Anda di halaman 1dari 17

Senarai Kandungan

Bil.
1.

Isi Kandungan
Artikel : Berita Murid pecah gegendang telinga

Muka Surat
12

ditampar guru
2.

Kemungkinan sebab-sebab berlakunya

37

ketidakstabilan emosi berpandukan berita


3.

Cadangan bagaimana situasi dapat diatasi

8 10

berdasarkan Model Kompetensi Kecerdasan


Emosi
4.

Bibliografi

11

5.

Lampiran

12 14

Berita : Murid pecah gegendang telinga ditampar guru

2010/05/26 - 06:08:21 AMCetakEmel Kawan


KODIANG:

Seorang

murid

Tahun

Lima

sekolah

rendah

di

sini,

berkemungkinan pekak selepas telinga kirinya ditampar seorang guru lelaki


hingga menyebabkan gegendangnya pecah, Khamis lalu.
Selain pecah gegendang telinga, mangsa, Mohd Khairil Azry Zulkifli, 11, turut
mengalami bengkak di dahi apabila kepalanya terhentak ke dinding selepas
ditampar guru lelaki berusia 40-an dalam kejadian jam 12.45 tengah hari di
Sekolah Kebangsaan Siputeh, Padang Sera, di sini.
Kejadian itu bermula apabila seorang guru wanita mengarahkan murid kelas
itu, termasuk Mohd Khairil berpindah dari tingkat dua ke tingkat bawah blok
bangunan sekolah itu yang sedang digunakan murid Tahun Tiga bersama
guru lelaki terbabit.
Difahamkan tindakan Mohd Khairil memasuki kelas itu bersama tiga rakannya
ketika guru lelaki itu masih berada dalam kelas berkenaan mengundang
kemarahannya.
Berikutan itu, guru terbabit memarahi Mohd Khairil serta tiga murid lain
sebelum menampar keempat-empat mereka. Seorang daripada mereka turut
cedera ditampar. Bapa mangsa, Zulkifli Romli, 45, berkata, beliau hanya
mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Che Waqi Baharom, 45,
memberitahu ada kesan darah di telinga kiri anaknya yang mengadu sakit
telinga.
1

Isteri memaklumkan selepas balik ke rumah pada jam 1.30 tengah hari, anak
saya tidak seperti biasa dan terus tidur sebelum mengadu sakit telinga. Saya
mendesak dia memberitahu perkara sebenar sebelum mengetahui dia
ditampar gurunya.
Kami kemudian ke sebuah klinik di Arau, Perlis sebelum dirujuk ke Hospital
Tunku Fauziah, Kangar pada jam 9 malam.
Anak saya dirujuk kepada pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) yang
kemudiannya mengesahkan gegendang telinga kirinya pecah, malah
pemeriksaan

juga

menunjukkan

anak

saya

mengalami

masalah

pendengaran, katanya ketika ditemui semalam.

Jelaskan kemungkinan sebab-sebab berlakunya ketidakstabilan emosi


berpandukan berita yang saya perolehi.

Dewasa kini, dunia seolah-olah tidak memberikan penghormatan


sepenuhnya kepada guru seperti mana masa dahulu. Kini, integriti seseorang
guru diragui. Masyarakat seolah-olah tidak lagi mempercayai guru seratus
peratus. Terdapat segelintir masyarakat menunding jari ke arah pihak guru
dan menyalahkan guru sepenuhnya atas kerosakan masyarakat yang berlaku
pada masa kini. Mengapakah hal sedemikian berlaku? Apakah kesilapan
yang telah dilakukan oleh guru sehingga masyarat sudah tidak lagi
menyanjungi profesion mulia ini?
Marcapada ini, kes penderaan pelajar semakin hari semaki meningkat.
Isu hangat diperkatakan bukan sahaja di warung kopi malah di ala parlimen.
Anak-anak muda ini merupakan aset Negara. Pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang Negara. Mereka merupakan anugerah Tuhan yang amat
berharga kepada kita. Namun begitu, kita senantiasa mendengar pelbagai
kes penderaan pelajar berlaku di sekolah semakin berleluasa sebagaimana
yang diperdengarkan di corong radio, disiarkan dalam akhbar dan juga
televisyen. Dalam berita yang telah saya cari, kita dapat lihat seorang pelajar
pecah gegendang telinga selepas ditampar oleh guru. Guru itu berasa marah
dengan tingkah laku pelajar berkenaan yang lewat masuk kelas dan keluar
masuk kelas sesuka hati. Akibat tidak tahan dengan kerenah pelahar tersebut,
maka dia telah menampar pelajar itu. Mengapa guru itu berbuat sedemikian?
Persoalannya, apakah punca- punca yang menyebabkan guru yang

