Anda di halaman 1dari 2

Aku segera bergegas ke arah suara jeritan tersebut.

Alangkah
terkejutnya aku apabila melihat kaki pembantu rumah aku
berdarah.Pembantu rumahku,Fatimah meraung kesakitan.Tanpa
membuang masa,aku mengambil peti kecemasaan dari bilik
ayahku.Fatimah memberitahu aku bahawa betis kirinya berasa
sakit.Rupa-rupanya dia terhantuk pada bucu meja.
Aku menggunakan ubat-ubatan yang terdapat di dalam peti
kecemasan seperti minyak gamat,pembalut dan sebagainya.Setelah
melihat betisnya aku berasa risau kerana betis kirinya lebam dan
berdarah tidak henti-henti.Aku cuba menghentikan darah daripada
terus mengalir.Fatimah membiarkan air matanya gugur bak manik
putus tali kerana rasa sakit yang teramat.
Aku berasa kasihan melihat keadaan Fatimah yang cuba menahan
sakit tapi tidak mampu.Aku menyuruh Fatimah supaya bertenang.Aku
memanggil ibu bapaku dan memberitahu apa yang telah terjadi.Aku
menolong bapaku memapah Fatimah ke dalam kereta untuk dibawa ke
hospital.Fatimah kelihatan sungguh lemah.
Sepanjang perjalanan,aku sentiasa membantu Fatimah untuk
mengurangkan kesakitannya kerana bimbang dia akan rasa tidak
selesa.Setelah beberapa minit kemudian,kami pun sampai di
hospital.Walaupun hospital tersebut sarat dengan pesakit,namun
Fatimah di dahulukan oleh para jururawat kerana cederanya agak
parah.

Sementara menunggu di luar bilik rawatan,aku sempat doa agar


kecederaan Fatimah tidak teruk.Wajah ibu bapaku kelihatan sangat
risau.Sebaik sahaja pintu bilik pintu rawatan terbuka,aku dan ibu
bapaku bersyukur kerana Fatimah dalam keadaan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai