Anda di halaman 1dari 17

BAGAIMANA HENDAK

MEMULAKAN KAJIAN
TINDAKAN

Refleksi (buku rekod mengajar)


Fikirkan refleksi pengajaran sendiri;
Adakah terdapat sebarang persoalan yang sejak
beberapa lama anda ingin siasat ? atau,
Adakah terdapat sebarang aspek
pengajaran/mata pelajaran yang anda ajar,
yang anda dapati sering menimbulkan
persoalan/masalah dan telah lama anda fikirkan?
atau,

Apakah terdapat sebarang situasi yang


menimbulkan kesukaran dan anda ingin
menghadapinya dengan lebih berkesan?

Buku Rekod Mengajar

Setelah idea-idea atau perkaitan yang timbul


difikiran anda dicatatkan, anda mungkin boleh
melahirkan idea-idea lanjutan dengan
menggunakan ayat-ayat seperti;
Saya ingin memperbaiki.. atau,
Saya lemas dengan keadaan .. atau,
Selalu sahaja saya rasa geram dengan ..
atau,
Saya ingin mencuba .. atau,
Bagaimana kaedah yang saya pelajari
dalam kursus .. boleh saya cubakan ..

Buku Rekod Mengajar

Cuba perluaskan apa yang anda telah tuliskan


setakat ini berkenaan idea-idea anda itu dengan
menggunakan soalan-soalan seperti yang
berikut;

Apakah yang berlaku dalam situasi


tersebut?

Apakah yang guru lakukan?

Apakah pula yang murid lakukan?

Apakah faktor-faktor yang pada pendapat


anda penting bagi memahami situasi tersebut?

Buku Rekod Mengajar


Cuba rumuskan apa yang anda telah
lakukan itu yang mungkin dapat dijadikan
titik mula kajian anda. Pada peringkat ini
jangan terus membuat plihan terhadap
mana-mana rumusan dahulu. Sebaliknya
pilih beberapa idea yang mungkin boleh
digunakan, dan uji idea-idea itu dalam
konteks tugasan anda seharian.

CONTOH REFLEKSI GURU


Pelajaran berjalan lancar. Pelajar menumpukan
perhatian sepenuhnya. (11.2.08)

Masih ada pelajar yang tidak membuat nota. (12.2.08)


Kebanyakan murid memahami pelajaran yang diajar.
(13.2.08)

(Buku Rekod Pengajaran Cikgu R)


Student gives their attention while teaching. (Cikgu
SN, 28.1.08)
Objektif berjaya dicapai. Setiap pelajar menunjukkan
kesungguhan untuk memahami pembelajaran hari ini.
(Cikgu A, 1.2.08)

CONTOH REFLEKSI GURU


Pelajar dan guru membincangkan jawapan setiap
soalan. (24.9.07)
Pelajar dapat menyiapkan latihan dalam masa kelas.
(24.9.07)

(Buku Rekod Pengajaran Cikgu P)

CONTOH REFLEKSI GURU


Pelajar memberi kerjasama
sepenuhnya.(27.6.08) Guru Y
Beberapa orang pelajar sahaja yang ingin
belajar(27.6.08) guru Y
Objektif tercapai .(25.6.08) Guru Y
Pelajar memberikan kerjasama
sepenuhnya. (25.6.08) Guru Y
Sebahagian besar pelajar dapat mengisi
tempat kosong dengan peribahasa yang
sesuai (26.6.08) Guru A

KOMEN
Guru-guru tidak prihatin dengan penerimaan pelajar.
Asalkan mereka dapat melakukan apa yang
dirancang, mereka anggap pengajaran sudah
berjaya.
Catatan tersebut tidak menunjukkan ada sebarang
usaha untuk merenung kembali tindakan /
pengajaran yang dijalankan.
Daripada pencerapan saya, saya mendapati
pengajaran guru-guru yang tersebut di atas begitu
membosankan, namun mereka tidak sedar diri.
Mereka anggap pengajaran mereka okaylah.

Apabila saya mula mengajar kelas tersebut saya


merasa sedikit sedih kerana 80% daripada
murid-murid tersebut tidak memahami istilah
sains yang mudah dalam bahasa Inggeris.Saya
telah mencuba berbagai-bagai cara untuk
memberi
kefahamantetapi,
semakin
sukarKadang-kadang
saya
juga
terfikir
masalah ini berpunca daripada diri saya sendiri
disebabkan kurangnya pengalaman.

Selama 3 tahun, saya telah mengaplikasi pelbagai teknik


P & P seperti perbincangan, kuiz, latih tubi, sumbang
saran, projek berkumpulan..bagaimanapunbelum
mampu untuk meningkatkan kualiti pencapaianSaya
mula menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam
proses P & P sayasaya perlu bertindak untuk
mengatasinya

Saya sangat marah apabila murid-murid tidak tahu


menjaga kebersihanSaya selalu mengamuk tentang
kebersihan murid-murid saya. Hampir setiap kali saya
masuk kelas saya akan menyuruh murid menyapu
sampahKadang-kadang saya bosan dengan yang
begitu setiap hariSaya ingin sekali supaya murid-murid
saya berubah. Saya takut sekiranya mereka tidak dididik
dengan baik mereka akan membawa tabiat ini sehingga
dewasa.

Sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa


Inggeris kelas 2 Cendekiawan saya dapati
mereka kurang berminat . Apabila diajukan
soalan mereka sering menjawab tidak faham
malah menjawab sambil lewa. Saya dapati
kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja
yang diberikan walaupun diminta untuk menulis
satu ayat mudah seperti ; This is a pencil
Apabila melihat situasi seperti ini saya merasa
bersalah dan saya perlu memperbaiki
kelemahan yang ada pada diri sendiri.
Sehubungan itu, saya telah membuat
keputusan untuk memperbaik kelemahan diri
serta mempertingkatkan pembelajaran muridmurid saya ..

TERIMA KASIH

BUDAYAKAN PENYELIDIKAN
UNTUK KECEMERLANGAN
SEMUA