Anda di halaman 1dari 8

Konsep Asas Pentaksiran Pembelajaran.

Pembelajaran adalah proses interaktif yang mana murid akan cuba mendapatkan
kefahaman tentang sesuatu informasi atau maklumat dan mengintegrasikan informasi dan
maklumat tersebut kepada sesuatu perkara yang mereka sudah tahu atau mengetahui.
Murid biasanya akan sentiasa berfikir atau memikir akan cabaran atau cara menyerap minda
pemikiran terhadap ilmu yang diperolehi secara satu persatu. Bagi mengukur tahap
keberkesanan pembelajaran ini maka satu kaedah pentaksiran adalah diperlukan.
kepentingan pentaksiran :I.

Pentaksiran membolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru


serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih
bermakna

II.

Piawaian yang ditetapkan boleh memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada
pengajaran dan pembelajaran

III.

Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama
terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan
dengan piawai.

IV.

Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk
memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran
mereka .

V.

Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan
lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem
persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)

Tumpuan dokumen ini adalah keatas tiga kategori yang berbeza tetapi berkait-rapat bagi
tujuan pentaksiran bilik darjah iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for
learning),pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment

as learning) dan pentaksiran

kepada pembelajaran (assessment of learning).


Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)
Adalah untuk pendidik dan guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan
dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan
kaedah kebiasaan (idiosinkratik) pembelajaran murid dan pelajar, dan mengenalpasti corak
dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dan pelajar ikuti. Ia memerlukan rekabentuk
yang teliti dari pendidik atau guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan

sahaja apa yang diketahui oleh murid dan pelajar tetapi turut mendapat pandangan
mendalam bagaimana, bila dan samada pelajar dan murid boleh mengaplikasi apa yang
mereka tahu atau pelajari.
Pendidik dan guru boleh juga mengunakan informasi dan maklumat ini untuk
menyalurkan dan mensasarkan arahan dan sumber serta memberi maklumbalas kepada
pelajar dan murid bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.
b. Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)Adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari
jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran
memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai
penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila pelajar atau
murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran, dan berupaya menjadi pentaksir yang
kritikal, biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat,
menghubungkaitkan

informasi

dan

maklumat

kepada

pengetahuan

berkaitan

dan

mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam
meta-kognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau
pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat
pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang
mereka fahami.Ia memerlukan pendidik dan guru membantu dan membimbing pelajar dan
murid membina, mempraktik atau mengamalkan dan berpuashati dengan hasilan refleksi
serta analisa kritikal yang dijalankan pelajar dan murid sendiri.
c. Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning)Adalah berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk
memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan,
mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak
hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau
diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.
Pendidik dan guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka
telah menjalankan dan mengunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan
kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan pelajar dan murid. Ini juga akan
memastikan agar penerima maklumat dan informasi boleh mengunakan makluman tersebut
untuk menghasilkan keputusan yang dapat memberi penjelasan dan kenyataan.

Tujuan Pentaksiran
Apabila menyebut tentang pentaksiran dari perspektif tujuan (dan bukannya kaedah), kita
memberi penekanan terhadap hasilan keputusan. Bahagian didalam

seksyen ini

menerangkan secara terperinci tiga jenis tujuan pentaksiran yang berbeza : pentaksiran
untuk pembelajaran (assessment for learning) ; pentaksiran sebagai pembelajaran
(assessment as learning) dan pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning).
Turutan untuk, sebagai dan kepada (for, as, of) adalah disengajakan, untuk menunjukkan
turutan mengikut kepentingan bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran pelajar dan
murid. Pentaksiran kepada pembelajaran digunakan bagi membuat keputusan sumatif.
Dalam perancangan, pembentukan dan pengunaan kaedah pentaksiran yang sesuai untuk
tujuan tertentu, pendidik dan guru selalunya memikirkan mengenai kurikulum dan juga
mengenai pelajar dan murid mereka apabila persoalan sebegini timbul :
i.

bagaimanakah boleh saya mengunakan informasi yang terdapat dari pentaksiran ini
?

ii.

bagaimanakah saya boleh memastikan kualiti dalam proses pentaksiran ini?

iii.

apakah kaedah pentaksiran yang sesuai yang patut saya gunakan?

iv.

apakah yang sebenarnya saya taksirkan ?

v.

mengapakan saya membuat pentaksiran ini ?

Apakah Pentaksiran Untuk Pembelajaran


Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan, ianya dijalankan
untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan
kehendak tugasan agar pendidik dan guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam
meningkatkan prestasi pelajar dan murid. Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian
dengan cara dan kehendak mereka sendiri. Dalam masa yang sama akan terdapat
perubahan pola yang dijangkakan. Prestasi dan kebolehan pelajar dan murid akan dapat
dilihat dan dikesan. Dengan kaedah pentaksiran untuk pembelajaran, pendidik dan guru
akan mengunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperolehi maklumat mengenai
kemampuan dan kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau kekurangan yang dihadapi.

Maklumat dan informasi mengenai proses pembelajaran murid dan pelajar akan diperolehi
oleh pendidik dan guru. Ianya dijangkakan akan menjadi asas bagi menentukan apakah
yang perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar dan murid maju ketahap yang seterusnya.
Hasilan maklumbalas dari murid dan pelajar akan dapat menentukan kumpulan, strategi
arahan dan sumber yang dikehendaki.

