KERTAS CADANGAN HARI ORIENTASI TAHUN 4 1. Nama Program :Hari Orientasi Tahun Emp
at Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud
2.
Pengenalan. Program Orientasi atau suai kenal adalah antara program yang amat pe
rlu didedahkan kepada murid-murid. Selain daripada memberikan pendedahan terhada
p kepelbagaian subjek, ia juga memberikan peluang kepada murid-murid tahun 4 unt
uk mengenali para pentadbir serta guruguru yang terlibat atau bertugas di sesi p
agi. Secara keseluruhan bolehlah dikatakan bahawa program ini menjurus kepada pe
mbentukkan konsep pembelajaran yang terancang untuk murid-murid tersebut atau da
lam erti kata lain pembelajaran yang telah didedahkan dengan terpeinci kepada me
reka agar mereka faham serta tahu dengan sukatan yang bakal dipelajari. Pengisia
n program ini keseluruhannya berbentuk orientasi iaitu suai kenal, sama ada info
subjek ataupun info untuk perkara-perkara yang lainnya seperti kegiatan koku, t
enaga pengajar, para pentadbir serta setaf sokongan dan lain-lainnya.
3.
Rasional. Program ini adalah untuk memastikan bahawa semua murid yang menyertain
ya mendapat manfaat dari segi kefahaman yang lebih baik terhadap situasi pembela
jaran, sosial dan persekitaran yang baru. Ia juga turut menyediakan pakej suai k
enal yang komprehansif kerana melibatkan dari setinggi-tinggi jawatan pentadbira
n hinggalah kepada tukang masak di kantin, tukang kebun serta penyelenggara kebe
rsihan di sekolah. Penekanan yang diberikan adalah info berupa pengetahuan disus
uli dengan etika sosial yang patut diamalkan agar murid-murid berakhlak mulia. D
i samping itu, pengisian program daripada unit Bimbingan turut diselitkan dalam
bentuk sahsiah serta disiplin diri.
4.
Matlamat 4.1 Melahirkan murid berakhlak mulia. 4.2 Menyedarkan murid terhadap su
katan yang bakal ditempuhi. 4.3 Mendidik murid agar mengerjakan kebajikan.
5.
Objektif. 5.1 Peserta mengenali serta menghormati semua warga sekolah. 5.2 Peser
ta tahu tentang sukatan matapelajaran yang akan diambilnya sepanjang sesi 2011 5
.3 Peserta tahu tentang aktiviti serta program yang akan dilaluinya sepanjang se
si 2011
6.
Tema Pelajar Cemerlang Sekolah Gemilang
7.
Jangkamasa Orientasi Program ini dijalankan pada sesi pagi selama 3 jam pada 5 J
anuari 2011
Unit Bimbingan & Kaunseling
Page 1
Page 3