Anda di halaman 1dari 2

AZAMKU DEMI PERJUANGAN ISLAM

Aku berazam akan menjadi seorang yang mengingati Allah setiap masa dan
ketika.
Aku berazam menjadi orang yang sentiasa menghormati prinsip perjuangan
dan sunnah Rasulullah saw
Aku berazam akan mendidik diriku agar patuhi dengan suruhan dan larangan
Allah swt
Aku akan beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari.
Aku berasa kesal di atas dosa-dosa yang aku lakukan dan berjanji akan sentiasa
bertaubat kepada Allah swt.
Aku berazam akan memastikan rasa riak dan takbur tidak mengaburi fitrah
amalku.
Aku berazam akan memanifestasikan kesyukuranku terhadap segala nikmat
yang telah dikurniakan Allah kepdaku.
Aku yakin aku belum berpuas hati dengan apa yang dimiliki oleh umat Islam
sekarang.
Aku berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh merealisasikan konsep
amar maruf dan nahi mungkar dalam hidupku seharian.
Aku akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa, keluarga dan
sahabatku.
Aku berazam untuk membantu orang lain kerana Allah swt.
Aku berazam menjaga mata, telinga, mulut dan anggota lain dari melakukan
maksiat.
Aku berazam menjaga kewajipan menepati masa terutama solat fardhu.
Aku berazam untuk tahajjud pada setiap malam
Aku berazam untuk memperbaiki diri dengan lebih baik untuk Islam
Aku berazam untuk berwudhuk sebelum tidur
Aku berazam menghadapi kematian dengan penuh persediaan bersama
keredhaan Allah swtInsyaAllah.

- JIHAD FI SABILILLAH -

Anda mungkin juga menyukai