Anda di halaman 1dari 15

NO.

KANDUNGAN

MUKASURAT

1.

PENGHARGAAN

2.

PENGENALAN

3.

KESAN KEPADA NEGARA,

MASYARAKAT, IBUBAPA, DAN JUGA


DIRI SENDIRI

4.

CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

SEBAGAI SEORANG GURU.

5.

REFLEKSI

13

6.

BIBIOGRAFI

15

7.

LAMPIRAN

1|Page

Saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Pensyarah Penasihat dan Penyelia saya Encik Zainudin Bin Ahmad yang
sentiasa memberikan bimbingan, tunjuk ajar, dorongan serta teguran membina dari
awal kajian ilmiah ini dirancangkan sehinggalah terhasilnya penulisan ini. Kepada
beliau saya amat terhutang budi.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada yang maha esa. Hanya
Tuhan yang dapat membalas segala jasa dan budi baik yang telah diberikan kepada
saya ini. KepadaNya saya berserah dan kepadaNyalah sahaja saya memohon restu
dan pertolongan.
Selain itu, saya turut ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kawan-kawan saya yang menolong saya dalam melaksnakan kerja kursus pendek
ini. Mereka sentiasa memberi nasihat kepada saya mengenai tugasan ini dan selalu
mengajar saya dalam tugasan ini.
Akhir

sekali,

kepada

seluruh

ahli

keluarga

saya,

rakan-rakan

seperjuangan,sahabat handai seterusnya orang perseorangan yang telah membantu


saya dalam menyempurnakan kajian ilmiah ini, saya ucapkan ribuan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.

VASUMATHY BALAKRISHNAN
3PPISMP (PRA/PJ/MU)

2|Page

Fenomena lelaki lembut ini sudah lama

berlaku

khususnya di negara Barat dan mereka bebas untukmenjalankan


kegiatan mereka. Sekiranya kegiatan mereka ini dihalang dan
disekat, golongan ini akan menentang kononnya ini adalah hak
asasi mereka yang tidak boleh dicabuli. Kegiatan ini juga
diterima masuk ke Malaysia dengan dapat disekat proses
perkembangannya. Walau bagaimanapun, fenomena golongan
lelaki lembut ini menular sedikit demi sedikit dan kemudiannya
semakin bertambah dan menular di tengah masyarakat biarpun
kehadiran mereka kurang disenangi oleh kebanyakan individu.

3|Page

Di era globalisasi dan pembangunan ke arah Malaysia maju telah wujud satu
fenomena tentang individu yang terkeliru mengenai identity mereka. Mereka adalah
lelaki lembut yang lebih dikenali dalam kalangan kehidupan masyarakat umum
dengan istilah mak nyah, pondan, bapok dan adik. Mereka dilahirkan sebagai
lelaki tetapi mempunyai kelakuan, perasaan, dan naluri sebagai wanita. Mohd Ashraf
Hafiz Abd Aziz, 25 merupakan salah seorang pemuda yang berhasrat untuk
menukar jantina dan nama daripada lelaki kepada perempuan sesudah sahaja
berjaya menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd Aziz. Beliau telah
mencetuskan kontroversi apabila membawa kesnya untuk mendapatkan kebenaran
menukar nama. Walaubagaimanapun, perundangan yang boleh membenarkan
permohonan pempetisyen tersebut kerana jantina seseorang manusia ditentukan
semasa mereka lahir dan pembedahan tidak dapat menukarkan jantina seseorang.
Isu hangat ini, menemuhi jalan penyelesaian setelah Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz
meninggal dunia kesan daripada tekanan perasaan yang dihadapinay. Persoalanya,
adakah perbuatan Mohd Ashraf ini memberi kesan kepada diri dia sahaja? Terdapat
beberapa golongan yang turut menerima kesan hasil daripada perubatan pemuda
seperti Mohd Ashraf.

