Anda di halaman 1dari 76

SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai
karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat,
kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui
bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan
penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah
sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah
sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini
saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang
mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dipandang daripada sudut agama, Imam
Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang
kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang
yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam
erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu (
pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan
seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan
perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni,
ataupun setidak- tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya
tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana
seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu
sendiri. Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah
penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan
kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah
merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan
terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan
kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. 2.0 Aplikasi seni dalam
pendidikan Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu
indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi
dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua

seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara,
dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga
diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan
pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang
disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka
masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.
Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia
yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007).
Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan
pemikiran logik manusia

2. yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh
ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga
merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai
kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta
sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi
lebih lengkap dari pelbagai aspek. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu
yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen
tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni
visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan
penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan
elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi
tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik.
Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen
Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam
menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni
visual. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat
dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu
boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam
sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut
berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui

pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi
titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud
disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa..
Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak
yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak
akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu
mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,
menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang
minda kanak- kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan.
Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar
dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti
yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk
menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak
akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut
irama muzik. Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan
pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang
ketiga dipenuhi. Elemen- elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung
kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanakkanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara
seronok. Kesimpulannya, guru perlu

3. mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran


supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan. Menurut Kenneth
M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan
bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang
komunikasi.

Kebolehan

guru

dalam

menyampaikan

pengajaran

dan

menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu,
guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan
pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan
peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan
teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang

kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang
mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran
yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid
untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan
lebih efektif dan proaktif. 3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada
pendidik Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan
menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan
bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan
pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik
dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang
matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi
seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan
teori- teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di
antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti: 1)
Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan
dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera,
anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul,
ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif,
peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang
kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar
dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik
dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara
aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak- kanak menggunakan
imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan
lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

4. 2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan


pembelajaran.

Seni

membantu

para

guru

dalam

memahami

diri

dan

persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses

menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat
membantu

untuk

mengaktifkan

proses

pembelajaran

dan

perpindahan

pembelajaran. 3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni


visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991)
oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama
untuk

guru

agar

mereka

dapat

menjalankan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang


keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam
pengajaran dan pembelajaran. 4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan
strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia,
Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi
kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik
sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu
diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi
pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik
pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni
menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni
perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan
dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat
dalam proses membuat sentiasa ditegaskan 3.0 Faedah yang diperolehi melalui
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:- 1) Pengalaman optima melalui seni
membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains
dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan
bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.
Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi
kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang
kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi

emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita
menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam
diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang
kita pelajari. 2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan
ekspresi.

5.

Pengetahuan

tentang

teori-teori

kesenian

dapat

membantu

kita

mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori


dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran
dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan
tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku
akan dapat dikenalpasti. 3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini
menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni
banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan.
Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian
dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni
dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan
kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat
menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. 4) Belajar cara
belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain
melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang
sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita
dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri.
Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam
pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan
lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan
perlakuan kita. 5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral
Leaps Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat

taakulan,berimaginasi

dan

kepantasan

dalam

membentuk

ekspresi

dan

komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan


kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir
seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian
melalui

perasaan,

ekspresi

dan

imaginasi

5.0

Kesimpulan

Secara

kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses


pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan
dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus
mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian
pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang
berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses
P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

6. Posted by Hushna Afendi at 10:11 AM 2 comments: Email ThisBlogThis!Share


to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Artikel-artikel Seni Artikel 1
Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan dirujuk
sebagai 3 R iaitu membaca, menulis dan mengira.Penggunaan huruf Radalah
satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak
dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak,
tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas selain
membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3
bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni
Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni
Dalam Pendidikan ialah: (i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih
Seronok. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai
unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya
menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian
maklumat murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa
dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah

belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungansosial


sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah
mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara
kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri
dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran. (ii) Memupuk
Nilai Kerjasama Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan
tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang
berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan
berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi
yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni
visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin
melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh
menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep
perpaduan.

7. (iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas Apabila semua murid berpeluang
menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka
akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat
sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan
pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam
Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian
dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang
menarik. Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan
suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan
rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. (iv)
Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996),
penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk
mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan
dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan
dan

kaedah.

Pengalaman

meneroka

juga

merupakan

sesuatu

situasi

pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik


dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi
kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta
idea dan isi kandungan. (v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.
Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama
ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat
memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh
mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid
yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana
keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam
menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap

8. dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya
dapat menjamin keberkesanannya. Kesimpulan Kesimpulannya, kesemua
bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik dan pergerakan perlu
diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang
sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi
kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar. Artikel 2 Aplikasi Seni Dalam
Pendidikan Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan ini menyentuh
perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi peluang kepada
murid

untuk

menjalankan

aktiviti

seperti

meneroka,

mengalami

dan

mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat


mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Pada masa ini
Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang
berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini
merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru,

Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui
penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk
maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek
penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.
Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan
tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Penghubungkaitan dan pautan di
dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara
disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh
dilakukan dengan beberapa cara seperti menghubungkait pengetahuan dalam
berbagai mata pelajaran, Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam
berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk
itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau

9. bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai
satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait kemahiran dalam berbagai mata
pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata
pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan
kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu
strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan
persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk nilai
murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji,
berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap
inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat
merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut
baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan
mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial,
bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum
kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi
pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka
datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan
mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan
yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.

Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang
topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan
kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru berperanan memberi
motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik menggunakan insentif
dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan
diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa
ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara
tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk
merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar
meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi
pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. Salah satu contoh bidang mata
pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam pengajaran yang
menggunakan pendekatan bertema ialah : Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat

10. Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants Tema : Persekitaran pokok. Jadi murid
akan diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah
dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya.
Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok
diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik. Pergerakan : (a) Cara
dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang
gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan. Muzik : (a) Bunyi
yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah
dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna. Pelajaran
diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,

sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti


itu secara tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagianbahagian pokok (Sains), mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan
persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan
warna yang berbeza-beza (seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor
(pendidikan jasmani) Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia
juga boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran
matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok
dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik, pelajar akan
menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang,
pokok tumbang dan sebagainya. Tema Pokok ini juga berkaitan dengan
pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan memudahkan guru untuk
membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan dengan
berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan
peristiwa yang berlaku pada masa kini. Secara tidak langsung dapat
memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang diajar dengan
kedaan situasi yang sebenar. Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan
dan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat disampaikan
dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah- langkah
pengajaran

dari

yang

mudah

kepada

yang

lebih

mencabar.

Aktiviti

pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

11. a)Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai


bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan
menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran
dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada
dalam

satu

mata

pelajaran

atau

beberapa

mata

pelajaran.

Strategi

penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan


pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini

membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang


berkaitan dengan cara bersepadu. 2)Penyerapan Penyerapan ialah proses
menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan
daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan.
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan
daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya,
daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains
bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa
mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. 3)Penerapan Konsep
penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan
dimaksudkan

kurikulum
ialah

dan

nilai-

gerak
nilai

kerja

murni,

kokurikulum.
nilai

Nilai-nilai

yang

kewarganegaraan,

nilai

kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan


sebagainya. 4)Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus
bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula
merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. 5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah
atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang
pencapaiannya melebihi Kebaikan dan kelebihan. Antaranya : (a)Mempunyai
kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni
dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah
peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap
kebolehan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu unit
kerja akan meningkat kerana mereka telah

12. mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam
menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan
memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran

yang disampaikan. (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian


akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah,
secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap
dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan. c) Mempunyai
ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu
tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu
merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu
yang bersifat terasing dan terpisah Apakah alat/bahan yang sesuai dengan
aktiviti tersebut untuk murid

meneroka,

memperolehi pengalaman dan

mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses


pengajaran dan pembelajaran? Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada
kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat,
dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

bertema

persekitaran

pokok

ini

pelajar

menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai


keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara
tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan
mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir
secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di
dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat
ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benar-benar
lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan
boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran mengunakan
tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak
dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka,
mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak
membuat pilihan. Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik

dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri
melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol
yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti- aktiviti seni. Ini akan
membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara
langsung dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan
pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan sama dengan apa yang
dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan, memperolehi pengalaman
dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang

13. penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini
pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan
cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu
juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan
dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh
meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. ARTIKEL 3 PENDIDIKAN SENI DI
MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI artikel dari: Prof. Madya Hj.
Iberahim Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada
Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan
seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada
2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya
memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata
pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut
keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang pentingnya ialah falsafah,
kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu
selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini. Pada hari ini dan
beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang bergiat dalam
pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh institusi, kerajaan
dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai pendekatan dan
kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni (visual) ini ke atas

landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah
yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan
keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu dijelaskan. Pendidikan Seni
Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep Art Education kini kita panggil
Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata pelajaran. Kita perlu menjelaskan
apakah yang dimaksudkan dengan mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini

14. dari pengamatan dan kajian saya masih terdapat berbagai-bagai tanggapan
dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual) ini. Kerana apabila disebut
pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan sebagai suatu aktiviti seni
yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar atau lebih kepada
bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa dengan pendidikan seni visual?
Ada setengah pihak pula beranggapan Pendidikan Seni menjurus kepada kerjakerja menghasilkan produk kraf. Ada yang beranggapan pendidikan seni visual
kini lebih berbentuk akademik dengan mengajukan bidang sejarah dan apresiasi
seni . Kesamaran ini perlulah dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai
falsafah dan struktur ilmu yang khusus masing-masing menjurus kepada
matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan kepercayaan yang masih
bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung
falsafah dan matlamat matapelajaran yang diajar. Kesannya ialah akan berlaku
penyempangan dan mengawal proses pendidikan yang mengikut selera yang
tidak tentu arah dan matlamatnya. Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam
kehilangan ibu dan seperti layang-layang putus tali. Usaha telah dilakukan oleh
pihak Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk
menjelaskan konsep pendidikan seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat
sukatan pelajaran pendidikan seni yang disediakan sudah jelas pengertian dan
matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu masih berlaku dalam kepercayaan dan
amalan di bilik darjah atau ketika proses pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai
pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam proses P&P Pendidikan Seni di bilik
darjah tumpuan lebih kepada matlamat menghasilkan produk semata-mata.
Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan Seni itu, menurut Eisner (1972)
terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling berkait iaitu, berpusatkan

pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan pendapat para akademik
seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa semua teori- teori dan program
pendidikan mesti berfokus kepada tiga komponen tersebut. Pendidik mata
pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini: Siapa yang kita ajar
Mengapa kita mengajar Apa yang kita ajar (Laura Chapman 1978) Siapa yang
kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah bermula di peringkat tadika
hinggalah remaja di sekolah menengah malah hingga orang dewasa yang
mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long education). Mengapa kita
mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada apalah matlamat dan objektif
khusus yang jelas ialah untuk membantu memperbaiki masyarakat supaya
kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar kita agar kehidupan masa
hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita ajar: Yang kita ajar adalah proses
mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu Pendidikan Seni agar domain
kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai dalam pembentukan sahsiah
pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan meningkatkan kemahiran
psikomotor mereka.

15. Masalah Mentafsir Kandungan Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk


Operasi di bilik darjah: Beberapa unsur terlibat dalam proses ini, pertamanya
sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan kita yang berkaitan dengan
kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat mana keupayaan kita berupaya
mengurus unsur-unsur dalam kurikulum pendidikan seni. Ketiga setakat mana
kita jelas tentang keperluan murid-murid atau pelajarnya ketika belajar
pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi, sosial, fizikal, emosi dan
sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu menguruskan masa
berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar dan dengan
kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada konsep
perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan selesaikan semua isi
kandungan yang dirancang, buat sahaja perancangan pelajaran tahun lalu atau
sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan seni.
Keenam kretiviti guru mengatasi masalah kekurangan. Yang jelas ialah
perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap

tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau
universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran
pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan
pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi
tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan
pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep DBAE
umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau
80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu
pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa.
Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini.
Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar
tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan
kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma
bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang
menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat terkini dengan melayari
internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang diterbitkan oleh pihak-pihak
tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang bertanggungjawab untuk menulis
menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara lagi adalah melalui kursus-kursus
pendek dalam pendidikan seni perlu selalu diadakan oleh pihak tertentu sama
ada dianjur oleh pihak kementerian atau institusi pengajian tinggi yang lain.
Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada berserta dengan jelas falsafah,
matlamat dan objektif barulah seseorang guru pendidikan seni itu dapat
merancang pelajaran dengan berkesan. Kandungan sukatan pelajaran boleh
ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap tajuk pelajaran dapat
dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan menitikberatkan
kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses pembelajaran
bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan dengan
komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin boleh
diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar
didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan

merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar
bersama-sama meneroka dan

16. mencari maklumat yang dirangsang oleh guru, secara tidak langsung sesi
kritikan berlaku, pelajar boleh membuat perbandingan, seterusnya membuat
rumusan. Sesi berikut pelajar boleh menggunakan kriteria, gubahan dari manamana seniman yang dipilih kemudian membuat gambar, mungkin menggunakan
kaedah peniruan itu tidak salah kerana ia merupakan suatu proses belajar.
Setelah mereka faham dan mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka
perlu membuat sebuah cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan
mengambil kira peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang
telah mereka temui. Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerjakerja mereka pula. Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk
membuat sebuah gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan
seniman terpilih) dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep
dalam gubahan bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses
pengamatan semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan
dirinya untuk terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah :
peningkatan ilmu dalam membuat gubahan peningkatan ilmu dalam sejarah
seni, mengenali tokoh seni peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa
seni Latihan dan Kursus Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan
Institusi Pengajian Tinggi: Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang
berkelulusan seni, pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual
melangkah kakinya ke sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman
semasa latihannya ke sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman
pelajarnya berdasarkan matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar
belakang pengalaman graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran
(pengkhususannya) ditambah dengan kursus diploma pendidikan selama
setahun atau seumpamanya. Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam
sukatan pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran
baru pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang
guru pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian

tinggi itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah
menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau
sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk
pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu
bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana
kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku
maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.
Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab
perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah.
Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan
konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan
kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan.
Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih

17. merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan


menyeluruh kanak-kanak. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori
perkembangan. Dan pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada
keperluan eksprasif, di samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif
dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi
perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih
dalam bidang ini. Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui.
Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk
bakal guru sekolah rendah ? Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni,
Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi Seperkara lagi yang menjadi
isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan
masyarakat sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh
mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru- guru
berehat setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang lebih berat. Selagi
tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur
lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah
menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat.
Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa

malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani,
dan pelajaran lain yang lebih glamour. Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka
yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran
maka selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup
di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi
mata pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru
pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar- pelajarnya
menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan
pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk
berseronok kosong, hambar, kosong, masa rehat , dan tiada nilai masa depan
serta tiada yang baru, belajar dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda
yang sama saja . (Respon pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap
pandidikan seni, 1999 di kawasan Batang Padang) Untuk merubah persepsi
pelajar ini memerlukan pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar,
perlu memiliki motivasi yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar
pelajar mempelajari pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan
keyakinan kepada pelajarnya bahawa pelajaran ini berbaloi untuk belajar
Pelajaran perlulah memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat
sama walaupun terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka
sanggup melaluinya sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi
untuk belajar, ada nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan
berbagai kaedah untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai
bidang dan jenis kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa
mempelajari pelajaran pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi
tumpuan bersungguh-sungguh.

18. Memertabatkan pelajaran Pendidikan Seni Selari dengan matapelajaran


yang lain: Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan seni seiring
dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu isu yang baru. Saya percaya
guru-guru yang mencintai bidang ini sentiasa memperjuangkannya. Pada
dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah tergolong dalam kumpulan

matapelajaran asas dari sekolah randah hingga tingkatan tiga. Sama tarafnya
dengan mata pelajaran sejarah, geografi, kemahiran hidup, pendidikan jasmani
dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam interaksinya dalam seminggu pun
sama iaitu tiga waktu seminggu. Apabila seseorang pelajar sekolah menengah
tamat peperikasaan SPM mereka yang mendapat kepujian dalam Bahasa
Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya dalam berbahasa samaada dalam
bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga mereka yang lulus dalam matematik
mampu menyelsaikan masalah matematik berdasarkan ilmu pengetahuan yang
mereka kuasai. Pelajar dari bidang vokesional dan teknikal pula mampu
memperlihatkan kemahiran-kemahiran mereka, sesetengahnya menguasai
kemahiran asas sebagai persediaan untuk peringkat pengajian lebih tinggi atau
menceburi di bidang pekerjaan. Persoalan dan kerisauan saya adalah mereka
yang mendapat kepujian dalam pendidikan seni di peringkat SPM, apakah
istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki tahap ilmu seni setara dengan
peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ? Adakah mereka memiliki daya
kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah kemahiran mereka dalam
penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan kemahiran- kemahiran
mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah merasa puas tentang
tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas
kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran pendidikan seni sebagai landasan
ukuran. Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun
atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai
daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah
kemahiran membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM,
PPK telah berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara
dengan kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih
bermutu berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah
sampai masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurangkurangnya ada buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di
atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke
dalam bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata

pelajaran sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi


perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya
satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains
Rumahtangga atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja
mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya,

19. mungkinkah Seni memiliki sekolah menengah khasnya seperti juga sekolah
sukan ? seperti ura-ura jabatan Pendidikan Johor ? Pendekatan Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Seni: Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru
untuk mengajar Pendidikan Seni? Adakah kita henya menggunakan pendekatan
p&p yang steriotaip sahaja? Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang
bolah kita amaklan agar proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini
lebih menarik. Sebagai contohnya guru bolah menggunakan: Pendekatan
Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan
Feldman

(1970)

kemanusiaan

mencadangkan

dalam

pengajaran

agar

guru

menggunakan

dan

pembelajaran.

pendekatan

Menerusi

proses

pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan


mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya.
Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling
asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok
masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka ,
memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka
secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan
yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang
boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni.
Pendekatan Behaviorisme Ahli behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar
boleh dibentuk melalui pengalaman- pengalaman pendidikan yang disediakan.
Perancangan Pendidikan Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar
adalah penting untuk memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai
objektif pembelajaran. Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu
mematuhi disiplin untuk pencapaian sesuatu matlamat yang telah ditentukan
dengan mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan

terhadap tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk


mereka bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan
pengajaran seni. Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk
menentukan tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah
tingkah laku yang relevan untuk Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu
boleh mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni? Sampai
ke tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif
manakah yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah
dikenalpasti apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku
pelajar yang macam mana yang perlu dibentuk? Pengamatan sebagai
pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni. Merujuk kepada
objektif pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau
rendah, salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk
menajamkan

persepsi

pelajar.

Semua

pembelajaran

Pendidikan

Seni

menitikberatkan kepada persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan,


melayani perasaan dan pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita.
Sesetengah berpendapat pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada
segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses
seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam

20. persekitrannya. Proses pengamatan melibatkan seseorang itu membuat


penelitian, menganalisis, mengsintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses
mengurus maklumat yang memerlukan tindakan integrasi secara kreatif. Proses
ini juga memerlukan seseorang itu berfikir secara terbuka dan lebih bersifat
luwes. Dalam kurikulum Pendidikan Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan
supaya dilaksanakan mulai dari awal persekolahan hinggalah ke tingkatan
menengah atas, Amalannya adalah mengikut tahap keupayaan pelajar. Guruguru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan
pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancnagan pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk mengembangkan keupayaan
pengamatan ini perlu dikenalpasti. Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk
memajukan pengamatan, dan meningkatkan proses kematangan deria perlu

disediakan. Program-program perlu disediakan sehingga berjaya membawa


perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar.
Pendekatan Perkembangan Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan
bidang ilmu yang menjelaskan konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi
tuntutan domain kognitif, afektif dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah
PendidikanNegara. Kneeth M. Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan
bahawa pendidikan seni perlu memfokuskan perhatian kepada tiga domain
utama tersebut. Antara kandungan yang ada di dalam ketiga-tiga domain
tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu ilmu yang berkaitan dengan gubahan,
prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika serta seni dalam kehidupan. Domain
Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat,
keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai
sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu menumpukan kepada pertumbuhan
kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kualiti koordinasi antara
mata , tangan, otot dan mental. Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi
penggiat seni dan yang kurang berbakat atau berkemahiran akan menjadi
penggemar atau pengkritik seni yang mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari
proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni. Kesimpulannya banyak
isu-isu lain yang tidak diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan
pendidikan merangkupi era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun
tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat
Perkembangan Kurikulum dan unit-unit lain yang telah berusaha untuk
meletakkan matapelajaran pendidikan seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha
untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah
hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini
dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan
Negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi
kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap
sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat
memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidkan kebangsaan, dalam usaha

untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan
kemahiran kepada generasi muda dengan personality sebagai rakyat Malaysia
yang cemerlang untuk

21. generasi akan dating. Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita samasama membuat renungan. Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan
kita untuk merealisasikan harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan
kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa
pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran
pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif
pelajar Daripada isu-isu yang telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu
mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi
pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu
diadakan dengan lebih kerap lagi, mungkin melalui kelompok perbincangan yang
lebih kecil . Semuga dengan itu dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni
ini ke tempat yang sewajarnya. Posted by Hushna Afendi at 8:51 AM 7
comments: SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Mengikut Kamus
Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan
lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang
indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu
produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu
amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk
manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada
kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu
produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dipandang daripada
sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman,
menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai
pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej
atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu
sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai
ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan
manifestasi

pemikiran

dan

perasaannya

terhadap

sesuatu

objek

yang

dihayatinya

melalui

karya-karya

seni,

ataupun

setidak-

tidaknya

akan

menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu


menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian
erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. Menurut Herbert Read (
buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang
menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is
Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep
kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni
visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di
dalam kesenangan ini.

22. 2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan Seni merupakan sesuatu yang subjektif
untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan
dalam satu bidang tetapi dalam beberapa bidang seperti seni suara, seni tari dan
seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang
memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang
indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran
memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik
dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi
satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif
untuk seseorang individu. Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari
pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana.
(Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu
pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui
ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan
manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang
bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat
seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar
pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari
pelbagai aspek. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya
menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual,
seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan

lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam


sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang
terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam
kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya,
kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan
dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual.
Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah
kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual. Irama merupakan
elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak
yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita
mendengar

muzik.

Irama

yang

menarik

dalam

sesuatu

muzik

akan

mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam


kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai
contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita
sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni,
irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan
sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami
sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti
seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan
sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak

23. kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa
kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan
murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang
dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai
sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan
merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama
muzik. Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar
banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga
dipenuhi. Elemen- elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait
yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak

akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok.
Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen
seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.
Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education
menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai
satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan
menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu,
guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan
pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan
peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan
teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang
mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran
yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid
untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan
lebih efektif dan proaktif. 3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada
pendidik Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan
menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan
bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan
pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik
dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang
matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi
seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan
teori- teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di
antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

24. 1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang


berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang

seniman,

jurutera,

anatomis

dan

saintis

menyatakan

bahawa

dengan

penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi
seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik
perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat
membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan
mendorong kanak- kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan
kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid
tersebut. 2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran
dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan
persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses
menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat
membantu

untuk

mengaktifkan

proses

pembelajaran

dan

perpindahan

pembelajaran. 3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni


visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam
mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991)
oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan
bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama
untuk

guru

agar

mereka

dapat

menjalankan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang


keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam
pengajaran dan pembelajaran. 4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan
strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia,
Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi
kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik
sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu
diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi
pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik
pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam

melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni


menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni
perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan
dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat
dalam proses membuat sentiasa ditegaskan 3.0 Faedah yang diperolehi melalui
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:

25. 1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan
kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan
dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang
sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni
sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna
yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang
ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu
perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut,
ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda
untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. 2) Memperkembangkan
kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teoriteori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang
sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita
memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna
boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu,
kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti. 3) Menggalakkan
pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan
meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat
yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti,
sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita
dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut
kesesuaian

masyarakat

masa

kini.

Seni

dapat

memupuk

displin

diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam


proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan
menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran

seumur hidup secara menyeluruh. 4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi


secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi
perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak
belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari
cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat
mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi.
Pemerolehan

ilmu

seni

dapat

mambantu

kita

belajar

dengan

lebih

menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka,


hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita. 5)
Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps Bidang
seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan
kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi
dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah
penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang.

26. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan


masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi
dan imaginasi 5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan
adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi
membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran
untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang
kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar
bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah
yang digunakan ini. Posted by Hushna Afendi at 10:11 AM 2 comments: Email
ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Artikel-artikel
Seni Artikel 1 Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni
Dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas
pendidikan

dirujuk

sebagai

iaitu

membaca,

menulis

dan

mengira.Penggunaan huruf Radalah satu kata yang sesuai digunakan dalam


Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu,

sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu
dijadikan R keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira.
Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran dan pengajaran.Terdapat 3 bidang utama dalam mata
pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesankesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: (i)
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok. Pengajaran yang
dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari
kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis
sebagai media dalam penyampaian maklumat murid berasa lebih seronok.
Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami
sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya,kaedah belajar secara bermain dapat
membina dan menjalinkan perhubungansosial sesama murid. Selain itu,
perhubungan

sesama

murid

juga

dapat

bertambah mesra dan dapat

bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut


membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni didalam diri dan meningkatkan
motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.

27. (ii) Memupuk Nilai Kerjasama Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni
Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam
kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu
bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan
bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi
aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial
yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas
yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada
konsep perpaduan. (iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas Apabila semua
murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan
kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi
kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima
sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai
anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih

sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian


sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik
sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra
antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan
menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap
dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki. (iv) Murid berpeluang untuk
menjalani

proses

penerokaan

semasa

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat


ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang
belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah.
Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman
meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan
dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai
idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan,
cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.

28. (v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi. Perasaan
merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia
bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan
sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak
perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang
menyertai

aktiviti-aktiviti

seperti

permainan

boleh

mewujudkan

suasana

keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam


menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai
pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan
perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. Kesimpulan
Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual,muzik
dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai
motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan
memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar. Artikel 2
Aplikasi Seni Dalam Pendidikan Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada

seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Penggunaan seni dalam pendidikan
ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman
intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi peluang
kepada murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan
mengekspresi citarasa pancaindera. Selain itu, murid juga diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

29. Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya
sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam
pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang
baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka
bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi
subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan
berbudaya.

Cara

dan

penghububungkaitan

peranan

tersebut

guru
dalam

dan

murid

dalam

melaksanakan

dan

pembelajaran.

pengajaran

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan


dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata
pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti
menghubungkait

pengetahuan

penghubungkaitan pengetahuan

dalam

berbagai

mata

pelajaran,

Proses

dalam berbagai mata pelajaran adalah

brfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk
satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait
untuk mencapai satu matlamat. Selain itu ialah menghubungkait kemahiran
dalam berbagai mata pelajaran.Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran
dalam berbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang
dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar. Penghubungkaitan ini
berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu
melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial
agar dapat membentuk nilai murni sepeti menghormati, menggalakkan sikap

kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh
guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran
serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari
segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung
akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian
sosial, bahasa dan fizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan
kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak
memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau
pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang
berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan
peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda
pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih sistematik. Untuk mencapai matlamat ini, guru
perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang
bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Selain itu guru
berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan
pelajar menunjukkan prestasi dalam cara yang diingini. Pelajar adalah
digalakkan untuk melibatkan diri

30. dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa
ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara
tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat
penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk
merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan pembelajaran pelajar
meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi
pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang
dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka. Salah satu contoh bidang mata
pelajaran di sekolah rendah untuk digunakan dalam pengajaran yang

menggunakan pendekatan bertema ialah : Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat


Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants Tema : Persekitaran pokok. Jadi murid akan
diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah
dengan cara membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya.
Selepas itu, murid diminta melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok
diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat muzik. Pergerakan : (a) Cara
dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup, (b) Memungut daun-daun yang
gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan. Muzik : (a) Bunyi
yang kuat --- pokok tumbang (b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna dan menggambarkan perasaan seperti gembira,marah
dengan menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna. Pelajaran
diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan,
sumbangsaran tentang aktiviti yang telah dibuat. Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti
itu secara tidak langsung akan dapat membantu untuk mengesan bahagianbahagian pokok (Sains), mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan
persekitaran (muzik), menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan
warna yang berbeza-beza (seni visual) dan melakukan pergerakan lokomotor
(pendidikan jasmani) Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;
Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia
juga boleh digunakan kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran
matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti mengira beberapa batang pokok
dalam satu-satu tempat. Manakala dalam

31. matapelajaran muzik, pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat
pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok tumbang dan sebagainya. Tema
Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini
akan memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam
pendidikan dapat dijalankan dengan berkesan. Tema Pokok juga bersesuaian
dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa kini.
Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara
perkara yang diajar dengan kedaan situasi yang sebenar. Penyediaan
kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah.


Tema yang dipilih dapat disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran
mempunyai aktiviti dan langkah- langkah pengajaran dari yang mudah kepada
yang lebih mencabar. Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh
dijalankan dalam P&P a)Penggabungjalinan Bermaksud sebagai proses
mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran
yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagaibagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan
bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.
Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi
ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang
berkaitan dengan cara bersepadu. 2)Penyerapan Penyerapan ialah proses
menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan
daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata
pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan.
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan
daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya,
daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains
bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa
mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. 3)Penerapan Konsep
penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam
pelaksanaan
dimaksudkan

kurikulum
ialah

dan

nilai-

gerak
nilai

kerja

murni,

kokurikulum.
nilai

Nilai-nilai

yang

kewarganegaraan,

nilai

kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan


sebagainya. 4)Pemulihan Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus
bertujuan untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang
tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti

32. pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu


murid mengatasi masalah pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.
5)Pengayaan Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang
berpencapaian rendah atau lambat kadar penerimaannya, oleh itu pengayaan
adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi Kebaikan dan kelebihan.
Antaranya : (a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk
unti-unit kerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit
kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktiviti
pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah
mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam
menyelesaikan maslah Secara tidak langsung aktiviti seperti ini akan
memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar terhadap pelajaran
yang disampaikan. (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian
akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan
dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah,
secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerap
dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan. c) Mempunyai
ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam
pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu
tanggapan, baik di kalangan guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu
merupakan sebahagian daripada program aktiviti sekolah dan bukannya sesuatu
yang bersifat terasing dan terpisah Apakah alat/bahan yang sesuai dengan
aktiviti tersebut untuk murid

meneroka,

memperolehi pengalaman dan

mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses


pengajaran dan pembelajaran? Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada
kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat,
dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran. Dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

bertema

persekitaran

pokok

ini

pelajar

menggunakan persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai


keindahan pokok-pokok di kawasan sekolah. Ini dapat menyediakan cara

tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira bahkan menggalakkan


mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka berfikir
secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam
Pendidikan dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di
dalam bilik darjah.Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat
ekperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.

33. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi seorang yang benarbenar lebih berimaginatif. Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam
pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam, kepintaran
mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang kepada
kanak-kanak

dan

remaja

untuk

menyelesaikan

masalah,

membuat

eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat


penilaian dan bijak membuat pilihan. Seni dalam pendidikan menyediakan
matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui
potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka.
Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktivitiaktiviti seni. Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh,
mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka dengan cara tersendiri.
Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang seakan-akan
sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain. Penerokaan,
memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang
penting pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar
diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan caracara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Di samping itu juga
pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan
emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh
meluhan perasaan terhadap ekspresi diri. ARTIKEL 3 PENDIDIKAN SENI DI
MALAYSIA ANTARA HARAPAN DAN REALITI artikel dari: Prof. Madya Hj.
Iberahim Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Pertukaran nama daripada Seni Lukis dan Pertukangan Tangan kepada
Pendidikan Seni pada awal tahun 1980an apabila KBSR diperkenalkan dan

seterusnya akan bertukar semula namanya kepada Pendidikan Seni Visual pada
2002 tentulah berlatar belakangkan rasional yang amat signifikan. Ianya
memberi kesan yang jelas kepada matlamat dan objektif keseluruhan mata
pelajaran ini. Kandungan mata pelajaran pun akan berubah atau bertambah.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran juga akan berubah mengikut
keperluan seterusnya akan mempengaruhi strategi dan kaedah

34. pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga. Yang tidak kurang
pentingnya ialah falsafah, kepercayaan dan amalan guru-guru yang mengajar
mata pelajaran ini perlu selari dengan falsafah dan matlamat mata pelajaran ini.
Pada hari ini dan beberapa tahun kebelakangan berbagai-bagai pihak yang
bergiat dalam pendidikan seni visual sama ada secara individu maupun oleh
institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan berbagai-bagai
pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni
(visual) ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata
pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang
bersangkutan dengan keberkesanan pedagogi mata pelajaran ini perlu
dijelaskan. Pendidikan Seni Visual-Seni Halus-Seni Kraf : Kecelaruan Konsep
Art Education kini kita panggil Pendidikan Seni (Visual) sebagai satu mata
pelajaran. Kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan mata
pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian saya masih
terdapat berbagai-bagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni (visual)
ini. Kerana apabila disebut pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan
sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat
gambar atau lebih kepada bidang seni halus. Adakah seni halus itu serupa
dengan pendidikan seni visual? Ada setengah pihak pula beranggapan
Pendidikan Seni menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada
yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik dengan
mengajukan bidang sejarah dan apresiasi seni . Kesamaran ini perlulah
dijelaskan. Bidang-bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang
khusus masing-masing menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya
pemikiran dan kepercayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana

seorang guru itu dapat mendukung falsafah dan matlamat matapelajaran yang
diajar. Kesannya ialah akan berlaku penyempangan dan mengawal proses
pendidikan yang mengikut selera yang tidak tentu arah dan matlamatnya.
Akhirnya mata pelajaran ini seperti ayam kehilangan ibu dan seperti layanglayang putus tali. Usaha telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan
melalui Pusat Perkembangan Kurikulum untuk menjelaskan konsep pendidikan
seni ini. Jikalau diteliti kesemua peringkat sukatan pelajaran pendidikan seni
yang disediakan sudah jelas pengertian dan matlamatnya. Tetapi kecelaruan itu
masih berlaku dalam kepercayaan dan amalan di bilik darjah atau ketika proses
pengoprasian dilakukan . Nilai-nilai pendidikan tidak berjaya diamalkan dalam
proses P&P Pendidikan Seni di bilik darjah tumpuan lebih kepada matlamat
menghasilkan produk semata-mata. Untuk menjelaskan lagi konsep Pendidikan
Seni itu, menurut Eisner (1972) terdapat tiga komponen dalam P&P yang saling
berkait iaitu, berpusatkan pelajar, subjek dan masyarakat. Ini selari dengan
pendapat para akademik seperti Ralph Tyler yang membahaskan bahawa
semua teori- teori dan program pendidikan mesti berfokus kepada tiga
komponen tersebut.

35. Pendidik mata pelajaran ini harus jelas akan 3 persoalan di bawah ini:
Siapa yang kita ajar Mengapa kita mengajar Apa yang kita ajar (Laura
Chapman 1978) Siapa yang kita ajar: Merujuk kepada kanak-kanak di sekolah
bermula di peringkat tadika hinggalah remaja di sekolah menengah malah
hingga orang dewasa yang mengikuti pendidikan sepanjang hayat (life long
education). Mengapa kita mengajar: Jawapan persoalan ini merujuk kepada
apalah matlamat dan objektif khusus yang jelas ialah untuk membantu
memperbaiki masyarakat supaya kehidupannya lebih selesa. Membantu pelajar
kita agar kehidupan masa hadapannya lebih sempurna. Apa yang kita ajar: Yang
kita ajar adalah proses mengurus dan mempermudahkan struktur ilmu
Pendidikan Seni agar domain kognitif pelajar berkembang, menerapkan nilai-nilai
dalam pembentukan sahsiah pelajar agar domain efektifnya terbentuk dan
meningkatkan kemahiran psikomotor mereka. Masalah Mentafsir Kandungan
Pendidikan Seni Visual ke dalam bentuk Operasi di bilik darjah: Beberapa unsur

terlibat dalam proses ini, pertamanya sejauh mana penguasaan ilmu dikalangan
kita yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran ini. Keduanya setakat
mana keupayaan kita berupaya mengurus unsur-unsur dalam kurikulum
pendidikan seni. Ketiga setakat mana kita jelas tentang keperluan murid-murid
atau pelajarnya ketika belajar pendidikan seni. Keperluan dari segi psikologi,
sosial, fizikal, emosi dan sebagainya. Keempatnya setakat mana kita mampu
menguruskan masa berbanding dengan jumlah kandungan yang hendak diajar
dan dengan kemudahan yang ada. Kelimanya apakah kepercayaan kita kepada
konsep perancangan, adakah kita mengamalkan kepercayaan selesaikan
semua isi kandungan yang dirancang, buat sahaja perancangan pelajaran tahun
lalu atau sikap ambil mudah dalam merancang rancangan pelajaran pendidikan
seni. Keenam kretiviti guru mengatasi masalah kekurangan. Yang jelas ialah
perlunya memiliki pengetahuan yang mencukupi dan sikap yang positif terhadap
tugas sebagai guru pendidikan seni. Latihan yang didapati di maktab atau
universiti belum menjamin keberkesanan guru dalam menyediakan pelajaran
pendidikan seni ini kerana guru perlu mengemasakinikan dirinya dengan
pengetahuan-pengetahuan dan kemahiran baru yang boleh mempengaruhi
tingkah laku guru untuk bertindak secara lebih positif dalam mentafsir kandungan
pelajaran ini sesuai dengan keperluan dan perubahan semasa. Konsep DBAE
umpamanya tidak pernah dipelajari ketika berkursus dalam tahun 70an atau
80an. Tetapi konsep atau struktur kurikulum berdasarkan empat disiplin ilmu
pendidikan seni ini merupakan amalan terkini di peringkat antarabangsa.
Sukatan pelajaran pendidikan seni (visual) terpengaruh dengan perubahan ini.
Persoalannya adakah guru-guru di sekolah rendah atau menengah sedar
tentang keadaan ini. Sesuatu perubahan baru tentangnya perlu disampaikan
kepada guru-guru di sekolah. Oleh itu perlulah diusahakan suatu makanisma
bagaimana maklumat seperti ini sampai kepada para guru. Kepada yang
menguasai ICT mereka mampu mendapatkan maklumat

36. terkini dengan melayari internet. Suatu cara lain ialah melalui jurnal yang
diterbitkan oleh pihak-pihak tertentu. Yang pentingnya ada pihak yang
bertanggungjawab untuk menulis menerbit dan mengedarkannya. Suatu cara

lagi adalah melalui kursus-kursus pendek dalam pendidikan seni perlu selalu
diadakan oleh pihak tertentu sama ada dianjur oleh pihak kementerian atau
institusi pengajian tinggi yang lain. Hanya dengan ilmu dan kemahiran yang ada
berserta dengan jelas falsafah, matlamat dan objektif barulah seseorang guru
pendidikan seni itu dapat merancang pelajaran dengan berkesan. Kandungan
sukatan pelajaran boleh ditafsir dengan tepat seperti yang dikehandaki. Setiap
tajuk pelajaran dapat dikembangkan kepada pelajar secara bersepadu dengan
menitikberatkan kepada memperkayakan pengalaman pelajar menerusi proses
pembelajaran bersepadu. Sebagai contoh suatu proses pelajaran yeng berkaitan
dengan komposisi dalam membuat gambar. Proses pembelajaran tidak mungkin
boleh diselesaikan dalam masa satu sesi pelajaran sahaja. Seharusnya pelajar
didedahkan dahulu dengan konsep gubahan dalam sebuah catan dengan
merujuk beberapa contoh seniman tempatan atau antarabangsa. Sesi ini pelajar
bersama-sama meneroka dan mencari maklumat yang dirangsang oleh guru,
secara

tidak

langsung

sesi

kritikan

berlaku,

pelajar

boleh

membuat

perbandingan, seterusnya membuat rumusan. Sesi berikut pelajar boleh


menggunakan kriteria, gubahan dari mana-mana seniman yang dipilih kemudian
membuat gambar, mungkin menggunakan kaedah peniruan itu tidak salah
kerana ia merupakan suatu proses belajar. Setelah mereka faham dan
mengenalpasti konsep gubahan dalam catan mereka perlu membuat sebuah
cipataan berdasarkan kefahaman mereka sendiri dengan mengambil kira
peraturan- peraturan dalam membuat sebuah gubahan yang telah mereka temui.
Sesi berikutnya disusuli dengan sesi kritikan tentang kerja-kerja mereka pula.
Melalui proses di atas pelajar diberi ilmu bagaimana untuk membuat sebuah
gubahan yang baik (merujuk kepada data-data dari guru dan seniman terpilih)
dengan ilmu itu pelajar menggunakan sebagai latihan, konsep dalam gubahan
bertambah, kamahiran juga bertambah melalui latihan, proses pengamatan
semakin matang maka pelajar semakin yakin kepada keupayaan dirinya untuk
terus berkreatif. Dalam proses ini yang penting adalah : peningkatan ilmu dalam
membuat gubahan peningkatan ilmu dalam sejarah seni, mengenali tokoh seni
peningkatan ilmu dalam kritikan dan laras bahasa seni Latihan dan Kursus

Pendidikan Seni di peringkat Maktab Perguruan dan Institusi Pengajian Tinggi:


Apabila seseorang graduan atau guru awalan yang berkelulusan seni,
pendidikan seni atau yang berkaitan dengan seni visual melangkah kakinya ke
sekolah mereka akan membawa bersama pengalaman semasa latihannya ke
sekolah. Setiap institusi membekalkan pengalaman pelajarnya berdasarkan
matlamat dan objektif latihan masing-masing. Latar belakang pengalaman
graduan itu bergantung kepada bidang kepakaran (pengkhususannya) ditambah
dengan kursus diploma pendidikan selama setahun atau seumpamanya.
Sedangkan ruanglingkup isi kandungan dalam sukatan

37. pelajaran pendidikan seni sekolah menengah dan sukatan pelajaran baru
pendidikan seni STPM begitu luas sekali. Untuk menjadi sebagai seorang guru
pendidikan seni yang berkesan latihan yang didapati di institusi pengajian tinggi
itu masih tidak mencukupi, kecuali pengajaran pendidikan seni disekolah
menengah dilakukan berdasarkan pengkhususan bidang masing-masing. Jikalau
sebaliknya apabila guru golongan ini diminta mengajar keseluruhan tajuk-tajuk
pelajaran ini bagi satu-satu tingkatan sedangkan beliau mahir dalam suatu
bidang pengkhususan sahaja maka beberapa tajuk lain akan tertinggal, kerana
kurang mahir dan tidak berkeyakinan untuk mengajar. Sekira ini yang berlaku
maka konsep pendidikan seni akan menjadi lebih terkeliru di peringkat ini.
Seperkara lagi corak latihan yang diterima oleh bakal-bakal guru di maktab
perguruan. Rata-rata bakal guru ini akan mengajar di sekolah rendah.
Pendidikan seni di peringkat sekolah rendah merupakan tahap pembentukan
konsep yang amat penting. Hubungan antara pelajaran pendidikan seni dan
kanak-kanak sekolah rendah khususnya di tahap satu amatlah signifikan.
Pelajaran pendidikan seni di peringkat ini lebih merupakan suatu proses untuk
membantu

perkembangan

dan

pertumbuhan

menyeluruh

kanak-kanak.

Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. Dan


pendidikan seni kepada kanak-kanak adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di
samping perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka.
Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guruguru

pendidikan

seni

perlulah

benar-benar

terlatih

dalam

bidang

ini.

Persoalannya sejauh manakah latihan yang mereka lalui. Adakah hal tersebut
merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah
rendah ? Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni, Pendidikan Seni
pelajaran yang tidak ada potensi Seperkara lagi yang menjadi isu dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni adalah tanggapan masyarakat
sekolah yang sering beranggapan bahawa : sesiapa sahaja boleh mengajar
pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru- guru berehat
setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang lebih berat. Selagi tanggapan
ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran ini beransur-ansur lenyap dari
pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan
pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan
ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu
mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan
pelajaran lain yang lebih glamour. Selagi pelajaran ini diajar oleh mereka yang
tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka
selagi itulah konsep dan roh pelajaran pendidikan seni itu tidak akan hidup di
dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata
pelajaran ini. Kesannya akan menimbulkan masalah kepada guru-guru
pendidikan seni yang bersemangat untuk mengajar kerana pelajar- pelajarnya
menolak untuk belajar pendidikan seni, Ini berlaku kerana berdasarkan
pengalaman mereka pelajaran pendidikan seni adalah pelajaran untuk
berseronok kosong, hambar, kosong, masa rehat , dan tiada nilai masa depan
serta tiada yang baru, belajar
dari sekolah rendah hingga ketingkatan lima benda yang sama saja . (Respon
pelajar terhadap soal selidik persepsi pelajar terhadap pandidikan seni, 1999 di
kawasan Batang Padang) Untuk merubah persepsi pelajar ini memerlukan
pengorbanan yang besar. Guru perlu gigih dan sabar, perlu memiliki motivasi
yang tinggi. Guru perlu menguasai keperluan sebenar pelajar mempelajari
pelajaran ini. Tahap awal guru perlulah menanamkan keyakinan kepada
pelajarnya bahawa pelajaran ini berbaloi untuk belajar Pelajaran perlulah

memiliki unsur istimewa yang mendorong pelajar untuk terlibat sama walaupun
terpaksa mengeluarkan wang, tenaga dan masa. Mereka sanggup melaluinya
sekiranya pendidikan seni itu menarik, berpotensi, berbaloi untuk belajar, ada
nilai keilmuannya. Untuk ini guru terpaksalah menggunakan berbagai kaedah
untuk memotivasikan pelajarnya melalui berbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan kepada berbagai bidang dan jenis
kerajaya yang boleh membuka mata mereka bahawa mempelajari pelajaran
pendidikan seni ada potensi dalam kerjaya jikalau diberi tumpuan bersungguhsungguh.

Memertabatkan

pelajaran

Pendidikan

Seni

Selari

dengan

matapelajaran yang lain: Isu untuk memertabatkan matapelajaran pendidikan


seni seiring dengan mata pelajaran yang lain bukanlah suatu isu yang baru.
Saya

percaya

guru-guru

yang

mencintai

bidang

ini

sentiasa

memperjuangkannya. Pada dasaranya matapelajaran pendidikan seni adalah


tergolong dalam kumpulan matapelajaran asas dari sekolah randah hingga
tingkatan tiga. Sama tarafnya dengan mata pelajaran sejarah, geografi,
kemahiran hidup, pendidikan jasmani dan kesihatan dan sebagainya. Agihan jam
interaksinya dalam seminggu pun sama iaitu tiga waktu seminggu. Apabila
seseorang pelajar sekolah menengah tamat peperikasaan SPM mereka yang
mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia boleh menunjukkan keupayaannya
dalam berbahasa samaada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Begitu juga
mereka yang lulus dalam matematik mampu menyelsaikan masalah matematik
berdasarkan ilmu pengetahuan yang mereka kuasai. Pelajar dari bidang
vokesional dan teknikal pula mampu memperlihatkan kemahiran-kemahiran
mereka, sesetengahnya menguasai kemahiran asas sebagai persediaan untuk
peringkat pengajian lebih tinggi atau menceburi di bidang pekerjaan. Persoalan
dan kerisauan saya adalah mereka yang mendapat kepujian dalam pendidikan
seni di peringkat SPM, apakah istimewanya mereka. Adakah mereka memiliki
tahap ilmu seni setara dengan peringkat SPM seperti mata pelajaran yang lain ?
Adakah mereka memiliki daya kreativiti yang tinggi, setara dengan SPM. Adakah
kemahiran mereka dalam penciptaan dan penghasilan karya seni setara dengan
kemahiran- kemahiran mata pelajaran lain di peringkat SPM. Adakah kita sudah

merasa puas tentang tahap pendidikan seni sekarang ? Untuk menjawab


persoalan-persoalan di atas kita boleh jadikan objektif-objektif pelajaran
pendidikan seni sebagai landasan ukuran.

39. Keduanya kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi
kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada
tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap SPM. Ini adalah kemahiran
membuat perancangan tahunan bagi setiap tahap Peringkat STPM, PPK telah
berjaya memperlihatkan suatu tahap mutu kandungan yang setara dengan
kedudukannya, walaupun masih di peringkat permulaan tetapi jauh lebih bermutu
berbanding dengan kandungan sukatan pelajaran lama. Ketiga , sudah sampai
masanya mata pelajaran ini memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada
buku panduan. Soalannya berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu
bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam
bentuk operasi dalam P&P di bilik darjah. Keempatnya sebagai mata pelajaran
sekolah , keperluan asasnya dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian.
Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik
seni

yang

lengkap

sama

seperti

pelajaran

Kemahiran

Hidup,

Sains

Rumahtangga atau matapelajaran Sains. Kelima: Hanya guru yang layak sahaja
mengajar waktu pelajaran ini. Keenamnya, mungkinkah Seni memiliki sekolah
menengah khasnya seperti juga sekolah sukan ? seperti ura-ura jabatan
Pendidikan Johor ? Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni:
Apakah pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar Pendidikan Seni?
Adakah kita henya menggunakan pendekatan p&p yang steriotaip sahaja?
Sebenarnya terdapat berbagai pendekatan yang bolah kita amaklan agar proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini lebih menarik. Sebagai
contohnya

guru

bolah

menggunakan:

Pendekatan

Kemanusiaan

dalam

Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970)


mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam
pengajaran

dan

pembelajaran.

Menerusi

proses

pembelajaran

yang

berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan

hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu


proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri
sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran
mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan
boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media.
Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya
daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana
bentuk seni atau mana-mana karya seni. Pendekatan Behaviorisme Ahli
behaviorisme mempercayai tingkah laku pelajar boleh dibentuk melalui
pengalaman- pengalaman pendidikan yang disediakan. Perancangan Pendidikan
Seni yang berkaitan dengan situasi kehidupan sebenar adalah penting untuk
memastikan kejayaan yang lebih berkesan bagi mencapai objektif pembelajaran.
Aspek asas kepada pendekatan ini adalah guru-guru perlu mematuhi disiplin
untuk

pencapaian

sesuatu

matlamat

yang

telah

ditentukan

dengan

mengenalpasti keutamaan, mengaplikasi kaedah-kaedah penyelidikan terhadap


tugas-tugas pengajaran dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mereka
bentuk alat-alat untuk pengujian dan penilaian dalam pembelajaran dan
pengajaran seni. Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh guru adalah untuk
menentukan

40. tingkahlaku berasaskan objektif kurikulum pendidikan seni. Apakah tingkah


laku yang relevan untuk Pendidikan Seni? Bagaimana seseorang itu boleh
mencapai perubahan tingkah laku ketika belajar Pendidikan Seni? Sampai ke
tahap manakah sesuatu perubahan itu dinilai ? Matlamat dan objektif manakah
yang digunakan sebagai ukuran untuk sesuatu penilaian. Bolehkah dikenalpasti
apa yang boleh dipelajari, apa yang akan diajar dan tingkah laku pelajar yang
macam

mana

yang

perlu

dibentuk?

Pengamatan

sebagai

pendekatan

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni. Merujuk kepada objektif


pelajaran Pendidikan Seni sama ada untuk sekolah menengah atau rendah,
salah satu tujuan pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk menajamkan
persepsi pelajar. Semua pembelajaran Pendidikan Seni menitikberatkan kepada
persepsi (pengamatan) proses mendapat pengetahuan, melayani perasaan dan

pernyataan semuanya berlaku menersui deria kita. Sesetengah berpendapat


pengamatan melalui deria itu adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan.
Ianya adalah tingkah laku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu
pengetahuan melalui penerokaan alam persekitrannya. Proses pengamatan
melibatkan seseorang itu membuat penelitian, menganalisis, mengsintesis dan
menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan
tindakan integrasi secara kreatif. Proses ini juga memerlukan seseorang itu
berfikir secara terbuka dan lebih bersifat luwes. Dalam kurikulum Pendidikan
Seni aktiivti pengamatan ini telah ditetapkan supaya dilaksanakan mulai dari
awal persekolahan hinggalah ke tingkatan menengah atas, Amalannya adalah
mengikut

tahap

keupayaan

pelajar.

