
untuk berjaya. Antaranya:
Menghasilkan RM1,000,000 dan menjual perniagaan itu.
o Mewujudkan 5 anak syarikat dan mempunyai 30 pekerja.
o Membina yayasan menerusi baki lebih keuntungan perniagaan.
Kenderaan dan jalan pula merujuk kepada 6 modal magik yang seterusnya.
o

#2 Modal Berkuli
Orang berjaya sentiasa tinggalkan jejak kejayaannya. Tidak perlu habiskan masa
melakukan perkara yang kita sendiri tidak jelas.
Cari orang yang sudah berjaya dalam perniagaan yang kita mahu ceburi. Jalan
paling murah untuk belajar dengan orang berjaya adalah dengan menjadi kuli.
Masuk ke syarikat mereka. Bekerja dengan bersungguh-sungguh. Sambil
bekerja, lihat bagaimana syarikat itu beroperasi. Belajar selok-belok menerusi
pengalaman.
Dengan cara ini, kita dapat cantas lalang-lalang dan kurangkan risiko gagal
hangus apabila memulakan bisnes.

#3 Modal Belajar

Usahawan adalah pelajar. Mereka sentiasa belajar. Dengan belajar, mereka memperoleh
strategi baru untuk tingkatkan prestasi bisnes.
Ilmu adalah mutiara. Orang bisnes yang kaya dan terus kaya adalah mereka
yang bijak adaptasi dengan ilmu yang baru. Kodak yang dahulu hidup dengan
bisnesnya selama puluhan tahun, kini tenggelam ke dasar atas sebab lokek ilmu
untuk adaptasi dengan teknologi baru.
Sebelum dan semasa berbisnes, modal kita adalah ilmu. Uruskan masa untuk
hadir ke majlis-majlis ilmu berkaitan dengan dunia bisnes. Selain memperoleh
ilmu, kita juga memperoleh kawan-kawan bisnes yang baru.
Melepak dan minum kopi dengan kawan-kawan bisnes jauh lebih baik,
berbanding melepak dengan kawan-kawan yang suka habiskan duit dan tidak
berikan untung.

#4 Modal Syarikat
Daftar syarikat adalah tanda komitmen. Bangunkan syarikat kecil dengan
matlamat gergasi. Daftar syarikat enterprise sebagai permulaan. Kemudian
daftar akaun bank semasa bagi mengasingkan aliran tunai.
Mulakan syarikat kecil dengan pendaftaran nama perseorangan. Jika ada rakan
kerjasama (partner), hasilkan kertas hitam putih (black & white agreement)
supaya tidak menimbulkan konflik di masa akan datang.

#5 Modal Pelanggan
Dalam bisnes, fokus pada golongan yang bagi duit ke dalam akaun bank.
Golongan itu adalah pelanggan.
Ivan Lee, pengasas jenama Thai Express berkata,
Listen to your customers. Not your consultants.
Laburkan masa untuk lebih mengenali pelanggan. Mengenal pelanggan
memberikan kelebihan kepada kita untuk membekalkan produk atau servis, yang
menepati citarasa pelanggan.
Kemahiran mengenal pelanggan adalah kemahiran yang mahal. Ia adalah aset
penting dalam bisnes sebelum mengatur sebarang strategi pengiklanan dan
pemasaran.

#6 Modal CA (Customer Acquisition)


Iklan akhbar, Facebook Ads, blog, brosur, dan sebagainya bergerak sebagai
modal strategi dalam bisnes.Strategi-strategi yang betul dapat membantu kita
untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
Jalan terbaik untuk mewujudkan strategi pemasaran yang kebal dan mesra
pelanggan adalah mempunyai saluran yang kita pegang. Sebagai contoh,
jenama Majalah Niaga.
Jika Facebook tutup secara tiba-tiba, jenama ini masih mampu berdiri teguh.
Majalah Niaga mempunyai saluran pemasaran mereka sendiri iaitu blog. Bisnes
yang ada saluran pemasaran sendiri sukar ranap akibat keruntuhan saluran lain
(Facebook, forum dan sebagainya).

#7 Modal Aliran Duit


Business is all about money come in and go out.
Banyak duit bisnes tidak bermakna banyak duit peribadi. Duit bisnes dan duit
peribadi adalah dua akaun yang berbeza. Mencampur aduk kedua-dua jenis duit
ini ibarat menjemput malapetaka.
Seorang usahawan muda yang dahulunya kaya dengan duit bisnesnya, kini
terduduk dan hampir muflis. Kesilapan besarnya adalah menggunakan duit
bisnes untuk menampung simbol-simbol kemewahan peribadinya.
Tempoh matang bisnes adalah 3 tahun minimum. Semasa dalam perjalanan ke
arah 3 tahun, bisnes kita akan mengalami waktu bottom up (naik turun) dalam
keadaan yang tidak diduga.
Bisnes yang jualannya RM100,000 setiap bulan konsisten selama 1 tahun,
bolehmusnah teruk apabila pengurusan tunainya bercampur aduk dengan
kemahuan peribadi.
Jalan terbaik adalah mempunyai akauntan untuk uruskan akaun bisnes.
Akauntan akan membantu dan memberikan peringatan. Dalam masa sama,
belajar untuk bezakan duit bisnes dan duit peribadi.

Anda mungkin juga menyukai