INDIVIDU
Individu yang melibatkan diri dalam gejala penukaran jantina ini akan
menerima kesan tidak terkira dalam jangka masa pendek atau panjang. Masyarakat
akan pandang serung terdapat individu yang melibatkan diri dalam gejala ini.
Maruah diri individu tersebut akan terjejas. Contohnya, seseorang lelaki yang
berkelakuan perempuan akan menjadi ganjil dalam kalangan lelaki yang dan
perempuan biasa. Keganjilan ini membawa kepada masyarakat pandang serung
terhadap individu tersebut. Buktinya, Mohd Ashraf yang berusia 25 tahun dan
berkelulusan dalam bidang perubatan turut dipandang serung oleh masyarakat.
4|Page

Apatah lagi, lelaki lembut yang tidak mempunyai apa jua kerjaya. Hal ini demikian,
golongan mak nyah adalah manusia yang ganjil dalam kalangan lelaki dan
perempuan yang biasa.
Selain daripada itu, individu tersebut turut boleh dijangkiti penyakit. Perkara
ini terjadi kerana penukaran jantina tidak berlaku secara semula jadi. Manakala,
terdapat pembedahan kahas untuk penukaran jantina dan pembedahan tersebut
adalah pembedahan yang berisiko tinggi sehingga membawa kematian. Kajian
menunjukkan kebanyakan individu yang menukar jantina awal meninggal dunia
berbanding dengan manusia lain. Buktinya, Mohd Ashraf yang membuat
pembedahan menukar jantina meninggal dunia dalam lingkungan setahun.
Tambahan pula, individu seperti ini turut akan mengalami tekanan emosi atau
mental. Kebiasaannya individu seperti ini akan diejek oleh orang ramai. Ada
segelintir masyarakat yang membuli golongan lelaki lembut ini. Perbuatan orang
sekeliling yang kurang menyenangkan ini akan menyakitkan hati golongan tersebut
dan membawa kepada tekanan emosi atau mental. Terdapat salah satu surat
kahabar di negara kita yang menyatakan bahawa Mohd Ashraf mangalami tekana
emosi yang tinggi sehingga memasuki ICU dan akhirnya meninggal dunia. Perkara
ini secara tidak langsung menjadi salah satu bukti bagi penyataan saya diatas.

IBUBAPA/ KELUARGA
Bukan sahaja individu yang melibatkan diri dalam gejala ini sahaja yang
menghadapi

impakdaripada perbuatanya manakala, ibubapa mereka turut

menerima impak. Imej keluarga akan terjejas kesan daripada perbuatan ini.
Sekiranya, seseorang anak melibatkan diri dalam gejala penukaran jantina maka
saudara-mara, jiran setempat akan pandang rendah terhadap keluarga itu. Bukan
sahaja mereka pandang rendah terhadap keluarga ataupun ibubapa yang menjadi
pemimpin keluarga itu ada juga segelintir masyarakat yang berpendapat ibubapa
tidak memainkan paranan yang betul dalma membimbing anak-anak mereka
sehinggan mereka melibatkan diri dalam gejala ini. Ibubapa Mohd. Ashraf turut
beraa malu dan menyesal dengan perbuatan dia. Perkara ini secara langsung
memberi tekanan emosi dan mental kepada ibu bapa mereka.

5|Page

MASYARAKAT
Lebih-lebih

lagi, gejala penukaran jantina turut memberi impak kepada

masyarakat. Imej sesebuah masyarakat akan terjejas dan mereka dipandang rendah
juga oleh masyarakat laindenga peningkatan gejala ini. Hal ini demikian kerana,
gejala ini merupakan gejala yang tidak senonok serta sesiapa yang melibatkan diri
dalam gejala ini dianggap manusia yang tidak normal. Ini yang menyebabkan imej
masyarakat terjejas akibat gejala penukaran jantina.
Selain daripada itu, budaya barat yang lain akan tersebar kesan daripada
gejala penukaran jantina ini. Budaya timur yang kita diwarisi secara turun temurun
akan pupus sekiranya gejala ini meningkat. Budaya barat seperti pergaulan bebas,
cara pemakaian yang menjolok mata, dan lain-lain ini akan tersebar akibat daripada
gejala ini. Kesanya, tidak dapat dilihat pada masa kini tetapi dapat melihat pada
generasi akan datang. Budaya barat ini adalah budaya negatif yang tidak sepatutnya
diikuti oleh kita.

NEGARA
Pada masa yang sama, gejala penukaran jantina ini turut meningkatkan
gejala ini turut meningkatkan gejala social dalam kalangan masyarakat terutamanya
pelacuran. Golongan yang melibatkan diri dalam gejala penukaran jantina ini kerap
melakukan pelacuran. Hal ini demikian kerana, biasanya sesipa yang melibatkan
diri dalam gejala ini akan disingkirkan oleh masyarakat lain dan mereka jarang
mendapat kerja yang elok. Apakah caranya untuk mereka menyara kehidupan
mereka ? Bagi menyara kehidupan mereka terpaksalah melibatkan diri dalam kritis
pelacuran serta secara tidak langsung meningakatkan gejala social dalam kalangan
masyarakat khususnya pelacuran. Kritis pelacuran membawa kepada kesihatan
seseorang terjejas. Penyakit seperti HIV akan tersebar dalam kalangan masyarakat
dan ini membawa kepada tanggapan yang kurang baik terhadap negara kita oleh
negara-negara lain. Secara tidak langsung ia dapat menjejaskan nama dan imej
negara kita dalam kalangan negara-negara lain.
Impak gejala ini tidak terhenti disitu saja, maka ia memberii kesan kepada
kadar kelahiran dan kematian terganggu. Kadar kelahiran akan menurun manakala
6|Page

kadar kematian akan meningkat kesan daripada gejala ini. Sekiranya, kebanyakan
masyarakat menukar jantina maka kuranglah golongan lelaki dalam kalangan
masyarakat. Seperti mana yang kita tahu bagi malahirkan seseorang bayi hubungan
intim antara lelaki dan juga perempuan amat penting. tetapi, lelaki yang menukar
jantina tidak mampunayai alat-alat mengandung dan mereka tidak boleh melahirkan
anak. Jika mereka tidak boleh mangandung dan melahirkan anak sudah tentu kadar
kelahiran negara menurun. Manakala, kadar kematian pula meningkat kesan
daripada gejala penukaran jantina. Pembedahan yang berisiko ini mambawa
kematian dalam jangka masa yang pendek. Sekiranya, lebih ramai penduduk negara
yang melakukan pembedahan ini dan meninggal dunia dalam jangka masa yang
cepat maka ia akan membawa kepada kadar kematian meningkat.
Tambahan pula, tuntutan untuk perkara seperti tandas, borang, pendidikan,
perubatan akan meningkat sekiranya gejala ini bermaharajalela di negara kita. Hal
ini demikian kerana, masyarakat lain kurang senang untuk berkongsi kemudahan
awam dengan golongan ini. Maka, konflik akan berlaku antara manusia biasa
dengan golongan ini. Bagi menyelesaikan konflik ini kerajaan terpaksalah
menyediakan kemudahan yang khas untuk golongan lelaki lembut ini.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, gejala penukaran jantina memberi impak yang amat
berbahaya

kepada

individu,

ibubapa, masyarakat

dan

juga negara. Bagi

menyekatkan kritis penukaran jantina bermaharajalela di negara kita, kita


hendakalah mengambil beberpa langkah yang boleh mengurangkan impak-impak ini
di negara kita. Oleh yang demikian, semua pihak hendaklah berganding bahu dalam
melakukan beberapa aktiviti-aktiviti yang dapat mengurangkan kritis gejala
penukaran jantina.

7|Page

Manusia merupakan ciptaan Tuhan yang sempurna baik dari segi fizikal dan
rohaninya. Manusia diciptakan berpasangan lelaki dan perempuan. Manusia yang
pertama diciptakan oleh Tuhan adalah Adam iaitu seorang lelaki. Kemudian
diciptakan Hawa iaitu seorang wanita pelengkap kepada penciptaan-Nya. Keduaduanya diciptakan dengan sempurna dan mempunyai perbezaan zahir dan batin.
Tuhan menciptakan lelaki dengan watak yang berbeza daripada perempuan. Lelaki
mempunyai tingkahlaku yang keras manakala perempuan pula mempunyai sifat
lemah lembut. Lelaki dan perempuan mempunyai tanggungjawab dan peranan
tertentu. Secara umumnya, mereka diciptakan sebagai khalifah di muka bumi untuk
mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Lelaki diciptakan sebagai pemimpin bagi
wanita dan wanita sebagai tulang belakang dan pembantu kepada kaum lelaki.
Tetapi, dalam era globalisasi ini masalah baru timbul dalam kalangan masyarakat
kita. Contohnya, masalah pertukaran jantina. Ia merupakan salah satu masalah
sosial yang semakin hangat di negara kita. Tanggungjawab setiap individu amat
penting dalam membendunga kritis ini.
Sebagai seorang bakal guru, saya berasa tanggungjawab saya amat penting
dalam membendung gejala sosial ini. Sekiranya, gejala sosial ini bermaharajalela di
negara kita maka, impak yang dihadiahkan oleh gejala ini juga bermaharajalela. Hal
ini demikian kerana, gejala social ini bukannya gejala yang baik. Oleh kerana itu,
sekiranya saya berjumpa dengan pelajar yang melibatkan diri dalam gejala ini, saya
akan mengambil beberapa langkah dan memberi cadangan kepada mereka bagi
membendung kritis ini.
Terlebih dahulu, saya akan mencari punca kritis ini berlaku pada diri pelajar
yang melibatkan diri dalam gejala negatif ini. Saya akan membuat kajian terhadap
pelajar tersebut supaya saya dapat tahu dari mana pelajar tersebut terpengaruh
dengan gejala ini. Kebiasanya, pelajar akan terpengaruh dengan keluarga atau
rakan sebaya sahaja. Sekiranya, dalam keluarga pelajar tersebut mempunyai warga
perempuan yang majority, maka sudah tentu lelaki yang lahir dalam keluarga
8|Page

tersebut turut mempunyai sifat-sifat perempuan dan naluri perempuan. Hal ini
demikian kerana, sejak kecil mereka hanya bergaul dengan warga perempuan dan
tidak mempunyai peluang untuk bergaul dengan warga mereka sendiri iaitu warga
lelaki.
Apabila saya berjumpa dengan pelajar yang terpengaruh dalam gejala ini
akibat daripada isu keluraga saya akan berjumpa dengan ahli keluarga pelajar
tersebut. Saya akan menasihati ahli keluarga pelajar tersebut terutamanya ibubapa
pelajar tersebut supaya sentiasa memerhatikan pelajar tersebut. Saya juga akan
mengadakan sesi perjumpaan dengan pelajar dan juga ibubapa pelajar yang terlibat
dalam gejala ini dari semasa ke samasa. Saya akan menjelaskan kepada ibubapa
pelajar tersebut mengenai perubahan kelakuan dalam diri anak mereka seperti
mencuba untuk memakai pakaian perempuan, cara interaksi dengan orang lain
sebagai seorang perempuan, sentiasa berkawan dengan perempuan dan lain-lain
lagi. Saya juga memberitahu ibubapa pelajar tersebut langkah-langkah yang boleh
diambil oleh mereka seperti manghantar mereka untuk aktiviti yang bersifat lelaki
seperti bermain bola sepak, belajar silat dan lain-lain lagi. Saya percaya langkah
saya ini dapat memberi gambaran kepada ibu bapa pelajar yang melibatkan diri
dalam gejala penukaran jantina supaya apa yang mereka patut melakukan sekiranya
menghadapi masalah ini.
Saya tahu bukan saja isu keluarga sahaja yang menjadi punca kepada gejala
ini. Mnakala, ketidakseimbangan hormon dalam diri seseorang pelajar tertentu juga
turut menjadi punca kepada pertukaran jantina mereka. Ambiguous genitalia
merupakan

individu yang mengalami keadaan kecacatan jantina. Beliau

mangalami penyakit Testicular Feminisation Syndrome iaitu mempunyai alat kelamin


sempurna tetapi genetiknya berbeza dan cacat organ dalaman.
Ini membuktikan kita bahawa kekeliruan dalam jantina seseorang disebabkan
oleh dua faktor utama iaitu psikologi dan biologi. Terdapat dua penyakit disebabkan
masalah hormon yang mengakibatkan kekeliruan jantina iaitu Congetinal Adrenal
Hyperplasia dan Testicular Feminization Syndrome. Congenital Adrenal Hyperplasia
(CAH) secara genetik adalah perempuan tetapi membesar menjadi seorang lelaki.
Ciri-ciri mereka ini adalah seperti mempunyai rahim dan ovari, hormon lelaki
yang berlebihan disebabkan oleh penghasilan hormon ini yang berlebihan oleh
9|Page