Guru-guru

perlu

menguasai

dan

mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya


untuk tujuan perancnagan pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang
sesuai untuk mengembangkan keupayaan pengamatan ini perlu dikenalpasti.
Aktiviti yang boleh membantu pelajar untuk memajukan pengamatan, dan
meningkatkan proses kematangan deria perlu disediakan. Program-program
perlu disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan
terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar. Pendekatan Perkembangan
Menyeluruh Pendidikan seni adalah merupakan bidang ilmu yang menjelaskan
konsep pendidikan menyeluruh, yang memenuhi tuntutan domain kognitif, afektif
dan psikomotor. Ini sejajar dengan Falsafah PendidikanNegara. Kneeth M.
Lancing (1971), pada dasarnya manyatakan bahawa pendidikan seni perlu
memfokuskan perhatian kepada tiga domain utama tersebut. Antara kandungan
yang ada di dalam ketiga-tiga domain tersebut adalah; Domain Kognitif : iaitu
ilmu yang berkaitan dengan gubahan, prosedur, sejarah dan apresiasi, estetika
serta seni dalam kehidupan. Domain Afektif : iaitu suatu aspek yang berkaitan
dengan nilai, sikap, minat, keperihatinan, mempunyai pertimbangan, menghargai
warisan dan mempunyai sahsiah yang baik. Domain Psikomotor: iaitu
menumpukan kepada pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak
balas yang boleh terbentuk melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
meningkatkan kualiti koordinasi antara mata , tangan, otot dan mental.

Seterusnya pelajar yang berbakat akan menjadi penggiat seni dan yang kurang
berbakat atau berkemahiran akan menjadi penggemar atau pengkritik seni yang

41. mahir serta berilmu pengetahuan hasil dari proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan seni. Kesimpulannya banyak isu-isu lain yang tidak
diutarakan di sini umpamanya isu yang berkait dengan pendidikan merangkupi
era ICT dan seumpamanya. Walau bagaimanapun tahniah diucapkan kepada
Kementerian Pendidikan di bawah urusetia Pusat Perkembangan Kurikulum dan
unit-unit lain yang telah berusaha untuk meletakkan matapelajaran pendidikan
seni ini ke tahap yang sewajarnya. Usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan
pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM
telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil
dari semua peringkat sistem pendidikan Negara kita. Pernyataan falsafah,
matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya
telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar
mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah
pendidkan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada
generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan
personality sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating.
Ini adalah harapannya. Realitinya diminta kita sama-sama membuat renungan.
Sejauh manakah kita telah melaksanakan peranan kita untuk merealisasikan
harapan itu. Sejauhmanakan kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita
dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk
sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar
berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif pelajar Daripada isu-isu yang
telah diketengahkan di atas, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk
memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam
seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi,
mungkin melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil . Semuga dengan itu
dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni ini ke tempat yang sewajarnya.
Posted by Hushna Afendi at 8:51 AM 7 comments: KEPERLUAN DAN
KEINGINAN ASASKANAK-KANAK Seni merupakan asas perkembangan

individu. Jika diajar dengan baik makaakan dapat merangsang kepekaan deria
kerana semua deria merupakan ruang bagipembelajaran. Kanak-kanak akan
dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu- isupersekitaran yang memberi
kesan kepada mereka. Ini membolehk an merekamenyentuh, merasa, dan
meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi danpemahaman terhadap
persekitaran. Kanak- kanak mesti diberi peluang untukmenyatakan pendapat dan
pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangankanak-kanak yang jelas
kedengaran di dalam bilik dajah patut digalakkan semasapembelajaran sedang
berjalan. Untuk itu kanak-kanak sepatutnya menyertai prosespendidikan tanpa
sebarang perbezaan.Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas
kepada kanakkanak.Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow.
Pendidikan boleh diumpamakanberada didalam tahap fi siologi. Iaitu tahap yang
merupakan keperluan asas kepadakanak

42. kanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menu
siabersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan
estetik.Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
bergantungkepada takad mana keperluankeperluan pelajar dapat dipe nuhi. Oleh
itu untukmencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah- langkah
berikut: Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fi
siologi iaitumakanan, minuman dan pakaian. Jadikan suasana bilik darjah yang
kondusif. Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang
Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi
dan Teori konstruktivisme m e n y a t a k a n b a h a w a k a n a k - k a n a k t i d
a k b e r o l e h pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan
secara aktif.Pembelajaran secara aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam
persekitarany a n g s e l a m a t d a n k o n d u s i f d i m a n a p e m b e l a j a r a
n d i c a p a i m e l a l u i a k t i v i t i meneroka, bereksperimen dan mengolah
objek atau bahan. Oleh itu Seni DalamP e n d i d i k a n b o l e h d i j a d i k a n s
e b a g a i w a d a h u n t u k m e m b o l e h k a n m u r i d mengekspresikan
idea secara bebas dan kreatif. (b) Teori Kecerdasan Manusia ( 1 9 8 3 ) o l e h H
o w a r d G a r d n e r m e n g e s y o r k a n bahawa terdapat sekurang-

kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnyadisuburkan di kalangan murid


melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran disekolah. Realitinya kebanyakan
sekolah hanya memberi penekanan kecerdasanlinguistik dan matematik logik
sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lainakan hilang. Teori Kecerdasan
Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yangdigabungseperti dalam
matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan inidapat menangani
masalah penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selaindaripada itu dapat
menjana kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh.Terutamanya
apabila strategi pembelajaran dan pengajara n yang dirancangdapat dilaksana
dengan baik dan berkesan.(c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja
pendekatan digunakandi dalam pengajaran, murid tertentu sahaja akan
mendapat bahan yangdisampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan
menakul danmenanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan yang
berintegrasiterhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan
pemikiranmurid kepada yang lebih kreatif. KONSEP DAN LATAR BELAKANG
SENI DALAM PENDIDIKAN (d) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept
yang mengkaji perkembanganotak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran rasional danintiutif seseorang individu.(e)

43. Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan


untukmemahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak.
Gabungandari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik,
kecerdasan SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF PENSYARAH UNIT SENI
VISUAL, IPG KAMPUS IPOH,PERAK. yatie2838_my@yahoo.com View my
complete profile Monday, August 15, 2011 PENDEKATAN SOSIAL DALAM
PENDIDIKAN SENI (Strategi & Pelaksanaan di Malaysia)- BY SITI HAYATI
Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia hidup
dalam aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang menyiratkan
makna, yang difahami dan dihayati bersama dalam kelompok masyarakatnya.
Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; Manusia hidup dalam jalinan
makna-makna yang ditenunnya sendiri. Ini menunjukkan manusia dalam
kehidupannya mampu mencipta, menampung dan menggunakan simbol sebagai

medium untuk berkomunikasi dan manusia hidup dalam belantara simbol.


Kemampuan manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana pendidikan
adalah proses budaya. DEFINISI SOSIAL Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh
didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui pengalaman
dan aktiviti.(DBP: ms 1186 ) .Sosiologi pula didefinisikan sebagai ilmu
kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia
merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden. Secara mudah kita
boleh menghubungkan sosiologi dengan masyarakat. Vander Zanden (1996)
dengan ringkas menyatakan sosiologi sebagai kajian saintifik mengenai interaksi
sosial dan organisasi. Bagi Jary & Jary (1995), sosiologi merupakan suatu
bidang kajian saintifik mengkaji masyarakat daripada pelbagai sudut seperti
melihat fungsi masyarakat, bentuk organisasi sosial, perkembangan kebudayaan
dan jenis-jenisnya. Menurut Giddens (1993) pula, sosiologi adalah kajian
mengenai

kehidupan

sosial

manusia,

kumpulan-

kumpulan

dan

masyarakat.Sosiologi akan memberikan manusia pemahaman bagaimana


pengaruh- pengaruh sosial telah mencorakkan kehidupan mereka.Waters (1994)
pula menegaskan bahawa perkara yang diperhatikan bidang sosiologi sangat
jelas iaitu fenomena sosial yang berfokuskan hubungan dan interaksi antara
manusia.

44. Broom (1981:84) mengemukakan pendapat, sosialisasi adalah proses


menyelaraskan individu-individu tentang tradisi-tradisi budaya masyarakatnya
dan berfungsi sebagai makhluk sosial dan anggota masyarakat yang sesuai
dengan

kebudayaan

masyarakatnya.

Zanden

(dalam

Suharso,1992)

mengemukakan bahawa sosialisasi sebenarnya adalah proses interaksi yang


memberi

peluang

kepada

anggota

masyarakat

mengenai

cara

berfikir,berperanan dan berkelakuan positif. Jelas kepada kita manusia


memerlukan hubungan sosial dengan manusia lain dalam lingkungan kelompok
masyarakatnya. Broom (1981) menyatakan, Manusia memerlukan hubungan
sosial dengan manusia lain. Kesimpulannya di sini, kebudayaan digunakan
sebagai pedoman hidup oleh warga masyarakat dan bersifat tidak mudah
berubah. Ia merupakan kebiasaan atau tradisi yang lazim bagi penganut sesuatu

masyarakat. Tetapi tradisi atau kebiasaan adalah buatan manusia dan pasti
boleh berubah. Menurut Bennett(1976). Apabila kebudayaan tidak lagi
sesuaidigunapakai mengikut arus perubahan, maka kebudayaan akan diubah,
dan disesuaikan agar dapat menepati keinginan baru. PENDEKATAN SOSIAL
DALAM KONTEKS SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT: Yang dimaksudkan
dengan pendekatan sosial adalah suatu cara memandang sosial itu sebagai
suatu sistem. Ia diertikan sebagaikonsep yang digunakan untuk menganalisis
seterusnya sebagai objek kajian. Dalam konteks ini sosial dipandang sebagai
satu kajian yang terdiri dari unsur-unsur yang berfungsi, beroperasi atau
bergerak dalam satu sistem. Konsep sosial juga difahami sebagai satu sistem
yang sistematik; merujuk kepada aspek-aspek seperti individu, sosial dan
budaya dari kehidupan manusia sebagai sistem sosial budaya dan masyarakat
persekitarannya. (Parson:1966; Spindler 1977;Spradley 1972;Suparlan 1985)
Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua fungsi
utama iaitu melestarikan dan mengembangkan kebudayaan sesuai dengan
keperluan individu, sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang terjelma melalui
cara berfikir, penghayatan, luahan rasa serta respon mereka terhadap sesuatu
perkara. Tidak dapat dinafikan sepanjang sejarah, manusia sebagai makhluk
sosial dan budaya, menyelenggarakan pendidikan sebagai fungsi utama untuk
mempertahankan peradapan nilai-nilai sosial dalam lingkungan masyarakatnya.
Melalui proses pendidikan ini setiap individu dalam masyarakat

45. mengenal, mewarisi dan menghayati segala unsur unsur kebudayaan iaitu
nilai-nilai, kepercayaan- kepercayaan serta teknologi sangat diperlukan dalam
sistem sosial budaya kerana dari situ mereka mempelajari intipati sosial,
mempelajari simbol-simbol budayanya serta menerap nilai murni yang
terkandung dalam kehidupan sosialnya untuk dijadikan panduan serta pedoman
dalam kehidupan seharian sekaligus dalam masyarakat lingkungannya. Seni dan
sosial mempunyai satu hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai satu
kurikulum integrasi. Pendekatan sosial memerlukan kefahaman terhadap ilmu
kemanusiaan dan pengalaman manusia. Seni memberi peluang untuk
memahami pengalaman manusia dengan baik. Untuk memahami sesuatu

masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik


dan ekonomi sesuatu masyarakat. Sebagai contoh bahan-bahan dan teknik
penghasilan seni yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu seni boleh
memberi kefahaman tentang faktor geografi, alam sekitar dan struktur sosial
sesuatu masyarakat. Malahan di zaman moden para pengiklan, penghibur dan
ahli politik menggunakan unsur seni untuk menyampaikan mesej dan memupuk
sistem kumpulan masyarakat. Artist mempunyai kuasa dalam bentuk simbol
untuk menyampaikan sesuatu idea atau perasaan yang begitu kuat yang boleh
menyentuh perasaan orang lain. Imej juga boleh menimbulkan semangat
patriotik dan bersuara terhadap ketidakadilan. Seni juga boleh menyampaikan
mesej tanpa komunikasi lisan kepada sesuatu masyarakat. Untuk membolehkan
pelajar faham kaitan seni dengan pendidikan sosial, pelajar perlu mengalami
sendiri pengalaman menggunakan bahan-bahan seni dan mengalami sendiri
proses yang dialami oleh seseorang artist yang mencipta seni. Melalui kerjakerja seni, masyarakat akan lebih memahami tentang sesuatu latarbelakang
sosial. Kita akan mempelajari tentang pengaruh sosial, ekonomi, politik dan
kepercayaan sesuatu masyarakat. Melalui sejarah sesuatu seni seperti masa,
zaman, budaya dan asal usul dapat diketahui bahkan bahan- bahan yang
digunakan, teknik penghasilan seni, bentuk dan perhiasan dapat meyumbang
kepada dapatan maklumat tentang latar belakang sesuatu masyarakat seperti
falsafah dan kepercayaan agama. Seni moden seperti seni kontemporari,
iklan,hiburan, visual, dan grafik dapat memberikan kita pengetahuan tentang
bagaiman unsur seni digunakan untuk mempengaruhi masyarakat, memberi

46. mesej dan penguasaan seni terhadap emosi manusia. Sebagai contoh;
bagaiman imej digunakan untuk menyebarkan semangat patriotik dan kempen
anti ketidakadilan. Semua perkara ini ada kaitan dengan pendekatan sosial di
mana ia mengkaji emosi manusia dan membolehkan kita memahami sesuatu
masyarakat itu. Kesemua elemen seni ini boleh membantu para ahli sosial
memahami pemikiran masyarakat. Pemahaman terhadap seni bagi seseorang
pelajar akan bertambah apabila pelajar mengalami pengalaman bekerja dengan
peralatan dan melalui proses dalam penghasilan sesuatu bahan seni. Proses

penghasilan seni akan memberi peluang peluang kepada pelajar untuk


memahami persoalan seperti kenapa sesuatu bahan digunakan, kenapa seni itu
dihasilkan, dan fungsi seni itu kepada masyarakat. Semua aktiviti seni ada kaitan
dengan budaya, persekitaran sesuatu masyarakat, pengaruh sejarah dan
geografi. Begitu juga dengan persoalan-persoalan yang tidak dapat dipisahkan
dengan aspek sosial seperti; siapa mencipta seni, siapa menggunakan seni,
apakan bentuk sesuatu seni dan bagaimana ilmu seni itu boleh diturunkan dari
satu generasi ke generasi berikutnya?Pengaruh alam sekitar, agama, politik,
ekonomi, budaya, persoalan estetik, kesemua elemen tersebut ada hubungkait
dengan pendekatan sosial. Dalam mengintergrasi seni dengan pendekatan
sosial harus perlu ada keseimbangan. Satu cara intergrasi yang efektif ialah
melalui penggunaan tema-tema yang berkaitan. Teknik ini adalah sesuai sebagai
perkongsian untuk subjek yang mempunyai matlamat dan disiplin yang sama.
Melalui teknik ini, setiap topik dijadikan sebagai bahan perbincangan dan diberi
pandangan mengikut disiplin seni dan sosial secara bergilir-gilir. Dengan cara ini
keseimbangan dari intergrasi pendekatan sosial dan Pendidikan Seni akan
tercapai. Satu komponen pendekatan sosial yang boleh diintergrasikan dengan
Pendidikan Seni dengan baik sekali adalah dari segi sejarah. Tidak boleh
dinafikan seni adalah satu produk dari asal usul sejarah dan budaya. Sebagai
contoh semasa seni itu dilahirkan, ia ada kaitan dengan isu semasa ketika itu.
Menurut Arnheim (1989) keupayaan menguasai dan melihat kombinasi keduadua struktur seni dan sosial adalah satu pencapaian kognitif. Tidak dinafikan
manusia adalah makhluk budaya. Manusia dalam kehidupannya menggunakan
simbol sebagai sarana untuk berkomunikasi sesama mereka. Pendidikan
merupakan satu proses budaya. PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :

47. Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk


melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif,
intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk
pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan
rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan
warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama
ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian),
Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktivitiaktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan
golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran
berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara,
matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan
individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh
menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara
hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah
menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek
pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik
dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi
dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual,
meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu
mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai positif. Secara tidak
langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi.
Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu
unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan
jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada
seni dan estetika. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah
bertujuan

melahirkan

seseorang

indivdu

yang

bersifat

kreatif,

inovatif,

berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan


citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai
estetika dan faham akan norma- norma kebudayaan yang berteraskan
kebudayaan kebangsaan. Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk
kreativiti kanak-kanak. Sifat semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian
dan sentuhan dan melalui contengan-contengan ini

48. perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun
begitu perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor

keluarga dan latar belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap
mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik. (Laura Chapman
1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina,
menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok
masyarakatnya. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah
anggota masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu
bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam
bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk
generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain
untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu
profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa
kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini. Melalui
Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih
sayang, menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifatsifat mulia terhadap diri. Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai
akan nilai-nilai warisan seni budaya keturunan kita sendiri di samping kaumkaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh
dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh
manusia sama ada disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang
sewajarnya. Pendidikan tentangseni telah bermula sejak zaman kanak- kanak
lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat permainan yang
beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di atas
kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya.
Contengan warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada
kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk dengan
sebaiknya supayadia menjadi seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya
sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol- simbol yang mudah dan
ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentukbentuk lukisan sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita
sedari.Kajian ini dibuat oleh Herbert Read (1958) dalam bukunya Education

Through Art. Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana
seni perlu dijadikan teras kepada pembentukanmasyarakat. Seni boleh dijadikan
satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Ini
bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan

49. moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara. Tanpa kesan
estetika kesenian mungkin boleh membawa penyakit yang menjurus kepada
wabak sosial yang memudaratkan. Gejala sosial yang berlaku pada masa kini
sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek penghayatan estetika. Keruntuhan
moral, pencemaran akhlak, terpesong kefahaman agama dan segala aspek yang
bertentang dengan fitrah manusia mungkin boleh diubati.Memahami makna
estetika dalam seni itu sendiri cukup mendalam, keindahan yang mutlak dan
hakiki. Penghayatan terhadap seni yang mendalam dan diamalkan dalam
penghidupan seharian. Penghayatan estetika terhadap kebesaran Tuhan juga
menuntut kita merenung jauh tentang setiap kejadian itu. Estetika wajar dijadikan
asas dalam
pembangunan

aktiviti seni sama


rohaniah

dan

ada

dari aspek pembangunan

jasmaniah,

perkembangan

dan

insan,

bimbingan

kehidupan seharian. Seni bukan semata-mata hiburan kosong. Seni dan estetika
adalah untuk mentarbiahkan manusia mendidik manusia agar memahami
kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah
menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat. Menurut Winckelmann
berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses yang dikenali
sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan
seni yang utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat konsep
iaitu: a)Estetik dikaitkan dengan kemuliaan b)Estetik dikaitkan dengan kehebatan
c)Estetik

dikaitkan

ketenangan

dengan

Keempat-empat

kesederhanaan
elemen

ini

d)Estetik

dikaitkan

membantu

dengan

mewujudkan

individuseterusnya masyarakat sekelilingnya mempunyai sikap yang positif


dalam kehidupan mereka. Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan
mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Usia remaja di sekitar
10 hingga 15 tahun merupakan tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan
seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar sudah mula menunjukkan

kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini
sekiranya pelajar diberi

50. kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap
kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert
(1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana pelajar
mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama
dalam proses pembesaran mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat penting
di mana pelajar yang tidak menerima bimbingan yang betul boleh menyebabkan
minat mereka dalam Pendidikan Seni berkubur, sebaliknya bagi pelajar yang
telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan menjadi lebih
berdisiplin, cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut. Kelebihan
seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam
masyarakat kerana masyarakatMalaysia kaya dengan khazanah warisan
budaya. Bahan kegunaan harian seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak,
ukiran kayu, seni batik dan tenunan/tekstil, hamparan tikar mengkuang, anyaman
kelarai seterusnya budaya sopan santun dan adat istiadat diwarisi turun temurun.
Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin terpinggir dan hampir
dilupakan. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua
warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup dipelihara. Melalui
Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati
diri kerana budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti
meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam
masyarakatnya,

kerana

kita

boleh

mengesan

sesuatu

bangsa

melalui

perkembangan budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan
berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Masyarakat perlu tahu
tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan
kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah
dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid,
guru dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk
merealisasikan perkara itu. Justeru semua masyarakat boleh memainkan
peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga

yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan


warisannya. Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan
manusia, untuk

51. berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian


adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi
pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan
manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah
ciptaan Allah SWT. Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian,
mempunyai emosi dan perasaan. Mereka meluah perasaan dan berkongsi emosi
dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah sedar dan seni dalam
konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya.
Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi,
perasaan dan dibantu dengan ilmu- ilmu lain maka tercipta hasil seni yang
dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan
merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila
pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat.
Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni
sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya untuk golongan lemah
sahaja. (pelajar lemah) Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P
Pendidikan Seni akan menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam
setiap kegiatan seni. Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990); ....................
making and appraising are both.... of equal and fundamental importance in art
education: each is important in itself............... Peranan kita sebagai ahli
masyarakat yang sebenar bukan sekadar sebagai pemerhati tetapi juga memiliki.
Selain dari guru berperanan mengajar pelajar untuk menghayati karya seni,
mereka

juga

perlu

diajar

untuk

melihat

lebih

mendalam,

memahami,

mempelajari, menghayati dan mengetahui proses sesuatu produk yang


dihasilkan. Di samping cuba memahami nilai falsafah dan estetika dari karya seni
tersebut iaitu nilai estetika yang tersirat ataupun tersurat. Proses memahami dan
menerangkan nilai falsafah dan estetika terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Ia menjadi asas dalam P&P Pendidikan Seni Visual di mana

konsep-konsep Asas Senireka, Seni halus, Komunikasi Visual, Rekabentuk,


Kraf, Sejarah Seni Visual menjadi sebahagian dari intipati Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni Visual. Cuma pelaksanaannya tidak
bersunguh-sungguh berdasar respon masyarakat yang menganggap mata
pelajaran ini terbelakang berbanding mata pelajaran lain.

52. Menteri Pendidikan Malaysia (1989), pernah menyatakan ..........in


accordance with the National Education Philosophy which has as its core the
concept of life long education towards the developement of a morally upright
person

who

is

intellectually,

spritually,emotionally

and

physically

intergrated.............. PENDEKATAN SOSIAL DALAM PENDIDIKAN SENI Seni


mempunyai hubungkait dengan falsafah masyarakat. Setiap produk yang
dihasilkan akan diterjemah kepada falsafah dan budaya Melayu serta
mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Hubungan rapat antara seni dan
masyarakat dijalinkan melalui jaringan kasih dari simbol dan makna yang
diterjemah oleh seniman. Menurut Muliyadi Mahamood: ....................... seni
mempunyai hubungan dengan masyarakat dan biasanya ia memiliki tujuan serta
arah tertentu. Dalam memahami seni kita perlu terlebih dahulu memahami
kedudukan seni dalam masyarakat serta perkembangan masyarakat itu sendiri.
Ciri-ciri luaran dan dalaman seni saling berhubungan serta sama-sama penting
dalam mengenengahkan perkara-perkara ini. Seni dan masyarakat amat sukar
untuk dipisahkan....... Pendidikan Seni dapat dilihat daripada pelbagai sudut.
Satu daripadanya ialah dalam kontaks sosial. Seni tidak bermakna apabila tiada
pemerhati ataupun penghayatnya kerana seni dipengaruhi oleh persekitaran.
Seni menjadi jambatan yang menghubung antara individu dan masyarakat. Ia
menghubungkan sesama manusia dan tempat serta bagaimana manusia
bergantung sesama mereka. Antara aspek sosial yang terlibat ialah kumpulan
keluarga, komuniti,kumpulan umur, fenomena kelas, kaum dan etnik, agama
serta jantina dan baka. Semua elemen tersebut menyumbang ke arah
pembangunan sosial. Keluarga merupakan insttusi sosial yang penting walaupun
kini ia tidak berperanan sebagai institusi menghasilkan produk seni. Malahan ada
menyatakan masyarakat Melayu tidak lagi menjadi pencipta sebaliknya hanya

sebagai

pengguna.

Warisan

menghasilkan

produk

semakin

terhapus.

Sewajarnya melalui Pendidikan Seni inilah warisan seni budaya harus dikekalkan
dan tidak pupus seperti dalam kraftangan. Umpamanya seni anyaman
mengkuang, seni anyaman kelarai,seni tekat, tembikar dan lain-lain. Boleh
dikatakan kepentingan barangan kraf tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini.
Ini disebabkan faktor perkembangan ekonomi industri di mana untuk
mendapatkan sesuatu barangan kraf misalnya, boleh di dapati dengan mudah
dan cepat.

53. Begitu juga pendapat masyarakat terhadap kefahaman kraf dan makna
apresiasi serta kritikan dalam pengajaran kraf. Kewujudan kraf tangan di negara
ini amat hebat dan mempunyai kepentingan. Ia dianggap sebagai lambang
keperibadian bangsa Melayu, kaya dengan falsafah dan mempunyai nilai
estetika yang tinggi bahkan dikagumi oleh para sarjana Barat. Terdapat pelbagai
barangan kraf dalam masyarakat kita, cuma fungsinya sahaja berbeza mengikut
kaum dan etnik. Perkembangan kraf tradisional amat pesat membangun pada
suatu ketika dahulu di zaman awal ketamadunan bangsa Melayu bahkan ianya
mempunyai nilai dan jati diri masyarakat Melayu. Ini disebabkan suasana sosial
yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Memang tidak dinafikan
sesebuah keluarga pada ketika itu memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang
dan akan diturunkan ilmu tersebut kepada setiap anggotanya untuk diwarisi.
Sebagai contoh labu sayong, seni batik, ukiran kayu, anyaman mengkuang dan
banyak lagi barangan kraf yang lain diperturunkan ilmu berdasar keperluan dan
kehendak masyarakat pada ketika itu dan bukan paksaan. Justeru ia melahirkan
pandai tukang dan diteruskan kemahiran dan pengetahuan tersebut kepada
generasi berikutnya. Industri pembuatan labu sayong, jika dahulu diwarisi turun
temurun sebagai mata pencarian dan hanya berfungsi untuk kegunaan harian
kini telah berubah menjadi produk komersial. Perusahaan labu sayong yang
menerapkan nilai kesabaran semasa menghasilkan juga mementing nilai estetika
dalam kandungan pembuatan telah mula diabaikan setelah teknologi moden
digunakan. Walau bagaimanapun dalam kurikulum Pendidikan Seni bidang kraf
masih mendapat perhatian kerana ia memberi peluang kepada pelajar

mempelajari hubungan antara bentuk, fungsi dan media. Ini perlu supaya
masyarakat sekeliling tahu tentang keistimewaan produk seni dengan nilai
falsafah yang dibawanya,kerana barangan kraf mahupun produk seni yang lain
mempunyai nilai falafahnya yang tersendiri. Untuk mencapai kebolehan
masyarakat menginterpretasikan makna melalui simbol-simbol, masyarakat kita
perlu mempunyai rasa penghayatan. Contoh lain seperti dalam seni kraf tradisi
keris, keunikan pembuatan keris terletak pada hulu , sarung dan bilah mata
kerisnya. Keris amat sinonim dengan masyarakat Melayu dan penggunaannya
dianggap satu keperluan bagi kaum lelaki untuk menunjukkan kehebatan
mereka. Kini seni warisan yang menjadi tunggak dan pusaka warisan yang
dibanggakan telah hilang ditelan zaman. Bahkan berjalan membawa keris tanpa
kebenaran dari pihak berkuasa juga dilarang dan menyalahi undang-undang.

