Anda di halaman 1dari 6

BAHAN DAN MEDIA

Posted by MYZIZI
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak
bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu
dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan
yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti
merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk
menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai
kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga
8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika
pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika
ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel
yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang
dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau
pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan
kelihatan samar samar.
ARANG
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara
spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau
pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala
kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan
dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan
pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.
PEN DAKWAT
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti
Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat
kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika
digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh
dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.
PEN MATA BOLA
Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar
untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.
PEN FELT
Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.
CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah
sama seperti menggunakan menggunakan arang.
KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa
crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang

menarik.
PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.
BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis
mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal
dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada
garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

FUNGSI DAN BENTUK LUKISAN


Posted by MYZIZI
Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual
selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik titik lorekan dan gurisan digunakan untuk
merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh
diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan,
arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali
sebagai lakaran.
Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan
karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi
nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam
imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek
semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis
adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa
selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya
seni yang menarik.
Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai
minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya
menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis
objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan
lukisannya.

Pengertian Lukisan:

Antara pengertian lukisan adalah;

a) Lukisan boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seorang pelukis
yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan
untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ia terbukti dengan sebuah lukisan
bertajuk unforgetable fire yang dilukis oleh pelukis amatur di Jepun pada tahun
1945 yang menggambarkan peristiwa pengeboman bandar Hiroshima.

b) Penyerlahan pemikiran dan pandangan seseorang. Kanak-kanak akan menyatakan


persepsi mereka terhadap seseuatu perkara/fenomena dengan lakaran yang dibuat
tanpa penerangan secara penulisan dan lisan. Orang dewasa pula dapat merakamkan
pengalaman dan pemerhatian mereka secara visual menerusi lukisan. Mata pelajaran
ini membolehkan pelajar membuat penyataan diri (self-expression) secara jujur.
(Feldman:1996)

c) Paparan/gambaran rupa dan bentuk atas sesuatu permukaan, terutamanya yang


dihasilkan oleh garisan serta lakaran. Ia merupakan asas kepada semua kegiatan
menggambar seterusnya yang mungkin mewakili simbol, gambaran atau pancaran
sesuatu perkara. (Hassan Mohd Ghazali:2001)

Jenis-jenis Lukisan:

Contoh-contoh jenis lukisan adalah:

i) Lukisan figuratif

ii) Lukisan kajian

iii) Lukisan informasi

iv) Lukisan teknikal

v) Lukisan konseptual

vi) Lukisan artistik

Apa yang hendak dinilai dalam Lukisan:

Dalam mata pelajaran Lukisan ini, timbul persoalan utama tentang apa yang hendak dinilai.
Pengujian, penilaian, peperiksaan, pentaksiran dan pengukuran, yang mana satu hendak
dinilai? Elemen (bukan elemen seni) atau konstruk (bukan pendekatan pengajaran)? Menurut
G.A Kelly,1955; yang akan dinilai adalah;

a) Komunikasi

b) Pengetahuan dan pemahaman

- gubahan

- media dan teknik

- aplikasi asas senireka

- kemasan dan keaslian

c) Menyelesaikan masalah

i) Gubahan

- bentuk

- struktur

- ruang dan proposi

- kadar banding dan perspektif

ii) Media dan teknik

- media lukisan

- teknik lukisan

iii) Aplikasi asas seni reka

- unsur seni

- prinsip rekaan

iv) Kemasan dan keaslian

- hasil yang asli, kemas dan lengkap.

Proses penghasilan karya lukisan memberi penekanan kepada perkara-perkara seperti


jenis lukisan, elemen asas, media dan teknik. Selain dapat memperkembangkan minat dan
bakat,ia juga dapat mendorong pelajar melahirkan idea-idea kreatif berdasar elemen-elemen
tadi. (Michael:1983).
Pengamatan amat penting dalam menumpukan fokus objek, komposisi dan susunan
objek yang akan dilukis. Antara aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi
penekanan ialah;

a) ruang dan objek

b) subjek dan latarbelakang

c) saiz dan kadar banding

Tiga perkara di atas merupakan antara elemen yang dinilai dalam sesuatu karya.

Sebelum membuat penilaian guru juga perlu mengenalpasti objek yang dilukisoleh pelajar
dari segi bentuk dan struktur, yang bermula dari lakaran lakaran. Lakaran-lakaran dalam
lukisan merupakan komponen penting dalam keindahan lukisan. Lakaran-lakaran dalam
penghasilan lukisan perlu konsisten, tersusun dan detail supaya dapat mewujudkan keindahan
dalam lukisan itu sendiri. (Wincklemann:1765) .Selain itu penilaian juga boleh dilihat pada
jalinan di atas permukaan objek yang dilukis.

Begitu juga dari aspek kesan cahaya dan bayang, adalah penting apabila melukis
sesuatu objek. Ini adalah kerana kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek
yang dilukis. Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya
dan bayang. Kesan pantulan cahaya dapat mengujudkan kualiti ton dalam bentuk objek.
Cahaya merupakan satu sifat alam semujadi yang begitu cantik dan peranan cahaya amat
penting dalam menimbulkan sesebuah karya lukisan.(Wincklemann:1765)

Anda mungkin juga menyukai