kelenjar adrenal, individu ini akan membesar dengan mempunyai sifat lelaki
walaupun secara genetiknya adalah perempuan. Pada masa yang sama, Testicular
Feminization Syndrome (TSF) pula secara genetik adalah lelaki tetapi membesar
menjadi seorang perempuan. Ciri-ciri mereka pula adalah seperti mempunyai paras
hormon lelaki yang normal tetapi alat kelamin tidak respon terhadap hormon
tersebut, alat kelamin luaran menyerupai wanita tetapi tidak mempunyai sistem
peranakan wanita serta mempunyai ciri-ciri kewanitaan.
Sekiranya saya berjumpa dengan pelajar yang melibatkan diri dalam gejala ini
disebabkan punca hormone langkah saya berbeza daripada palajar yang
terpengaruh dengan isu keluarga. Dalam hal ini, saya berpendapat saya tidak dapat
menghalang perkembangan hormone mereka. Oleh itu, apa yang saya dapat
melakukan adalah hanya menasihati pelajar-palajar lain supaya tidak mengejek
pelajar yang mengalami syndrome ini. Saya akan menjelaskan kepada pelajarpelajar yang lain yang normal dari segi hormone apa yang berlaku pada diri pelajar
yang yang tidak normal itu. Saya percaya pelajar-pelajar lain dapat mendapat
gambaran terhadap kenapa pelajar yang tidak seimbang dari segi hormone itu
berperangai ganjil dan berhenti mengejek atau membuli palajar yang abnormal itu.
Selain daripada itu, saya juga akan membawa pelajar tersebut berjumpa
dengan doctor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Saya akan
berkerjasama dengan sekolah untuk mengumpul duit untuk rawatan penyakit yang
dihadapi oleh pelajar tersebut sekiranya keluarga pelajar tersebut tidak berupaya
untuk membiayai bayaran perubatan pelajar tersebut demi kehidupan pelajar tidak
akan tergantung atau berubah pada masa yang akan datang.
Tambahan pula, selain mencari punca pertukaran jantina, membawa mereka
berjumpa dengan doktor, menasihati ibu bapa secara tidak langsung saya akan
memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar berkenaan secara persendirian.
Pada masa yang sama , saya juga akan menjelaskan masalah yang dihadapi oleh
pelajar berkenaan kepada guru kaunseling serta meminta beliau untuk memberi
kaunseling kepada pelajar tersebut. Saya melaksanakan cadangan ini kerana jika
kita memberi nasihat ataupun memarahi mereka apabila melihat aktiviti atau cara
pergaulan mereka di depan pelajar lain ia akan melahirkan perasaan merendah diri
dalam diri mereka. Keadaan sebegini akan membuka peluang kepada pelajar sekitar
10 | P a g e

yang belajar di sekolah itu membuli pelajar tersebut. Oleh sebab itu, saban hari
pelajar berkenaan akan semakin tertekan dalam diri mereka. Ini akan menyebabkan
mereka tidak dapat menumpukan perhatian mereka dalam pendidikan serta aktiviti
harian mereka. Ini yang menyebabkan saya memberi nasihat dan bimbingan serta
dorongan kepada pelajar tersebut secara tidak langsung dan bukan secara
langsung. Saya membuat sedemikian kerana, saya ingin memberi peluang kepada
pelajar tersebut untuk memikirkan secara kritis terhadap masa depan serta kesan
yang akan timbul dalam kehidupannya jika dia menukar jantina pada masa yang
akan datang .
Di samping itu, saya juga akan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar lain
supaya mereka tidak membuli pelajar yang mengalami masalah pertukaran jantina.
Pada masa yang sama saya haruslah memberi penerangan jelas tentang masalah
ini supaya mengelakkan mereka dari mengejek pelajar yang bermasalah.
Selain itu, didikan agama serta moral haruslah diajar untuk pelajar tersebut
untuk memupuk sikap positif dalam diri mereka di sekolah dan juga di rumah.
Dengan pemupukan didikan ini mereka dapat berfikir secara mendalam dalam diri
sendiri mereka demi membendung masalah yang dia menghadapinya.
Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab ke
atas perasaan serta keadaan minda pelajar saya juga akan menyiasat pelajar
tersebut bahawa adakah dia dalam keadaan tertekan akibat daripada perubahan
yang berlaku dalam diri mereka. Jika mendapat tahu bahawa pelajar tersebut
menghadapi masalah emosi saya akan memberi penjelasan yang teliti terhadap
langkah mengawal tahap emosi serta mengurangkan tekanan pelajar tersebut. Saya
boleh menasihatinya supaya apabila pelajar tersebut tertekan maka dia haruslah
menguruskan emosi mereka dengan meluahkan emosi kendiri dalam bentuk
penulisan,

