Anda di halaman 1dari 18

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

BAB 9
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan murid-murid


di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk teori atau amali.
Penggabungjalinan Hands On, Minds On dan Hearts On adalah suatu elemen yang penting
dan perlu dititikberatkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Bagi merealisasikan
pengajaran dan pembelajaran tersebut, makmal dan bilik sains di sekolah perlu mempunyai
prosedur dan peraturan yang lengkap, selamat, selesa dan kondusif.
Bab ini adalah bertujuan memberi panduan bagi membantu pihak pentadbiran
sekolah dan guru-guru mata pelajaran sains melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sains dengan lebih efisien, menyeronokkan, berkesan dan menghasilkan impak. Disamping
itu, tahap pengetahuan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di makmal dan
bilik sains dapat dipertingkatkan.

9.1

Peruntukan Waktu bagi Setiap Mata Pelajaran di Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah
a. Peruntukan waktu untuk Sekolah Kebangsaan (SK)
Mata
Peruntukan
Pelajaran
Waktu*

Bil

Tahun

1.

Tahun 1

Sains

2.

Tahun 2

Sains

3.

Tahun 3

Sains

4.

Tahun 4

Sains

5.

Tahun 5

Sains

6.

Tahun 6

Sains

90 minit
(3 waktu)
90 minit
(3 waktu)
90 minit
(3 waktu)
150 minit
(5 waktu)
150 minit
(5 waktu)
150 minit
(5 waktu)

Rujuk SPI Bil. 11/2002

119 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Cadangan
Pecahan
Waktu

Waktu Minimum
Makmal Yang Biasa
Diamalkan

(2+1)

1 waktu berkembar

(2+1)

1 waktu berkembar

(2+1)

1 waktu berkembar

(2+2+1)

2 waktu berkembar

(2+2+1)

2 waktu berkembar

(2+2+1)

2 waktu berkembar

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

b. Peruntukan waktu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Bil

Tahun

Mata
Pelajaran

1.

Tahun 1

Sains

2.

Tahun 2

Sains

3.

Tahun 3

Sains

4.

Tahun 4

Sains

5.

Tahun 5

Sains

6.

Tahun 6

Sains

Peruntukan
Waktu*
90 minit
(3 waktu)
90 minit
(3 waktu)
90 minit
(3 waktu)
150 minit
(5 waktu)
150 minit
(5 waktu)
150 minit
(5 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu

Waktu Minimum
Makmal Yang Biasa
Diamalkan

(2+1)

1 waktu berkembar

(2+1)

1 waktu berkembar

(2+1)

1 waktu berkembar

(2+2+1)

2 waktu berkembar

(2+2+1)

2 waktu berkembar

(2+2+1)

2 waktu berkembar

Rujuk SPI Bil. 11/2002


c. Peruntukan waktu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Bil

Tahun

Mata
Pelajaran

1.

Tahun 1

Sains

2.

Tahun 2

Sains

3.

Tahun 3

Sains

4.

Tahun 4

Sains

5.

Tahun 5

Sains

6.

Tahun 6

Sains

Peruntukan
Waktu**
90 minit BI
+ 90 minit
BC
90 minit BI
+ 90 minit
BC
90 minit BI
+ 90 minit
BC
60 minit BI
+ 90 minit
BC
60 minit BI
+ 90 minit
BC
60 minit BI
+ 90 minit
BC

Cadangan
Pecahan
Waktu
(2+1) BI
+
(2+1) BC
(2+1) BI
+
(2+1) BC
(2+1) BI
+
(2+1) BC
(2) BI
+
(2+1) BC
(2) BI
+
(2+1) BC
(2) BI
+
(2+1) BC

Waktu Minimum
Makmal Yang Biasa
Diamalkan
1 waktu berkembar
BI +1 waktu
berkembar BC
1 waktu berkembar
BI +1 waktu
berkembar BC
1 waktu berkembar
BI +1 waktu
berkembar BC
1 waktu berkembar
BI +1 waktu
berkembar BC
1 waktu berkembar
BI +1 waktu
berkembar BC
1 waktu berkembar
BI +1 waktu
berkembar BC

Rujuk SPI Bil. 12/2002

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 120

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

d. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran Sains

Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Tingkatan
Tingkatan
1
Tingkatan
2
Tingkatan
3
Tingkatan
4
Tingkatan
5

Mata
Pelajaran
Sains
Sains
Sains
Sains
Sains

Peruntukan
Waktu*
200 minit
(5 waktu)
200 minit
(5 waktu)
200 minit
(5 waktu)
200 minit
(5 waktu)
200 minit
(5 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu
(2+2+1)
(2+2+1)
(2+2+1)
(2+2+1)
(2+2+1)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar

e. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran Fizik

Bil
1.
2.

Tingkatan
Tingkatan
4
Tingkatan
5

Mata
Pelajaran
Fizik
Fizik

Peruntukan
Waktu*
160 minit
(4 waktu)
160 minit
(4 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu
(2+2)
(2+2)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar

Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran Biologi

f.

Bil
1.
2.

Tingkatan
Tingkatan
4
Tingkatan
5

Mata
Pelajaran
Biologi
Biologi

Peruntukan
Waktu*
160 minit
(4 waktu)
160 minit
(4 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu
(2+2)
(2+2)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar

g. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran Kimia

Bil
1.
2.

Tingkatan
Tingkatan
4
Tingkatan
5

Mata
Pelajaran
Kimia
Kimia

Peruntukan
Waktu*
160 minit
(4 waktu)
160 minit
(4 waktu)

121 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Cadangan
Pecahan
Waktu
(2+2)
(2+2)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

h. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran


Sains Tambahan.

Bil
3.
4.

Mata
Pelajaran

Peruntukan
Waktu*

Tingkatan
4
Tingkatan
5

Sains
Tambahan
Sains
Tambahan

160 minit
(4 waktu)
160 minit
(4 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu
(2+2)
(2+2)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar

Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah Teknik bagi mata pelajaran


Sains Gunaan.

i.

Bil
5.
6.

j.

Tingkatan

Tingkatan

Mata
Pelajaran

Peruntukan
Waktu*

Tingkatan
4
Tingkatan
5

Sains
Gunaan
Sains
Gunaan

200 minit
(5 waktu)
200 minit
(5 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu
(2+2+1)
(2+2+1)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 waktu
berkembar
2 waktu
berkembar

Peruntukan waktu untuk Tingkatan 6 bagi mata pelajaran Fizik

Bil

34.
35.

Tingkatan
Tingkatan
6 Bawah
Tingkatan
6 Atas

Mata
Pelajaran
Fizik
Fizik

Peruntukan
Waktu*
320 minit
(8 waktu)
320 minit
(8 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu
(3+3+1+1)
(2+2+2+1+1)
(3+3+1+1)
(2+2+2+1+1)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 atau 3 waktu
berkembar
2 atau 3 waktu
berkembar

k. Peruntukan waktu untuk Tingkatan 6 bagi mata pelajaran Biologi

Bil

36.
37.

Tingkatan
Tingkatan
6 Bawah
Tingkatan
6 Atas

Mata
Pelajaran
Biologi
Biologi

Peruntukan
Waktu*
320 minit
(8 waktu)
320 minit
(8 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu
(3+3+1+1)
(2+2+2+1+1)
(3+3+1+1)
(2+2+2+1+1)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 atau 3 waktu
berkembar
2 atau 3 waktu
berkembar

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 122

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

l.

Peruntukan waktu untuk Tingkatan 6 bagi mata pelajaran Kimia

Bil

38.
39.

9.2

Tingkatan
Tingkatan
6 Bawah
Tingkatan
6 Atas

Mata
Pelajaran
Kimia
Kimia

Peruntukan
Waktu*
320 minit
(8 waktu)
320 minit
(8 waktu)

Cadangan
Pecahan
Waktu
(3+3+1+1)
(2+2+2+1+1)
(3+3+1+1)
(2+2+2+1+1)

Waktu Minimum
Makmal Yang
Biasa Diamalkan
2 atau 3 waktu
berkembar
2 atau 3 waktu
berkembar

Tatacara Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Makmal Dan Bilik


Sains
Makmal dan bilik sains adalah satu tempat untuk guru menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk latihan amali/praktikal. Jadi, makmal
dan bilik sains perlu ditadbir urus dengan cekap.
9.2.1

Pengurusan makmal dan bilik sains yang cekap penting untuk:


a. Membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
b. Mengelakkan kemalangan.
c. Memudahkan aktiviti/eksperimen dijalankan.
d. Mengemaskinikan bekalan bahan dan radas.
e. Menentukan bahan dan radas yang dibeli adalah sesuai mengikut
spesifikasinya.

9.3

9.2.2

Penyelenggaraan stok yang cekap dan sistematik membantu kelicinan proses


pengajaran dan pembelajaran. Radas dan bahan di makmal dan bilik sains
mestilah disimpan dan diselenggarakan dengan baik dan selamat.

9.2.3

Terdapat radas dan bahan yang berbahaya dan berharga yang perlu
disimpan dengan selamat di dalam almari atau kabinet yang berkunci.

9.2.4

Penyimpanan dan pengurusan radas dan bahan juga boleh dipamerkan


dalam pelbagai bentuk dan konsep mengikut kreativiti Ketua Panitia.

Tatacara Penyediaan Peralatan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Bahan


Eksperimen
9.3.1

Peraturan-peraturan pentadbiran
a. Borang pesanan persediaan peralatan makmal hendaklah dikemukakan
tiga hari sebelum tarikh diperlukan.
Rujuk Lampiran 9A

123 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

b. Persediaan keperluan perlu dibuat satu hari lebih awal dari tarikh
diperlukan tertakluk kepada keperluan eksperimen.
c. Keperluan perlu disediakan dengan lengkap dan berada dalam keadaan
yang baik, berfungsi serta selamat digunakan.
d. Waktu keperluan penggunaan perlu dikenal pasti.
e. Sebarang kerosakan dan kehilangan peralatan perlu direkodkan.

9.3.2

Proses kerja:

Tatacara urusan penyediaan peralatan P&P dan bahan


eksperimen.

BIL

PROSES KERJA

1.

Menyediakan borang
pesanan persediaan.
Menerima borang
pesanan persediaan
daripada Guru Sains.

2.

3.

4.

5.

6.

Memastikan peralatan
disediakan
berdasarkan borang
pesanan dan pada
waktu yang
ditetapkan.
Mematuhi prosedur
dan langkah-langkah
keselamatan semasa
menyediakan alatan
eksperimen atau
bahan kimia yang
akan digunakan.
Memastikan sentiasa
berada di dalam bilik
persediaan ketika
eksperimen sedang
dijalankan.
Guru Sains mesti
mencuba atau
membuat eksperimen
terlebih dahulu
sebelum P&P
dilaksanakan.

PEGAWAI YANG
MELULUSKAN/DIRUJUK
Ketua Bidang/
Ketua Panitia
Pembantu Makmal

Pembantu Makmal

Pembantu Makmal

UNDANG
UNDANG/
PERATURAN
Arahan Pengetua/
Guru Besar.
Terima 3 hari
sebelum
eksperimen
dijalankan.
Penyediaan di
makmal dan bilik
sains yang
berkenaan.
Mengikut Buku
Panduan
Pengurusan dan
Keselamatan
Makmal Sains
Sekolah:
(BPK, KPM).

Pembantu Makmal

Arahan Pengetua/
Guru Besar.

Guru Sains dan


Pembantu Makmal

Guru Sains dan


Pembantu Makmal

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 124

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.3.3 Carta alir:

Tatacara urusan penyediaan peralatan P&P dan bahan


eksperimen.

MULA

Menerima borang pesanan


dari Guru Sains.
Pembantu Makmal merujuk
dan meneliti borang pesanan.

Semak dan sediakan radas /


bahan kimia seperti yang
diperlukan.
Rujuk Guru
Sains.

Lengkap
Tidak

Ya
Penyediaan radas / bahan kimia.

Guru Sains mencuba


eksperimen sebelum P&P

Menyusun radas dan bahan kimia


di dalam makmal dan bilik sains

Membantu Guru Sains


semasa eksperimen jika
diperlukan.

TAMAT

125 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.3.4 Senarai semak diisi oleh Pembantu Makmal:


Tatacara urusan penyediaan peralatan P&P dan bahan
eksperimen

Nama Guru Sains: __________________________________

Tarikh: _______________

Tindakan

Tanda ( / )

Catatan

Semak borang pesanan bahan


dan peralatan sains yang telah
diisi dengan lengkap & mematuhi
segala prosedur yang telah
ditetapkan.

2. Pastikan alatan mencukupi dan


berfungsi sewaktu penyediaan
eksperimen.
3 . Patuhi langkah-langkah
keselamatan semasa
menyediakan alatan
eksperimen.

Nama Pembantu Makmal : _________________________

Tandatangan Pembantu Makmal : __________________

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 126

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.4

Tatacara Pengurusan Peralatan P&P Selepas Eksperimen


9.4.1 Proses kerja: Tatacara pengurusan peralatan P&P
selepas eksperimen

BIL

PROSES KERJA

GURU/KAKITANGAN
YANG MELULUSKAN/
DIRUJUK

1.

Mengumpul dan mengemas radas


serta bahan eksperimen yang telah
selesai.

Guru Sains

2.

Memastikan kuantiti alatan/jenis


bahan kimia yang dikembalikan
mencukupi.

Guru Sains

3.

Memastikan peralatan berkeadaan


baik dan boleh digunakan.

4.

Merekodkan alatan/bahan yang


hilang/ rosak oleh murid.

5.

Menyimpan alatan/radas di tempat


yang betul dan selamat.

Pembantu Makmal

Guru Sains

Pembantu Makmal

127 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

UNDANG-UNDANG/
PERATURAN
Mengikut peraturan
penggunaan makmal
dan bilik sains yang
ditetapkan oleh
Ketua Bidang/ Ketua
Panitia.
Mengikut prosedur
yang telah
ditetapkan.
Mengikut prosedur
yang telah
ditetapkan.
Dicatat dalam daftar/
buku rekod
kerosakan
Mengikut prosedur
yang telah
ditetapkan.

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.4.2 Carta alir:

Tatacara pengurusan peralatan P&P selepas


eksperimen

MULA

Mengumpul bahan / alat radas


yang telah selesai digunakan.

Merekodkan
alatan yang
rosak / hilang

Merekodkan
di dalam
borang
Kew. 300 J-4

Semak bahan mencukupi.


Tidak

Ya
Membersih peralatan supaya
berkeadaan bersih dan boleh
digunakan semula.

Menyimpan alat radas di tempat


asal dan selamat.

TAMAT

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 128

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.5

Daftar Rekod Pergerakan Dan Pinjaman Bahan/ Radas/ Alat Bantu Mengajar
(ABM) Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Dan Bilik Sains.
9.5.1. Senarai bahan/ radas/ ABM yang boleh dibawa keluar daripada makmal dan
bilik sains adalah seperti berikut:
a. ABM seperti model, carta dan lain-lain.
b. Bahan/radas untuk keperluan eksperimen.
c. OHP/ LCD/ Dynascan.
d. CD Teaching Courseware dan lain-lain tertakluk kepada peraturan sedia
ada.
9.5.2. Peminjam perlu mengisi borang pergerakan/pinjaman bahan dan kelulusan
perlu diperolehi melalui Ketua Panitia/ Ketua Bidang.
9.5.3

Peminjam mesti bertanggungjawab atas keselamatan dan kebersihan radas/


bahan/ ABM semasa tempoh pinjaman.

9.5.4

Peminjam mestilah bertanggungjawab memastikan bilangan radas/bahan/


BM yang dipinjam sama bilangan seperti dalam borang prgerakan/pinjaman
bahan.

9.5.5. Peminjam mesti memulangkan radas/bahan/ABM sebaik sahaja amat proses


pengajaran dan pembelajaran.
9.5.6. Sebarang
kerosakan
dan
kehilangan
menjadi
peminjam dan perlu dilaporkan kepada Ketua Panitia.

