Anda di halaman 1dari 4

PETA KONSEP

LOMPAT JAUH

Pengenalan

Sejarah
Lompat
Jauh

Otototot
yang
Terlibat

PrinsipPrinsip
Lompat
Jauh

Gaya/Teknik Lompat
Jauh

Fasa-Fasa Lompat
Jauh Acara Layar

-Gaya layar

-Penujuan/Lari
landas

-Gaya Gantung
-Gaya Kayuh

-Lonjakan (Take Off)


-Layangan
-Pendaratan

PENGENALAN LOMPAT JAUH


Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga dimana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh
yang boleh dari tempat yang dituju. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada
Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama
berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang.
Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh
Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik padaYunani Purba.
Seseorang atlet akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban
ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum
dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Antara yang
paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada
Olimpik 656 SM mencatatkanlompatan sejauh 7 m 5 cm.

PRINSIP-PRINSIP LOMPAT JAUH

mencapai jarak lompatan yang maksimum berupaya berlari dengan pantas,


melompat dengan kuat,
mempunyai kelenturan badan dan daya koordinasi baik larian dan lonjakan bergerak
mengikut satu lingkungan parabola,
mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persedian untuk
mendarat dengan selamat dan berkesan.

GAYA/TEKNIK LOMPAT JAUH


Terdapat tiga jenis gaya lompatan dalam lompat jauh iaitu :

Gaya layar

Gaya gantung

Gaya tendang

GAYA LAYAR

GAYA GANTUNG

GAYA TENDANG KAYUH

OTOT YANG TERLIBAT


Antara bahagian-bahagian otot yang terlibat adalah seperti:
a. Gasteroid
b. Hamstring group & rektus femoris
c. Quadreceps & rektus abdominis

LOMPAT JAUH GAYA LAYAR

Teknik ini sesuai untuk pelompat jauh yang baru menceburi acara ini kerana lompatan mudah
dilakukan. Gaya ini memerlukan seseorang pelompat itu mengimbangi badannya dalam
keadaan melunjur semasa dalam fasa layangan.

FASA-FASA LOMPAT JAUH ACARA LAYAR


1.

Fasa Penujuan (Lari menuju ke papan lompat)


i.

Pelompat akan berlari dengan kepantasan yang optimum dan terkawal.

ii.

Bilangan langkah mestilah membolehkan pelompat mencapai kepantasan maksimum


bagi menghasilkan lonjakan yang berkesan.

iii.

Apabila menghampiri papan lonjak, pelompat haruslah merendahkan sedikit bahagian


badan untuk mendapatkan tolakan yang berkesan daripada kaki yang dibengkokkan.

2.

Fasa Lonjakan (Take off)


i.

Tapak kaki yang digunakan untuk melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan
tepat.

ii.

Hujung kaki tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan.

iii.

Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu
lonjakan yang tinggi.

iv.

Serentak dengan lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan bahagian lutut dibiarkan tinggi.

v.

Kedua-dua belah tangan dihayun kehadapan dan ke atas untuk membantu mencapai
lonjakan yang tinggi.

3.

Fasa Layangan
i.

Mencangkung dan melompat kehadapan serta tangan didepa ke atas.

ii.

Gunakan kekuatan kedua-dua kaki.

iii.

Melompat sambil melentikkan badan ke belakang.

iv.

Kedua-dua tangan didepakan ke udara/belakang.

4.

Fasa pendaratan.
i.

Pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan badan dan pencapaian jarak.

ii.

Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat mendarat (tumit kaki dahulu)
lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan pendaratan dan tangan dihayun
ke atas.

iii.

Badan dicondongkan ke hadapan supaya keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai