Anda di halaman 1dari 2

Apakah Maksud Tema Hari Guru 2014

Merujuk Surat Pemberitahuan KPM. Maksud, Definisi dan Huraian Guru: Pencetus Kreativiti,
Penjana Inovasi iaitu Tema Hari Guru tahun ini ialah seperti berikut

DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA


INOVAS

GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat
bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung
kepada pembangunan pendidikan negara.
PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau
mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada
kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau
proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting
dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi,
kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan
yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

Huraian Tema Hari Guru 2014


Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif
adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21
iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik
dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya
agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif
dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional.
Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan
inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas
dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi
membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu
bertaraf dunia.

Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi


pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam
persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang
kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman
pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu
meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan
persekitaran kehidupan sebenar.
Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir
dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi
yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan
memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.
Sumber: Tema Hari Guru 2014, Maksud dan Huraian http://www.hootoh.my/2014/04/tema-hariguru-2014-maksud-dan-huraian.html#ixzz31ayFESJT
Hootoh Blog By Hootoh Tudia
Follow us: @HootohTudia on Twitter | HootohBlog on Facebook