9.6

tanggungjawab

Tatacara Pembantu Makmal Sebelum, Semasa Dan Selepas Pelaksanaan


Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains
9.6.1

Pembantu Makmal mesti berada di bilik persediaan supaya dapat dihubungi


apabila diperlukan.

9.6.2

Pintu dan tingkap makmal dan bilik sains dibuka pada awal pagi hari
persekolahan dan ditutup selepas tamat waktu persekolahan.

9.6.3

Peralatan dan bahan sains disediakan seperti yang dipesan oleh guru
dalam Borang Pesanan Bahan dan Peralatan Sains.

9.6.4

Memastikan semua peralatan dan bahan sains dalam keadaan baik dan
boleh berfungsi semasa eksperimen dijalankan.

9.6.5

Semua langkah keselamatan telah dipatuhi dalam mengendalikan peralatan


dan bahan sains.

129 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.6.6

Tindakan yang sewajarnya diambil dan mematuhi prosedur yang telah


ditetapkan apabila berlakunya kecemasan seperti kebakaran dan
kecederaan.

9.6.7

Peralatan dan bahan sains dibersih dan disimpan di tempat sewajarnya


setelah selesai setiap sesi kerja amali.

9.6.8

Meja makmal, papan tulis dan singki dibersihkan serta gas, air, kipas dan
lampu ditutup setelah selesai setiap sesi kerja eksperimen.

9.6.9

Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot,


bekalan elektrik, air dan gas.

9.6.10 Mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains
semasa eksperimen.
9.6.11 Memastikan tindakan berikut diambil selepas eksperimen yang terakhir pada
setiap hari:
a. Memastikan makmal dan bilik sains berkeadaan bersih dan kemas
b. Menutup pili gas, pili air dan suis elektrik
c. Menutup tingkap dan mengunci makmal dan bilik sains
d. Menyimpan kunci makmal dan bilik sains mengikut arahan Ketua
Bidang

9.7

Tatacara Guru Sains Dalam Pengendalian Dan Pelaksanaan Pengajaran Dan


Pembelajaran Di Makmal Dan Bilik Sains
9.7.1

Sebelum murid masuk makmal dan bilik sains:


a. Beratur di luar makmal dan bilik sains sehingga guru benarkan masuk.
b. Murid diminta meletakkan beg atau bekalan makanan/ minuman di luar
makmal dan bilik sains dan hanya membawa bahan yang diperlukan
untuk aktiviti P&P.

9.7.2

Semasa murid berada dalam makmal dan bilik sains:


a. Murid masuk dan duduk dalam makmal dan bilik sains dengan
tertib.
b. Guru mengingatkan murid tentang bahaya yang mungkin berlaku
sepanjang eksperimen. Oleh itu semua prosedur eksperimen perlu
dipatuhi sepanjang masa.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 130

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

c. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri


daripada 24 orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan
akan melantik seorang ketua mengikut giliran.
d. Ahli kumpulan diberi tugasan seperti mengambil peralatan, mencatat
keputusan, menulis laporan dan mengemas semula peralatan sains.
Setiap tugasan akan digilirkan pada semua ahli kumpulan.
e. Murid menjalankan eksperimen mengikut prosedur yang betul.
f.

Pastikan murid dapat mengurus masa secara berkesan semasa


eksperimen dijalankan.

g. Pembantu Makmal sentiasa mengawasi pelaksanaan eksperimen


terutama yang melibatkan penggunaan haba dan bahan kimia.
h. Guru sentiasa bergerak dan memantau dari satu kumpulan ke kumpulan
murid yang lain dan menggalakkan semua murid melibatkan diri dalam
eksperimen yang dijalankan.
i.

Guru menggalakkan murid dari setiap kumpulan membuat analisis


secara percambahan idea tanpa memberi kesimpulan terus
kepada murid.

j.

