Lompat Tingg1
Lompat Tingg1
LOMPAT TINGGI
c) Tilam mendarat
Ia hendaklah mencukupi untuk keselamatan para pelajar. Tilam gimnastik boleh digunakan semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.
2.
3.
Layangan - gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
4.
d) Gaya timur - Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak
ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
e) Gaya Fosbury Flop
GAYA GUNTING
Penujuan
Lonjakan
Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa
membuat lonjakan.
Layangan
1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.
2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.
3. Kaki lonjak dihayun ke atas.
Pendaratan
1. Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.
Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atas seragam.
Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat melonjak.
Lentikkan badan semasa melepasi palang.
Buka kaki sedikit semasa meluruskannya ke atas.
Latihan 2
Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestinya melonjak dengan sertamerta ke atas.
Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan ) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut
kaki bebas menyilang badan.
Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.
Latihan 3
Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan.
Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.
Latihan 4
Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan.
Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali.
Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.
Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.
Latihan 5
Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.
Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai melonjak.
CADANGAN KESELAMATAN
1. Gaya Fosbury Flop (FF) menyebabkan putaran ke belakang semasa dalam fasa penerbangan. Ini mengakibatkan pelompat
mendarat di atas bahu atau di atas leher. Tilam nipis yang rapat di lantai membahayakan pelompat. Tilam setebal 1- 1.5m
seharusnya digunakan. Tilam yang lebih tebal mengurangkan putaran ke belakang pelompat.
2. Gaya Fosbury Flop(FF) juga menyebabkan pelompat mendarat di atas tilam secara pepenjuru dan kerap pelompat mendatrat di
penjuru (bucu) tilam. Tempat mendarat yang memastikan penjuru (bucu) adalah selamat untuk mendarat adalah diperlukan.
3. Guna palang yang dibuat daripada tiub getah untuk menjaga keselamatn pelompat.
GAYA PELANA
Gaya ini hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka
pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.
a.) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah
terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan
sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.
b.) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendak menolak dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula
dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan
kencang ke atas aras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
c.) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang di bawahnya.
Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat
direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat.
Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d.) Pendaratan
Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.
c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah dari tali itu. Berjalan tiga langkah(mulakan dengan kaki lonjak) dan tendang kaki
bebas ke atas aras tali. Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah dibuat secara berlari dan melibatkan hayunan tangan
seperti di dalam latihan (b) . Latihan ini akan membantu pelompat memberikan sepenuh perhatian kepada penujuan dan lonjakan
semasa membuat lompatan.
d) Rentangkan tali hingga ke aras pinggang dan ulangi latihan ( c). Selepas melonjak dan badan berada di atas aras tali, pusingkan
badan dengan merendahkan bahu supaya bergolek di atas tempat mendarat, atau tangan dan kaki bebas mencecah kawasan
mendarat. Latihan ini akan membantu pelompat melepasi palang atau tali dan semasa membuat pendaratan.
e) Rentangkan tali pada aras pinggang. Berlari sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu lonjakan hingga melepasi tali dan
pelompat mendarat dengan baik. Latihan ini merangkumi kesemua fasa lompatan(empat fasa semuanya).
f) Latihan lompat tinggi gaya pelana menggunakan alatan yang sebenarnya(tiang dan palang lompat tinggi) serta membuat lima
atau tujuh langkah larian yang pantas.
PERATURAN 171
Cabut undi untuk menentukan giliran lompatan.
Sebelum bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya.
Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan.
Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut:
Seorang pelompat tertinggal
Terdapat seri pada kedudukan pertama
Walau bagaimanapun, untuk acara campuran (contoh: heptathlon), setiap kenaikan ialah 3cm.
Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja.
Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut:
Palang jatuh
Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah hadapan tiang disentuh
Gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku)
Peserta tersebut akan terkeluar daripada pertandingan.
Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun semua peserta yang lain telah gagal) sehingga dia tidak dapat
meneruskannya lagi mengikut peraturan.