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran


Pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran berterusan dan merupakan
satu proses yang interaktif, dengan pendidik dan guru.antara peranan utama pentaksiran ini
adalah seperti berikut:i.

mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran

ii.

mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar

iii.

memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.

iv.

mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi


membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran.

v.

menyediakan maklumbalas dan arahan segera.

Pendidik dan guru juga mengunakan pentaksiran untuk pembelajaran untuk meningkatkan
motivasi dan komitmen untuk pembelajaran. Apabila pendidik atau guru memberi komitmen
terhadap pembelajaran sebagai fokus atau tumpuan kepada pentaksiran, secara tidak
langsung, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu kaedah pengesanan
prestasi kemajuan pelajar dan murid. Pendidik dan guru akan mengunakan dan
memaklumkan laporan prestasi kemajuan pelajar dan murid bagi tujuan perkembangan yang
berkesan dan bersistematik.

Prinsip Pentaksiran Untuk Pembelajaran.


i.

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menjadi sebahagian dari perancangan


efektif pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah menumpukan tentang bagaimana murid


mempelajari sesuatu.

iii.

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah diiktiraf atau diakui sebagai amalan


utama dalam bilik darjah.

iv.

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah di anggap sebagai kunci kemahiran


profesional bagi guru.

v.

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah sensitif dan konstruktif kerana manamana pentaksiran memberi kesan impak.

vi.

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengambil kira kepentingan motivasi


murid.

vii.

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah bertujuan meningkatkan komitmen murid


terhadap matlamat pembelajaran dan berkongsi kefahaman tentang kriteria yang
ditaksir

viii.

Pentaksiran untuk pembelajaran membentuk kapasiti murid bagi tujuan penilaian


kendiri agar mereka boleh melihat keupayaan dan mengurus diri sendiri.

ix.

Pentaksiran untuk pembelajaran hendaklah mengiktiraf kemampuan keseluruhan


pencapaian pembelajaran murid.

x.

Murid hendaklah menerima bimbingan konstruktif tentang bagaimana mereka boleh


meningkatkan pencapaian.

Diantara kaedah perancangan pentaksiran yang boleh digunakan oleh pendidik adalah
seperti berikut.
Mengapa Mentaksir?
Membolehkan pendidik untuk menentukan langkah seterusnya untuk meningkatkan
pembelajaran.
Apa yang ditaksir ?
tiap prestasi dan kehendak pembelajaran yang berkaitan dengan kehendak kurikulum
Kaedah yang digunakan ?
i.

Kaedah pelbagai dalam mode yang berlainan yang mempamirkan kebolehan dan
kefahaman

ii.

Memastikan

kehendak

kualiti,

Ketepatan

dan

ketekalan

pemerhatian

dan

penterjemahan pembelajaran.

iii.

Harapan pembelajaran yang jelas dan terperinci.

iv.

Maklumbalas terperinci yang tepat

v.

Mengunakan Maklumat Menyediakan maklum balas yang terperinci bagi menunjukan


prestasi pembelajaran.

Petunjuk yang berlainan bagi menyatakan kedudukan pada tahap hasilan kurikulum
Menyediakan pelaporan terperinci buat pelajar dan ibubapa mengenai kedudukan
pembelajaran dan memberi panduan untuk memperbaiki prestasi.

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah :


i.

memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri

ii.

membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi
mereka

iii.

menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan


hasilan kurikulum

iv.

bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik
dan jelas

v.

membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau


membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran
kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam

vi.

mempelajari perkara baru

vii.

menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar
dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten

viii.

memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan


maklumbalas yang terperincis

ix.

menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi


peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau
pentadbiran

Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran kepada Pembelajaran

Oleh kerana pentaksiran kepada pembelajaran merupakan sesuatu yang sukar untuk
dicapai dan menjejaskan pelajar dan murid secara serious, pendidik dan guru
bertanggungjawab dalam menyediakan laporan pembelajaran dengan tepat dan adil,
berdasarkan maklumat dan bukti yang diperolehi dari pelbagai konteks dan aplikasi.
Pentaksiran berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan :

i.

kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran


tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu

ii.

kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan

iii.

proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan


kebolehan atau kompetensi

iv.

kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama

v.

penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan

vi.

kaedah yang telus bagi pentaksiran

vii.

deskripsi mengenai proses pentaksiran

viii.

strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat
keputusan

Dengan bantuan pendidik dan guru, pelajar dan murid boleh mengharapkan tugasan
pentaksiran kepada pembelajaran sebagai pentas untuk mereka mempamirkan kompetensi
atau kebolehan dan juga halatuju persembahan pembelajaran.

Ciri Pentaksiran Pembelajaran


Pendekatan

Tujuan

Pentaksiran

Penghakiman mengenai

Kepada

penempatan, peningkatan,

Pembelajaran

penghargaan dan sebagainya

Pentaksiran Untuk Maklumat bagi hasilan


Pembelajaran
Pentaksiran
Sebagai
Pembelajaran

pembelajaran guru

Rujukan

Pentaksir

Murid

Guru

Pentaksiran
piawai luar atau

Guru

harapan

Penilaian kendiri dan pembetulan

Matalamat kendiri

sendiri

dan piawai luaran

Murid