54. Persekitaran tempat tinggal kanak-kanak mempengaruhi corak kehidupan


mereka. Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya
menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni dan
persekitaran. Mereka menghasilkan karya yang menampakkan imej dan ekspresi
individu sama ada gembira, ceria atau bersedih. Mereka belajar daripada
pengalaman mengenai kehidupan dalam masyarakatnya. Masyarakat Orang Asli
misalnya cintakan kesenian. Kraf yang paling hampir dengan kehidupan mereka.
Fungsi kraf yang dihasilkan untuk kegunaan harian di mana mereka
menghasilkan bakul untuk mengisi buah-buahan, anyaman tikar sebagai alas
lantai dan sebagai. Kanak-kanak Orang Asli juga cintakan keindahan hutan yang
merupakan gelanggang permainan harian mereka dengan cara memanjat pokok
dan melihat air hujan turun. Jelas kepada kita mereka berinteraksi dengan
persekitaran,

alam

dan

masyarakat

setempat.

Secara

tidak

langsung

menunjukkan seni adalah jambatan untuk menghubungkan kanak-kanak dengan


masyarakat dan persekitarannya. Mereka kenal budaya sosial keturunan nenek
moyang mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini. Contoh Gambar 1: Karya
pelajar yang mengambil alam persekitaran sebagai tema utama, di mana hutan
menjadi gelanggang permainan mereka. Aktiviti seni juga tidak terbatas mengikut
peringkat umur kerana pembelajaran adalah sepanjang hayat. Pendidikan Seni

dapat dipelajari ataupun dihasilkan bermula dari kanak-kanak sehinggalah


dewasa. Sekiranya ibu bapa serta masyarakat memahami dan menghargai seni,
maka aktiviti seni boleh

55. dilakukan secara santai. Selain mengisi masa lapang, dapat juga
meningkatkan kemahiran. Sebagai contoh dalam aktiviti melukis, seseorang
dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seterusnya menjadikan bidang
seni ini sebagai kerjaya untuk menambah pandapatan. Di samping itu dapat
memupuk sikap berdisiplin,bersabar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
Apatah lagi Pendidikan Seni menjurus kepada fungsi konstektual dan esensial
untuk mendapat masyarakat yang seimbang budayanya tanpa mengenepikan
warisan pusaka mereka. Tema juga memainkan peranan dalam pengajaran
Pendidikan Seni kerana ia mempunyai kaitan dengan kaum dan etnik dalam
sesebuah negara. Ia turut dipengaruhi oleh ideologi kepelbagaian budaya di
mana setiap kaum dan etnik mempunyai keseniannya yang tersendiri. Dalam
masyarakat Orang Melayu, daun sireh membawa lambang kasih sayang. Justeru
dalam acara peminangan atau perkahwinan ia dijadikan sebagai sebahagian dari
upacara tersebut. Begitu juga sekiranya tetamu datang ke rumah, sireh
dihulurkan sebagai salam sejahtera dari tuan rumah. Dua unsur penting ini
begitu sinonim dengan budaya masyarakat Melayu. Apa sahaja upacara yang
berlangsung pastinya sireh pinang menjadi elemen penting. Ianya berperanan
utama sejak zaman dahulu lagi apabila disediakan sama ada dalam upacara
perkahwinan, upacara menyambut bayi, majlis melenggang perut dan banyak
lagi. Daun sireh yang bertemu urat sahaja yang akan dipilih untuk perubatandan
sebagainya. Ia menjadi falsafah ketuanan Melayu, kekuatan jiwa, penyeri majlis
dan simbol ikatan kasih sayang serta mengembalikan roh dan jiwa kepada
pesakit dalam setiap fungsi yang diungkapkan tadi. Melihat kepada keunikan dan
kepentingan daun sireh serta buah pinang ini, terdapat pelukis menjadikan dua
elemen ini sebagai subject matter dalam penghasilan karya mereka. Realitinya
apabila melihatkan sesuatu imej, kita dapat menghayati nilai-nilai dalam
kandungan karya tersebut dan inilah yang mendekatkan hubungan dengan
masyarakat melalui mesej yang disampaikan. Secara tidak langsung pengaruh

kebudayaan mempengaruhi seni. Begitu juga dengan lain-lain masyarakat di luar


sana mempunyai kepercayaan dan budaya yang pelbagai yang diwarisi turun
temurun. Cuma apabila arus kemodenan datang, budaya sesuatu kaum atau
etnik semakin dipinggirkan.

56. Contoh Gambar 2: Karya pelajar yang menunjukkan tema kasih sayang
menggunakan simbol daun sireh yang membawa makna tersebut. Mencipta
karya seni adalah untuk dihayati masyarakat. Pelukis akan sentiasa berusaha
untuk

menyampaikan

mesej

dalam

pengkaryaan.

Ini

selaras

dengan

Feldman(1981) yang seni berfungsi untuk masyarakat. Ia masih berperanan


untuk menyampaikan aspek-aspek kehidupan dalam masyarakat. Justeru
masyarakat terutama golongan artist harus sentiasa menerapkan mesej dalam
penghasilan karya mereka. Ini kerana secara tidak langsung membentuk tingkah
laku untuk menghayati dan menghargai budaya mereka sendiri. Menurut
pandangan Syed Ahmad Jamal; Pada asasnya seni ialah sesuatu bentuk
pengantara yang diwujudkan khusus untuk diamati melalui deria dan daya
gambaran. Kalau dilihat kesan ekspresionisme yang utama ialah nilai-nilai emosi
dan mistik melahirkan perasaan dan deria, sebagai suatu bentuk pengantaraan
yang menyampaikan perasaan yang tegas. Jelas di sini seni dan masyarakat
saling memerlukan dan tidak akan berkembang baik tanpa salah satu
daripadanya.

Melalui karya

seni yang melambangkan budaya

sesuatu

masyarakat diharapkan dapat mendekatkan diri kepada nilai kesopanan dan jati
diri masyakarat Melayu khususnya melalui karya Anita, Bertemu Kasih.
Perkembangan dalam masyarakat juga menjadi faktor terhadap perkembangan
seni. Masyarakat yang tinggal di bandar lebih terdedah dan mudah menerima
perkembangan seni berbanding masyarakat desa. Seni juga bertindak untuk
menyuburkan perkembangan fizikal, emosi, jasmani, intelektual

57. seseorang kanak-kanak atau remaja. Joseph Chiari (1997) dalam Art and
Knowledge menjelaskan bahawa pengetahuan dan pendidikan seni membantu
seseorang untuk mengenali persekitaran. Sebagaimana dalam kandungan
kurikulum Mc Fee (1970) yang menekankan kepada simbol sebagai mesej yang
ingin disampaikan, pelajar dilatih untuk mengkaji dan membanding makna dan

melalui elemen-elemen yang digubah inilah terbentuknya komunikasi antara


pelajar dan masyarakat persekitarannya. Bahkan perspektif pemikiran mereka
dipengaruhi oleh budaya sosial yang didukung turun temurun.Sebagai contoh
dalam kesenian tradisi Melayu melihat motif pucuk rebung dalam pelbagai
maksud. Menurut Dzul Haimi Md Zain (1992) simbol-simbol yang dilahirkan akan
mendukung makna. Pucuk rebung tadi amat sinonim dengan kepercayaan
apabila ingin mendidik anak biarlah dari kecil supaya tidak menimbulkan
masalah apabila dewasa kelak. Ini membawa maksud rebung itu bersifat lembut
dan akan menjadi keras apabila menjadi buluh. Secara tidak langsung mesej
bertujuan dapat mengelakkan gejala sosial yang kian menular. Contoh Gambar
3: Karya pelajar yang menunjukkan tema melentur buluh biar dari rebung. Pokok
buluh membawa pelbagai makna mengikut kepercayaan masing-masing.
Masyarakat orang Asli juga sangat percaya kepada semangat buluh.
Kebanyakan rumah masyarakat Orang Asli diperbuat daripada buluh. Ini
bertujuan untuk kemudahan mengadakan tarian sewang apabila menyambut
sesuatu upacara. Mereka juga percaya buluh mempunyai roh dan diletakkan di

58. dalam rumah apabila melakukan perubatan tradisional. Melalui spritual


buluh ini yang akan melindungi orang yang sedang berubat tadi. Bagi
masyarakat orang Cina pula meletakkan pokok anak buluh sebagai lambang
kesejahteraan. Kebanyakan rumah masyarakat orang Cina mempunyai anak
pokok buluh ini sebagai tanda kesejahteraan mereka dipelihara. Jelas kepada
kita design objek yang digunakan adalah sama iaitu buluh tetapi diberi makna
yang berbeza oleh masyarakat orang Melayu, orang Cina dan juga orang Asli.
Begitu juga dengan permainan wayang kulit Kelantan yang semakin dilupakan
padahal ianya telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Kelantan.
Tema yang disampaikan melalui persembahan wayang kulit dengan watak
pahlawan, pemerintah dan balasan atas segala perbuatan membawa gambaran
pada realiti sebenar kehidupan masyarakat Melayu, di mana perlu taat pada
pemerintah, sentiasa bersikap baik dan menghormati sesama manusia. Secara
tidak langsung ia membentuk tingkahlaku yang positif supaya sentiasa berbuat
baik semasa hayatnya. Matlamat untuk meneroka makna kebudayaan di dalam

objek-objek yang diolah jelas menunjukkan bahawa manusia dan kehidupan


sosial tidak dapat dipisahkan. Masyarakat kita tidak mempunyai pengetahuan
tentang ini dan menyebabkan mereka tidak pernah meletakkan kepentingan
bahawa simbol dan lambang yang terdapat pada sesuatu karya itu mempunyai
makna. Mereka hanya menganggap ia sebagai hiasan untuk menampakkan
keindahan

luaran

semata-mata.

Sepatutnya

peranan

kita

sebagai

ahli

masyarakat bukan sebagai pemerhati sahaja tetapi juga memiliki. Apabila kita
memiliki, kita melihat karya seni secara mendalam dan mengkritik apa juga isu
yang dipamerkan secara simbolik. Justeru peranan guru Pendidikan Seni di
sekolah perlu dipertingkatkan. Bukan setakat mengajar bahkan menjelaskan
tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan. Pelajar perlu
memahami akan fungsi karya seni berkenaan. Menurut pandangan ahli falsafah
dan sejarawan Hauser; A work or art is a challenge; we do not explain it, but we
adjust ourselves to it. Seorang pelukis terkenal, Awang Damit mengilhamkan
idea karya beliau melalui pengalaman kehidupan sosialnya. Beliau gemar
menjadikan nostalgia zaman silamnya sebagai tema utama. Menggarap
pengalaman hidup beliau yang pernah melalui penderitaan untuk dikongsi
bersama penghayat seni. Ia

59. dilakukan dalam bentuk simbol dan makna. Melalui karya beliau, Intipati
Budaya 1 (1985),EOC Sira dan asam Jawa (1989) serta Intipati Budaya lV
(1986), beliau mengolah tema yang mencerminkan latar belakang dirinya
sebagai anak petani dan nelayan supaya dapat dihayati maksud yang tersirat
dan tersurat. Bahkan turut mempamerkan cerminan ciri-ciri budaya tradisi serta
alam semulajadi sekitar kehidupannya. Menghayati karya-karya pelukis tanahair
yang terkenal, membuat kita kembali mengingati agar kesenian Melayu ini wajar
dipertahankan. Itulah antara mesej yang ingin disampaikan pada penghayat seni
dalam konteks pendekatan sosial yang melingkungi budaya dan masyarakat
pendukungnya.