diibaratkan lilin kepada pelajar mendera anak-anak pelajar? Tepuk dada


tanya selera.
Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak punca yang menyebabkan
berlakunya kes penderaan pelajar seperti dalam berita yang telah saya cari.
Menerusi kes pelajar pecah gegendang selepas ditampar oleh guru, saya
berpendapat bahawa guru berkenaan mungkin menghadapi tekanan di
tempat kerja. Masalah dan tekanan menyebabkan mereka melepaskan
perasaan geram terhadap pelajar. Guru berkenaan mungkin sebelum ini
dimarahi oleh pengetua kerana prestasinya yang tidak baik. Sekiranya dia
tidak dapat mengawal emosinya, dia akan melepaskan perasaannya ke atas
pelajar. Keadaan bertambah teruk dengan tabiat anak-anak pelajar yang
masih kecil dan suka merengek kerana perkara yang kecil. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Profesor Dr. Robiah Sidin.
Beliau berpendapat punca guru bertindak keterlaluan mungkin kerana
menghadapi tekanan jiwa akibat beban kerja yang terlalu banyak,
tanggungjawab semakin berat dan tuntutan masyarakat yang menggunung
terhadap guru. Bukan itu sahaja, guru tersebut mungkin berasa tertekan
dengan tugasan dan kerja yang berat sehingga melakukan kesalahan seperti
ini. Kita semua sedar bahawa profesion sebagai guru pada masa kini
mempunyai beban yang berat jika dibandingkan dengan guru pada masa dulu.
Kini mereka perlu berdepan dengan bilangan pelajar yang dua kali ganda
banyaknya daripada dahulu. Maka, guru itu menghadapi stres dan tidak
mempunyai cara yang baik untuk menanganinya sehingga dia tidak dapat
mengawal emosi serta melepaskan geram ke atas pelajarnya.

Hal ini bertambah teruk apabila guru tersebut mungkin mempunyai


pengurusan emosi yang tidak stabil. Walaupun profesion guru amat
disanjungi oleh masyarakat, namun guru masih seorang manusia biasa yang
tidak lepas daripada tekanan dan stres. Bebanan tugas guru masa kini
semakin hari semakin bertambah dengan kehendak sektor pendidikan yang
semakin kompleks dan rumit. Menurut Yip Wing Hong, 2010, seseorang akan
melakukan apa sahaja apabila emosinya tidak dapat dikawal. Mereka akan
bertindak tanpa berfikir kesan buruk yang akan berlaku atas kelakuannya itu.
Begitu juga degan guru yang melakukan kesalahan mendera pelajar seperti
dalam kes ini. Dia tidak berfikir panjang dan terbawa-bawa dengan emosinya.
Perkara ini bukan sahaja menyebabkan pelajar dijatuhi hukuman yang tidak
sepatutnya. Malah, guru itu juga bertindak tanpa kawalan seperti mana yang
dikehendakinya pada ketika itu. Kita juga dapat melihat contoh lain
seperti kejadian 22 murid ditampar oleh guru besar Tuaran, Sabah serta
tujuh pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Long Lama di Baram,
dipukul oleh warden dengan rotan sebanyak 10 hingga 20 kali kerana
mengotorkan kawasan asrama. Guru berkenaan mempunyai keadaan yang
sama seperti dalam kes pelajar pecah gegendang selepas ditampar oleh guru.
Di samping itu, guru tersebut mungkin mempunyai tekanan kenaikan
pangkat. Dia iri hati dengan guru yang lain terutamanya guru yang baru keluar
dari universiti yang boleh mendapat kenaikan pangkat atau mempunyai
pangkat yang lebih tinggi daripadanya. Dia mungkin berasa tidak adil dan
cemburu dengan keadaan sedemikian sedangkan dia sendiri sudah
berkhidmat lama tetapi tidak mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat.
Hal ini secara tidak langsung mengganggu emosi guru itu sehingga sanggup
5

