Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Encik Rustam Bin Sis, wakil

Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama diiringi oleh Tuan Pengetua dan
Penolong-penolong kanan.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu sekolah.
Hadirin diminta berdiri.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Encik Rustam Bin Sis


Wakil Pegawai Pelajaran Daerah

Yang Berusaha Tuan Pengetua,


Encik Ahmad Shukri bin Mokri,

Yang Dipertua PIBG, SMK Bukit Jana


Puan Hamidah Binti Dain

Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, guru-guru, para ibu bapa dan seterusnya
anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan
sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Progran Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa
Kelas Bestari bagi tahun 2012.
Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada
hari ini wakil Pegawai Pelajaran Daerah Encik Rustam Bin Sis kerana sudi hadir dalam
majlis Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Kelas Bestari pada tahun ini. Selamat datang
juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga
dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al
Fadhil Ustaz Azmi bin Omar untuk meminpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Azmi bin Omar atas bacaan doa
sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tida lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua SMK Bukit Jana.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad
Shukri Bin Mokri, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Shukri
Bin Mokri, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat.
Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh
takzim mempersilakan Yang Berbahagia Encik Rustam Bin Sis, wakil Pegawai Pelajaran
Daerah Larut Matang dan Selama untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Program Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Kelas Bestari. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Rustam Bin
Sis, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama atas ucapan serta
perasmian majlis sebentar tadi.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar Penilaian Menengah
Rendah (PMR) 2011 yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Rustam Bin Sis, wakil
Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama diiringi oleh Tuan Pengetua SMK
Bukit Jana untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar.

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan,


Para pelajar yang mendapat 8A akan mendapat wang tunai sebanyak RM100.00 manakala
pelajar-pelajar yang mendapat 7A 1B akan mendapat RM80.00. Wang tunai ini merupakan
sumbangan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bukit Jana.

Majlis dengan ini menjemput pelajar yang menerima anugerah bersama-sama ibu bapa
untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah...

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Rustam Bin
Sis, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama

atas kesudian

menyampaikan anugerah sebentar tadi.


__________________________________________________________________

Adat tuan adat berserah


Mari datang membawa puan
Adat bersirih adat sejarah
Untuk tuan kami sembahkan

Majlis seterusnya menjemput Penyelaras Kelas Bestari, Encik Mustafa Bin Bakar untuk
membentangkan takwim Program Kelas Bestari bagi tahun 2012.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyelaras Kelas Bestari, Encik Mustafa
Bin Bakar atas pembentangan sebentar tadi

Pakaian dipakai cantik berseri,


Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.

Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif
Puan Norhasanah Bt Muhammad Shapini,

Majlis seterusnya diteruskan

dengan pelancaran program Anakku

Bestari dan

penyerahan anak angkat pelajar kelas 3 Bestari. Untuk makluman semua, ibu bapa angkat
pelajar kelas 3 Bestari ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar kelas 3 Bestari dan tidak
menjadi guru kelas.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memudahkan para pelajar berinteraksi dan
menyuarakan pandangan atau pun masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain daripada itu
juga, ibu bapa angkat ini berperanan sebagai motivator kepada para pelajar dengan
memberi nasihat, bimbingan dan motivasi kepada mereka.

Majlis dengan ini menjemput....

Terima kasih kepada guru-guru dan palajar-pelajar kelas 3 Bestari tadi...

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi

Kenangan nan indah simpanlah di hati


Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa

Program Perjumpaan Guru-Guru dan Ibu Bapa Kelas

Bestari merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Majlis kita diteruskan dengan soal jawab dan interaksi. Maka dengan ini saya menyerahkan
majlis kepada Penyelaras Kelas Bestari Encik Mustafa Bin Bakar.

Sekian,

wabillahitaufik,

walhidayah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai