Anda di halaman 1dari 2

http://cikgusharifahofficial.blogspot.

com/2013_04_01
_archive.html
Lukisan
Pengenalan Lukisan

Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna "pigmen" cair
dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas,
kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia
merupakan karyanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.
Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah. Lukisan awal
telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang
aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di
Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.

Contoh lukisan yang dijumpai di Gua Tambun, Ipoh Perak


Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan
dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan
berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan
mereka pada zaman dulu.

Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas
pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titiktitik , lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej
diatas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan
untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula
daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan,
kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat
melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang
pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada
objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak
berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu
mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik . Lukisan yang
menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam
berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis
serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek memperkembangkan lukisannya