Guru memberi peluang kepada murid untuk mengulangi eksperimen jika


eksperimen itu tidak berjaya.

k. Guru berbincang
berjaya.
l.

dengan

murid

mengapa

eksperimen

itu

tidak

Murid digalakkan untuk menyiapkan laporan dan membentangkan hasil


eksperimen yang lengkap dan guru memastikan murid yang berlainan
yang membuat pelaporan pada setiap kali pembentangan.

m. Guru digalakkan menggunakan peralatan ICT semasa melaksanakan


P&P.
n. Guru selalu mengaitkan set induksi dan konsep/ aplikasi sains
dengan kehidupan harian.
o. Guru memastikan murid memadam papan tulis, membersih meja,
mengemas dan membuang sampah pada akhir eksperimen.

9.8

Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA)


9.8.1

Konsep
PEKA Sains terdiri daripada PEKA Sains UPSR, Sains PMR, Sains
SPM, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. PEKA Sains ialah
pentaksiran berasaskan sekolah yang dilaksanakan di peringkat
sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di dalam makmal dan bilik sains.

131 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.8.2 Objektif PEKA Sains


PEKA Sains dilaksanakan untuk membolehkan murid:
a. Menguasai kemahiran saintifik.
b. Memperkukuhkan teori dan konsep sains.
c. Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni.

9.8.3

Ciri-ciri PEKA Sains


9.8.3.1

Keserasian dengan kehendak kurikulum


Format pentaksiran direkabentuk dengan mengambil kira ahiran
saintifik, sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan
dalam proses pengajaran dan belajaran sains.

9.8.3.2

Berpusatkan pelajar
PEKA sains memberi peluang kepada murid untuk ditaksir apabila
mereka telah bersedia untuk ditaksir. Ini membolehkan pentaksiran
dilaksanakan dalam keadaan tenang, selesa dan selaras dengan
rancangan pengajaran guru.

9.8.3.3

Telus dan terbuka


PEKA
sains
mengetahui:

memberi

peluang

kepada

murid

untuk

a. Perkara yang ditaksir.


b. Bagaimana perkara itu ditaksir.
c. Bila perkara itu ditaksir.
d. Di mana perkara itu ditaksir.
9.8.3.4

Bolehlaksana dan sistematik


Format pentaksiran PEKA ini telah mengambil kira aspekaspek berikut:
a. Kebolehlaksanaan.
b. Kebolehtadbiran.

9.8.3.5

Pelbagai instrumen
Tujuan menggunakan pelbagai instrumen adalah untuk
menghasilkan lebih banyak evidens yang akan memberikan
gambaran yang menyeluruh dan lebih tepat tentang prestasi
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 132

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

pembelajaran murid. Antara instrumen yang boleh digunakan ialah


pemerhatian, kaji selidik, senarai semak, projek, laporan amali, temu
bual, folio dan lain-lain.
9.8.3.6

Berterusan dan Formatif


Pentaksiran dilakukan berterusan dari Tahun 3 hingga Tahun 6 bagi
calon UPSR, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bagi calon PMR
dan dari Tingkatan 4 hingga 5 bagi calon SPM. Sepanjang tempoh
pentaksiran PEKA, murid diberi peluang untuk memperoleh
pengetahuan dan pengalaman dalam perkara yang ditaksir. Murid
juga diberi peluang untuk memperbaiki skor yang diperoleh.

9.8.3.7

Kesahan dan kebolehpercayaan


Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat
menggambarkan cukup cakup dan kerelevanan tentang perkara
yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara
yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran
itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor
pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisma
penyelarasan dan pemantauan.

9.8.3.8

Pelaporan positif
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini
boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

9.8.3.9

Pemantauan berterusan
Pemantauan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk
memastikan PEKA sains dilaksanakan dan mengikut prosedur yang
ditetapkan.

9.8.4

Pengoperasian PEKA
Pengoperasian PEKA dilaksanakan seperti berikut:
9.8.4.1 Perancangan
Perancangan
yang
teliti
dilaksanakan
antara
Lembaga
Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pelaksana PEKA yang
telah dilantik.
9.8.4.2 Penataran
Penataran ialah pendedahan tentang konsep, kerangka dan
pengoperasian program PEKA kepada pihak yang terlibat dengan
pelaksanaan PEKA seperti pentadbir sekolah, pemantau,
penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid

133 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

tentang pelaksanaan PEKA.


9.8.4.3

Pelaksanaan pentaksiran
Pelaksanaan PEKA ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir
dalam PEKA mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam
Buku Panduan PEKA.

9.8.4.4

Penyelarasan
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran
PEKA dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi
kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran
dan pemberian skor.

9.8.4.5

Pemantauan
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan
memastikan program PEKA dilaksanakan mengikut prosedur yang
telah ditetapkan.

9.8.4.6

Pengesanan
Pengesanan ialah proses menilai program PEKA dari segi
pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk
tujuan memperbaik program itu.

9.8.4.7

Laporan
Penyelaras, Pemantau, Pengesan dan Jabatan Pendidikan Negeri
akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PEKA untuk
penambahbaikan.

9.8.5

Penjaminan Kualiti
PEKA sains berperanan sebagai mekanisma untuk memastikan objektif bagi
mata pelajaran ini dapat direalisasikan dan menepati kualiti yang dihasratkan.
Pensijilan akan dibuat dan dikeluarkan oleh sekolah seiring dengan
penghantaran skor PEKA ke Lembaga Peperiksaan.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 134

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.8.6

Carta alir pengurusan dan pengendalian peka


MULA

PENATARAN DI PERINGKAT PUSAT

PENATARAN DI PERINGKAT JPN

PELAKSANAAN PEKA

PENYELARASAN

PEMANTAUAN

LAPORAN

PENGURUSAN SKOR

PENSIJILAN SEKOLAH

TAMAT

135 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

PENAMBAHBAIKAN

PENGESANAN

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

9.9

Fungsi-Fungsi Lain Makmal Dan Bilik Sains


Selain melaksanakan eksperimen, makmal dan bilik sains juga boleh berfungsi
sebagai tempat untuk:
9.9.1

Pameran
a. Mempamerkan bahan-bahan projek sains yang dihasilkan oleh muridmurid seperti buku skrap, folio dan model dari bahan terbuang.
b. Mempamerkan alat-alat, bahan-bahan, carta-carta dan model-model 3
dimensi yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran sains.
c. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai tempat untuk mempamerkan
informasi penting dan menimbulkan kesedaran sivik kepada warga
sekolah dan masyarakat tentang penyebaran wabak penyakit berjangkit
dan berbahaya kepada kesihatan manusia seperti Influenza A H1N1
(Selesema Babi) , Demam Denggi, Severe Acute Respiratory Syndrome
SARS (Selesema Burung) dan lain-lain serta langkah-langkah
pencegahan dan kawalan penyakit terbabit.
d. Sebagai tempat mengadakan pameran dan

9.9.2

pertandingan rekacipta dan projek sains sempena


minggu sains sekolah dan tempat tayangan video
mengenai bahaya dadah dan kemudaratan merokok
serta menayangkan video astronomi dan national geographic.

Taman Sumber Sains


Fungsi lain makmal dan bilik sains adalah untuk mewujudkan satu taman
sumber sains yang objektifnya menyedarkan murid-murid dan warga sekolah
tentang mesra alam dan kecintaan terhadap khazanah alam sekitar.
a. Mewujudkan satu taman herba yang ditanam dengan pokok-pokok yang
boleh digunakan untuk perubatan radisional seperti misai kucing, serai
wangi, kunyit, pegaga, tongkat ali, kacip fatimah dan lain-lain.
b. Mengadakan Taman Kimia supaya murid-murid dapat lihat pertumbuhan
pelbagai jenis hablur garam berwarna-warni dalam larutan natrium silikat.
c. Menyediakan akuarium atau balang kaca atau kolam untuk memelihara
ikan hiasan dan tumbuhan air bagi mengkaji ekosistem.
d. Mewujudkan satu taman mini burung bagi tujuan mengkaji pengkelasan
dan habitat haiwan tersebut.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 136

Anda mungkin juga menyukai