berfikir

secara

positif

serta

menggunakan

terapi

seperti

zikir,

muzik,seni,yoga dan lain-lain lagi. Dengan cadangan ini saya dapat menangani
masalah tekanan dalam diri pelajar tersebut serta lama kelamaan dapat menukarkan
pemikiran pelajar tersebut yang ingin menukar jantina.
Kesimpulanya, bukan guru sahaja yang berperanan untuk membendung
masalah ini malah semua institusi masyarakat mempunyai peranan mereka yang
tersendiri. Konklusinya, jika semua golongan dalam institusi masyarakat ini
11 | P a g e

memainkan peranan mereka dengan sempurna maka kita dapat mengatasi masalah
yang semakin mencabar serta berleluasa di negara kita demi melahirkan generasi
yang berwawasan pada masa hadapan. Bak kata perpatah pemuda harapan
bangsa pemudi tiang negara. Oleh kerana itu, semua pihak perlulah berganding
bahu dalam mengatasi kritis ini demi melahirkan pemuda yang menjadi harapan
negara dan pemudi yang menjadi tiang negara.

12 | P a g e

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Saya Vasumathy Balakrishnan dari


semester 3PPISMP (PRASEKOLAH). Kami ditugaskan untuk melaksanakan satu
kerja kursus pendek bagi subjek Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE). Kerja kursus
ini adalah kerja kursus yang amat berbeza berbanding dengan kerje kursus yang
kami biasa melakukan dalam setiap semester. Kami diberi tajuk yang amat berbeza
iaitu berdasarkan pada situasi seperti berikut:Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz, berusia 25 tahun dan
berkelulusan dalam bidang perubatan, telah mangemparkan negara
apabila ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul
Aziz sesudah Berjaya menukar jantina. Mengikut laporan perubatan
daripada hospital, Mohd Ashraf Hafiz bin Abdul Aziz dikatakan
layak menjalani sebagai wanita kerana kecenderungannya sebagai
wanita sejak kecil dan ketidaknormalan agen seksual

Daripada situasi ini, kami telah diarahkan untuk membincangkan kesan-kesan


yang didapi oleh institusi masyarakat iaitu negara, masyarakat, ibu bapa serta diri
sendiri akibat daripada pertukaran jantina yang kian berlaku di negara kita. Terdapat
beberapa kesan seperti kesan kepada kesihatan, imej, kadar kelahiran dan kematian
serta lain-lain lagi yang saya bincangan dalam soalan ini. sebelum membuat soaln
ini saya telah melakar peta minda supaya dapat menulis karangan yang lagak baik.
Selepas melakar peta minda barulah saya menulis karangan tersebut.
Dalam soalan kedua pula sebagai seorang guru kami dikehendaki memberi
beberapa cadangan untuk membendung masalah pertukaran jantina sekiranya ia
berlaku di sekolah yang kami bertugas. Bagi menyiapkan tugasan ini saya telah
mencari pelbagai maklumat daripada perpustakaan, internet dan juga surat khabar.
Selepas itu, saya juga turut berjumpa dengan beberapa pensyarah untuk
mendapatkan pengetahuan terhadap kerja kursus yang dilaksanakan ini. Saya telah
berasa tenang serta gembira apabila melaksanakan kerja kursus ini dengan
13 | P a g e

sempurna. Dengan melaksanakan kerja kursus ini saya dapat tahu banyak kesan
yang dihadapi oleh institusi masyarakat dari segi negara, masyarakat, ibu bapa serta
diri sendiri. Pada masa yang sama, sebagai seorang guru saya juga dapat
mengemukakan beberapa cadangan untuk membendung masalah pertukaran
jantina sekiranya masalah sedemikian berlaku di sekolah.
Sehubungan dengan itu, saya berharap saya akan mengaplikasikan cadangancadangan yang dikatakan di atas sekiranya bertemu dengan pelajar yang
menghadapi masalah demikian. Dengan melaksanakan kerja kursus ini saya juga
dapat pandangan yang positif semasa mengambil keputusan yang sewajarnya
terhadap pelajar tersebut. Di samping itu, saya menggunakan kesempatan ini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik.Zainudin Bin Ahmad pensyarah
KKE yang sudi memberi kerja kursus ini kepada kami.
Sekian, terima kasih.

14 | P a g e

BUKU
A.J.Michael, 2006, Kompetensi Kecerdasan Emosi, Percetakan Sentosa
(K.L.) SDN.BHD.
INTERNET
http://berita.cari.com.my/news.php?id=8784
http://www.bharian.com.my/articles
http://202.71.99.84/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan

15 | P a g e