melakukan apa-apa sahaja untuk meningkatkan prestasi kerjanya. Keadaan


sedemikian menyebabkan guru menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh
pihak sekolah. Guru merupakan insan yang paling dekat dengan pelajar
selain daripada ibu bapa. Malah, guru dikatakan sebagai ibu bapa kedua bagi
pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar menghabiskan kebanyakan masa di
sekolah. Sekiranya relevan, segala arahan yang diberikan oleh guru perlu
dipatuhi oleh pelajar. Dalam kes gegendang telinga pelajar pecah selepas
ditampar oleh guru ini, guru telah menyalahgunakan kebebasan yang telah
pun diberikan oleh pihak sekolah. Memang niat sebenarnya bertujuan untuk
menghukum pelajar yang nakal, namun akibat emosi yang tidak terkawal
menyebabkannya melakukan perkara yang salah. Pihak sekolah memberikan
sepenuh amanah dan kepercayaan kepada guru-guru untuk menjaga pelajar
tanpa pemantauan yang terancang. Keadaan ini menyebabkan sesetengah
guru menggunakan caranya yang tersendiri untuk menyelesaikan sesuatu
masalah.
Selain itu, segelintir kes penderaan pelajar
disebabkan

guru

itu

pernah

mengalami

trauma

berlaku mungkin
dalam

zaman

persekolahannya. Sebelum ini, mereka berpendapat bahawa hukuman fizikal


seperti merotan dan mendera akan memberi manfaat. Justeru itu, guru
tersebut mungkin mengikut jejak langkah gurunya. Menurut Dr. Amin Sharrif,
pakar psikologi kanak-kanak dan remaja menjelaskan bahawa segelintir guru
yang berhadapan dengan masalah disiplin pelajar mahupun masalah
pencapaian akademik pelajar yang lemah membuat penilaian bahawa murid
perlu dihukum sebagai peringatan, pengajaran dan kesedaran kepada
mereka. Tindakan fizikal ini mengakibatkan kecederaan hingga luka dan
6

lebam membimbangkan ibu bapa pelajar. Guru berkenaan mungkin tidak


berniat berbuat demikian sehingga pelajar perlu mendapat rawatan perubatan.
Namun, sesekali emosi akan meguasai perbuatan seseorang sehingga kesan
negatif yang berlebihan akan terjadi. Mereka juga berpendapat bahawa
dengan hukuman fizikal ini, pelajar akan takut untuk mengulangi keslahan lagi.

Walau bagaimanapun, guru tersebut bertindak sedemikian mungkin


disebabkan guru itu tidak berminat dalam bidang keguruan. Menurut seorang
kaunselor Universiti Islam Antarabangsa, Asniza Mamat, salah satu andaian
punca guru bertindak ganas terhadap murid ialah guru itu sendiri tidak
berminat kepada profesion perguruan. Apabila guru itu tidak berminat dengan
profesionnya, bagaimana guru itu hendak menyesuaikan diri dengan pelbagai
kerenah pelajar yang nakal. Keadaan sedemikian ini dapt mengundang
ketidakpuasan dalam diri guru tersebut kerana terpaksa mendepani dengan
perkara yang tidak diminati ditambah pula dengan pelbagai kerenah anakanak kecil. Sudah tentu dia akan hilang kesabaran dan mudah berasa marah.
Guru merupakan seorang manusia biasa yang mempunyai emosi. Kadang
kala, perasaan marahnya sampai ke tahap di mana dia lupa bahawa dia
adalah seorang guru dan berhadapan dengan anak orang lain. Sesetengah
guru menghukum dengan tujuan untuk mendidik pelajar-pelajar yang nakal.
Kebanyakan guru masa kini yang baru tamat pengajian dan masuk sekolah
untuk mengajar sebenarnya tidak bercita-cita untuk menjadi guru. Apabila
bilangan guru berkurangan, pihak kerajaan menerima sahaja golongan yang
sebanarnya tidak sesuai untuk menjdi guru. Golongan iniliah yang
menyebabkan penderaan pelajar semakin hari semakin meningkat.

Walau bagaimanapun, guru tersebut mungkin menghidapi penyakit


bukan sahaja penyakit mental tetapi juga penyakit yang lain. Sesetengah
penyakit mental dapat mengganggu emosi, namun penyakit lain juga dapat
membawa tekanan kepada guru itu. Guru itu mungkin sedar dia menghidapi
satu penyakit yang tidak dapat diubati dan berasa tertekan dan kecewa
dengan keadaan sedemikian. Justeru itu, dia mungkin kecewa dengan
hidupnya. Emosinya terganggu dan berasa kecewa bahawa dia perlu
mendepani kematian sedangkan orang lain dapat hidup dengan bahagia
bersama-sama keluarga. Secara tidak langsung, dia akan melepaskan geram
ke atas pelajar tanpa memikir akibatnya.

Akhir sekali, punca yang mendorong kes tersebut mungkin kerana guru
tersebut menghadapi tekanan hal peribadi sendiri. Guru juga mempunyai
beban keluarga dan kewangan. Seorang guru bukan senantiasa berada di
sekolah, selepas waktu persekolahan mereka masih perlu balik ke rumah dan
berhadapan dengan anak isteri. Lebih-lebih lagi, guru yang telibat dalam kes
ini adalah seorang guru lelaki. Dia bukan sahaja menghadapi tekanan kerja
malah juga tekanan keluarga dan kewangan. Hal ini disebabkan dialah suami
dan bapa serta ketua dalam keluarga. Dia perlu menanggung segala
perbelanjaan dan hal-hal keluarga. Sebagai contoh, kes penderaan pelajar
dalam berita yang saya telah cari. Guru tersebut menghadapi tekanan
peribadi. Apabila kemarahan yang berada pada tahap yang tidak dapat
dikawal, dia lupa bahawa tanggungjawab dia sebagai seorang guru.
Emosinya mempengaruhi dia melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Kesimpulannya, pelbagai punca yang menyumbang kepada kes


penderaan pelajar di sekolah. Namun, punca utama bagi kes penderaan
pelajar ini ialah guru tidak mempunyai pengurusan emosi yang baik. Oleh itu,
ia adalah penting bagi seseorang guru mempunyai pengurusan emosi yang
baik. Model-model Kompetensi Kecerdasan emosi dapat digunakan untuk
menangani masalah ini.

Cadangan : Model Kompetensi Kecerdasan Emosi Pertama Reuven Bar - On

Kes penderaan pelajar seperti gegendang pelajar pecah ditampar guru


boleh diatasi berdasarkan Model Pertama Kecerdasan Emosi iaitu Model
Reuven Bar-On (EQ-i). model ini diperkenalkan oleh Dr. Reuven Bar-On yang
membincangkan konsep kecerdasan emosi. Hal ini menerusi model ini kita
dapat mencerminkan kebolehan kita menangani perasaan orang lain dan
perasaan sendiri serta kebolehan menyelesaikan masalah sendiri.
Model Reuven Bar-On mempunyai lima domain kecerdasan emosi iaitu
intrapersonal, interpersonal, pengurusan tekanan, penyesuaian dan mood am.
Dalam

kes

penderaan

pelajar

ini,

punca

utama

ialah

disebabkan

ketidakstabilan emosi guru akibat tekanan. Untuk menangani kes penderaan


pelajar seperti ini, domain kecerdasan emosi perlu dipraktikkan dalam guru
berkenaan. Contohnya, intrapersonal iaitu kemampuan untuk mengenal dan
mengendalikan diri sendiri.

Ia merupakan satu kemahiran mengawal

perasaan diri. Sebagai seorang guru, guru dalam kes ini perlu mempunyai
intrapersonal. Justeru itu, apabila kemarahan guru itu sampai ke satu tahap
yang tidak dikawal akibat kenakalan pelajar, dia masih dapat mengawal
perasaannya dan tidak akan bertindak ganas terhadap pelajarnya.
Bukan itu sahaja, subdomain intrapersonal sperti penjagaan diri,
kesedaran emosi dan asertif juga penting dalam menjalankan kewajipan
sebagai seorang guru yang berkaliber. Melalui kesedaran emosi, guru
tersebut akan mempunyai kebolehan untuk mengenal pasti dan memahami
emosi sendiri. Sekiranya guru itu mempunyai kefahaman terhadap emosi
10

sendiri, dia akan dapat mengawal emosinya dengan lebih baik dan kes
penderaan pelajar tidak akan berlaku.
Tambahan pula, guru itu mungkin menghadapi pelbagai tekanan
seperti tekanan kerja, keluarga, kewangan dan sebagainya. Oleh itu,
pengurusan tekanan amat penting bagi guru tersebut. Pengurusan tekanan
membolehkan guru itu mempunyai kemampuan untuk bertahan dalam
menghadapi tekanan dan mengendalikan diri sendiri atau dorongan serta
memberi tumpuan terhadap apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi, pegurusan
mempunyai dua subdomain iaitu toleransi tekanan dan kawalan dorongan.
Hal ini membolehkan guru itu dapat berhadapan dengan sebarang keadaan
genting dengan emosi yang terkawal jika dia senantiasa mempraktikkannya
dalam kehidupan seharian.
Selain itu, dalam domain penyesuaian terdapat tiga subdomain : ujian
realiti, fleksibiliti dan penyelesaian masalah. Subdomain penyelesaian
masalah adalah sangat vital. Hal ini demikian kerana dengan subdomain
dapat mengenal pasti masalah yang ada dan mencari jalan penyelesaian
yang sesuai untuk menyelesaikannya. Justeru itu, guru tersebut dapat
menyelesaikan masalah dengan baik tidak kira peribadi atau lain-lain.
Emosinya juga tidak akan terganggu kerana disebabkan perkara yang lain.
Guru itu juga harus sentiasa berfikiran positif dalam apa-apa perkara
dan tidak terlalu emosi atau sensitif. Mereka perlu sentiasa ceria walaupun
menghadapi masalah kerana menerusi pemikiran yang positif boleh
membantu mereka mengurangkan tahap tekanan serta bertindak bijak dalam
apa jua situasi dalam mengawal emosi. Dengan itu, kes penderaan pelajar di

11

sekolah dapat dikurangkan. Guru itu dapat sentiasa ceria dan dapat bersabar
denga kenakalan pelajar.
Kesimpulannya, pengurusan emosi amat penting dalam diri guru itu
sendiri. Dalam kes ini, guru tidak dapat mengawal emosi sendiri apabila
berhadapan dengan pelajar yang engkar arahan dan nakal. Malah dia terlalu
marah dan hilang kawalan sehingga mencederakan pelajar serta berlaku kes
penderaan pelajar yang serius. Hal ini telah menjejaskan imej mulia seorang
guru. Dengan emosi yang terkawal, barulah kes seperti ini dapat dikurangkan
dan pelajar serta guru dapat bergaul mesra antara satu sama lain.

12

Bibliografi
Internet
Kes-kes keganasan guru. (2008, Februari 18). Retrieved Ogos 4, 2013, from
Rafidahshapuan's Blog:
http://rafidahshapuan.wordpress.com/2008/02/18/kes-kes-keganasanyang-dilakukan-guru/
(2009, Jun 3). Retrieved Ogos 9, 2013, from Kecerdasan Emosi:
http://www.scribd.com/doc/105908531/MODEL-KECERDASAN-EMOSI
Murid Pecah Gegendang Telinga kerana Ditamapar Guru. (2010, Mei 26).
Retrieved Ogos 12, 2013, from Berita Harian:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muridpecahgegendangtelin
gaditamparguru/Article
Isu Penderaan Murid Oleh Guru. (2012, September 2). Retrieved Ogos 17,
2013, from http://didikbaik3018.blogspot.com/2012/09/isu-penderaanmurid-oleh-guru.html

13

Kes-kes Keganasan Yang Dilakukan Guru


February 18, 2008 at 2:02 am

Filed under Feature Writing

Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara


begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global
serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem
pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang
bercirikan teknologi secara saintifik.

Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan


oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih
sebagai jentera penggerak negara. Tanggungjawab profesion perguruan
menjadi semakin berat kerana rakyat masa hadapan yang hendak dihasilkan
itu bukan sahaja perlu diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan sematamata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai sosial yang baik dari segi
moral dan etika yang murni. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh
menyahut cabaran masa kini untuk merealisasikan aspirasi negara, timbul
pula pelbagai masalah dikalangan guru-guru.

Berita guru memukul pelajar, mendera, mencabul dan merogol anak didik
sendiri sering berlaku dan menjadi topik media. Tidak kurang juga apabila ia
menjadi bualan hangat dikalangan masyarakat. Kejadian guru-guru memukul
pelajar sering dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media massa. Dahulu,
para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat
tetapi sekarang tidak lagi. Adakah ini berpunca dari sikap dan kelalaian guru
itu sendiri?

14

PENDERAAN MURID OLEH GURU

Menurut Kamus Dewan,

penderaan

bermaksud

perbuatan mendera.

Penderaan ini boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis, antaranya ialah


penderaan fizikal, penderaan emosi dan penderaan seksual.

Terdapat pelbagai kes yang dilaporkan mengenai penderaan murid yang


dilakukan oleh guru. Dalam majalah PENDIDIK keluaran April 2009, penulis
menyenaraikan beberapa kes penderaan yang dilakukan oleh guru.

Beberapa kes murid mendakwa didera guru dilaporkan di media termasuklah


kejadian 22 murid ditampar oleh guru besar Tuaran, Sabah serta tujuh pelajar
lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Long Lama di Baram, dipukul oleh
warden dengan rotan sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan
kawasan asrama.

Kes lain termasuk guru di Sarawak yang merendam 200 pelajar wanita di
kolam ikan separas leher pada waktu hujan dan kilat berikutan seorang
daripada mereka enggan mengaku membuang tuala wanita ke dalam
mangkuk tandas di asrama. Kemudian timbul pula kes guru besar wanita di
Sabah menampar 22 murid tahun dua kerana tidak menghantar kerja rumah
kepadanya yang turut mengajar subjek Sivik.

Seorang guru Bahasa Inggeris yang memukul tiga murid Tahun Empat
Sekolah Kebangsaan Sanai, Padang Terap, Kedah dengan kasut tumit tinggi,
dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Tatatertib kerana tindakannya
dianggap melampau dan melanggar peraturan serta garis panduan
menghukum pelajar yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Di Sik, Kedah, seorang bapa mendakwa anaknya, murid Tahun Enam


Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau ditendang oleh guru agamanya kerana
bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh.
Menurut Abdul Rashid Hussain, 50, penoreh getah dari Kampung Kuala Beris
di sini, berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur
15

menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan. Beliau


mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 orang murid
ketika kelas agama Islam.

Di Dungun, seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau mendakwa guru


muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan rakan
sekelasnya. Mohammad Hakkiem Zulkifli, 8, berkata guru muzik itu bertindak
demikian berkemungkinan sebagai hukuman dia tidak membawa buku latihan.

Pada November 2010, kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang berlaku
di Pasir Mas, Kelantan apabila 11 pelajar didapati melecur akibat tindakan
melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan
mereka supaya menunaikan solat Subuh. Menurut Muhammad Al-Hakim,
salah seorang mangsa, biasanya mereka akan bangun pukul 6 pagi untuk
bersiap menunaikan solat Subuh. Bagaimanapun, pada hari tersebut,
sebahagian besar pelajar di dalam dom asrama itu nyenyak tidur. Walaupun
niat guru tersebut itu adalah baik untuk mengejutkan pelajar, namun
tindakannya adalah melampau dan tidak relevan. Terdapat banyak lagi cara
yang boleh dilakukannya seperti mengetuk pintu dengan lebih kuat dan
sebagainya. Tindakan ini merupakan sejenis penderaan fizikal dan tidak wajar
dilakukan oleh seorang guru yang mempunyai latihan ikhtisas. Mengapakah
guru tidak dapat mengejut anak muridnya dengan cara yang lebih berhemah
daripada itu? Dimanakah hilangnya etika kesopanan yang harus diamalkan
oleh guru dalam mencerminkan profesionnya yang mulia?. Apakah punca
yang menyebabkan guru tergamak melakukan kesalahan mendera pelajar?.

16

Anda mungkin juga menyukai