Sebagai

penggiat

seni,

sudah

pasti

ada

cara

untuk

memartabatkan kembali seni warisan ini. Supaya generasi hari ini dan generasi
seterusnya mampu menghayati keindahan seni warisan bangsa Melayu. Di
Malaysia, faktor agama tidak dapat dipisahkan dengan pendidikan. Penerapan

nilai-nilai murni adalah salah satu daripada bukti pertalian yang wujud. Setiap
ajaran agama menekankan kepada kebaikan dibalas dengan kebaikan dan
budaya menghormati sesama manusia diberi penekanan dalam mendidik anakanak. Cara menghormati orang tua juga mengikut kepercayaan dan budaya, ada
yang tunduk apabila meminta laluan, ada yang tangan diletakkan di dada dan
pelbagai gaya mengikut etnik masing- masing. Walaupun terdapat perbezaan
budaya tapi nilai positif yang ditekankan adalah samauntuk membangunkan
sosial masyarakat sesuatu tempat. Dalam kurikulum Pendidikan Seni, guru perlu
bijak kerana dalam pengajaran kraf tidak memasukkan kraf semua kaum dan ini
boleh mengundang rasa tidak puashati di kalangan pelajar yang terdiri dari
berbilang bangsa. Guru sebagai agen perubahan perlu menekankan aspek seni
dalam budaya sebagai topik pembelajaran kerana semua penghasilan karya
menekankan tentang seni dalam masyarakat dari sudut budaya yang dimiliki
turun

temurun

dan

kecenderungan

mereka

terhadap

warisan

budaya

mencernakan idea-idea yang ada hubungkaitnya dengan nilai sosial kehidupan


persekitaran mereka. Demikian antara beberapa elemen yang dikupas yang
menjadi titik tolak kepada perubahan dalam pembangunan sosial. Guru Seni
merupakan agen kepada perubahan sosial dengan menyumbang kepada
transformasi budaya tampak yang umum, kerana melaluinya pelajar belajar
melihat dunia. Perubahan berlaku sama ada secara sengaja atau tanpa disedari.
Seni juga penting sebagai transformasi sosial yang melibatkan perkembangan
biologi, transformasi teknologi dan pembentukan budaya.

60. Menurut Robert A.Ott dari Pennsylvania Art Educatormenyatakan; seni


merupakan sesuatu yang dikaitkan dengan persekitaran dan masyarakat. Guru
Seni pula adalah sesorang ahli falsafah, penulis, ahli sejarah dan artist yang
kreatif. Pendidikan Seni telah menjadi suatu pendidikan jangka hayat. (life
learning process) Seni juga mengalami evolusi kerana kehendak yang berbeza
mengikut umur masyarakat. Masyarakat warga tua lebih berminat dengan seni
dan kelapangan waktu tersedia berbanding dahulu tidak memperoleh peluang
mempelajari kerana kesibukan bekerja. Menurut Ott lagi, seni melibatkan
proses pembelajaran tentang tamadun dan budaya sesuatu etnik dan bangsa.

Seni sebagai refleksi pemikiran golongan intelektual dari zaman berzaman.


Mesej yang disampaikan dalam sesuatu seni boleh dipertahankan dalam jangka
masa lama dan asas kepada pemahaman tentang sesuatu budaya, etnik dan
sesuatu golongan masyarakat... (telah diterjemahkan dari bahan internet).
Beliau juga berpendapat, seni mungkin menjadi asas kepada segala jenis
pembelajaarn (centre of learning). Melaluinya kita boleh mengetahui tentang cara
pemikiran, emosi, adat dan istiaat masayarakt dan pemahaman ini terus
berkembang. Menurut Ralph Smith (2006) dalam tulisan beliau, Culture And The
Arts in Education menyatakan; .......................seni mempunyai kaitan dengan
proses pembentukan perwatakan seseorang manusia. Ini kerana untuk
menghasilkan seni ia perlukan tahap kestabilan, konsentrasi, disiplin, kreativiti
dan tamadun yang tinggi dan memuaskan. Seni melibatkan proses komuniti,
kesinambungan dan kritikan serta pendidikan falsafah yang akan dilalui oleh
seseorang individu. Dalam kontaks sosial ini dapat diperjelaskan kepada kita
bahawa pendidikan tentang seni amat berkait rapat dengan kehidupan seharian
mereka sehingga boleh menghasilkan seni yang excellent, terutama jika ia
melibatkan pengalaman estetik seseorang individu. Melalui Pendidikan Seni juga
boleh

memupuk

sikap

kesedaran

tentang

ciri-ciri

kemanusiaan

dan

menggunakan seni untuk mengekspresi pandangan, dilema dan peribadi kepada


masyarakat. Seni hakikatnya suatu subjek yang sangat berkuasa sehingga boleh
menyebabkan social change. Contoh

61. contoh seni juga telah mengubah pandangan manusia tentang sesuatu isu
atau kejadian yang berjaya menimbulkan kesedaran tentang kemanusiaan di
kalangan manusia. (Guernica-Picasso) Contoh Gambar 4: Persekitaran mereka
amat

berkait

rapat

dengan

kepercayaan

tentang

unsur-unsur

animisme(semangat) malahan menjadi budaya kehidupan mereka terutama


dalam perubatan tradisional. Menurut Kerry Freedman dalam pembentangan
kertas kerja beliau di Konferens Persatuan Pendidikan Seni Pennsylvania
(2001);beliau melihat Pendidikan Seni dari perspektif sosial iaitu jika seni diajar
tanpa memasukkan nilai-nilai dan pandangan sosial terhadap seni maka ianya
cuma menjadi suatu pengajaran dan pembelajarn seni semata-mata kerana

perspektif kurikulum tetapi seni juga harus dipandang dan diinterpretasikan


dengan sifat-sifat sosial seperti jantina, bangsa, etnik, bakat istimewa, budaya,
sosioekonomi, keadaan politik, alam sekitar dan perasaan manusia. Ini kerana
seni adalah kompleks mempunyai unsur kepelbagaian dan mewakili sesuatu
budaya. Justeru tujuan seni dan asal usul seni hanya boleh difahami jika
seseorang melihat seni dari perspektif sosial. Pengajaran seni bukan sahaja
melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar untuk melihat, mengkritik
dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu sendiri. Beliau
menggariskan beberapa perkara penting berkaitan dengan Pendidikan Seni
tersebut iaitu: a)Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai
budaya visual

62. b)Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan
sesuatu karya seni c)Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil
kira dalam P&P seni d)Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu
seni/objek e)Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontent
f)Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni g)Dalam menilai dan
menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan konstruktif yang
membina Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya
mempunyai hubungan rapat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya
terhadap kehidupan kita, namun kepentingan seni wajar dilihat sebagai satu
kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni hampir menyeluruh, terutama
jika dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah, susunan perabut,
pemilihan warna dan fesyen pakaian dan banyak lagi perkara yang bersangkutan
dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah
masyarakat. STRATEGI DAN PELAKSANAANNYA: TEORI MC FEE Pendidikan
Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji Barat seperti
Eisner(1972),

Mario(1948),

Victor

Efland(1977)

berpendapat

bahawa

Lowenfeld(1970),
Pendidikan

Lansing(1971)
Seni

adalah

dan
untuk

mengembangkan potensi individu serta melahirkan bakat pelajar agar berupaya


untuk memahami nilai seni untuk dirinya, masyarakat, warisan seni budaya serta
nilai-nilai estetika secara global iaitu mengaitkan seni dengan kehidupan individu

agar dapat membuat pertimbangan dan penilaian yang terbaik.(untuk dirinya,


masyarakat dan budaya.) Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam
sekitar di dalammatlamat dan objektif dalam Pendidikan Seni . Beliau
menekankan empat asas dalam mengkaji seni iaitu: a) Kajian dan bandingan
makna iaitu kanak-kanak mengenal objek serta bandingan objek melalui soalansoalan yang dibina. b) Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek
mengaitkan makna

63. dengan nilai. c)Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di


persekitaran dengan nilai-nilai dan unsur budaya. d)Kajian dari perspektif
individu membuat modifikasi sesuai dengan nilai-nilai dan budaya. Seni telah
diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang perlu dikekalkan.
Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup manusia sejak zaman
dahulu lagi. Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih menumpukan kepada
kebudayaan sesuatu masyarakat melalui penerokaan dalam menghasilkan seni.
Apa juga corak yang dihasilkan mempunyai makna kebudayaan di dalamnya. Ini
membuktikan betapa pengaruh kebudayaan amat ditekankan dalam matlamat
kurikulum Mc Fee. Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan
pengamatan. Beliau percaya.kanak-kanak melukis sebagaimana

yang

mereka lakukan dan bukanlah disebabkan satu-satu faktor tetapi disebabkan


oleh semua. Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum
seni adalah sebahagian dari kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal.
Kebudayaan ini sebenarnya memberi kesan kepada pencapaian artistik kanakkanak. Hari ini di mana-mana juga terdapat pelajar yang mewakili kebudayaan
masing-masing. Mengikut Mc Fee (1970) lagi, adalah sangat mustahak setiap
individu iaitu kanak-kanak dan subculture dilindungi dan dipertahankan melalui
seni tampak. Bagi mencapai objektif bagaimana Pendidikan Seni dapat
memperkembangkan warisan kebudayaan, (sasaran golongan masyarakat dan
pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti berikut;
a)Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini termasuk
identiti mereka ketika menghasilkan karya mahupun melakukan aktiviti seni
mereka. - Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu

terutama pelajar mencari dan mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri
mereka berdasar rujukan biografi para seniman tanahair. Ini kerana kita sedia
maklum dalam kurikulum Mc Fee, beliau menekankan aspek kepekaan terhadap
persekitaran dan alam dalam menghasilkan sesuatu

64. karya. Pelajar boleh menggunakan persekitaran alam sekeliling mereka


untuk dijadikan idea utama dalam pengolahan makna. Melalui design object ini
pelajar menggunakan simbol- simbol untuk menyampaikan makna dan secara
tidak langsung cuba menyampaikan mesej yang ingin diluahkan. Tingkahlaku
kognitif pelajar terbentuk mengikut kepekaan terhadap persekitaran dan alam.
Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka berdasar kepada pengalaman yang
dilalui. b)Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya
lampau seseorang seniman sebagai bahan rujukan. - Dalam seni kritikan,
pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang berlaku di sebalik terhasilnya
sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih bertenaga dan bercahaya selepas
digilap oleh pengkritik seni yang berwibawa. Bahkan pengkritik seni perlu jujur
dalam kritikannya. Secara tidak langsung menerapkan rasa penghayatan
masyarakat terhadap sesuatu karya yang mengandungi simbol dan makna yang
cuba disampaikan. c)Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih
sehingga menjadi satu karya yang mengandungi simbol dan makna. - Seniman
dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan seniman
mengolah idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan satu kreativiti
yang hebat. Karya seni merupakan satu manifestasi kejujuran. Seni berperanan
untuk mendidik penghayat (masyarakat). Edmund Burke Feldman (1966)
menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi yang berkesan kepada
masyarakat. Karya seni ini boleh dianggap sebagai himpunan khazanah, idea,
sumber ilham untuk dijalin dan dianyam dengan sebaik mungkin. d)Mempelajari
cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan

65. memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa
seni visual. -Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan
perasaan mereka. Manusia mahu berkongsi perasaan dan emosinya dengan
orang

lain.

Justeru

terdapat

pelbagai

cara

perlakuan

manusia

untuk

menterjemahkan perasaan dan emosinya itu. Charlotte Wolff (1970) dalam


bukunya Psychology of Gesture telah mengkaji perlakuan manusia dan
menyatakan manusia mengeluarkan pernyataan perasaannya di bawah sedar
dan tanpa kawalan diri. Contoh Gambar 5: Karya ini menunjukkan luahan
rasamereka melalui emosi dan perasaan terhadap isu pempupusan penyu, iaitu
spesis haiwan yang sepatutnya dipelihara. Tafsiran idea di sini boleh membawa
maksud protes di atas apa yang berlaku. e)Membandingkan berbagai tafsiran
yang digunakan dalam tema dan pilihan subject matter yang dipilih. Ini
membolehkan sesuatu tajuk itu dikembangkan kepada isu-isu yang lebih luas
untuk diterokai. Seterusnya boleh juga dimasukkan kesan dari sudut sosial dan
ekonomi. - Tidak semua anggota masyarakat mempunyai tafsiran yang serupa
bagi sesuatu imej yang sama. Masyarakat mentafsirnya dengan pelbagai
pandangan berdasar perbezaan pengalaman, umur, jantina, persekitaran dan
beberapa faktor lain. Dari sini secara disedari

66. atau tidak penghayat diajak meneroka idea-idea yang telah diolah dalam
menyampaikan makna di sebaliknya. Ini juga bertujuan supaya penghayat tidak
melihat seni itu sebagai satu hiburan kosong semata-mata. f)Penggiat seni perlu
sentiasa

merancang

aktiviti

yang

merangkumi

bidang

perkara,

tema,

media/bahan, hasil fungsi, rekabentuk dan gaya. - Aktiviti kesenian perlu banyak
sama ada di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sebagai. Ini kerana seni
mampu mengupas isu permasalahan yang dipaparkan oleh seniman. Melalui
aktiviti seni ini juga mampu membawa masyarakat menyelami erti kehidupan
yang sebenarnya. Masyarakat seharusnya mendekati seniman untuk menimba
semua ilmu itu. Di bahu seniman terletak satu tanggungjawab sosial yang berat.
Ini kerana seniman bukan lagi berkarya untuk keseronokan sendiri tetapi
selebihnya untuk menjana fikiran masyarakat. Masyarakat perlu didedahkan
bagaimana cara menghayati nature nya. g)Peminat seni dan pengkritik seni
perlu peka dengan isu persekitaran dan semasa kerana ianya melibatkan
pengurusan diri (perasaan), tindakbalas, warisan artistik dalam konteks seni
dalam masyarakat. - Ini adalah kerana seni melambangkan tamadun dan budaya
sesuatu masyarakat, justeru warganegara diajar menggunakan seni bagi

menyatakan hasrat, idea, nilai dan pandangannya mengenai pelbagai bidang


kehidupan yang dialaminya. Secara tidak langsung penghargaan terhadap
warisan budaya dapat dipupuk.

PENUTUP: Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita.
Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada
kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni
amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali
bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan
teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan
kita hari ini.

67. Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang
berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping
dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu
masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni dan
falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan.
Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan masyarakat.
Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga
sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.